Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Menurut kaji selidik yang dijalankan pada 2020,kira-kira 65% pekerja Malaysia pernah
mengalami buli di tempat kerja.Tinjauan mendapati bahawa penderaan lisan adalah
bentuk buli di tempat kerja yang paling biasa,diikuti dengan penderaan psikologi dan
penderaan fizikal.Tinjaun itu juga mendedahkan bahawa buli di tempat kerja lebih kerap
berlaku di sektor swasta berbanding di sektor awam.Selain itu,tinjauan mendapati
kebanyakan mangsa buli di tempat kerja tidak melaporkan kejadian tersebut.Ini
disebabkan oleh pelbagai sebab, termasuk ketakutan terhadap tindakan balas,kurang
keyakinan terhadap sistem pelaporan,dan kepercayaan bahawa tiada apa yang akan
dilakukan mengenainya. Secara keseluruhannya,data menunjukkan bahawa buli di
tempat kerja merupakan isu lazim ditempat kerja dan usaha perlu dilakukan untuk
menangani masalah ini. Tujuan kajian ini adalh untuk menerangkan fenomena buli di
tempat kerja berdasarkan Teori Interaksi.

LATAR BELAKANG

Teori Interaksi Sosial merupakan sebuah kajian tentang bagaimana seseorang


individu antara berinteraksi antara satu sama lain. Teori ini bersifat mikro dan memberi
fokus kepada hubungan di antara individu dalam masyarakat.

Tingkah laku seseorang individu akan berubah setelah mereka membuat


penilaian ke atas sesuatu keadaan dan individu yang berinteraksi dengan mereka.
Tingkah laku seseorang individu yang berubah dipengaruhi oleh faktor seperti
hubungan mereka dengan orang lain, aktiviti yang mereka lakukan, keadaan di mana
interaksi antara individu berlaku, dan perasaan mereka terhadap penilaian yang
dilakukan.

Dalam interaksi sosial, situasi sosial boleh digambarkan dengan gabungan enam
komponen dan ciri-ciri pada tiga tahap abstraksi. Enam komponen tersebut ialah
pelakon, rakan kongsi, perhubungan, aktiviti, konteks, dan penilaian. Selain itu, dari
segi abstraksi pula, terdiri daripada objek, pengalaman, dan konsep. Dalam tahap
objek, kita akan berkomunikasi tentang perkara yang boleh kita sentuh. Seterusnya,
dalam tahap pengalaman, tahap ini merupakan tahap kita bercakap tentang
pengalaman kita. Terdapat unsur abstrak tetapi ia adalah sesuatu perkara yang telah
berlaku dan nyata kepada kita. Bagi tahap konsep, kita akan bercakap tentang idea dan
konsep yang bukan material termasuk kepercayaan dan nilai kita.

Apa itu buli? Buli bermaksud perbuatan mendera, mempermainkan seseorang


supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru, membuli mempermain-mainkan
orang biasanya orang yang lemah dengan tujuan menggertak, mencederakan,
menakutkan orang yang berkenaan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Buli di tempat kerja
merupakan penganiayaan kepada pekerja yang disengajakan dan dilakukan secara
berulang serta kebanyakannya dilakukan oleh pihak atasan seperti penyelia atau rakan
sekerja (Idris,2022). Terdapat tiga jenis buli yang selalu terjadi di tempat kerja iaitu
penderaan lisan, penderaan psikologi dan penderaan fizikal. Penderaan lisan adalah
perkara yang dilakukan dengan perckapan seperti mengusik atau menghina,
menyebarkan khabar angina (fitnah), mengancam dan mengejek orang lain. Penderaan
psikologi adalah penderaan yang melibatkan penganiyaan emosi yang berterusan
terhadap seseorang. Penderaan yang ini boleh melibatkan cubaan secara sengaja
untuk menakutkan, mengasingkan dan mengabaikan. Penderaan fizikal juga melibatkan
memukul, menendang, mencuri, menyembunyikan atau merosakkan harta benda orang
lain atau memaksa mangsa buli melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. Mangsa
mungkin akan diejek, diseksa dan dipukul.

Anda mungkin juga menyukai