Anda di halaman 1dari 10

KAKISAN

(CORROSION)

En. Shah Nadzri Bin Jasmir


APA YANG ANDA AKAN PELAJARI

1)Kakisan Logam
2)Jenis – jenis kakisan
3)Pencegahan kakisan
4)Ujian kakisan dan Alat
Pengujian
KAKISAN LOGAM
• Proses Pemusnahan logam oleh tindak balas kimia atau
elektrokimia ke persekitarannya
• biasanya pemindahan elektron dari satu logam ke logam
yang lain melalui Reaksi Pengurangan-Pengoksidaan
• Kakisan logam = logam kehilangan elektronnya
untuk membentuk ion positif.
• Contoh
• Kakisan besi (forum)
Fe → Fe2+ + 2e

• Kakisan Magnesium
Mg → Mg2+ + 2e
• Semakin tinggi kedudukan logam dalam siri
elektrokimia, semakin elektropositif (reaktif) logam
itu.
• Logam mempunyai kecenderungan yang lebih
besar untuk melepaskan elektron untuk
membentuk ion logam, iaitu logam lebih mudah
terkakis.
• Sebagai contoh, logam magnesium logam lebih
mudah terkakis berbanding dengan kuprum
kerana magnesium lebih elektroposif (duduk lebih
tinggi dalam siri elektrokimia) daripada tembaga.
• Kakisan logam adalah tindak balas redoks kerana
logam kehilangan elektron kepada oksigen dan
air (yang bertindak sebagai agen pengoksidaan
untuk menerima elektron).
• Kakisan besi juga dipanggil berkarat.
• Fe (s) → Fe2+ (aq) + 2e
• Pengaratan besi hanya boleh berlaku jika kedua-
dua oksigen dan air hadir.
PROSES KAKISAN LOGAM
• Proses kakisan/pengaratan memerlukan 4 element
bagi membolehkan pengaratan berlaku. Tiada salah
satu element, pengaratan tidak akan berlaku

Sentuhan Air (H20)

Logam/B Udara
esi (oksigen)
Proses pengaratan besi ini dapat diterangkan melalui 4
peringkat. Rujuk gambar di atas ok untuk tambah pemahaman
anda.

Peringkat 1
Bahagian tengah air akan bertindak sebagai anod / terminal
negatif.
Besi, Fe akan kehilangan elektron menjadi ion Fe2+
Kehilangan elektron kita panggil pengoksidaan.
Fe2+ akan larut dalam air dan
Besi pun terkakis

Peringkat 2
Bahagian pinggir air akan bertindak sebagai katod /
terminal positif
Oksigen (udara) akan terima elektron menjadi ion OH-
Penerimaan elektron kita panggil penurunan
OH- akan terhasil
• Peringkat 3
Ion Fe2+ (Peringkat 1) akan bergabung dengan ion OH-
(Peringkat 2)
Ini akan menghasilkan ferum(II) hidroksida
Ferum(II) hidroksida adalah pepejal berwarna hijau

Peringkat 4
Ferum(II) hidroksida dioksidakan oleh oksigen dalam udara
dan bertukar menjadi ferum(III) oksida terhidrat
Ferum(III) oksida adalah pepejal berwarna perang
Ferum(III) oksida adalah KARAT

Anda mungkin juga menyukai