Anda di halaman 1dari 4

ARNAB YANG PEMALAS

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan

seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu

hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba

musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak.

Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun

dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan

kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai.

“Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata

arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang.

“Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi

bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita

pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat

sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah

kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,”

kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini

sewaktu hujan.” Arnab yang pemalas itu tidak menghiraukan rungutan

sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab. Akhirnya, Si Tupai tidak

lagi memperdulikan arnab yang degil itu.


KERBAU BALAR

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah,

tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza

warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak

dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.

"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.

Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.

Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka

akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang

merah.

Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang

menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau

bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang

sebenarnya terjadi.

Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu

melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.

Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar

yang susah untuk ditangkap lagi.


KAWAN YANG TIDAK JUJUR

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie.

Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang

kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya

itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya

menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie

berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor

singa.

Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk

melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu.

“Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe

berjalan kea rah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya

akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang

lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan

kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali

menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita

pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu

masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham

keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.


ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony

tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-

mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit,

“Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan

bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-

ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan

mereka tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung!

Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-

mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun

mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri

rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba

muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari

kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu.

Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak

menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-

mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak

usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu

berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan

oleh jerung itu.

Anda mungkin juga menyukai