Anda di halaman 1dari 11

PENDAHULUAN

Majikan boleh diertikan sebagai pihak yang memiliki organisasi dan bertanggungjawab
kepada moral dan segala pembayaran upah atau ganjaran kepada pekerja. Majikan adalah
pemilik syarikat atau organisasi serta merupakan pihak atau pegawai atasan yang
bertanggungjawab. Dalam erti kata lain, majikan adalah orang yang mengambil satu atau
lebih pekerja untuk bekerja dengannya. Selain itu, pekerja merupakan indiviu atau kumpulan
individu yang bekerja untuk mendapatkan upah. Mereka menerima gaji atas dasar perjanjian
sebagai pekerja kepada sesebuah organisasi atau syarikat. Sebagai contoh, kakitangan
kerajaan merujuk kepada individu yang menerima bayaran gaji dari kerajaan. Saat seseorang
menggunakan tenaga orang lain memperkerjakan untuk sesuatu pekerjaan tertentu, baik
kerana ia memerlukan mahupun kerana ia tidak mampu melakukan pekerjaan itu seorang diri.
Dengan itu, ia harus mengetahui adab – adab Islam dan bimbingan yang berkaitan adab bagi
pekerja yang diperkerjakan tersebut serta tanggunjawab pekerja terhadap majikannya .

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN
Benarkah majikan yang mementingkan etika kerja menurut islam dapat melahirkan sebuah
organisasi yang berjaya dan cemerlang ?

Ye betul, bukan sahaja dapat melahirkan sebuah organisasi yang berjaya dan cemerlang
bahkan pula mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Antara tanggungjawab majikan adalah :

1.Pemilihan pekerja yang berkelayakan


Majikan perlu memilih pekerja yang benar-benar sesuai dan layak dengan tugas yang bakal
diberikan kepadanya.
Majikan perlu memilih pekerja yang terdiri daripada pekerja islam. Hal ini kerana, hanya
pekerja islam yang dapat memahami dan boleh mempraktiskan segala kerja yang
diamanahkan berdasarkan ajaran yang ditetapkan dalam Islam.
2.Pemberian ganjaran yang berpatutan
Seorang pekerja seharusnya mendapat upah atau gaji yang berpatutan dengan tugas yang
dilakukan mereka.
Perbuatan mengeksplotasi & mengkhianati pekerja dengan membebaninya lebih daripada
yang sepatutnya adalah bercanggah dengan prinsip dan etika islam.Hubungan antara majikan
dengan pekerja ialah jalinan silaturahim yang kukuh & mesra supaya suasana harmoni &
peradaban akan terserlah dalam sebuah organisasi kerja.
3.Menunaikan hak kebajikan kepada pekerja
Sekiranya seorang pekerja harus menunaikan kewajipan kepada majikan , maka majikan juga
harus memberikan perkara yang sama kepada pekerjanya.
Majikan harus memberi ihsan, belas kasihan, bertimbang rasa, bertolak ansur
&berperikemanusiaan terhadap pekerjanya.
Tujuan kebajikan dalam islam adalah untuk meringankan beban yang ditanggung &
mengurangkan tekanan psikologi pekerja dalam menghadapi masalah peribadi yang
mempengaruhi prestasi kerja mereka.
4.Penurunan Autoriti dan Kuasa yang Wajar dalam Pengurusan Tugas
Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada pekerja.
setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan kerja masing-
masing.
Dalam memberikan kerja, seorang pengurus mesti memberikan pekerja tersebut autoriti &
had kuasa bagi membolehkan beliau menjalankan tugas dengan cekap & berkesan.

KESIMPULAN
Hubungan majikan dan pekerja yang harmonis merupakan satu budaya yang perlu diterapkan
di setiap organisasi. Ia amat mempengaruhi keberkesanan organisasi. Ianya melibatkan setiap
individu dan berkait dengan penghayatan agama dan akhlak. Ianya harus difahami oleh setiap
warga dalam organisasi. Etika kerja haruslah bersendikan keimanan dan ketaqwaan kepada
Allah tanpa mengenepikan hak – hak manusia yang patut di jaga.

TANGGUNGJAWAB PEKERJA
1.Amanah
Seorang pekerja perlu mempunyai sikap amanah dalam setiap pekerjaanya sama ada
melibatkan urusan peribadi (melaksanakan tanggungjawab kepada Allah) atau urusan
kemasyarakatan.
Amanah merupakan suatu perkara yang tida boleh dikhianati sama sekali.
2.Tekun
Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan sekiranya mereka tekun dalam
menjalankan tugas.
Manusia dijadikan oleh Allah SWT untuk bekerja dan bekerja kerana Allah iru adalah suatu
perhambaan kepada-Nya. Allah memberikan balasan yang berlipat ganda kepada mereka
yang melakukan pekerjaan dengan sebaik-baiknya.
3.Ikhlas
Pekerjaan yang dijalankan perlu diiringi dengan niat yang baik & ikhlas kerana Allah.
Niat yang baik bermaksud niat untuk menyara diri, keluarga, memberi manfaat kepada
masyarakat dan lain-lain
4.Cekap dalam melaksanakan tugas
Pekerja yang baik mampu mempamerkan kerjanya dengan sempurna dan sentiasa membaiki
mutu kerjayanya dari semasa ke semasa sesuai dengn perkembangan & tuntutan semasa.

Setiap warga organisasi mesti faham makna bekerja. Secara ringkasnya definisi kerja ialah
tugas dan tindakan untuk menuju matlamat dengan disokong oleh persekitaran yang
menggalakkan dengan jaminan masa depan serta pelbagai peluang untuk kejayaan diri.
Pembangunan sesebuah negara amat bergantung rapat dengan tenaga pekerjanya yang
mahir dan bermutu. Tenaga pekerja yang mahir hanya akan dapat diwujudkan menerusi
perancangan strategik yang jitu berasaskan kepada sistem pendidikan rapi.

ِ‫َّن َهَّللا َع َّز َو َج َّل ُيِح ُّب ِإَذ ا َع ِمَل َأَح ُد ُك ْم َع َم اًل َأْن ُيْتِقَنُه‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai seseorang yang apabila dia
mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang”.
Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath (897) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman
(4929, 4930 dan 4931) tetapi dengan sanad yang berbeza.

KESIMPULAN
Hubungan majikan dan pekerja yang harmonis merupakan satu budaya yang perlu diterapkan
di setiap organisasi. Ia amat mempengaruhi keberkesanan organisasi. Ianya melibatkan setiap
individu dan berkait dengan penghayatan agama dan akhlak. Ianya harus difahami oleh setiap
warga dalam organisasi. Etika kerja haruslah bersendikan keimanan dan ketaqwaan kepada
Allah tanpa mengenepikan hak – hak manusia yang patut di jaga.

INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA


Bentuk terawal aktiviti perbankan Islam diketahui bermula pada bulan September 1963
dengan tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH). PWSBH telah
ditubuhkan untuk dijadikan institusi bagi umat Islam membuat simpanan sebagai persediaan
mengerjakan ibadat Haji ke tanah suci Mekah. Pada tahun 1969, PWSBH telah bergabung
dengan Pejabat Urusan Haji bagi membentuk Lembaga Urusan dan Tabung Haji (kini
dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji).

Bank Islam pertama telah ditubuhkan pada tahun 1983. Pada tahun 1993, bank perdagangan,
bank saudagar dan syarikat kewangan mula dibenarkan untuk menawarkan produk-produk
dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF). Walau
bagaimanapun, institusi-institusi ini dikehendaki mengasingkan dana dan aktiviti urus niaga
perbankan Islam daripada urus niaga perbankan konvensional bagi memastikan tiada
percampuran dana.
Perbankan Islam mempunyai tujuan yang sama dengan perbankan konvensional melainkan
operasinya adalah berlandaskan prinsip Syariah, yang dikenali sebagai Fiqh al-Muamalat
(peraturan-peraturan Islam di dalam urus niaga). Prinsip dasar perbankan Islam ialah
perkongsian untung dan rugi dan larangan ke atas riba (faedah). Pada tahun 1983 Bank Islam
pertama telah ditubuhkan. Pada tahun 1993 pula, bank perdagangan, bank saudagar dan
syarikat kewangan mula dibenarkan untuk menawarkan produk-produk dan perkhidmatan
perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF). Walau bagaimanapun,
institusi-institusi ini dikehendaki mengasingkan dana dan aktiviti urus niaga perbankan Islam
daripada urus niaga perbankan konvensional bagi memastikan tiada percampuran dana.
Kebanyakan pinjaman koperasi di Malaysia berlandaskan prinsip islamik. Di antara konsep-
konsep Islam yang selalu diguna pakai di dalam perbankan Islam ialah:

 perkongsian untung (Mudharabah)


 simpanan (Wadiah)
 usaha sama (Musyarakah)
 kos tokok (Murabahah)
 sewaan (Ijarah).

PRINSIP-PRINSIP EKONOMI ISLAM


Manusia diciptakan Allah dengan dibekalkan akal dan nafsu. Kedua-dua unsur ini
merupakan keistimewaan yang hanya dianugerahkan Allah kepada makhluk manusia, tidak
kepada makhluk-makhluk yang lain.
Akal berfungsi sebagai pemandu dan penunjuk (hidiiyah) kebidupan manusia. Jurnal
Syariah, Akal bagi seorang Islam berfungsi memandu manusia tersebut supaya segala urusan
kehidupannya berjalan selaras dengan syariat yang telah digariskan oleh Allah SWT. Oleh itu
akal juga digambarkan sebagai keimanannya kepada pencipta yang ditunjukkan melalui
tindak-tanduk kehidupannya. Justeru, akal atau iman hanya menerima gambaran yang baik
sahaja, kerana keimanan hanya mutlak kepada kebaikan. Manakala nafsu pula dijadikan
sebagai alat atau motivasi kepada manusia untuk terus berusaha di dalam kehidupannya.
Nafsu pula seeing digambarkan dalam dua keadaan iaitu baik dan buruk. Nafsu yang baik
akan menjadi penggerak seseorang untuk mencari rezeki yang halal bagi memenuhi
keperluan hidup dan ibadatnya. Nafsu sebegini dituntut dan dipuji oleh Allah seperti
firmanNya yang bermaksud:
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan
dan bawaan baiknyaf. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati
(dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)" Manakala nafsu yang
buruk hanya menjadi alat untuk memenuhi kehidupan kebinatangannya yang tidak mengenal
batas halal dan haram sesuatu usaha tersebut. Allah dengan tegas mencela nafsu buruk ini
seperti di dalam firmanNya yang bermaksud:
" ... bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa
nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan aleh Allah kerana diketahuiNya
(bahawa ia tetap kufur ingkar) .... "2

Walaupun nafsu atau keinginan manusia digambarkan sebagai tidak terbatas, namun
kemampuan manusia untuk memenuhi segala keinginan nafsunya adalah terbatas kerana
faktor keterbatasan pada sumber atau harta yang dimilikinya.
Keinginan manusia sentiasa melebihi sumber kekayaan yang dimilikinya secara
bandingan. Sebagai contoh dengan RMlOO ribu yang dimilikinya, manusia ingin memenuhi
seribu satu macam keinginannya seperti membeli rumah, kereta, makanan, melancong dan
sebagainya tetapi dia hanya boleh memenuhi sebahagian sahaja dari keinginannya dan
terpaksa melepaskan keinginan yang lain. Keadaan ini memaksa manusia membuat pilihan
bagaimana akan digunakan dengan sebaik mungkin sejumlah kekayaan yang dimilikinya bagi
mencapai satu tingkat kepuasan kepada dirinya. Pilihan yang dibuat akan melibatkan kos 3
dan terpaksa mengorbankan pilihan yang lain.
Begitulah gambaran umum ekonomi moden tentang pertembungan di antara kehendak
yang tidak terhad dan sumber yang terhad yang membawa kepada masalah dalam ekonomi.
Sesetengah ahli ekonomi mereka telah mendefinisikan 78 Masalah Asas Ekonomi dan
Penyelesaiannya Menurut Islam ekonomi sebagai: "sains sosial yang mengkaji gelagat
individu dan masyarakat membuat pilihan yang cekap dalam menggunakan sumber-sumber
yang terhad untuk memenuhi kehendak-kehendak yang tidak terhad.,,4
Persoalannya, apakah memang wujud pertembungan ini menurut pandangan Islam?
Jika jawabannya tidak, apakah pula sebenarnya masalah masalah asas ekonomi menurut
Islam? Jika jawabannya ya, bagaimanakah Islam mengemukakan teori-teori penyelesaiannya
bagi masalah tersebut? Perbincangan berikut akan cuba menjawab persoalan persoalan di
atas.
1.TIDAK MENZALIMI EKONOMI SOSIAL

Ekonomi menurut Islam adalah sebahagian daripada syariat Islam yang sempurna.
Oleh itu, sebarang perbincangan mengenai ekonomi mestilah dirujukkan kepada perundangan
Islam. Inilah perkara asas yang membezakan ekonomi Islam daripada ekonomi moden kerana
ekonomi moden bersifat semata-mata ilmu yang lahir daripada pemikiran manusia dan boleh
menerima sebarang perubahan. Selain itu Islam juga tidak melihat ekonomi itu dalam bentuk
perebutan kepuasan kebendaan semata-mata seperti yang dilihat oleh ekonomi moden. Islam
juga turut mengaitkan ekonomi dengan kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat. Justeru
itu Islam melihat masalah asas ekonomi dengan pandangan yang berbeza dengan sistem
ekonomi mod en kerana perbezaan prinsip dan ciri-ciri ekonomi Islam itu sendiri. Islam
menolak kenyataan bahawa sumber-sumber adalah terhad. Sebaliknya Islam berpandangan
bahawa sumber yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia adalah mencukupi untuk
menjamin kelangsungan generasi manusia dan memenuhi keperluan mereka. Ini berdasarkan
kepada penegasan dari al-Qur'an sendiri, seperti Hrman Allah SWT yang bermaksud:

"Allah jualah yang menciptakan lang it dan bumi, dan menurunkan hujan dari lang it lalu
mengeluarkan dengan air hujan itu buah buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan fa
yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut
dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat
darinya). Dan fa juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk
kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup
kamu. Dan fa telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati.
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.
Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan
tempatnya lagi sang at tidak menghargai nikmat Tuhannya. ,,5
AI-ZamaIq1shan dalam mentafsirkan ayat ini mengatakan bahawa keperluan (hajat)
manusia di dalam maksud ayat " ... dan fa telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-
tiap apa jua yang kamu hajati ... " meliputi semua keperluan asasi kebidupan manusia.6
Maksud ayat ini disokong dengan maksud ayat terakhir
" .. jika kamu menghitullg nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan
bilangannya ... "
Yang menunjukkan sumber yang ada mencukupi untuk memenuhi keperluan hidup manusia.
Di samping ayat di atas, terdapat ayat-ayat lain yang menunjukkan sumber yang dijadikan
Allah di muka bumi ini mencukupi untuk manusia, antaranya flrman Allah yang bermaksud:
"Dan fa menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya,
serta fa melimpahkan berkat padanya, dan fa menentukan ada padanya bahan-bahan
keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki
oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa. ,,7

2. LARANGAN BERGANTUNG KEPADA TAKDIR YANG TIDAK JELAS

• Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ ُثَّم‬،‫ ُثَّم َيُك وُن ِفي َذ ِل َك ُم ْض َغ ًة ِم ْث َل َذ ِل َك‬، ‫ ُثَّم َيُك وُن ِفي َذ ِل َك َع َلَق ًة ِم ْث َل َذ ِل َك‬،‫ِإَّن َأَح َد ُك ْم ُيْج َم ُع َخ ْلُقُه ِفي َبْطِن ُأِّمِه َأْر َبِع يَن َيْو ًم ا‬
‫ َفَو اَّل ِذ ي اَل ِإَل َه َغْي ُر ُه ِإَّن‬، ‫ َو َش ِقٌّي َأْو َس ِع يٌد‬،‫ َو َع َم ِلِه‬،‫ َو َأَجِلِه‬،‫ ِبَك ْتِب ِر ْز ِقِه‬:‫ َو ُيْؤ َم ُر ِبَأْر َبِع َك ِلَم اٍت‬، ‫ُيْر َس ُل اْلَم َلُك َفَيْنُفُخ ِفيِه الُّر وَح‬
‫ َو ِإَّن‬،‫ َفَي ْدُخ ُلَها‬، ‫ َفَيْع َم ُل ِبَع َمِل َأْهِل الَّناِر‬، ‫ َفَيْس ِبُق َع َلْيِه اْلِكَتاُب‬، ‫َأَح َد ُك ْم َلَيْع َم ُل ِبَع َمِل َأْهِل اْلَج َّنِة َح َّتى َم ا َيُك وُن َبْيَنُه َو َبْيَنَها ِإاَّل ِذَر اٌع‬
‫ َفَيْدُخ ُلَها‬،‫ َفَيْع َم ُل ِبَع َمِل َأْهِل اْلَج َّنِة‬، ‫ َفَيْس ِبُق َع َلْيِه اْلِكَتاُب‬، ‫ َح َّتى َم ا َيُك وُن َبْيَنُه َو َبْيَنَها ِإاَّل ِذَر اٌع‬، ‫َأَح َد ُك ْم َلَيْع َم ُل ِبَع َمِل َأْهِل الَّناِر‬
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya
dalam keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah
selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari.
Kemudian diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat)
diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya
dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia. Demi Allah yang tidak ada tuhan melainkan-
Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak
antara dirinya dengan syurga tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan,
lalu dia melakukan amalan ahli neraka, maka masuklah dia ke dalam neraka. Sesungguhnya
di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dirinya dengan
neraka tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan
amalan ahli syurga, maka masuklah dia ke dalam syurga.” [Riwayat Muslim (2643)]
Di akhir hadith ini ada diceritakan berkaitan qadar atau ketentuan manusia itu telah
ditetapkan oleh Allah SWT sejak di alam rahim lagi. Akan tetapi, masalah qadar ini perlu
difahami dengan sebaiknya supaya tidak terjadi seperti golongan al-Jabariyyah dan juga
golongan al-Qadariyyah. Kedua golongan ini memahami konsep qadar dengan pemahaman
yang salah sehinggakan dua golongan ini dihukum terkeluar daripada ahli sunnah wa al-
Jama’ah.
Dalam memahami masalah ini, kita wajib beriman bahawa Allah SWT bersifat Maha
Mengetahui. Allah SWT Maha Mengetahui keadaan setiap manusia sebelum Allah SWT
menciptakan mereka lagi. Hal ini berdasarkan sebuah hadith Nabi SAW, daripada Ali bin Abi
Thalib RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ َو ِإاَّل َقْد ُك ِتَب َش ِقَّيًة َأْو َسِع يَد ًة‬، ‫َم ا ِم ْن َنْفٍس َم ْنُفوَسٍة ِإاَّل ُك ِتَب َم َك اُنَها ِم َن الَج َّنِة َو الَّناِر‬

Maksudnya: “Tidak ada jiwa yang bernyawa melainkan telah ditulis (atau ditentukan) akan
tempatnya di syurga atau neraka dan telah ditulis (atau ditentukan) juga bahawa dia akan
menderita atau bahagia.” [Riwayat al-Bukhari 1362)]
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah SWT memberi pilihan kepada manusia untuk
memilih jalan yang dikehendakinya. Tambahan pula, antara bukti lain bahawa Allah SWT
memberi pilihan kepada manusia dalam menentukan kehidupan mereka adalah berdasarkan
suruhan (tuntutan) Allah SWT kepada manusia agar mereka beriman kepada Allah SWT serta
mencegah mereka daripada melakukan syirik kepada-Nya. Sekiranya manusia itu tidak
mempunyai pilihan, maka larangan dan tegahan Allah SWT ini adalah sia-sia. [Lihat: al-Wafi
fi Syarh al-Arbain al-Nawawiyyah, 27-28]

3. LARANGAN TERHADAP AMALAN RIBA

Allah SWT menyeru semua mukminin supaya terus meninggalkan amalan riba sama ada atas
sifatnya sebagai pemakan, pemberi makan, saksi, pencatat dan apa juga kegiatan yang ada
hubungan dengannya.
Keputusan Muktamar al-Buhuts al-Islamiyah Kedua yang bersidang pada bulan Muharam
1385 hijrah bersamaan Mei 1965, bunga atas sebarang bentuk hutang semuanya adalah riba
yang diharamkan kerana nas al-Kitab dan al-Sunah semuanya dengan tegas mengharamkan
riba.
Lembaga Fiqh Islam yang bernaung di bawah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dalam
sidang Muktamar II di Jeddah, pada 10 hingga 16 Rabiulakhir 1406 hijrah (22 hingga 28
Disember 1985) telah memutuskan setiap tambahan atas hutang yang telah jatuh tempoh
pembayaran dan orang yang berhutang tidak mampu membayarnya dan sebagai imbalan atas
penangguhan itu, demikian pula tambahan atas pinjaman yang ditetapkan pada awal
perjanjian, maka kedua-dua bentuk ini adalah riba yang diharamkan dalam syariat.
Masih ada yang meyakini bahawa mereka tidak boleh lari daripada bunga sedangkan orang
Arab telah hidup selepas kedatangan Islam tanpa riba, mereka tetap berniaga secara bebas di
Asia, Afrika dan Selatan Eropah. Perniagaan mereka tidak tergendala bahkan memperoleh
keuntungan.
Pemilik yang memperoleh harta dengan cara riba hendaklah membebaskan diri dengan
membelanjakannya pada jalan kebajikan seperti membantu fakir miskin, anak yatim dan
badan kebajikan, bukan atas nama sedekah yang diharap mendapat pahala padanya.
Penderma pada hakikatnya adalah penyampai sahaja, bukan penderma yang hakiki kerana
harta itu bukan miliknya.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah, Sistem Ekonomi Islam adalah sistem yang padanya
terdapat bagaimana Islam mengatur kehidupan berekonomi dengan apa yang dimliki melalui
ketelitian berfikir yang meliputi nilai-nilai moral Islam dan Ilmu Ekonomi. Ia juga mengkaji
kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariah sama da pada peringkat perolehan,
penggunaan atau pengurusan sumber untuk maslahah diri, masyarakat dan negara
termasuklah aspek rohani dan jasmani untuk mencari mardhatillah.
PERBEZAAN TAMADUN ISLAM
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM TAMADUN BARAT
SUMBER  Sumber khusus: Al-Quran  Logik akal
TAMADUN  dan As-Sunnah  Percaya kepada sesuatu
 Sumber Am: Al-Ijtihad yang dapat dilihat oleh
yang terbahagi kepada dua pancaindera
iaitu ijma' dan qiyas,  Kebendaan
Istislah dan Istihsan
 Tamadun-tamadun lain
KEDUDUKAN  Mencakupi keseluruhan  Sebahagian daripada
AGAMA kehidupan manusia kebudayaan
samada keduniaan dan  Kebudayaan sentiasa.
keagamaan mengalami perubahan
 Pembaharuan mengikut  Agama dicorak oleh
Islam bukan sebaliknya perubahan
KONSEP  Segala bentuk  Perkara keduniaan
KESEPADUAN pembangunan kebendaan hanya untuk kehidupan
&PENGAWALAN berkait rapat dengan dunia semata-mata
kerohanian  Urusan tidak bersangkut
 Urusan mengikut prinsip- paut dengan agama
prinsip akidah, syariah dan Pengawalan undang-
akhlak undang yang longgar
 Bentuk pengawalan
tidak berasaskan iman
yang kukuh
KONSEP  Mengutamakan kemajuan  Kemajuan berasaskan
KEMAJUAN tetapi juga menekankan keuntungan semata-mata
cara matlamat tersebut  Berpegang kepada
dicapai konsep 'matlamat
 Menolak konsep 'matlamat menghalalkan cara'
menghalalkan cara'
PENEKANAN  Kemajuan Islam bersikap  Mengutamakan aspek
SUDUT lengkap Menekankan kebendaan dan
KEMAJUAN kedua-dua aspek mengetepikan aspek
kerohanian dan kebendaan kerohanian
 Krisis nilai yang teruk
akibat pengabaian aspek
kemajuan dari sudut
kerohanian
KEHIDUPAN  Mengaitkan kota atau  Hidup menetap
bandar sebagai tempat membawa kepada
bermulanya tamadun kelahiran bandar dan
seterusnya negara
SISTEM  Mempercepatkan proses  Dicipta untuk memenuhi
TULISAN penyebaran Islam yang keperluan kehidupan
memberi kesan terhadap  Contohnya, merekod
perubahan dalam semua sesuatu dengan
aspek kehidupan manusia menggunakan simbol-
simbol tertentu
ORGANISASI  Keadilan merupakan  Organisasi sosial lahir
SOSIAL aspek penting apabila manusia hidup
 Mementingkan persamaan bermasyarakat bagi
taraf antara sesama memenuhi keperluan
manusia hidup
 Manusia hidup
bergantung antara satu
sama lain
AGAMA DAN  Aqidah yang benar iaitu  Berbentuk politeisme
KEPERCAYAAN mempercayai Allah yang iaitu mempercayai
Maha Esa dan kerasulan banyak tuhan
Nabi Muhammad s.a.w  Unsur-unsur alam
sekitar disembah bagi
mengelak malapetaka
PENGKHUSUSAN  Setiap indidvidu dalam  Melambangkan
PEKERJAAN masyarakat wajib pekerjaan yang khusus
menjalankan tugas dengan dalam masyarakat
baik  Dibahagikan kepada
 Bebas memilih peranan petani, buruh, tentera,
sebagai anggota artisan, hamba dan
masyarakat sebagainya dalam
 Mobiliti sosial boleh menyediakan keperluan
berlaku hidup masyarakat

SAINS DAN  Islam telah melahirkan  Menjadi ukuran dalam


TEKNOLOGI ramai tokoh intelektual menentukan bangsa-
yang mengemukakan bangsa bertamadun
penemuan baru
 Islam tidak mengabaikan
aspek akhlak
Rujukan
1.https://www.scribd.com/doc/280678242/Perbezaan-Tamadun-Islam-Dan-Tamadun-Barat
2.https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/3169-irsyad-al-hadith-siri-ke-348-
ketetapan-qadar-manusia
3.https://www.google.com/url?q=https://jml.um.edu.my/index.php/JS/article/download/
22915/11437&usg=AOvVaw1Os4u3wk6nGd8vkIFMiAQO
4.https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/11/211497/tolak-riba-kukuh-ekonomi-islam
5.http://efoliopengurusandalamislam.blogspot.com/2018/02/tanggungjawab-majikan-dan-
pekerja-dalam.html?m=1

Anda mungkin juga menyukai