Anda di halaman 1dari 17

1

KONSEP PEWARISAN DALAM ISLAM

Baharuddin Bin Aziz


Pengarah Bahagian Pembahagian Pusaka JKPTG
Pendahuluan

Kedangkalan umat Islam dalam memahami faraid dan kecenderungan masyarakat kita
yang mementingkan kebendaan sering mencetuskan perbalahan dikalangan keluarga
dalam pembahagian harta pusaka. Apabila kebendaan dijadikan ukuran tanpa
berpandukan kepada hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T menyebabkan
manusia hilang pertimbangan dan sanggup memutuskan tali persaudaraan disebabkan
oleh harta pusaka.

Krisis ini bertambah parah dengan masyarakat kita tidak mempedulikan tentang ilmu
faraid atau ilmu pengurusan harta pusaka dalam Islam. Rasulullah s.a.w bersabda:

Hendaklah kamu pelajari ilmu faraid. Maka sesungguhnya ilmu faraid adalah suruhan
dari agama kamu dan bahawasanya ilmu faraid adalah seperdua daripada ilmu dan yang
akan mula-mula dicabut dari umatku.

Beradasarkan hadis di atas Allah tidak mencabutkan ilmu itu terus dari manusia, tetapi
sebaliknya Allah mengambilnya dengan mematikan ulama-ulama yang memahami ilmu
faraid. Dengan itu tiada lagi ilmu faraid ini dapat disampaikankan kepada manusia dan
tiada lagi tempat rujuk boleh dibuat apabila berlaku pertikaian berkaitan harta pusaka.
Hal ini menyebabkan manusia merujuk kepada yang bukan ahlinya dalam penyelesaian
harta pusaka.

Dalam hadis yang lain dari Ibn Majah yang bermaksud:

Hendaklah kamu pelajari ilmu faraid dan kamu ajarkan kepada manusia. Maka
sesungguhnya akulah orang yang di dalam gengaman Allah dan bahawa ilmu faraid itu
akan digenggam dan akan nyata beberapa fitnah sehingga berselisih dua orang
2

mengenai faraid, maka kedua-duanya tidak memperolehi orang yang menghukumkan


dan menyelesaikan perselisihan antara keduanya.

Kurang kefahaman dalam memahami ilmu faraid menyebabkan terdapat sesetengah


dikalangan masyarakat kita memberi komen bahawa faraid tidak adil kerana
membezakan antara bahagian waris lelaki dengan bahagian waris perempuan. Sedangkan
kaedah pembahagian dalam ilmu faraid telah diakui oleh Orientalis Barat “ undang-
undang pembahagian harta pusaka dalam Islam merupakan suatu pencapaian teknikal
yang mantap dan sepatutnya ilmuan Islam berasa bangga dalam ketepatan matematik
dalam menentukan hak mana-mana waris, dalam keadaaan apa sekalipun boleh
ditentukan”

Di dalam al Quran terdapat 3 ayat utama yang menerangkan tentang pembahagian harta
pusaka iaitu di dalam surah al Nisa’ ayat 11,12 dan 176 Allah telah menentukan bagian
setiap waris yang mendapat bahagian dengan jelas. Jika di bandingkan dengan
pensyariatan sembahyang, bagaimana kaifiat sembahyang diterangkan melalui al hadith.

Sejarah pewarisan harta pusaka

Sebelum kedatangan Islam iaitu zaman Jahiliyah wanita dan kanak-kanak tidak dapat
mewarisi harta pusaka kerana mereka adalah kaum yang lemah, tidak mampu mengankat
senjata untuk berperang. Adakah patut kami memberi harta kami kepada orang yang
tidak mampu menunggang kuda dan tidak pandai bermain pedang. Harta pewarisan
diberi kepada lelaki dewasa sahaja yang mampu mempertahankan suku kaum dalam
peperangan. Ikatan janji diantara lelaki yang tiada hubungan kerabat yang bersumpah,
apabila keduanya bersetuju maka saling mewarisi antara satu sama lain. Menasabkan
anak angkat kepada diri mereka membolehkan mereka saling mewarisi antara satu sama
lain. Selepas kedatangan Islam, memberi hak kepada semua waris termasuk wanita dan
kanak-kanak.
3

Definisi Harta Pusaka

Dalam istilah ilmu faraid harta pusaka juga dikenali sebagai al tarikah. Dari segi Bahasa
bermaksud segala apa yang ditinggalkan oleh simati. Manakala dari segi istilah syarak pula
sesuatu yang ditinggal oleh si mati termasuklah harta benda, hak-hak kebendaan ke atas
hak persendirian.

Matlamat Mempelajari Ilmu Faraid

1. Mengenal pasti sama ada seseorang itu waris atau bukan waris
2. Mengenal pasti bahagian atau saham setiap waris yang berhak
3. Pengiraan bahagian setiap waris

Rukun Pewarisan

1. Al muwarrith ialah pewaris yang mati sama ada mati secara hakiki , hukmi atau
taqdiri.
2. Al warith ialah orang yang akan mewarisi harta peninggalan si mati
3. Al Mawruth ialah harta benda atau hak yang ditinggalkan oleh pewaris, terdiri
daripada harta alih dan harta tak alih.

Sebab Pewarisan

1. Kerabat atau keturunan


Merupakan hubungan nasab antar waris dengan waris disebabkan kelahiran.
Kerabat yang dimaksudkan adalah kerabat hakiki, undang-undang pusaka Islam
tidak mengiktiraf anak angkat. walaupun dibinkan kepada si mati. Demikian juga
anak zina dan anak li’an. Kedua-duanya tidak dianggap anak yang sah dalam
undang-undang pusaka Islam, tidak boleh mewarisi pusaka bapanya tetapi boleh
mewarisi pusaka ibu.
2. Perkahwinan;
4

Suatu akad perkahwinan antara suami isteri yang sah di sisi syarak sama ada
berlaku persetubuhan atau tidak. Para ulama’ bersepakat apabila pencerian
secara tala raj’I sama ada suami sihat atau sakit yang membawa kepada mati,
maka suami atau isteri berhak mendapat harta pusaka apabila salah seorang
meninggal dunia. Penceraian talak ba’in sama ada ba’in sugra (cerai tebus talak
atau khulu’ dan fasakh atau ba’in kubra ( talak tiga) sepakat ulamak tidak mewarisi
antara satu sama lain sekiranya salah seorang meninggal dunia.
3. Wala’
Halangan Pewarisan
1. Pembunuhan
Ulmak sepakat pembunuhan salah satu halangan pewarisan, tetapi ulamak
berselisih pendapat tentang jenis pembunuhan.
Mazhab Shafei semua jenis pembunuhan, walaupuan pembunuhan dilakukan
dengan hak seperti seorang hakim menjatuhkan hukuman bunuh ke atas anaknya.
Mazhab Maliki pembunuhan sengaja sama ada secara langsung atau tidak
langsung disyaratkan pembunuhan telah baligh dan berakal.
Mazhab Hanafi semua jenis pembunuhan yang dikenakan hukum qisas atau
kaffarah dan disyaratkan pebunuh itu sudah baligh dan berakal.
Mazhab Hanbali semua jenis pembunuhan tanpa hak yang boleh dikenakan
hukum qisas, kaffarah atau diyat, termasuk pembunuhan sengaja, secara langsung
atau tidak langsung
2. Perhambaan
3. Perbezaan Agama
“orang Islam tidak boleh mewarisi (harta) orang kafir dan orang kafir tidak boleh
mewarisi (harta) orang Islam” (hadith riwayat al Bukhari)

Hak –hak yang berkiatan dengan pusaka

1. Perbelanjaan pengkebumian atau pengurusan jenazah yang diperlukan


merangkumi belanja mandi, mengakafan, membawa jenazah ke kubur, menggali
5

kubur dan mengkebumikannya. Semua perbelanjaan itu diambil dari harta si mati.
Perbelanjaan untuk kenduri tahlil tidak bleh diambil dari harta si mati.
2. Membayar hutang si mati
3. Melaksanakan wasiat
4. Harta sepencarian atau hibah

Jenis-jenis waris

Terdapat tiga jenis waris yang berhak mendapat harta pusaka;

Ashab Al Furud

Ialah waris-waris yang telah ditetapkan bahagian mereka dalam pembahagian harta
pusaka menurut al Quran surah An Nisaa’ ayat 11,12dan 176 dan al Sunnah dan ijmak.
½,1/4,1/8,1/3,1/6,2/3 dan 1/3.

bil Fardu Waris


1. 1/2 1. Suami
2. Seorang anak perempuan
3. Seorang anak perempuan kepada anak lelaki
4. Seorang saudara perempuan seibu sebapa
5. Seorang saudara perempuan sebapa
2. 1/4 1. Suami
2. Isteri/ isteri-isteri
3. 1/8 1. Isteri/isteri-isteri
4. 1/3 1. Ibu
2. Dua orang atau lebih saudara lelaki atau saudara
perempuan seibu
5. 1/3 baki 1. Ibu dalam kes al umariyyatayn
6. 2/3 1. Dua orang atau lebih anak perempuan
6

2. Dua orang aau lebih anak perempuan kepada anak lelaki


3. Dua orang atau lebih saudara perempuan seibu sebapa
4. Dua orang atau lebih saudara perempuan s sebapa

7. 1/6 1. Bapa
2. Ibu
3. Datuk
4. Nenek
5. Seorang atau lebih anak perempuan kepada anak lelaki
jetika bersama seorang anak perempuan
6. Seorang atau lebih saudara peremuan sebapa ketila
bersama dengan seorang saudara perempuan seibu sebapa
7. Seorang saudara perempuan seibu

Waris daripada pihak lelaki

1. Anak Lelaki
2. Cucu lelaki daripada anak lelaki
3. Bapa
4. Datuk sebelah bapa ke atas
5. Saudara kandung
6. Saudara sebapa
7. Suudara seibu
8. Anak lelaki daripada saudara kandung
9. Anak lelaki daripada saudara sebapa
10. Bapa saudara kandung
11. Bapa saudara sebapa
12. Anak lelaki daripada bapa saudara kandung
13. Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa
7

14. Suami

Waris daripada pihak perempuan

1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan daripada anak lelaki
3. Ibu
4. Nenek sebelah bapa dan ke atas
5. Nenek sebelah ibu dan ke atas
6. Saudara perempuan kandung
7. Saudara perempuan sebapa
8. Saudara perempuan seibu
9. Isteri

Berdasarkan senarai waris di atas. jika semua waris ada, yang berhak menerima pusaka
ialah, suami/isteri, ibu, bapa, anak lelaki dan anak perempuan. Manakala waris –waris lain
tidak mewarisi.

Contoh 1 :

si mati meninggalkan isteri,ibu,bapa dan 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan;

24 x 5 120
Isteri 1/8 3 x5 15
Ibu 1/6 4 x5 20
Bapa 1/6 4 x5 20
AL 1 x2 26
AL 2 x2 baki 13 26
AP 1 x1 13
8

Berdasarkan jadual di atas, Isteri mendapat 15/120, ibu 20/120, bapa 20/120, setiap anak
lelaki mendapat 26/120 dan seorang anak perempuan mendapat 13/120

Contoh 2:

simati meninggalkan isteri, 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan, ibu dan bapa meninggal
terlebih dahulu daripada si mati;

8 x6 48
isteri 1x 6 6
AL = 2 bhg 14
AL =2 bhg X 7 14
AP =1 bhg 7
AP = 1bhg 7

Berdasarkan jadual di atas, asal masalah adalah 8, bahagian isteri adalah 1/8 dan baki 7/8
adalah bahagian anak-anak simati, mengikut kaedah Asabah bil Ghairi anak lelaki
mendapat dua bahagian, manakala anak perempuan mendapat satu bahagian, jumlah
bahagian anak-anak bersamaan enam bahagian, Baki bahagian anak-anak adalah 7/8,
tetapi tidak boleh dibahagikan dengan enam kerana ia akan mewujudkan pecahan. oleh
itu jumlah bahagian awal (asal masalah) dibesarkan kepada (8 x 6=48) Jumlah
pembahagian akhir ialah 48 (sah masalah). Bahagian isteri juga didarapkan dengan enam
(1 x 6= 6), bahagian anak-anak 7 tujuh adalah bagi satu bahagian. Maka bahagian anak
lelaki (7x 2= 14) , bahagian anak perempuan 7 x 1= 7 setiap seorang.
9

Asabah

Waris-waris asabah ialah waris lelaki kepada si mati yang tidak diselangi oleh perempuan.
Mereka tidak mempunyai bahagian yang tetap, kadang kala mereka menerima semua
harta apabila tidak waris ashab al furud, kadang kal menerima baki setelah ditolak
bahaian ashab al furud atau kadang kala tidak mendapat harta sedikit pun kerana telah
dihabisi oleh waris ashab al furud.

Dhawil al Arham

Dhawil al Arham ialah waris yang mempunyai hubungan darah dengan si mati selain
daripada waris ashab al furud dan asabah sama ada lelaki atau perempuan, seorang atau
ramai. Contoh bapa kepada ibu, anak lelaki dan perempuan kepada anak perempuan an
lain-lain. Kedudukan mereka dalam pembahagian pusaka berlaku perselilihan pendapat
ulamak.

Hak wanita

Sebelum kedatangan Islam, wanita dan anak kecil tidak berhak mewaris harta pusaka
kerana mereka adalah golongan yang lemah tidak boleh pergi berperang. Sebaliknya
Islam mengangkat mertabat wanita setelah turunnya ayat 7 surat An Nisaa’ yang
bermaksud:

Bagi orang lelaki ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu paba dan kerabatnya, dan
bagi orang wanita ada hak bahagian dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya,
baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan.

Berdasarkan ayat di atas, sebab nuzul ayat di atas adalah kerana seorang Ansar bernama
Aus bin Thabit al Ansari telah meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri yang
bernama Ummu Kahlah, tiga anak perempuan dan dua saudara lelaki bernama Suwaid
10

dan Arfajah, Harta pusaka tersebut diambil oleh dua saudara lelaki tanpa diberi kepada
isteri dan dua anak perempuan. Ummu Kahlah mengadu kepada Rasulullah.

Rasulullah SAW telah memanggil keduanya, kemudian diturunkn ayat yang menjelaskan
bahawa bukan orang lelaki sahaja yang layak menerima pusaka sebaliknya orang
perempuan juga berhak menerima pusaka.

Dalam satu riwayat lain, antara sebab turunnya ayat di atas adalah mengenai isteri Sa’ad
bin Rabi’. Hadith yang diriwayatkan oleh Jabir katanya isteri Sa’ad bin Rabi’ telah
menemui Rasulullah SAW dan berkata, Ya Rasulullah ini adalah dua orang anak
perempuan Sa’ad bin Rabi’ Bapa mereka telah mati syahid semasa peperangan Uhud.
Bapa saudara meraka telah mengambil harta mereka sehingga tidak ada yang
ditinggalkanya untuk mereka. Kedua –dua budak ini tidak dapat berkahwin kecuali
mereka ada harta. Kemudian Rasulullah SAW bersabda Allah akan memutuskan mengenai
perkara ini. Selepas turunya ayat mawarith ini. Rasulullah mengutuskan kepada bapa
saudara mereka dan bersabdda yang bermaksud;

“Berilah dua pertiga kepada kedua anak perempuan Sa’ad dan seperlapan kepada ibu
mereka dan selebihnya untuk kamu”

Permasalahan Bahagian Ibu

Berlaku di zaman moden ini, Setengah dikalangan masyarakat beranggapan bahawa ibu
bapa tidak berhak mewarisi harta pusaka Sebaliknya ibu bapa yang sepatutnya disantuni
oleh anak-anak. Allah berfirman yang bermaksud;

Bagi tiap-tiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapa dan kerabat. Kami
jadikan pewaris-pewarinya…( surah An Nisaa’ ayat 33)

Dalam ayat lain Allah berfirman:


11

Diwajidkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan(tanda-tanda) maut,


jika ia meninggalkan harta yang banyak , berwasiat untuk ibu bapa dan kerababnya
secara ma’ruf (ini adakah ) kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.

Golongan perempuan yang paling dekat dengan si mati adalah ibu. Al Quran menjelaskan
bahawa ibu mendapat satu perenam atau satu pertiga daripada harta pusaka
berdasarkan firman Allah;

…Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnbya satu perenam dari harta yang
ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak
mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat
sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara maka ibunya mendapat
seperenam…

(surah An Nisaa’ ayat 11)

Berdasarkan ayat di atas terdapat dua keadaan yang dinamakan gharawain dan
Umaryatin kerana diputuskan oleh Saiyyidina Umar adalah seperti berikut;

1. Simati meninggalkan suami, ibu dan bapa sahaja.


2. Simati meninggalkan isteri, ibu dan bapa sahaja.

Dalam kes pertama perpandukan kepada al quran mengikut kaedah biasa, suami
mendapat ½ kerana simati tidak meninggalkan anak, ibu mendapat 1/3 dan bapa
mendapat 1/6. Dalam hal ini berlawanan dengan konsep lelaki mendapat dua kali ganda
bahagian perempuan. Oleh itu, mazhab Shafei mengambil pandangan dengan memberi
ibu 1/6 dan bapa 1/3. Ini berdasarkan keputusan Saiyyidina Umar. Pendapat ini disokong
oleh beberapa orang sahabat seperti Uthman bin Affan, Zaid bin Thabit, Ibnu Mas’ud dan
lain-lain. Mereka berpendapat ibu mendapat 1/3 baki setelah ditolak bahagian suami iaitu
1/6 dan selebihnya, 1/3 diberi kepada bapa. Walaubagaimana pun pendapat ini ditolak
oleh Ibn Abbas, ibu mendapat 1/3 berdasarkan ayat 11 surah An Nisaa’ bererti 1/3 dari
keseluruhan harta.
12

6
Ibu 1/3x ½=1/6 1
bapa 1/3 2
suami 1/2 3

Dalam kes kedua Simati meninggalkan isteri, ibu dan bapa sahaja. Pendapat pertama
sama dengan pendapat jumhur iaiatu isteri mendapat ¼, ibu mendapat 1/6 dan
selebihnya diberi kepada bapa . Pendapat Ibn Abbas isteri mendapat ¼ , ibu 1/3 dan baki
kepada bapa.

12
Ibu 1/3x 3/4=1/4 3
bapa 1/2 6
isteri 1/4 3

Berdasarkan kepada dua kes di atas, negara kita menguna pakai mazhab Shafei berpegang
kepada pendapat jumhur iaitu perdapat yang pertama.

Konsep Aul

Dari segi bahasa Aul bererti bertambah. Dari segi istilah faraid, Aul bererti berlakunya
pertambahan pada saham-saham waris fardu dan berlaku pengurngan pada kadar
habuan mereka dalam pusaka mengikut nisbah pertambahan tersebut. Dengan lain
perkataan berlakunya pertambahan atau peningkatan jumlah saham yang diterima dan
berkurangnya nilai harta sebenar.
13

Konsep Aul diperkenal semasa pemerintahan Saiyyidina Umar. Beliau telah diminta untuk
menghakimi satu kes si mati meninggalkan suami dan dua orang saudara perempuan
seibu sebapa. Mengikut al Quran jika simati tidak meninggalkan anak suami mendapat ½.

Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika
meraka tidak mempunyai anak…(surah An Nisaa’ ayat 12)

Bahagian dua saudara perempuan pula 2/3

… jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi keduanya dua pertiga dari harta
yang ditinggalkan oleh yang meninggal…. (surah An Nisaa’ ayat 176)

6 Aul 7 Habuan
suami 1/2 3 3 RM 42,857.14
2 saudara
perempuan 2/3 4 4 RM 57,142.85
seibu sebapa
Jumlah 7 7

Contoh di atas berlaku asal masalah 6 kepada 7, maka asal masalah 6 di tinggalkan diambil
Aul 7 sebagai asal masalah baru. Oleh itu nilai harta yang di tinggalkan oleh simati akan
dibahagikan mengikut asal masalah yang baru iaitu 7. Nilai harta yang ditinggalkan adalah
RM 100,000.00 . Mengikut kaedah Aul 3/7 x 100,000.00=RM 42857.14 dan bahagian dua
orang saudara perempuan seibu sebapa 4/7 x RM 100,000.00 bersamaan RM 57,142.85 .
Mengikut pembahagian asal suami akan mendapat ½ bahagian bersamaan RM 50,000.00
dan bahagian 2 orang saudara perempuan seibu sebapa akan mendapat 2/3 bersamaan
RM 66,666.66 apabila dicampur akan berlaku lebihan, oleh itu kaedah Aul digunakan
dengan mengurangkan bahagian masing-masing.
14

Dari fardu-fardu yang telah ditetapkan di dalam al Quran ialah ½, ¼, 1/8, 2/3,1/3 dan 1/6
maka lahirlah 7 asal masalah yang boleh berlaku Aul iaitu 2,3,4 dan 8

Pendindingan (al hajb)

Al Hajb dadri segi Bahasa bermaksud tegahan, halangan atau pendindingan. Dengan lain
perkataan orang yang menegah atau menghalang orang lain daripada mendapat harta
pusaka. Manakala istilah ilmu faraid, bermaksud tegahan atau halangan seseorang waris
tertentu yang telah mencukupi sebab-sebab dan syarat-syarat pewarisan daripada
mendapat harta pusaka sama ada keseluruhan ayat sebahagian, keranan ada waris lain
yang lebih berhak terhadapa harta tersebut. Contoh datuk dihalang atau didinding oleh
bapa dan suami dihalang atau didinding oleh anak lelaki atau perempuan dari mendapat
½ bahagian kepada ¼ bahagian.

Kaedah Pengiraan

Untuk membahagikan harta pusaka kepada waris-waris, apa yang perlu dikatahui ialah;

1. Furud atau bahagian-bahagian yang sepatutnya wais dapat ashab al furud atau
asabah
2. Asal masalah
3. Bilangan saham yang sepatutnya diterima oleh setiap waris
4. Kadar atau nilai bagi satu saham
5. Mengentahui kadar habuan setiap waris.

Jika waris semuanya dari golongan asabah lelaki, asal masalah diambil daripada bilangan
mereka. contoh si mati meniggalkan 7 orang anak lelaki maka asala masalah adalah 7.

Jika waris-waris terdiri daripada dua jenis asabah iaitu lelaki dan perempuan, bilangan
waris lelaki hendaklah didarab dengan 2 kemudian dicampur dengan bilangan wais
perempuan. Contoh si mati meninggalkan 3 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Maka asal
masalah adalah 8.
15

Jika dalam suatu masalah itu hanya terdapat 1 fardu sahaja, asal masalah diambil dari
sebutan fardu itu sahaja.contoh si mati meninggalkan isteri dan 2 anak lelaki maka isteri
mandapat 1/8 dan dua anak lelaki mendapat asabah, asal masalah adalah 8

Jika dalam suatu masalah itu terdapat lebih dari satu fardu, maka cara mencari masalah
adalah seperti berikut;

1. Tamaathul ialah di antara satu angka dengan satu angka yang lain adalah sama
nilainya seperti 3 dengan 3, 2 dengan 2 maka diambil salah satu angka tersebut
sebagai asal masalah.contoh si mati meninggal kan suami dan seorang saudara
perempuan seibu sebapa, suami mendapat ½ dan saudara perempuan seibu
sebapa mendapat ½, asal masalah adalah 2.
2. Tadakul angka yang lebih besar dapt dibahagi dengan angka yang lebih kecil dan
hasil bahagi adalah angka tunggal atau angka yang kecil boleh dimasukkan dengan
angka yang lebih besar seperti 3 dengan 6, maka asal masalah diambil dari angka
yang lebih besar iaitu 6.
3. Tawafuk ialah salah satu daripada dua angka tidak dapat dibahagi dengan angka
tersebut tetapi dapat dibahagi dengan angka yang lain selain dari angka satu, atau
antara dua angka tersebut terdapat aspek kesesuaian, maka asala masalah ialah
setengahkan salah satu dari angka tersebut seperti 4 dengan 6, maka asal masalah
aialah 12 (2x 6 atau 3 x 4)
4. Tabayun ialah salah satu daripada dua angka tidak boleh dibahagikan dengan
angka tersebut dan tidak dapat dibahagi dnegan angka yang lain kerana kedua-
duanya tidak ada persamaan, maka asal masalah ialah jumlah darap di natara
kedua angka tersebut. Contoh 2 dengan 3 asal masalah ialah 6 ( 2 x 3)

Kaedah Pengiraan Harta Pusaka

Setelah dikenal pasti asal masalah dengan betul , maka pengiraan harta pusaka akan
menjadi mudah. Contoh si mati meninggalkan isteri, ibu, bapa dan seorang anak
lelaki.Harta peninggalan si mati ialah 2 hektar tanah bernilai RM200 ribu, sebuah rumah
16

bernilai RM400 ribu dan wang simpanan bernilai RM 200 ribu. Jumlah keseluruhan harta
si mati adalah RM 800 ribu.

WARIS FARDHU ASAL MASALAH TASHIH HABUAN(RM)

24 x 5 120
Isteri 1/8 3 x5 15 100,000.00
Ibu 1/6 4 x5 20 133,333.33
Bapa 1/6 4 x5 20 133,333.33
2 AL x2 26 (13X2) 173,333.33
1 AP X1 baki 13 26(13X2) 173,333.33
13(13X1) 86,666.66

Dalam jadual di atas masalah pembahagian harta pusaka, isteri ,mendapat 1/8, ibu dan
bapa mendapat 1/6 setiap seorang dan 2 orang anak lelaki dan 1 orang anak permpuan
mendapat asabah binafsih. Asal masalahnya adalah 24 (gandaan sepunya terkecil adalah
di antara angka 8,6 dan 6. Oleh itu, seorang isteri mendapat 3 saham, ibu dan bapa
mendapat 4 saham setiap seorang dan seorang anak lelaki mendapat 13.

Apabila diteliti kepada bahagian 2 AL dan 1 AP adalah 13, didapati bahagian tersebut (13)
tidak boleh dibahagi kepada angka tunggal. Oleh itu, masalah ini perlu di tashihkan iaitu
bilangan anak lelaki perlu di darabkan dengan 2 dan dicampurkan dengan bilangan anak
perempuan menjadi 5 (2+2+1), kemudian angka 5 didarabkan dengan asal masalah iaitu
24 menjadi 120 (24X5). Setelah itu angka 5 didarabkan dengan setiap waris yang terlibat.

Kesimpulan

Undang-undang pusaka Islam merupakan ketetapan Allah SWT yang menyeluruh melalui
ayat al mawarith. Undang-undang yang disyariatkan ini adalah untuk memberi keadilan
kepada seluruh manusia dan ianya mempunyai hikmah dan falsafah yang tidak boleh
diselami oleh sesetengah manusia. Oleh itu ia dianggap sebagai separuh daripada ilmu.
17

Rujukan

Azman bin Ismail, Perancangan & Pengurusan Pewarisan Islam.(2007)Amanah Raya


Berhad

Baharuddin Aziz. 2009. Takhruj Dalam Pembahagian Pusaka Islam: Kajian di Daerah
Kota Setar. Tesis Sarjana. Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti
Teknologi Malaysia. Skudai.

Mohd Zamro Muda, Mohd Ridzuan Awang,Undang-(2006) Undang Pusaka Islam


Pelaksanaan di Malaysia. Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM.

Muhammad bin Muhammad Sibtha Al Mardini Asyafie, Tartib Majmuk fi Ilmi Faraid wa
Hisabil Wasoya.Darul Dhiya’ Kuwait.

Musyaddat bin Hasbullah,(2012)Al khulasoh fi Alfiqhi al Mawaarith wal Wasoya wal


Waqfu,Universiti Sians Islam Malaysia.

Wan Abdul Halim Wan Haron (2006) Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai