Anda di halaman 1dari 7

4.

1 Menerangkan maksud psikologi sukan

Psikologi sukan adalah kajian tentang proses mental dan pemikiran yang menghubungkan

perlakuan manusia dalam aktiviti fizikal atau sukan . Psikologi sukan bertujuan untuk

membantu atlet dan jurulatih meningkatkan kekuatan mental mereka menjelang atau semasa

beraksi melalui sesi yang melibatkan rangsangan, motivasi, fokus, santai, pengurusan emosi,

dan sebagainya.
4.2 Menerangkan satu jenis kebimbangan dan dua faktor yang mempengaruhi kebimbangan

semasa melaksanakan ujian.

Kebimbangan yang telah dialami oleh saya semasa melakukan ujian ialah Kebimbangan

seketika adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku dari persepsi individu

terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu seperti perasaan

khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan fisiologikal.Selain itu rakan rakan saya yang

mengganggu focus balingan semasa aktiviti dijalankan dan keadaan tubuh badan saya yang

penat selepas pertandingan bola sepak.


4.7 Menerangkan tiga jenis latihan kemahiran psikologi sukan lain yang boleh diaplikasikan

untuk meningkatkan prestasi dalam sukan.

Releksasi Otot Progresif (Progreesive Muscle Relaxation)

Relaksasi otot progresif adalah teknik relaksasi untuk mengawal stres dan menenangkan diri

daripada gopoh . Teknik ini dilakukan dengan memberikan ketenangan pada otot tertentu dan

dilanjutkan dengan relaksasi. Relaksasi otot progresif juga dapat dilakukan untuk mengatasi

atlet daripada kecederaan

Imageri

Salah satu bentuk latihan mental ialah latihan bayangan . merupakan bentuk kreasi mental

yang dilakukan secara sadar dan disengaja dan bertujuan untuk membentuk persepsi sesuatu

dengan jalan membentuk imaji kreatif di dalam benak seseorang. imagery dapat dibagi atau

diklasifikasikan menurut tujuan dan aplikasinya Menurut Orlick (1979), latihan imageri

memberi peluang kepada seseorang itu berdepan dengan masalah-masalah tertentu dengan

cara mengambarkan masalah tersebut didalam minda sebelum berdepan dengan masalah

Kata Rangsangan Kendiri

Kata rangsangan kendiri merupakan salah satu strategi mental yang boleh membantu individu

mencapai prestasi dalam sukan. Kata rangsangan kendiri atau lebih dikenali sebagai kendiri

(self talk) adalah pemikiran dan kata-kata yang wujud dalam minda seseorang dan diluahkan

secara lantang atau berbisik dalam hati dan dapat meningkat semangat atlet untuk berjuang.
4.8 Mencadang dan menghuraikan dua teknik latihan pernafasan yanglain.

Senaman Pernafasan : Teknik Fokus Nafas

Teknik ini menggunakan imejan atau perkataan fokus. Dengan ini, anda dikehendaki

menggunakan perkataan atau frasa yang membuat anda gembira, santai atau neutral untuk

merenung. Contoh mudah ialah perkataan "kedamaian" atau "berehat", tetapi ia boleh

menjadi frasa lain yang sesuai untuk fokus atau pengulangan sepanjang latihan pernafasan.

Jika anda seorang pemula, anda boleh bermula dengan sesi 10 minit. Anda boleh melanjutkan

tempoh secara beransur-ansur sehingga sesi sekurang-kurangnya 20 minit.

Senaman Pernafasan : Pernafasan Kotak

Pernafasan kotak juga dikenali sebagai pernafasan empat persegi. Ia mudah dipelajari dan

diamalkan. Sekiranya anda dapat bernafas mengikut irama lagu, ia sudah menjadi konsep

yang sama untuk digunakan. Pernafasan paced jenis ini boleh dimulakan dengan cara berikut:
4.9 Menghuraikan interaksi antara emosi, kongnitif, dan fizikal berdasarkan prestasi
ujian pos dalam borang rekod skor
EMOSI
Subjek bimbang akan balingan tidak masuk ke sasaran gelung rotan yang menyebabkan
prestasi atlet.
KOGNITIF
Subjek mengalami kesukaran untuk focus dalam aktiviti kerana terdapat rakan rakan yang
melihat aktiviti tersebut dan menyebabkan atlet susah untuk focus dalam balingan ke dalam
gelung rotan tersebut
FIZIKAL
Subjek mengalami kelesuan otot (overload) kerana mempunyai latihan yang berlebihan
menyebabkan atlet tidak dapat melakukan balingan dengan baik.
4.10 Tiga gambar pelaksanaan amali
4.11 Sumber Rujukan

Internet

-https://www.homage.com.my/ms/sumber/senaman-pernafasan-untuk-tekanan/

-https://ms.yestherapyhelps.com/the-mental-training-applied-in-sports-psychology-10289

-http://mikepjeduworld.blogspot.com/2012/09/kebimbangan-dalam-sukan-anxiety.html

-https://prezi.com/p/5xbpvrgoxkk_/kemahiran-psikologi-sukan/

Anda mungkin juga menyukai