Anda di halaman 1dari 2

Apa yang berlaku (pada 18 Disember lalu) adalah impak perubahan iklim dan

akibat cuaca ekstrem pada hari berkenaan. Perlu diingat, Jabatan Meteorologi
Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran, dan… (perubahan cuaca)
berlaku sekelip mata," katanya.

Katanya, pakar termasuk beliau, menumpukan perhatian pada negeri di timur


laut, menjangkakan hujan turun di sana seperti kebiasaan, namun yang berlaku
ialah sistem cuaca bergerak ke barat daya, iaitu Lembah Klang.

Pihak berkuasa menuding jari pada jumlah taburan hujan - lebih 300 milimeter
(mm) dalam sehari, iaitu jumlah purata sebulan - yang diburukkan lagi dengan
air pasang besar, kawasan rendah, air sungai penuh dan daratan terlebih tepu.

Gabungan faktor itu tidak mampu ditampung oleh langkah-langkah tebatan


banjir yang dilaksanakan.

Sekalipun saintis iklim dan pakar tempatan telah menjangkakan lebih banyak
hujan dan banjir di rantau ini pada masa depan, termasuk di kawasan yang
lazimnya tidak banjir, bencana 18 Disember lalu itu memeranjatkan ramai
pakar.

Tatkala tahun 2021 melabuhkan tirainya, seluruh rakyat Malaysia sama-sama


berduka dengan musibah banjir besar yang berlaku di beberapa buah negeri.
Bencana alam yang terjadi saban tahun di negeri-negeri Pantai Timur dan negeri
di selatan tanah air itu turut berlaku di kawasan yang tidak pernah dijangka akan
berlaku seperti di Taman Sri Muda, Shah Alam. Kini kita telah memasuki tahun
baru 2022. Adakah fenomena alam yang telah terjadi itu akan dilupakan begitu
sahaja? Penulis ingin mengajak pembaca untuk menyelami hikmah di sebalik
episod duka bencana banjir yang terjadi.
Mengetepikan perbezaan agama dan kepercayaan, rakyat membantu
membersihkan rumah ibadat tidak kira agama dan kaum. Mereka yang bukan
beragama Islam membantu membersihkan masjid. Begitu juga mereka
beragama Islam menghulurkan tangan turut membantu kerja pembersihan.
Ramai yang dengan segera turun padang menyertai usaha menyelamat mangsa
yang terperangkap dalam banjir.

Banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan menyediakan


makanan halal, sebahagian usaha diambil untuk membantu mangsa banjir.
Malah, rakyat asing membantu warga tempatan, manakala anak tempatan sama-
sama menyelamatkan pekerja asing.

Anda mungkin juga menyukai