Anda di halaman 1dari 2

Tritunggal atau Triniti

Doktrin Kristian tentang Tritunggal atau Triniti (dari bahasa Latin Trinitas "tiga
serangkai", dari trinus "tiga kali ganda")
[1]
mentakrifkan Tuhan sebagai tiga peribadi[2], ungkapan atau hipotasis:[3] Tuhan
Bapa, Tuhan Anak (Jesus), dan Roh Kudus; "satu Tuhan di dalam tiga
keperibadian". Ketiga-tiga Peribadi itu berbeza, namun dilihat lebih kepada satu
"Bahan, Intipati atau Sifatnya".[4] Dalam konteks ini, "Sifatnya" mencerminkan "apa
Peribadi" yang dimaksudkan (melakukan) sesuatu itu, manakala "Keperibadian-Nya"
menyatakan "Siapa" diantara Peribadi yang dimaksudkan itu.[5][6][7]

Menurut misteri pertengahan dari keyakinan Kristian pada umumnya, hanya ada
"Satu" Tuhan didalam Tiga Peribadi: maknya berbeza untuk setiap sifat
Keperibadian yang asal (sebagaimana dinyatakan dalam Konsili Lateran IV, "adalah
Tuhan Bapa yang Menciptakan, Tuhan Putera yang diciptakan, dan Tuhan Roh
Kudus yang dihembuskan") dan hubungan antara satu sama lain, tetapi ketiga-tiga
ini dinyatakan satu dalam semua yang lain, setara, sama kekalnya, dan
konsubstansial, serta masing-masing adalah Tugan, Kekal dan Kesemuanya.
Disebabkan semua Karya Penciptaan (Tuhan Bapa) dan rahmat dipandang sebagai
satu operasi tunggal secara bersama-sama pada keseluruhan tiga peribadi ilahi,
dengan kekhususan masing-masing peribadi, sehingga semuanya berasal "dari
Bapa", "melalui Putera", dan "oleh Roh Kudus".

Para Uskup Besar Gereja Awal memandang elemen-elemen Perjanjian Lama


seperti penampakan tiga orang kepada Abraham dinyatakan di dalam Kitab
Kejadian, bab 18, sebagai pertanda Tritunggal (Awal), tetapi mereka memandang
kitab-kitab di dalam Perjanjian Baru sebagai dasar untuk perkembangan konsep
sebenar Tuhan Tritunggal. Ayat didalam Perjanjian Baru sangat berpengaruh
tentang ajaran Tritunggal seperti didalam Kitab Injil menurut Matius 28:19, kerana
itu, babtislah mereka " Di dalam nama Bapa dan [Putra] dan Roh Kudus". Ayat ini
mengarah kepada Rumusan doktrin yang dirasakan sesuai dengan keaslian yang
terdapat di dalam Alkitab. Kesimpulan yang paling sederhana mengenai doktrin ini
dirumuskan pada abad ke-4, umumnya berkaitan dengan penolakan terhadap apa
yang dipandang tidak selaras dengan keyakinan umum Agama Kristian. Namun
diterima (Gereja) setelah berkurun-kurun lamanya.
Seperti sifat Tuhan itu sendiri yang tidak mungkin dapat digambarkan, begitu juga
kesatuan ini yang amat sulit difahami kerana ia sendiri adalah rahsia (Misterium)
Tuhan. Kesimpulannya doktrin ini menyatakan bahawa Tuhan itu berupa (wujud di
dalam bentuk) tiga peribadi iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Putera) dan seterusnya
Tuhan Roh Kudus. Ketiga-tiga peribadi ini membentuk satu Tuhan yang Esa
menurut ajaran ini.

Anda mungkin juga menyukai