Anda di halaman 1dari 49

 * gambar ini tidak perlu.

ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU

ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU: SATU PENGENALAN


Noorfathehah bt Abdullah Sani1, Madzlan Abet1, Riswadi Azmi2, dan Umi Abdullah3
1
Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, Universiti Malaysia Terengganu
2
Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu
3
Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
1 November 2021

1
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
ISI KANDUNGAN
SENARAI GAMBAR-lengkapkan
KATA PENGANTAR KP JKKN-lengkapkan
PRAKATA-lengkapkan
SENARAI SINGKATAN DAN AKRONIM-jika berkaitan
BAB 1: PENDAHULUAN – masukkan maklumat yang perlu dan berkaitan
1.0 Tujuan Kajian
2.0 Permasalahan Kajian
3.0 Objektif Kajian
4.0 Metodologi Kajian
5.0 Kepentingan Kajian
BAB 2: PENGENALAN
2.1 Pengenalan kepada Adat dan Budaya Masyarakat Melayu
2.2 Perbandingan Berpantang Mengikut Kaum di Malaysia
2.3 Sejarah dan Pengaruh Adat Rombak Dapur Terengganu
BAB 3: AMALAN DAN PROSES BERPANTANG ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
3.1 Berurut
3.2 Berdiang / Menyalai-rapatkan
3.3 Mandi Serum / Mandi Dedaun-rapatkan
3.4 Rawatan Mandian
3.5 Bertangas
3.6 Berbengkung
3.7 Bertuam dan Bertungku
3.8 Upacara Pelepas
BAB 4: PROSES, FUNGSI, BAHAN-BAHAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN DAN NILAI DALAM
ADAT ROMBAK DAPUR

BAB 5: PERANAN BIDAN DALAM PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN


5.1 Pengurusan Uri
5.2 Penjagaan Ibu dalam Adat Rombak Dapur
5.3 Kesan Adat Rombak Dapur dari aspek kesihatan umum
BAB 6: KESIMPULAN
6.1 Perkembangan Semasa Adat Rombak Dapur
2
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU

KATA PENGARANG

Masyarakat Melayu sememangnya kaya dengan ilmu


perubatan tradisional dan telah diamalkan sejak ratusan atau
mungkin ribuan tahun yang lampau. Ilmu tersebut diwarisi daripada
satu generasi ke satu generasi yang lain. Walaubagaimanpun, dengan perubahan zaman yang
semakin maju, ilmu tradisi ini semakin sepi dalam kalangan generasi baru. Seperti yang kita
sedia maklum, Malaysia mempunyai khazanah yang sangat kaya dari segi perubatan tradisi yang
merangkumi warisan Melayu, Cina, India, dan masyarakat pribumi Melayu. Sumbangan yang
diberikan dalam bidang perubatan wanita selepas bersalin amat banyak dan harus dilindungi.

Buku ini adalah salah satu usaha sama dari beberapa institusi, iaitu Institusi Pendidikan Tinggi
(UMT), Institusi Keseniaan (JKKN Terengganu)-? dan Insititusi Bukan Kerajaan (Persatuan
Sejarah Terengganu)-apa peranan JKKNT? Perlu diperjelaskan penulisan ini adalah sebenarnya
programpenyelidikan JKKNT yang dibantu oleh UMT. Susunan keutamaan haruslah betul. yang
memfokuskan kepada pendokumentasian salah satu adat selepas bersalin-ada adat lain selain
Adat Rombak Dapur? di Terengganu, iaitu Adat Rombak Dapur. Buku ini menceritakan tentang
pengalaman bidan-adakah ini fokus penyelidikan dan penulisan manuskrip ini? yang
berkecimpung dalam rombak dapur atau adat pelepas selepas bersalin yang dahulunya
diamalkan oleh wanita-wanita di Pantai Timur, terutamanya Terengganu. Perbidanan Melayu
merupakan satu daripada bidang penjagaan kesihatan tradisional yang mempunyai potensi untuk
diterokai dan dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengintegrasikan


perubatan tradisional yang sesuai ke dalam sistem penjagaan kesihatan negara, maka usaha-
usaha seperti mendokumentasi adat dan budaya masyarakat Malaysia amat wajar diselidik
dengan lebih mendalam supaya tidak hilang dek arus kemodenan dunia. Menerusi penyelidikan
dan kolaborasi diantara penyelidik dan institusi -institusi yang berkaitan, diharapkan ilmu tradisi
Melayu ini dapat diketengahkan dengan bukti-bukti yang lebih kukuh dan saintifik. Semoga ilmu
perbidanan Melayu akan terus dimartabatkan dan buku ini menjadi bahan rujukan dan panduan
kepada para pembaca. -tumpukan kepada keperluan penyelidikan Adat Rombak Dapur dalam
aspek kebudayaan kerana ini adalah penyelidikan kebudayaan bukannya perubatan oleh KKM.

Sekian
Noorfathehah Binti Abdullah Sani
Universiti Malaysia Terengganu

Madzlan Bin Abet


Universiti Malaysia Terengganu

3
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
 Berdasarkan garis panduan tiada kata pengarang. Hanya ada satu kata pengantar
ketua pengarah dan prakata sahaja.
KATA PENGARANG

Syukur saya kepada Allah s.w.t Yang Maha Baik kerana dengan izinNya dapat
saya melengkapkan sebahagian daripada bab Adat Rombak Dapur dengan
menjelaskan tentang proses, fungsi, alatan dan nilai dalam adat rombak dapur.
Timbulnya idea untuk mmemperkenalkan semula adat rombak dapur ini tercetus apabila saya
sebagai pegawai projek pada ketika itu sekitar tahun 2016 melelaui Program Merakyatkan Seni
Budaya telah memilih Adat Rombak Dapur sebagai adat yang akan diketengahkan untuk
program tersebut. Melalui program itu saya diperkenalkan dengan seorang bidan yang masih
mengamalkan adat rombak dapur pada ketika itu iaitu Puan Minah Jusoh atau lebih dikenali
sebagai Cik Ngoh Nah. Menurut Cik Ngoh Nah adat rombak dapur kini jarang sekali
dilakukakan kerana kebanyakan ibu-ibu moden yang bersalin tidak lagi berdiang atau
menggunakan salaian untuk memanaskan badan. Ini kerana syarat utama untuk melakukan adat
rombak dapur ialah seseorang ibu bersalin perlu berdiang dan mengamalkan pantang sepanjang
tempoh berpantang. Banyak pengalaman yang diceritakan oleh Cik Ngah Nah berkaitan adat
rombak dapur ini sepanjang 34 tahun beliau berbidan. Dikesempatan program ini juga beliau
sempat menunjukkan proses adat rombak dapur dan cara-cara menganyam pelepas daripada daun
kelapa.
Adat rombak dapur kini masih diperkatakan oleh masyarakat setempat namun adat ini jarang
sekali dilaksanakan kini kerana cara hidup yang lebih moden dengan perkembangan teknologi
dalam bidang klinikal menjadi faktor utama adat ini kian dilupakan. Selain itu, kepakaran bidan
untuk menguruskan adat ini juga sudah berkurangan. Melihat kepada kian luputnya adat ini
dalam masyarakat kini, inisiatif diambil untuk mendokumentasikan adat rombak dapur dengan
lebih terperinci dengan harapan agar adat ini dapat diteruskan dan menjadi sumber rujukan
kepada genarasi akan datang.
Terima kasih saya ucapkan kepada Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JKKN, Tuan Haji
Mohd Yusof Abdullah serta Encik Mohd Zamri Mohd Din daripada Persatuan Sejarah Malaysia
Cawangan Terengganu di atas bantuan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan manuskrip ini.
Kepada keluarga tercinta ayahnda Abdullah Ali, bonda Rokiah Mohammad, suami tercinta Noor
Ariffin Noor Rashid dan anak-anak tersayang sokongan padu daripada kalian dalam usaha saya
menyiapkan penulisan ini amatlah dihargai dan tiada kata yang dapat diungkapkan selain
daripada syukur kepada Allah s.w.t kerana dianugerahkan kalian dalam hidup saya. Tiada daya
upaya saya membalas segala jasa kalian selain hanya Allah yang dapat membalasnya.
Sekian.
Budaya Melambangkan Bangsa.

Umi binti Abdullah


Penolong Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Terengganu
 Prakata hanya ada satu halaman. Tidak perlu diasingkan bagi setiap penulis. Sila
gabungkan
4
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU

PRAKATA -lihat terma yang bebenar

Usaha Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara-akronim melalui Cawangan


Penyelidikan dan Pembagunan mengumpul hasil kajian daripada seluruh negeri merupakan salah
satu aktiviti penyelidikan dan pengumpulan data seni untuk dijadikan kandungan inventori Seni
Budaya JKKN bagi tujuan rujukan oleh penyelidik, pelajar dan pengamal seni budaya. Hasil
penyelidkan ini juga akan diterbitkan dan dikongsi maklumatnya dalam bentuk digital bagi
memudahkan pencarian maklumat oleh mereka yang berkenaan-nyatakan siapa.
Adat Rombak Dapur : Satu Pengenalan merupakan salah satu hasil penyelidikan daripada
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian, Terengganu-akronim dengan kerjasama Persatuan Sejarah
Malaysia Cawangan Terengganu yang menjelaskan secara terperinci berkaitan proses dan fungsi
adat ini. Penyelidikan seperti ini sedikit sebanyak menzahirkan pendekatan mengangkat disiplin
ilmu melalui metodologi yang kukuh. Jelas bahawa unsur-unsur adat dan budaya yang
dibawakan ini muncul daripada pengalaman dan interaksi adat budaya oleh pengamalnya berjaya
diterjemahkan dalam penerbitan manuskrip ini.
Besar harapan kami agar usaha mendokumentasikan kesenian lisan ini dapat memberikan
manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia dalam usaha memberi menyalurkan pengetahuan yang
lebih mendalam berkaitan adat resam dan seterusnya dapat diamalkan semula oleh generasi akan
datang. Sekalung penghargaan kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu
dan Persatuan Sejarah Cawangan Terengganu kerana penyelidikan adat resam sebegini mampu
mengangkat kembali adat resam bangsa yang telah lama ditinggalkan dek kerana kemajuan dan
kemodenan taraf hidup kini. Semoga usaha kecil dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
“Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah”
Sekian.

Haji Mesran Haji Yusof


Ketua Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

5
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
BAB 1: PENDAHULUAN

1.0 Tujuan Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian multidisiplin berkenaan pengetahuan tradisional yang
merangkumi aspek sains sosial dan sains hayat. Pengetahuan tradisional suku kaum
Melayu yang dikaji ialah cara rawatan dan penjagaan ibu selepas bersalin mengikut Adat
Rombak Dapur Terengganu. Ini termasuk pendokumentasian proses, amalan, kaedah dan
nilai-nilai murni yang ada dalam Adat Rombak Dapur ini.

Menurut World Intellectual Property Organization (WIPO), pengetahuan tradisional


adalah pengetahuan, kemahiran serta amalan lama yang telah dibangunkan oleh
masyarakat peribumi atau tempatan dan pengetahuan, kemahiran serta amalan ini
diwariskan daripada satu generasi ke satu generasi dalam sesebuah masyarakat
seterusnya menjadi sebahagian daripada identiti budaya atau spiritual (World Intellectual
Property, 2015).

Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada berbilang bangsa.
Terdapat tidak kurang daripada 45 kaum atau bangsa seperti Melayu, Cina, India, Orang
Asli, Iban dan Kadazan (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020). Setiap kaum ini kaya
dengan pengetahuan tradisional tersendiri yang telah diamalkan berkurun lamanya.
Sebahagian daripada pengetahuan tradisional diturunkan melalui cerita, lagenda,
dongeng, ritual, pantang larang dan lagu. (World Intellectual Property, 2015) telah
mendefinisikan perubatan tradisional sebagai himpunan pengetahuan, kemahiran serta
amalan-amalan berdasarkan teori, kepercayaan dan pengalaman yang berasal dari budaya
yang berbeza, sama ada dijelaskan atau tidak, yang digunakan untuk mengekalkan
kesihatan serta untuk tujuan pencegahan, mendiagnosis, pemulihan atau merawat
penyakit fizikal dan mental.

 Boleh dinyatakan juga gelaran/nama pengamalan adat selepas bersalin oleh kaum-kaum
di Malaysia dan persamaan/perbezaan yang wujud.
Di dalam kajian ini, kajian terhadap adat dan budaya, kepercayaan, amalan tradisional
yang diamalkan oleh kaum Melayu dalam menjaga dan merawat wanita khusus selepas
bersalin telah dilakukan mengikut adat yang dinamakan Adat Rombak Dapur
Terengganu.

6
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU

2.0 Permasalahan Kajian

Rawatan dan penjagaan tradisional Melayu untuk ibu-ibu selepas bersalin merupakan
suatu usaha holistik yang terdiri dari beberapa set amalan, penggunaan herba sebagai
ubatan serta doa dan mantera. Rawatan ini diberikan oleh seorang wanita yang dikenali
sebagai bidan yang memulakan penjagaan daripada hari pertama selepas ibu melahirkan
anak sehinggalah selepas tamat tempoh berpantang iaitu dalam tempoh selama 44 hari.

Melihat kepada kesan pembangunan yang memberikan impak kepada sosiobudaya


tempatan, amalan-amalan ini dikhuatiri semakin dipinggirkan (Ibrahim, 2006).
Sebahagian amalan lama yang berbentuk pemujaan dan amalan-amalan rohani sudah
tidak lagi diamalkan oleh bangsa Melayu kerana dikhuatiri menjejaskan akidah mereka
sebagai orang Islam (Adnan & Othman, 2012). Amalan-amalan yang kian jarang
diamalkan akhirnya boleh menjadi pupus dan tentu sekali akan merugikan bangsa
Melayu. – tiada kesinambungan penulisan antara perenggan di atas dan perenggan
seterusnya. Tidak pasti tujuan menggunakan petikan oleh pengkaji lain. Penulisan yang
tidak konsisten,

Adat resam menjadi salah satu elemen penting dalam pengurusan hidup kerana melalui
adat resam dipercayai dapat menjadikan hidup lebih teratur dan tersusun. Adat Rombak
Dapur merupakan salah satu adat yang diwarisi daripada masyarakat Melayu tradisional
dan masih diamalkan oleh sebahagian masyarakat Pantai Timur, iaitu di Negeri Kelantan
dan Terengganu. Adat ini dilakukan dengan tujuan untuk melepaskan ikatan formal
antara bidan dengan dan ibu bersalin yang berlaku sepanjang tempoh berpantang. Pada
kebiasaannya, ibu bersalin akan melalui tempoh berpantang selama 40 atau 44 hari. Pada
hari ke-41 atau ke-45 selepas berakhir tempoh berpantang, adat Rombak Dapur-
selaraskan ejaan kata nama khas dilakukan antara kedua-dua belah pihak sebagai isyarat
bahawa mereka tidak lagi terikat antara satu sama lain. Selain itu, melalui Adat Rombak
Dapur bidan dan ibu bersalin telah dilepaskan daripada ikatan berpantang dan ditawarkan
daripada segala ancaman jahat serta bebas melakukan aktiviti harian (Aishah@Eshah
Mohamed, Abd. Aziz Bidin, 2012).

7
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
Namun begitu, kemungkinan sejajar dengan peredaran zaman, adat Rombak Dapur kian
suram dan jarang dilakukan oleh ibu-ibu selepas bersalin atas beberapa faktor seperti
ketiadaan ruang yang sesuai, kekangan masa dan sokongan, kekurangan bidan yang
berpengalaman dalam melaksanakan adat Rombak Dapur dan lain-lain lagi. Oleh yang
demikian, jika tiada usaha atau tindakan yang lebih proaktif dalam memelihara adat
Rombak Dapur ini, ia dikhuatiri akan pupus ditelan zaman. Dengan adanya kajian-kajian
pendokumentasian seperti ini diharapkan dapat membantu dalam memelihara adat
budaya Kaum Melayu agar segar dan kekal relevan untuk generasi akan datang.

3.0 Objektif Kajian


Objektif kajian Adat Rombak Dapur ini adalah untuk mendokumentasi amalan penjagaan
ibu selepas bersalin dari kacamata nilai dan kepercayaan Adat Rombak Dapur selain
mengumpul maklumat tentang warisan budaya Malaysia yang semakin pupus dek arus
kemodenan teknologi semasa.

4.0 Kaedah Kajian


Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah lapangan, iaitu melibatkan
temu bual dengan informan. Informan terdiri daripada empat orang bidan dan enam orang
ibu bersalin. Empat orang bidan yang dipilih ini merupakan pengamal kesihatan
tradisional yang berpengalaman melaksanakan adat Rombak Dapur, iaitu Ngah Othman
75 tahun, Minah Jusoh 68 tahun, C W Noor Saidi Cik Wan Ab Rahman 62 tahun dan
Rosnah Zaman 50 tahun. Manakala, enam ibu bersalin pula ialah Fatimah Yusof 73
tahun, Zainab Mohd Nor 62 tahun, Ramlah Latif 58 tahun, Zuhaiza Shamsudin 37 tahun,
Norzaimah Zaruman 33 tahun dan Nur Syahira Alias 28 tahun. Kesemua informan
tersebut tinggal di sekitar daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Dungun.

Pengkaji telah menjalankan temu bual di rumah informan dan mengambil masa lebih
kurang satu jam setiap seorang. Soalan temu bual dibahagi kepada dua iaitu soalan
kepada ibu yang menjalani proses rombak dapur dan bidan yang menguruskan adat
rombak dapur. Soalan kepada ibu lebih menjurus kepada maklumat peribadi seperti
nama, umur, jumlah anak, pekerjaan. Soalan berkaitan kajian pula menceritakan
pengalaman ibu menjalani proses berpantang dan Adat Rombak Dapur. Manakala soalan
kepada bidan selain daripada soalan untuk mendapatkan data peribadi, soalan juga

8
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
menjurus kepada pengalaman berbidan dan bagaimana proses Rombak Dapur
dilaksanakan. Bidan juga ditanya berkaitan fungsi pantang dalam tempoh berpantang.

Kaedah temu bual adalah kaedah yang paling berkesan digunakan untuk mendapatkan
data secara mendalam berkaitan Adat Rombak Dapur. Temu bual di buat di rumah
informan dan mengambil masa lebih kurang satu jam bagi setiap informan. Data di rekod
dengan menggunakan perakam suara, kaedah catatan dan setiap data diurus secara
tematik.

Kajian lapangan dilakukan mengikut kesesuaian data yang diperolehi menerusi temu bual
dengan salah seorang informan iaitu Minah Jusoh atau dikenali sebagai Cik Ngah telah
berpengalaman berbidan selama 34 tahun dalam menguruskan ibu bersalin dan
mengamalkan Adat Rombak Dapur. Antara informan lain yang membantu melengkapkan
kajian ini ialah Rosnah Zaman, Ngah Othman, Mohd Yusof Abdullah, C W Noorsaidi
Che Wan AB Rahman dan beberapa informan lain. Kajian ini juga menggunakan kaedah
rujukan bahan bacaan melalui atas talian dan kajian lepas.

5.0 Kepentingan Kajian


Kajian Adat Rombak Dapur Terengganu ini penting bagi memastikan ilmu pengetahuan
warisan budaya Melayu, khususnya dapat diteruskan agar generasi akan datang dapat
merasai, menjiwai, dan menghargai amalan-amalan Rombak Dapur. Melalui kajian ini
juga, rawatan dan penjagaan tradisional Melayu bagi ibu selepas bersalin bukan sahaja
dapat diperkenalkan kepada orang Melayu itu sendiri, malahan kepada bangsa lain di
Malaysia dan serata dunia. Seiringan dengan kemajuan yang berlaku, perubatan
tradisional Melayu dapat diketengahkan dan seterusnya dapat membuktikan bahawa
bangsa Melayu sebenarnya kaya dengan ilmu yang tersimpan dalam pelbagai bentuk
pendokumentasian.

Hasil dapatan kajian ini juga boleh dikembangkan dengan kerjasama agensi-agensi lain
yang berkepentingan untuk tujuan pendidikan, penyelidikan, dan industri. Kajian ini juga
boleh dijadikan sebagai asas panduan dalam ilmu perbidanan tradisional Melayu bagi
langkah pengukuhan dan penambahbaikan di masa depan.

9
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU

BAB DUA

PENGENALAN KEPADA ADAT DAN BUDAYA MASYARAKAT MELAYU

Adat bermaksud tatacara atau perlakuan yang dilakukan sejak turun temurun atau boleh
difahami sebagai suatu kebiasaan yang kekal diamalkan dari generasi ke generasi yang
berikutnya. Adat mempunyai ikatan dan pengaruh yang kuat dalam sesebuah masyarakat.
Namun begitu, ianya bergantung kepada sejauh mana adat tersebut diamalkan dan
berkekalan. Kebiasaan adat atau peraturan masyarakat, terutama masyarakat Melayu
tidak ditulis dan ianya diajar oleh orang yang lebih tua dalam sesebuah keluarga.

Manakala budaya pula membawa maksud satu cara kehidupan dan ia juga boleh
didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh sekumpulan masyarakat
meliputi sistem sosial, susunan organisasi politik, ekonomi, agama, kepercayaan, adat
resam, sikap dan nilai. Menurut Ibnu Khaldun, budaya merujuk kepada kebiasaan cara
hidup. Manusia mempunyai daya intelek dan pemikiran yang dapat memahami antara
satu sama lain.

 Nyatakan rujukan takrifan adat dan budaya.


 Walaupun takrifan dinyatakan secara ringkas, tiada perbincangan lanjut berkaitan ruang
lingkup adat dan budaya itu sendiri.

Walaupun adat ditakrifkan sebagai suatu kelaziman yang diamalkan, namun adat dalam
aspek kehidupan masyarakat Melayu boleh dipecahkan kepada empat bahagian. Iaitu
yang pertama adat yang sebenarnya adat, ia yang bermaksud adat yang bersifat tabie, atau
fitrah kejadian manusia seperti contoh adat kepada api ialah bersifat panas dan ais pula
pada adatnya bersifat sejuk. Adat yang kedua adalah adat yang teradat, iaitu prinsip
utama yang dijadikan teras kewujudan seperti contoh adat perpatih. Manakala maksud
adat yang ketiga ialah adat yang diadatkan, iaitu memberi maksud kebiasaan manusia
untuk mengatur kehidupan mereka dalam sesuatu upacara seperti adat membayar nazar,

10
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
adat merenjis tepung tawar, adat memuja semangat padi dan lain-lain lagi. Maksud adat
yang keempat pula adat istiadat, iaitu peraturan yang ditetapkan khusus untuk sesuatu
acara atau upacara seperti upacara pertabalan Sultan dan lain-lain lagi. Setelah diteliti,
maka adat budaya menyambut kelahiran bayi-ini cerita tentang Adat Rombak Dapur atau
adat kelahiran bayi? boleh dikategorikan sebagai adat yang diadatkan.

Secara umumnya, masyarakat Melayu terkenal dengan adat dan budaya yang membentuk
pemikiran dan mempengaruhi kehidupan sosial dan harmoni. Ianya wujud dan
berkembang mengikut keperluan masyakarat dan agama. Walaupun ada adat budaya
yang dikekalkan, namun kedatangan Islam ke tanah Melayu telah banyak mengubah dan
menjadikan sesuatu adat dan budaya itu tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Peranan
ulama’ dahulu amat besar dalam memastikan adat dan budaya ditambah baik dari asa ke
semasa tanpa meninggalkan budaya yang menjadi akar kepada kehidupan masyarakat
yang harmoni dan unik.

Adat Rombak Dapur Terengganu

Adat rombak dapur merupakan salah satu adat dalam kalangan orang Melayu yang masih
diamalkan oleh segelintir masyarakat pantai Timur di Terengganu dan Kelantan. Adat
Rombak Dapur merupakan upacara yang dilakukan oleh ibu bersalin pada hari ke-41 atau
hari ke-45 selepas tamat tempoh berpantang. Kajian ini dilakukan untuk menghuraikan
proses adat rombak dapur dan fungsinya kepada masyarakat pada masa ini. Proses adat
rombak dapur merangkumi tiga peringkat iaitu upacara pembersihan diri, pembersihan
dapur dan alatan yang digunakan ketika berpantang, dan ucap lafaz halal menghalal
antara ibu bersalin dengan dan bidan sebagai tanda melepaskan ikatan. serta Ia
merupakan satu upacara simbolik antara ibu bersalin dengan dan bidan yang menandakan
bahawa ikatan kerjasama antara mereka sepanjang tempoh berpantang sudahpun tamat.
Ini juga bermakna ibu tersebut sudah tidak terikat dengan adat berpantang dan bebas
daripada segala ancaman jahat serta boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Pada zaman dahulu, wanita yang berdiang-jelaskan maksud berdiang dan apa kaitan
dengan bedian? mesti melakukan upacara rombak dapur yang dilakukan oleh bidan untuk
menandakan mereka sudah bebas daripada pantang larang semasa dalam pantang. Walau
bagaimanapun, adat rombak dapur kurang dilakukan pada masa ini kerana bukan semua
ibu bersalin mahu melakukan bedian (Aishah@Eshah Mohamed, Abd. Aziz Bidin, 2012).

11
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
– penulisan yang melompat-lompat dan tidak konsisten. Ini boleh menggangu
pembacaan.

Norazimah Zakaria, Mazarul Hasan Mohamad Hanapi (2020) memetik Kajian berkaitan
tentang pantang larang juga telah dilakukan oleh Ani Omar. Ani Omar (2014) dalam
kajiannya mengenai “Pantang Larang Dalam Kalangan Orang Melayu: Analisis Dari
Perspektif Teori SPB4K” dalam Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu telah mengupas
pantang larang masyarakat Melayu sama ada ianya masih relevan untuk digunakan atau
tidak pada zaman kini. Pantang larang merupakan disiplin lisan yang diamalkan oleh
masyarakat Melayu tradisional. -fokuskan kepada kupasan perbincangan dalam topik ini
sahaja. Tidak perlu masukkan hujah yang tidak relevan.

Walaupun kian terhakis ditelan zaman namun pantang larang masih diamalkan dalam
kalangan masyarakat Melayu walaupun bilangannya sedikit. Kajian ini lebih
memfokuskan mengenai pantang larang masyarakat Melayu berpandukan aspek
pemikiran kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan dan kekreatifan. Pengkaji telah meneliti
dua aspek pantang larang yang berkaitan dengan isu kekeluargaan, sosial dan moral.
Selain itu, pengkaji pantang larang yang termasuk dalam isu kekeluargaan melibatkan
golongan isteri, ibu yang hamil, suami dan bapa. -fokus kepada penulisan buku bukan
tesis atau laporan.

Daripada kajian literatur tentang pantang larang, adalah didapati larangan-larangan


diberikan kepada masyarakat sebenarnya lebih kepada adalah alat untuk mendidik-
jelaskan siapa agar untuk sentiasa menjaga tingkah laku supaya tidak menyinggung
perasaan mana-mana pihak. Selain itu, pantang larang yang dibuat adalah bagi
membentuk institusi masyarakat yang sopan dan menjaga tatasusila Norazimah Zakaria,
Mazarul Hasan Mohamad Hanapi (2020). – hujahan tanpa penjelasan yang konkrit.
Masukkan perbincangan yang lebih mendalam.

Samrah Ag. Damit, Ros Aiza Mohd Mokhtar1 & Abd Hakim Mohad2 (2018) memetik
Norazit Selat, (1989) Adat merupakan suatu bentuk tingkahlaku dan cara manusia
berfikir yang telah wujud dan diamalkan sebegitu lama sehingga dianggap sebagai satu
tradisi. Hal ini termasuklah cara hidup sehari-hari dan pola-pola budaya yang jelas dilihat
melalui kekerapan amalannya . Berdasarkan definisi tersebut, maka bolehlah difahami
bahawa adat merupakan satu warisan turun-temurun sesuatu kaum, yang mana
pengamalannya mencakupi semua aspek kehidupan sesebuah masyarakat.

12
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
Seperti amalan berpantang wanita selepas bersalin yang lain, adat rombak dapur ini juga
menekankan aspek-aspek seperti banyak mengamalkan pengamalan mandi teresak,
bedian, berurut and bertungku, pantang dari segi makanan dan hubungan seks, berehat,
bebekum dan mengambil ubat-ubat panas-mengelirukan. Adakah ubat itu sifatnya panas
apabila dipegang atau ia memberikan rasa alami yang panas? agar supaya dapat
memaksimumkan kesihatan dalaman semasa tempoh berpantang. – tiada penerangan
yang jelas.

Semasa dalam pantang, wanita dibenarkan untuk merawat, menyucikan dan memulihkan
tubuh. Kebanyakan budaya mengakui kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh
wanita ekoran daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu diperbetulkan, dijaga
dan dicegah supaya tubuh mereka kembali kepada keadaan asal. Tubuh wanita yang baru
selepas bersalin berada dalam keadaan kotor, lemah (baik dari segi semangat atau tenaga)
dan sejuk, peranakan kembang, terbuka dan luka, darah kotor tidak keluar habis dan
unsur tubuh tak seimbang yang memudahkan mereka terdedah kepada gangguan
makhluk ghaib dan penyakit (Cheung, 1997; Rouhier-Willoughby, 2003; Rice, 2000;
Wilson, 1970; Liamputtong et al., 2005; Laderman, 1979; Manderson, 1986).

Pengaplikasian pantang larang dalam kehidupan bermasyarakat mampu melahirkan


sebuah masyarakat yang menerapkan nilai-nilai baik dalam kehidupan seharian. Pantang
larang yang diwujudkan juga berfungsi sebagai alat kawalan sosial. Hal ini demikian
kerana pelanggaran terhadap pantang larang yang ditetapkan dianggap sebagai tidak
mengendahkan pesanan orang tua-tua dan dianggap tidak menghormati mereka. Perkara
ini secara tidak langsungnya mendorong kepada pembentukan sebuah masyarakat yang
harmoni dan sejahtera. Penciptaan pantang larang sudah semestinya menjadi salah satu
alat pendidikan yang membentuk masyarakat yang berbudi. Pantang larang dianggap
sebagai “social sanction” yang bertujuan untuk mengawal pergerakan dan tindakan
masyarakat. Boleh dikatakan bahawa seluruh kehidupan masyarakat termasuklah aktiviti
sosial, ekonomi, kematian dan mengandung mempunyai pantang larang yang tersendiri.

Hal ini telah mewujudkan penyataan pengingkaran terhadap pantang larang akan
menyebabkan orang yang melanggarnya ditimpa malapetaka atau terkena penyakit yang
sukar sembuh. Pantang larang diamalkan dalam segala kegiatan dan peringkat kehidupan
adalah bertujuan untuk mengelak daripada termakan sumpah atau terkena makhluk halus.

Justeru, setiap pantang larang yang berasaskan keturunan, penyakit dan peringkat hidup
mestilah dipatuhi. Pantang larang dicipta oleh orang tua-tua atas tujuan untuk mendidik

13
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
masyarakat agar menerapkan nilai baik dalam kehidupan. Unsur pengajaran telah
diterapkan secara tersurat dan tersirat dalam pantang larang masyarakat Melayu. Pantang
larang masih diamalkan walaupun ianya semakin terhakis di telan arus kemodenan.
Masyarakat zaman dahulu selalu mengingatkan anak cucu mereka agar sentiasa
mematuhi pantang larang. Melanggar pantang larang dianggap sebagai tidak
mengendahkan pesanan orang tua (Ani Omar, 2014). -tiada perkaitan yang jelas dengan
Adat Rombak. Dapur. Perlu dijelaskan pantang larang Adat Rombak Dapur itu sebenar.
Hujah ini lebih sesuai diletakkan di bahagian pengenalan kerana banyak pernyataan
umum tanpa pembuktian yang jelas. Oleh sebab itu, bagi adat rombak dapur, membina
hubungan baik diantara ibu selepas bersalin dengan bidan sangat ditekankan agar
perasaan hormat-menghormati dapat dikekalkan.

14
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU

Proses Adat Rombak Dapur


i. gambar hendaklah dinomborkan, iberi kapsyen yang sesuai dan sumber dapatan tersebut, secara
berasingan.
ii. susunan gambar tidak menjelaskan proses kerana tiada susunan yang jelas. Elakkan watermark dalam
gambar

BAB TIGA

15
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
AMALAN DAN PROSES BERPANTANG ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
Dalam mana-mana adat berpantang, pasti mempunyai proses bagaimana adat itu
dilaksanakan dan menurut kebanyakkan pengamal perubatan tradisional Melayu, setiap
proses itu mempunyai maksud atau kebaikan terhadap ibu-ibu yang melalui proses
berpantang. Amalan berpantang ini dikatakan sebagai satu proses penyembuhan yang
menyeluruh, iaitu emosi dan fizikal si ibu setelah bertarung nyawa melahirkan zuriat.

Telah menjadi kebiasaan dalam mana-mana adat berpantang, di Pada peringkat awal
selepas kelahiran untuk amalan berurut dilakukan bagi memberikan kelegaan, ketenangan
dan berupaya menghilangkan rasa letih serta sengal di badan si ibu. Bidan Rohani (2021)
mengatakan bahawa di awal selepas bersalin, urutan lembut cukup sekadar dibahagian
badan tertentu iaitu payudara, tangan dan bahagian belakang supaya ibu-ibu ‘tidak
terkejut’ jika urutan terus dilakukan dengan kuat.

Berurut
Berurut tTelah menjadi amalan ibu-ibu selepas bersalin untuk yang melalui beberapa
proses pemulihan badan, terutamanya bahagian dalam badan ibu-ibu. Ini kerana
kehamilan menukar corak hidup seorang wanita menjadi seorang ibu yang diserahkan
tanggung jawab penuh dugaan. Satu daripada dugaan itu ialah melalui proses melahirkan.
Kesakitan dan taruhan emosi sewaktu bersalin amatlah ngeri untuk dikenang,
sebagaimana pepatah lama ‘seperti telur dihujung tanduk’. Keseluruhan emosi dan
jasmani dipertaruhkan, seumpama bertarung nyawa. Oleh yang demikian, penjagaan ibu-
ibu selepas melahirkan anak adalah penting bagi mengembalikan semangat, tenaga,
emosi dan fizikal ibu-ibu supaya kembali stabil.

Seperti mana kaedah berpantang di negeri-negeri lain, adat rombak dapur juga bermula
dimulai dengan rawatan urutan tradisional. Terdapat banyak bukti sejarah yang
menunjukkan bahawa urutan merupakan salah satu rawatan perubatan yang terawal
dipraktikkan dan rawatan ini dilaksanakan oleh pakar-pakar urut (Zamani, 2001. Proses
mengurut tidak boleh diambil ringan kaedahnya kerana jika tersalah teknik akan
menambahkan kemudaratan dan kesakitan badan si ibu. Bidan urut yang mahir selalunya
ada mengenakan syarat pembuka langkah urutan yang berlainan antara satu sama lain.-
ayat ini mempunyai dua cerita yang berbeza. Asingkan ayat supaya lebih mudah
difahami. Keberkesanan urutan tradisional tradisional terbukti dapat menenangkan emosi,
meringankan tubuh badan yang terasa lesu serta berat, dan melegakan bias otot serta

16
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
sendi-sendi badan. –perlu diterangkan syarat pembuka langkah urutan tersebut. Jelaskan
bagaimana urutan itu dapat menenangkan emosi?

Menurut bidan yang di temubual tentang proses berurut untuk adat rombak dapur,
selalunya mana-mana bidan akan memulakan proses mengurut dengan mengesan
denyutan nadi di bahagian hulu hati. Jelas bidan itu lagi, denyutan yang perlahan serta
tidak bermaya menunjukkan ibu berkeadaan agak lemah disebabkan beberapa faktor,
contohnya aliran darah yang kurang baik atau gangguan angin merian-jelaskan. Urutan
utama bagi ibu-bu selepas bersalin ialah urutan urat belikat. Di dalam ilmu perbidanan
Melayu, urat belikat ialah urat besar yang melibatkan jalinan urat di pinggang, jaluran
tulang belakang, sayap tangan hingga ke lengan serta tangan, leher dan tengkuk, mata
dan kepala, bahu, dada hingga ke payudara (Anisah, 2007). Urutan Urat belikat adalah
rawatan urutan yang pertama perlu dilakukan pada awal-awal tempoh selepas bersalin.
Ini kerana, menurut kepercayaan bidan-bidan Melayu, urutan ini dapat menghindarkan
penyakit angin meroyan dan melegakan kesan tegang urat, iaitu keadaan seluruh badan
terasa seram sejuk, seperti hendak demam, manakala tengkuk terasa berat (Azilah,
2013).-lebih menarik disertakan gambar urat belikat supaya lebih jelas.

Kepercayaan para bidan Melayu juga berpendapat jika sekiranya ibu-ibu selepas bersalin
tidak melalui proses berurut mungkin akan menyebabkan demam urat dan ibu akan
berada dalam keadaan kurang selesa serta kemurungan. Oleh yang demikian,
kepercayaan dalam ilmu perbidanan Melayu memberikan penekanan dalam proses urutan
bagi memastikan emosi ibu-ibu selepas bersalin kembali tenang dan stabil sebelum
meneruskan proses berpantang yang seterusnya.

Urutan seperti ini dilakukan selama dua (2) minggu dan diteruskan sehingga 44 hari atau
jika mahu, boleh diteruskan selama 50 hari dengan urutan regangan atau senaman ringan.
Bidan yang di temubual memaklumkan terdapat pelbagai aturcara teknik urutan atau
kaedah yang diamalkan mengikut kebiasaan di sesebuah daerah atau kampung.-nyatakan
kaedah yang pelbagai Apa yang penting bagi seorang bidan apabila diamanahkan untuk
menjaga ibu selepas bersalin ialah urutan itu dapat mengelakkan daripada sakit-sakit otot,
sendi serta urat saraf contohnya di pinggang, tulang belakang, lutut, betis dan tumit.

 Perlu diterangkan teknik urutan dan disertakan dengan gambar yang bersesuaian.
 Perlu diterangkan waktu terbaik berurut dan kenapa?
 Penjelasan/huraian yang tidak mendalam.

Berdiang
17
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
Pada zaman dahulu, amalan berdiang dalam kalangan ibu-ibu selepas bersalin amatlah
penting, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kampung. Selain berurut, proses
berdiang juga dikatakan penting dan dimestikan bagi mengelakkan-nyatakan siapa sakit
pinggang, bisa urat saraf, melegakan otot-otot badan serta mempercepatkan pengecutan
rahim. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berdiang bermaksud berada berdekatan
api / unggun api untuk memanaskan badan. Berdiang atau ‘Salai’ dikatakan mampu
mengembalikan tenaga dan memulihkan lenguh pada bahagian saraf tubuh badan
manusia dan bagi ibu-ibu selepas bersalin,. rawatan ini mampu membantu ibu-ibu
sentiasa berseri, memiliki tubuh yang mantap dan langsing serta kuat ototnya (Bariyah,
2016).

Dalam kaedah berdiang atau bersalai ini, ibu bersalin perlu berbaring mengiring di atas
pangkin atau batang buluh yang dibuat sebagai kerusi panjang, dan bara ini diletakkan
dibawah pangkin atau batang buluh tersebut. Menurut bidan yang di temubual, rawatan
ini selalunya dilaksanakan seawal waktu Subuh. Ini dipercayai bahawa waktu selepas
Subuh memandangkan ia adalah waktu yang baik waktu itu kerana tubuh badan manusia
akan berada pada tahap suhu yang tinggi. Selain itu, bidan yang ditemubual itu
memaklumkan bahawa semasa berdiang, ibu-ibu bersalin tidak dibenarkan mengambil
minuman selain air rebusan halia dengan jumlah yang terhad selain mengikut selang
waktu yang ditetapkan bidan. Proses berdiang ini dikatakan sangat digalakkan sepanjang
tempoh berpantang atau 30- 40 hari sebelum penutup proses atau ‘pelepas’ iaitu rombak
dapur. Ini simbolik yang bermaksud bahawa ibu-ibu selepas bersalin telah bebas daripada
segala amalan pantang larang selama 44 hari.

 Perlu diterangkan kenapa ibu hanya boleh minum air rebusan halia sahaja.
 Perlu disertakan gambar berdiang dan proses sebelum berdiang, ketika berdiang dan
selepas berdiang.
 Nyatakan bagaimana kaedah berdiang boleh menyebabkan ibu berseri-seri?
 Jelaskan proses berdiang dari awal hingga akhir.

Mandian Ibu Bersalin

Sebagaimana kepercayaan orang dulu-dulu tentang proses berpantang, adat rombak dapur
juga menekankan tentang kepentingan mandian ibu bersalin dalam memastikan ibu
mendapat kesegaran badan dan emosi yang baik setelah bertarung nyawa melahirkan
anak. Mandian bersalin mesti dilaksanakan sebagai satu ‘pakej’ penting selain dikatakan
18
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
sebagai rawatan perubatan menurut petua Melayu. Keadaan ibu selepas bersalin
selalunya dikaitkan dengan anasir-anasir negatif seperti perasaan gementar, tekanan jiwa,
rimas, risau, lemah semangat dan apa yang paling membimbangkan ialah ibu mengalami
tekanan jiwa serta berhalusinasi. Oleh yang demikian, kepercayaan nenek moyang kita
terdahulu berpendapat bahawa keadaan ibu yang sedemikian menyebabkan ibu mereka
lebih terdedah kepada gangguan makhluk halus. Menurut bidan yang di temubual, beliau
juga mengatakan bahawa mandian ibu selepas bersalin sangat harus dilaksanakan kerana
jika dibiarkan berlarutan, ia menyebabkan ibu-ibu mengalami meroyan, susah tidur,
murung, suka bersendirian, mudah terperanjat dan akan semakin pelupa (Bidan Rohani,
2021). Menurut Bidan Rohani juga, mandian ibu bersalin perlu ditekankan sebagai antara
syarat-syarat utama semasa berpantang, dan dilaksanakan mengikut turutan selepas
berurut, bertuam, dan bertungku.

Dalam istilah berpantang mengikut dunia masyarakat Melayu, mandian ibu bersalin ini
dipanggil sebagai mandian serum atau mandian dedaun. Mandian ini dilaksanakan
dengan pelbagai cara menggunakan bermacam jenis ramuan dan dedaun yang dipercayai
mempunyai khasiat yang tersendiri kepada ibu-ibu selepas bersalin. Menurut Bidan
Rohani antara dedaun yang digunapakai untuk mandian serum ialah lengkuas, mengkudu,
daun teraper, daun pulih, daun serai wangi, daun semerong, daun balik angin, daun
pandan, daun pucuk jambu batu dan daun kemuning. Sebagai contoh, serai wangi yang
sangat sinonim dengan perawatan tradisional Melayu termasuk berpantang yang
dipercayai dapat meleraikan dan mengeluarkan toksin yang menjadi penyebab angin
meroyan, penyakit sembab dan bisa otot selain mengatasi masalah pengeluaran dan aliran
susu ibu (Anisah, 2007). Objektif utama mandian serum atau mandian herba ini adalah
sebagai terapi ketenangan bagi memulihkan emosi ibu-ibu selepas bersalin selain
dipercayai menghilangkan bau busuk pada tubuh wanita ekoran daripada pengeluaran
darah kotor dalam tubuh.

 Nyatakan proses campuran dedaun dan penyediaannya.


 Nyatakan bagaimana mandi ini dilakukan, berapa lama/tempoh.
 Gambar perlu disertakan.

Rawatan Mandian

Mandi daun bertujuan untuk membersihkan tubuh, menyegarkan dan menghilangkan bau
badan (Jamal Ahsani, Zaid Yateem, Rahim Muslan, 2006). Bagi ibu lepas bersalin,
mereka akan mandi menggunakan air rebusan tumbuhan ubatan tertentu yang
19
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
mempunyai bau yang wangi serta dipercayai mempunyai kuasa magis yang boleh ditakuti
oleh hantu (Mohamed & Bidin, 2012). Antara herba-herba yang digunakan sebagai
ramuan air mandian ialah jerangau (Acorus calamus L.), limau nipis (Citrus aurantifolia
(Christm. Swingle), daun jambu batu (Psidium guajava L.) dan daun pandan (Pandanus
amaryllifolius Roxb.). Air mandian akan direbus dengan tumbuhan-tumbuhan ubatan.
Kemudian, air tersebut dicampurkan dengan air sejuk sebelum mandi.

Terdapat pelbagai cara bagaimana seorang bidan memandikan ibu-ibu selepas bersalin
ini. Menurut Bidan yang ditemu-bual, selalunya bidan-bidan yang mahir akan
menyediakan air rebusan mandian yang mengandungi dedaun serta herba yang dipilih
untuk mandian ibu. Lazimnya, bidan akan menyiram badan dari paras leher ke bawah-
nyatakan sahaja. Terdapat pendapat daripada pengamal rawatan tradisional Melayu
mengatakan bahawa pemilihan bahan-bahan rebusan air mandian ini harus mengikut
kiraan ganjil, iaitu 3,5,7 dan 9 jenis sahaja (Azidah, 2006). -kenapa?

Antara bahan-bahan yang mudah didapati ialah daun halia, daun serai wangi, daun
lengkuas, daun pandan, daun inai, daun sirih, dan daun kunyit. Selain daun-daun ini yang
mudah didapati, terdapat beberapa daun lain yang turut digunakan, iaitu daun lempoyang,
sirih limau, kaduk hutan, kacip fatimah, cekur, kunyit hitam, keduduk, asam gelugor dan
halba. Bahan-bahan ini dikatakan memberikan aroma yang sangat wangi apabila direbus
bersama dedaun yang lain dan mampu memberikan kesegar-bugaran kepada ibu-ibu
selepas bersalin.

 Apakah berbezaan antara mandian ibu bersalin dengan rawatan mandian?


 Perlu dimasukkan semua gambar berkaitan.

Bertangas

Bertangas juga merupakan salah satu rawatan yang sangat digalakkan bagi ibu-ibu
selepas bersalin dengan bertujuan mengeluarkan darah cair atau darah yang berwarna
kehijauan dan dikatakan berbau sangat busuk. Rawatan bertangas ini dibahagikan kepada
dua;

Tangas Kering – menggunakan batu sungai yang dipanaskan selama satu jam di atas api
kecil dan diletakkan serbuk tangas diperbuat daripada herba terpilih. Asapnya inilah yang
akan menghangatkan bahagian sulit wanita. Tangas kering ini dianggap lebih ringkas dan
tidak terlalu merimaskan bagi yang tak tahan panas. Tangas kering menggunakan ramuan

20
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
duri semalu bagi membantu mempercepatkan keluaran sisa toksik dan merawat luka-luka
dalaman selepas bersalin (Anisah, 2007).

Tangas Basah – menggunakan air panas yang dididih bersama daun herba terpilih.
Wapnya dirasai seolah-olah sedang bersauna.

Mengikut kefahaman ilmu perbidanan Melayu, rawatan bertangas ini sesuai dipraktikkan
pada hari ke-40 dalam pantang bersalin. Lazimnya bertangas diteruskan oleh ibu bersalin
hingga hari ke 100. Walaubagaimanapun, ia terpulang kepada keselesaan dan penerimaan
ibu. Semasa rawatan bertangas, ibu-ibu selepas bersalin dinasihatkan melakukan senaman
pada otot rahim. Difahamkan oleh pakar senaman tradisional Melayu-nyatakan siapa,
senaman tersebut dilaksanakan dengan atur cara tarikan nafas dari bahagian ari-ari, naik
ke dada dan kemutkan lubang vagina seperti menahan kencing.- senaman kagel?

Senaman ini membolehkan wap herba disedut masuk ke saluran faraj dan membantu
pergerakan otot-oto dalaman selain memperkemas kesihatan serta kedudukan rahim.
Pengamal rawatan tradisional Melayu percaya dengan rawatan tangas ini akan
mengembalikan kesihatan faraj akan kembali menjadi normal, iaitu kuncup, mencerut
dan mengecil.

 Terangkan maksud tangas.


 Masukkan gambar tangas kering dan tangas basah.
 Nyatakan daun herba terpilih.
 Suhu bertangas yang bersesuaian.
 Bila dan tempoh bertangas.
 Masukkan gambar senaman tersebut.

Berbengkung

Amalan memakai bengkung masih lagi dilakukan oleh kebanyakan wanita Melayu
selepas bersalin kerana dipercayai mampu menyokong otot-otot perut dan mengendurkan
otot-otot dibahagian punggung akibat kehamilan. Amalan ini juga dikatakan memberi
keselesaan kepada wanita selepas bersalin untuk tampil ramping seperti sebelum
melahirkan anak. Menurut pengamal-pengamal rawatan tradisional Melayu tentang
amalan berbengkung dalam kalangan wanita selepas bersalin bahawa terdapat pelbagai
faedah mengamalkan adat berbengkung ini, diantaranya adalah:

a. Menyokong otot perut yang menggelebeh selepas bersalin.

21
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
b. Membantu mengecutkan rahim dan organ peranakan dengan lebih cepat ke
kedudukan asal.
c. Membantu mengembalikan bentuk badan agar lebih baik dan kelihatan langsing
d. Memantapkan otot-otot perut dan payudara agar tidak kendur
e. Membantu memecahkan lemak dan selulit
f. Membantu mendapatkan perut yang kempis dan cantik (tidak boroi terutama ibu yang
bersalin secara pembedahan (cesarean)
g. Membantu mempercepatkan keluar darah kotor
h. Membantu melegakan sakit belakang.

Dalam Adat Rombak Dapur juga menitik beratkan tentang kepentingan berbengkung.
Menurut bidan-siapa yang di temubual, beliau memberitahu bahawa setiap kali beliau
menjaga mana-mana ibu selepas bersalin, amalan berbengkung pasti menjadi antara
keutamaan dalam memastikan ibu-ibu kekal sihat dan cantik walaupun selepas
melahirkan anak. Menurut beliau lagi, bagi ibu-ibu yang bersalin normal, pemakaian
bengkung tidak seharusnya dilewat-lewatkan kerana dikhuatiri bahagian tisu dan otot
akan mengembang dan menyebabkan kembung perut atau sakit pinggang terutamanya
semasa menyusukan anak.

Berbengkung atau barut perut selalunya dipakai selepas hari kelima, iaitu selesai lawas
‘darah bantal’ sehinggalah habis berpantang selama 44 hari. Menurut Bidan Rohani
(2021), perlunya menunggu untuk keluar sepenuhnya darah bantal darah bantal keluar
sepenuhnya sebelum meneruskan kepada berbengkung bagi memastikan ibu-ibu selesa,
badan terasa ringan, dan bersedia untuk proses berpantang yang seterusnya.

Menurut Bidan Rohani (2021), tidak dinafikan bahawa berbengkung boleh dikatakan
agak rumit dan melecehkan,. selain Ia mengambil masa yang terlalu panjang lama untuk
dipakai, terutamanya bagi ibu-ibu yang pertama kali melahirkan anak.
Walaubagaimanapun, barut perut selalunya dilakukan pada malam hari untuk beberapa
hari, selalunya dalam jumlah angka ganjil (tiga, lima, tujuh), tetapi seelok-eloknya
sepanjang masa berpantang. Tambah beliau lagi, kain barut atau kain bengkung yang
diguna pakai memainkan peranan penting dalam memastikan ibu-ibu selesa selama
berbengkung. Jenis kain belacu adalah diantara jenis yang terbaik kerana kualiti
kekemasan ikatan dalam ‘mendakap’ tubuh dan membantu memperbaiki postur badan
ibu-ibu selepas bersalin selain tidak panas semasa dipakai.

 Masukkan gambar bengkung.

22
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
 Tunjukkan proses pemakaian bengkung
 Kaitkan juga keperluan berbengkung kepada ibu bersalin ceasarean
 Kenapa malam sahaja?
 Apa yang dimaksudkan dengan darah bantal. Nyatakan ciri-cirnya.

Bertuam dan Bertungku

Bertungku juga adalah salah satu proses yang selalu dilakukan dalam pengurusan ibu
semasa berpantang. Dalam ilmu perbidanan Melayu, rawatan bertuam dan bertungku ini
dipercayai membantu dalam melembutkan urat saraf yang tegang. Pengamal rawatan
tradisional Melayu berpendapat bahawa bertungku dan bertuam membantu dalam proses
pengecutan rahim serta mengeluarkan darah bantal (Karimi, 2015).

Untuk proses bertuam, selalunya dilakukan selepas dua minggu pertama bersalin. dimana
bidan akan menyediakan bahan utama bertuam seperti batu sungai (bersaiz sederhana)
atau batu tanah liat. Batu-batu ini dikatakan sesuai untuk proses bertuam kerana
kebolehannya menyerap panas dan haba api dengan baik (Rozita, 2016). Batu-batu ini
dibakar sehingga betul-betul panas dan dibalut dersama ramuan herba yang terpilih
seperti halia, jintan hitam, dan halba. Menurut (Anisah, 2007), kaedah ini dikenali
sebagai ‘ tuaman dua batu’ yang bermaksud menggunakan batu secara silih ganti apabila
salah satu batu tuaman itu sejuk.-tidak jelas bahagian mana diterangkan bertuam
menggunakan dua batu. Perlu diperjelaskan.

 Masukkan gambar batu sungai dan batu tanah liat untuk menunjukkan perbezaan.

Proses bertuam haruslah dilaksanakan secara lembut kerana pada tahap ini, bidan Melayu
percaya bahawa peranakan atau rahim masih lagi lemah dan tidak boleh dikasari seperti
dicungkil, atau ditekan (Karimi, 2015). Tuaman itu adalah untuk membantu mengecutkan
dan mengeluarkan darah bantal serta angin toksik sahaja.

Kaedah tuaman bergantung kepada bidan, namun selalunya bidan akan menyapu minyak
urut dibahagian perut si ibu serta bahagian yang perlu dituam, contohnya ari-ari, pangkal
peha, cawan paha, lutut, betis, serta tapak kaki. Kedudukan ibu pula harus dalam posisi
mengiring untuk tuaman bahagian belakang iaitu pinggang dan pinggul (urat sum),
celahan peha, betis, pelipat lutut serta tapak kaki. Bidan-bidan Melayu percaya bahagian-
bahagian ini menempatkan urat saraf yang banyak ‘berkorban’ semasa proses kelahiran.
Tuaman dibahagian sekeliling perut serta ari-ari dilakukan dalam tempoh dua minggu
pertama.

23
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
 Masukkan gambar tuaman dilakukan.
 Tunjukkan proses atau peringkat tuaman dilakukan iaitu bermula dari mana hingga ke
mana. Nyatakan sebab.

Setelah proses tuaman dilakukan selama dua minggu, proses seterusnya ialah bertungku,
iaitu semasa minggu ketiga pantang-minggu ketiga atau minggu kelima? Kerana tuaman
dibuat selepas 2 minggu bersalin dan ambil masa 2 minggu, rujuk perenggan di atas.
bersalin sehinggalah tamat tempoh 44 hari. Ilmu perbidanan Melayu percaya bahawa
sebelum hari ke-45, kaedah seperti menekan atau mencungkil peranakan dan mengurut /
mengasak bahagian ari-ari adalah dilarang. Kebanyakkan bidan Melayu percaya bahawa
jika larangan ini terus dibuat dilanggar, ia menyebabkan peranakan tidak balik kembali
ke tempat asal. Natijahnya ialah mulut peranakan tidak berada di kedudukan asal iaitu
menghadap saluran faraj ataupun terpusing ke belakang. Ia memberi kesan kepada
kesukaran si ibu untuk hamil atau mengalami keguguran. Oleh sebab itulah rawatan
bertungku dan bertuam ini mesti dilaksanakan oleh pakar perbidanan Melayu.
Walaubagaimanapun, pada zaman yang semakin moden ini dan kekurangan untuk
mendapatkan khidmat bidan bertauliah, ibu-ibu selepas bersalin dinasihatkan
menggunakan barut atau bengkung sebagai rawatan utama demi bagi mengelakkan
sebarang risiko yang boleh merosakkan kesihatan dalaman wanita.

Proses bertungku adalah lebih kurang sama dengan bertuam,. cuma Perbezaannya
menggunakan batu yang digunakan ialah batu tungku atau besi tungku berbentuk bujur
dan beratnya antara 2 sehingga 4 kilogram. Tungku tersebut dibakar sehingga panas dan
diletakkan ke di atas herba terpilih yang dialas dengan kain atau tuala. Fungsi herba
terpilih dikatakan sebagai ubat untuk melembutkan urat saraf, urat peranak serta otot dan
sendi.

 Masukkan gambar tungku


 Nyatakan dan masukkan gambar herba terpilih.
 Jelaskan maksud panas-tempoh membakar berapa lama?

Bidan-bidan Melayu percaya bahawa selepas menjalani rawatan selama sebulan, apabila
tungku besi boleh ‘tenggelam’ atau dibenamkan ke bahagian-bahagian yang ditungku,
iaitu hulu hati, perut, ari-ari serta peranakan, ibu bersalin akan terasa berat tungku besi itu
sampai ke tulang belakang. Ini membawa maksud bahawa rahim sudah mengecut dan
berada di kedudukan asal dengan baik serta ibu akan terasa segar dan sihat di seluruh
badan.
24
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
 Masukkan gambar tungku besi dah tenggelam

Bidan menasihatkan ibu bersalin supaya sentiasa memanaskan badan dengan sentiasa
berada di atas salaian
25
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
Gambar?
Kapsyen?
Sumber?
 Saiz gambar hendaklah dikecilkan. Seeloknya 2-4 gambar dalam satu muka surat.

BAB EMPAT

PROSES, FUNGSI, PERALATAN DAN NILAI ADAT ROMBAK DAPUR

Wanita yang berdiang dan telah habis tempoh berpantang selama 40 hari atau 44 hari
mesti melakukan adat rombak dapur atau pelepas atau penutup pantang pada hari yang
ke-45. Adat ini akan dilakukan oleh bidan wanita yang mempunyai ilmu pengetahuan
dalam bidang perawatan dan penjagaan tradisional ibu bersalin. Ia merangkumi amalan,
penggunaan herba sebagai ubatan serta doa dan mantera. Amalan perbidanan merupakan
juzuk penting dalam budaya hidup bangsa Melayu yang sedia memberikan perkhidmatan
kepada masyarakat. Pada asasnya, bidan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam
masyarakat selain dikasihi dan dipandang sebagai “doktor pakar” dalam hal penjagaan
ibu dan bayi. Bidan merupakan pakar t dalam hal penjagaan kesihatan dan pencegahan
sebarang keuzuran seseorang wanita dari peringkat awal wanita itu mengandung
sehinggalah selepas bersalin. Pengetahuan khusus tentang perkara ini diistilahkan sebagai
“ilmu perbidanan”. Pelbagai upacara, amalan dan pantang larangnya memperlihatkan
kehalusan akal budi (Anisah, 2007). Adat Rombak Dapur merupakan simbolik kepada
pelepasan ikatan antara bidan dengan dan ibu bersalin, serta membebaskan ibu tersebut
daripada segala pantang larang sepanjang tempoh bersalin.

Hubungan antara bidan dengan ibu bersalin bermula daripada penjagaan hari pertama
selepas ibu melahirkan anak sehingga tamat tempoh berpantang, iaitu selama 44 hari.
Bidan bertanggungjawap menguruskan ibu tersebut sepanjang tempoh berpantang, iaitu
bermula daripada menyambut kelahiran, mengurus, membersihkan uri, penjagaan bayi,
berurut, bertungku, bertangas dan membarut perut (berbengkung). Sepanjang tempoh
penjagaan dan rawatan, wujud ikatan pantang larang antara bidan dengan ibu bersalin.
Semasa berpantang, penjagaan ibu bersalin perlu dilakukan dengan betul dan teratur agar
tidak mengalami masalah kesihatan, terutamanya yang melibatkan perut, payu dara dan
sistem peranakan. Dengan melalui proses adat Rombak Dapur, masalah tersebut dapat
diatasi sekali gus dapat memastikan tahap kesihatan ibu berada dalam keadaan yang baik.

26
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
Adat Rombak Dapur diadakan untuk memutuskan ikatan hubungan antara bidan dengan
ibu bersalin selepas melalui proses berpantang mengikut tempoh tertentu. Ia melibatkan
tiga proses, iaitu upacara pembersihan diri, pembersihan peralatan, dan ucapan lafaz halal
menghalalkan dan penyataan terima kasih

*dinyatakan pengamalan adat ini juga melibatkan doa dan mantera. Nyatakan doa dan
mantera serta waktunya.

4.1 Proses Adat Rombak Dapur

Proses pertama ialah upacara pembersihan diri. Pembersihan diri bermaksud


membersihkan ibu dan bayi daripada gangguan anasir jahat sepanjang tempoh
berpantang. Bidan akan memandikan ibu dan bayi dengan menggunakan air tepung tawar
yang dicampur bersama perahan limau nipis atau limau purut yang dilakukan pada hari
ke-45, iaitu hari penutup pantang. Proses pertama ini melibatkan lima langkah seperti
yang berikut:

Langkah Satu:

1. Bidan hadir ke rumah ibu bersalin untuk melakukan upacara rombak dapur.
Upacara ini dilakukan oleh bidan di rumah ibu bersalin seawal jam 7.30 pagi. Bidan akan
menyediakan bahan yang diperlukan dan diletakkan di atas dulang untuk upacara
pembersihan diri. Bahan tersebut ialah tepung beras yang juga dikenali sebagai ‘tepung
tawar’. Tepung beras ini dipanggil tepung tawar kerana ia telah dijampi atau didoakan
dengan tujuan untuk menawarkan segala penyakit yang ada pada ibu semasa tempoh
berpantang. Bahan seterusnya ialah sebaldi air, limau nipis atau limau purut, pucuk
kelapa atau daun kelapa yang dianyam berbentuk riben dipanggil pelepas dan benang
mentah. Benang mentah biasanya digunakan dalam istiadat orang Melayu untuk majlis
keraian dan perubatan. Fizikal benang mentah ini merupakan benang kapas yang belum
diproses dan tanpa pewarna. Benang ini biasanya dibeli oleh bidan dalam satu lingkar
gelungan besar kerana orang Melayu percaya bahawa lingkar gelungan besar
melambangkan keadaan urat saraf yang mesti dijaga.

 Masukkan gambar setiap bahan. Ikut susunan yang sebenar.

Langkah Dua:

27
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
2. Bidan menjampi semua bahan yang disediakan dan membaca ayat al-Quran
seperti surah al-Fatihah, an-Nas, al-Falaq, ayat Kursi dan zikir Nabi Yunus serta doa
yang berkaitan untuk memohon kepada Allah SWT agar ibu yang selesai berpantang
diberikan kesihatan yang berpanjangan.

 Masukkan gambar bidan sedang menjampi dan bacaan jampi.

Langkah Tiga:

3. Bahan-? Diasingkan mengikut keperluan. Sedikit tepung beras akan dimasukkan


ke dalam sebaldi air dan dicampur bersama perahan limau nipis atau limau purut. Air
campuran ini dipanggil air tepung tawar-pengulangan. Air tepung tawar ini kemudian
diasingkan kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian untuk digunakan oleh ibu dan bayi
sebagai air mandian, manakala satu bahagian lagi digunakan untuk membersihkan
peralatan seperti tempat berdiang/salaian dan tungku sepanjang tempoh berpantang.
Bidan akan memulakan jirusan pertama air mandian untuk ibu dan bayi, manakala jirusan
seterusnya akan dilakukan oleh ibu sehingga selesai.

 Masukkan gambar proses tersebut.


Langkah Empat:

4. Bidan akan mengurut seluruh badan ibu bersalin untuk mematikan peranakan
(memastikan peranakan atau rahim kecut dengan sempurna). Sepanjang proses ini
dilakukan, bidan akan memastikan ibu bersalin bebas daripada gangguan anasir jahat.
Jika Sekiranya terdapat gangguan, bidan akan meminta tuan rumah untuk menambah
bahan untuk upacara pembersihan diri. Antara bahan tambahan tersebut ialah merupakan
air daun bidara yang ditumbuk atau dimesin dan ditapis serta diambil airnya kemudian
dicampur bersama dengan ke dalam air tepung tawar yang digunakan untuk memandikan
ibu. sekiranya terdapat sebarang gangguan anasir jahat.

 Masukkan gambar daun bidara dan air daun bidara.


 Nyatakan jika ada sukatan tertentu
Langkah Lima:

5. Bidan akan menjalankan upacara pelepas sebaik sahaja proses berurut selesai
dilakukan. Upacara pelepas merupakan simbolik menandakan tempoh berpantang telah
28
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
berakhir. Sesetengah pengamal percaya bahawa upacara pelepas bertujuan untuk
menjauhkan ibu daripada ‘angin meroyan’ dan mengelakkan gangguan makhluk halus,
serta perkara buruk (Malaysia, 2017)-pengulangan. Bahan yang digunakan untuk upacara
pelepas ialah pucuk kelapa atau daun kelapa yang telah siap dianyam dan benang mentah.
Pucuk kelapa atau daun kelapa yang telah dianyam dalam bentuk riben akan ditarik oleh
bidan di atas kepala ibu beserta dengan doa dan jampi. Seterusnya, bidan akan
memasukkan-perkataan ini mengelirukan. Mungkin ada perkataan lain yang lebih sesuai.
benang mentah bermula dari atas kepala ibu melalui badan dan membawa benang
tersebut turun ke kaki seterusnya mengeluarkannya daripada badan ibu dengan cara ibu
melangkah keluar daripada benang tersebut. Apabila semua upacara ini selesai ibu perlu
mandi bersama-sama bayi dengan air campuran tepung tawar sebagai bilasan terakhir.

 Masukkan gambar proses tersebut.

Proses kedua ialah pembersihan peralatan. Bidan akan meminta suami dan beberapa ahli
keluarga daripada kalangan lelaki untuk mengangkat tempat berdiang atau dipanggil juga
salaian, tungku dan dapur ke luar rumah untuk dibersihkan dengan menggunakan air
tepung tawar. Upacara pembersihan peralatan ini dilakukan oleh bidan dengan
membuang segala abu yang berada di dalam dapur. Kemudian tempat salaian atau
berdiang dibersihkan dengan air biasa dan dibilas dengan air tepung tawar pada bilasan
terakhir. Suami kepada ibu bersalin turut diminta membantu bidan membersihkan
peralatan seperti dapur dan salaian tersebut. Tungku pula akan dibersihkan oleh bidan
dengan membasuh menggunakan perahan limau nipis atau limau purut, air biasa dan
dibilas dengan air tepung tawar diselangi dengan jampi. Alatan yang telah selesai dibasuh
kemudiannya dikeringkan di luar rumah dan boleh digunakan kembali oleh sesiapa
sahaja. Menurut bidan, tungku batu perlu dikeringkan di luar rumah selama tujuh hari
tanpa terkena air hujan. Ini kerana apabila tungku batu berada di luar rumah selama
tempoh tersebut, tungku ini akan tahan lebih lama dan lambat menyejuk apabila
digunakan semula. Bidan tradisional yang betul-betul mahir dalam ilmu perbidanan
melayu sangat prihatin dalam upacara penutup pantang kerana mempercayai segala
rawatan yang dilakukan, termasuklah bertungku ada ‘semangatnya’. Setiap rawatan
tradisional ada syarat pembukaanya dan ada pula syarat penutupnya (Anisah, 2007).

 Masukkan gambar semua proses tersebut.


 Nyatakan berapa kali bilasan
 Nyatakan dan masukkan jampi yang dibaca

29
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU

Proses ketiga dalam adat rombak dapur ialah ucapan lafaz halal menghalalkan dan
penyataan terima kasih atas perkhidmatan yang telah diberikan oleh bidan. Ibu bersalin,
bidan dan ahli keluarga akan duduk berkumpul di suatu ruang biasanya di ruang tamu
rumah. Bidan akan meminta ibu bersalin menghalalkan segala kekurangannya sepanjang
beliau memberikan perkhidmatan. Ibu bersalin juga akan meminta bidan menghalalkan
segala kekurangannya sepanjang tempoh berpantang dan juga minta dihalal bayaran upah
yang diberikan kepada bidan sama ada terlebih atau terkurang. Selain upah berbentuk
wang ringgit, bidan juga akan diberikan sehelai kain batik atau gula atau barang
keperluan lain yang bersesuaian. Pemberian ini merupakan penghargaan ibu bersalin
kepada bidan yang telah berkhidmat kepadanya sepanjang tempoh berpantang. Setelah
upacara rombak dapur

atau pelepas ini selesai, bermakna ikatan formal antara ibu dengan bidan sudah berakhir.
Mereka telah dilepaskan daripada ikatan berpantang dan telah ditawarkan daripada segala
ancaman atau angin jahat. Kebiasaannya, bayi perempuan akan disunatkan oleh bidan
apabila upacara halal menghalal antara bidan dan ibu bersalin selesai dijalankan.

Lafaz penghargaan terima kasih diantara bidan dan ibu bersalin-


adakah ini gambar asal atau telah diedit?

Gambar?
30
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
Kapsyen?
Sumber?

 Masukkan gambar proses dilakukan


 Masukkan gambar barang-barang yang diberikan
 Masukkan contoh ayat halal menghalal yang digunakan oleh ibu bersalin dan bidan.
 Gambar di atas tidak menggambarkan kapsyen yang dinyatakan.

4.2 Fungsi Adat Rombak Dapur

Setiap proses atau upacara adat Rombak Dapur mempunyai fungsi atau falsafahnya yang
tersendiri. Proses pembersihan diri berfungsi untuk mengelakkan ibu bersalin daripada
mendapat penyakit seperti meroyan dan lemah urat saraf. Dalam hubungan ini, air tepung
tawar (campuran air tepung beras dengan limau nipis atau limau purut) yang dibacakan
dengan ayat suci al-Quran dan doa merupakan simbolik bagi menawarkan segala
penyakit yang terdapat dalam badan si ibu, iaitu dikeluarkan melalui proses pembersihan
diri. Amalan dan kepercayaan masyarakat Melayu tradisional ini selari dengan kaedah
rawatan Islam yang menggunakan air dan perahan limau nipis atau limau purut bagi
mengubati penyakit alami dan campuran air ini juga dipercayai boleh mengembalikan
kesegaran badan.

Kedua-dua proses mematuhi pantang larang sepanjang tempoh berpantang dan


pembersihan diri menjadikan ibu lebih bersedia untuk menjalani rutin harian dengan
kehadiran anggota baru dalam keluarga dan lebih yakin untuk memberi layanan kepada
suami seperti mana sebelum bersalin.

Upacara pelepas semasa proses pembersihan diri pula dipercayai dapat mengelakkan ibu
bersalin daripada gangguan jahat. Selepas melahirkan bayi, rahim wanita akan
mengeluarkan darah kotor yang dikenali sebagai nifas dalam tempoh tertentu. Hal ini
menyebabkan ibu tersebut tidak boleh bersolat dan membaca al-Quran seperti biasa.
Dalam keadaan ‘kotor’ itu, ibu bersalin akan terdedah kepada gangguan makhluk halus,
anasir jahat dan rasukan yang boleh melemahkan semangat sekali gus menjejaskan
kesihatan ibu. Wanita Melayu tradisional Masyarakat Melayu percaya bahawa alam ini
bukan sahaja didiami oleh manusia tetapi juga oleh makhluk ghaib yang dipanggil hantu-
adakah makhluk ghaib hanya diertikan sebagai hantu?. Hantu yang dibela oleh manusia
mahupun yang hidup liar boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada wanita dengan
menjadikan unsur tubuh manusia seperti darah sebagai makanan, mengambil ‘semangat’,
merasuk atau mengganggu proses bersalin dan berpantang (Aishah@Eshah Haji

31
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
Mohamed, Abd. Aziz Hj. Bidin, 2012). Melalui upacara pelepas, bidan percaya bahawa
ibu bersalin dapat ditawarkan daripada gangguan jahat.

Falsafah lain yang dapat dilihat melalui upacara pelepas ini ialah anyaman pelepas dan
benang mentah yang digunakan adalah sebagai simbol menyatakan bahawa ibu ini telah
habis tempoh berpantang dan segala aktiviti sepanjang tempoh berpantang tidak akan
dilakukan lagi selepas upacara pelepas ini diadakan. Ini kerana setiap amalan yang
diamalkan selama 40 hari bertutut-turut akan menjadi rutin kehidupan selepas itu, .oleh
itu dengan adanya upacara pelepas ini memberi gambaran kepada ibu bersalin bahawa
rutin berpantang selama 40 hari atau 44 hari telah habis dan ibu perlu kembali melakukan
aktiviti mengurus rumah tangga dan melayan suami seperti sebelum bersalin.-
pengulangan maksud di perenggan atas.

Pelepas daripada benang mentah Pelepas daripada anyaman pucuk


kelapa

32
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU

Bidan menganyam Pelepas

 Masukkan maklumat penomboran gambar, kapsyen yang sesuai dan sumber.


 Letakkan gambar di bahagian yang sesuai dan bertepatan.

Adat Rombak Dapur juga berfungsi untuk meningkatkan tahap kesihatan ibu bersalin
supaya kekal sihat dan cergas. Ini jelas dilihat melalui proses berpantang dan
pembersihan diri dalam upacara adat rombak dapur. Pematuhan terhadap adat ini secara
tidak langsung dapat mendidik ibu bersalin supaya mengamalkan disiplin yang tinggi
sepanjang tempoh berpantang. Hal ini kerana syarat utama untuk mengadakan adat
rombak dapur ialah ibu bersalin mesti mengikuti segala pantang larang yang ditetapkan
oleh bidan sepanjang tempoh berpantang dan sentiasa memanaskan badan dengan berada
di atas salaian atau berdiang.

4.3 Peralatan Adat Rombak Dapur

Suatu ketika dahulu suami akan mencari kayu daripada batang pokok rambutan kemudian
dikeringkan dan dijadikan bahan bakar untuk berdiang sepanjang tempoh isteri
berpantang. Batang rambutan ini dipilih kerana semulajadi batang ini dapat mengekalkan
haba lebih lama dan isterinya boleh sahaja menyalai atau berdiang pada bila-bila masa.
Proses pemanasan badan dalam tempoh berpantang amat penting kerana menurut bidan
sekiranya badan cukup dipanaskan sama ada dengan bertungku, menyalai atau berdiang,
akan mempercepatkan proses pemulihan ibu bersalin.

Antara pantang larang lain yang perlu dipatuhi dalam tempoh ini ialah si ibu tidak boleh
melakukan kerja berat yang boleh memudaratkan kesihatan. Ibu juga tidak boleh dilarang
memakan makanan sejuk, berair atau berkuah, buah-buahan dan sayur sayuran menjalar
dan sejuk seperti sayur labu, kubis, kacang panjang, terung, cendawan, buah nangka,
nanas dan tembikai. Ibu selepas bersalin perlu sentiasa berada dalam keadaan ‘panas’.

33
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
Oleh itu pemilihan makanan sepanjang tempoh berpantang amat penting untuk
mengelakkan daripada bentan dan-ayat tergantung.

 Penghuraian pantang larang tetapi topik ialah peralatan. Boleh diterangkan


dalam topik khas pantang larang.
 Nyatakan kenapa tidak boleh ambil makanan terlarang.
 Jelaskan maksud bentan.

Selain itu, ibu juga perlu sentiasa berbengkung dan memakai alas kaki atau stoking untuk
mengelakkan daripada badan dimasuki angin dan mengelak daripada mendapat
kecederaan pada ibu jari kaki. Sekiranya ibu jari kaki ibu bersalin tercedera atau
terhantuk, ia akan membawa mudarat kepada peranakan ibu dan berkemungkinan berlaku
tumpah darah. Sepanjang tempoh berpantang, bidan akan memastikan ibu bersalin
melalui proses berurut, bertungku dan mandi serum. Mandi serum ialah air rebusan daun
(daun kunyit, daun lengkuas, daun pandan, daun serai wangi, daun kunyit hitam, daun
lebam, daun neng dan daun kunyit bola) yang dapat melancarkan perjalanan darah,
membuang toksik, mengeluarkan angin, mengurangkan rasa letih dan mengelakkan
tekanan. Ramuannya dipercayai dapat bertindak sebagai aromaterapi yang dapat
menenangkan jiwa ibu bersalin. Ramuan daun untuk mandi serum dikatakan tidak sama
bergantung kepada amalan di sesebuah negeri dan daerah. Mandi serum biasanya
dilakukan selama tiga hari dan dilakukan pada sebelah pagi. Apabila mandi serum selesai
dilakukan, ibu akan berdiang atau menyalai.-lebih sesuai diletakkan dalam topik
berdiang.

Aspek penjagaan diri bagi ibu bersalin semakin dipandang remeh oleh ramai wanita hari
ini, terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Tidak
dinafikan amalan tersebut agak rumit tetapi ia memberikan kesan kebaikan kepada
kesihatan pengamalnya dalam jangka masa yang panjang. Jika amalan berpantang tidak
dilakukan maka kemungkinan besar kesihatan ibu akan terjejas pada masa hadapan.
Kesan buruk tersebut mungkin tidak berlaku serta merta tetapi apabila usia semakin
meningkat, ibu tersebut akan mengalami lenguh badan, bisa urat, sakit sendi dan otot,
sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila hal ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin
dan lemah tenaga batin. Secara umum, wanita yang melahirkan anak berdepan dengan
risiko peranakan rendah atau rahim turun. Hal ini kerana otot pelvis akan merenggang
akibat peneranan yang kuat semasa proses melahirkan. Jika tidak dirawat daripada awal,
34
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
keadaan tersebut boleh menjadi penyebab kepada masalah kerap membuang air kecil atau
terkencing apabila batuk, ketawa atau bersin. Jika kelahiran berulang, otot faraj akan
menjadi semakin longgar hingga mengakibatkan prolaps atau ‘keluar tombong’. ‘Keluar
tombong’ merupakan istilah Melayu tradisional untuk keluluran rahim atau prolaps tahap
tiga (Anisah Barakbah, 2007).-kesan ketidakpatuhan. Boleh dibincangkan lebih
mendalam dalam topik berasingan: Pantang larang dan kesan ketidakpatuhan.

Ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa ibu yang bersalin normal dipantangkan
berjimak sehingga tempoh berpantang tamat. Dipercayai bahawa pada hari ke-44 pantang
bersalin, segala urat saraf peranakan kembali memperkemas kemantapannya dan berada
dalam proses penyembuhan peringkat terakhir. Pada ketika itu, ibu dilarang pergi ke
mana-mana dan perlu berehat. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kemalangan seperti
terseliuh kaki, tersepak ibu jari atau jatuh terduduk yang boleh menyebabkan keadaan
tersebut sukar dirawat. Ada ibu yang bersalin mengalami keadaan tempang atau lumpuh
kerana bentan urat sum, iaitu tersentap urat besar dibahagian pinggul. Ada juga yang
keluar tombong kerana terhentak punggung dengan kuat dan kejadian ini boleh
menyebabkan ibu tersebut menderita selama-lamanya. Kejadian ini bukanlah kisah
dongeng, tetapi telah banyak berlaku, terutama pada zaman ini. Oleh yang demikian, ibu
yang terlibat mesti mendapatkan rawatan awal daripada pakar urut perbidanan. Walaupun
dapat disembuhkan, kesannya ibu tersebut cepat laih dan dimakan tua sebelum usia.

Lazimnya hari yang ke-45 ialah hari kelepasan tempoh pantang ibu bersalin normal,
manakala hari ke-50 ialah bagi ibu yang bersalin secara pembedahan. Pada masa tersebut,
ibu boleh kembali melayani suami dengan mesra secara mana yang diingini.
Bagaimanapun, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa sebaik-baik hari kelepasan
pantang bagi ibu bersalin, sama ada normal atau pembedahan adalah pada hari yang ke
101 kerana dapat melambatkan proses penuaan dan memelihara tahap kesihatan (Anisah,
2007).

Ibu bersalin yang mematuhi semua pantang larang dalam adat Rombak Dapur dikaitkan
dengan disiplin diri yang tinggi untuk meningkatkan tahap kesihatan diri yang baik
secara dalaman mahupun luaran. Dalam hubungan ini, ibu bersalin perlu banyak bersabar
supaya dapat melalui cabaran berpantang dengan tenang dan gembira. Sebaik sahaja adat
ini selesai dilakukan, ibu akan berasa sihat dan bersedia untuk menguruskan rutin harian
seperti biasa. Ibu yang tidak menutup mengakhiri pantang larang dengan adat Rombak
Dapur didapati kurang berdisiplin dalam mematuhi pantang sepanjang tempoh
35
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
berpantang dan berkemungkinan untuk menghadapi mengalami sakit-sakit badan selepas
berpantang adalah lebih tinggi. Hakikatnya, proses berpantang yang sempurna bukan
sahaja dapat memulihkan kesihatan ibu tetapi juga dapat meningkatkan kebahagiaan
rumah tangga. Melalui adat Rombak Dapur, masyarakat dimaklumkan secara tidak
langsung bahawa ibu tersebut telah selesai menjalani tempoh berpantang dan boleh
melakukan aktiviti harian, sekali gus memudahkan urusan antara ibu dengan masyarakat
setempat. Misalnya, jika ada majlis kenduri maka ibu tersebut akan diundang untuk
menghadiri majlis meraikan pengantin, menikmati jamuan dan menyertai aktiviti yang
disediakan.

 Topik peralatan didapati tidak fokus kepada perbincangan sebenar kecuali pada
perenggan pertama tetapi secara ringkas dan tidak mendalam. Perenggan-
perenggan lain berkisarkan pantang larang dan kesan ketidakpatuhan pengamalan
adat tersebut. Mohon semak semula atau susun atur supaya lebih jelas.
 Elakkan pengulangan ayat atau maksud yang kerap kerana ia mengganggu
pembacaan.

4.4 Nilai Adat Rombak Dapur

Nilai saling hormat menghormati dan menghargai pertolongan diterjemahkan dalam


upacara ini melalui ucap lafaz terima kasih ibu kepada bidan dan bidan turut minta
memohon dihalalkan segala kekurangannya ketika menguruskan ibu sepanjang tempoh
berpantang. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan
masyarakat setempat dan mengelakkan pertelingkahan. Dengan kata lain, mereka dapat
menjalinkan kerjasama yang erat bagai, aur dengan tebing-tak perlu italic ke arah
kecemerlangan masyarakat.

36
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU

Daun untuk mandi serum/mandian herba

37
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU

Bidan menyiapkan air mandian daripada perahan limau nipis

38
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU

Proses memandikan ibu dan


membersihkan tungku serta
tempat salaian

 S
us
un

39
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
dan letak gambar di tempat yang sebenar berdasarkan
topik perbincangan.

BAB LIMA

PERANAN BIDAN DALAM PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN

Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagai pantang larang yang harus diikuti dalam
menguruskan penjagaan ibu selepas bersalin. Bermula daripada sebelum bersalin
sehinggalah selepas bersalin, terdapat tatacara yang perlu diikuti bagi mengelakkan
sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku terhadap ibu dan juga bayi yang
dilahirkan itu. Perkara ini telah menjadi amalan turun temurun dan diasimilasi dalam
kehidupan masyarakat sehingga ianya menjadi satu budaya setempat. Walau
bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) telah mewujudkan Akta
Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) (Akta 775) bagi mewajibkan
pengamal tradisional yang tidak mempunyai sijil tetapi mempunyai pengalaman
mengambil kursus wajib selama setahun bagi melayakkan mereka berdaftar sebagai
pengamal tradisional yang sah.-tidak relevan dalam perbincangan ini.

Dalam masyarakat Melayu, penjagaan sebelum dan selepas bersalin kerap dilakukan oleh
wanita-wanita dipercayai yang berupaya kemahiran menjaga kesihatan ibu-ibu sebelum
dan selepas bersalin. Bidan, Bidan Kampung atau ahli terapi Melayu tradisional, telah
memainkan peranan besar dalam memberikan penjagaan kesihatan kepada semua wanita
sejak 1950. Seorang Bidan Kampung adalah wanita yang telah ditugaskan menjaga
wanita lain sebelum, ketika dan selepas wanita tersebut bersalin. Pengetahuan, kemahiran
dan amalan-amalan bidan adalah berasaskan teori, kepercayaan dan pengalaman nenek
moyang mereka.

40
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
Hari ini, peranan Bidan Kampung telah digantikan oleh Bidan Moden, yang memberikan
penjagaan selepas bersalin dan tempoh pantang tradisional. Amalan-amalan tradisional
ini bertujuan mengembalikan fungsi-fungsi tubuh normal untuk organ-organ pembiakan,
meningkatkan kesejahteraan dan tenaga ibu-ibu, menggalakkan penyembuhan luka dan
kehilangan berat badan, dan memberikan manfaat-manfaat estetik dan kesihatan lain. –
apakah perbezaan peranan dan pengamalan oleh Bidan Kampung dan Bidan Moden?
Kenapa perlu diganti?

Seseorang bidan mengatur perjalanan wanita sepanjang tempoh kehamilan dan selepas
bersalin mereka. Dalam kebanyakan negara-negara Asia Tenggara, bidan diberikan
keutamaan dan status lebih tinggi untuk memastikan wanita disokong dengan kelembutan
dan kasih sayang ketika tempoh unik dalam kehidupan mereka ini.

Peranan seorang bidan tidak hanya tertumpu kepada penjagaan dan rawatan selepas
bersalin sahaja tetapi turutmelibatkan beberapa proses bermula daripada perancangan
kehamilan sehinggalahseorang wanita melahirkan anak (Jamal, et al., 2011). Seorang
bidan tidak hanya tertumpukepada satu tugas semata-mata kerana ia melibatkan banyak
tugas seperti yang dinyatakanoleh Chen (1975), yang menyenaraikan 15 tugas yang
pelbagai bagi seorang bidan kampung. Antara tugas-tugas yang disenaraikan oleh beliaua
adalah merangkumi proses merawat wanita sebelum dan selepas bersalin, merawat ibu,
memandikan bayi dan juga proses memotong uri. Bidan juga dilihat sebagai individu
yang bertanggungjawab dalam memberikan nasihat dalam bentuk petua dan juga
panduan melibatkan penjagaan diri dan juga amalan pemakanan (Ali & Howden-
Chapmen, 2007; Hishamshah et al., 2011).

 Perenggan ini gambaran perbincangan dengan mencampur aduk pandangan orang lain
tanpa penghuraian oleh penulis sendiri.
 Fokus kepada perbincangan peranan bidan. Pastikan susun atur perbincangan yang
sesuai dan berkesimbungan bagi menjamin pembacaan yang menarik.

Antara tugas dan peranan seorang bidan ialah dari aspek pengurusan uri:

A. Pengurusan Uri

Menurut adat resam tempatan-Melayu, Cina atau India?, uri ini dikatakan sebagai
“kembar” kepada bayi kerana ianya hidup selama sembilan bulan bersama bayi yang
dikandungkan itu. Bahkan ada yang beranggapan uri ini sebahagian dalam kehidupan
41
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
bayi dan perlu disempunakan dengan baik. Uri ini harus ditanam dengan sempurna
supaya tidak menjadi makanan kepada binatang buas.

Uri atau nama lainnya iala plasenta merupakan organ yang menghubungkan janin ke
dinding Rahim. Uri ini menyediakan bekalan nutrien dan oksigen kepada bayi yang
dikandungkan itu.

Menurut amalan kebiasaan-kemaskan ayat, pengurusan uri adalah seperti berikut:

i. Cuci uri secara bersih dan hilangkan darah yang masih melekat.

ii. Bilas uri tersebut dengan bersih sambal berselawat untu memastikan uri tersebut
bersih dan suci.

iii. Kemudian uri tersebut dicuci dengan garam kasar. Lumurkan seluruh uri tersebut
dengan garam gasar.

iv. Bersihkan dengan air bersih sekali lagi

v. Kemudian uri dibasuh atau direndam dengan air asam jawa. Tujuannya adalah
untuk membuang baun hanyir darah yang boleh menarik deria binatang buas
untuk menggali dan memakannya.

vi. Seterusnya, air limau diperahkan ke atas uri tersebut sehingga naik bau limau
untuk mengharumkan uri tersebut.

vii. Setelah semuanya selesai, uri tersebut akan dibalut dengan kain yang bersih dan
diletakkan di dalam plastik. Pastikan ikatan plastik diikat dengan sempurna

viii. Gali tanah sedalam yang mungkin untuk mengelakkan binatang buas dapat
menghidu dan menggali lubang tersebut.

ix. Timbuskan lubang tadi dengan tanah serta dimampatkan.

Pengurusan uri yang teratur sangat ditekankan dalam adat berpantang Melayu kerana
dipercayai jika tidak diurus dengan sempurna, akan mengakibatkan ibu meroyan atau
gangguan makhluk halus yang menyebabkan bayi meragam dan terkena sawan.

 Proses pengurusan uri perlu diterangkan dalam format berbeza. Tidak sesuai
menggunakan ayat arahan. Contoh lumurkan ganti kepada dilumurkan atau melumurkan
berdasarkan konteks ayat.

B. PENJAGAAN KESIHATAN IBU SELEPAS BERSALIN


42
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
Ilmu perbidanan dalam perubatan tradisional Melayu merangkumi penjagaan dan
perawatan wanita sebelum mengandung, sewaktu mengandung, semasa bersalin dan
selepas bersalin.-pengulangan yang kerap Penjagaan bayi baru lahir juga terkandung
dalam konsep perbidanan ini. Pengamal ilmu perbidanan dalam perubatan tradisional
Melayu biasanya dikenali sebagai tok bidan atau bidan kampung. Bidan kampung
(pengamal) juga berperanan untuk memberikan pendidikan kepada ibu-ibu selepas
bersalin mengenai penjagaan diri dan bayi.

Kaedah penerimaan ilmu perbidanan adalah berbeza-beza antara pengamal. Ada yang
diwarisi secara turun-temurun dan ada yang perbidanan melalui pembelajaran secara
berguru yang mana iaitu ilmu diturunkan daripada seorang ibu atau nenek kepada anak,
cucu atau saudara perempuan yang terpilih. Terdapat juga kaedah ilmu perbidanan yang
diturunkan secara ghaib iaitu melalui mimpi atau lebih dikenali sebagai ilmu Bidan
Tujuh. Individu yang terpilih untuk menerima ilmu secara ghaib biasanya akan bermimpi
seorang nenek tua yang mengajarnya cara-cara untuk menguruskan ibu bersalin. Individu
tersebut perlu menerima ilmu itu ketika di dalam mimpi. Keengganan menerima ilmu
tersebut dipercayai akan menyebabkan individu tersebut menghadapi gangguan kesihatan
sehinggalah beliau menerima ilmu itu. Di samping itu, ada juga pengamal yang
menerima pendidikan formal dalam bidang perbidanan melalui kursus-kursus jangka
pendek yang dijalankan oleh beberapa pihak di Malaysia (Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2017).-lebih sesuai diletakkan di perenggan pendahuluan bab ini.

Secara keseluruhannya, peranan bidan adalah sebagai ‘pengurus dan penasihat’ kesihatan
dalaman wanita selepas bersalin dengan memastikan ibu-ibu ini mengikut adat dan proses
berpantang dengan baik seperti berurut, bertungku, mandi teresak, bediang, menyalai,
upacara pelepas agar dapat mengembalikan tenaga yang telah banyak hilang semasa
melahirkan anak. Bidan juga harus memastikan emosi ibu stabil dalam proses adaptasi
dunia keibu-bapaan bersama anak yang baru dilahirkan bagi mengelakkan masalah
seperti meroyan, rengat, bentan, dan lain-lain.

 Tidak jelas peranan bidan. Penghuraian 15 tugas bidan juga tidak dilakukan.
 Sewajarnya topik ini perlu dihuraikan dengan lebih baik.
 Topik B pula seperti tiada fungsi.

43
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU

Bidan Bersama bahan untuk upacara rombak dapur

 Letak gambar di tempat yang sesuai.

44
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
BAB ENAM

KESIMPULAN

Penciptaan pantang larang secara keseluruhannya adalah bertujuan sebagai alat yang membentuk
masyarakat yang harmoni. Dalam konteks ini, pantang larang wujud sebagai alat pengawal sosial
bagi sesebuah masyarakat. Hal ini demikian kerana, kebanyakan pantang larang yang wujud
adalah bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Pantang larang juga
dipraktikkan bagi mebentuk masyarakat yang berdisiplin. Hal ini demikian kerana, pematuhan
terhadap pantang larang akan mewujudkan masyarakat yang mentaati arahan dan tegahan dari
orang yang lebih berpengalaman. Jika diteliti melalui pantang larang yang telah dicipta dengan
maksud yang ingin disampaikan, masyarakat Melayu ini sebenarnya sangat mementingkan etika
dalam apa-apa tindakan yang dilakukan.

Hal ini adalah bertepatan dengan kewujudan pantang larang tersebut. Setiap pantang larang yang
diterbitkan ini mengetengahkan unsur simbol yang berkaitan dengan perbuatan. Larangan
melakukan perbuatan tertentu ini jelas membuktikan bahawa etika merupakan perkara utama
yang dititikberatkan dalam kehidupan. Selain itu, pantang larang masyarakat Melayu ini turut
mementingkan aspek pemakanan. Hal ini mungkin disebabkan oleh pengamalan penjagaan
kesihatan dalam kalangan masyarakat Melayu. Penerapan unsur simbol yang terdapat dalam
pantang larang masyarakat Melayu ini adalah bagi menyatakan sesuatu tanpa menyatakan
maksud yang sebenar dengan jelas.

 huraian tiada kaitan yang jelas dengan bab kesimpulan. Seharusnya ia bersifat rumusan
perbincangan.
 Jika berjasrat menggunakan maklumat di tas, masukkan di tempat yang lebih sesuai
supaya menjadi relevan.

Keunikan penjagaan ibu selepas bersalin di kalangan masyarakat Melayu terletak pada amalan-
amalan sewaktu berpantang yang terdiri daripada rawatan penjagaan diri serta amalan penjagaan
pemakanan dan aktiviti harian. Amalan berpantang dipercayai membawa banyak kebaikan untuk
kepada kesihatan seorang wanita secara luaran dan dalaman. Menurut kepercayaan pengamal
perubatan tradisional Melayu, amalan berpantang dapat mengembalikan bentuk badan seperti
sebelum bersalin; memelihara awet muda; menyihatkan tubuh; melancarkan peredaran darah;
serta merapatkan dan memulihkan peranakan. Sekiranya seseorang itu tidak mengamalkan
pantang, masalah yang mungkin dihadapi pada masa hadapan adalah sakit pinggang dan

45
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
peranakan jatuh. Oleh yang demikian, peranan Bidan yang pakar dalam hal penjagaan kesihatan
dan pencegahan sebarang keuzuran seseorang wanita dari peringkat awal wanita itu mengandung
sehinggalah selepas bersalin amat penting bagi pengurusan berpantang ibu bersalin. – huraian
lebih menjurus kepada impak dan kesan ketidakpatuhan pengamalan.

Dokumentasi kajian Adat Rombak Dapur ini merupakan satu usaha untuk memastikan
pengetahuan tradisional Melayu dalam penjagaan ibu-ibu selepas bersalin tidak hilang ditelan
zaman. Berdasarkan temu ramah dan pemerhatian oleh penyelidik, penjagaan ibu selepas
bersalin yang masih diamalkan di negeri ini mempunyai kebaikan dan manfaat tertentu. Namun
begitu, terdapat juga amalan yang bercanggah dan tidak praktikal untuk diamalkan oleh
masyarakat masa kini dan memerlukan penambahbaikan serta pendedahan tentang penjagaan ibu
dan bayi yang betul. Diharap agar dokumentasi amalan tradisi ini dapat diaplikasikan serta
dijadikan panduan bagi menambahbaik dokumentasi sedia ada di samping menjadi rujukan bagi
kajian-kajian seterusnya dalam menilai keberkesanaan amalan tradisional ini.-tidak perlu

Berpantang bagi seorang wanita selepas melahirkan anak merupakan satu adat dan amalan yang
wujud pada sesuatu agama. Bukan orang Melayu sahaja yang berpantang selama 40 hari,
malahan dinegara-negara Arab, UK, USA, etc juga ada dikalangan orang Islam ada yang
mengamalkan kepercayaan demikian-penghuraian yang celaru. Malah bukan sahaja orang Islam,
bahkan kaum lain pun ada yang mengamalkan amalan tersebut. Bagi mereka yang berpantang,
mereka dilarang dari keluar rumah sepanjang 40 hari. Mereka juga disuruh berpantang-ayat
tergantung dari beberapa jenis makanan seperti timun, buah-buahan dan sayuran yang dikatakan
sejuk. Ada juga yang mengamalkan jamu dan juga berurut untuk membetulkan peranakan.
Hakikatnya didalam Islam, tidak ada larangan untuk wanita itu keluar dari rumah kurang dari 40
hari kelahiran bayi. Ia hanyalah adat dan budaya semata-mata.-jika berhasrat untuk
membincangkan aspek keagamaan, haruslah diterangkan dengan lebih jelas dan kritis sebab
munasababnya.

Waktu mengandung 9 sembilan bulan itu boleh dikatakan agak lama, maka sudah tentu kesihatan
merupakan perkara yang perlu dijaga oleh setiap wanita selepas bersalin. Perkara utama yang
perlu dilakukan adalah cukup rehat dan tidur, sekurang-kurangnya 1 minggu, terus mandi selepas
bersalin (mandi wiladah), makan diet yang biasa selepas bersalin. Tumpukan kepada makanan
yang berprotein, mineral, sayur-sayuran dan buah-buahan, digalakkan ibu yang lepas bersalin
bergerak selepas 6 jam, tidak kembali bekerja hanya selepas 6 minggu,dan terus bersenam
sehingga badan menjadi normal

46
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU
Beberapa perubahan yang mungkin berlaku ialah perubahan emosi. Ibu yang baru masuk ke
alam yang baru. Adakalanya stress, dsb. Peranan suami dan keluarga memberi sokongan
kepadanya contoh, perubahan phisiologi didalam waktu post-natal. Kesimpulannya, amalan
berpantang tidak ada didalam Islam, akan tetapi hakikat 40 hari berpantang (tidak berpuasa,
bersolat, dsb) itu merujuk kepada angka maksima seseorang wanita itu didalam nifas. Tidak
banyak yang dapat dipetik mengenai bab wanita selepas bersalin dari kitab fiqh. Yang wujud
didalam kitab-kitab fiqh adalah amalan menyusu dan amalan-amalan sunat yang dilakukan ke
atas bayi, seperti memberi memberi nama, aqiqah, bercukur, dan tahnik.

 Apakah yang ingin diperdebatkan oleh penulis? Penjelasan tidak konsisten dengan
penghuraian sebelum ini. Tiada pembuktian atau kesahan yang kukuh kerana
ditulis berdasarkan pandangan bersifat peribadi dan dangkal.
 Perbincangan tentang isu pandangan dan pengaruh agama Islam hendaklah dibuat
dengan lebih menyakinkan berdasarkan bukti-bukti yang nyata. Ia boleh
dibincangkan secara mendalam dalam bab khas dan berasingan.

RUJUKAN

Aishah@Eshah Haji Mohamed, Abd. Aziz Hj. Bidin. (2012). Penjagaan kesihatan wanita semasa dalam
pantang. Jurnal Alam Melayu, 41-46.

Anisah, B. (2007). Ensiklopedia Perbidanan Melayu : Sebuah perbendaharaan ilmu . Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Azidah, A. K. (2006). Postnatal depression and socio-cultural practices among postnatal mothers in Kota
Bahru, Kelantan. Malaysia. Medical Journal of Malaysia,, 61(1), 76-83.

Azilah, R. (2013). Pantang Larang dan Kepercayaan mengikut kaum-kaum di Malaysia. Jurnal Melayu, 11-
15.

Bariyah, S. K. (2016). Tesis: Amalan dan Penggunaan Herba dalam Perubatan Tradisional Melayu selepas
bersalin di Zon Tengah, Semenanjung Malaysia.

Jamal Ahsani, Zaid Yateem, Rahim Muslan. (2006). Malay traditional medicine: an overview of scientific
and technologies advancement. Asia-Pacific Tech Monitor, 23(6), 37 – 49.

Malaysia, K. K. (2017). Penjagaan Kesihatan Wanita Selepas Melahirkan Anak.

Zamani, A. (2001). Traditional practices in postnatal care: the Malay community in Malaysia. The Trinity
Student Medical Journal, 24-31.

47
ADAT ROMBAK DAPUR TERENGGANU

48

Anda mungkin juga menyukai