Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM FERTIGASI

KEMAHIRAN HIDUP SMK BATU 4


GERIK PERAK.

KERTAS CADANGAN
Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Fertigasi
Program Kemahiran Hidup SMK Batu 4

Disediakan Oleh :
Zarina bt Hj Hasan
SMK Batu 4, Gerik, Perak.

Kertas Cadangan Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Fertigasi Program Kemahiran Hidup
SMK Batu 4 tahun 2018.

1. MATLAMAT

Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang penanaman sayuran dan
pokok menggunakan kaedah Fetirgasi.

2. OBJEKTIF

i. Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh mengusahakan


pertanian menggunakan kaedah ini sebagai mata pencarian mereka kelak.
ii. Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman bertani secara moden.
iii. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan pertanian.

3. LATAR BELAKANG

Menyedari kepada pentingnya bidang pertanian SMK Batu 4 telah mengambil langkah
memperkenalkan Projek Mini Penanaman Sayuran Menggunakan Kaedah Fertigasi. Pokok yang
akan akan ditanam adalah pokok cili padi kerana berdasarkan ketahanan pokok dan buah
tersebut melawan penyakit. Walaubagaimanapun, jenis tanaman mungkin berubah mengikut
kesesuaian dan permintaan pasaran. Hasil tanaman akan diserahkan kepada panitia kemahiran
hidup untuk dijual.
PENGENALAN KEPADA SISTEM FERTIGASI

Apa Itu Fertigasi?

Fertigasi, atau dalam bahasa Inggeris "Fertigation", adalah singkatan daripada perkataan
"fertilization" (pembajaan) dan "irrigation" (pengairan). Fertigasi adalah satu teknik
penanaman dimana tanaman akan diairi larutan baja secara titis beberapa kali sehari mengikut
keperluan. Melalui kaedah ini, pemberian nutrien lengkap yang diperlukan oleh zon akar boleh
dikawal mengikut keperluan tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu
tanaman. Dengan itu, pembaziran sumber dapat dielakkan dan pencemaran alam sekitar dapat
dihindarkan.

Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa


menggunakan tanah. Secara umumnya, semua jenis tanaman tanaman/sayuran boleh ditanam
menggunakan kaedah fertigasi, tetapi penanaman tanaman yang bernilai tinggi seperti tomato,
cili, timun jepun, terung, melon dan strawberi adalah digalakkan. Dengan menggunakan kaedah
fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada dijangkiti penyakit akar
seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya dibawa
oleh tanah.

Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup
cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg. Kaedah titisan
yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada
tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala
setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok
diberikan terus ke akar tanaman. Musim bagi tanaman adalah bergantung mengikut jenis pokok
yang ditanam. Kebanyakan tanaman mengambil masa 6 bulan untuk setiap musim sebelum
pengeluaran hasil berkurangan dan perlu ditanam dengan pokok baru.

Kelebihan Kaedah Fertigasi


 Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis
dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
 Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah
penyakit.
 Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
 Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
 Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
 Boleh dikendalikan oleh seorang pekerja sahaja
 Kualiti hasil yang lebih baik.
 Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.
 Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga
diguna pakai.
 Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
 Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
 Boleh menanam beberapa jenis tanaman sekaligus dengan menggunakan teknik berselang.
 Pokok tetap terjaga walaupun sekolah sedang bercuti panjang
4. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid tingkatan 2 SMK Batu 4 yang mengambil aliran Reka Bentuk Dan Teknologi.
Mereka akan keluar bertani mengikut jadual yang telah ditetapkan

5. TEMPAT

Tempat yang dipilih adalah kawasan pertanian yang sedia ada bersebelahan Bengkel Kemahiran
Hidup. Tempat yang dipilih ini sesuai kerana mempunyai tanah yang rata dan sesuai untuk
fertigasi.

6. JAWATANKUASA PROJEK PERTANIAN FERTIGASI

Pengerusi : Pn. Nor Faizah binti Mat Noor


Naib Pengerusi :Tn . Hj Abu Hasan bin Mohd Said
Penyelaras :En Mohd Fauzi bin Ismail
Setiausaha : Zarina binti Hj Hasan
Pen Setiausaha : En Mohd Hasrol Hisyam bin Rafaei :
AJK : Cik Siti Nur Syida bt Azuddin
: Pn. Noor Akhmalia binti Mohd Isa
: En Saifuddin bin Mohamad Safian

Ahli : Pelajar Ting 2 SMK Batu 4

7. PELAKSANAAN

Bil. Peralatan Kos (RM)


1. EC Meter 150
2. Sisitem Fertigasi:
- 30 helai Polibeg Putih 16″ x 16″
- 30 unit mikro tube
- 30 unit dripper
- 30 unit joiner
- 6 unit penyambung polypipe
- 2 unit end clip
- 1 unit penebuk mikro tiub
- 1 unit Pam
- 1 unit tapak semaian
- 1 unit racun serangga
- 1 unit Pengukur Masa Digital (Digital Timer)
- 1 set Baja Fertigasi A dan B
- 16mm polypipe (10 meter)
- Silvershine
- Media semaian
- Biji benih 300
3. Tong 100 gelen 50
4. Sabut kelapa/sekam padi 30
5. Pendawaian elektrik 50
6. Pam racun 50
7. Media semaian 20
8. Lain-lain keperluan 50
Jumlah 700

8. JADUAL PELAKSANAAN

Bil. Jangka Masa Perkara


1. Ogos Pengenalan kaedah sistem fertigasi kepada pelajar
Penyediaan tapak fertigasi untuk musim pertama
Menyemai benih
Penjagaan anak benih
2. Ogos-September Menanam anak pokok
Meracun dan merawat pokok
Memancang tiang sokongan

3. Oktober Memetik hasil


Menjual hasil yang diperolehi
Meracun dan merawat pokok
Pendebungaan
Mencantas dahan
4. November Mencabut pokok
Merawat media
Menyemai benih
Menyediakan semula tapak untuk musim kedua
Perbincangan kesimpulan hasil semusim

Pelajar-pelajar akan melaksanakan projek ini sebanyak dua musim setahun dan mereka akan ke
tapak tanaman mengikut jadual yang akan ditentukan kelak secara bergilir-gilir.

9. PENUTUP

Projek mini penanaman pokok menggunakan kaedah fertigasi ini adalah projek yang sering kali
dijalankan di SMK Batu 4 dan ianya dirasakan mampu untuk memberikan impak yang cukup
besar kepada murid-murid untuk menceburi bidang pertanian.

Melalui koleksi pengalaman tenaga pengajar di SMK Batu 4, projek ini diharapkan akan
dapat membantu pelajar selepas tamat menempuh alam persekolahan kelak serta dapat
memberikan satu definisi yang jelas bukan sahaja kepada para pelajar dan ibu bapa yang
terlibat tetapi kapada masyarakat juga secara keseluruhannya. Sokongan daripada pelbagai
pihak amat diharapkan di dalam memastikan usaha ini mencapai kejayaan. Terima kasih.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

(PN. ZARINA BT HASAN) (PN. NOOR FAIZAH BINTI MAT NOOR)


Guru Kemahiran Hidup/RBT, Pengetua SMK Batu 4.

Anda mungkin juga menyukai