Anda di halaman 1dari 8

FAKULTI SAINS GUNAAN

SEMESTER SEPTEMBER 2017

OUMH1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

NO. MATRIKULASI :

PUSAT PEMBELAJARAN : SEREMBAN LEARNING CENTRE


ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK
TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi
tugasan kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah antara 500 hingga 750 patah perkataan (bergantung
kepada bilangan patah perkataan pada arahan di soalan tugasan) TIDAK
termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman
dan langkau baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat
APENDIKS.

1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 PENGENALAN 3
2 IMPLIKASI POSITIF TERHADAP KANAK-KANAK 4
3 IMPLIKASI NEGATIF TERHADAP KANAK-KANAK 5
4 KESIMPULAN 6
5 RUJUKAN 7

2
PENGENALAN

Kebanyakan wanita di Malaysia pada masa kini memilih untuk bekerja bagi
memenuhi impian yang dikejar dari alam universiti di samping membantu kewangan
keluarga masing-masing. Setiap ibu bekerja pastinya berhadapan dengan dilema yang
sama contohnya kekangan masa untuk mendidik anak, menjaga rumah tangga dan suami.
Menurut Clarice J.K.(2004) definisi ibu bekerja ialah ibu yang bekerja di luar rumah
untuk mencari pendapatan tambahan dalam sesuatu pekerjaan yang dibuat, pada masa
yang sama membesarkan anak-anak di rumah. Ia jelas menunjukkan ibu yang bekerja
menambah tanggungjawab yang sedia ada di rumah dengan mencari pendapatan di luar
rumah demi menguruskan keluarga sendiri dari segi kewangan. Tujuan esei ini ditulis
untuk membincangkan implikasi positif dan negatif terhadap kanak-kanak disebabkan
oleh ibu yang bekerja.

3
IMPLIKASI POSITIF TERHADAP KANAK-KANAK

Implikasi positif terhadap kanak-kanak akibat ibu bekerja adalah kanak-kanak


tersebut akan menjadi berdikari. Menurut Pamela L. (2016), kebanyakan anak-anak yang
membesar dengan ibu bekerja, terutamanya anak perempuan, merasakan diri mereka
berasa matang yang mana ibu bapa mereka mengajar mereka hidup lebih berdikari tanpa
bantuan orang yang lebih tua. Hal ini juga boleh membuatkan anak-anak menjadi lebih
bertanggungjawab serta berdisiplin dalam menguruskan rumah apabila ketiadaan ibu
bapa seperti mengemas rumah.

Selain itu, kanak-kanak akan meniru tingkah laku ibu yang positif. Sebagai
seorang ibu yang bekerja, akan menjadi contoh dan teladan bagi anak-anak. Kenyataan
ini disokong dalam satu artikel oleh American Academy of Pediatrics (2015) "A mother
who successfully manages both an outside job and parenthood provides a role model for
her child". Hal ini kerana, ibu yang bekerja menginspirasi anak-anak, terutama anak
perempuan untuk bekerja lebih keras dalam menyelesaikan berbagai masalah dan
menghadapi cabaran yang lebih berat mencabar sebagai seorang wanita di masa hadapan.
Tambahan itu, anak-anak akan lebih cenderung mengikuti jejak langkah ibu yang sentiasa
mengurus masa dengan baik serta ibu akan berasa dihargai oleh anak-anak sendiri.

4
IMPLIKASI NEGATIF TERHADAP KANAK-KANAK

Implikasi negatif terhadap kanak-kanak akibat ibu bekerja adalah kanak-kanak


akan membesar sebagai seorang yang lebih sensitif dan beremosi ekoran kekurangan
kasih sayang daripada ibu bapa mereka sejak kecil lagi. Hal ini kerana ibu bapa yang
bekerja mempunyai kekangan masa untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka.
Kenyataan ini terbukti dalam satu artikel oleh Zuhayati Yazid (2012) yang menyatakan
bahawa kajian psikologi mendapati ibu bapa yang bekerja mempunyai masa yang terlalu
singkat untuk bersama anak-anak mereka. Keadaan ini menjadikan jurang antara anak
dan ibu bapa terlalu jauh dan menyebabkan anak tidak rapat dengan orang tuanya sendiri.
Situasi ini, jika berlarutan dalam jangkamasa lama boleh mempengaruhi perkembangan
personaliti anak-anak itu sendiri.

Selain itu, apabila ibu sibuk bekerja, maka anak akan rasa kurang perhatian
daripada ibunya. Seseorang kanak-kanak yang kurang diberi perhatian akan mencari
kawan yang sebaya untuk berkomunikasi. Lebih teruk jika kanak-kanak berkawan
dengan kawan yang mempunyai pengaruh negatif seperti merokok, buli dan sebagainya.
Sebagai contoh, anak terperap di bilik dan tidak berlaku proses komunikasi antara ibu
bapa dengan anak. Situasi ini menyebabkan hubungan antara anak dengan ibu bapa
semakin renggang. Apabila tiada kemesraan dalam sesebuah keluarga, anak akan mencari
rakan sebaya di luar sehingga mengundang pelbagai masalah lain. Menurut Tengku
Asmadi (2016), apabila ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing, anak akan
mencari jalan keluar mengisi kesepian bertemu rakan atau mencari hiburan
lain menghilangkan kebosanan.

5
KESIMPULAN

Kesimpulannya, ibu bekerja memberi pelbagai implikasi terhadap perkembangan


kanak-kanak. Pada zaman yang penuh dengan cabaran ini, sememangnya wanita perlu
bekerja demi meneruskan hidup serta membantu keluarga dan suami terutama dari segi
kewangan. Kanak-kanak yang membesar bersama ibu yang bekerja akan boleh menjadi
berdikari sepenuhnya serta perkembangan otak mereka akan cepat matang. Ibu bekerja
akan berasa dihargai apabila anak mereka faham keadaan ibunya. Sebaliknya, masalah
psikologi akan terganggu kepada kanak-kanak seperti mudah sensitif, beremosi serta
mudah terpengaruh rakan sebaya disebabkan ibu sibuk bekerja. Oleh itu, ibu haruslah
pandai menguruskan masa untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka
dan suami dalam sesbuah keluarga. Bekerja itu adalah satu ibadah. anak-anak pula adalah
satu tanggungjawab yang tidak seharusnya diabaikan.

(642 patah perkataan)

6
APENDIKS

RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

Clarice J. Kestenbaum, (2004). Having It All: The Professional Mother's Dilemma. In


C. Friedman, The Journal of the American Academy of Psychoanalysis and
Dynamic Psychiatry: Vol. 32, Women and Society, (pp. 117-124). New York,
USA:Guilford Press.

Pamela Lenehan (2016). I Surveyed More Than 1,000 People to Find Out How Having a
Working Mom Really Affects Kids. Working Mom Impact Kids. Retrieved from
http://motto.time.com/4241071/working-mom-impact-kids/

American Academy of Pediatrics (2015). How It Can Impact Your Child. Working
Mothers. Retrieved from https://www.healthychildren.org/English/family-
life/work-play/Pages/Working-Mothers.aspx

Zuhayati Yazid (2012). Ibu bapa Bekerja Kurang Masa Untuk Anak. Utusan Online.
Retrieved from http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=
0308&sec=Keluarga&pg=ke_03.htm

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad (2016) Power Parenting : Motivasi Anak Pintar,
Petaling Jaya, Malaysia:Galeri Ilmu Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai