Anda di halaman 1dari 15

SUBJEK

PY 1192 AKHLAK DAN TASAWUF

TAJUK TUGASAN

KECEMERLANGAN AKHLAK DAN HUBUNGANNYA DENGAN KECEMERLANGAN


AKADEMIK

NAMA PENSYARAH

DR. SIDDIG BIN AHMAD

NAMA AHLI KUMPULAN

1. AHMAD UZAEIR BIN AHMAD RUDI ( A192856 )


2. MOHAMMAD HAFIZ BIN NIK ISMAIL (A192763)
3. ILHAN SHAH BIN IDRIS (A193902)

1
ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1.0 Pendahuluan 3
2.0 Objektif Kajian 3
3.0 Persoalan Kajian 4
4.0 Definisi Akhlak 4-7
5.0 Sifat akhlak sebagai penuntut ilmu 7-12
5.1 Kepentingan Itqan
5.2 Istiqomah / optimis
5.3 Menepati Janji
5.4 Amanah
6.0 Penutup 13-14
7.0 Rujukan 15

2
1.0 PENDAHULUAN

Ilmu Dan Akhlak adalah dua perkara yang tak dapat dipisahkan oleh setiap penuntut ilmu dan
seorang muslim yang baik.Secara umumnya ilmu adalah perkara baharu yang diperolehi oleh
seseorang dengan cara belajar,baca,memahami,menjalani manakala akhlak sesuatu perbuatan
semulajadi yang baik yang dilakukan oleh seorang manusia tanpa perlu berfikir semasa
melakukannya.Akhlak sangat berperanan penting sebagai faktor kejayaan seseorang dan
keberkesanannya bergantung juga kepada pelaksanaannya bukan hanya mempelajari faktanya
sahaja.Kajian iniadalah berkaitan Kecemerlangan akhlak dan hubungannya dengan
kecemerlangan akademik jadi objektif kajian ini untuk mengenal pasti betapa pentingnya
kecemerlangan akhlak terhadap kecemerlangan akademik ,kajian ini penting kerana masyarakat
sekarang menganggap bahawa tanpa akhlak dalam menuntut ilmu seseorang itu boleh berjaya
dalam akademik nya, persepsi itu sangatlah salah dan boleh menyebabkan ramai dikalangan
penuntut ilmu kelak akan berakhlak buruk dan negatif.Penulisan ini dihasilkan adalah meneliti
bagaimana ketinggian akhlak berkait rapat dengan kecemerlangan akademik. Islam merangkumi
beberapa komponen di dalamnya seperti akidah, fekah, iman, Islam, ihsan dan juga termasuk
akhlak. Sebagaimana kita tahu penekanan akhlak dalam Islam sangat dititik beratkan terutama
mereka yang menuntut ilmu dan memetik kata imam Malik Rahimahullah yang mengatakan
“Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu”. Wujud juga persoalan kenapa sampai para
ulama’ mendahulukan mempelajari adab daripada ilmu dan Yusuf bin Al Husain menyatakan
bahawa dengan mempelajari adab terlebih dahulu akan menjadi mudah untuk memahami ilmu.
Dan dengan melihat kepada betapa pentingnya mempelajari dan menguasai akhlak ini berkait
rapat dengan ilmu. Kajian ini memgunakan kaedah kajian kepustakaan dengan menganalisis
dokumen-dokumen seperti kajian-kajian lepas, jurnal, artikel dan kajian ilmiah yang berkaitan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1)Ingin membuktikan bahawa akhlak sangat berperanan penting dalam kecemerlangan akademik
seseorang

3
2)Memberi pemahaman yang betul terhadap persepsi negatif yang mengatakan seseorang yang
tak berakhlak boleh cemerlang dalam akademik

3) Mengetahui akhlak-akhlak yang terpuji yang perlu ada pada setiap penuntut ilmu

3.0 PERSOALAN KAJIAN

1)Adakah Akhlak sahsiah yang baik berperanan penting dalam menjamin kecemerlangan
akademik?

2)Bagaimana Akhlak sahsiah memainkan peranan penting dalam menjamin kecemerlangan


akademik ?

3)Apakah Akhlak-akhlak yang perlu ada sebagai penuntut ilmu?

4.0 DEFINISI AKHLAK

Dari Segi Bahasa

Akhlak dari sudut bahasa berasal dari kalimah al-Khuluq dengan dibariskan lam di hadapan atau
sukunnya, iaitu beragama atau tabiat atau perangainya.

Dikatakan Akhlaq al-Rajul idha sara Akhlaqan iaitu dikatakan: Seorang lelaki yang berakhlak
apabila ia mempunyai akhlak.

Dalam kamus Junior English Dictionary ada menyebutkan tentang akhlak sebagai: “having to do
with character or behavior, especially right behavior”. Maksudnya, melakukan sesuatu dengan
fikiran atau budi pekerti, lebih-lebih lagi budi pekerti yang baik atau disebut dengan high moral
standard, iaitu kemuncak ketinggian akhlak.Manakala kamus Larousse De Poche yang berbahasa
Perancis mendefinisi mengenai akhlak sebagai: Morale: ensemble des regles a suivre pour fair le
bien et eviter le mal. Iaitu persepakatan di antara melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan.

Dengan ini jelas akhlak dari sudut bahasa ialah satu kelakuan yang baik yang menggambarkan
seseorang itu beragama yang lahir dari watak dan tingkahlaku yang baik. Semua ini sudah tentu
hasil dari persepakatan di antara melakukan kebaikan dan menjauhi dari keburukan.

4
DARI SEGI ISTILAH (AKHLAK)

Akhlak dari segi istilah ialah satu ibarat dari kelakuan diri yang tetap dan terkeluar daripadanya
beberapa perbuatan dengan mudah serta senang tanpa memerlukan kepada pemikiran dan
riwayat. Jika kelakuan itu terkeluar daripada perbuatan yang elok dari segi syarak dan logik akal
dengan mudah,maka dinamakan kelakuan itu akhlak yang baik. Jika kelakuan itu terkeluar
daripadanya perbuatan yang keji, maka dinamakan kelakuan itu akhlak yang buruk.Al-Ghazali
ada menegaskan mengenai akhlak iaitu:Satu sifat yang tertanam dan sebati dalam jiwa
seseorang, menghasilkan segala perbuatan dengan mudah (spontan) tanpa memerlukan
pertimbangan fikiran (teragak-agak). Sekirannya akhlak itu baik menurut pertimbangan al-
Qur’an dan al-Sunnah, maka baiklah ia. Sekiranya buruk mengikut al-Qur’an dan al-Sunnah,
maka buruklah ia.Dengan ini jelas akhlak ialah kelakuan yang lahir melalui perbuatan seseorang
dengan mudah dan senang tanpa memerlukan kepada fikiran. Maka kelakuan tersebut terbahagi
kepada dua iaitu kelakuan baik dan buruk. Kelakuan baik merupakan akhlak yang baik, yang
juga merupakan sifat utama para nabi, rasul, siddiqin, para syuhada’ dan salihin. Akhlak yang
baik itu ditegakkan di atas dasar buat perkara yang baik dan meninggalkan apa yang dilarang
oleh Allah S.W.T..

Akhlak buruk ialah penyakit hati yang dapat menghalang manusia dari mencapai keberkatan
Allah S.W.T., ketenangan dan ketenteraman sama ada di dunia ini seterusnya di akhirat nanti.
Penyakit ini merupakan aset utama yang dapat mendatangkan keluh-kesah dan ketidak tenangan
bagi seseorang itu. Allah S.W.T. sentiasa menambahkan penyakit bagi seseorang yang
mempunyai penyakit dalam hati sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

Jika dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah S.W.T. menambahkan lagi penyakitnya itu.
Berkaitan ini `Abd al-Rahman bin Zayd bin Aslam ada menegaskan bahawa Perbuatan buruk
sama ada pada agama atau melalui jasad kedua-duanya Adalah dikira akhlak buruk

5
DEFINISI ISTILAH (AKADEMIK)

Istilah akademik berasal dari akademia Yunani (tempat yang terletak di pinggir Athens di mana
Plato bertemu untuk belajar) dan merupakan salah satu yang digunakan untuk menamakan bukan
sahaja individu tetapi juga entiti, benda atau projek yang berkaitan dengan tahap yang lebih
tinggi pendidikan. Pelbagai makna konsep akademik membolehkan ia digunakan bukan sahaja
bagi mereka yang menjalankan penyelidikan atau kerja seperti itu, tetapi juga untuk individu
yang belajar di peringkat yang lebih tinggi.

Secara tradisinya, Akademi telah ditubuhkan sebagai ruang di mana pelbagai jenis kajian
dikembangkan, dengan itu berusaha untuk menyebarkan pengetahuan yang diperoleh oleh
manusia melalui masa. Walaupun banyak jenis kerjaya boleh dikerjakan sekular hari ini di
Akademi atau pusat pengajian tinggi, dalam Zaman Moden, dan terutama di negara-negara
seperti Perancis atau England, Akademi adalah tempat di mana seni dan sains yang unggul untuk
mengabadikan perkhidmatan kerajaan monarki semua pengetahuan yang diperoleh. Oleh itu,
Akademi Perancis terkenal, di mana pelukis menerima pengetahuan dan teknik tradisional untuk
menubuhkan diri mereka sebagai seniman rasmi raja bertugas.

Individu yang layak dianggap sebagai akademik mestilah mempunyai ciri-ciri tertentu yang
membentuk kemahiran, pengetahuan dan teknik yang diperoleh, serta norma tingkah laku,
pembangunan projek-projek penyelidikan dan pematuhan idea pemancar pengetahuan yang
dibangunkan kepada dari masa ke masa. Sebaliknya, istilah akademik juga boleh merujuk kepada
jenis-jenis pengajian tertentu yang umumnya dijalankan setelah gelar utama selesai dan dikenali
sebagai kajian pascasiswazah (tuan atau doktor). Untuk menjalankan kajian ini, perlu
mempunyai kelayakan akademik yang penting dan pembangunan projek penyelidikan dalam
pelbagai jenis.

6
5.0 SIFAT AKHLAK SEBAGAI PENUNTUT ILMU

5.1 DEDIKASI/TEKUN/TELITI

Tekun melakukan setiap perkara dengan mengikut peraturannya sehingga membuahkan hasil
yang optimum itu adalah amalan yang dicintai oleh Allah.maksud itqan atau tekun ialah
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang kita lakukan seperti bekerja, belajar dan lain-
lain.Tekun juga boleh diertikan dengan maksud rapi,tersusun dan profesional.prinsip tekun ialah
prinsip yang menuntut manusia supaya melaksanakan sesuatu amal atau kerja dengan cara yang
bersungguh-sungguh, melakukannya dengan sebaik-baiknya dan profesional sehingga tercapai
perkhidmatan, pengurusan dan akademik yang cemerlang.

Maka, bagi sesiapa yang tekun dalam setiap kerjanya sudah pasti akan disukai oleh
majikannya.Malah, Allah juga menyukainya.

Rasulullah bersabda,

‫إن هللا يحب إذا عمل أحدكم عمال أن يتقنه‬.

Ertinya: “Sesungguhnya Allah menyukai apabila kamu melakukan sesuatu pekerjaan dengan
tekun.”

(Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)

Hal ini demikian kerana seorang Mukmin yang profesional akan memandang serius daripada
sekecil-kecil perbuatan sehinggalah sebesar-besar perkara .

7
Selain itu,dalam sebuah hadis yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah Menyukai apabila salah seorang daripada kamu Melakukan sesuatu
pekerjaan, ia melakukannya Dengan baik, sempurna lagi teliti.”

(Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)

Teliti bermaksud rapi dan tersusun serta tidak melakukannya dengan lintang-pukang atau Tidak
mengikut aturan. Dengan kata lain, ketelitian dalam suatu pekerjaan adalah dengan Mengikut
prosedur (standard of procedure) dan garis panduan yang telah ditetapkan. Ketekunan
Membuatkan seseorang itu tidak putus asa walaupun melalui kesukaran dalam menyempurnakan
tugasnya.

5.2 KEPENTINGAN ITQAN ( TEKUN )

Pertama: Tekun di dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan adalah wasilah untuk mendapatkan
pahala dan ganjaran daripada Allah SWT.

Kedua: Barangsiapa yang tekun dalam pekerjaannya akan memudahkan urusan orang lain dan
mengelakkan daripada keletihan.

Ketiga: Sifat tekun akan membezakan antara orang yang betul-betul berusaha dan juga orang
yang sambil lewa ketika bekerja.

Keempat: Tekun juga akan menambakan keberkatan di dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Penutup

Kesimpulannya, kita dituntut untuk itqan atau tekun dalam setiap perkara yang kita lakukan. Ini
kerana, sifat tekun ini merupakan salah satu daripada ciri-ciri yang berjaya. Tambahan pula, kita
sebagai seorang yang beragama Islam dituntut untuk ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam
setiap amal ibadah dan perbuatan kita di muka bumi ini.

8
5.3 ISTIQOMAH / OPTIMIS

Apabila al-Fa'l dikaitkan dengan keperibadian, ia membawa maksud seseorang yang mempunyai
fikiran dan pandangan yang baik pada setiap perkara yang berlaku.Secara tidak langsung, sifat
ini mampu menjadi penghalang kepada seseorang itu daripada berburuk sangka kepada Allah
jika ditimpa musibah. Dalam masa yang sama, dia tetap bersyukur atas setiap pemberian dan
melihat kepada hikmah yang tersembunyi (behind the silver lining). Oleh sebab itu, sifat ini
sangat penting dalam diri setiap Muslim.

Hakikatnya, sifat optimis ini lahir daripada ketenangan dalaman yang tinggi, emosi yang stabil
dan pemikiran yang baik. Semua ini akan dimiliki oleh hati yang benar-benar meletakkan
keimanan yang sebenar kepada Allah.Sekiranya diberi nikmat, dia bersyukur.Sekiranya diberi
ujian, dia akan bersabar.Hasilnya, sifat optimis akan memberikan rasa ketenangan pada wajah
dan akhlak seseorang dan terpancar kepada orang-orang yang berada di sekelilingnya, di
samping memberi keselesaan dan kebahagiaan kepada mereka.Orang yang positif tidak akan
mudah terpengaruh dengan bisikan jahat syaitan mahupun orang lain. Selain itu, dia tidak akan
terkesan dengan sangkaan-sangkaan buruk yang berlegar di fikirannya, malah mampu berfikir
secara tenang dan tidak bertindak melulu.

Sifat positif hakikatnya boleh dibina dan dilatih melalui ibadah yang baik. Sebagai contoh,
seseorang yang dapat melakukan solat dengan khusyuk melalui penghayatan setiap bacaan serta
perlakuannya, pasti tidak akan terjebak dengan kejahatan dan kebinasaan. Hal ini dijamin oleh
Allah.

‫أْتُل َم ا ُأوِح َي ِإَلْيَك ِم َن اْلِكَتاِب َو َأِقِم الَّص َلوُة ِإَّن الَّص َلَو َة َتْنَهى اْلَفْح َش اِء َو اْلُم نَك ِر َو َلِذ ْك ُر ِهَّللا َأْك َبُر َو ُهَّللا َيْع َلُم َم ا َتْص َنُعون‬

Ertinya: "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu
daripada al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu
mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah
adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang
kamu kerjakan."(Surah al-Ankabut 29:45)

9
Ayat di atas menyarankan solat dan zikir sebagai medium untuk membina sikap istiqamah/
optimis, positif dan tenang, Bahkan solat itu sendiri mensyaratkan tamakninah (bertenang
seketika) sebagai syarat sah solat. Bahkan, setiap lafaz yang dirasai dan diyakini dalam hati akan
menambahkan lagi kekuatan dalaman seseorang.

Kekuatan dalaman dibina bukan hanya dengan solat fardu sahaja, malahan disokong pula dengan
solat-solat sunat seperti solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tahajud, solat sunat duha
dan solat sunat witir. Justeru, solat-solat ini membantu seseorang untuk mendekatkan dirinya
kepada Allah, dengan Allah menjanjikannya ketenangan dan ketabahan serta membuka pintu
rezeki.

Sebagai tambahan pada solat, melazimi lafaz-lafaz yang mengingati Allah akan membantu
seseorang itu membina ketabahan dalaman yang membantu seseorang itu berfikiran positif
dalam apa jua keadaan sekalipun.

Jadi sebagai seorang penuntut ilmu,sifat ataupun akhlak sentiasa optimis ini perlu ada dalam diri
seseorang penuntut ilmu. Hal ini kerana sifat optimis ini akan membantu seseorang penuntut
ilmu itu untuk terus istiqamah dalam mempelajari atau menuntut ilmu dalam mencapai sesebuah
kecemerlangan.

5.4 MENEPATI JANJI

Al-Wafa’ Bi al-ahd bermaksud menepati janji. Menepati janji termasuk dalam sifat-sifat akhlak
Nabawi yang mana Islam amat menenekankan kewajipan menyempurnakan janji kerana ia
lambing kepada kejujuran, kepercayaan dan kebersihan hati seseorang. Dalam pengertian wafa’,
para ulama’ berselisih pendapat tentang definisi dan takrifannya. Ibn Firas dalam mu’jam
maqayis al-lughah mendefinisikan al-wafa’ yang bermaksud sempurna dan lengkap. Al Jahiz
dalam tahzib al-akhlaq menyatakan wafa’ adalah sabar atas apay nag dikorbankan oleh manusia
bagi dirinya. Berdasarkan perbincangan ulama-ulama ini, dapat dirumuskan bahawa sifat al-
wafa’ ini merangkumi hal yang memelihara sesuatu perjanjian dan melengkapkan segala hal
yang terkandung di dalamnya. Oleh itu, sifat ini sangat berkait dengan sifat ikhlas, sanggup

10
berkorban dan bermurah hati dalam memberi dan menghormati sesuatu janji itu. Apa yang boleh
dikiraa sebagai janji ialah tanggungjawab untuk menjaga sesuatu. Contohnya mengasuh dan
mendidik anak dengan kasih sayang dan ilmu agama.

Melihat perkaitan antara sifat akhlak al-wafa’ ini dengan kecemerlangan akademik ialah sifat
seorang individu dalam menepati janjinya sebagai seorang pelajar. Umum mengetahui bahawa
pelajar terikat dengan tugasan atau kerja sekolah yang diberikan dalam tempoh tertentu dan
penghantaran kerja tepat pada masanya dikira sebagai sifat menepati janji. Bukan itu sahaja,
menepati janji kepada sekolah, ibubapa dan diri sendiri untuk menjadi pelajar cemerlang juga
tergolong daripada sifat akhlak Nabawi.

‫َاُّيَها اَّلِذ ْيَن ٰا َم ُنْٓو ا َاْو ُفْو ا ِباْلُع ُقْو ِۗد‬

.Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah janji-janji

( Surah Al-Maidah 5:1 )

Maka jelas lah, sifat al wafa’ bi al-ahd atau menepati janji ini dapat menjadi pemangkin kepada
pelajar cemerlang serta berkait rapat dalam membentuk sebuah kejayaan dengan sifat yang
terdidik dalam diri.

5.5 AMANAH

Amanah berasal dari perkataan bahasa arab yang terkait dengan “aman” yang bermaksud
keamanan dan keselamatan. Amanah merupakan suatu tanggungjawab yang harus dipikul oleh
setiap orang. Sesungguhnya amanah itu amat berat kerana tidak semua orang mampu
menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.Hanya iman sahaja yang mampu
menyelamatkan seseorang dalam memikul amanah yang diberi. Seperti firman Allah S.W.T :

“Sesungguhnya Kami menawarkan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-gunung. Namun
mereka menolak dan khawatir untuk memikulnya. Dan dipikullah amanah itu oleh manusia.
Sesungguhnya manusia itu amat zalim lagi amat bodoh.”

11
(Surah Al-Ahzab ayat 72)

Amanah sebagai seorang pelajar boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya :

1) Amanah Akal dan Minda yang sihat

Itulah amanah yang Allah berikan kepada kita. Sebagai seorang pelajar jagalah akal dan minda
kita dengan iman dan taqwa, jangan kita rosakkan minda kita dengan perkara-perkara yang tidak
berfaedah,seperti menonton video yang melalaikan atau makan makanan yang boleh
melemahkan minda dan akal

2) Amanah dari Ibu Bapa.

Cuba kita fikir, adakah selama ini kita sudah memunaikan amanah yang diberikan oleh ibu bapa
kita? Ramai pelajar masih alpa dengan keseronokan yang tiada manfaat sehingga lupa pesanan
kedua orang tuanya agar belajar bersungguh-sungguh serta menjadikan diri seorang insan yang
berguna dan berakhlak mulia.

3) Amanah dalam Tugasan

Seorang pelajar sentiasa dibanjiri dengan tugasan-tugasan atau kerja rumah yang diberikan oleh
pensyarah atau guru. Berapa ramai yang masih tidak endahkan dan tidak peka dengan tugasan
yang diberikan. Kita melakukannya dengan sambil lewa dan kadang-kadang lewat dalam
menghantar tugasan. Jadi cuba kita fikir bagaimana ilmu yang kita perolehi itu dapat
keberkatan?? Tepuk dada tanyalah Iman.

4) Amanah kepada Masyarakat dan Agama

Seorang pelajar yang amanah dan bertanggungjawab, akan sentiasa menyebarkan ilmu yang
dipelajarinya kepada masyarakat untuk dikongsi bersama. Selain itu, menyebarkan hukum Allah
dilandasan yang betul dan memastikan Ilmu Allah dikembangkan kepada semua orang

‫َيٰٓـَأُّيَها ٱَّلِذ يَن َء ا ُنو۟ا اَل َتُخ وُنو۟ا ٱَهَّلل َو ٱلَّرُسوَل َو َتُخ وُنٓو ۟ا‬
‫َم‬

‫َأَم ٰـ َنٰـِتُك ْم َو َأنُتْم َتْع َلُم ون‬

12
Bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah
dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu
mengetahui (salahnya)

Oleh itu, Tunaikanlah amanah dan tanggungjawab kerana segala amanah yang diberikan akan
dipersoalkan di hadapan Allah di akhirat kelak.

6.0 KESIMPULAN

Pada umumnya terdapat pelbagai kepentingan akhlak kepada penuntut ilmu yang boleh dijadikan
panduan dalam melakukan perubahan kepada mereka. Dalam mencapai matlamat pendidikan
iaitu melahirkan pelajar yang cemerlang akademiknya, antara aspek penting yang diberi
penekanan ialah potensi rohani pelajar yang merangkumi menyedari dan menginsafi adanya
Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian pencipta, menyedari dan menginsafi
tanggungjawab, memupuk dan membina disiplin kendiri membentuk akhlak mulia. Kepentingan
akhlak dalam kecemerlangan akademik seseorang adalah sangat penting. Akhlak merujuk
kepada tata nilai, etika, dan sikap moral seseorang. Berikut adalah beberapa alasan mengapa
akhlak memainkan peranan penting dalam kecemerlangan akademik:

Pertama-tama, akhlak yang baik mencakup disiplin diri dan tanggungjawab.Seseorang dengan
akhlak yang kuat akan memiliki kebiasaan kerja keras, berdedikasi, dan bertanggungjawab
terhadap tugas dan kewajiban akademik mereka. Mereka akan menjaga waktu, mengatur
langkah, dan berkomitmen untuk belajar dengan tekun. Disiplin dan tanggungjawab ini
memberikan kekuatan dalam menyelesaikan tugas tepat pada waktunya, dan mencapai hasil yang
baik dalam lingkungan akademik.

Selanjutnya, akhlak yang baik melibatkan etika penelitian dan kejujuran. Dalam konteks
akademik, integrit dan kejujuran sangat penting. Seseorang dengan akhlak yang baik akan
menghargai prinsip-prinsip etika penelitian, seperti mengutip sumber dengan benar, menghindari
plagiarisme, dan tidak melakukan penipuan dalam kerja-kerja akademik. Mereka akan menjaga
integriti dalam pekerjaan akademik mereka,sekaligus menghasilkan pengetahuan yang dapat
dipercayai dan berkualiti. Kejujuran dan intergriti ini membantu dalam menciptakan lingkungan
akademik yang adil, di mana karya-karya akademik dihargai berdasarkan nilai sebenarnya..

13
Akhirnya, akhlak yang baik juga melibatkan rasa tanggungjawab sosial. Seseorang dengan
akhlak yang baik akan menyadari pentingnya menzahirkan nilai akhlak yang baik pada
masyarakat dan dunia di sekitarnya.Selain itu,mereka mungkin terlibat dalam kegiatan sukarela,
program sosial, atau berbagi pengetahuan dan keterampilan mereka dengan orang lain. Sikap ini
membangun sikap yang bagus dan mempersiapkan seseorang untuk menjadi anggota masyarakat
yang bertanggung jawab dan memberikan impak positif pada masa akan datang.akhlak
memainkan peranan yang sangat penting dalam kecemerlangan akademik seseorang.Seterusnya,
akhlak yang baik, seperti disiplin diri, tanggungjawab, etika penelitian, kejujuran, empati,
toleransi, dan tanggungjawab sosial, memberikan dasar yang kuat untuk mencapai prestasi
akademik yang tinggi. Akhlak yang baik membantu individu untuk membangun sikap mental
yang fokus, intergriti yang tinggi, kemampuan sosial yang baik, dan rasa tanggungjawab yang
kuat dalam lingkungan akademik. Dalam upaya mencapai kecemerlangan akademik, akhlak
harus diperhatikan dan dikembangkan seiring dengan peningkatan pengetahuan dan
keterampilan.

14
RUJUKAN

Imam At-Tirmizi. Edisi 2021. Syamail Muhammadiyah.

Marjuki, 2009. AkhlakMulia (Pengantar StudiKonsep-Konsep DasarEtika Dalam Islam).

Marzuki. (2010). Pembentukan Kultur Akhlak Mulia di Kalangan Mahasiswa UNY Melalui
Pembelajaran PAI.

Mohd Saiful Akmal Karim.2021. Konsep Pendidikan Akhlak dan Ciri-Ciri Keistimewaan Dalam
Islam.

Sharifah Noorhidayah Syed Aziz. 2021.(Pelaksanaan Amalan Sunnat Dan Hubungannya Dengan
Kecemerlangan Sahsiah Pelajar Tahfiz Di Selangor)

15

Anda mungkin juga menyukai