Anda di halaman 1dari 1

KARNIVAL BAKAT PRASEKOLAH PERINGKAT LAHAD DATU TAHUN 2023

(BERCERITA BAHASA MELAYU)

NAMA MURID: MUHAMMAD SYAHMI AMSYAR BIN MOHD JUMALY


NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAD DATU II
TAJUK CERITA: ANAK KAMBING MENIPU IBUNYA

Assalamualaikum, selamat pagi dan salam Malaysia Madani kepada para juri, guru-guru
dan rakan-rakan sekalian. Saya, Muhammad Syahmi Amsyar bin Mohd Jumaly dari
Sekolah Kebangsaan Lahad Datu II. Hari ini, saya akan bercerita, satu cerita yang
bertajuk “Anak Kambing Menipu Ibunya”.

Pada zaman dahulu, terdapat seekor anak kambing yang suka bermain di luar kandang.
Maka, ibu kambing pun mengikat sebiji lonceng pada leher anaknya.

“Bunyikan lonceng ini jika berada dalam bahaya,” pesan ibu kambing.

Anak kambing menganggap lonceng itu sebagai mainan. Ia sering


membunyikan lonceng itu walaupun berada dalam keadaan selamat. Ibu
kambing sangat marah kerana sering tertipu dengan gurauan anaknya.

Tidak lama kemudian, sekali lagi ibu kambing terdengar bunyi lonceng,
tetapi ia tidak menghiraukannya.

Namun bunyi itu berselang-seli dengan salakan serigala. Ibu kambing pun
keluar melihat anaknya. Nasib baik ia sempat menyelamatkan anaknya
daripada Bahaman serigala.

“Maafkan saya ibu.” Kata anak kambing yang menyesal akan perbuatannya.

Oleh itu, guru-guru dan kawan-kawan sekalian, pengajaran daripada cerita


ini ialah, kita haruslah patuh kepada arahan ibu bapa, kerana mereka tahu
apa yang terbaik untuk kita. Itu Sahaja daripada saya, sekian dan terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai