Anda di halaman 1dari 2

Ciri-ciri Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro boleh dirumuskan sebagai pengajaran yang dilaksanakan dalam skala yang
kecil yang dirancang bagi mengembangkan keterampilan/kemahiran baru dan menambah baik
keterampilan / kemahiran sedia ada. Ia juga merupakan satu komponen penting bagi melatih
guru mempunyai perasaan yakin diri serta meningkatkan dan melicinkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Ia dapat melatih guru menguasai satu per satu kemahiran kemudian barulah
digabungjalinkan kemahiran-kemahiran tersebut disamping memupuk kesedaran terhadap
teknik pengajaran.

Menurut Micheel J. Wallace, pengajaran mikro merujuk kepada penemuan pengajaran yang
dimudahkan iaitu merangkumi skop yang dikurangkan, masa pengajaran dipendekkan
antara 5 – 10 minit dan bilangan murid dikecilkan.

Di antara kemahiran-kemahiran yang biasanya dipilih untuk sesi pengajaran mikro ialah :

 Kemahiran penyampaian set induksi


 Kemahiran Menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran
dan pembelajaran
 Kemahiran Penggunaan penyoalan
 Kemahiran Pengelolaan variasi rangsangan
 Kemahiran Penggunaan papan kapur
 Kemahiran Pengurusan aktiviti pengukuhan
 Kemahiran Perlaksanaan penutup

Menurut Esah Sulaiman (t.t.), perkara yang penting dalam pengajaran mikro termasuklah :

1. Sekiranya guru pelatihtelah menguasai satu-satu kemahiran pengajaran maka tidak


perlu ulang latihan pengajarannya dan sebaliknya
2. Pengajaran mikro boleh dibuat di maktab/institut dengan murid-murid sekolah dibawa
kesana atau dijalankan di sekolah dengan pelajar dan penyelianya pergi ke sekolah
3. Sekiranya perakam video digunakan maka penilaian dan penaksiran tidak perlu
digunakan, namun ia boleh juga digunakan bersama keran ia dapat menambahkan
keberkesanan latihan dari segi panduan pemerhatian dan maklumbalas yang bertulis
4. Maklumbalas yang segera dan tepat membolehkan guru pelatih mengubah
perlakuannya
5. Perkembangan kemahiran pengajaran mikro tidak boleh dibuat berasingan dengan isi
pelajaran

Secara kesimpulannya, pengajaran mikro amat penting bagi membantu guru pelatih berlatih
kemahiran-kemahiran tertentu dan seterusnya secara tidak langsung meneroka teknik-
teknik pengajaran berkesan.

Rujukan

http://eprints.utm.my/10460/

http://tujuhpen.blogspot.my/2016/05/pengajaran-mikro-dan-makro.html

Anda mungkin juga menyukai