Anda di halaman 1dari 5

MENYANGGAH SYI’AH: IMAMAH, SIAPA YANG MENEPATI NAS?

Oleh Ustaz Ahmad Nasim bin Abd Rauf

Dipetik dari www.darulkautsar.net


 
Di antara taktik golongan Syi’ah untuk mengelirukan dan menipu umat Islam ialah dengan
menghubungkan ajaran mereka kepada imam-imam Ahlul Bait iaitu keturunan Nabi s.a.w.. Kerana itu
kepercayaan kepada imam-imam ini yang dipanggil akidah imamah adalah merupakan usul agama yang
paling utama di sisi mana-mana golongan Syi’ah. Tanpa kepercayaan kepada imam maka akan runtuhlah
akidah Syi’ah yang lain.
 
Di antara ulama yang mengingatkan umat Islam tentang taktik jahat ini ialah al-Imam al-Ghazali ketika
beliau menyebutkan beberapa helah golongan sesat untuk mengelirukan umat Islam.
 

‫الث''الث أال يظهر من نفسه انه مخ''الف لألمة كلهم وانه منس''لخ عن ال''دين والنحلة إذ تنفر القل''وب عنه‬
‫ولكن يعتزي' إلى ابعد الف''رق عن المس''لك المس''تقيم وأط''وعهم لقب''ول الخراف''ات ويتس''تر' بهم ويتجمل‬
‫بحب اهل البيت وهم الروافض‬
 
Helah ketiga (daripada bab ketiga-Helah Golongan Sesat): dengan tidak menampakkan daripada dirinya
bahawa ia menyalahi kebanyakan ummat, mendedahkan pegangan dan anutannya yang sebenar kerana
jiwa-jiwa manusia akan menjadi liar daripadanya (dengan terdedah pegangan sebenar) tetapi ia akan
menyandarkan (pegangannya) kepada golongan-golongan yang paling menepati jalan yang benar serta
paling patuh supaya diterima kekarutan-kekarutan ajarannya, boleh melindungi dirinya di sebalik mereka
dan menampakkan keindahan ajarannya dengan cintakan Ahlul Bait iaitu golongan Rafidhah (Syi’ah).[1]
 
Namun begitu golongan Syi’ah telah berpecah kepada beberapa puak dimana masing-masing mendakwa
bahawa mereka berada di landasan kebenaran di dalam pemilihan imam dan hanya imam merekalah yang
menepati pilihan Allah ta’ala. Kerana setiap golongan Syi’ah percaya bahawa imam-imam yang dilantik
dari pihak Allah menepati dalil pegangan mereka.
Syi’ah Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah berpegang kepada begitu banyak dalil yang menunjukkan bahawa
imam-imam mereka dilantik berdasarkan nas daripada Allah ta’ala. Antaranya:
 

‫ عن‬،‫ عن أب''ان‬،‫ عن فض''الة بن أي''وب‬،‫ عن محمد بن عيس''ى‬،‫ عن س''هل بن زي''اد‬،‫محمد بن الحس''ن‬


‫ أعرض عليك ديني ال''ذي‬:‫ قلت البي جعفر عليه السالم‬:‫ قال‬،‫ عن إسماعيل بن جابر‬،‫عبدهللا بن سنان‬
‫ أشهد أن ال إله إال هللا وح''ده ال ش''ريك له وأن محم''دا‬:‫فقلت‬.‫ هات قال‬:‫ فقال‬:‫أدين هللا عزوجل به؟ قال‬
‫ ثم ك''ان بع''ده‬،‫عبده ورسوله واالق''رار' بما ج''اء به من عند هللا وأن عليا ك''ان إماما ف''رض هللا طاعت''ه‬
‫ ثم ك''ان بع''ده علي بن‬،‫ ثم ك''ان بع''ده الحس''ين إماما ف''رض هللا طاعت''ه‬،‫الحسن إماما فرض هللا طاعته‬
‫ ه''ذا دين‬:‫ فق''ال‬:‫ أنت يرحمك هللا؟ ق''ال‬:‫ ثم قلت‬،‫الحسين إماما فرض هللا طاعته حتى انتهى االمر إليه‬
.‫هللا ودين مالئكته‬

 
Muhammad bin al-Hasan daripada Sahal bin Ziyad daripada Muhammad bin Isa daripada Fadhalah bin
Ayyub daripada Aban daripada Abdillah bin Sinan daripada Ismail bin Jabir katanya, aku berkata kepada
Abu Ja’far (Muhammad al-Baqir) a.s.: “Bolehkah aku kemukakan kepadamu agamaku yang aku beriman
kepada Allah ‘azzawajalla dengannya? Perawi (Ismail) berkata, maka Abu Ja’far a.s. berkata: “Silakan”.
Perawi berkata, maka aku pun berkata: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah yang esa tiada
sekutu bagi-Nya dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya dan aku mengakui terhadap apa yang
dibawa olehnya dari sisi Allah dan sesungguhnya Ali adalah imam yang difardhukan oleh Allah untuk
ditaati, kemudian selepasnya al-Hasan sebagai imam yang difardhukan oleh Allah untuk ditaati, kemudian
selepasnya al-Husain sebagai imam yang difardhukan oleh Allah untuk ditaati, kemudian selepasnya Ali
bin al-Husain sebagai imam yang difardhukan oleh Allah untuk ditaati sehinggalah urusan ini berakhir
kepadanya. Kemudian aku berkata: “Engkau juga, semoga engkau dirahmati oleh Allah?”. Perawi
berkata, lalu ia (Abu Ja’far) berkata: “Ini adalah agama Allah dan agama malaikat-malaikat-Nya”.[2]
 
Begitu jugalah berhubung dengan setiap imam daripada dua belas imam mereka. Semuanya dilantik dari
pihak Allah dan diwajibkan supaya menta’atinya. Al-Kulaini menukilkan riwayat berkenaan perlantikan
Abu al-Muhammad Hasan al-Askari:
 

‫ كنت عند أبي الحسن عليه الس'''الم بعد ما مضى ابنه أب'''وجعفر وإني‬:‫عن أبي هاشم الجعف'''ري ق'''ال‬
'‫ كأنهما أع''ني أبا جعفر وأبا محمد في ه''ذا ال''وقت ك''أبي الحسن موسى‬:‫الفكر في نفسي أريد أن أق''ول‬
‫ إذ ك''ان أبومحمد الم''رجى بعد‬،‫وإسماعيل ابني جعفر ابن محمد عليهم السالم وإن قص''تهما كقص''تهما‬
‫ نعم يا أبا هاشم ب''دا هلل في أبي محمد‬:‫أبي جعفر عليه الس''الم فأقبل' علي أبوالحسن قبل أن أنطق فق''ال‬
‫ كما بدا له في موسى' بعد مضي إسماعيل ما كشف به‬،‫بعد أبي جعفر عليه السالم ما لم يكن يعرف له‬
‫ عن''ده علم ما‬،‫ وأبومحمد' اب''ني الخلف من بع''دي‬،‫عن حاله وهو كما حدثتك نفسك وإن كره المبطل''ون‬
‫يحتاج إليه ومعه آلة االمامة‬

Daripada Abu Hasyim al-Ja’fari katanya, saya bersama Abu al-Hasan a.s. selepas kewafatan anaknya
Abu Ja’far dan terlintas di fikiran saya yang ingin saya katakan ialah seolah-olah Abu Ja’far dan Abu
Muhammad (Hasan al-Askari) pada waktu ini sama seperti apa yang telah berlaku kepada Abu al-Hasan
(Musa al-Kazhim) dan Ismail dua orang anak Ja’far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir a.s. dan kisah
kedua-duanya (Abu Ja’far dan Abu Muhammad Hasan al-Askari) sama seperti kedua-duanya (Abu al-
Hasan (Musa al-Kazhim) dan Ismail) kerana Abu Muhammad a.s. yang diharapkan (menjadi imam)
selepas Abu Ja’far a.s.. Lalu Abu al-Hasan a.s. mengadap saya sebelum saya sempat menuturkannya
dengan katanya: “Ya! Wahai Aba Hasyim. Telah berlaku bada’[3] kepada Allah tentang Abu Muhammad
selepas (kematian) Abu Ja’far a.s. sesuatu yang sebelum itu Dia tidak mengetahui tentangnya
sebagaimana berlaku bada’ kepada Allah tentang Musa al-Kazhim selepas kematian Ismail[4] apa yang
tersingkap tentang keadaannya. Ia berlaku sebagaimana yang terlintas di dalam hatimu walaupun orang-
orang yang sesat tidak menyukainya. Abu Muhammad anakku adalah pengganti selepasku. Dia
mempunyai ilmu yang diperlukan dan alat-alat imamah.[5]
 
Dua contoh ini sudahpun memadai sebagai dalil bahawa perlantikan imam di sisi Syi’ah Imamiyyah Ithna
‘Asyariyyah adalah daripada Allah. Begitu juga di sisi Syi’ah yang lain. Syi’ah Isma’iliyyah umpamanya
mengatakan imamah adalah salah satu usul Islam, asas dan tiang agama. Mereka berbeza dengan Ithna
‘Asyariyyah di dalam perlantikan imam selepas Ja’far as-Sadiq iaitu mereka tidak menerima Musa al-
Kazhim sebagai imam yang menggantikannya tetapi menetapkan bahawa Ismail adalah orang yang dilantik
oleh Allah sebagai imam. Seorang tokoh Isma’iliyyah Ali bin Muhammad al-Walid menjelaskan tentang
imamah dengan katanya:
 
“Imamah adalah kefardhuan dari Allah dan Ia menyempurnakan agama dengannya. Tidak sah beriman
dengan Allah dan rasul kecuali beriman dengan imam dan hujjah”.[6]
 
Ketetapan imam-imam di sisi Isma’iliyyah juga sebagaimana Ithna ‘Asyariyyah iaitu mengikut
sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah ta’ala walaupun berbeza orang yang layak menduduki jawatan
tersebut. Seorang tokoh Isma’iliyyah menyebutkan di dalam kitabnya:
 
“Hanya keturunan Ali sahaja yang layak menduduki tempat imam iaitu Hasan dan Husain kemudian dari
kalangan keturunan Husain bukan keturunan Hasan. Kemudian sesudah itu dari kalangan keturunan Ismail
bin Ja’far as-Sadiq dan bukan dari kalangan keturunan yang lain”.[7]
 
Bukti yang dikemukakan di atas menunjukkan bahawa Syi’ah Ithna ‘Asyariyyah dan Isma’iliyyah sepakat
di dalam akidah tentang kewajipan beriman kepada imam-imam maksum yang dilantik dari pihak Allah.
Tetapi mereka berbeza pendapat siapakah yang layak menduduki jawatan tersebut selepas Imam Ja’far as-
Sadiq.
 
Ini belum lagi dilihat kepada kelompok Syi’ah yang lain. Umpamanya Syi’ah al-Kaisaniyyah berbeza
pendapat di dalam pemilihan imam selepas Ali r.a. bila mereka mengatakan imam selepasnya ialah
Muhammad bin al-Hanafiyyah bukan Hasan r.a.. Begitu juga dengan pecahan-pecahan Syi’ah yang begitu
banyak, perbezaan mereka yang besar adalah dalam pemilihan imam selepas kematian seseorang imam dan
perbezaan tersebut bukanlah perkara ranting tetapi ia adalah termasuk di dalam pokok ajaran kerana ia
merupakan asas penting agama.
 
Kalau begitu, Syi’ah dari kelompok manakah yang menepati nas dari Allah ta’ala? Jikalau Imamiyyah
Ithna ‘Asya’irah menjadikan ayat at-Tathir sebagai dalil pegangan mereka, maka apakah Syi’ah-syi’ah
yang lain tidak menjadikan dalil yang sama untuk menguatkan pegangan mereka?[8] Siapakah dari
kalangan mereka yang menepati nas tersebut? Ayat itu ialah:
 
ْ ‫ت َويُطَه َِّر ُك ْ'م ت‬
‫َط ِهيرًا‬ ِ ‫س أَ ْه َل ْالبَ ْي‬ َ ‫إِنَّ َما ي ُِري ُد هَّللا ُ لِي ُْذ ِه‬
َ ْ‫ب َع ْن ُك ُم الرِّج‬

Bermaksud: Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak
menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "Ahlul Bait" dan hendak
membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).[9]
 
Di antara dalil golongan Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah di dalam menegakkan akidah imamah mereka ialah
hadith dua belas khalifah iaitu:
 

‫ْت إِلَى َج''ابِ ِر ْب ِن َس' ُم َرةَ َم' َع ُغاَل ِمي نَ''افِ ٍع أَ ْن أَ ْخبِ''رْ نِي' بِ َش' ْي ٍء‬ ُ ‫ال َكتَب‬ َ َ‫ص ق‬ ٍ ‫ع َْن عَا ِم ِر ْب ِن َس ْع ِد ْب ِن أَبِي َوقَّا‬
‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي' ِه َو َس'لَّ َم يَ''وْ َم‬
َ ِ ‫ْت َرسُو َل هَّللا‬
ُ ‫ي َس ِمع‬ َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم قَا َل فَ َكت‬
َّ َ‫َب إِل‬ َ ِ ‫َس ِم ْعتَهُ ِم ْن َرسُو ِل هَّللا‬
ً‫ُج ُم َع ٍة ع َِشيَّةَ ُر ِج َم اأْل َ ْسلَ ِم ُّي يَقُو ُل اَل يَ َزا ُل الدِّينُ قَائِ ًما َحتَّى تَقُو َم السَّا َعةُ أَوْ يَ ُكونَ َعلَ ْي ُك ْم ْاثنَا َع َش َر خَ لِيفَ 'ة‬
'‫آل ِكس َْرى‬ ِ ْ‫ض بَيْتَ ِك ْس َرى' أَو‬ َ َ‫ص ْيبَةٌ ِم ْن ْال ُم ْسلِ ِمينَ يَ ْفتَتِحُونَ ْالبَيْتَ اأْل َ ْبي‬
َ ‫ش َو َس ِم ْعتُهُ يَقُو ُل ُع‬ ٍ ‫ُكلُّهُ ْم ِم ْن قُ َر ْي‬
 
Daripada ‘Amir bin Sa’ad bin Abi Waqqas katanya, saya menulis kepada Jabir bin Samurah bersama
hambaku Nafi’ supaya engkau ceritakan kepadaku sesuatu yang engkau mendengarnya daripada
Rasulullah s.a.w., Dia (‘Amir) berkata, “lalu dia (Jabir) menulis kepadaku, “aku mendengar Rasulullah
s.a.w. pada hari Jumaat ……….. yang direjam Ma’iz al-Aslami bersabda: “Agama ini akan terus teguh
sehingga berlakunya kiamat atau sehingga kamu dikuasai oleh dua belas orang khalifah, mereka
semuanya dari Quraisy”. Aku mendengar Baginda bersabda lagi, “satu kelompok dari orang-orang Islam
akan menakluk rumah putih iaitu rumah (kerajaan) Kisra atau keluarga Kisra”.[10]
 
Kalaulah Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah menjadikan hadith ini sebagai dalil mereka maka bagaimana pula
dengan pecahan Syi’ah yang lain?[11]
 
Kalaulah dalil-dalil yang lain dijadikan hujah oleh Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah sama ada takwilan yang
bathil daripada ayat al-Quran maka mungkin juga pecahan Syi’ah yang lain menggunakan dalil yang sama
untuk menguatkan pegangan mereka. Ini kerana hujah mereka adalah sama iaitu untuk menguatkan akidah
imamah yang menjadi tunjang kepada ajaran mereka semua.
 
Jadi….. siapakah dari kalangan mereka yang menepati nas dan menepati kehendak Allah di dalam
pemilihan imam?[12]
 
 

[1] Al-Imam al-Ghazali Fadhaaih al-Bathiniah Bab Ketiga Peringkat-Peringkat Helah Mereka (Golongan Sesat) Dan
Sebab Manusia Terpedaya Dengan Mereka Walaupun Jelas Kejahatan Mereka, hal. 30
[2] Al-Usul Min al-Kafi jil. 1 hal. 188
[3] Nyata atau jelas sesuatu setelah tersembunyi. Bada’ bererti jahil tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Golongan
Syiah mempercayai Allah bersifat dengan sifat al-Bada’.
[4] Telah berlaku bada’ kepada Allah ta’ala iaitu pada peringkat permulaannya Allah menentukan Ismail sebagai imam
selepas Ja’far as-Sadiq tetapi apa yang berlaku ialah Ismail meninggal sebelum Ja’far as-Sadiq. Setelah Allah ta’ala
menyedari apa yang berlaku maka ia memindahkan penentuan imam kepada Musa al-Kazhim. Begitu juga keadaan
yang berlaku kepada penentuan imam selepas Abu al-Hasan iaitu Ali al-Jawad.
[5] Al-Usul Min al-Kafi jil. 1 hal. 326
[6] Taj al-‘Aqaaid wa Ma’din al- Fawaaid hal. 65 (sumber: Ihsan Ilahi Zahir, al-Ismaa’iliyyah Tarikh wa ‘Adaaid hal. 367)
[7] Qadhi an-Nu’man al-Maghribi, Da’aaim al-Islam hal. 109. sumber: Ihsan Ilahi Zahir, al-Ismaa’iliyyah Tarikh wa
‘Adaaid hal. 375)
[8] Syi’ah menjadikan ayat ini sebagai dalil akidah imamah dan imam-imam adalah maksum. Jawapan terhadap
pegangan mereka tersebut telah dijawab oleh ulama Ahlus Sunnah dan penulis juga memasukkan jawapan terhadap
dalil tersebut di dalam kertas kerja ‘sumber ajaran Syi’ah’.
[9] Al-Quran Surah al-Ahzab ayat 33
[10] Sahih Muslim
[11] Jawapan sebagai menolak hujah mereka berdasarkan dalil ini telahpun dikemukakan sebelum ini di dalam kertas
kerja ‘sumber ajaran Syi’ah’
[12] Kerana di dalam persoalan akidah tidak boleh berlaku perbezaan pendapat berbeza dengan perbezaan pendapat
dari kalangan Ahlus Sunnah yang hanya melibatkan persoalan furu’ iaitu feqah sahaja.

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2543

Anda mungkin juga menyukai