Anda di halaman 1dari 9

1

SKEMA JAWAPAN (UP1 S2 2023)


1. Berikan maksud pengurusan dan dua kepentingannya dalam perniagaan. [4]
_______________________________________________________________________

Jawapan:
Definisi : proses formal dan sistematik yang melibatkan proses merancang,
mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber manusia dan sumber bukan manusia
secara sekap dan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi.

Kepentingan:
1. Membantu organisasi mencapai matlamat yang ditetapkan melalui perancangan,
pengagihan dan penyelarasan sumber dalam organisasi secara cekap dan berkesan.
2. mengelakkan berlakunya pembaziran dengan menggunakan sumber organisasi secara
optimum.
3. Memotivasi dan mendorong modal insan untuk mencapai matlamat organisasi.

2. Huraikan tiga peranan pengurus sebagai peranan bermaklumat (informational) [6]


_______________________________________________________________________

Jawapan:
1. Sebagai pemantau / pengawas
 Pengurus peka terhadap perubahan persekitaran dalaman dan luaran organisasi
dengan memperolehi maklumat berguna untuk manfaat organisasi sama ada
daripada pihak dalam atau luar.
2. Sebagai penyampai
 Pengurus perlu menyampaikan maklumat kepada pekerja dalam organisasinya
bagi melaksanakan tugas-tugas berbentuk fakta, pentaksiran dan angka.
3. Sebagai jurucakap
 Pengurus perlu menyampaikan maklumat kepada pihak luar di luar organisasi /
pihak berkepentingan berkaitan dengan perancangan, polisi, Tindakan dan
keputusan organisasi.

3. Huraikan Pendekatan Kemanusiaan / Gelagat yang berikut:


i. Pergerakan Hubungan Kemanusiaan
ii. Teori Sains Gelagat [4]
___________________________________________________________________________

Jawapan:
1. Pergerakan Hubungan Kemanusiaan
 Menekankan hubungan dan interaksi yang baik antara pengurus dengan
pekerja bagi mencapai matlamat organisasi.
2. Teori Sains Gelagat
 Menitikberatkan penyelidikan saintifik, psikologi, ekonomi dan sosiologi
sebagai asas untuk memahami gelagat manusia dalam organisasi.
2

4. Huraikan dua perbezaan antara perancangan strategik dengan perancangan operasi dari
aspek jangka masa dan kegunaan. [4]
___________________________________________________________________________
Jawapan:
Dimensi / aspek Perancangan Strategik Perancangan Operasi
Jangka masa - Jangka masa Panjang - Jangka masa pendek
- Lebih dari 5 tahun - Kurang dari 1 tahun
- 5-10 tahun @ 3-5 tahun - 12 bullan ke bawah
Operasi - Mencapai objektif menyeluruh - Mengawal operasi harian
syarikat iaitu visi dan misi
syarikat

5. Berikan empat alat-alat perancangan. [4]


___________________________________________________________________________
Jawapan:
1. Analisis Pulang Modal
2. Carta Gantt
3. Bajet
4. Kaedah Laluan Genting

6. Terangkan tiga jenis manual organisasi. [6]


___________________________________________________________________________
Jawapan :
1. Fail Meja
 Dokumen bagi peringkat individu atau sesuai sesuatu jawatan, unit atau jabatan
 Mengandungi carta jabatan atau unit, objektif jabatan dan prosedur kerja
berkaitan jawatan yang disandang.
2. Manual Prosedur Kerja
 Dokumen rasmi yang ada pada jabatan atau unit, mengandungi prosedur-prosedur
kerja secara terperinci dan berperingkat / mengikut urutan dalam proses
melakukan sesuatu kerja.
3. Prosedur Kualiti
 Dokumen yang disediakan oleh organisasi untuk memastikan rekod kualiti
diwujudkan dan diselenggara sebagai bukti pematuhan standard dan pelaksanaan
sistem kualiti.

7. Huraikan Teori Motivasi yang berikut:


i. Teori Motivasi McClelland
ii. Teori Motivasi McGregor [4]
___________________________________________________________________________
3

Jawapan :
1. Teori Motivasi McClelland
 Menjelaskan tentang tiga jenis keperluan manusia yang dapat memberikan kesan
kepada tingkah laku mereka di tempat kerja.
 Keperluan untuk pencapaian [1] – keinginan untuk melaksanakan sesuatu yang
sukar, mencapai piawaian kejayaan yang tinggi, memahirkan diri dalam
melakukan tugas-tugas yang kompleks dan menandingi orang lain.
 Keperluan untuk perhubungan [1] – keinginan untuk mengekalkan perhubungan
peribadi yang rapat, mengelakkan konflik dan mewujudkan persahabatan yang
mesra dengan orang lain.
 Keperluan untuk kuasa [1] – keinginan untuk mempengaruhi / mengawal orang
lain, bertanggungjawab ke atas orang lain / mempunyai autoriti ke atas orang lain.

2. Teori Motivasi McGregor


 Mengandaikan motivasi manusia berbeza dari segi nilai, kepercayaan, sikap dan
personaliti yang seterusnya menimbulkan gelagat manusia yang berbeza antara
satu sama lain.
 Pengurus harus memahami perbezaan gelagat atau perlakuan pekerja sebelum
memotivasikan mereka.

8. Terangkan tiga punca-punca stress dari faktor berkaitan individu. [6]


___________________________________________________________________________
Jawapan :
1. Personaliti [1]
 Sahsiah / personaliti pekerja adalah berbeza. Ada pekerja suka mengambil
tanggungjawab, kreatif dan suka bekerja.
 Pengurus harus memberi tugas yang bersesuai dengan pekerja.
2. Keperluan [1]
 Pekerja mempunyai keperluan tertentu yang diharapkan akan dapat dicapai
dengan memberi sumbangan kepada organisasi.
 Mereka akan bekerja kuat jika apa yang dikehendaki tercapai.
3. Pengalaman [1]
 Pekerja yang kurang pengalaman mudah menghadapi ketegangan terutamanya
pekerja muda yang mungkin tidak sabar.
 Pengalaman akan mengajar pekerja tenang dan sabar dalam menghadapi cabaran
kerja.
4. Keupayaan [1]
 Pekerja yang kurang kemahiran akan lebih tertekan dalam melakukan kerja.
 Semakin tinggi kemahiran seseorang itu maka pekerja berkenaan dijangka dapat
menyerap segala tekanan dalam melakukan pekerjaan.

9. Huraikan tiga sebab-sebab penamatan sesuatu tawaran. [6]


___________________________________________________________________________
4

Jawapan:
1. Pembuat tawaran membatalkan tawaran sebelum penerimaan dibuat.
 Contohnya, A membuat tawaran untuk menjual telefon pintar kepada B. A boleh
membatalkan tawarannya pada bila-bila masa sebelum B membuat penerimaan
tawaran tersebut.
2. Penolakan tawaran oleh penerima tawaran
 Ini disebabkan oleh kemungkiran penerima tawaran untuk memenuhi syarat
terdahulu yang dinyatakan dalam tawaran asal.
3. Luputnya waktu tawaran
 Penerima tawaran tidak membuat penerimaan dalam jangka waktu tersebut.
4. Kematian / ketidaksiuman pembuat tawaran
 Pembuat tawaran mengalami sakit mental atau telah meninggal dunia.

10. Huraikan tiga jenis-jenis syarat tersirat. [6]


___________________________________________________________________________
Jawapan :
1. Masa pembayaran
 Ini bermaksud kedua-dua pihak bebas menentukan masa, sama ada, masa itu
penting ataupun sebaliknya.
2. Mengenai hak milik
 Penjual mestilah mempunyai hak milik yang sah terhadap barangan yang hendak
dijual kepada pembeli.
3. Jualan melalui perihalan
 Apabila sesuatu barang yang dijual melalui deskripsi atau perihalan, barang itu
mestilah sama, berpadanan atau secocok dengan deskripsi yang diberikan oleh
penjual.
4. Mengenai kualiti dan kelayakan
 Tidak ada waranti atau syarat tersirat berkaitan dengan kualiti atau kelayakan
untuk apa-apa maksud tertentu bagi barang-barang yang dibekalkan di bawah
sesuatu kontrak jualan kecuali;
-pembeli secara nyata / tersirat memberitahu penjual maksud tertentu bagi
barang-barang yang diperlukan,
-kualiti boleh dagang.
5. Jualan melalui contoh atau sampel
 Barang mesti secocok dengan contoh atau sampel tentang mutu.
 Pembeli berpeluang membandingkan keseluruhan barang serta membuat
pemeriksaan yang munasabah ke atas barang tersebut.
5

11. Tan Sri Azman Hashim : Pengerusi Kumpulan Ambank Berhad

Tan Sri Azman Hashim merupakan nama yang cukup sinonim dengan salah sebuah
bank terkemuka di negara kita iaitu Ambank Berhad. Berstatus sebagai seorang jutawan,
beliau adalah salah seorang anak Melayu yang berjaya menempatkan diri dalam kalangan
senarai individu terkaya di Malaysia. Hakikatnya beliau adalah Ikon Perbankan di Malaysia
dan digelar juga Enterpreneur Banker. Di sektor perbankan beliau salah seorang peneraju
terkemuka perbankan yang mempunyai ciri sebagai pengurus bank professional dan ahli
perniagaan yang berani. Beliau amat dikenali dan disenangi oleh 6 juta pelanggan awam dan
pelanggan korporat yang berurusan dengan AmBank, 12 000 kakitangan dan puluhan ribu
ahli keluarga mereka.

Tan Sri Azman merupakan usahawan Melayu dari zaman Pra Dasar Ekonomi Baru
yang paling berjaya. Beliau banyak menolong kerajaan dalam membentuk dasar dan strategi
perbankan terutama dalam membangunkan Malaysia sebagai hub Perbankan Islam. Beliau
juga berjaya membentuk pasukan pengurusan pelbagai kaum yang cemerlang yang
membolehkan Ambank berkembang pesat. Kerjasama dengan Patrick Low dan Datuk Malik
Merican juga banyak membantu beliau memperkasakan lagi Ambank. Dengan gaya
pengurusan yang menggalakkan idea-idea yang inovatif dan suasana kerja yang dinamik
membolehkan Ambank mempelopori produk-produk baru dalam perbankan.

Mungkin ramai yang mengganggap, berkhidmat di sesebuah organisasi perbankan


bagaikan berada dalam presser cooker dengan suasana kerja yang terlalu sibuk. Dengan
kebijaksanaan Tan Sri Azman sebagai pemimpin organisasi keadaan ini tidak berlaku,
sebaliknya para pekerja menghadapi suasana kerja yang menyeronokkan. Ini kerana Tan Sri
Azman bukanlah seorang authoritarian malah beliau tidak meninggikan suara dan bersikap
tidak suka menyalahkan pekerja, sikap menegur secara individu dan berhemah, memaafkan
pekerja serta menyuntik banyak aura positif melalui penganjuran majlis ramah mesra, sukan
dan aktiviti amal untuk keluarga kakitangan menjadikan beliau amat dikagumi dan lebih rapat
dengan pekerja.

Pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah diterima oleh Tan Sri Azman. Terkini,
beliau baru sahaja dianugerahkan Doktor kepimpinan Pengurusan oleh Universiti Teknologi
Malaysia pada 28 Oktober 2017 lalu atas sumbangan beliau dalam pertubuhan awam dan
sosial melalui pelbagai pertubuhan seperti Pengerusi Persatuan Perbankan Pelaburan
Malaysia (MIBA), Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Pengerusi
Perbadanan Produktiviti Nasional, Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Airlines System (MAS)
dan pertubuhan antarabangsa yang lain.

Antara faktor kekuatan beliau ialah berkeyakinan tinggi, tidak mudah mengalah, tidak
suka mengeluh, tidak suka membuang masa, bijak merebut peluang dan tidak takut dengan
cabaran menjadi resepi kejayaan Tan Sri Azman sehingga berjaya mengemudi kumpulan
Ambank Berhad antara kumpulan kewangan yang berjaya di Malaysia.

[Disesuaikan daripada www.ambankgroup.com. Dan Berita Harian 28 Oktober 2017]

Berdasarkan kajian kes di atas :


6

a) Terangkan tiga peranan Tan Sri Azman Hashim sebagai antara perorangan menurut
teori Mintzberg di dalam Kumpulan Ambank Berhad [20]

Tiga peranan Tan Sri Azman Hashim sebagai antara perorangan menurut teori
Mintzberg di dalam Kumpulan Ambank Berhad :

1. Sebagai Tunggak [F1=1]


- sebagai orang terpenting/simbolik kepada organisasi [H=1]
- Kaitan kes :
o Tan Sri Azman Hashim merupakan nama yang cukup sinonim dengan
salah sebuah bank di negara kita iaitu Ambank [K1=1]
o Hakikat beliau adalah Ikon Perbankan di Malaysia dan digelar juga
Entrepreneur Banker[K2=1]
o Mengemudi Kumpulan Ambank Berhad yang menjadi antara
kumpulan perkhidmatan kewangan yang berjaya di Malaysia[K3=1]

2. Sebagai Pemimpin[F2=1]
- Bertindak sebagai ketua dalam organisasi iaitu mengarah, melatih dan
mempengaruhi pekerja[H=1]
- Kaitan kes :
o Di sektor perbankan beliau salah seorang peneraju terkemuka
perbankan yang mempunyai ciri sebagai pengurus bank professional
dan ahli perniagaan yang berani[K1=1]
o Beliau amat dikenali dan disenangi oleh 6 juta pelanggan awam dan
pelanggan korporat yang berurusan dengan Ambank,12 000 kakitangan
dan puluhan ribu ahli keluarga mereka[K2=1]
o Beliau juga berjaya membentuk pasukan pengurusan pelbagai kaum
yang cemerlang yang membolehkan Ambank berkembang pesat[K3=1]
o Tan Sri Azman bukanlah seorang yang authoritarian[K4=1]
o Tan Sri Azman sebagai pemimpin organisasi,berjaya mewujudkan
suasana kerja yang menyeronokkan,dikagumi dan lebih mesra dengan
pekerja[K5=1]

3. Sebagai penghubung [F3=1]


- Menjalin hubungan dengan organisasi pihak luar[H=1]
- Kaitan kes :
- Sumbangan beliau dalam pertubuhan awam dan sosial melalui pertubuhan
seperti Pengerusi Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA)[K1=1]
- Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)[K2=1]
- Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional[K3=1]
- Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Airlines System (MAS) dan pertubuhan
antarabangsa yang lain[K4=1]
- Kerjasama dengan Patrick Low dan Datuk Malik Merican[K5=1]

b) Terangkan jenis kepimpinan dan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Tan Sri
Azman Hashim di dalam kumpulan Ambank Berhad
[10]
7

Jenis kepimpinan yang diamalkan oleh Tan Sri Azman Hashim dalam kumpulan
Ambank Berhad :

- Kepimpinan Karismatik [F1=1


o Kebolehan memimpin,mempengaruhi dan menjadi sumber inspirasi
kepada pekerja[H=1]
- Kaitan kes :
o Beliau tidak biasa meninggikan suara[K1=1]
o Bersikap tidak menyalahkan pekerja
o Sikap menegur secara individu dan berhemah
o Memaafkan pekerja
o Menyuntik banyak aura positif melalui penganjuran majlis ramah
tamah, sukan dan aktiviti amal untuk keluarga pekerja
o Menjadikan beliau amat dikagumi dan lebih mesra dengan pekerja

Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Tan Sri Azman Hashim dalam kumpulan
Ambank Berhad :

- Kepimpinan Demokratik[F2=1]
- Bekerjasama dengan pekerja dalam membuat keputusan [H=1]
- Kaitan kes :
o Menggalakkan idea-idea yang inovatif [K1=1]
o Mewujudkan suasana kerja yang dinamik [K2=1]
o Disenangi oleh 6 juta pelanggan awam dan pelanggan korporat yang
berurusan dengan Ambank [K3=1]
o Mewujudkan budaya kerja yang menyeronokkan [K4=1]

12. Jelaskan lima proses penjabatanan. [20]


___________________________________________________________________________
Jawapan :
1. Penentuan objektif
 Mengenalpasti matlamat organisasi dan objektif setiap jabatan dalam organisasi.
 Objektif mestilah memenuhi ciri-ciri seperti spesifik, boleh diukur, boleh dicapai,
realistik dan mempunyai jangka masa.
 Contoh
2. Pengenalpastian aktiviti
 Mengenalpasti aktiviti perniagaan yang sesuai dilaksanakan dengan khusus dan
terperinci bagi mendukung fungsi, matlamat dan hala tuju jabatan.
 Memahami aktivti-aktiviti tugas yang kritikal agar ia dapat membuat
pengorganisasian dengan cekap dan berkesan.
 Contoh
3. Pengelasan aktiviti
 Semua kativiti yang telah dikenalpasti akan dikelaskan dan disusun mengikut
kemahiran dan kecekapan pekerja dan persamaan tugas.
8

 Membuat pengelasan aktiviti-aktiviti mengikut pengkhususan dan persamaan


tugas.
 Contoh
4. Pengelompokan aktiviti
 Aktiviti-aktiviti kerja dalam organisasi akan dikelompokkan mengikut unit-unit
tertentu yang sepadan dengan fungsi dan sifatnya.
 Pengurus mewujudkan pengkhususan kerja dengan mengelompokkan aktiviti
kerja mengikut fungsi yang mudah diuruskan.
 Contoh
5. Pengagihan tugas, autoriti dan tanggungjawab
 Pihak pengurus di setiap jabatan akan membuat pengagihan tugas kepada pekerja-
pekerja mengikut kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing dan
akan memaklumkan objektif yang petlu dicapai.
 Autoriti merupakan hak untuk membuat keputusan dan tindakan supaya mereka
dapat menjalankan kerja dengan cekap dan berkesan.
 Tanggungjawab merupakan satu amanah / kewajipan yang dipikul oleh pekerja
dalam melaksanakan sesuatu tugas dengan berkesan.
 Contoh

13. Jelaskan lima faktor pekerjaan yang boleh mendatangkan stress kepada pekerja.
[20]
___________________________________________________________________________
Jawapan :
1. Konflik peranan
 Merujuk kepada pekerja bawahan yang bertanggungjawab kepada lebih dari satu
peranan.
 Pekerja bawahan menghadapi masalah dalam memilih untuk menjalankan
peranan yang lebih utama.
 Contoh
2. Kekaburan peranan
 Pengurus tidak menerangkan dengan jelas akan peranan yang harus dimainkan
oleh pekerja bawahan.
 Ini menyebabkan pekerja tersebut tidak faham akan tugas dan tanggungjawabnya.
 Contoh
3. Keperluan tugas
 Tekanan juga akan dirasai oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran / tidak
cukup kemahiran.
 Pekerja yang kurang kelayakan / kemahiran berbanding keperluan pekerjaan akan
menyebabkan tekanan kepada pekerja.
 Contoh
4. Beban tugas
 Jika pekerja diberi tugas yang terlalu banyak, ia menyebabkan mereka akan
tertekan.
9

 Pekerja yang diberi tugas orang lain untuk dilakukannya juga berasa tidak adil
dan tertekan
 Contoh
5. Gangguan seksual
 Gangguan seksual ditempat kerja adalah sebarang tingkah laku berunsur seksual
yang tidak diingini melalui lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal.
 Ini menyebabkan pekerja merasa tidak selesa dan menimbulkan tekanan dan
gangguan emosi.
 Contoh
6. Skop kerja
 Pekerja akan berasa stress jika mempunyai tanggungjawab yang besar dan berat
terhadap orang lain.
 Pekerja terpaksa melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh supaya tidak
melakukan sebarang kesilapan.
 Contoh
7. Kekurangan sokongan sosial
 Terdapat pekerja yang tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak
pengurusan dan keluarga.
 Ini menyebabkan pekerja tidak mendapat kepuasan kerja serta tiada tumpuan di
tempat kerja.
 Contoh

Anda mungkin juga menyukai