Anda di halaman 1dari 12

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4 IKHLAS

BIL PERKARA TINDAKAN


1. Kelas: 4 Ikhlas
2. Bilangan Pelajar: 16 Orang (4 L / 12 P)
3. Tarikh: 31 Januari 2023
4. Tempoh: 1 jam (60 Minit)
5. Masa: 09.15 pagi – 101.5 pagi
6. Bidang: Menggambar.
7. Tajuk: Catan
8. Kemahiran/Tema: Buah-buahan.
9. Pengetahuan Sedia Ada: i. Murid-murid pernah melihat hasil seni yang
menggunakan teknik catan.
ii. Murid pernah mewarna, tetapi bukan menggunakan
teknik catan.
iii. Murid mengetahui pelbagai jenis buah-buahan.
10. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini, semua murid dapat:
i. Mengetahui teknik asas dalam menghasilkan catan.
ii. Menghasilkan gambar menggunakan teknik catan
(basah atas kering) mengikut tema yang telah
ditetapkan.
11. Kemahiran Berfikir: Kritis: Mencirikan dan mengelaskan bahan dan alatan.
Kreatif: Menghasilkan gambar menggunakan teknik catan
mengikut kreativiti masing-masing selari dengan tema yang
ditetapkan.
12. Penerapan Nilai: Kreatif, inovasi dan ketekunan.
13. Bahan Bantu Mengajar: Video (Pengenalan catan dan langkah penghasilan catan basah
atas kering), slaid power-point, contoh hasil kerja, Projektor dan
LCD.
14. Keperluan: Alatan: Berus lukisan pelbagai saiz, palet.
Bahan: Warna air, kertas lukisan.
Rujukan: Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual dan
internet. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
rendah PSV.

2
LANGKAH/ ISI PEMBELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN CATATAN
FASA MASA PEMBELAJARAN
(MINIT)

Pengenalan kepada 1. Guru menunjukkan video Bahan bantu


SET Catan. pengenalan catan kepada mengajar:
INDUKSI murid-murid. i. Video pengenalan
2. Guru meminta murid catan.
09. 15 – 09.20 menumpukan perhatian
Pagi kepada tayangan video. Teknik Pengajaran:
3. Guru mengajukan soalan i. Soal jawab
(5 minit) berkaitan video yang berkaitan video
ditayangkan kepada murid. yang ditayangkan.
Contoh Soalan:

i. Berdasarkan video
yang ditayangkan
tadi, apakah teknik
yang digunakan?
ii. Sebutkan teknik-
teknik untuk
menghasilkan catan.

3
Aras 1: Kemahiran berfikir:
BAHASA Perkaitan Alat, 1. Guru mengarah murid – Kritis- Menyenarai
SENI bahan dan teknik. murid menyenaraikan alat dan mengelaskan
VISUAL dan bahan yang diperlukan peralatan dan
Mempelajari proses untuk menghasilkan catan bahan.
9.20 – 09.45 menghasikan catan. dan kemudian kelaskan
PAGI samada ianya adalah bahan Teknik Mengajar:
(25 minit) Aktiviti: ataupun alatan. Penerangan melalui
1. Menonton video 2. Guru menayangkan persembahan slaid.
proses penghasilan persembahan slaid (konsep,
catan menggunakan bahan dan teknik catan) Bahan bantu
teknik basah atas menggunakan projektor. Mengajar:
kering. 3. Guru menunjukkan contoh i. Slaid
2. Penerangan secara gambar yang menggunakan (powerpoint) –
verbal langkah demi teknik catan kepada murid. Lampiran 1
langkah. Aras 2: ii. Contoh hasil
1. Guru memainkan video catan.-
Menghasilkan catan proses untuk menghasilkan Lampiran 2
mengikut tema catan menggunakan teknik Video (Proses
ditetapkan. basah atas kering. menghasilkan
2. Guru menerangkan proses catan).
mengaplikasi teknik catan iii. LCD.
secara verbal. iv. Projektor.

Aras 3: Teknik Mengajar:


1. Guru mengedarkan kertas - Penerangan
lukisan kepada murid. secara lisan.
2. Guru menyuruh murid v. Video.
mengeluarkan alat dan
bahan. Keperluan:
3. Murid-murid diarahkan Alat:
untuk menghasilkan karya - Palet.
seni dengan mengaplikasi - Berus
teknik catan basah atas pelbagai
kering mengikut tema yang saiz.
telah ditetapkan (buah- Bahan:
buahan). - Kertas lukisan
4. Murid membuat tugasan - Warna air.
4
1. Guru memilih beberapa
Apresiasi dan Apresiasi dan orang murid secara rawak Kemahiran
refleksi. refleksi. untuk tampil kehadapan pelbagai:
dan menunjukkan hasil Interpersonal
09.45 – 10.10 kerja kepada rakan lain Visual- Linguistik
Pagi 2. Guru membuat refleksi
pembelajaran hari ini.
(25 minit) 3. Guru mempamerkan hasil
catan pelajar di sudut PSV

Nama murid

🌼 Nama karya

🌼 Bidang – Membentuk dan

Membuat Binaan

🌼 Aktiviti - Origami

🌼 Tema – Alam Semulajadi

🌼 Alat dan bahan

🌼 Cerita kan karya murid-murid

PENUTUP • Guru memberikan STRATEGI PdP:


peneguhan Pembelajaran
10.10 - positif kepada Berasaskan Bahan
10.15 murid
Pagi berdasarkan
hasil karya yang
(5 minit) telah dihasilkan.
• Guru membuat
aktiviti
pengayaan

5
untuk berkongsi
maklumat
berkaitan fungsi
karya diorama.
Murid dan guru
bersoal jawab
berkaitan hasil
dapatan pada
pengajaran dan
pembelajaran pada
hari ini.

6
LAMPIRAN 2:

CONTOH HASIL CATAN


TEKNIK: BASAH ATAS BASAH

7
8
CONTOH HASIL CATAN
TEKNIK: BASAH ATAS KERING

9
Refleksi:

Pada semester ini, kami telah diarahkan untuk mencipta satu rancangan pengajaran
harian (RPH). Dalam rancangan pengajaran selama satu jam ini, saya telah memiih bidang
menggambar untuk diajarkan kepada murid-murid tahun 4. Tajuk yang akan saya ajarkan
ialah catan dimana diakhir pelajaran ini, murid akan mengaplikasi teknik catan basah atas
kering mengikut tema yang telah ditetapkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan pengajaran? (Paul R. Burden & David
M. Byrd, 1999) merujuk rancangan perangajaran sebagai sebuah keputusan yang dibuat
mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran.

Menurut hemat saya, penyediaan rancangan pengajaran ini amat penting bagi guru-
guru kerana ianaya boleh dijadikan garis panduan untuk mengajar kelak. Dengan adanya
rancangan pengajaran, proses pengajaran dan pembelajaran dikeas menjadi lebih teratur
dan efisyen. Sebagai seorang guru yang efektif, kita haruslah membuat perancangan
terlebih awal sebelum masuk ke dalam kelas, kerana sekiranya tiada perancangan, sudah
pasti kelas akan menjadi kelam kabut dan tidak teratur. Hal ini akan mendatangkan kesan
buruk kepada kedua-dua belah pihak iaitu guru dan pelajar. Dimana guru akan kurang
berkeyakinan diri apabila mengajar manakala murid pula akan hilang minat untuk mengikuti
sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Selain daripada itu, saya juga berpendapat bahawa rancangan harian ini dapat
mengelakkan guru daripada tersimpang keluar daripada tajuk dalam menyampaikan apa
yang ingin diajarkan. Sebagai implikasinya, objektif pengajaran dan pembelajaran tidak akan
dapat dicapai. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat membantu guru untuk memilih dan
menetapkan kaedah dan teknik pengajaran manakah yang sesuai untuk digunakan
berdasarkan perancagan aktiviti yang dibuat. Ianya saya rasakan amat membantu, kerana
jika guru tidak merancang aktiviti pengajaran yang akan diajarkan sudah pasti nantinya guru
akan terkial-kial yang akan mengganggu gugat proses pembelajaran daripada berjalan
lancar. Selain daripada itu, dengan adanya rancangan pengajaran juga, guru boleh
menyediakan bahan bantu mengajar yang akan digunakan kelak. Guru perlulah berfikir
secara kreatif untuk menyediakan bahan pengajaran kerana jika guru gagal berbuat
sedemikan, murid akan mudah merasa bosan. Bukan itu sahaja, interaksi antara murid

10
dengan guru, murid dengan bahan juga akan berkurangan yang mengakibatkan suasana
pembelajaran menjadi hambar.

Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan baru yang saya
rasakan amat penting dan berguna di masa akan datang. Apa yang saya pelajari melalui
tugasan ini ialah, apabila bergelar guru Pendidikan Seni, guru itu sendiri perlulah terlebih
dahulu menguasai ke empat-empat bidang utama yang terdapat dalam sukatan pelajaran
iaitu bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan
dan akhir sekali ialah mengenal kraf tradisional. Hal ini adalah kerana, jika sesorang guru itu
tidak mempunyai pengetahuan dalam empat bidang ini, bagaimanakah dia akan mengajar
muridnya kelak? Sebagai implikasinya, guru tidak boleh merancang aktiviti dengan
sempurna dan teratur. Hal ini amat menyedihkan sekali, kerana sikap guru yang seperti
inilah yang akan membuatkan pelajaran pendidikan seni sering dipandang remeh. Saya
amat bersyukur kerana tugasan ini telah membuatkan keinginan saya untuk mempelajari
seni lebih mendalam, secara tidak langsung, ianya telah menanam minat dalam diri saya
untuk mencintai pendidikan seni.

Selain daripada itu, saya juga telah mempelajari bahawa tugas seorang guru bukan
satu tugasan yang mudah. Walaupun selalu dipandang enteng, namun sebenarnya seorang
guru menggalas tanggungjawab yang amat besar. Bukan itu sahaja, saya juga mempelajari
betapa pentingnya untuk membuat perancangan pembelajaran sebelum masuk mengajar
didalam kelas. Baru sekarang saya memahami , mengapa seorang guru pelatih dibimbing
dan diajar mereka rancangan pengajaran harian semasa dalam latihan mengajar. Hal yang
demikian bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan juga sebagai persediaan apabila
bergelar guru kelak. Nantinya kami tidaklah terkial-kial apabila disuruh menghasilkan
rancangan pengajaran dimasa akan datang.

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya menghadapi beberapa kekangan pada


awalnya namun saya bersyukur kerana saya dapat melaksanakan tugasan ini sebelum
tarikh yang ditetapkan. Pada mulanya, saya agak berasa tertekan kerana selama ini kami
guru pelatih Opsyen Bahasa Melayu didedahkan dengan cara merancang pengajaran
menggunakan format lain, namun apabia melihat contoh format rancangan pengajaran
Pendidikan Seni, format yang digunakan adalah berbeza, istilah-istilahnya juga berbeza.
Saya merasa agak keliru pada awalnya dan hal ini tealh menyebabkan saya meletakkan
tugasan ini sebagai tugasan yang paling akhir untuk saya siapkan. Namun saya menyesal
kerana tindakan itu adalah salah dan tidak wajar. Saya akhirnya telah memutuskan untuk
berjumpa dengan pensyarah subjek dan juga beberapa orang senior utnuk mendapatkan

11
bimbingan untuk menyediakan rancangan pengajaran ini. Saya merasa amat gembira ketika
menghasilkan tugasan ini dan saya merasa tidak sabar untuk masuk mengajar didalam
kelas menggunakan rancangan pengajaran saya ini. Bagi tugasan yang kedua pula, kami
diminta untuk membuat buku skrap dimana kami harus menghasilkan karya seni bagi ke
empat-empat bidang itu. Kami diminta menyediakan sekurang-kurangnya tiga keping
gambar bagi setiap bidang menggunakan teknik yang berbeza. Namun kerana minat saya
yang mendalam, saya telah menyediakan lima hasil seni bagi setiap bidang. Pada mulanya
saya merasa agak terbeban kerana saya bukanlah seorang yang mempunyai kemahiran
yang tinggi, dan ini merupakan kali pertama saya membuat projek seni seperti ini, namun
memandangkan saya seorang yang suka akan cabaran, saya mencabar diri saya untuk
menghasilkan lima hasi karya seni bagi setiap bidang. Bagi saya, tugasan ini amat berguna
kepada kami semua bakal guru, memandangkan pendidikan seni merupakan subjek minor
kami, suatu hari nanti kami pasti akan mengajar murid-murid pendidikan seni. Tugasan ini
menjadikan kami lebih bersedia apabila mengajar kelak. Buku skrap yang dihasilkan
bolehlah dijadikan sebagai bahan rujukan untuk mengajar nanti.

Selain daripada itu, tugasan ini juga menguji daya kreativiti kami sebagai guru pelatih.
Ini menunjukkan bahawa, guru haruslah mempunyai kebolehan yang lain dan harus
mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi. Tugasan ini juga memberikan peluang
kepada guru pelatih untuk terus mencuba pelbagai teknik-teknik seni yang belum pernah
diaplikasikan sebelum ini. Terdapat banyak teknik seni yang ternyata selama ini tidak pernah
saya ketahui apa lagi mengaplikasikannya dalam menghasokan karya seni.

Sebagai kesimpulan bagi keseluruhan refleksi saya, saya ingin menekankan bahawa
seorang guru haruslah meluangkan masa merancang aktiviti pembelajaran sebelum
memulakan pembelajaran didalam kelas kerana banyak faedah yang boleh didapai jika guru
merancang pembelajaran dengan lebih awal. Saya berharap segala ilmu pengetahuan baru
yang saya pelajari semasa melaksanakan tugasan ini boleh membantu saya didalam proses
pengajaran apabila saya bergelar guru kelak. Saya juga berharap pada masa akan datang,
saya dapat memperbaiki segala kelemahan diri semasa melaksanakan tugasan ini.

12
Rujukan:

 Ilmu Pendidikan. (2012, October 7). Retrieved September 10, 2014, from
Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian:
http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/kepentingan-rancangan-pengajaran-
harian.html

 Paul R. Burden & David M. Byrd. (1999). Method for Effective Teaching. Allyn and
Bacon.

 Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Pendidikan Seni Visual.


(2000). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 Woon, C. H. (2008). Teori Seni Visual Edisi Kedua . Dewan Bahasa dan Pustaka.

13

Anda mungkin juga menyukai