Anda di halaman 1dari 8

4.

1 Menerangkan maksud psikologi sukan

Menurut pakar psikologi barat, Weinberg dan Gould (2015), psikologi sukan ialah

satu bidang kajian saintifik tentang tingkah laku manusia dalam sukan dan aktiviti

serta aplikasi pengetahuan psikologi dalam bidang sukan. Shahrudin Abd Aziz (2001)

mendefinisikan psikologi sukan sebagai satu bidang kajian saintifik tentang kesan

sesuatu aktiviti terhadap tingkah laku fizikal, afektif serta kognitif mereka yang

terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut


4.2 Menerangkan satu jenis kebimbangan dan dua faktor yang mempengaruhi

kebimbangan semasa melaksanakan ujian.

Satu jenis kebimbangan sukan ialah kebimbangan tret (Trait Anxiety). Kebimbangan

tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu. Individu yang memiliki

kebimbangan tret sering mentafsirkan situasi di persekitaran mereka sebagai ancaman

yang boleh menggugat diri. Persepsi ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan.

Dua faktor yang mempengaruhi kebimbangan semasa melaksanakan ujian ialah

kurang kepercayaan diri. Apabila saya yang kurang kepercayaan diri, saya tidak dapat

melaksanakan ujian dengan lancar. Selain itu, berasa risau terhadap bentuk fizikal.

Saya mengalami kebimbangan kerana saya tidak mempunyai badan atlet.


4.6 Menganalisis dan menghuraikan dapatan skor dalam Borang Rekod Skor

Ujian (Lampiran 3)

Dalam ujian pra, saya mendapat skor 0/5 kerana saya belum mengetahui teknik untuk

membaling bola. Selain itu, saya seorang yang jarang bersukan oleh itu saya tidak

mempunyai kekuatan tangan dan saya jarang menggunakan tangan tidak dominan. Ini

membuatkan saya sukar untuk membuat jaringan bola. Di samping itu, saya juga

mengalami kebimbangan kerana tidak mempunyai keyakinan untuk menggunakan

tangan tidak dominan. Dalam ujian pos, saya dapat skor 1/5 kerana saya telah

mengaplikasikan teknik membuang bola dan teknik pernafasan untuk mendapakan

skor yang lebih baik dari ujian pra. Ujian pos saya lebih baik berbanding ujian pra.

Ujian P1 P2 P3 P4 P5 Jumlah

Pra X X X X X 0

Pos X / X X X 1
4.7 Menerangkan tiga jenis latihan kemahiran psikologi sukan lain yang boleh

diaplikasikan untuk meningkatkan prestasi dalam sukan

Imageri

Imageri ialah salah satu teknik mental untuk membayangkan sesuatu dalam minda.

Kemahiran imageri merupakan latihan untuk melatih minda dan mencipta corak

neural dalam otak bagi membiasakan otot melakukan pergerakan sebenar yang kita

mahukan. Imageri sangat berkesan membantu meningkatkan prestasi sama ada

semasa latihan atau pertandingan

Relaksasi Otot Progresif

Kaedah relaksasi otot progresif merupakan satu kaedah yang menenangkan minda

melalui proses menegang dan merehatkan otot secara progresif. Teknik ini

memerlukan atlet berasa kontraksi dalam setiap kumpulan otot dan berasa relaksasi

apabila otot tersebut direhatkan

Kata Rangsangan Kendiri

Kata rangsangan kendiri merupakan salah satu strategi mental yang boleh membantu

individu mencapai prestasi dalam sukan. Kata rangsangan kendiri atau dikenali

sebagai kata kendiri (self talk) adalah pemikiran dan kata-kata yang wujud dalam

minda seseorangan dan diluahkan sama ada secara lantang atau berbisik dalam hati.
4.8 Mencadang dan menghuraikan dua teknik latihan pernafasan yang lain

Teknik pernafasan tenang

Pernafasan yang tenang adalah teknik yang bukan sahaja dapat membantu and

bernafas tetapi juga membantu mengurangkan ketegangan fizikal. Mula-mula, sedut

nafas yang dalam dari diafragma, iaitu otot antara paru-paru dan perut. Seterusnya,

tahan nafas selama beberapa saat ataupun selagi anda mampu. Kemudian, hembuskan

secara perlahan-lahan. Ulangi langkah tadi beberapa kali hingga anda berasa tenang.

Akhir sekali, rehat dan tenangkan seluruh tubuh anda. Teknik ini dapat

menyelamatkan anda apabila anda tidak dapat bernafas dan ketika berada dalam

keadaan tertekan. Teknik ini juga dapat mengelekkan “hyperventilating” iaitu

bernafas secara berlebihan, yang bole berlaku apabila anda bernafas dengan cepat.

Teknik bernafas meditasi

Teknik ini dikenali untuk menlegakan minda anda dan membantu anda bernafas. Jenis

meditasi yang saya akan jelaskan ialah 2-poin meditasi. 2-poin meditasi dikenali

sebagai meditasi minda adalah teknik memberi tumpuan kepada pernafasan dan dalam

masa yang sama mengawal pemikiran anda. Anda boleh melakukan meditasi ini

secara individu atau bersama aktiviti harian lain. Apabila anda mengalami masalah

bernafas atau tekanan, fikiran anda akan mula merawang. Cara meditasi ini dapat

memisahkan emosi dan diri.


4.9 Menghuraikan interaksi antara emosi, kognitif dan fizikal berdasarkan

prestasi ujian pos dalam Borang Rekod Skor Ujian (Lampiran 3)

Berdasarkan prestasi pos, dari segi emosi saya tidak mengalami kebimbangan yang

keterlaluan selepas mengaplikasikan teknik pernafasan. Saya dapat menghadapi emosi

saya dan mencuba untuk buat yang terbaik. Dari segi kognitif pula, saya telah

membuat kajian untuk mencari teknik yang betul untuk membaling bola. Saya

mencari cara untuk membuang bola dalam bola baling dengan menonton video di

Youtube. Akhir sekali, dari segi fizikal saya tidak dapat membaling bola kerana saya

kurang kekuatan fizikal. Saya jarang melakukan aktiviti sukan dan ini telah

mempengaruhi prestasi saya dalam ujian pos.


4.11 Sumber rujukan

Buku Teks

Nelfianty Binti Mohd Rasyid, Jeffrey Low Fook Lee, Normah Binti Jusoh, Ruaibah

Yazani Binti Tengah. (2017). Sains Sukan Tingkatan 5, Kuala Lumpur: Aras Mega

(M) Sdn Bhd

Orang sumber

Erinah Somboton, 43 tahun, Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli

Internet

http://mikepjeduworld.blogspot.com/2012/09/kebimbangan-dalam-sukan-

anxiety.html#:~:text=Berdasarkan%20kepada%20Silva%20dan

%20Stevens,meningkatkan%20tahap%20kebangkitan%20(arousal).

https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/pengurusan-stress/teknik-pernafasan-waktu-

stress/
4.10 Gambar Pelaksanaan Amali

Anda mungkin juga menyukai