Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUANKU ABDUL RAHMAN,

73400 GEMAS, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
PROJEK PENANAMAN SAYURAN
SECARA FERTIGASI

Tarikh :
Sepanjang Tahun 2021
Tempat :
SMK. Tuanku Abdul Rahman, Gemas

Disediakan Oleh:
Pn. Masara binti Md Lazim
Guru Mata Pelajaran RBT

3
KERTAS KERJA PROJEK TANAMAN SAYURAN FERTIGASI

1.0 RASIONAL
Projek Tanaman Sayuran Fertigasi merupakan usaha bersama antara guru-guru rbt yang berhasrat untuk
meningkatkan nilai ilmu khususnya dalam bidang pertanian. Selain itu, projek perintis ini adalah untuk
memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang penanaman sayuran dan
pokok menggunakan kaedah Fetirgasi.

2.0 OBJEKTIF/MATLAMAT
i. Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh mengusahakan
pertanian menggunakan kaedah ini sebagai mata pencarian mereka kelak.
ii. Meningkatkan kemahiran dalam bidang fertigasi kepada pelajar kerana ini adalah salah
satu tajuk dalam mata pelajaran RBT
iii. Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman bertani secara moden.
iv. Memberi pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang asas usahawan pertanian.
v. Menambahkan lagi dana panitia RBT SMK. Tuanku Abdul Rahman dengan penjualan
hasil dari pertanian ini.

3.0 LATAR BELAKANG DAN PENGENALAN

Tanaman sayuran secara fertigasi semakin hangat digunakan sejak akhir-akhir ini. Oleh itu,
murid RBT SMK. Tuanku Abdul Rahman, Gemas telah mengambil langkah memperkenalkan
Projek Penanaman Sayuran Menggunakan Kaedah Fertigasi. Pada pringkat awal, projek ini
akan dibimbing oleh guru-guru RBT yang berpengalaman serta akan dilaksanakan di tapak
bersebelahan bengkel pertanian. Pokok yang akan ditanam adalah pokok cili padi kerana
berdasarkan ketahanan pokok dan buah tersebut melawan penyakit. Walaubagaimanapun,
jenis tanaman mungkin berubah mengikut kesesuaian dan permintaan pasaran. Hasil
tanaman akan dijualkan kepada guru-guru dan masyarakat sekeliling.

Apa Itu Fertigasi?

Fertigasi adalah satu teknik penanaman dimana tanaman akan diairi larutan baja secara
titis beberapa kali sehari mengikut keperluan. Melalui kaedah ini, pemberian nutrien
lengkap yang diperlukan oleh zon akar boleh dikawal mengikut keperluan tanaman
berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman. Dengan itu, pembaziran
sumber dapat dielakkan dan pencemaran alam sekitar dapat dihindarkan.

Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa


menggunakan tanah. Secara umumnya, semua jenis tanaman tanaman/sayuran boleh
ditanam menggunakan kaedah fertigasi, tetapi penanaman tanaman yang bernilai tinggi
seperti tomato, cili, timun jepun, terung, melon dan strawberi adalah digalakkan. Dengan
menggunakan kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada
dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria
yang kebanyakannya dibawa oleh tanah.

Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja asalkan cukup cahaya
untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk meletak polibeg. Kaedah titisan
yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu membekalkan air dan larutan baja kepada
tanaman dengan berkesan tanpa pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala
setiap hari. Larutan baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat
pokok diberikan terus ke akar tanaman. Musim bagi tanaman adalah bergantung mengikut
jenis pokok yang ditanam. Kebanyakan tanaman mengambil masa 6 bulan untuk setiap
musim sebelum pengeluaran hasil berkurangan dan perlu ditanam dengan pokok baru.

3
Kelebihan Kaedah Fertigasi
· Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman
berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
· Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan
masalah penyakit.
· Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
· Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
· Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
· Boleh dikendalikan oleh seorang pekerja sahaja
· Kualiti hasil yang lebih baik.
· Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.
· Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis
serangga diguna pakai.
· Hasil lebih tinggi, boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
· Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
· Boleh menanam beberapa jenis tanaman sekaligus dengan menggunakan teknik
berselang.
· Pokok tetap terjaga walaupun sekolah sedang bercuti panjang

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid mata pelajaran Reka bentuk dan Teknologi SMK Tuanku Abdul Rahman,
Gemas.

5.0 TEMPAT

Tapak bersebelahan dengan Bengkel Pertanian RBT.

6.0 JAWATANKUASA
Penasihat : En. Nor Amai Sham bin Mohd Nor
(Pengetua SMKTAR)
Pengerusi 1 : En. Norhaslin
(GPK Pentadbiran SMKTAR)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Sakdiah binti Mohd Kassim
(GPK Hal Ehwal Murid SMKTAR)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Hajah Mazliani binti Yusof
(GPK Kokurikulum SMKTAR)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Saniah bt Mamat
(GPK PPKI)
Naib Pengerusi 4 : Pn. Norasyikin binti Mohd Aris
(GPK Tingkatan 6)
Penyelaras : Pn. Sheela Devi A/P Sankaran
(GKMP Teknik dan Vokasional SMKTAR)
Pen. Penyelaras 1 : Cik Nusrah Saiyidah binti Ahmad Zawadi
Pen. Penyelaras 2 : Cik Nurul Adreena binti Mohd Sam
Setiausaha : Pn. Masara binti Md lazim
Pen. Setiausaha : En. Mohd Hazim bin Othman
Bendahari : Pn. Siti Rabihah binti Musa
AJK : Pn. Sazrina binti Elias
: Cik Nurul Husna binti Abdul Kahar

3
7.0 JADUAL PELAKSAAN PROJEK

Bil. Jangka Masa Perkara


1. JUN – JULAI - Pengenalan kaedah sistem fertigasi kepada pelajar
- Penyediaan tapak fertigasi untuk musim pertama
- Menyemai benih
- Penjagaan anak benih
2. OGOS– SEPTEMBER - Menanam anak pokok
- Meracun dan merawat pokok
- Memancang tiang sokongan
- Pendebungaan
- Mencantas dahan
3. OKTOBER– NOVEMBER - Memetik hasil
- Menjual hasil yang diperolehi
- Meracun dan merawat pokok
- Pendebungaan
- Mencantas dahan
4. DISEMBER- JANUARI - Mencabut pokok
- Merawat media
- Menyemai benih
- Menyediakan semula tapak untuk musim kedua
- Perbincangan kesimpulan hasil semusim

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Peralatan Unit Kos (RM)


1. EC Meter 2 unit 300
2. Set Sistem Fertigasi 1 set 900
3. Tong 100 gelen 1 unit 100
4. Sabut kelapa/sekam padi/cocopeat 4 guni 200
5. Pendawaian elektrik 1set 150
6. Pam racun 1 set 100
7. Filter 1 set 150
8. Jaring Hitam 1 gulung 100
9. Kayu Pagar 10 batang 200
Jumlah 2200

9.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukkan yang digunakan adalah daripada peruntukkan PCG RBT tahun 2021.

3
10.0 PENUTUP
Projek penanaman pokok menggunakan kaedah fertigasi ini adalah projek yang pertama
kali dijalankan di SMK. Tuanku Abdul Rahman, Gemas dan ianya dirasakan mampu untuk
memberikan impak yang cukup besar di dalam memperkatakan mengenai hala tuju
program pertanian itu sendiri.

Melalui pengalaman tenaga pengajar di SMKTAR, projek ini diharapkan akan dapat
membantu pelajar selepas tamat menempuh alam persekolahan kelak serta dapat
memberikan satu definisi yang jelas bukan sahaja kepada para pelajar dan ibu bapa yang
terlibat tetapi kapada masyarakat juga secara keseluruhannya. Sokongan daripada pelbagai
pihak amat diharapkan di dalam memastikan usaha ini mencapai kejayaan. Terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………. …………………………………….
(Masara binti Md Lazim) (Sheela Devi a/p Sankaran)
Setiausaha, Penyelaras,
Projek Penanaman Sayuran Secara Projek Penanaman Sayuran
Fertigasi 2021 Secara Fertigasi 2021

Diluluskan oleh,

…………………………….
(En. Nor Amai Sham bin Mohd Nor)
Pengetua,
SMK. Tuanku Abdul Rahman,
73400 Gemas, NSDK.

Anda mungkin juga menyukai