Anda di halaman 1dari 3

Pengertian Ijmak

Bahasa : Azam atau tekad

Syarak : Kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama islam
berasaskan Al-Quran dan hadis tentang sesuatu perkara yang terjadi pada suatu masa
selepas zaman Rasulullah

Dalil Ijmak

‫س ْو ِل ا ِْن ُك ْنت ُ ْم‬


ُ ‫الر‬ ِ ‫ش ْيءٍ فَ ُرد ُّْوهُ اِلَى ه‬
َّ ‫ّٰللا َو‬ َ ْ ‫س ْو َل َواُولِى‬
َ ‫اْل ْم ِر مِ ْن ُك ْۚ ْم فَا ِْن تَنَازَ ْعت ُ ْم ِف ْي‬ َ ‫ٰ ٰٓيا َ ُّي َها الَّ ِذيْنَ ٰا َمنُ ْٰٓوا اَطِ ْيعُوا ه‬
َّ ‫ّٰللا َواَطِ ْيعُوا‬
ُ ‫الر‬
‫سنُ ت َأْ ِوي ًْل‬ َ ْ‫اْلخِ ِۗ ِر ٰذلِكَ َخي ٌْر َّواَح‬
ٰ ْ ‫اّٰلل َو ْاليَ ْو ِم‬
ِ ‫تُؤْ مِ نُ ْونَ بِ ه‬

Rukun Ijmak
✓ Harus ada beberapa orang mujtahid
✓ Kesepakatan itu hendaklah seluruh mujtahid yang ada dalam dunia islam
✓ Kesepakatan dinyatakan secara tegas oleh setiap mujtahid
✓ Dilakukan dengan berbagai cara (pernyataan lisan, perbuatan atau sikap yang tunjuk
bahawa ia setuju atas suatu keputusan hukum)
✓ Kesepakatan yang bulat dari seluruh mujtahid

Pembahagian Ijmak

• Ijmak Sarih (ijmak nutqi)


Setiap mujtahid menyatakan mereka menerima pendapat yang disepakati tersebut secara
jelas , sama ada berbentuk tulisan, perbuatan atau perkataan.

• Ijmak Sukuti (Ijmak I’tibari)


Setengah mujtahid mujtahid menyatakan pendapat terhadap sesuatu hukum sedangkan
mujtahid lain sezaman dengannya setelah mendengar permasalahan itu mendiamkan diri
tanpa membantah dan tanpa sebarang reaksi . Tak mengingkari secara jelas dan tak nyatakan
persetujuan dengan terang.
Ijmak sukuti boleh dilihat dalam beberapa aspek :

Golongan yang menerima Ulama Usul Al-Ahkam


Hujah yang menerima • Diam setelah meneliti dan berfikir
• Tak semua mufti memberi keterangan dalam sesuatu
masalah . Apabila mufti besar berfatwa, ulama lain
menerimanya
• Diam setelah mengkaji hukum ijtihad orang lain tidak
bercanggah dengan hukum yang benar

Perselisihan pendapat bagi • Ijmak Sukuti adalah Hujah Zanni


yang menerima dalam sifat -Pendapat al-Kurkhi
kehujahan • Ijmak sukuti adalah Hujah Qat’i
-Pendapat ulama Hanafi,imam Ahmad, dan sebahagian
ulama al-Syafie
Golongan yang menolak Imam Syafie,Imam Malik,Isa bin Aban, dan al-Baqillani
Hujah yang menolak • Diam tidak boleh dikatakan bersetuju, kemungkinan
mereka takut kemudaratan pada diri atau harta
• Orang yang diam tak boleh disahkan sebagai orang yang
bersetuju
• Diam mungkin ada beberapa kemungkinan
-Ia setuju atau belum berijtihad dalam masalah tersebut
-Telah berijtihad namun belum dapat natijah yang
mantap
-Telah berijtihad dan dapat natijah yang mantap namun
bukan masa yang sesuai untuk mengemukakannya
-Tak mahu mengeluarkan pendapatnya kerana takut
berlaku perselisihan dengan mujtahid lain
Syarat ijmak sukuti ➢ Masa yang cukup , untuk ulama mengkaji dan berfikir
➢ Tiada faktor yang menakut-nakutkan mujtahid lain
➢ Ulama yang berdiam diri bukan menolak semata-mata
➢ Hukum mestilah berkaitan hukum taklif yang boleh
diijtihadkan
➢ Permasalahan yang timbul diketahui oleh semua
mujtahid pada masa tersebut
➢ Hukum yg diijtihadkan belum ada ketetapan hukum
sebelumnya

Perkara Berlakunya Ijmak


Peristiwa yang berhubungan dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada Allah
seperti sistem pendidikan, politik, eknomi, ketenteraan, kemasyarakatan dan semua hal
duniawi yang tiada hukumnya dengan jelas dalam Al-Quran dan hadis.
Sandaran Ijmak
- Al-Quran
- Hadis Mutawatir
- Hadis Ahad ( dapat menambah kekuatan hadis jika disandarkan padanya )
- Al-Qiyas ( Ada juga yang menolak kerana menganggap qiyas adalah hukum yang
boleh dibantah )

IJMAK TAK MUNGKIN BERLAKU IJMAK MUNGKIN BERLAKU


-Imam Syafie dan Qadi Abu Yusuf -Jumhur ulama , hujah mereka
al-Hanafi , alasan mereka: kerana ijmak telah berlaku pada
1. Para mujtahid menetap di masa sahabat dulu.
pelbagai negara 1- Sahabat dulu tinggal berjauhan
2. Mujtahid sukar mengetahui juga , namun tak mempengaruhi
pendapat masing-masing ijmak
3. Sentiasa berlaku perbezaan 2- Pada masa sahabat, ada juga
pendapat dalam kalangan fuqaha ijmak berdasarkan dalil zanni iaitu
hadis ahad
4. Tiada persepakatan ulama
tentang kriteria ulama yang berhak 3-Ijmak berdasarkan dalil qat'ie
berfatwa berguna untuk mengukuhkan
hujah, contohnya wajib
5. Ijmak berdasarkan dalil qati'e menunaikan solat berdasarkan
adalah sia-sia sbb org ramai tahu dalil al quran dan ijmak
tentang masalah itu. Jika dalil
zanni, mustahil ijmak berlaku
kerana setiap mujtahid lain ilmu
dan pendapat mereka.

Kemungkinan berlaku ijmak masa kini

Hj Hassan B, Hj Ahmad, merumuskan ijmak pada masa kini tidak mungkin berlaku kerana:
• Para mujtahid tinggal berselerak di seluruh dunia, sukar untuk mendapatkan setap
pendapat mereka.
• Sukar untuk mengenal pasti mujtahid dan yang bergelar mujtahid kerana setengah
orang mengaku mujtahid , sedangkan dia belum mencapai tahap itu.

Jenis Ijmak Ikut Lokasi


-Ijmak Muftariq (Mujtahid yang berjauhan antara satu sama lain)
-Ijmak Mujtami ( Mujtahid yang berada di tempat yg sama )

Anda mungkin juga menyukai