Anda di halaman 1dari 2

Assalamulaikum w.b.t dan selamat petang saya ucapkan.

Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada tetamu


jemputan kita Yang Berusaha Puan Norhasmariza Binti Jaafar, Ketua
Penolong Pengarah Unit Bahasa Sektor Pembelajaran
Yang Dihormati Tuan Haji Akhirruddeen Bin Awang, Pegawai SISC+
Bahasa JPWPP kerana sudi untuk turut serta bersama kita pada petang
ini.

Yang Di Hormati, Puan Aisyah Bt Jaafar Ketua Bidang Unit Bahasa,


rakan guru serta tuan dan puan sekalian.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi pada petang ini kita dapat bersama-
sama bagi menjayakan Program Penataran Penjaminan Kualiti PBS pada
tahun 2023

Tanpa melengahkan masa dengan ini majlis menjemput Ketua Panitia


Bahasa Melayu Puan Nor Fadhilah Bt Abd Rahim bagi memulakan
taklimat kita pada petang ini.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Nor Fadilah. Seterusnya majlis


dengan sukacitanya menjemput ____________________ Ketua Panitia
Bahasa Melayu dari SMK PP 11(2) bagi meneruskan taklimat yang
berikutnya.

Terima kasih Cikgu _________________ di atas taklimat itu tadi.

Dengan ini, bagi taklimat seterusnya di jemput Puan Norhasmariza Binti


Jaafar bagi meneruskan taklimat penataran kita pada petang ini.
Dipersilakan puan.

Terima kasih di atas taklimat itu tadi. Seterusnya majlis menjemput Tuan
Haji Akhiruddeen Bin Awang bagi meneruskan taklimat yang seterusnya.
Terima kasih tuan haji.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi taklimat kita telah berjaya diadakan


pada petang ini, semoga ilmu yang dikongsikan tadi dapat memberi
manfaat kepada kita semua.
Sebagai tanda kenang-kenangan pihak sekolah kepada tetamu jemputan
kerana sudi menjayakan majlis pada hari ini, dipersilakan Cikgu Aisyah
Bt Jaafar untuk menyampaikan cenderahati kepada para tetamu jemputan
kita pada petang ini. Dengan ini saya menjemput :

Yang Berusaha Puan Norhasmariza Binti Jaafar, Ketua Penolong


Pengarah Unit Bahasa Sektor Pembelajaran
Yang Dihormati Tuan Haji Akhirruddeen Bin Awang, Pegawai SISC+
Bahasa JPWPP

*****PENYAMPAIAN CENDERAHATI*****

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Aisyah.

Kita telah pun berada di penghujung acara. Pihak majlis mengambil


kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan
kalungan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
memastikan majlis pada petang ini berjalan dengan lancar.

Tenang-tenang air di kali,


Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


WabillahiTaufikWalhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah

Anda mungkin juga menyukai