Anda di halaman 1dari 24

BETR2013 BASIC ENTREPRENEURSHIP

HETR2013 ENTREPRENEURSHIP DEVELOPMENT

SESI JANUARI 2023

BUSINESS MODEL CANVAS

JERUKZZZ

Disediakan untuk:

PN. AZIZAH YAACOB

Pensyarah Pengurusan Perniagaan

School of Business Management, ICYM

Disediakan Oleh:

1. Nurul Atiqah Rodzoh | DCA 4 | H0000992


2. Nur Lina Munirah Binti Saleh | DCA 4 | H0000995
3. Haniesya Azreen Binti Mohd Yusnizar | DCA 4 | H0001000
4. Nurin Jazlina Najla Binti Rusdan | DCA 4 | H0000986
5. Sya Fahad Bin Azman | DCA 4 | H0000979

Tarikh Serahan: Sebelum 19 April 2023

1
A. ISI KANDUNGAN TUGASAN

1. PENGENALAN

1.1 Kumpulan kami telah bercadang untuk menjalankan perniagaan menjual jeruk
mangga asam boi. Jeruk mangga asam boi merupakan diantara makanan yang paling
mudah dibuat & memberikan pulangan baik jika dijual dngn harga runcit RM 12
satu bekas. Dengan menjual jeruk mangga asam boi yang enak ini mudah diterima
kalangan masyarakat kerana ia mengandungi banyak khasiat tersendiri terutama
vitamin C. Bagaimanapun musim mangga berbuah di Malaysia adalah mengikut
musim tetapi bagi sesetengah variasi ia boleh juga didapati sepanjang tahun seperti
variasi CHOKANAN. Bahan pembuatan hanya dalam 3 hingga 4 barang sahaja iaitu
Mangga, Asam Boi, Gula, Serbuk Asam dan kalau suka pedas boleh letak cili. Kalau
tidak suka pedas boleh guna 4 perkara asas sahaja. Pertama sekali hanya perlu
membasuh dan kupas kulit mangga dan kemudian di potong ikut cara disukai .
Lepas itu hirisan mangga ini diletak dalam mangkuk. Taburkan gula (kadar sesuai
satu sudu gula untuk satu biji mangga). Letak asam boi dan serbuk asam tadi dimana
asam boi boleh gunakan jenis warna merah atau jenis putih. Kemudian letakkan
sebanyak 5 - 10 biji asam boi supaya ia tidak terlalu masin. Serbuk asam itu juga
perlu disesuaikan mengikut sukatan dengan menaburkan sahaja di dalam mangkuk
yang berisi potongan mangga tadi. Gaulkan kesemua bahan tadi dan letak di dalam
satu bekas bertutup. Kemudian bekas tersebut akan disimpan di dalam peti ais
selama 2 jam supaya rasa yang sebenar dapat dinikmati.

2
1.2 Kami terfikir untuk menjual mangga jeruk ini apabila melihat kisah seorang
usahawan yang berjaya menerusi produk makanan ini.
Kami menjual jeruk dengan harga RM12 sebekas dan hasilnya mendatangkan
keuntungan & dalam masa yang sama boleh menghasilkan jeruk mangga lebih
banyak dengan menggunakan hasil keuntungan yang datang. Kebiasaannya, purata
pendapatan harian yang diperoleh adalah sekitar RM70 bergantung kepada
tempahan.Bagi pelanggan yang memesan untuk dihantar secara terus ke rumah, kos
penghantaran akan dikenakan antara RM2 hingga RM5 bergantung jarak perjalanan.
Biasanya pelanggan kami terdiri daripada penduduk di sekitar Bachang Permai,
Peringgit & juga Tun Ali.

3
2. MAKLUMAT PERNIAGAAN DAN PENIAGA

1.3 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN


NAMA PERNIAGAAN JERUKZZZ

NAMA PEMILIK Nurul Atiqah Rodzoh


Nur Lina Munirah Binti Saleh
Haniesya Azreen Binti Mohd Yusnizar
Nurin Jazlina Najla Binti Rusdan
Sya Fahad Bin Azman

LOKASI Asrama Bachang Permai, Melaka

JENIS PERNIAGAAN Perkongsian

TEMPOH PERAKAUNAN 2 Bulan

TEMPOH REKOD 2 Bulan

MODAL PERNIAGAAN RM 540

JUMLAH PEKERJA 5 Orang

STATUS PERNIAGAAN Memulakan Perniagaan

NAMA & ALAMAT BANK Bank Islam, Melaka Raya

NOMBOR AKAUN 04015025180435

4
1.4 LATAR BELAKANG PEMILIK

NAMA NURUL ATIQAH RODZOH

NO. I/C 030815-14-0352

NO. TELEFON 01128280187

ALAMAT TEMPAT TINGGAL Z-2-28 Kampung Puah Bahagia, Sentul


51000 Kuala Lumpur

KELAYAKAN AKADEMIK Diploma

KEMAHIRAN YANG DIMILIKI Mahir dalam Microsoft Words, Power


Point & Canva.

5
NAMA NUR LINA MUNIRAH BINTI
SALEH

NO. I/C 030618-10-1194

NO. TELEFON 0176263675

ALAMAT TEMPAT TINGGAL Lot 1540 Jalan Gajah 22, Kg Kubu


Gajah 47000 Sungai Buloh Selangor

KELAYAKAN AKADEMIK Diploma

KEMAHIRAN YANG DIMILIKI Mahir menyelesaikan masalah dalam


pasukan.

6
NAMA HANIESYA AZREEN BINTI MOHD
YUSNIZAR

NO. I/C 031119-02-1282

NO. TELEFON 0109083072

ALAMAT TEMPAT TINGGAL F,357 Kampung Permatang Tengah,


O8500 Kota Kuala Muda,
Kedah DarulAman

KELAYAKAN AKADEMIK Diploma

KEMAHIRAN YANG DIMILIKI Mempunyai pemikiran yang positif.

7
NAMA SYA FAHAD BIN AZMAN

NO. I/C 021208-04-0275

NO. TELEFON 0192676516

ALAMAT TEMPAT TINGGAL 2, JLN MH 3/2, Taman Muzaffar Height,


75450 Ayer Keroh Melaka

KELAYAKAN AKADEMIK Diploma

KEMAHIRAN YANG DIMILIKI Memberi idea baharu dan minda terbuka.

8
NAMA NURIN JAZLINA NAJLA BINTI
RUSDAN

NO. I/C 030823-16-0062

NO. TELEFON 010-3551712

ALAMAT TEMPAT TINGGAL 40, Jalan Permai 13, Taman Lestari Permai
, Bandar Putra Permai, 43300 Seri
Kembangan Selangor

KELAYAKAN AKADEMIK Diploma

KEMAHIRAN YANG DIMILIKI Mempunyai kesabaran yang tinggi.

9
3. ELEMEN KEY PARTNER

1.5 KONSEP KEY PARTNER


Key partners atau rakan niaga utama ialah sesuatu perniagaan yang mempunyai rakan kongsi,
pembekal, vendor, promoter dan sebagainya. Sebagai contoh, seorang usahawan ingin memulakan
perniagaannya dengan menjual jeruk namun dia tiada bekalan jeruk untuk dijual dan dia mencari
peniaga luar yang menjual jeruk untuk dijadikan pembekal dan membuat rundingan harga. Di sini
dimaksudkan pembekal atau supplier.

1.6 PERINCIAN HURAIAN


Kami membuat "survey" untuk mencari produk jeruk di Melaka namun kami hanya menjumpai satu
pembekal tetapi harga yang ditawar tidak memuaskan hati kami, jadi kami meneruskan " survey"
sehingga kami jumpa pembekal di media sosial iaitu di "Facebook". Pembekal ini terletak di Selangor,
ianya agak jauh dengan tempat tinggal kami namun harga yang ditawar dari pembekal agak memuaskan
hati. Selain itu, kualiti dan kuantiti produknya kelihatan terjamin untuk kami jual. Jadi salah seorang dari
ahli kami iaitu Lina membuat perundingan dengan pembekal tersebut. Setelah selesai melakukan
perundingan, pembekal menawarkan harga sebalang hanya rm7 dan ianya sangat murah bagi kami
namun kami perlu membayar kos penghantaran sebanyak rm30. Jadi kami berbincang sesama kami dan
bersetuju untuk mengambil pembekal ini sebagai pembekal kami.

10
4. ELEMEN KEY ACTIVITIES

1.7 KONSEP KEY ACTIVITIES


Aktiviti berkaitan dengan mereka bentuk (design), membuat dan menyampaikan produk dalam jumlah
yang banyak dengan kualiti yang tinggi. Aktiviti produksi ini biasanya mendominasi model perniagaan
bagi industri pembuatan dan perkilangan. Tujuan untuk mengetahui apakah aktiviti utama yang
mendatangkan aliran pendapatan dalam perniagaan yang dijalankan. Ia melibatkan aktiviti hubungan
antara usahawan terhadap pelanggannya.

1.8 PERINCIAN HURAIAN


Aktiviti utama yang kami jalankan adalah menjalankan perniagaan dengan menjadi ejen jualan. Kami
memilih jeruk mangga sebagai produk yang ingin dijual. Oleh kerana jeruk mangga merupakan satu
produk yang agak sukar didapati di sesuatu kawasan, kami memilih produk ini sebagai bahan jualan bagi
perniagaan kami. Dengan meletakkan objektif perniagaan sebagai panduan kami ketika menjalankan
aktiviti ini, kami akan sentiasa memastikan produk jualan kami dalam keadaan yang baik dan setiap
pelanggan kami akan mendapat kepuasan dari produk ini. Pada hari pertama jualan, kami memulakan
jualan kami pada jam 10 pagi dimana kami mula menerima tempahan dan pada jam 3 petang kami mula
melakukan penghantaran produk kepada setiap pelanggan kami. Manakala bagi hari kedua kami mula
menerima tempahan mulai jam 12 tengahari dan melakukan khidmat penghantaran pada jam 3 petang.

Setiap jualan, kami akan menyusunnya mengikut kumpulan tempahan dimana kami hanya akan jual 20
balang jeruk mangga bagi 'first batch order'. Kami melakukan penyusunan ini agar perniagaan kami lebih
teratur dan setiap pelanggan kami memperolehi produk yang berkualiti. Kami akan meneruskan 'second
batch order' dengan menerima lebih banyak tempahan berbanding dengan tempahan kali pertama dan
begitulah seterusnya.

11
5. ELEMEN KEY RESOURCES

5.1 KONSEP KEY RESOURCES


Key Resources merujuk kepada semua sumber daya yang diperlukan oleh sebuah perniagaan untuk
menghasilkan, memasarkan, dan menjual produk atau perkhidmatan mereka. Dalam Kanvas Model
Perniagaan, Key Resources adalah salah satu elemen penting yang membantu menentukan keunikan
dan nilai tambah yang diberikan oleh perniagaan. Namun, keperluan Key Resources ini bergantung
kepada sesebuah pernigaan. Ada sesetengah perniagaan tidak menggunakan Key Resources ini dalam
perniagaan mereka.

5.2 PERINCIAN HURAIAN


Sumber yang Jerukzz perlukan semasa menjalankan aktiviti perniagaan ini dengan lancar dan jayanya.
Rumah atau Asrama yang kami pusatkan sebagai HQ yang menjalankan & menetapkan produk untuk
kekal segar & sedia untuk dihantar kepada pelanggan, Tempat ini juga kami jadikannya sebagai pusat
pengambilan produk agar lebih mudah untuk pelanggan mengaksesnya. Selain itu, Asrama ini terletak di
Bachang Permai, Melaka. Jadi pelanggan-pelanggan kami yang juga merupakan pelajar ICYM lebih
mudah untuk mereka mendapatkan produk kami.

Sehubungan dengan itu, bagi pelanggan kami yang tidak boleh datang ke asrama, kami juga
menyediakan penghantaran terus ke rumah (Delivery). Kami menggunakan kenderaan bermotor iaitu
kereta Perodua Axia & Proton Iriz untuk menghantar produk kepada pelanggan bagi mengekalkan
kesegaran dan kerangupan jeruk kami menggunakan kaedah penyimpanan di dalam “Ice Box”. Bagi kos
penghantaran kami meletakkan harga RM 2-5 mengikut jarak 1-10 KM. Sekiranya lebih kami akan
menaikkan harga mengikut jarak dan gandakannya.

Disamping itu, kami juga menggunakan laman media sosial untuk mempromosikan produk Jerukzzz kami
di media-media yang terkini seperti Instagram, WhatsApp, Tiktok dan Facebook. Media-media ini dapat
memberi kami lebih ramai dan banyak pelanggan, sama ada yang baharu ataupun yang sedia ada .
Disebabkan kami membuat perniagaan “Dropship” atau “Agent” jadi Produk kami sudah ada brand.

Walhal dengan itu, tiada internet tiadalah laman media sosial . Jadi kami menggunakan internet yang
memiliki kelajuan 12mbps untuk memastikan maklumat & pemasaran kami disampaikan dengan pantas

12
serta tepat pada waktu. Contohnya, Sya Fahad yang memegang jawatan sebagai “Sales Marketing”
harus memiliki kelajuan internet yang bagus untuk dia menepati waktu penghantaran dan
menyampaikan maklumat tentang Sales yang berlaku pada setiap hari serta dia harus membuat poster
untuk mempromosikan produk kami di semua laman media sosial yang ada.

Seterusnya, pekerja-pekerja kami adalah kami sendiri. Jadi pembahagian tugas dan jawatan telah
dilaksanakan seperti di Latar Belakang Pemilik 2.2. Serta gaji yang kami tetapkan adalah mengikut bulan
Rm1400, Sabtu & Ahad merupakan hari cuti perniagaan kami, jadi hanya Isnin - Jumaat 9am - 5pm
sahaja kami melakukan penghantaran, pembungkusan semula & pengambilan stok.

Hal ini demikian, kemahiran dan kepakaran dalam menjalankan tugasan amat dititikberatkan kerana
kami sentiasa memastikan pelanggan untuk tetap bersama kami dan membeli produk kami. Kepakaran
dan kemahiran pekerja adalah pelaburan jangka masa lama untuk memastikan perniagaan untuk tetap
berdiri dan mencapai target yang telah ditetapkan. Dengan ini, pemilik & Shareholder memiliki
kemahiran & kepakaran yang sesuai dalam perniagaan ini. Contohnya, Kami sebagai pemilik telah
memiliki Diploma in Culinary Arts yang mempelajari Accounting, Marketing, Food Handling, Food Safety
& Suntikan Typhoid ini semua sudah termasuk dalam akta dan undang-undang pengendalian makanan
di Malaysia. Keselamatan makanan atau produk yang kami jual sudah diiktiraf Halal dan selamat
dimakan. Jadi keraguan pelanggan akan terjamin dan selamat.

13
6. ELEMEN VALUE PROPOSITION

1.9 KONSEP VALUE PROPOSITION


Value proposition atau tawaran nilai ialah kelebihan sesuatu produk yang ditawarkan kepada pelanggan.
Contohnya, terdapat dua usahawan yang menjual produk yang sama namun sebagai usahawan mereka
perlu pastikan produk yang mereka jual itu mempunyai kelainannya tersendiri.

1.10 PERINCIAN HURAIAN


Jeruk mungkin senang didapati di sebahagian tempat namun ianya tidak mempunyai rasa yang sama
dimana kami sangat jamin dengan jeruk yang kami jual kerana jeruk yang kami jual mempunyai tekstur
yang rangup, rasa yang sedap yang boleh membuatkan ramai membeli, Kebanyakan peminat jeruk akan
beli jeruk yang rangup kerana ia sedap dijadikan kudapan ketika waktu lapang. Tambahan pula, antara
target jualan kami ialah pelajar-pelajar kolej. Pelajar boleh membeli dan makan semasa mereka sedang
melakukan tugasan kolej atau kerja-kerja lain. Selain itu juga, kualiti dan kuantiti yang sangat berbaloi
untuk dibeli tambahan pula bagi golongan pelajar kolej. Sebagai pelajar sudah pasti mereka akan
mencari dan membeli produk yang memberi kelebihan dan keuntungan kepada mereka. Jadi dengan
membeli jeruk kami, pelajar-pelajar ini bukan sahaja dapat keuntungan dari segi kuantiti yang berbaloi
malah dari segi rasa juga pasti tidak akan mengecewakan mereka. Jeruk merupakan antara makanan
yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai kudapan. mereka hanya perlu menuang serbuk asam
mengikut selera dan goncangkan ia supaya dapat rasa yang sebati dan sudah sedia untuk dimakan.

14
7. ELEMEN CUSTOMER RELATIONSHIP

1.11 KONSEP CUSTOMER RELATIONSHIP


Konsep Customer Relationships atau Hubungan Pelanggan adalah satu cara dimana kami berinteraksi
dengan pelanggan, baik sebelum mahupun selepas transaksi jualan dilakukan. Konsep ini dapat menjaga
hubungan dengan pelanggan, dari awal sebelum membeli produk sehingga setelah pembelian dilakukan.

Contoh usaha yang dapat menambahbaik hubungan pelanggan mempunyai pelbagai cara, seperti
memberikan layanan pelanggan yang baik, memberikan penawaran spesial untuk pelanggan, memberi
freegift seperti keychain, stickers ataupun jajan kecil serta terlibat dalam komunikasi dua arah dengan
pelanggan untuk memahami keinginan mereka.

Beberapa faedah dari membangun hubungan pelanggan yang baik adalah dapat meningkatkan
kesetiaan (loyalty) pelanggan, memperluaskan basis pelanggan, meningkatkan kepuasan pelanggan, dan
meningkatkan pendapatan serta keuntungan kepada perniagaan.

Pada zaman digital ini, konsep Customer Relationships juga termasuk dalam strategi pemasaran digital
dan media sosial, di mana perniagaan dapat dimanfaatkan dari berbagai platform untuk berinteraksi
dengan pelanggan seperti Facebook, Whatsapp, Shopee, Tiktok dan Instagram. Secara langsung hal itu
dapat memperkuatkan lagi hubungan pelanggan.

1.12 PERINCIAN HURAIAN


Dengan baki yang kami peroleh daripada modal iaitu sebanyak RM10, kami menggunakan ia
sebagai modal freegift untuk setiap pelanggan kami. Kami membeli 5 paket nabati, satu paket
berharga RM 2, dan setiap paket tersebut mengandungi 4 nabati.

RM2 X 5 Paket = RM10

4 X 5 Paket = 20 nabati = 20 Balang

Dengan setiap pembelian, pelanggan kami mendapat freegift mengikut jumlah balang yang
dibeli. Contohnya, membeli dua balang, freegift dua nabati.

15
8. ELEMEN CHANNELS

1.13 KONSEP CHANNELS


Saluran merujuk kepada bagaimana kami menawarkan perniagaan kami kepada pelanggan. Sama ada
secara atas talian atau secara bersemuka. Dengan kata mudahnya, 'channel' merupakan satu platform
yang menunjukkan bagaimana sesuatu perniagaan itu memasarkan produk mereka. 'Channel' ini
berfungsi sebagai cara meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan.

1.14 PERINCIAN HURAIAN


Bagi perniagaan kami ini, kami memilih untuk melakukan pemasaran secara atas talian dimana kami
mengeluarkan poster kami sendiri dan menyebarkannya melalui saluran atas talian yang kami ada
seperti Whatsapp dan Instagram.

Setiap ahli berkongsi poster ini di setiap kumpulan whatsapp yang mereka ada. Melalui kaedah ini,
maklumat tentang perniagaan kami mudah tersebar dan diketahui ramai dengan cepat. Dengan adanya
platform seperti ini, kami berjaya mengumpulkan tempahan sebanyak 16 balang pada hari pertama.
Manakala kami berjaya menghabiskan baki 4 balang lagi pada hari kedua jualan.

Melalui saluran pemasaran yang kami pilih ini, kami berjaya menjual 20 balang jeruk mangga hanya
dalam masa dua hari sahaja dan ini merupakan satu pencapaian yang besar bagi perniagaan pertama
kami.

16
9. ELEMEN CUSTOMERS SEGMENTS

1.15 KONSEP CUSTOMERS SEGMENTS


Customer Segments ataupun "Segmentasi Pelanggan" merujuk kepada pembahagian atau
pengkelasan pelanggan berdasarkan ciri-ciri yang sama seperti keperluan, keinginan, tabiat
pembelian dan lain-lain. Ia membantu perniagaan untuk memahami pelanggan mereka dengan
lebih baik dan memberi tumpuan kepada segmen yang paling berpotensi untuk memberikan
keuntungan yang tinggi.

Dengan huraian yang lebih terperinci, ia melibatkan proses mengenal pasti, membuat
pengasingan dan mesasarkan pelbagai kumpulan pelanggan yang mempunyai keperluan dan
keinginan yang serupa serta ciri-ciri pembelian yang sama. Contohnya, kami mungkin
mensasarkan semua golongan pengguna seperti produk minuman yang digunakan oleh semua
orang ataupun hanya menjual produk kulit yang membasmi jerawat dan kulit berminyak yang
hanya digunakan oleh golongan remaja.

Dengan lebih memahami dan mengenal pasti segmentasi pelanggan ini, perniagaan dapat
memperoleh faedah seperti menjamin kepuasan pelanggan, memperluas pasaran, dan
meningkatkan keuntungan serta memberi tumpuan sepenuhnya kepada segmen pelanggan yang
paling berpotensi lebih baik dalam perniagaan.

1.16 PERINCIAN HURAIAN


Kami dapati bahawa produk jeruk disukai oleh pelbagai lapisan umur dan permintaan di kawasan
kami iaitu di Ayer Keroh dan ICYM amat tinggi. Oleh itu, kami tidak mempunyai masalah untuk
mencari pelanggan. Pelanggan kami terdiri daripada pelajar, pensyarah ICYM dan juga pelajar
UITM serta MiCost. Tambahan, keluarga dari kumpulan kami iaitu Haniesya dan Sya Fahad
juga turut menyokong perniagaan kami dengan membeli produk kami. Ibu Sya Fahad, Puan
Sharifah membeli dua balang dan makciknya, Puan Hashima dan Puan Ainaa yang berumur 45
hingga 50 tahun serta saudara Haniesya, juga bernama Ainaa. Mereka semua tinggal di
persekitaran Melaka Tengah iaitu Taman Muzaffar Heights, Ayer Keroh, Taman Merbok, Bukit
Baru dan Taman Serindit.

17
10. ELEMEN COST STRUCTURE

1.17 KONSEP COST STRUCTURE


'Cost structure' ini menerangkan semua kos-kos yang terlibat untuk menjalankan perniagaan
berdasarkan model bisnes yang dirancang. Pemahaman akan 'cost structure' yang akan digunakan untuk
sesuatu perniagaan adalah suatu kegiatan yang sangat penting. Hal ini kerana seluruh biaya mestilah
dapat dikawal ataupun dikelola secara tepat agar perniagaan dapat mencapai keuntungan yang baik.

Selain itu, umumnya 'cost structure' ini dikenali sebagai suatu alat pengendali biaya perniagaan, yang
mana bertujuan agar dapat memperolehi perencanaan dan juga pengambilan keputusan pada suatu
perusahaan.

Kesemua aspek untuk membina dan manyampaikan tawaran nilai, mengekalkan perhubungan dengan
pelanggan dan seterusnya mahu menjana pendapatan memerlukan kos-kos yang perlu ditanggung.

1.18 PERINCIAN HURAIAN


Dengan berbekalkan modal daripada setiap ahli rakan kongsi, kami berjaya mengumpulkan sebanyak
RM180 dimana setiap ahli menyumbangkan sebanyak RM36 bagi jualan kali pertama.

Kami melakukan pengeluaran sebanyak RM140 bagi kos produk jeruk mangga yang kami peroleh
daripada pembekal kami. Bagi jualan kali pertama ini, kami mengambil sebanyak 20 balang dahulu
untuk mengetahui sambutan yang akan kami dapat melalui jualan pertama ini.

Setelah melakukan perundingan harga, kami berjaya mendapatkan harga RM7 bagi satu balang jeruk
mangga sebagai ejen jualan dan kami menjualnya dengan harga RM12.

Baki RM40 dari modal awal, kami telah membayar kos penghantaran sebanyak RM30 oleh kerana
pembekal kami adalah dari negeri Selangor. Kos penghantaran yang dikenakan adalah sebanyak RM30
untuk kos penghantaran dari Selangor ke Melaka. Manakala baki RM10 kami jadikan ia sebagai modal
'freegift' untuk setiap pelanggan kami.

18
Berikut merupakan ringkasan perbelanjaan perniagaan kami:

MODAL AWAL: RM36 x 5 AHLI = RM180

MODAL JERUK MANGGA: RM7 x 20 BALANG = RM140

KOS PENGHANTARAN: RM30

KOS FREEGIFT: RM10

RM140 + RM30 + RM10 = RM180

19
11.ELEMEN REVENUE STREAMS

1.19 KONSEP REVENUE STREAMS


Revenue Stream merujuk kepada aliran pendapatan atau sumber pendapatan yang dihasilkan
oleh sebuah perniagaan melalui penjualan produk atau perkhidmatan mereka. Dalam Kanvas
Model Perniagaan, Revenue Stream adalah salah satu elemen penting yang membantu
menentukan bagaimana perniagaan akan menjana pendapatan untuk mengekalkan
keberlangsungan perniagaan.

1.20 PERINCIAN HURAIAN


Dalam menjana perniagaan yang baharu, setiap peniaga haruslah berwaspada dengan hasil perniagaan
mereka. Hal ini demikian kerana, peniaga baharu hendaklah memastikan hasil perniagaan mereka
adalah berbaloi dengan modal yang dikeluarkan ataupun hasil ini memberi kerugian dalam perniagaan
mereka.

Sehubungan dengan itu, Kami sebagai Pemilik Jerukzzz sangat berwaspada dalam menilai segala hasil
yang kami terima dari perniagaan ini agar ianya berbaloi dengan pengeluaran dan modal kami.

Hasil daripada perniagaan jeruk ini, kami menilai bahawa kami menerima hasil daripada kos
penghantaran yang kami tambah dalam “Charge On Delivery”. Hasil bersih yang tinggi kami peroleh
kerana, fokus pelanggan kami bukan hanya pelajar ICYM tetapi seluruh pelajar di sekitar ICYM seperti
pelajar MICOST, UITM & sekitar Kediaman Pelajar Yayasan Melaka, Tun Ali. Ini memberi kami peluang
untuk tidak selesa dengan suasana pelajar ICYM sahaja tetapi memberi pendedahan untuk berani
mempromosikan kepada pelajar-pelajar selain pelajar ICYM.

Selain itu, kami menjana hasil perniagaan ini daripada jualan barang terus. Iaitu hasil yang kami terima
daripada penjualan produk yang kami beli dari pembekal dan dijual semula kepada pelanggan. Hal ini
dapat dinilai daripada:

1 Balang RM7 = Jual RM12

Untung = RM5

Jadi keuntungan kami dapat daripada hasil jualan semula ini.

20
21
B. RUJUKAN

AG, S. (n.d.). Key activities - business model canvas. Strategyzer. Retrieved April 9, 2023, from
https://www.strategyzer.com/business-model-canvas/key-activities

F.Dieffenbacher, S. (2023, March 1). Cost structure in business model canvas: The cornerstone
for building a profitable business model. Digital Leadership. Retrieved April 9, 2023,
from https://digitalleadership.com/blog/cost-structure/

Hasan, K. (2019, August 15). Memahami Bisnes Dengan Business Model Canvas. Mahersaham.
Retrieved April 9, 2023, from https://www.mahersaham.com/memahami-bisnes-dengan-
business-model-canvas/

Ahmad, B. N., By, & Ahmad, N. (2021, June 30). BMC Key Resources / Sumber
Perniagaan " Gerbang Bisnes. Gerbang Bisnes. Retrieved April 9, 2023, from
https://gerbangbisnes.com/bmc-key-resources/

Zulkifli Hamzah Follow. (n.d.). Rancangan Perniagaan.


Share and Discover Knowledge on SlideShare. Retrieved April 9, 2023, from
https://www.slideshare.net/ZulkifliHamzah/rancangan-perniagaan-28828742

Ahmad, B. N., By, & Ahmad, N. (2021, June 30). BMC Revenue Streams / Aliran
pendapatan " Gerbang Bisnes. Gerbang Bisnes. Retrieved April 9, 2023, from
https://gerbangbisnes.com/bmc-revenue-streams/

What is customer segmentation? Segment. (n.d.). Retrieved April 10, 2023, from
https://segment.com/growth-center/customer-segmentation/

AG, S. (n.d.). Customer relationships - business model canvas. Strategyzer. Retrieved April 10,
2023, from https://www.strategyzer.com/business-model-canvas/customer-relationships

5 Segmentasi Pelanggan Dan Fungsinya bagi bisnis anda. Harmony. (2021, March 11). Retrieved
April 10, 2023, from https://www.harmony.co.id/blog/5-segmentasi-pelanggan-dan-
fungsinya-bagi-bisnis-anda

22
Mohiyar, S. Z. (2022, August 15). 5 cara membina Hubungan Dengan Pelanggan. Lernify.
Retrieved April 10, 2023, from https://lernify.com/5-cara-membina-hubungan-dengan-
pelanggan/

23
C. LAMPIRAN

24

Anda mungkin juga menyukai