Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KERJA KURSUS PROJEK (KKP)

KEBUDAYAAN MELAYU (BMM 3114)

NAMA : WAN NURULHAWANI BINTI ARIFIN

NO. KP: 890917-03-5684

UNIT : PISMP BAHASA MELAYU SEMESTER 7

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat ILLAHI kerana dengan limpah kurnia dan
inayah-NYA dapat saya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Setelah
bertungkus-lumus mengikut tempoh yang telah diberikan, maka inilah yang dapat
saya persembahkan. Sepanjang melakukan tugasan ini, saya tidak menghadapi
masalah yang besar, hal ini kerana pensyarah Puan Norzaini Binti Yusof telah
memberi penerangan dengan jelas mengenai tugasan Kerja Kursus Projek (KKP)
pada kali ini.

Kerja kursus ini mempunyai dua soalan yang perlu dipilih. Saya dan Nur Izzah
memilih soalan dua iaitu kebudayaan Melayu dikatakan banyak dipengaruhi oleh
peradapan-peradapan yang pernah mendominasi alam Melayu.

Kebudayaan mempunyai pelbagai definisi. Antaranya ialah budaya didefinisikan


sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem
sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam , sikap
dan nilai.

Kebudayaan pula merujuk kepada tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi


dan yang bersifat dinamik. Di samping itu, ada unsur menerima dan menolak yang
dipraktiskan oleh sesuatu masyarakat dalam satu keseluruhan sistem kehidupan,
didalamnya terkandung unsur teknologi, ekonomi, organisasi sosial, kepercayaan
dan sistem simbol yang menjadi milik bersama sesuatu masyarakat.

Pengalaman semasa menyiapkan tugasan ini adalah saya dapat memahami


dengan lebih mendalam tentang kebudayaan Melayu dari segi pantang larang, adat
resam, agama dan sebagainya.
Melalui tugasan ini, pelbagai pengetahuan baharu yang telah saya pelajari.
Antaranya ialah pengaruh luar yang mempengaruhi kebudayaan Melayu. Terdapat
beberapa pengaruh luar yang mempengaruhi kebudayaan Melayu iaitu pengaruh
animisme, Hindu, Barat dan Islam. Pengaruh-pengaruh luar ini banyak
mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu sehingga kini. Antaranya ialah
pengaruh Hindu dalam adat perkahwinan , adat berinai, adat bersanding dan
sebagainya. Pengaruh animisme juga mempengaruhi masyarakat Melayu dalam
pantang larang.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya tidak mempunyai masalah yang


besar. Hal ini kerana, terdapat banyak sumber seperti buku dan laman sesawang
untuk dirujuk. Hanya satu masalah yang saya hadapi iaitu panjang tugasan adalah
terhad sedangkan banyak perkara yang ingin dijelaskan dalam tugasan ini. Hal ini
menyebabkan saya perlu mengehadkan dan memuatkan hanya perkara yang
penting dalam tugasan ini. Masa untuk menyiapkan tugasan ini juga mencukupi.
Apabila bahan rujukan banyak, masa untuk menyiapkan tugasan akan menjadi lebih
singkat. Tambahan pula, soalan tugasan diberikan awal, jadi saya dapat memulakan
tugasan dengan lebih awal dan sebelum praktikum bermula.

Antara dapatan baharu yang saya perolehi ialah pengetahuan tentang sistem
kepercayaan masyarakat, sistem hidup masyarakat Melayu semasa pengaruh
animisme, pengaruh Hindu, pengaruh Barat dan pengaruh Islam. Melalui tugasan ini
juga, saya mendapat pengetahuan yang lebih mendalam tentang adat resam,
pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Saya juga mengetahui
sebab apa sesuatu adat resam dan pantang larang itu wujud.

Secara kesuluruhannya, saya dapat lebih kefahaman, pengetahuan dan dapat


mengaplikasi apa yang diajar oleh pensyarah semasa proses menyediakan kerja
kursus ini. Saya berharap masyarakat Melayu masa kini memartabatkan bahasa
ibunda kita kerana bahasa Melayu mempunyai keindahan dan keunikan yang
berbeza berbanding bahasa-bahasa lain di dunia ini seperti kata pepatah ‘’ Bahasa
Jiwa Bangsa ‘’.

Anda mungkin juga menyukai