Anda di halaman 1dari 7

Hadis 45

1) Sanad & Perawi


a. Sanad Hadis Bukhari
i. Jalur Adam bin Abu Iyas
b. Ammar bin Yasir
Ammar bin Yasir dari kalangan sahabat yang awal memeluk Islam. Sehinggakan di
dalam Sahih al-Bukhari daripada Hammam, dia berkata: “Aku pernah mendengar
‘Ammar berkata:
‫ و َأبُو بَ ْك ٍر‬،‫ وا ْم َر َأَتَ ِن‬،‫ ا هَّل َ َْخ َس ُة أ ْع ُب ٍد‬،ُ‫وسَّل وما معه‬
َ ‫هللا عليه ه‬ ِ ‫َر َأيْ ُت َرسو َل ه‬
ُ ‫اَّلل َص هَّل‬

Maksudnya: “Aku telah melihat Rasulullah SAW, dan tiada bersama dengan
baginda (memeluk Islam) melainkan lima orang hamba, dua orang wanita dan
Abu Bakar.” (al-Bukhari)

Abdullah bin Mas‘ud juga termasuk dalam orang yang awal memeluk Islam,
sehinggakan beliau bagitahu, beliau adalah orang yang keenam. Kata Abdullah bin
Mas‘ud:

،‫ وبالل‬،‫ وصهيب‬،‫ وأمه مسية‬،‫ وعامر‬،‫ وأبو بكر‬،‫ رسول هللا صَّل هللا عليه وسَّل‬:‫اكن أول من أظهر اسالمه س بعة‬
،‫واملقداد‬

Maksudnya: “Orang yang mula-mula menzahirkan Islamnya ada tujuh orang:


(iaitulah) Rasulullah SAW, Abu Bakr, ‘Ammar bin Yasir dan Ibunya Sumayyah,
Suhaib, Bilal dan al-Miqdad.

Pada awalannya kami bawakan di sini ayat-ayat al-Quran yang menjadi dalil kulli kepada
prinsip-prinsip memberi keringanan dan toleransi dalam Islam serta menolak haraj atau
kesusahan. Ini kerana Islam merupakan agama yang tidak memberati umat dengan perkara yang
tidak mampu untuk dilaksanakan.

Dalil-dalil ini juga merupakan asas kepada Manhaj al-Taisir (manhaj yang memudahkan) di dalam
fiqh al-Islami, antaranya:
Firman Allah SWT:

ُ ِّ ‫ََّل ُي َ ِ ِّك ُف‬


‫اَّلل ن َ ْف ًسا اَّله ُو ْس َعهَا‬
ِ

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

(Surah al-Baqarah: 286)

Firman Allah SWT:

‫اَّلل َما ْاس تَ َط ْع ُ ْت‬


َ ‫فَات ه ُقوا ه‬

Maksudnya: Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu.

(Surah al-Taghabun: 16)

Firman Allah SWT:

‫اَّلل ِل َي ْج َع َل عَلَ ْي ُُك ِ ِّم ْن َح َر ٍج‬


ُ ‫َما ُي ِريدُ ه‬

Maksudnya: Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan).

(Surah al-Maidah: 6)
Firman Allah SWT:

‫َو َما َج َع َل عَلَ ْي ُ ُْك ِِف ِّ ِال ِين ِم ْن َح َر ٍج‬

Maksudnya: Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah
dalam perkara agama.

(Surah al-Haj: 78)

Firman Allah SWT:

‫ْس‬ َ ْ ‫اَّلل ِب ُ ُُك الْي‬


َ ْ ‫ُْس َو ََّل يُ ِريدُ ِب ُ ُُك الْ ُع‬ ُ ‫يُ ِريدُ ه‬

Maksudnya: (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

(Surah al-Baqarah: 185)

Penyakit atau kecederaan yang menimpa seseorang yang menyebabkan ketidakmampuan untuk
berwudhu dengan air disebabkan kondisi penyakitnya yang menghalang dari menggunakan air
atau kerana akan melambatkan kesembuhan pada tubuh badannya, maka baginya hukum
dibolehkan untuk bertayammum.

Ini sebagaimana firman Allah SWT dan sabda Nabi SAW, serta pandangan yang telah disebutkan
oleh ulama dalam kitab masing-masing.
Dalam al-Quran Allah SWT berfirman:

‫َوان ُك ُنت هم ْر ََض َأ ْو عَ ََّل َس َف ٍر َأ ْو َجا َء َأ َح ٌد ِ ِّم ُنُك ِ ِّم َن الغَائِطِ َأ ْو َّل َم ْس ُ ُت ال ِن ِّ َسا َء فَ َ َّْل ََتِدُ وا َما ًء فَتَ َي هم ُموا َص ِعيد ًا َط ِّيِب ًا فَام َْس ُحوا ب ُِو ُجو ِه ُ ُْك‬
ِ
ِ ُ ِ
‫َو َأيْديُك ِّمنْ ُه‬

Maksudnya: Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang
dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak
mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah -
debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu
itu.

(Surah al-Maidah: 6)

Ayat di atas jelas menunjukkan akan pensyariatan tayammum kepada keadaan-keadaan manusia
yang disebut di dalam ayat di atas.

Al-Maraghi berkata: “Apabila kamu mengalami salah satu dari tiga keadaan ini seperti sakit atau
dalam perjalanan pemusafiran, atau tidak menemui air sewaktu hendak menyucikan kedua-dua
jenis hadas di atas, maka hendaklah kamu mencari debu atau dataran bumi yang suci daripada
najis, lalu tepuklah kedua-dua tangan sampai ke pergelangan tangan, dengan adanya kesan debu
tersebut.” (Tafsir al-Maraghi 3/1500).

Dalil hadis pula ialah, Rasulullah SAW bersabda:

‫َو ُج ِعلَ ْت لَنَا ا َأل ْر ُض ُُكُّهَا َم ْسجِ دً ا َو ُج ِعلَ ْت تُ ْ برَُتُ َا لَنَا َطه ًُورا ا َذا لَ ْم َ َِن ِد الْ َم َاء‬
ِ

Maksudnya: “Dijadikan bagi kita seluruh bumi tempat sujud, dan tanahnya pula bahan bersuci
ketika ketiadaan air.”
Riwayat Muslim (522)

Dalam fiqh mazhab Syafie ada menyebut tentang sebab-sebab membolehkan tayammum
antaranya ialah kerana keuzuran yang menghalang dari menggunakan air.

Kami nukilkan di sini daripada al-Fiqh al-Manhaji:

Terhalang daripada menggunakan air sama ada halangan yang nyata, seperti ada air di tempat
yang berhampiran tetapi tidak jauh dari situ pula ada musuh yang ditakuti, ataupun ada halangan
syara’, iaitu seperti takut menggunakan air kerana bimbang terkena penyakit, dan melambatkan
proses penyembuhan. Dalam keadaan yang demikian, dia bolehlah bertayammum dan tidak wajib
menggunakan air. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW tentang seorang yang mendapat luka di
kepala dan meninggal dunia selepas dia mandi:

‫ان ه َما َاك َن يَ ْك ِفي ِه َأ ْن يَت َ َي هم َم َأ ْو ي َ ْع ِص َب عَ ََّل ُج ْر ِح ِه ِخ ْرقَ ًة ُ هُث ي َ ْم َس َح عَلَْيْ َا َوي َ ْغ ِس َل َسائِ َر َج َس ِد ِه‬
ِ

Maksudnya: “Dia sepatutnya bertayammum sahaja dan membalut lukanya dengan kain, kemudian
menyapunya dan mandi seluruh badannya.”

Riwayat Abu Daud (336)

Hal yang sama juga disebut di dalam kitab al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad
al-Zuhaili.

Hal ini juga bertepatan dengan kaedah fiqhiyyah iaitu:

‫املشقة َتلب التيسي‬


Maksudnya: “Kesusahan akan membawa kepada kemudahan.”

Kami bawakan di sini salah satu dawabit dalam menggunakan kaedah ini, antaranya ialah:

Kesusahan yang tidak mampu dilaksanakan oleh mukallaf.

Tayammum dalam kondisi ini merupakan rukhsah daripada Syari’. Rukhsah dalam kategori ini
ialah dinamakan sebagai Rukhsah Tark (‫)رخصة ترك‬. Iaitu seruan Syari’ kepada rukhsah
disebabkan darurat atau keberhajatan dengan MENINGGALKAN perkara yang diwajibkan.

Adapun di sisi jumhur melaksanakan ‘azimah iaitu mengambil hukum asal adalah lebih
afdhal daripada melaksanakan rukhsah, akan tetapi di dalam isu di atas, sekiranya ianya
membawa kepada mudarat dan kecelakaan maka rukhsah adalah perlu dilaksanakan. Ini kerana
untuk menolak kemafsadahan dan mudarat. Lebih-lebih lagi sekiranya keadaan pesakit yang
mendapat nasihat dan panduan daripada pakar perubatan untuk mengambil rukhsah.

Di sini juga kami nukilkan daripada al-Fiqh al-Manhaji berkenaan dengan syarat-syarat
tayammum dan rukun-rukun tayammum:

Syarat-syarat Tayammum

1) Mengetahui masuk waktu solat.


2) Mencari air selepas masuk waktu solat.
3) Menggunakan debu tanah yang suci yang tidak mengandungi tepung dan kapur.
4) Menghilangkan najis terlebih dahulu.
5) Menentukan kiblat sebelum bertayammum.
6) Sebab tayammum
a. Tidak ada air
b. Tidak mampu guna air
c. Sakit
d. Air untuk keperluan lain
e. Khuatir harta rosak jika cari air
f. Cuaca sejuk
Daripada Amr bin al-`As, beliau berkata:

‫ ُ هُث َصل ه ْي ُت‬،‫ِْل فَتَ َي هم ْم ُت‬ َ ِ ‫الس َال ِسلِ فَأَ ْش َف ْق ُت ا ِن اغْت َ َسلْ ُت َأ ْن َأه‬
ُّ ‫ْاح َتلَ ْم ُت ِِف لَ ْي َ ٍَل ََب ِر َد ٍة ِِف غَ ْز َو ِة َذ ِات‬
ِ
‫ْصاب َِك َو َأن َْت‬ َ ْ َ‫ َ«َي َ َْع ُرو َصل ه ْي َت ِبأ‬:‫هللا عَلَ ْي ِه َو َس ه ََّل فَقَا َل‬ ُ ‫الص ْب َح فَ َذ َك ُروا َذ ِ َِل لِلنه ِ ِ ِّب َص هَّل‬ ُّ ‫ِبأَ ْْص َِاِب‬
َ ‫ُجنُ ٌب؟» فَأَخ َ َْْبتُ ُه َِب ه َِّلي َمنَ َع ِِن ِم َن ِاَّلغْ ِت َسالِ َوقُلْ ُت ا ِ ِّّن َ ِمس ْع ُت ه‬
َ ‫ َ{و ََّل تَ ْقتُلُوا َأنْ ُف َس ُ ُْك ا هن ه‬:‫اَّلل ي َ ُقو ُل‬
‫اَّلل‬
ِ ِ
‫هللا عَلَ ْي ِه َو َس ه ََّل َولَ ْم ي َ ُق ْل َش ْيئًا‬ ِ ‫ول ه‬
ُ ‫اَّلل َص هَّل‬ ُ ‫] فَضَ ِح َك َر ُس‬29 :‫َاك َن ِب ُ ُْك َر ِحميًا} [النساء‬

Maksudnya: Aku telah bermimpi basah pada suatu malam yang sejuk dalam
Peperangan Dzat al-Sulasil maka aku takut kalau aku mandi aku akan binasa lalu
aku bertayammum, kemudian aku bersolat Subuh bersama teman-temanku.
Mereka memberitahu perkara itu kepada Nabi SAW maka Baginda bertanya:
Wahai Amr! Apakah engkau solat bersama teman-temanmu sedangkan engkau
masih berjunub?. Lantas aku memberitahu Baginda apa yang menghalang aku
daripada mandi dan aku beritahu yang aku mendengan Allah berfirman: Dan
janganlah kalian membunuh diri kalian, sesungguhnya Allah tersangat kasih akan
diri kamu (Surah al-Nisa, ayat 29). Maka Rasulullah SAW pun tertawa dan Baginda
tidak berkata apa-apa.
g. Tidak mampu ambil air

7) Niat solat
8) Tepuk tangan dua kali atau sekali

Anda mungkin juga menyukai