Anda di halaman 1dari 4

‫ حىت‬، ‫ والنصارى شبهت اخللق باخلالق فسرت هذه الش بهات يف أذهان الش يعة الغالة‬، ‫اخلالق باخللق‬

‫ وإمنا ع ادت إىل بعض‬، ‫ وكان التشبيه باألصل والوضع الشيعة‬.‫حكمت بأحكام اإلهلية يف حق بعض األئمة‬
.‫ وأبعد من التشبية واحللول‬، ‫أهل السّنة بعد ذلك ومتكن االعتزال فيهم ملا رأوا أن ذلك أقرب إىل املعقول‬
Tuhan dengan manusia, orang Nasrani menyamakan manusia dengan Tuhan, penyamaan
yang seperti ini berkembang dalam kalangan Syi’ah ekstrem sehingga mereka menetapkan
sifat ketuhanan itu ada pada sebahagian imam mereka. Penyamaan (tasybih) pada mulanya
berasal dari Syi’ah namun sesudah itu sebahagian dari mereka meninggalkan ajaran tersebut
dan mengikuti mazhab Ahl as-Sunnah. Sebahagian mereka yang menganut Mu’tazilah dapat
menerimanya kerana ia memang sesuai dengan akal mereka dan juga jauh dari ajaran tasybih
dan hulul.

‫ وبك ل بلد‬، ‫ وهلم ألق اب‬، ‫ والتناس خ‬، ‫ والرجع ة‬، ‫ والبداء‬، ‫ التش بيه‬: ‫وبدع الغالة حمص ورة يف أرب ع‬
، ‫ وبأذربيج ان الدقولي ة‬، ‫ ا ْز ِدِكي ة والس نباذية‬: ‫ وب الري‬، ‫ واُك وّذي ة‬، ‫ اُخلَّر ِم َّي ة‬: ‫ فيق ال هلم بأص بهان‬، ‫لقب‬
‫ُمل‬
.‫ املبيضة‬: ‫ ومبا وراء النهر‬، ‫ومبوضع احملمرة‬
Ajaran Syi’ah yang ekstrem berkisar pada empat perkara: tasybih, al-Bad’u, ar-Ruj’ah dan
at-Tanasukh (penjelmaan). Nama-nama mereka berbeza-beza iaitu sesuai dengan daerah
tempat tinggal mereka. Di daerah Rai dinamakan al-Muzdikiyyah dan as-Sanbaziyyah, di
daerah Arbijan dinamakan ad-Daquliyyah, di daerah al-Muhamarah, di daerah
Transcaucasus, dinamakan al-Mubidhah.

: ‫وهم أحد عشر صنفًا‬


Syi’ah yang ekstrem ini terdiri dari sebelas kelompok:

،‫ يعين أنت اإلله‬،‫ أنت‬،‫ أنت‬: ‫ أصحاب عبد اهلل بن سبأ الذي قال لعلي كرم اهلل وجهه‬: ‫(أ) الَّس َباِئية‬
‫ وك ان يف اليهودي ة يق ول يف يوش ع بن ن ون وص ي موس ى‬،‫ زعم وا أن ه ك ان يهودي ًا فأس لم‬،‫فنف اه إىل املدائن‬
‫ وهو أول من أظهر القول بالنص بإمامة علّي رضي اهلل عنه‬،‫عليهما السالم مثل مل قال يف علّي رضي اهلل عنه‬
.‫ومنه انشعبت أصناف الغالة‬
Pertama, kelompok as-Sabaiyah yang mengikuti ajaran ‘Abdullah ibn Saba yang pernah
berkata kepada ‘Ali, “Engkau, Engkau yakni engkau adalah Tuhan.” Kerana ucapan inilah ia
diasingkan dari kota Madain. ‘Abdullah ibn Saba adalah seorang Yahudi yang masuk Islam.
Dalam ajaran Yahudi, Yusya’ ibn Nun adalah penerima wasiat Musa maka demikian juga
‘Ali adalah penerima wasiat Nabi Muhammad SAW. Beliau yang pertama menyatakan
bahawa ‘Ali adalah imam yang ditetapkan melalui nas dan ajarannya ini berkembang menjadi
beberapa kelompok Syi’ah yang ekstrem.

‫ وه و ال ذي جييء يف‬،‫ وال جيوز أن يس توىل علي ه‬،‫ ففي ه اجلزء اإلهلي‬،‫زعم أن علًي ا حي مل ميت‬
‫ وأن ه س ينزل إىل األرض بع د ذل ك فيمأل األرض ع دًال كم ا ملئت‬،‫ وال ربق تبس مه‬،‫ والرع د ص وته‬،‫الس حاب‬
.‫جورًا‬
Katanya, “Ali tidak meninggal, kerana pada dirinya terdapat unsur ketuhanan yang tidak
mungkin musnah. Kerana itu ‘Ali berada di atas awan: petir sebagai suaranya, kilat sebagai
senyumannya dan dia akan turun kembali ke dunia ini pada saat dunia dilanda oleh kejahatan
dan ketidakadilan.”

‫ وهم أول فرقة‬،‫وإمنا أظهر ابن سبأ هذه املقالة بعد انتقال علّي رضي اهلل عنه واجتمعت عليه مجاعة‬
‫ وهذا‬:‫ قال‬،‫ وقالت بتناسخ اجلزء اإلهلي يف األئمة بعد علّي رضي اهلل عنه‬،‫ والرجعة‬،‫ والَغيبة‬،‫قالت بالتوقف‬
‫ هذا عمر بن اخلطاب رضي اهلل عنه كان يقول فيه‬،‫املعىن مما كان يعرفه الصحابة وإن كانوا على خالف مراده‬
‫ م اذا أق ول يف ي د اهلل فق أت عين ًا يف ح رم اهلل؟ ف أطلق‬:‫حني فق أ عني واح د باحلد يف احلرم ورفعت القص ة إلي ه‬
.‫عمر اسم اإلهلية عليه ملا عرف منه ذلك‬
‘Abdullah ibn Saba menyebarkan ajarannya setelah Saidina ‘Ali wafat kemudian diterima
oleh sekelompok orang. Dan inilah kelompok pertama yang mengamalkan tawaquf, al-
ghaibah, ar-ruj’ah dan penjelmaan roh ketuhanan ke dalam tubuh para imam selepas Saidina
‘Ali. Katanya, keyakinan yang seperti itu difahami mereka dari ucapan para sahabat, namun
apa yang dikatakan itu sangat berbeza dengan apa yang dimaksudkan oleh para sahabat.
Saidina ‘Umar ibn al- Khatab pernah berkata: pada waktu dilaksanakan hukuman mencungkil
mata di Masjid al-Haram dan cerita pelaksanaan ini disampaikan kepadanya. ‘Umar berkata:
Apa yang akan kukatakan bahawa tangan Allah yang aku gunakan untuk mencungkil mata
orang di Masjid al-Haram. ‘Umar menyebut nama Allah untuk dirinya. Dari kisah inilah
mereka memahami bahawa pada diri imam ada unsur ketuhanan.

‫ وطعن يف‬،‫ أكفر مجيع الصحابة برتكها بيعة علي رضي اهلل عنه‬،‫ أصحاب أيب كامل‬:‫(ب) الكاملية‬
‫ على أنه غال يف‬،‫ وك ان عليه أن خيرج ويظه ر احلق‬:‫ ق ال‬،‫ ومل يع ذره يف القع ود‬،‫علي أيض ا برتك ه طلب حق ه‬
‫ ويف‬،‫ وذل ك الن ور يف ش خص يك ون نب وة‬،‫ اإلمام ة ن ور يتناس خ من ش خص إىل ش خص‬:‫حق ه وك ان يق ول‬
.‫ وقال بتناسخ األرواح وقت املوت‬،‫ ورمبا تتناسخ اإلمامة فتصري نبوة‬،‫شخص يكون إمامة‬
Kedua, kelompok Kamiliyyah. Keyakinan kelompok ini bersumber dari ajaran Abu Kamil
yang mengkafirkan semua sahabat yang tidak membai’ah Saidina‘Ali ibn Abi Thalib. Mereka
juga menyerang Saidina ‘Ali kerana Saidina‘Ali tidak merebut haknya sebagai Khalifah,
bahkan mengkafirkan orang yang tidak ikut bertempur. Menurut mereka: Wajib bagi semua
orang ikut bertempur untuk membela kebenaran. Kelompok ini berlebihan dalam memberi
sifat imam yang menurut mereka imamah adalah nur (cahaya) yang berpindah dari diri
seorang kepada orang lain. Cahaya itu terkadang berada pada diri seseorang nubuah
(kenabian), pada diri orang lain dinamakan imamah. Mungkin sahaja imamah berpindah dari
seorang kepada orang lain ia menjadi nubuah dan menurutnya perpindahan ini terjadi ketika
orang seseorang itu meninggal.

‫ ولقد كان التناسخ مقالة لفرقة يف كل ملة‬،‫والغالة على أصنافها كلهم متفقون على التناسخ واحللول‬
،‫ ومن الفالسفة والصابئة ومذهبهم أن اهلل تعاىل قائم بكل مكان‬،‫ واهلند الربمهية‬،‫تلقوها من اجملوس املزدكية‬
.‫ وذلك مبعىن احللول‬،‫ ظاهر يف كل شخص من أشخاص البشر‬،‫ناطق بكل لسان‬
Kelompok-kelompok yang ekstrem ini, semuanya mempercayai penjelmaan dan hulul, dan
teori penjelmaan ini termasuk ajaran sebahagian kelompok agama Majusi Al-Mazdakiyyah
dan Brahmin di India. Para falsafah dan orang-orang Sabian dalam ajaran mereka percaya
bahawa Tuhan berada di dimana-mana, Tuhan berbicara melalui mulut sesiapa sahaja dan
lahir dari setiap orang. Keyakinan ini dinamakan sebagai hulul.

‫ أو‬،‫ فه و كإش راق الش مس يف ك وة‬،‫ أم ا احلل ول جبزء‬،‫ وق د يك ون بك ل‬،‫وق د يك ون احلل ول جبزء‬
.‫كإشراقها على البلور‬
Kadangkala hulul itu hanya terjadi pada sebahagian dan kadang-kadang terjadi hulul itu
secara keseluruhan. Contoh hulul sebahagian seperti cahaya matahari yang menembusi kaca
atau menembusi kristal.

.‫ أو شيطان حبيوان‬،‫أما احللول بكل فهو كظهور ملك بشخص‬


Hulul keseluruhan ialah seperti penjelmaan malaikat dalam bentuk manusia atau syaitan
dalam bentuk binatang.
‫ وسيأيت شرح ذلك عند عند ذكر فرقهم‬،‫ والرسخ‬،‫ والفسخ‬،‫ واملسخ‬،‫ النسخ‬:‫ومراتب التناسخ أربع‬
.‫ وأسفل املراتب الشيطانية أو اجلنية‬،‫ وأعلى املراتب مرتبة امللكّية أو النبوة‬،‫من اجملوس على التفصيل‬
Terdapat empat peringkat penjelmaan menurut mereka: An-Naskh, Al-Maskhu, Al-Faskhu
dan Al-Raskhu. Keempat-empat istilah ini penulis akan kemukakan pada huraian agama
Majusi. Peringkat yang tertinggi adalah Al-Malakiyyah atau An-Nubuah dan yang paling
rendah Asy-Syaitaniyyah atau Al-Jiniyyah.

.‫وهذا أبو كامل كان يقول بالتناسخ ظاهرا من غري تفصيل مذهبه‬
Inilah pendapat Abu Kamil yang berpegang kepada teori penjelmaan secara lahiriyah tanpa
memperincikan pendapatnya.

‫ وكان يفضل غلي ًا على‬،‫ هو األسدي‬:‫ وقال قوم‬،‫ أصحاب العلباء بن ذراع الدوسي‬:‫(ج) الَعْلَبائية‬
‫ وزعم أنه‬،‫ وكان يقول بذم حممد ﷺ‬،‫ ومساه إهلا‬،‫ يعين علي ًا‬،‫ وزعم أنه بعث حممدا‬،‫النيب ﷺ‬
.‫ ويسمون هذه الفرقة الذميمة‬،‫بعث ليدعو إىل علي فدعا إىل نفسه‬
Kelompok ketiga ialah al-‘Alabiyah. Kelompok ini mengikuti ajaran al-Alba ibn Zara’il al-
Dusi. Menurut sebahagian penulis sejarah al-Alba berasal daripada suku al-Asadi. Dia
mengagungkan ‘Ali melebihi Nabi. Menurutnya, Allah mengutus Muhammad iaitu ‘Ali dan
‘Ali sendiri adalah nama Tuhan. Dia mencela Nabi Muhammad kerana, menurutnya
Muhammad diperintahkan untuk mengajak manusia agar beriman kepada ‘Ali tetapi
sebaliknya Muhammad mengajak orang agar beriman kepada dirinya sendiri. Kelompok ini
juga disebut sebagai kelompok “Az-Zamimah”.

Anda mungkin juga menyukai