Anda di halaman 1dari 1

7 PERKARA BOLEH MEMBATALKAN PUASA

Ramadhan secara istilah bermakna menahan diri dari segala hal yang boleh membatalkan
puasa. Puasa bukan sahaja mengajar umat Islam menahan diri dari lapar dan dahaga malah
menahan diri dari melakukkan perkara yang sia-sia yang mendatangkan dosa. Waktu
bermulanya puasa adalah terbit fajar (waktu subuh) hingga terbenamnya matahari (waktu
magrib) dengan niat karena Allah.

1) Makan Dan Minum


 Puasa anda akan terbatal jika makan dengan segaja sama ada sedikit atau banyak.
 Berhenti makan atau minum apabila mendengar azan Subuh.
 Tetapi tidak terbatal puasa jika tidak segaja dan lupa bahawa anda sedang berpuasa.

2) Memasukkan Benda Ke Dalam Rongga


 Memasukkan sesuatu kedalam rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka.
 Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan
terus ke kemaluan depan dan belakang.
 Laluan terbuka pula bermaksud lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.

3) Sengaja Muntah
 Puasa boleh terbatal jika anda dengan sengajanya muntah.
 Tetapi tidak terbatal puasa jika anda mengalami morning sickness, sakit atau loya.

4) Persetubuhan
 Melakukan persetubuhan diantara suami dan isteri di siang hari turut membatalkan
puasa meski pun tidak mengeluarkan air mani.

5) Onani
 Akan terbatalnya puasa kerana yakni mengeluarkan air mani.

6) Datang Darah Haid Atau Nifas


 Bagi kaum wanita akan ada bulan datangnya darah haid atau darah nifas selepas
melahirkan anak.
 Jadi jika berada dalam situasi begini, wanita tersebut dilarang untuk berpuasa dan
secara automatik akan terbatal puasa jika darah haid atau nifas keluar dari kemaluan
wanita tersebut.

7) Gila Dan Murtad

 Orang gila atau orang yang sudah murtad tidak diwajibkan untuk berpuasa.
 sekalipun mereka berpuasa namun puasa mereka itu tidak sah.

Anda mungkin juga menyukai