Anda di halaman 1dari 12

Falsafah John Locke banyak berkisar tentang ilmu pengetahuan iaitu sekitar persoalan

epistemologi. Beliau amat berminat untuk berbicara tentang asal usul ilmu
pengetahuan dan kesahihan ilmu pengetahuan. Beliau menolak pendapat yang
menyatakan innate ideas. Konsep ini ialah konsep yang diutarakan oleh aliran
rationalisme yang menyatakan bahawa manusia mempunyai innate ideas dan ia adalah
sumber atau alat utama manusia untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Dalam hal ini,
beliau berhujah dengan menyatakan bahawa prinsip contradiction iaitu ‘mustahil bagi
sesuatu benda itu ada dan tidak ada pada waktu yang sama’. Beliau berkata kebenaran
seperti ini bukanlah sebenarnya berbentuk innate kerana idea sedemikan bukan
diberikan kepada seseorang ketika dilahirkan (Yusoff 2002: 66).

Biodata John Locke

John Locke dilahirkan pada 29 Ogos 1632 di Wrington, sebuah perkampungan


di Somerset Utrara, Inggeris Barat berdekatan Bristol Inggeris dengan keadan
kehidupan di negeri masa itu penuh dengan tragis dan ironis. Hal ini demikian kerana,
bumi Eropah pada ketika pada abad XVII dilanda perang saudara dan perang agama
kaum Katolik dengan Protestan. Ketika Locke berusia 10 tahun, terjadi suatu
peperangan antara kaum Puritan dengan Raja Charles I. konflik yang menimbulkan
pertumpahan darah ini tidak langsung memandang hubungan kekeluargaan (Firdaus
2007: 126). Hal ini telah mengoncang jiwa Locke.

Keadaan di Inggeris berbeza dengan Itali yang penuh dengan pencerahan.


Inggeris dan Perancis sedang mengalami stagnasi keagamaan dan absolutism dalam
politik. Pandangan Thomas Hobbes adalah sesebuah pemerintahan negara atau
kerajaan bagaikan sebuah “raksasa” atau kuku besi dalam mngendalikan pemerintahan
pemerintahan menjadikan pembenar di kedua-dua negara ini. Semasa The Dark Ages
mencapai kemuncaknya seiring dengan konflik, peperangan horizontal yang
berpanjangan di seluruh wilayah Inggeris dan Perancis pada abad XVII, doktrin
absolutisme monarki merupakan respon terhadap perang agama dan perang saudara
serta untuk bersatu kembali. Kekuasaan raja yang menjadi wakil tuhan atau
keyakinan yang menjadi hak ketuhanan ke atas raja dalam perspektif sejarah politik di
Barat pada zaman gelap itu.
Keadaan ini telah memberikan pengalaman peribadi kepada Locke seperti
pandangannya yang menempatkan pentingnya penghargaan kepada kebebasan,
demokrasi, pembatasan kekuasaan politik sehingga kepada toleransi kepada keyakinan
agama. Pada usia 20 tahun, Locke memasuki Universiti Oxford lalu berkenalan
dengan Edward Baghshawe yang aktif mempropagandakan toleransi agama,
kebebasan politik serta hak-hak alamiah yang merupakan keyakinan terhadap gagasan
pemikinya.

Karya Locke yang berjudul Essay Concerning Toleration, yang diterbitkan


pada tahun 1667 mengisarkan tentang hubungan agama dengan negara serta Two
Tretises of Government yang diterbitkan pada pada tahun 1667, adalah tepat
menyambut revolusi yang banyak dilaksanakan dari ideanya. Kedua-dua karya yang
diterbitkan adalah secara anonim (Magnes 1991: 220). Sebelum revolusi 1688 di
Inggeris, kedudukan hakim sangat bergantung kepada raja sehinggakan mereka takut
untuk menjatuhkan hukuman kepada kerabat raja yang melakukan kesalahan serta
orang-orang yang mempunyai hubungan yang rapat dengan raja. Situasi ini telah
menyebabkan Locke berasa tidak aman untuk tinggal di Inggeris. Selepas revolusi,
kedudukan hakim tidak lagi bergantung kepada raja atau kekuasaan eksekutif,
melainkan kepada badan legislatif untuk menjaga hakim agar berpegang kepada
undang- undang semata-mata (Firdaus 2007: 128). Melalui revolusi Glorius
Revolution yang berlangsung tanpa pertumpahan darah, Raja James II terpaksa untuk
turun takhta dan parlimen Inggeris memanggil Putera William dari Orange untuk
menjadi raja baru (Magnes 1991: 220).

Essay Locke adalah suatu cubaan terbaik dan meluas unuk memantapkan
epistemologi empiris. Beliau memulakan bab pertama Essay untuk menolak doktrin
idea semula jadi yang didapati secara tersirat dalam penulisan Rene Descartes, Lord
Herbert Cherbury dan penulis lain. Menurut Locke, setiap idea berasal daripada
pengalaman. Memang benar sesetengah idea terbentuk sejak awal lagi dalam minda
kanak-kanak tetapi idea itu adalah produk pengalaman awal, seperti perbezaan rasa
pahit dan manis.
Sifat Semula Jadi Manusia

Menurut Locke, sifat semula jadi manusia pada asalnya adalah baik, selalu toleransi
untuk berdamai, mencintakan perdamaian, saling tolong menolong dan memiliki
kemahuan untuk berbaik sesame manusia serta telah mengenal hubungan-hubungan
sosial. Berteraskan paksi ini, manusia tidak akan merosakkan kehidupan, kebebasan
serta tidak mencabuli hak-hak pemilikan manusia yang lain (Locke 1965: 311).
Hukum alam yang dikatakan oleh Locke adalah adalah akal budi, iaitu memiliki sifat-
sifat ketuhanan, akal sebagai “suara tuhan” (reason is the voice of god) (Firdaus 2007:
130).

Locke menjelaskan bahawa kejahatan merupakan tindakan yang melawan


hukum alam dan pelakunya mesti dihukum. Sebagai contoh, tindakan membunuh
dibalas dengan membunuh. Jadi, pembunuhan terhadap pembunuh dibenarkan dalam
keadaan semula jadi manusia kerana melalui cara ini hukum alam akan terjaga
(Suhelmi 2001: 191). Pelaksanaan hukum alam terletak di tangan masing-masing
sehinggakan setiap orang memiliki hak untuk menghukum pelakunya. Hak
perseorangan terbit dari persamaan, tetapi menurut Locke orang yang menghukum
pelaku kesalahan tidak boleh mengikut hawa nafsu amarahnya, melainkan dia harus
dipimpin oleh akal budi dan dalam keadaan sedar. Setiap orang berhak menuntut ganti
rugi ke atas kerugian akibat daripada pencerobohan yang dilakukan oleh orang lain.
Locke berpendapat bahawa hak kebebasan yang dimiliki oleh manusia bukanlah
kebebasan sesuka hati, tetapi memiliki batas-batas yang telah ditentukan oleh hukum
alam. Hukum memberikan ketentuan bahawa “tidak ada seorang pun dibenarkan
merosakkan hak orang lain dalam soal hidup matinya, kesihatannya, kemerdekaannya
atau harta milikya” (Locke 1958 :6).

Keadaan semula jadi pula dapat berubah disebabkan oleh system moniter dan
wang yang menimbulkan proses akumulasi kapital dan pembenaran atas hak
pemilikan. Menurut Locke hal ini telah menyebabkan berlakunya malapetaka kepada
manusia. Locke berpendapat bahawa manusia tidak boleh mengambil produk lebih
dari keperluannya. Dalam erti kata lain, manusia yang memanfaatkan dan
menggunakan keperluan hasil semula tidak boleh tamak dan mementingkan diri
sendiri.
Perkara penting dalam falsafah Locke ialah manusia mempunyai kemampuan
yang sama untuk mengetahui hukum moral. Otonomi moral perlulah menampakkan
semua manusia mempunyai kuasa yang setara. Hal ini penting berkaitan dengan
prinsip kepercayaan akan kebajikan masyarakat di sekelilingnya. Selain itu, aktiviti
ekonomi juga merupakan tujuan utama untuk mengejar kebahagiaan. Oleh sebab itu,
aktiviti ekonomi merupakan kompetisi dalam hal kebajikan. Menurut Locke, jika
adanya perbezaan antara orang kaya dan orang miskin, maka itu menandakan ada
perbezaan dalam hal kebajikan (Lakoff 1996: 221). Konteks kebajikan di sini adalah
memiliki kecergasan, ketekunan, kerajinan, dan kegigihan individu dalam berusaha
dan bekerja di dunia ini. Akan tetapi, masyarakat yang dikuasai oleh ekonomi wang
tidak akan dapat bertahan tanpa adanya pembentukan negara yang menjamin milik
peribadi setiap rakyatnya.

Falsafah politik Locke menonjolkan satu keupayaan untuk mengintegrasikan


dari apa yang ada pada masa lalu dengan kemudiannya. Locke seterusnya membuat
andaian bahawa kewujudan manusia itu berdasarkan satu sifat yang mulia yang
menampakkan manusia itu suci. Sifat semula jadi ini merupakan asas untuk manusia
menubuhkan kerajaan yang berteraskan kebebasan atau lebih dikenali sebagai
liberalisme.
Pembentukan Sesebuah Kerajaan.

Sekiranya Hobbes mahukan sebuah negara monarki mutlak ditegakkan di England


bagi memelihara keamanan dan kestabilan, Locke yang lahir kemudian Hobbes
mahukan kuasa monarki dibatasi. Pemikirannya ini terkandumg dalam bukunya yang
terkenal yang bertajuk “The Two Treatises of Government” yang diterbitkan pada
tahun 1690. Locke dalam bukunya berhujah bahawa rakyat mempunyai hak dalam
menumbangkan kerajaan jika kerajaan menafikan keadilan dan hak kebebasan asasi
mereka. Terbinanya kerajaan adalah kerana ‘restu’ daripada rakyat. Oleh itu selagi
restu rakyat ini dipelihara, maka kerajaan adalah berdaulat. Namun apabila restu yang
diberikan dikhianati, rakyat mempunyai segala hak bagi menukar kerajaan. Berikut
merupakan intisari teori Locke.

Tahap Pra-Negara

Andaian Locke terhadap keadaan kehidupan manusia pada zaman pra-negara agak
berbeza daripada Hobbes. Bagi Locke kehidupan manusia pada tahap ini hanyalah
pra-politik dan bukanlah pra-sosial seperti yang disebut oleh Hobbes. Walaupun tiada
institusi politik, tetapi manusia dikatakan hidup di bawah satu peraturan yang dikenali
sebagai “the law nature” atau undang-undang semulajadi. Keadaan kehidupan mereka
pada mulanya adalah aman, tenteram, saling membantu dan bekerjasama. Setiap orang
menjalankan kehidupan masing-masing tanpa sebarang masalah besar kerana setiap
orang adalah diaanggap sama di sisi undang-undang semulajadi ini. Walau
bagaimanapun, masalah yang berlaku kemudiannya adalah disebabkan tiada satu
badan yang berkuasa untuk mentadbir dan mentafsir undang-undang semula jadi ini
dengan sebaik-baiknya, maka setiap individu bebas mentafsir undang-undang
mengikut kehendaknya. Setiap orang menjadi penguatkuasa kepada undang-undang
ini. Akibat daripada hal ini, perasaan tidak puas hati mula muncul apabila ada pihak
yang berasa tertindas dengan perlaksanaan undang-undang semulajadi ini. Akhirnya
keadaan yang aman damai mula bertukar menjadi kacau bilau dan persengketaan
antara manusia. Oleh itu, satu penyelesaian perlu dicari segera bagi memulihkan
keadaan.
Tahap Perjanjian Kemasyarakatan

Setiap pihak menyedari punca kepada masalah yang wujud pada zaman pra-negara
ialah tiadanya undang-undang dan peraturan yang jelas dan diterima oleh semua
orang, akibatnya tiada perlaksanaan keadilan untuk setiap orang kerana masing-
masing bertindak mengikut perkiraanya sendiri dan kesemua ini bertitik tolak daripada
tiadanya satu badan yang dapat memberikan pentafsiran dan menguatkuasakan
undang-undang dan peraturan demi memelihara keadilan dan kebebasan untuk setiap
individu. Justeru, manusia merasakan sebuah kehidupan awam atau masyarakat sivil
perlu diwujudkan segera. Melalui cara ini, mereka bersetuju untuk mengikat
perjanjian sesame mereka untuk memindahkan sebahagian daripada hak-hak
semulajadi kepada masyarakat sivil ini.

Sebahagian daripada hak-hak yang dipersetujui untuk dipindahkan ini ialah


hak untuk mentafsir dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan. Hak ini
dipersetujui untuk dipindahkan demi memelihara hak-hak mereka yang lain supaya
terus dapat dinikmati dan direalisasikan. Justeru perjanjian yang dibuat itu adalah
terhad untuk tujuan yang khusus pula. Amat penting untuk dijelaskan bahawa menurut
teori Locke, hak yang dipindahkan adalah kepada masyarakat dan bukannya kepada
kerajaan seperti yang dinyatakan oleh Hobbes. Bagi memelihara hak-hak yang
dipersetujui untuk dipindahkan ini, maka satu badan berotoriti diberi hak untuk
menguatkuasakannya selaras dengan kehendak dan aspirasi rakyat. Badan yang
bertanggungawab dalam hal ini ialah kerajaan. Dengan itu, negara dan kerajaan wujud
demi kepentingan dan keperluan rakyat dan bukan sebaliknya. Seterusnya, kerajaan
bertanggungjawab menjaga dan memelihara kepercayaan dan amanah yang telah
diberikan oleh rakya. Tegasnya, dalam teori Locke ini, terdapat dua bentuk perjanjian
ynag berlaku. Pertama, perjanjian pembentukan masyarakat sivil atau negara. Kedua,
perjanjian dengan kerajaan untuk mencapai matlamat-matlamat memelihara dan
menguatkuasakan undang-undang dan peraturan atas restu dan kehendak rakyat.
Tahap Kehidupan Bernegara

Setelah perjanjian dibuat maka terbentuklah negara dan lahirlah kerajaan bagi
mentadbir negara. Manusia masih terus menikmati hak-hak dan kebebasan asasi
seperti sebelum wujudnya negara. Hal ini demikian kerana, rakyat sekadar
memindahkan hak untuk melaksanakan undang-undang dan peraturan kepada
kerajaan, sementara hak-hak yang lain terus kekal kepada mereka. Kerajaan yang
memerintah hanyalah dengan persetujuan dan restu rakyat dan kerajaan
bertanggungjawab dalam menjaga dan memelihara kebajikan rakyat. Walau
bagaimanapun, kerajaan tidak mempunyai kuasa sewenang-wenangnya. Sekiranya
kerajaan gagal dalam melaksanakan restu dan amanah rakyat maka sesebuah kerajaan
baru boleh diwujudkan. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa Locke mahukan sebuah
kerajaan itu wujud untuk kebaikan rakyat dan melaksanakan aspirasi dan kehendak
mereka. Oleh itu, kerajaan mempunyai kuasa-kuasa yang terbatas dan tidak boleh
bertindak selain daripada apa yang dipersetujui oleh rakyat. Jika matlamat ini gagal
dipenuhi, maka hak untuk bangkit menentang kerajaan tidak boleh disekat lagi. Dalam
perbincangannya, Locke juga menyentuh tentang pengagihan kuasa dalam
pentadbiran kerajaan. Bahagian-bahagian struktur pemerintahan kerajaan diagihkan
kepada tiga bahagian iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman. Legislatif merupakan
wadah untuk rakyat menyuarakan hasrat mereka kepada kerajaan, eksekutif pula
merupakan badan yang bertanggungjawab melaksanakan hasrat rakyat manakala
kehakiman merupakan kuasa untuk menghukum pesalah.

Tidak seperti Hobbes, Locke telah membuat pemisahan yang jelas antara
kedudukan negara dan kerajaan. Dalam teori Locke, kedua-dua entiti ini mempunyai
persamaan dan perbezaan. Konsep bahawa kerajaan wujud dengan ‘restu’ rakyat
penting untuk diberikan perhatian kerana ia menjadi asas kepada system demokrasi
berperwakilan yang diamalkan sekarang. Malahan doktrin Locke ini telah mencetus
inspirasi yang membawa kepada Revolusi Amerika kemudiannya. Malah
perlembagaan Amerika Syarikat banyak diasaskan kepada pemikiran Locke. Teori
Locke nampaknya lebih meyakinkan berbanding dengan teori yang dikemukakan oleh
Hobbes.
Persamaan antara Thomas Hobbes dan John Locke.

Antara persamaan yang dapat dilihat daripada kedua-dua tokoh politik ini ialah
dari segi kontrak sosial. Persamaan yang terdapat dalam pemikiran tentang teori
kontrak sosial yang digagas oleh Thomas Hobbes dan John Locke terdapat pada
kesedaran untuk menghentikan keadaan semulajadi agar ia dapat mewujudkan sebuah
keberlangsungan hidup yang teratur dan damai. Teori Kontrak Sosial adalah teori
mengenai perjanjian masyarakat yang akan melahirkan sebuah negara yang utuh.

Teori Thomas Hobbes mengenai kontrak sosial berpangkal dari pandangan


mengenai kehidupan manusia yang terpisah dalam dua zaman, iaitu keadaan sebelum
ada negara dan keadaan semasa bernegara. Menurut Hobbes, keadaan semula jadi
manusia bukan dilahirkan keadaan yang aman sentosa, adil dan makmur, melainkan
keadaan sosial yang kacau, suatu "inferno" dunia yang tanpa hukum, tanpa pemerintah
dan tanpa ikatan-ikatan sosial antara individu. Semasa keadaan sedemikian berlaku,
hukum dibuat atas dasar kekuatan terhebat secara fizikal. Manusia ibarat binatang
yang paling kuat dan bengis, dan berhak menyakiti manusia yang lemah. Fitrah
kejadian manusia juga dianggap saling bermusuhan, di mana setiap harinya mereka
saling bergaduh serta manusia dianggap ancaman bagi manusia yang lain. Hal ini
telah menyebabkan terjadinya perang antara masyarakat melawan masyarakat yang
lain. Setelah manusia menyedari bahawa peperangan yang terjadi hanya akan
melumpuhkan generasi yang ada,maka mereka bersetuju bahawa perlunya kontrak
sosial dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kontrak sosial diwujudkan untuk
menguruskan dan mengelola kekuasaan dalam negara.

Kontrak yang dimaksudkan adalah perjanjian pemerintahan dengan segenap


individu berjanji menyerahkan semua hak kudrat yang dimiliki ketika hidup dalam
keadaan alamiah kepada seseorang atau sekelompok manusia yang ditugaskan untuk
mengatur kehidupan mereka. Orang yang akan mengatur kehidupan tersebut
kemudian diberi mandat dan kekuasaan, yang kemudiannya disebut sebagai negara.
Hobbes berpendapat bahawa negara diibaratkan sebagai binatang buas (raja hutan)
yang menguasai dan memimpin semua binatang. Istilah tersebut diabadikan dengan
konsep Leviathan. Sebagai binatang terbuas, negara harus memiliki kekuasaan absolut
dan menguasai semua kekuatan yang ada.
Sama seperti Hobbes, Locke yang lahir selepasnya juga mahukan kontrak
sosial diwujudkan dalam institusi kenegaraan. Pada pandangan John Locke, keadaan
hidup manusia yang hanya mampu menguruskan kehidupannya sendiri. Hal ini akan
menyebabkan manusia bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan kelebihan
sesama sendiri. Potensi konflik dalam masyarakat dengan mudah akan muncul kerana
manusia hanya sibuk mengurus dan mendahulukan kepentingan dirinya sendiri. Oleh
sebab itu kontrak sosial diperlukan untuk mengatur kehidupan bersama serta sistem
ketatanegaraan yang mengatur dan mengelola hak-hak peribadi rakyat dan hak-hak
kerajaan secara professional.

Menurut Locke, permufakatan yang dibuat berdasarkan suara majoriti dapat


dianggap sebagai tindakan seluruh masyarakat kerana persetujuan sesama individu
untuk membentuk sebuah kerajaan atau negara mewajibkan individu-individu yang
lain untuk taat pada negara yang dibentuk berdasarkan suara majoriti. Negara yang
dibentuk berdasarkan suara majoriti tidak dapat mengambil hak-hak milik manusia
yang lain. Pandangan ini menunjukkan bahwa Locke berpijak pada pactum unionis
yang dilengkapi dengan pactum subjectionis, bererti negara diberikan mandat untuk
menjalankan kekuasaannya menurut perjanjian yang dibuat bersama masyarakat
melalui kesepakatan bersama, tetapi kekuasaan negara tetap terbatas dan tidak mutlak.
Dalam erti kata lain, negara bertanggungjawab menjaga dan memelihara hak-hak
kebajikan rakyat supaya mereka hidup dalam aman dan tenteram.

Pandangan Locke mengenai negara yang dibangun oleh kontrak sosial terbatas
adalah pandangan yang menyatakan bahawa pembatasan kekuasaan negara ada pada
tangan rakyat sebagai pemegang kedaulatan negara. Oleh itu, negara tidak boleh
bersifat absolut dan sewenang-wenangnya melalukan penindasan ke atas rakyat.
Pandangan itulah yang menjelaskan perlunya konstitusi dalam ketatanegaraan. Locke
menjelaskan bahawa dalam perlembagaan negara, hak asasi manusia perlu dipelihara,
dijaga dan dihormati oleh negara. Melalui pandangannya, Locke dikitiraf sebagai ahli
falsafah yang menggagaskan negara konstitunational dan digelar sebagai bapa hak
asasi manusia. Oleh itu, jelaslah bahawa kedua-dua tokoh ini mempentingkan
kewujudan kontrak sosial dalam kehidupan bermasyarakat bagi melahirkan sebuah
negara yang harmoni.
Seterusnya, persamaan yang dapat dilihat daripada tokoh-tokoh ini ialah
mereka mahukan sebuah kerajaan yang mampu memimpin negara. Walaupun kedua-
dua tokoh ini mempunyai fahaman yang berbeza tentang sifat semula jadi manusia,
namun Hobbes dan Locke sedar bahawa tanpa adanya undang-undang, sesebuah
negara tidak akan mampu ditadbir dengan baik. Terdapat persamaan pada corak
pemerintahan Hobbes dan Locke iaitu kedua-dua tokoh ini mahukan pemerintahan
negara yang berasaskan monarki.

Menurut Hobbes, beliau mahukan pemerintahan negara yang berasaskan


“Monarki Absolut” di mana sebuah negara dipimpin oleh raja yang memiliki
kekuasaan tidak terbatas (absolut). Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa rakyat
perlu tunduk kepada negara dan memberikan seluruh hak yang dimiliki oleh mereka
seperti yang ditulis dalam bukunya “Leviathan”. Terdapat dua prinsip yang menjadi
landasan teori perjanjian masyarakat atau terciptanya kontrak sosial menurut Thomas
Hobbes. Pertama, setiap orang harus berusaha menciptakan kedamaian, apabila
mereka ingin hidup damai. Kedua, atas persetujuan sesama manusia yang
mengiginkan keamanan, mereka perlu bersama-sama menyerahkan hak masing-
masing untuk menjadi hak bersama dalam pembentukan sebuah negara yang
merdeka.

Berkaitan dengan proses tercapainya kontrak sosial, Thomas Hobbes


menjelaskan pemikiran teori kontrak sosial yang pada umumnya membahaskan
tentang kehidupan manusia yang terpisah pada dua zaman, iaitu semasa belum ada
negara (state of nature) dan keadaan semasa telah terbentuknya sebuah negara. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa teori Hobbes yang mahukan seorang pemerintah tertinggi
untuk mentadbir negara dan rakyat perlu patuh kepada pemerintahan tersebut. Rakyat
tidak sesekali boleh menjatuhkan kejaaan walaupun kerajaan menjalankan
pemerintahan ‘kuku besi’.

Sama seperti Hobbes, Locke juga mahukan negara yang berteraskan monarki. Namun
begitu, bentuk idea bernegara Locke lebih terarah kepada“Monarki Konstitunasional”
negara bagi memberi jaminan mengenai hak-hak dan kebebasan-kebebasan pokok
manusia (life, liberty, healthy dan property). Menurut Locke, sesebuah negara itu
perlu mempunyai perlembagaan yang mengimbangi kuasa pemerintah dan rakyat.
Locke telah memisahkan kekuasaan politik kepada tiga bentuk iaitu legislatif,
eksekutif dan kehakiman. Ketiga-tiga bidang ini memainkan peranannya yang
tersesendiri.

Locke menjelaskan bahawa kekuasaan merupakan hasil perjanjian sosial dan


tidak bersifat mutlak. Hal ini demikian kerana, kekuasaan itu bukan bersal daripada
tuhan, tidak datang melalui turun-temurun serta kekuasaan itu bukan atas dasar teks
kitab suci. Pembatasan kekuasaan negara sangat penting kerana kekuasaan itu lahir
dari kesepakatan antara rakyat dan kerajaan. Kekuasaan itu bersifat absah apabila
memiliki ‘restu’ (consent). Consent merupakan dasar utama keabsahan kekuasaan
negara, dan gagasan ini dikemukakan oleh Lock dalam karyanya Two Treatises
(Lakoff 1966: 98). Teori yang dijelaskan oleh Locke ini menunjukkan bahawa
manusia itu dilahirkan dalam keadaan yang sama dan setara. Oleh itu, dalam hidup
bermasyarakat, tidak muncul kelas dan hierarki kasta.

Locke berpendapat bahawa, setiap individu adalah hakim atas perbuatan dan
tindakannya sendiri. Kontrak sosial hadir dalam negara sebagai peringatan bahawa
kekuasaan kerajaan tidak pernah mutlak tetapi selalu terbatas. Namun, hak menurut
John Locke adalah mendahului kontrak sosial. Fungsi utama perjanjian masyarakat
ialah untuk menjamin dan melindungi hak kudrat. Hak kudrat lebih sinonim sebagai
Hak Asasi Manusia (HAM). Ajaran Locke menghasilkan negara yang menghormati
HAM yang diatur UUD atau Konstitunasional (Negara Konstitunational).

Corak pemerintahan yang berteraskan monarki yang dipelopori oleh Hobbes


dan Locke ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua tokoh ini mahukan pemerintahan
negara yang lebih teratur berbanding sebelumnya. Dengan adanya dasar pemerintahan
yang dianjurkan oleh kedua-dua tokoh politik ini, maka terbentuklah negara yang
didasari oleh“Monarki Absolut” dan“Monarki Konstitunasional”.
Aliran Pemikiran John Locke

John Locke adalah ahli falsafah moden barat yang terkenal dengan aliran
pemikiran liberalisme. Liberalisme atau Liberal adalah sebuah ideologi, pandangan
falsafah, dan tradisi politik yang didasari kepada pemahaman bahawa kebebasan
adalah nilai politik yang utama. Secara umumnya, liberalisme mencita-citakan suatu
masyarakat yang bebas. Fahaman liberalisme menolak adanya pembatasan, khususnya
dari pemerintah dan agama.

Terdapat dua jenis liberalisme, iaitu Liberalisme Klasik dan Liberalisme


Moden. Liberalisme Klasik muncul pada awal abad ke 16 manakala Liberalisme
Moden mulai muncul sejak abad ke-20. Walaupun, munculnya Liberalisme moden,
Liberalisme Klasik tidak hilang begitu sahaja kerana hingga kini, nilai-nilai dari
Liberalisme Klasik itu masih ada. Liberalisme Modern tidak mengubah perkara-
perkara yang mendasari malahan hanya ada beberapa tambahan idea dalam versi
liberalisme yang baru.

Dalam Liberalisme Klasik individu dan kebebasannya sangatlah diagungkan.


Setiap individu memiliki kebebasan untuk berfikir masing-masing – yang akan
menghasilkan fahaman baru. Terdapat dua fahaman, iaitu demokrasi (politik) dan
kapitalisme (ekonomi). Menurut Locke manusia dilahirkan dalam keadaan yang bebas
dan berhak melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Kebebasan yang
dimaksudkan adalah mutlak sehingga manusia boleh bertindak sewenang-wenangnya
tanpa menyakiti manusia yang lain.

Locke berpendapat bahwa kekuasaan politik adalah hak untuk membuat


hukum. Hukum itu dibuat untuk mengatur dan melindungi hak milik individu demi
mencapai kebaikan bersama. Pemikiran tentang liberalisme yang merupakan buah
fikiran Locke telah membuat sesuatu perubahan yang bererti pada dunia. Sebagai
ideologi yang berpengaruh, liberalisme memberikan sumbangan yang sangat penting
kerana banyak kebijaksaannya membuka mata dunia. Liberalisme membuktikan
kekuatannya setelah berjaya menandingi Komunis semasa jatuhnya Russia pada
tahun 1989.

Anda mungkin juga menyukai