Anda di halaman 1dari 2

`uhk’,`uhk’ bunyi batuk ayah dapat didengari Sarah walaupun bapak berada di

berada di bilik berbeza .


“Ayah !Sarah ada bawa ubat batuk untuk ayah “.
Bapak Sarah pun menelan cairan ubat batuk yang diberikan oleh Sarah.
“ayah,Sarah risau akan kesihatan ayah .esok mari ikut Sarah pergi mendapatkan rawatan
di klinik”.
“tidak ayah tidak ingin pergi ke klinik”.
“mengapa ayah tidak ingin pergi ke klinik?”tanya Sarah
“Kau tidak perlu tahu apa sebabnhya dan kau jangan ambil kisah akan kesihatan
aku!”kata ayahnya dalam keadaan yang marah.
Sarah redha dan mendiamkan diri apabila ayahnya berkata begitu.Pada keesokan
harinya,Sarah pergi ke klinik dan menceritakan kepada doktor yang bertugas akan
penyakit bapaknya itu.Doktor berkata kepada Sarah yang ayahnya mungkin menghidap
penyakit batuk kering kerana, berdasarkan apa yang Sarah memberitahu kepada doktor
yang ayahnya selalu batuk berdarah,berpeluh pada waktu malam,hilang selera makan
dan sakit dada semasa bernafas dan batuk.Doktor bertanya kepada sarah jika ayahnya
pernah bercakap atau berkongsi makanan dengan orang yang menghidap penyakit batuk
kering.Sarah mengatakan yang jirannya yang menghidap penyakit batuk kering selalu
keluar bersiar-siar bersama ayahnya.Doktor mengatakan yang itu mungkin punca
bagaimana ayah Sarah terkena penyakit batuk kering.Doktor menyarankan agar
mengubati penyakit itu dengan secepat yang mungkin kerana,apabila penyakit itu
mungkin menjadi semakin teruk ,ia mungkin menyebabkan ayah Sarah kehilangan
nyawa.
“Buat masa sekarang awak suruhlah ayah awak kurangkan melepak bersama jiran.”
Sarah dengan hati yang sayu berterima kasih kepada doktor atas informasi yang
diberikan.Sarah pulang kerumah dengan beremosikan sedih.Apabila tiba saja di rumah,
dia sedang melihat ayahnya yang sedang merokok di atas lantai rumahnya.Sarah dengan
pantas memarahi ayahnya.
“Ayah, ayah sedang sakit pun masih lagi mahu merokok!”
“Ayah sedang menghidap penyakit yang sangat parah!”
“penyakit ini boleh menyebabkan ayah kehilang nyawa!”
Ayahnya yang sedang marah berdiamkan diri lalu membuang rokok yang berada di
tangannya.Ayahnya terus masuk ke dalam biliknya untuk meredakan kemarahannya
Pada keesokan harinya,penyakit ayahnya itu jadi semakin teruk.Suhu badan ayahnya
jadi tidak menentu dan ayahnya semakin kerap batuk berdarah .
“Ayah,mari kita pergi ke klinik . Mari kita merawat penyakit ayah.Semakin lama Sarah
memandang,semakin teruk jadinya penyakit ayah itu.”
Ayahnya masih mendiamkan diri dan tidak percaya akan kata-kata anaknya yang
mengatakan yang penyakit ini boleh menyebabkan dia kehilangan nyawa .Sudah sekian
lamanya ayahnya tidak pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan.Sarah
bimbang jika ayahnya akan kehilangan nyawa.Pada beberapa hari kemudian ,selepas
sahaja Sarah pulang daripada tempat kerjanya ,dia terkejut apabila melihat ayahnya
sedang terbaring di atas lantai.Yang lebih membimbangkan dia apabila badan ayahnya
langsung tidak bergerak.Sarah dengan pantasnya mengendong ayahnya dan
memasukkan ayahnya kedalam kereta lalu pergi ke hospital.Doktor memeriksa jasad
ayahnya dan mendapat keputusan yang ayahnya telah meninggal dunia.Sarah terlalu
sedih hinggakan dia tidak berselera untuk makan.Sarah pun mengambil iktibar atas
perkara yang berlaku kepada ayahnya.

Anda mungkin juga menyukai