Anda di halaman 1dari 16

`

TUGASAN

HBIS3903
KAJIAN TEKS HADITH-BUKHARI DAN MUSLIM
SEMESTER MEI 2023
___________________________________________________________________________

1) Pengenalan

AssalamuA’laikum,

Kajian Ilmu Mustolah Hadits bertujuan meneliti kualiti periwayatan sanad dan matan suatu
Hadis. Juga dikenali sebagai Ilmu Hadis Riwayah, Manakala perbahasan tentang matan hadis
bagi memahami maksudnya dikenali Ilmu Hadis Dirayah. Suatu matan hadis yang
didatangkan mestilah berganding dengan sanad. Pandangan sesebahagian ulama bahawa
rukun Hadits itu ada 2, Sanad dan Matan. Seandainya terdapat matan hadis tanpa sanad
didatangkan, maka ia tidak dinamakan Hadis kerana tidak memenuhi kriteria Hadis dan ia
tidak boleh diamalkan. Dengan ini, tugasan ”Kajian Teks Hadith Imam Bukhari dan Imam
Muslim” bertujuan menguji kefahaman pelajar dalam memahami konsep yang terkandung di
dalam kajian Hadis Riwayah dan Hadis Dirayah.
Pada bahagain awal tugasan ”Kajian Teks Hadith Imam Bukhari dan Imam Muslim”, kita
akan membahaskan tentang karya-karya hadis utama setelah kedua-kedua imam tersebut.
Pada bahagian ini, kita akan diperkenalkan tentang muallifain 2 kitab tersebut. Di antara
perbahasan berkenaannya adalah status kedua pengarang kitab-kitab itu serta kedudukan
kitab-kitab hadis mereka di sisi ulama Hadis dan Fiqh. Ini termasuklah pengenalan sejauh
mana pengaplikasian kedua kitab itu.
Bahagian seterusnya membedah tentang beberapa aspek kaedah penulisan ‫ كتاب الَّتْو َب ِة‬oleh
Imam Muslim di dalam Kitab Sahih Muslim. Penyusunan hadis-hadis mengikut bab bukanlah
suatu kerja yang mudah. Maka bahagaian ini akan menjelaskan tentang aspek penting yang
diambil kira oleh Imam Muslim pada kaedah penulisan ‫الَّتْو َبِة كتاب‬.
Kemudian, kita akan mengenali sejarah dan maklumat ringkas tentang kaedah at-tahwil. Para
muhaddisin seperti Imam Muslim yang mempunyai banyak jalur sanad Hadis sering dijumpai
menggunakan kaedah ini di dalam Kitab Sohih Muslim. Selain itu, kita juga akan melihat
bagaimana pengaplikasian kaedah at-tahwil menerusi beberapa hadis di dalam ‫ كتاب الَّتْو َبِة‬oleh
Imam Muslim.
Seterusnya, kita akan menelusuri bahagian tentang carta ringkasan sanad bagi hadis-hadis
dari ‫ َباُب ُس ُقوِط الُّذ ُنوِب ِبااِل ْس ِتْغ َفاِر َتْو َبًة‬berbentuk peta minda agar dapat memperluaskan pandangan
kita terhadap carta alir nama-nama perawi yang terdapat di dalam sanad agar dapat menarik
minat pembaca melalui media peta minda yang unik dan kreatif.
Pengakhiran tugasan ini, kita akan cuba mendalami pengajaran daripada hadis ‫َباُب َقُبوِل الَّتْو َبِة ِم َن‬
‫( الُّذ ُنوِب َو ِإْن َتَكَّر َرِت الُّذ ُنوُب‬Sahih Muslim 2758a, Book 50, Hadith 33). Setelah itu, kita akan ke
sudut kesimpulan daripada keseluruhan tugasan ini yang merupakan bentuk penilaian
kembali dan intropeksi diri serta berakhir dengan rujukan-rujukan berformat APA bagi
menyokong maklumat yang terkandung dalam tugasan ini dan beberapa tangkap layar
sebagai bukti penyertaan aktif sepanjang tempoh tugasan.

2) Memperkenalkan dua karya hadith utama selepas al-Sahihain dan kedudukannya


dengan terperinci, menarik dan tepat.

As-Sahihain adalah istilah merujuk kepada 2 kitab hadis utama daripada Koleksi Kutubus
Sittah iaitu Sahih Bukhari dikumpulkan oleh Muhammad bin Ismail al-Bukhari, manakala
kitab hadis yang lain ialah Sahih Muslim dikumpulkan oleh Imam Muslim ibn al-Hajjaj
Qushayri al-Nisaburi. Berikut adalah kedudukan kitab-kitab dari Kutubus Sittah mengikut
keutamaannya di sudut kesahihannya:

Sahih Bukhari oleh Imam Muhammad bin Ismail al-


Bukhari

Sahih Muslim oleh Imam Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri


al-Nisaburi

Sunan an-Nasaie oleh Imam Ahmad bin Syu`aib an-


Nasaie

Sunan Abi Daud oleh Imam Sulaiman bin al-Asy`as as-


Sajastani

Jami` At Tirmizi oleh Imam Muhammad bin Isa at-


Tirmizi

Sunan Ibnu Majah oleh Imam Muhammad bin Yazid bin


Majah al-Qazuwaini

2 kitab hadis utama setelah Sahih Bukhari dan Sahih Muslim:

• Para ulama kebiasaannya mengkategorikan Kitabus Sittah mengikut Kemasyhuran,


Kesahihan, atau kewafatan pengumpul hadis kitab-kitab tersebut. 2 Kitab utama
setelah mengikut kesahihannya ialah mestilah dan Kitab Sunan Abu Daud. Jadual di
bawah merupakan pengenalan ringkas kedua kitab tersebut:

Nama Penyusun Abu Abdul Rahman Ahmad bin Imam Abu Daud Sulaiman
Syu`aib an-Nasaie bin al-Asy`as as-Sajastani

Nama Kitab Sunan an-Nasaie Sunan Abi Daud

Jumlah Hadis 5761 5274

Jumlah kitab 51 35
(topik)

Jumlah Bab 1871


(Sub-topik)

Metodologi  Bab-bab Fikih  Bab-bab Fikih


Penyusunan
 Meletakkan syarat hadis  Mengasingkan hadis berkaitan
yang ketat khususnya rijal hukum dan sunnah
al-hadis (perawi).
 Menyertakan Hadis Sohih,
 Hadis yang dipilih mestilah Hasan dan Dhoif disokong
diriwayatkan oleh perawi dengan hujah dan penjelasan.
berdasarkan ijma’ fuqaha.

 Mencatat dan menjelaskan


perbandingan rantaian sanad
suatu hadis.

 Menjelaskan sebab dan


punca illat pada sanad.

 Menghimpunkan hadis-
hadis sohih, hasan dan dhoif
di dalam al-Sunan al-Kubro
besertakan hujah dan
penjelasan.

 Menyusun Mukhtasar
(ringkasan) al-Sunan al-
Kubro menjadi kitab al-
Sunan al-Kubro

Kedudukan dan  Sunan Nasaie termasuk salah  Kitab Sunan Abi Daud dilihat
Keunikan sebuah kitab hadis yang sebagai karya hadis Hasan
paling sedikit memuatkan
hadis-hadis da’if.  Kitab Sunan Abi Daud
menghadkan pemilihan hadis
 Sunan al-Nasaie menduduki yakni tidak mengaitkan hadis
tempat ketiga selepas Sahih berkaitan kisah, tahzir, hal-hal
al-Bukhari dan Sahih Muslim tasawuf (zuhud, adab), tafsir,
dari sudut kurangnya bilangan fadhilat dan lain-lain.
hadith da’if.
 Sunan Abi Daud dianggap karya
 Menurut Imam al-Subki, Sunan pertama yang disusun
Imam al-Nasaie lebih banyak mengikut bab fiqh.
menghafaz hadis-hadis
berbanding Imam Muslim.

 Menurut Imam al-Hakim dan


Imam al-Khatib, syarat perawi
hadis dalam Sunan al-Nasa’I
lebih ketat dan tegas
berbanding syarat perawi
hadis dalam kitab Sahih
Muslim

Kitab Sahih Bukhari dan Muslim dikenali sebagai kitab sahih kerana ia hanya terkandung
Hadis-Hadis Sohih. Sebaliknya kitab Sunan Nasaie’ dan Sunan Abi Daud mendapat
jolokan Kitab Sunan kerana di dalamnya terhimpun Hadis-Hadis Sohih, Hasan dan Dhoif
melalui proses pemilihan menurut methode yang khusus oleh penyusun.

Kisah Ringkas berkaitan 2 Kitab ini:


Sunan Abi Daud
Penduduk Mekah komentar tentang status Kitab Sunan Abi Daud, maka Imam Abu Daud menjelaskan
melalui surat kepadanya daripada penduduk Makkah: “Hadis-hadis ini semuanya adalah hadis-hadis
Sunnah dalam hukum-hukum. Kitab ini mengandungi hadis-hadis yang disandarkan kepada Nabi
Muhammad (Hadis Marfu'), serta hadis-hadis yang terhenti pada (sanad) Sahabat, dan ia (hadis-Hadis)
yang disandarkan (terhenti sanadnya) pada ulama Tabi'in.
Tambahan beliau ketika menjawab surat tersebut: “Saya menyebut hadith sahih dan yang menghampiri
serta dekat dengannya (hasan) di dalam kitab saya ini. Jika hadithnya terlalu da’if, saya akan jelaskan.
Di dalam kitab ini juga tidak ada satu pun hadith yang berasal daripada perawi yang matruk. Jika
terdapat hadith yang munkar, saya akan jelaskan.”

Begitu juga beliau (Imam Abu Daud) selalu memperingatkan tentang status hadis apabila para alim
datang merujuk kepada beliau tentang periwayatan hadis , apabila didatangkan Hadis Sohih, Imam
Abu Daud akan berkata bahawa ia telah belaiau sebut di dalam Kitab Sunan Abi Daud.

3) Aspek metode penulisan ‫كتاب الَّتْو َبِة‬.


Aspek Metode .Tidak memuatkan kesemua hadis sahih ke dalam kitab Sahihnya
Penulisan
‫ كتاب الَّت ْو َب ِة‬oleh
Imam muslim

Hanya memilih hadis yang disepakati ulama

Beliau meletakkan cukup kriteria al-Mu'asarah pada syarat hadis


"sohih, "Ittisol as-Sanad

Tidak memuatkan kesemua hadis sahih ke dalam kitab Sahihnya.

Imam Muslim telah menyaring 300,000 buah hadis menjadi 7275 yang dimuatkan ke dalam Sahih Muslim. Kemudian memuatkan
hanya 68 buah hadis ke dalam 11 bab di dalam ‫ كتاب الَّت ْو َبِة‬Beliau hanya akan memilih dan menggugurkan hadis daripada kitab .
.Sahihnya berdasarkan hujah, kepentingan dan keperluan Hadis tersebut sebelum memuatkannya

Hanya memilih hadis yang disepakati ulama

Beliau hanya memilih hadis-hadis sohih yang disepakati kesahihanya oleh para ulama. Para ulama
mutaddimin dan mutakhkhirin mengutarakan 4 pendapat siapakah ”kesepakatan ulama” yang dimaksudkan
:oleh Imam Muslim, antaranya
.a) Semua guru-guru yang Imam Muslim menerima hadis daripada mereka secara umum
.b) Imam-Imam hadis dan muhaddis yang bukan merupakan guru Imam Muslim
c) Ijma 4 guru Imam Muslim di kalangan Huffaz fil Ahadis. Mereka ialah Imam Yahya bin Ma’in, Imam
.Ahmad bin Hambal, Imam Usman bin Abi Syaibah dan Imam Said bin Mansur al-Khurasani
d) Ijma 4 guru Imam Muslim di kalangan Huffaz fil Ahadis. Mereka ialah Imam Yahya bin Ma’in, Imam
Ahmad bin Hambal, Imam Abu Zur’ah ar-Razi dan Imam Abu Hatim ar-Razi.

"Kriteria al-Mu'asarah pada syarat hadis sohih, "Ittisol as-Sanad

Umumnya, syarat hadis Sohih mesti memenuhi 5 syarat


"Beliau hanya meletakkan cukup kriteria al-Mu'asarah pada syarat hadis sohih, "Ittisol as-Sanad
Maksud al-Mu'asarah adalah periwayatan sanad cukuplah menggunakan lafaz 'an untuk menyambunagkan
.antara perawi
Pada pandangan Imam Muslim, seorang perawi yang tsiqoh tidak akan meriwayatkan hadis melainkan
akan menggunakan lafaz haddasani/ haddasana/ akhbarani dan lain-lain apabila daripada perawi yang
ditemui dan mereka menerima hadis daripadanya
4) Kaedah al-tahwil:

Kaedah al-Tahwil adalah teknik menghimpunkan beberapa sanad daripada jalur yang
berbeza menjadi satu pada suatu hadis.
Definisi al-Tahwil yang lain adalah perpindahan dari suatu sanad pada sanad yang lain
namun dalam penulisan sanad tersebut, para muhadditsin meringkaskannya dengan
menulis simbol atau akronim.
Para muhaddisin berbeza-beza dalam menulis simbol atau akronim sebagai bentuk
berlakunya al-Tahwil dalam penulisan sanad, antaranya:

a) ‫ح‬
b) ‫خ‬
c) ‫صح‬

Bagi keadaan Imam Muslim, beliau memilih menggunakan symbol ’ ‫’ح‬.

i) Contoh 1:

‫( باب ِفي َحِد يِث اِإل ْفِك َو َقُبوِل َتْو َبِة اْلَقاِذِف‬Sahih Muslim 2770a, Book 50, Hadis 65)
ii) Contoh 2:

‫( باب ِفي َحِد يِث اِإل ْفِك َو َقُبوِل َتْو َبِة اْلَقاِذِف‬Sahih Muslim 2770b, Book 50, Hadis 66)
5) Carta ringkasan sanad bagi Hadis-Hadis dari ‫َباُب ُس ُقوِط الُّذ ُنوِب ِبااِل ْسِتْغَفاِر َتْو َبًة‬

Carta Sanad Hadis Sahih Muslim 2748a, Book 50, Hadith 11:

Imam Sayyidina
Muslim ibn Imam
Abi Sirmah
al-Hajjaj Muhammad
al-Mazini
Qushayri al- Ibn Qais
Nisaburi al-Ansori
Sayyidina
Rasulillah
Habibi an-
Nabi s.a.w

Imam
Imam Lais Sayyidina
Qutaibah ibn
Ibn Sa'ad Abi Ayoub
Sa'id Ats-
al-Fahmi al-Ansori
Tsaqafi

Carta Sanad Hadis Sahih Muslim 2748b, Book 50, Hadith 12:
Imam Imam
Muslim ibn Imam Iyad Ibrahim bin
al-Hajjaj Ibn Abdullah Sayyidina Abi
Ubaid al-
Qushayri al- al-Fihri Ayoub al-
Zarqi al-
Nisaburi Ansori
Ansori

Sayyidina
Rasulillah
Habibi an-
Nabi s.a.w

Imam Imam Sayyidina Abi


Harun Ibn Imam Muhammad Sirmah al-
Abdullah Ibnu bin Ka'ab al- Mazini al-
Sa'id al- Wahab al-Fihri Qurzi Ansori
Ailiyyu

Carta Sanad Hadis Sahih Muslim 2749, Book 50, Hadith 13:
Imam Muslim Sayyidina
ibn al-Hajjaj Imam
Imam Rasulillah
Qushayri al- Ja'far al-
Ma'mar Habibi an-
Nisaburi Jazari
Nabi s.a.w

Imam Imam Sayyidina Sayyidina


Muhammad Abdur Yazid ibn Abi
bin Rafi' Razzaq Asom Hurairah

6) Terjemahan Hadis pertama ‫ َباُب َقُبوِل الَّتْو َبِة ِم َن الُّذ ُنوِب َو ِإْن َتَك َّرَر ِت الُّذ ُنوُب‬serta pengajarannya

Hadis ‫( َباُب َقُبوِل الَّتْو َبِة ِم َن الُّذ ُنوِب َوِإْن َتَكَّر َرِت الُّذ ُنوُب‬Sahih Muslim 2758a, Book 50, Hadith 33):

،‫ ْبِن َأِبي َطْلَح َة َع ْن َع ْبِد الَّرْح َمِن ْبِن َأِبي َع ْمَر َة‬،‫ َع ْن ِإْس َح اَق ْبِن َع ْبِد ِهَّللا‬،‫ َح َّد َثَنا َحَّم اُد ْبُن َس َلَم َة‬، ‫َح َّد َثِني َع ْبُد اَألْعَلى ْبُن َحَّم اٍد‬
‫ َع ِن الَّنِبِّي صلى هللا عليه وسلم ِفيَم ا َيْح ِك ي َع ْن َر ِّبِه َع َّز َو َج َّل َقاَل " َأْذ َنَب َع ْبٌد َذْنًبا َفَقاَل الَّلُهَّم اْغ ِفْر ِلي َذْنِبي‬،‫َع ْن َأِبي ُهَر ْيَر َة‬
. ‫ ُثَّم َعاَد َفَأْذ َنَب َفَقاَل َأْى َر ِّب اْغ ِفْر ِلي َذْنِبي‬. ‫ َفَقاَل َتَباَر َك َو َتَع اَلى َأْذ َنَب َع ْبِد ي َذْنًبا َفَعِلَم َأَّن َلُه َر ًّبا َيْغ ِفُر الَّذ ْنَب َو َيْأُخ ُذ ِبالَّذ ْنِب‬.
. ‫ ُثَّم َعاَد َفَأْذ َنَب َفَقاَل َأْى َر ِّب اْغ ِفْر ِلي َذْنِبي‬. ‫َفَقاَل َتَباَر َك َو َتَع اَلى َع ْبِد ي َأْذ َنَب َذْنًبا َفَعِلَم َأَّن َلُه َر ًّبا َيْغ ِفُر الَّذ ْنَب َو َيْأُخ ُذ ِبالَّذ ْنِب‬
‫ َقاَل َع ْبُد‬. " ‫َفَقاَل َتَباَر َك َو َتَع اَلى َأْذ َنَب َع ْبِد ي َذْنًبا َفَعِلَم َأَّن َلُه َر ًّبا َيْغ ِفُر الَّذ ْنَب َو َيْأُخ ُذ ِبالَّذ ْنِب َو اْع َم ْل َم ا ِش ْئَت َفَقْد َغ َفْر ُت َلَك‬
" ‫اَألْعَلى َال َأْد ِر ي َأَقاَل ِفي الَّثاِلَثِة َأِو الَّراِبَعِة " اْع َم ْل َم ا ِش ْئَت‬.

Terjemahan Hadis:

Telah memberitahu kepadaku oleh Imam ‘Abdul A’la ibn Hammad, telah memberitahu
kepada kami oleh Imam Hammad bin Salamah, daripada Imam Ishak ibn ’Abdullah, (yakni
Imam ’Abdullah abu Ishak ialah) anak lelaki Imam Abi Talhah, daripada Imam
’AbdurRahman ibn Abi ’Amrah, daripada Sayyidina Abi Hurairah, daripada Nabi
Muhammad Sollahhu ’alaihi wasallam pada perkara yang telah meriwayatkan daripada
Tuhannya yang Maha Perkasa lagi Maha Agong, telah berkata:
Telah melakukan dosa oleh seorang Hamba akan suatu dosa lalu beliau (hamba) lalu berkata
(berdoa): ”Ya Allah, ampunilah aku daripada dosaku”.
Lalu berkatalah (Dia) Yang Maha Agong lagi Maha Tinggi: ”Hambaku telah melakukan suatu
dosa, lalu dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa dan
menghukum dosa”.
Kemudian dia (Hamba) kembali lalu melakukan dosa, lalu berkata ”Wahai Tuhan, ,
ampunilah aku daripada dosaku”
Lalu berkatalah (Dia) Yang Maha Agong lagi Maha Tinggi: ”Hambaku telah melakukan suatu
dosa, lalu dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa dan
menghukum dosa”.
Kemudian dia (Hamba) kembali lalu melakukan dosa, lalu berkata ”Wahai Tuhan, ,
ampunilah aku daripada dosaku”
Lalu berkatalah (Dia) Yang Maha Agong lagi Maha Tinggi: ”Hambaku telah melakukan suatu
dosa, lalu dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa dan
menghukum dosa dan buatlah apa-apa yang kamu inginkan kerana sungguh aku benar-benar
mengapmpunkan buatmu.”
Imam ’Abdul A’la berkata: ”Aku tak tahu apakah Baginda/beliau (samada Allah atau perawi)
dah berkata kali ketiga atau kali keempat, ”Lakukanlah apa-apa yang kamu inginkan””.

Pengajaran Hadis:

:Pengajaran 1
Konsekuensi melakukan maksiat/dosa
.adalah mendapat kemurkaan Allah :Pengajaran 2
Melakukan maksiat adalah suatu Kembali kepada Allah untuk memohon
kesalahan di sisi Allah tetapi kemaafan, keampunan dan petunjuk
Pengampunan Tuhan itu luas, maka adalah suatu bentuk adab dan akhlak
apabila teringat daripada perlakuan seorang hamba terhadap Tuhannya
maksiat tersebut, kembalilh kepada Allah sebagai bukti keimanan dan menjauhi
untuk memohon kemaafan, keampunan Pengajaran Hadis ‫َباُب‬ sifat kekufuran. Sewajarnya, seorang
dan petunjuk. ”Allah mendahulukan
.”keampunan-Nya ke atas kemurkaan-Nya ‫َقُبوِل الَّتْو َبِة ِم َن الُّذ ُنوِب َوِإْن‬ manusia mengetahui kedudukan dirinya
Konteks ini bukanlah jalan mudah untuk ‫َتَكَّر َرِت الُّذ ُنوُب‬ apabila berada di hadapan Allah Yang
Maha Pencipta kerana hakikatnya posisi
terus melakukan maksiat tetapi suatu makhluk itu tidak mempunyai sebarang
bentuk motivasi untuk mengejar ,Sahih Muslim 2758a( ,nilai. Oleh kerana Kasih Sayang Allah
.keampunan dan kemaafan daripada Allah
Seandainya individu tersebut menjadikan )Book 50, Hadith 33 Allah amat gembira dan menghitung
.kebaikan hambanya walau sekecil zarah
ia sebagai jalan melakukan maksiat atas Sebaliknya, ciri-ciri manusia kufur adalah
,”slogan ”Allah itu Maha Pengampun merasakan dirinya suci daripada dosa dan
’maka ketahuilah itu adalah istihza kesalahan atau sengaja melambatkan
.)mengolok-olok( .taubat
7) Kesimpulan

Umumnya, terdapat ribuan kitab-kitab hadis yang dikarang tetapi kebiasaanya yang
menjadi rujukan utama bagi mencari koleksi hadis-hadis adalah Siri Kutubus Sittah. Kita
telusuri bahawa Ilmu Hadis Riwayah tidak cukup untuk mengenali status dan kualiti hadis,
tetapi mesti sertakan Ilmu Hadis Dirayah. Kita juga dapat menyimpulkan bahawa para
menghadirkan banyak teknik dan kaedah serta metodologi khusus misalnya Imam Muslim
an-Nisaburi menggunakan kaedah at-Tahwil ketika menghimpunkan beberapa jalur sanad
menjadi satu serta metode penulisan beliau dalam menyusun dan mengkategorikan Hadis-
hadis di dalam kitabnya.
Pada era kontemporari ini, ramai masyarakat awam gemar meminta para ulama akan dalil
dan status Hadis apabila bertanyakan hukum pada suatu masalah. Perkembangan jaringan
maklumat dan intelektual membuatkan orang ramai bertanyakan status kesahihan Hadis.
Namun secara peribadi, perbuatan seumpama ini 2 konsekuensinya:
i) Ia bermanfaat buat orang yang ikhlas mempelajari hadis khususnya tholibul ilmi
yang sedang mendalami ilmu mustolah hadis serta beberapa cabang ilmu hadis
yang lain.
ii) Ia adalah suatu bentuk ’suul adab’ buat orang yang tidak mempelajari Hadis atau
orang yang inginkan perdebatan
Oleh kerana menghafal sanad hadis merupakan kriteria ulama Hadis yang dhabt,
menghafal sanad hadis telah menjadi suatu perkara hampir mustahil untuk dihafal kerana
begitu panjangnya nama para perawi di dalam sanad. Apatah di zaman maklumat ini, aktiviti
menghafal dan mengulang hafalan hadis tidaklah serupa popularitinya pada zaman dahulu
kerana pada zaman ini, para ulama dan masyarakat lebih banyak mengumpulkan
maklumat berbanding mengumpulkan hafalan. Disebabkan hal inilah, lebih ramai orang
membacakan sanad di dalam kitab-kitab hadis tanpa membacakan sanad melalui pembaca itu
sendiri berkemungkinan kerana:
i) Seandainya si pembaca terdapat di dalam sanad, ia terlalu panjang untuk dibaca
ii) Si pembaca tidak mengetahui samada dirinya terdapat di dalam sanad atau
memang tiada, sekadar ingin membaca dan mengkongsikan hadis
Kesan daripada ini, telah menjadi suatu ’urf pada hari ini untuk kita membacakan
Matan Hadis tanpa membacakan sanadnya kerana kebanyakan kita inginkan
memahami pengisbatan hukum dan pengajaran hadis. Untuk mendapatkan sanad hadis
juga bukan mudah, ia memerlukan proses talaqqi selama bertahun-tahun.
Intinya, mempelajari Ilmu Hadis bukanlah mudah melainkan ia amatlah susah. Meskipun
begitu, masih terdapat kewajiban fardu kifayah untuk mempelajarinya kerana tujuan utama
mempelajarinya adalah untuk membela Hadis-hadis Rasullah dipalsukan dan direka-reka. Hal
ini tidak akan berlaku melainkan kita mengetahui dan berkeupayaan membezakan hadis yang
benar dan palsu. Oleh kerana itu, kita mestilah mempelajari Ilmu Hadis serta cabangnya agar
kita dapat mengambil ilmu tersebut serta menjadikan ia sebagai jalan berjihad memelihara
kebenaran Hadis Rasullah s.a.w..
8) RUJUKAN FORMAT APA

1) The book of repentance. (n.d.). Sunnah.com - Sayings and Teachings of Prophet


Muhammad (‫)صلى هللا عليه و سلم‬. https://sunnah.com/muslim/50
2) ‫ المكتبة الشاملة‬- ‫ باب سقوط الذنوب باالستغفار توبة‬- ‫ كتاب شرح صحيح مسلم حسن أبو األشبال‬- 2‫ص‬.
(n.d.). ‫المكتبة الشاملة‬. https://shamela.ws/book/37026/797
3) Ghouri, S. A. (2012). Pengenalan Ilmu Mustalah Al-Hadith.
4) Munthe, A. K. (2020). Syarah Matan Baiquniyah: Pengantar Ilmu Hadis Dasar.
Yayasan Pengkajian Hadis el-Bukhari.
5) ‫ إبراهيم بن عبيد بن رفاعة‬- The Hadith transmitters encyclopedia. (n.d.). The Hadith
Transmitters Encyclopedia ‫موسوعة رواة الحديث‬. https://hadithtransmitters.hawramani.com
6) Al-kafi #1384: Belajar ilmu MELALUI internet Dan TIDAK BERTALAQQI. (2019,
3). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3713-al-kafi-1384-belajar-ilmu-melalui-
internet-dan-tidak-bertalaqqi
7) ‫ مختصر صحيح مسلم‬.)2013( .‫القشيري النيسابوري‬/‫أبي الحسين مسلم بن الحجاج‬. Dar Al Kotob Al
Ilmiyah ‫دار الكتب العلمية‬.
8) Al-sunan al-sughra. (2023, May 13). Wikipedia, the free encyclopedia. Retrieved July
23, 2023, from https://en.wikipedia.org/wiki/Al-Sunan_al-Sughra
9) ‫كتاب سنن النسائي‬. (n.d.). ‫المكتبة الشاملة‬. https://shamela.ws/book/829
10) ‫ ويكيبيديا‬- ‫سنن أبي داود‬. (2007, February 5). ‫ الموسوعة الحرة‬،‫ويكيبيديا‬.
https://ar.wikipedia.org/wiki/%D8%B3%D9%86%D9%86_%D8%A3%D8%A8%D9%8A_
%D8%AF%D8%A7%D9%88%D8%AF
11) Fakultas Usuluddin Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Z. (2011). Fungsi
al-Tahwil Dalam Sahih Muslim.
12) Madkhalī, R. I. (1988). Manhaj al-imam Muslim Fi tartib kitabihi al-sahih Da-Dahd
shubuhat hawlah.
BAHAGIAN 2: OCP

1)

2)

3)
4)

5)

Anda mungkin juga menyukai