Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG BRAFFERTON

42200 KLANG, SELANGOR

KERTAS KONSEP

NAMA PROGRAM :
MINGGU AKTIF PANITIA BAHASA MELAYU

TARIKH :
24 HINGGA 28 JULAI 2023
(ISNIN - JUMAAT)

TEMPAT :
SJKT LADANG BRAFFERTON

ANJURAN :
PANITIA BAHASA MELAYU
SJKT LADANG BRAFFERTON, KLANG.

TEMA:

‘Cita, Citra, Cinta Bahasa Kita’

KERTAS KONSEP
MINGGU AKTIF PANITIA BAHASA MELAYU
2023
PERINGKAT SJKT LADANG BRAFFERTON, KLANG

1.0 Pendahuluan
Berlandaskan Falsafah Pendidikan iaitu pendidikan merupakan satu usaha yang berterusan untuk
melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan
serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan
produktif, Panitia Bahasa Melayu telah berazam untuk melahirkan murid-murid yang berilmu,
bertanggungjawab dan berdaya saing. Program Minggu Aktif Panitia Bahasa Melayu 2023 telah
dirancang dan dijadikan medium bagi melakar kejayaan murid-murid bagi tahun 2023.
Justeru itu, Panitia Bahasa Melayu ingin membudayakan kecemerlangan dalam aspek pendidikan
yang merupakan satu usaha murni yang berterusan ke arah penambahbaikan dan sentiasa
mengutamakan kualiti pengajaran. Pihak sekolah juga berusaha meningkatkan kecekapan melalui
aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk tujuan perkembangan modal insan yang menyeluruh dan
bermatlamat ke arah pendidikan seumur hidup.

2.0 Objektif

2.1 OBJEKTIF PROGRAM


Pada akhir program ini, murid dapat
 Menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa, ayat, perenggan dan petikan secara mekanis.
(3.1.1, 3.2.4)
 Mencari makna perkataan yang diberikan menggunakan kamus.
(2.1.2)
 Menulis dan memahami pelbagai perbendaharaan kata dalam bahasa melayu
(2.2.1)
 Memahami dan mengunakan pelbagai aspek tatabahasa mengikut konteks.
(5.1, 5.2, 5.3)
 Menghasilkan penulisan menggunakan teknik Kit Celik Mengarang Selangor (KCMS)
(3.2.1, 3.2.2, 3.3.1, 3.3.2)

3.0 Tema

‘Cita, Citra, Cinta Bahasa Kita’

4.0 Anjuran

Panitia Bahasa Melayu SJKT Ladang Brafferton


5.0 Masa perlaksanaan

24– 28 Julai 2023

6.0 Tempat
Program ini akan diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Brafferton, Klang

7.0 Sasaran
Program ini menyasarkan semua murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Brafferton

8.0 Tentatif program


Hari / Masa Aktiviti / Guru Bertanggungjawab Tahun Terlibat Alatan dan Bahan
24.7.2023
(8.00am – 8.30 am) Majlis Perasmian Minggu Aktif Panitia Bahasa Melayu Semua murid dan guru Kertas kajang, Laptop,
LCD,
(12.30pm – 1.30pm) Aktiviti 1: Pertandingan Silang Kata (Cikgu Punithan) Murid Tahap 1 & 2
25.7.2023
(12.00pm – 1.00pm) Aktiviti 2: Mencari makna perkataan menggunakan Murid Tahap 1 & 2 Senarai perkataan &
kamus (Cikgu Saraswathy) kamus
26.7.2023
(12.00pm – 1.00pm) Aktiviti 3: Pengucapan Spontan (Cikgu Arasu) Murid Tahap 1 & 2 Lembaran silang kata
27.7.2023
(12.00pm – 1.00pm) Aktiviti 4: Pertandingan Bercerita (Cikgu Arasu) Murid Tahap 1 & 2 Senarai soalan, set
cadangan jawapan
28.7.2023
(11.00am – 1.00pm) Aktiviti 5: Bengkel KCMS (Cikgu Arasu) Murid Tahap 2 Templet TIK dan
KeCaHa, LCD,
Laptop

9.0 Perincian Aktiviti


Aktiviti / Guru Bertanggungjawab Penerangan Aktiviti
Aktiviti 1: Pertandingan Silang Kata Tahap 1
(Murid Tahap 1 & 2) i. Guru perlu menyediakan sebuah lembaran yang mengandungi 10 soalan
silang kata.
CIKGU PUNITHASELVAN ii. Guru mengedarkan lembaran ini kepada murid semasa pertandingan.
iii. Murid-murid diberikan masa selama 20 minit untuk melengkapkan silang
kata tersebut.
iv. Selepas masa tamat, guru harus mengumpul kertas jawapan murid.
PELAN KONTIGENSI: v. Guru bertanggungjawab perlu menyemak dan menilai hasil murid dan
Murid membuat aktiviti di dalam kelas. memilih 3 pemenang dari setiap kelas.

Tahap 2
i. Guru perlu menyediakan sebuah lembaran yang mengandungi 20 soalan
silang kata.
ii. Guru mengedarkan lembaran ini kepada murid semasa pertandingan.
iii. Murid-murid diberikan masa selama 20 minit untuk melengkapkan silang
kata tersebut.
iv. Selepas masa tamat, guru harus mengumpul kertas jawapan murid. Guru
bertanggungjawab perlu menyemak dan menilai hasil murid dan memilih 3
pemenang dari setiap kelas.
Aktiviti 2: Mencari makna perkataan Tahap 1
menggunakan kamus i. Guru perlu menyediakan sebuah lembaran yang mengandungi 15
(Murid Tahap 1 & 2) perkataan (tahun 1), 20 perkataan (tahun 2), serta 25 perkataan (tahun 3).
ii. Guru haruslah memastikan bahawa setiap murid mempunyai kamus
PUAN SARASWATHY sebelum pertandingan dimulakan.
iii. Murid-murid diberikan masa selama 20 minit untuk mencari seberapa
banyak makna bagi perkataan -perkataan yang diberikan.
iv. Selepas masa tamat, guru harus mengumpul kertas jawapan murid.
v. Guru bertanggungjawab perlu menyemak dan menilai hasil murid dan
PELAN KONTIGENSI: memilih 3 pemenang dari setiap kelas.
Murid menggunakan kamus online - PRPM
Tahap 2
i. Guru perlulah menyediakan sebuah teks petikan yang sesuai dengan
murid bertemakan aktiviti kokurikulum.
ii. Guru menghitamtebalkan 30 perkataan dalam petikan tersebut.
iii. Murid-murid diberikan masa 20 minit untuk mencari maksud bagi
perkataan-perkataan yang dihitamtebalkan berdasarkan teks petikan.
iv. Selepas masa tamat, guru harus mengumpul kertas jawapan murid.
v. Guru bertanggungjawab perlu menyemak dan menilai hasil murid dan
memilih 3 pemenang dari setiap kelas.

Aktiviti 3: Pengucapan Spontan Tahap 1


(Murid Tahap 1 & 2) i. Guru perlu menyediakan senarai soalan untuk sesi jawab spontan.
ii. Tajuk-tajuk soalan mestilah menepati tema-tema yang ada dalam buku
CIKGU ARASU teks.
iii. Selepas guru menanyakan soalan berfikir dan menjawab.
iv. Selepas 1 minit tamat, murid diberikan 2 minit untuk menjawab soalab
tersebut.
v. Guru bertanggungjawab perlulah menilai jawapan murid semasa murid
PELAN KONTIGENSI: itu berucap.
Murid membuat lembaran silang kata dalam vi. Guru haruslah memilih 3 orang pemenang dari setiap kelas.
aplikasi Wordwall
Tahap 2
i. Guru perlu menyediakan senarai soalan untuk sesi jawab spontan.
ii. Tajuk-tajuk soalan mestilah menepati tema-tema yang ada dalam buku
teks.
iii. Selepas guru menanyakan soalan berfikir dan menjawab.
iv. Selepas 1 minit tamat, murid diberikan 2 minit untuk menjawab soalab
tersebut.
v. Guru bertanggungjawab perlulah menilai jawapan murid semasa murid
itu berucap.
vi. Guru haruslah memilih 3 orang pemenang dari setiap kelas.

Aktiviti 4: Pertandingan Bercerita Tahap 1


(Murid Tahap 1 & 2) i. Guru menyediakan dan mengedarkan skrip cerita kepada murid dua
minggu sebelum pertandingan.
CIKGU ARASU ii. Murid diberikan masa 4 minit untuk menyampaikan cerita mereka.
iii. Guru menilai persembahan murid .
iv. Guru memilih 3 murid bagi setiap kelas sebagai pemenang.

Tahap 2
PELAN KONTIGENSI: i. Guru menyediakan dan mengedarkan skrip cerita kepada murid dua
Murid menghasilkan video dan hantar kepada minggu sebelum pertandingan.
guru bertugas. ii. Murid diberikan masa 4 minit untuk menyampaikan cerita mereka.
iii. Guru menilai persembahan murid .
iv. Guru memilih 3 murid bagi setiap kelas sebagai pemenang.
Aktiviti 5: Bengkel KCMS i. Murid-murid tahap 2 dikumpulkan di dewan.
(Murid Tahap 2) ii. Semua murid akan diedarkan kit bengkel.
iii. Penceramah akan memberikan bengkel dan tugasan segerak kepada
CIKGU ARASU murid agar murid dapat menguasi teknik menulis pengenalan dan
penutup bagi sesebuah karangan.
iv. Murid akan diberikan ujian ringkas pada akhir bengkel.
v. Para murid akan menulis pengenalan dan penutup bagi tajuk karangan
yang diberikan.
PELAN KONTIGENSI: vi. Selepas ditulis, guru akan mengumpul skrip jawapan tersebut dan
Bengkel dijalankan secara atas talian. menyemak.

10.0 Ahli Jawatankuasa


CARTA ORGANISASI
MINGGU AKTIF PANITIA BAHASA MELAYU 2023

PENASIHAT : PUAN SIVAGAMI a/p GOVINDASAMY ( Guru Besar SJKTLB)


PENGERUSI : PUAN TIBHA a/p SUBRAMANIAM ( Penolong Kanan Pentadbiran )
NAIB PENGERUSI 1 : ENCIK PUNITHASELVAN a/l RAMAIYAH (Guru Penolong Kanan Hem)
NAIB PENGERUSI 2 : PUAN CLARY a/p SINNAPPAN (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
PENYELARAS : ENCIK ARASU a/l SEKAR (Ketua Panitia Bahasa Melayu)
SETIAUSAHA : PUAN SARASWATHY a/p BALARAMAN

AJK Peralatan : Encik Arasu a/l Sekar


AJK Hadiah : Puan Saraswathy a/p Balaraman
AJK Dokumentasi : Encik Arasu a/l Sekar

11.0 Anggaran Perbelanjaan


Bil. Perkara Jumlah
1. Hadiah Aktiviti 1 (Tahap 1 & Tahap 2)
- Pertama = RM6.00 x 6 RM36.00
- Kedua = RM5.00 x 6 RM30.00
- Ketiga = RM4.00 x 6 RM24.00
2. Hadiah Aktiviti 2 (Tahap 1 & Tahap 2)
- Pertama = RM6.00 x 6 RM36.00
- Kedua = RM5.00 x 6 RM30.00
- Ketiga = RM4.00 x 6 RM24.00
3. Hadiah Aktiviti 3 (Tahap 1 & Tahap 2)
- Pertama = RM6.00 x 6 RM36.00
- Kedua = RM5.00 x 6 RM30.00
- Ketiga = RM4.00 x 6 RM24.00
4. Hadiah Aktiviti 4 (Tahap 1 & Tahap 2)
- Pertama = RM6.00 x 6 RM36.00
- Kedua = RM5.00 x 6 RM30.00
- Ketiga = RM4.00 x 6 RM24.00
5. Peralatan / bahan lain
i. Kertas A4, pensel warna, kertas warna, marker
permanent, kertas sebak dan sebagainya.
RM100.00
ii. Fotostat
Jumlah Besar RM 460.00
Sumbangan dana untuk menjalankan program:
1. PRO SURIA ENTERPRISE : RM 460.00
11.1 Penutup
Pihak kami amat mengharapkan semoga prorgam ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan
mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik,
akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan
bantuan yang diberikan mendapat keberkatan Tuhan. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti
menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh :- Disemak oleh:- Disahkan oleh:-

....................................................... .................................................. ..................................................


ARASU a/l SEKAR TIBHA a/p SUBRAMANIAM SIVAGAMI a/p GOVINDASAMY
Ketua Panitia Bahasa Melayu Guru Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar
SJKT Ladang Brafferton. SJKT Ladang Brafferton. SJKT Ladang Brafferto

KERTAS CADANGAN MINGGU AKTIF PANITIA BAHASA MELAYU


SJKT LADANG BRAFFERTON, KLANG TAHUN 2023

KEPUTUSAN

Meluluskan Minggu Aktif Panitia Bahasa Melayu SJKT Ladang Brafferton, Klang
Tahun 2023

atau

Tidak Meluluskan Minggu Aktif Panitia Bahasa Melayu SJKT Ladang Brafferton,
Klang Tahun 2023

Ulasan:
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

NAMA :
JAWATAN :
TARIKH :

Anda mungkin juga menyukai