Anda di halaman 1dari 2

Penghargaan

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah
mengurniakan kami kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan projek tempe nutri bar ini dengan
sempurna.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu yang telah banyak membantu sepanjang kami
menyiapkan projek ini. Pertama sekali, kami ingin dedikasikan ucapan penghargaan yang tidak
terkira kepada cikgu tercinta, Puan Noor Najwa Binti Zainal Abidin kerana sudi menolong kami
berkaitan projek ini disamping memberi tunjuk ajar, bimbingan serta semangat kepada kami untuk
menyiapkan projek yang diberikan.

Seterusnya, sekalung penghargaan kami tujukan khas buat kedua ibu bapa kami di atas
sokongan dan dorongan yang diberikan sepanjang kami menyiapkan projek ini. Terima kasih yang
tidak terhingga diatas segala bantuan dari pelbagai aspek terutama sekali aspek kewangan dan
moral

Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat pihak pihak yang telah
membantu kami secara langsung atau tidak langsung dari awal sehingga selesainya projek tempe
nutri bar ini.

Pengenalan
Kami telah menjalankan projek yang diberi nama ‘tempe nutri bar’. Projek ini dijalankan
untuk menghasilkan satu produk makanan yang sihat dan siap sedia untuk dimakan. Hal ini
kerana situasi masyarakat Malaysia yang gemar makanan segera yang senang dan cepat
untuk dimakan, jadi kami mengambil inisiatif ini untuk mencipta sejenis makanan yang sedia
untuk dimakan dan dapat mengenyangkan serta sihat.
Produk ini menggunakan bahan bahan yang sihat dan memberi manfaat kepada
masyarakat. Kami memilih tempe kerana tempe mempunyai banyak khasiat contohnya,
lemak yang lebih sedikit, karbohidrat, serat, kalsium. Projek ini dilaksanakan untuk mencipta
satu protein bar yang digabungkan dengan tempe dan oat serta kekacang. Selain itu,
penciptaan tempe bar berprotein ini juga dapat memasarkan lagi produk tempe kepada
masyarakat.
Produk ini juga mempunyai daya kebolehpasaran yang tinggi dan boleh dijual
kepada pelanggan. Ini kerana, makanan ini sesuai dengan semua peringkat umur dan
mudah dimakan tanpa perlu dimasak.
Walaupun begitu untuk memastikan kesihatan terjamin satu masalah iaitu projek
ini menelan kos yang banyak dan memerlukan komitmen yang tinggi. Kami perlu
menghantar produk tersebut ke makmal makanan untuk diuji. Akan tetapi produk kami
mampu menyelesaikan masalah ini dengan menitik beratkan kesihatan diri pengguna
sebelum menjual kepada pelanggan.
Anggaran kos perbelanjaan projek

Bil. bahan/ peralatan kos seunit (RM)


1. tempe RM 1.50
2. oat RM 9.70
3. kepingan badam RM 5.90
4. coklat masakan RM 6.00
5. coklat masakan putih RM 4.00
6. gula perang RM 3.00
7. whipping cream RM 7.84
8. mentega RM 5.00

Carta alir proses pengeluaran bagi projek projek yang bercorak produk dan
perkhidmatan

Anda mungkin juga menyukai