Anda di halaman 1dari 21

IMU601: FIQH MUQARRAN

GROUP NO: 6
TASK: GROUP ASSIGNMENT

SEMBELIH DALAM KONTEKS ISLAM DAN ISU-ISU BERKAITAN

LECTURER: DR MOHD ZUHAILI BIN SAIMAN


BI STUDENT’S NAME STUDENT’S ID
L

1 MUHAMMAD AQIL NAUFAL BIN ARMAN 2022798367

2 MOHAMAD FIRDAUS IWAN BIN JAMALUDDIN 2022770443

3 MUHAMMAD AMIR AKMAL BIN MUHAMMAD 2022753315


SUPIAN

4 MUHAMMAD AIMAN SYADHAMIER BIN SHUKRI 2022910267

SEMESTER 4 2022/2023
ACADEMY OF CONTEMPORARY ISLAMIC STUDIES
TABLE OF CONTENTS

1.0) PENDAHULUAN 1
1.1) DEFINISI SEMBELIHAN 1
1.2) CARA DAN KAEDAH PENYEMBELIHAN HAIWAN 2
1.2.1) AL-ZABHU 3
1.2.2) AL-NAHRU 3
1.2.3) AL-UQRU 4
1.3) SYARAT-SYARAT SAH SEMBELIHAN 5
1.4) RUKUN SEMBELIHAN 5
1.5) HUKUM SEMBELIHAN DALAM ISLAM 7
2.0) ISU DAN PENYEMBELIHAN 9
2.1) HUKUM KAUM HAWA MELAKUKAN PENYEMBELIHAN 9
2.2) PANDANGAN 4 MAZHAB DALAM SEMBELIHAN AHLI KITAB 12
2.3) HUKUM MEMAKAN JANIN HAIWAN SEMBELIHAN 14
2.4) ISU MENYEMBELIH HAIWAN MENGGUNAKAN MESIN 16
TEKNIKAL
3.0) KESIMPULAN 18
4.0) RUJUKAN 19q
1.0 PENDAHULUAN

1.1 DEFINISI SEMBELIHAN

Menurut sumber daripada portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tujuan
penyembelihan haiwan disyariatkan dalam islam adalah bagi untuk menghalalkan haiwan
tersebut agar dagingnya boleh dimakan serta bahagian yang lain boleh dimanfaatkan. Selain
itu, pemyembelihan ini juga dilaksanakan agar kita dapat menentukan sama ada haiwan yang
mati itu najis atau tidak.

Tambahan pula, agama islam amat mementingkan soal kebersihan, oleh itu, dengan
disyariatkan penyembelihan ini, maka kebersihan itu sudah tentu lebih terjamin seperti kita
membersihkan darah-darah yang kotor menyalir dari haiwan tersebut. Jika tidak berbuat
sedemikian, maka ianya dapat banyak memudaratkan manusia dalam aspek kebersihan serta
kesihatan.

Maka secara jelas bahawa penyembelihan adalah merupakan satu perintah daripada Allah
yang bersifat ta’abbudi yang mesti dipatuhi oleh umat islam sendiri.

Firman Allah Taala:

﴿ ‫ُحِّر َم ۡت َع َلۡي ُك ُم ٱۡل َم ۡي َتُة َو ٱلَّد ُم َو َلۡح ُم ٱۡل ِخ نِزيِر َو َم ٓا ُأِهَّل ِلَغ ۡي ِر ٱِهَّلل ِبِهۦ َو ٱۡل ُم ۡن َخ ِنَقُة َو ٱۡل َم ۡو ُقوَذُة َو ٱۡل ُم َتَر ِّد َيُة َو ٱلَّنِط يَح ُة َو َم ٓا َأَك َل ٱلَّسُبُع ِإاَّل‬
‫ٌۗق‬ ‫َٰل َٰذ‬
‫َم ا َذ َّك ۡي ُتۡم َو َم ا ُذ ِبَح َع َلى ٱلُّنُص ِب َو َأن َتۡس َتۡق ِسُم وْا ِبٱَأۡلۡز ِۚم ِلُك ۡم ِفۡس ٱۡل َيۡو َم َيِئَس ٱَّلِذ يَن َكَفُروْا ِم ن ِد يِنُك ۡم َفاَل َتۡخ َشۡو ُهۡم َو ٱۡخ َشۡو ِۚن ٱۡل َيۡو َم‬
‫ر‬ٞ‫َأۡك َم ۡل ُت َلُك ۡم ِد يَنُك ۡم َو َأۡت َم ۡم ُت َع َلۡي ُك ۡم ِنۡع َم ِتي َو َر ِض يُت َلُك ُم ٱِإۡل ۡس َٰل َم ِد يٗن ۚا َفَمِن ٱۡض ُطَّر ِفي َم ۡخ َم َصٍة َغ ۡي َر ُم َتَج اِنٖف ِإِّل ۡث ٖم َفِإَّن ٱَهَّلل َغ ُفو‬
‫م‬ٞ‫﴾َّر ِح ي‬

«3- Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan
darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang
yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul,
dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan
binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang
disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi

1
batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-
orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka
melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar
kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku
telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada
kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang
terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak
cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya
Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.»
(Surah Al-Maidah: 3)

1.2 CARA DAN KAEDAH PENYEMBELIHAN HAIWAN

Terdapat 3 cara atau kaedah penyembelihan haiwan yang disyariatkan islam iaitu:

1. Al- 2. Al-
Zabhu Nahru

3.
Al-‘Uqru

Rajah 1: Kaedah Penyembelihan Haiwan

2
1.2.1 Al-Zabhu

Al-Zabhu adalah merupakan suatu kaedah penyembelihan di mana ianya amat sesuai
digunakan pada haiwan yang tidak buas dan jinak serta mudah untuk melakukan proses
persembelihan. Kaedahnya seperti memutuskan halkum yang berada di bahagian atas leher
pada haiwan tersebut dengan menggunakan alatan yang telah ditetapkan seperti pisau yang
tajam. Antara contoh haiwan yang boleh menggunakan kaedah penyembelihan seperti
tersebut adalah seperti ayam, lembu, kambing dan seangkatan dengannya. Oleh itu, kaedah
penyembelihan seperti ini seringkali diguna pakai ketika melaksanakan ibadah korban ketika
perayaan aidil adha.

1.2.2 Al-Nahru

Seterusnya adalah kaedah al-nahru, iaitu menikam bahagian bawah leher haiwan jika mampu
serta memutuskan urat halkum dan mari’. Kaedah ini amat sesuai serta sunat digunakan pada
haiwan yang mempunyai leher yang panjang seperti unta. Hal ini kerana, berdasarkan
daripada firman Allah Taala di dalam Al-Quran menyatakan bahawa jika melakukan kaedah
yang sedemikian maka unta tersebut akan cepat mati.

Firman Allah Taala:

﴿ ‫﴾ َفَص ِّل ِلَر ِّبَك َو ٱۡن َح ۡر‬

«2- Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban
(sebagai bersyukur).»

(Surah Al-Kauthar: 2)

3
1.2.3 Al-‘Uqru

Kemudian pula adalah kaedah al-‘uqru, kaedah ini hanya boleh diguna pakai sekiranya tidak
mampu menyembelih menggunakan kaedah al-zabhu dan al-nahru. Kaedah ini mencederakan
mana-mana anggota haiwan yang mana ianya boleh mematikan haiwan tersebut. Selain itu,
kaedah ini juga turut dikenali sebagai penyembelihan darurat. Hal ini kerana, ianya hanya
berlaku sekiranya haiwan tersebut tidak dapat dikawal seterusnya tidak dapat
menyempurnakan penyembelihan tersebut dengan menggunakan kaedah al-zabhu dan al-
nahru.

Oleh itu, bagi mengelakkan daripada status haiwan tersebut bertukar menjadi najis atau
bangkai akibat daripada melakukan kesilapan ketika menggunakan kedua-dua kaedah
tersebut maka kaedah al-‘uqru perlu diketengahkan jika mempunyai permasalahan darurat
seperti tersebut ketika melaksanakan proses penyembelihan. Antara contoh yang
membolehkan menggunakan kaedah ini adalah seperti, sekiranya haiwan tersebut terjatuh ke
dalam tempat yang sempit seperti longkang serta mustahil untuk dikeluarkan haiwan tersebut
dari tempat yang sempit itu. Maka dengan itu kaedah ini boleh diguna pakai ketika berada di
dalam situasi darurat sedemikian. Kaedah ini diinspirasikan daripada kisah yang diriwayatkan
oleh Rafi’ Bin Khudaij. Kata beliau :

‫ ِإَّن‬: - ‫ صلى هللا عليه وسلم‬- ‫ َفَقاَل َر ُسوُل ِهَّللا‬، ‫ َفَنَّد َبِع يٌر َفَر َم اُه َر ُجٌل ِبَس ْهٍم َفَحَبَس ُه‬- ‫ صلى هللا عليه وسلم‬- ‫ُكَّنا َم َع َر ُسوِل ِهَّللا‬
‫ َفَم ا َنَّد َع َلْيُك ْم َفاْص َنُعوا ِبِه َهَك َذ ا‬، ‫َهِذِه اْلَبَهاِئَم َلَها َأَو اِبُد َك َأَو اِبِد اْلَو ْح ِش‬

Maksudnya :” Kami bersama dengan Rasulullah SAW. Ada seekor unta yang mengamuk lalu
seorang lelaki melepaskan panah dan mengkapnya. Rasulullah SAW bersabda : Haiwan ini
lari seperti mana larinya binatang liar. Jika dia berlaku liar maka lakukanlah seperti ini
(seperti mana lelaki tersebut lakukan).”
Riwayat Al-Bukhari (2488) & Muslim (5204)

4
1.3 SYARAT-SYARAT SAH SEMBELIHAN

Dalam Islam, sembelihan yang sah merupakan amalan yang terperinci dan diatur oleh
prinsip-prinsip agama. Syarat sah sembelihan terbahagi kepada tiga penyembeli (zabih),
keduanya adalah alat sembelih (alatu zabih) dan ketiga adalah haiwan yang ingin disembelih
(mazbuh). Ini antara syarat sah yang perlu dipatuhi dan di ikuti. Untuk penyembelih haruslah
beragama islam yang cukup akal sihatnya atau sekurang-kurangnya ahli kitab. Penyembelih
juga haruslah menyembelih dengan niat kerana Allah dan bukan untuk tujuan yang lain.

Manakala untuk haiwan yang ingin disembelih (mazbuh) haruslah Binatang yang halal
dimakan dan masih bernyawa dan bukan juga Binatang yang sudah dimati yang ingin
disembelih. Binatang tersebut juga perlu sihat dan mampu bergerak dengan kehendaknya
(hayat mustaqirrah) dan antara tanda tersebut adalah haiwan tersebut masih kuat fizikalnya
dan tidak sakit. Sebagai contohnya, lembu, unta, kambing dan seumpamanya haruslah
binatang daratan juga, kerana binatang di laut tidak perlu untuk disembelih.

Yang ketiga alat sembelih (alatu zabih) iaitu alat yang digunakan untuk menyembelih
binatang haruslah alat yang dibenarkan oleh syarakdan tajam sehingga dapat mengalirkan
darah dan memutuskan halkum serta mari’ , sebagai contohnya pisau kecuali gigi kuku dan
tulang, ini tidak dibolehkan untuk digunakan sewaktu penyembelihan dan tidak halal untuk
dimakan sekiranya menggunakan gigi, kuku dan tulang sewaktu menyembelih.

Penyembelihan secara khusus melibatkan pemotongan leher dan pembuluh darah utama
untuk memastikan keluarnya darah dari tubuh hewan. Prinsip ini tidak hanya mencerminkan
kebersihan dalam penyembelihan tetapi juga sebagai cara membersihkan daging dari darah,
yang merupakan aspek penting dalam ajaran Islam.

5
1.4 RUKUN SEMBELIHAN

Dalam sembelihan, terdapat beberapa rukun yang telah digariskan dan ditetapkan. Antara
rukun sembelihan yang perlu ada bagi membolehkan proses penyembelihan itu berlaku ialah :

Rukun

1. Penyembelih
Iaitu orang yang melakukan penyembelihan atau orang yang bertanggungjawab dalam
melakukan proses penyembelihan dan mematikan haiwan tersebut. Manakala syarat
asas dan disepakati bagi sesorang penyembelih pula ialah Islam, lelaki, baligh, berakal
dan tidak meninggalkan solat (Ibnu Rusyd).

2. Haiwan atau Binatang Sembelihan

Iaitu haiwan yang terlibat dalam upacara penyembelihan atau haiwan yang akan
disembelih. Haiwan tersebut mestilah terdiri daripada haiwan yang halal dimakan
seperti ayam, itik, kambing, kerbau, lembu, kibas, unta dan lain-lain.

3. Alat Penyembelihan

Iaitu alat yang akan digunakan untuk memotong leher dan urat-urat pada leher haiwan
sembelihan. Alat yang digunakan mestilah tajam bagi memudahkan proses
penyembelihan dan mempecepat kematian serta tidak menyiksa binatang tersebut.

6
1.5 HUKUM SEMBELIHAN DALAM ISLAM.

Dalam fiqh korban, hukum korban atau sembelih ini secara umumnya ialah sunat muakkad.
Apakah maksud sunat muakkad? Sunat muakkad ialah sunat yang amat digalakkan. Seperti
yang kita tahu, dalam Islam, hukum taklifi menjadi kompas dalam mengkategorikan hukum-
hukum dalam isu yang pelbagai. Dari perkara wajib hingga perkara haram, islam telah
membantu penganutnya dalam praktis harian dan kita sebagai pengikut hendaklah bersyukur
dengan cara memanfaatkan sumbangan para ulama dan ilmuwan agama dalam menjelaskan
kaedah dan hukum fiqh yang mudah difahami oleh umum. Ibadah sembelih dan korban
adalah dua perkara yg berbeza, seperti yang telah dinukilkan, ibadah korban hukumnya
adalah sunat muakkad.

Hukum bagi sembelihan pula dibenarkan selagi mematuhi syarak. Apa yang dimaksudkan
ialah sembelihan tersebut hendaklah mengikut cara dan tertib penyembelihan seperti yang
telah digariskan oleh syarak. Sembelihan ini boleh jatuh pada 3 hukum:1

Wajib:

Adapun hukum wajib jatuh ke atas satu aktiviti penyembelihan apabila contoh, binatang
korban yang seseorang itu telah bernazar dengan nama Allah untuk melakukan sembelihan ke
atasnya. Jadi apabila seseorang itu menyebut “Dengan nama Allah wajib ke atasku
menyembelih binatang ini untuk korban”, maka wajib atas individu tersebut menjalankan
nazar nya. Apabila sudah bernazar dengan nama Allah, binatang yang hendak disembelih itu
tidak boleh ditukar dengan haiwan yang selain haiwan yang telah dinazarkan pada asalnya.
Contoh jika Ali sudah bernazar dengan nama Allah untuk menyembelih lembu A iaitu haiwan
ternak beliau sebagai korban, dia tidak boleh menggantikan dengan lembu yang lain atau

1
Jabatan Mufti Terengganu. (n.d.). HUKUM MELAKUKAN KORBAN. Mufti.terengganu.gov.my.

http://mufti.terengganu.gov.my/index.php/perkhidmatan/unit-fatwa/kalam-mufti/266-hukum-

melakukan-korban

7
lembu yang lebih sihat atau gemuk. Unta dan biri-biri juga adalah tidak dibenarkan oleh
kerana dia telah bernazar dengan nama Allah untuk menyembelih lembu A.

Maka begitulah bagaimana hukum wajib boleh jatuh ke atas sembelihan dan korban. Selain
itu sebagai contoh Ali telah pun menjual lembu A yang telah dinazar untuk disembelih
dengan nama Allah untuk ibadah korban, dia hendaklah berusaha untuk mendapatkan lembu
tersebut kembali. Jika pembeli telah pun menyembelih binatang tersebut atau lembu tersebut
telah mati, maka Ali hendaklah membeli lembu yang sama umur dan jenis untuk disembeli
pada tahun yang sama.

Sunat:

Bagi hukum sunat, ia adalah lebih tepat untuk kita memahaminya sebagai sunat muakkad.
Sunat muakkad ini bermaksud sunat yang ditekankan. Sunat muakkad ini lebih mesra dengan
perbincangan tentang solat sunat rawatib. Namun begitu, ibadah korban yang dilakukan oleh
seluruh umat Islam apabila tiba sahaja Raya Haji, hukum bagi penyembelihan ketika ibadah
korban adalah sunat muakkad.

Ini boleh dikuatkan dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Kauthar ayat kedua dimana
Allah SWT telah menjelaskan supaya hendaklah kita menjalankan ibadah solat dan korban.
Ayat ini bukan sahaja turun untuk menyuruh para Muslim untuk solat dan berkorban sahaja,
tetapi juga satu keterangan bagaimana ayat sebelumnya Allah telah memberi nikmat yang
banyak dan cara yang paling afdal untuk seseorang Muslim itu menzahirkan rasa syukur itu
adalah dengan cara solat dan berkorban.

Dalam mengklasifikasikan halal dan haram, hukum di atas hanya boleh digunakan terhadap
daging mentah yang dibenarkan oleh Syarak.

Situasi haram pula hanya akan berlaku apabila segala rukun dan metod penyembelihan yang
telah digariskan oleh Syarak diabaikan. Maka ketika itu, sembelihan itu adalah Haram dan
Haram jugalah untuk orang Islam memanfaatkan atau makan daging sembelihan tersebut. 2

2
Ustaz Abdul Kadir. (2021). Hukum Dan Syarat Sembelihan. Binsahak.com.

https://binsahak.com/index.php/fiqh-dan-usul/2843-hukum-dan-syarat-sembelihan

8
2.0 ISU DAN PERMASALAHAN

2.1 HUKUM KAUM HAWA MELAKUKAN PENYEMBELIHAN

Berdasarkan sumber daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menyatakan bahawa


hukum jika seseorang wanita melakukan penyembelihan adalah tetap sah, akan tetapi perlu
memenuhi syarat-syarat sah penyembelihan yang telah ditetapkan oleh syarak terlebih
dahulu. Hal ini kerana, berlainan jantina tidak merupakan syarat-syarat sah penyembelihan
dan yang paling utama sekali adalah orang yang melakukan penyembelihan itu wajib
merupakan seorang muslim.

Di dalam satu hadis riwayat Ka’ab Bin Malik, beliau menceritakan :

‫َأَّن اْمَر َأًة َذ َبَح ْت َش اًة ِبَح َج ٍر َفُس ِئَل الَّنِبُّي َص َّلى ُهَّللا َع َلْيِه َو َس َّلَم َع ْن َذ ِلَك َفَأَم َر ِبَأْك ِلَها‬

Maksudnya: “Seorang wanita menyembelih seekor kambing. Kemudian ditanya kepada


Rasulullah SAW tentang sembelihan tersebut. Lantas Rasulullah SAW memerintahkan untuk
makan sembelihan yang dilakukan wanita tersebut.”

Riwayat al-Bukhari (5504)

9
2.1.1 PENDAPAT IMAM AL-NAWAWI

Menurut pendapat Imam al-Nawawi beliau bersetuju serta mengatakan bahawa hukum
penyembelihan yang dilakukan oleh wanita adalah sah dari segi syarak sekiranya memenuhi
semua syarat-syarat yang ditetapkan dan halal untuk memakannya.

Beliau juga berpandangan bahawa:

“Tidak syak lagi bahawa sembelihan wanita adalah halal. Ini berdasarkan hadis Ka’ab yang
dinyatakan oleh pengarang (al-Syirazi) di dalam kitab. Sembelihan lelaki lebih baik dari
sembelihan wanita sepertimana yang disebutkan oleh pengarang sendiri. Sama ada wanita
itu bebas, hamba,dalam keadaan haid atau nifas, muslimah atau kitabiah kesemua
sembelihan mereka sah dan halal dimakan. Ini yang dinyatakan secara oleh al-Syafie dan
para ulama mempersetujuinya.”

2.1.2 PENDAPAT IMAM MALIK

Selain itu, di sisi mazhab Maliki mempunyai perbezaan pendapat. Menurut Imam Malik,
adalah makruh jika sesuatu penyembelihan itu dilakukan oleh kaum wanita akan tetapi
hukum penyembelihan itu adalah sah serta halal untuk dimakan.

Diriwayatkan dari Ka’ab bin Malik r.a. beliau berkata:

‫َأَّن اْمَر َأًة َذ َبَح ْت َش اًة ِبَح َج ٍر َفُس ِئَل الَّنِبُّي َص َّلى ُهَّللا َع َلْيِه َو َس َّلَم َع ْن َذ ِلَك َفَأَم َر ِبَأْك ِلَها‬

Maksudnya: Sungguhnya seorang perempuan telah menyembelih seekor kambing. Maka


ditanya akan Rasulullah saw berkenaan perkara itu. Maka baginda memberitahu dengan
boleh memakannya.”

10
(Hadith riwayat Bukhari)

Oleh itu, secara ringkasnya ianya tidak berlaku sebarang permasalahan jika seseorang wanita
melakukan penyembelihan, akan tetapi segelintir pendapat ulama’ menyatakan bahawa
adalah lebih afdhal jika penyembelihan tersebut dilakukan oleh kaum lelaki. Hal ini kerana,
jika dilihat dari sudut pandangan kekuatan fizikal dan mental serta kemampuan yang dimiliki
oleh kaum lelaki, maka kaum lelaki lebih berhak untuk melakukannya.

11
2.2 PANDANGAN 4 MAZHAB DALAM SEMBELIHAN AHLI KITAB

Ahli kitab disini bermaksud komuniti atau kelompok yang mempunyai kitab suci dan diakui
dalam Islam. Sebutan ahli kitab ini khusus untuk kaun Yahudi dan juga Nasrani yang telah
disebutkan dalam al-Quran dan yang memiliki kitab suci masing-masing. Sebagai
pengetahuan lanjutan untuk agama Yahudi mereka menggunakan kita taurot yang
diwahyukan oleh Allah kepada nabi Musa, manakala untuk Nasrani (kristien) mereka
menggunakan kitab injil yang diwahyukan oleh Allah kepada nabi Isa.

Empat mazhab utama dalam Islam, iaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Shafi'i,
dan Mazhab Hanbali, mempunyai pendapat yang berbeza mengenai hukum sembelihan
hewan oleh ahli kitab (orang-orang yang mempunyai kitab suci, seperti Yahudi dan Nasrani)
dalam Islam. Walaubagaimanapun jumhur ulamak berpendapat bahawa sembelihan ahli kitab
ini diboleh kan dengan syarat mengikut cara sembelihan orang islam berdasarkan firman
Allah dalam surah al-Maidah ayat 5, yang membawa maksud “Pada hari ini dihalalkan
bagimu segala yang baik-baik. Makanan (sembelihan) Ahli Kitab itu halal bagimu, dan
makananmu halal bagi mereka.” Berdasarkan maksud ayat menunjukkan halal sembelihan
ahli kitab bagi orang Islam. Kerana mereka masih beriktikad dengan hukum harams
embelihan pada selain Allah dan mereka juga tidak menyebut pada sembelihan mereka
melainkan dengan nama Allah.

1. Mazhab Hanafi:

Pendapat utama Mazhab Hanafi adalah bahawa sembelihan ahli kitab diterima asalkan
hewan tersebut disembelih dengan cara yang mematuhi prinsip-prinsip Islam. Hewan
tersebut juga perlu disembelih oleh ahli kitab dan tindakan penyembelihan perlu
mengikut kaedah Islam dan perlu menyebut nama Allah. Sekiranya penyembelihan
tersebut menyebut nama selain Allah seperti Al-Masih, Uzair dan seumpamanya maka
haram bagi orang islam untuk memakannya jika terdengar mereka menyebut nama itu.
Jadi hukum memakan sembelihan ahli kitab menurut mazhab Hanafi halal dan boleh
dimakan oleh muslim sekiranya menyebut nama Allah. Berdasarkan hujah Mazhab
Hanafi berpendapat bahwa syarat-syarat tertentu perlu dipenuhi, termasuk penyebutan
nama Allah semasa penyembelihan.

2. Mazhab Syafie’:

12
Pendapat imam Syafie’ juga boleh untuk memakan haiwan sembelihan yang disembelih
oleh ahli kitab, akan tetapi dengan syarat untuk penyembelih (zabih), haiwan yang
disembelih (mazbuh) dan alat untuk menyembelih (alatu zubih). Pertamanya mestilah
dalam kalangan ahli kitab itu sendiri iaitu dari kalangan Yahudi dan Nasrani dan bukan
dari golongan yang murtad, penyembah berhala atau aethis dan tidak halal sembelihan
mereka untuk tujuan rumah ibadah mereka juga. Jadi sembelihan mereka halal dimakan
sekiranya nama Allah tidak disebut ketika sembelih tetapi dengan syarat mereka tidak
boleh menyebut selain dari nama Allah seperti al-Masih, Uzair dan seumpamanya.

3. Mazhab Maliki:

Pandangan imam Malik pula, Sembelihan ahli kitab diterima asalkan hewan tersebut
disembelih dengan cara yang mematuhi prinsip-prinsip Islam dan menjadi makruh
dimakan sekiranya ahli kitab itu sembelih haiwan itu tanpa menyebut nama Allah kerana
dengan menyebut nama Allah bukanlah syarat ke atas ahli kitab. Jadi hukum asal halal
dimakan menurut imam Malik sekiranya mengikut prinsip-prinsip islam. Prinsip-prinsip
penyembelihan harus sesuai dengan ajaran Islam, dan Ahli Kitab harus menyembelih
dengan menyebut nama Allah.

4. Mazhab Hanbali:

Pandangan mazhab Hanbali pula, disyaratkan menyebut nama Allah ketika menyembelih
sepertimana seorang muslim, jika ahli kitab sengaja tidak menyebut nama Allah atau
selain dari Allah maka tidak halal dimakan haiwan sembelihan itu. Sekiranya seorang
muslim itu tidak ketahui sam ada haiwan itu tidak disebutkan nama Allah keatas
sembelihan itu maka halal untuk dimakan. Sebahagian ulamak hambali berpendapat
bahawa lebih baik untuk elak dari memakan haiwan sembelihan ahli kitab.

Walaubagaimanapun, pada zaman kini sedia maklum bahawa kitab mereka ini sudah
diubah suai dan tertanya apakah halal untuk dimakan sekiranya ahli kitab pada zaman ini
yang menyembelih haiwan tersebut? Jadi pandangan dari Yusuf al-Qardhawi dalam kitab
al halal wal al haram fil islam. Beliau berpendapat bahawa memekan makanan ahli kitab
dari agama Yahudi dan Nasrani adalah halal untuk dimakan, walaupun cara sembelihan
itu menggunakan alatan elektrik selagimana ia benar dalam kefahaman ahli kitab dan
walaupun tidak menyebut nama Allah berdasarkan dari pandangan imam Maliki.
Kesimpulan yang boleh dibuat halal dimakan Binatang sembelihan ahli kitab.

13
2.3 HUKUM MEMAKAN JANIN HAIWAN SEMBELIHAN

Dalam masalah berkaitan status atau hukum memakan janin haiwan sembelihan, ulama
mempunyai pendapat yang berbeza-beza.

Mazhab Hanafi

Menurut pandangan Abu Hanifah, sekiranya janin atau anak haiwan sembelihan tersebut
masih hidup, maka hendaklah ianya disembelih terlebih dahulu. Dan sekiranya janin tersebut
dalam keadaan mati, maka hukumnya menyamai bangkai.

Alasannya adalah janin tersebut sudah memiliki nyawa dan kehidupan sendiri, oleh itu
penyembelihannya tidak boleh diwakilkan dengan penyembelihan haiwan lain iaitu induknya.

Mereka berhujah, Allah S.W.T mengharamkan bangkai dan haiwan yang tercekik. Dalam
perkara ini, janin tersebut sudah mati sehingga dikategori sebagai bangkai. Janin itu juga
dianggap tercekik.

Mazhab Maliki

Menurut ulama mazhab Maliki, janin tersebut halal dimakan dengan syarat penciptaannya
sudah sempurna dan sudah ditumbuhi rambut.

Pendapat mereka adalah berdasarkan sebuah hadis dari Ibnu Abi Laila. Beliau berkata,
Rasulullah S.A.W bersabda, “Sembelihan janin tergantung sembelihan induknya, sama ada
janin itu sudah tumbuh rambut ataupun belum.”3

Mazhab Syafi’i

Imam Syafi’i dan beberapa ulama yang lain berpendapat halal untuk dimakan janin tersebut
sekiranya janin tersebut telah mati di dalam perut induknya. Namun, Ibnu Umar
mensyaratkan janin tersebut telah tumbuh bulunya.

3
Fiqh Islam Wa Adillatuhu, Jld.4

14
Antara dalil yang dipegang adalah, dari Abu Sa'id r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Menyembelih janin adalah (dengan) menyembelih ibunya”.4

Selain itu, mereka berpegang dengan athar yang diriwayatkan dari Abdullah bin Kaab bin
Malik. Abdullah berkata: “Para sahabat Nabi S.A.W mengatakan bahawa apabila janin
tersebut telah tumbuh bulunya maka penyembelihannya sudah diwakili oleh penyembelihan
induknya”.

Mazhab Hanbali

Menurut Abu Abdillah (Imam Ahmad), walaupun janin tersebut telah halal dimakan tanpa
sembelih, beliau menggalakkan janin tesebut disembelih terlebih dahulu supaya darah yang
masih mengalir di dalam tubuhnya dapat keluar melalui penyembelihan tersebut.

Kesimpulannya, kebanyakkan mazhab membenarkan memakan janin yang mati di dalam


kandungan induknya. Hanya mazhab Hanafi sahaja yang tidak membenarkan memakannya,
sekiranya tidak disembelih.

4
At-Tirmidzi (4/1476)

15
2.4 HUKUM MENYEMBELIH HAIWAN MENGGUNAKAN MESIN TEKNIKAL

Seperti yang kita tahu, teknik penyembelihan yang digunakan oleh kilang-kilang atau
pengedar-pengedar daging mentah tidak menggunakan cara tradisional atau manual. Ini
kerana cara tersebut adalah sangat lambat dan memberi impak yang negatif terhadap jumlah
pengeluaran yang sesebuah kilang mampu keluarkan. Oleh itu teknik penyembelihan telah
melalui evolusi yang pelbagai setelah berdekad lamanya. Namun begitu, tidak dapat
dinafikan, isu atau masalah tentang teknik penyembelihan adalah sebuah isu yang normal dan
selalu mendapat tumpuan masyarakat kerana isu pnyembelihan ini amat sensitive lagi-lagi di
negara yang majoriti adalah Muslim.

Isu yang hendak dibentagkan adalah seperti yang tertera, menyembelih haiwan menggunakan
mesin teknikal. Walaupun bagi sebahagian pihak mungkin isu tersebut dikira enteng, tetapi
ada perlunya para asatizah dan ilmuwan agama mendalami isu tersebut dan memberi kata
putus. Ini kerana tanpa penilitian dari pihak pakar, isu tersebut akan sewenang-wenangnya
dibahaskan oleh netizen atau warga net. Bahayanya ialah apabila diskusi ini berlaku di
kalangan orang yang kurang berilmu, atau tidak pakar dalam bidang tersebut, ia akan
mencetuskan perbalahan dan kesimpulan yang lemah.

Sebelum kita mendalami isu tersebut, penting untuk kita tahu bahawa terdapat dua khilaf
dalam isu sembelihan. Pertama sekali ialah tasmiyyah atau bacaan nama Allah semasa sesi
menyembelih. Kedua pula ialah orang yang menyembelih. Disini terdapat dua kaedah Fiqh
yang telah dikeluarkan oleh Tuan Sidek dan Ridzwan Ahmad dalam Jurnal Pengurusan dan
Peneylidikan Fatwa:5

1) Dar al-Ifta al-Misriyyah

Kaedah ini menjelaskan bahawa aktiviti penyembelihan dimana seekor haiwan itu disembelih
selepas telah melalui teknik stunning namun masih hidup dengan syarat pisau yang
digunakan adalah tajam dan alat tersebut bukan lah seperti gigi dan kuku.

5
T.M., T. S., & Ahmad, R. (2018). Penggunaan Pisau Mekanikal dalam Industri Sembelihan Ayam

Halal: Analisis Menurut Perspektif Maqasid al-Shariah. Journal of Fatwa Management and Research,

13(1), 54–69. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol13no1.129

16
Kaedah ini memudahkan dan memahami konteks keperluan semasa dimana dalam
penyembelihan berskala besar, terdapat banyak proses dan SOP (Standard Operating
Procedure) yang rumit dan memakan masa yang banyak jika isu seperti ini tidak ada
kesimpulan atau kata putus dari pihak pakar.

2) Majlis Ulama’ Halal Food Authority (HFA) (2013)

Kaedah kedua pula mengiktiraf penggunaan pisan mekanikal yang tajam sebagai ganti pada
pisau manual. Ini kerana di kilang-kilang penyembelihan aktiviti menyembelih di masa kini
agak tidak realisitik untuk menyembelih haiwan dalam skala yang besar. Ia memerlukan
tenaga kerja yang sangat banyak, kos yang tinggi, prosedur yang lebih rumit dan efisinsi yang
rendah. Dalam mengaplikasikan metod atau kaedah ini, terdapat beberapa syarat yang
ditetapkan agak kaedah ini tidak di eskploitasikan oleh mana-mana pihak:

1) Penyembelih adalah seorang Muslim


2) Niat semasa penyembelihan adalah kerana dan dengan nama Allah SWT sahaja.
3) Semasa penyembelihan berlangsung, nama Allah hendaklah disebut secara konsisten
4) Pisau yang digunakan oleh mesin tersebut itu hendaklah lebih dari mampu untuk
memotong 4 urat yang penting iaitu halkum, mari’, vena jugular dan arteri koratid (wajadin).
5) Semasa penyembelihan berlaku, haiwan yang disembelih hendaklah dikeluarkan sebanyak
mungkin
6) Semasa stunning, proses tersebut hendaklah tidak menggunakan renjatan yang terlampau
tinggi sehingga boleh mengakibatkan kematian pada haiwan tersebut.

17
3.0 KESIMPULAN

Kajian ini kami nukilkan dengan harapan agar dapat memberi manfaat dan sedikit sebanyak
membantu para pelajar, pensyarah dan mana-mana penuntut ilmu yang ingin belajar dan
mengambil tahu dengan lebih mendalam tentang sembelihan dalam Islam.

Kami telah cuba sedaya upaya dalam memastikan setiap isi dan tajuk yang dibincangkan
dalam kajian ini diterangkan secara ringkas dan padat. Selain itu kami kepilkan beberapa
sumber rujukan agar pembaca juga dapat membaca dan melihat sendiri dari sumber asal.

Diharapkan kajian ini dapat memenuhi kriteria yang digariskan oleh UITM dan pensyarah
bagi subjek ini. Segala kesalahan dan kecuaian kami memohon maaf dan kami bersedia untuk
menerima apa jua kritikan dan komentar dari pembaca. Akhir kalam, ayuhlah kita mendalami
isu sembelihan bukan sahaja dari aspek negara tapi juga dari sudut global.

18
4.0 RUJUKAN

Jabatan Mufti Terengganu. (n.d.). HUKUM MELAKUKAN KORBAN.


Mufti.terengganu.gov.my.
http://mufti.terengganu.gov.my/index.php/perkhidmatan/unit-fatwa/kalam-mufti/266-
hukum-melakukan-korban
T.M., T. S., & Ahmad, R. (2018). Penggunaan Pisau Mekanikal dalam Industri Sembelihan
Ayam Halal: Analisis Menurut Perspektif Maqasid al-Shariah. Journal of Fatwa
Management and Research, 13(1), 54–69.
https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol13no1.129
Ustaz Abdul Kadir. (2021). Hukum Dan Syarat Sembelihan. Binsahak.com.
https://binsahak.com/index.php/fiqh-dan-usul/2843-hukum-dan-syarat-sembelihan
Wahbah az-Zuhaili, Prof, Dr, (2005) Fiqh Islam Wa Adillatuhu. Jld.5. Damsyik: Dar al Fikr.

Ibnu Rusyd. Bidayatul Mujtahid. Jld.1

Ibnu Qudamah. al-Mughni. Jld.14

BIBLIOGRAPHY MUHADI, M. S. (2018, DISEMBER 21). IRSYAD AL-FATWA #277 : HUKUM SEMBELIHAN
WANITA. Retrieved from PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN:
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2902-irsyad-al-
fatwa-277-hukum-sembelihan-wanita-2

MUHADI, M. S. (2019, APRIL 29). AL-KAFI #1243 : CARA SEMBELIHAN UNTA.


Retrieved from PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN:
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3354-al-kafi-1243-cara-
sembelihan-unta

19

Anda mungkin juga menyukai