Anda di halaman 1dari 29

IIP3005 AL-'URF WA AL-MASLAHAH (AL-'URF WA AL-MASLAHAH)

TAJUK:

PENGGUGURAN KANDUNGAN KERANA ZINA. KAJIAN HUKUM MENURUT


URUF DAN MASLAHAH

PENSYARAH:

DR. RIDZUAN BIN AHMAD

KAMI MENGAKUI BAHAWA KERTAS KERJA INI DITULIS BERDASARKAN


KERJASAMA SEMUA AHLI. SEGALA RUJUKAN DAN NUKILAN YANG
BERKAITAN TELAH KAMI NYATAKAN BERSAMA SEBAGAIMANA TERTERA
DI DALAMNYA.

NAMA SISWA NO. MATRIK TANDATANGAN

KHAIRUL ASYRAF BIN IIM160010


ZUKHAIRY

MOHD FARIDZHUAN FIRDAUS IIM160037


BIN MOHD NANYAN

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA


2019/2020
ISI KANDUNGAN

1.PENDAHULUAN ............................................................................................... 2

2.KONSEP ZINA.................................................................................................... 3

3.HUKUM ANAK ZINA........................................................................................ 4

4. KONSEP PENGGUGURAN .............................................................................. 5

5.PENGGUGURAN DARI PELBAGAI PERSPEKTIF........................................ 7

6.HUKUM PENGUGURAN AKIBAT ZINA ....................................................... 8

7.PENUTUP .......................................................................................................... 12

8. RUJUKAN ........................................................................................................ 13

1
1.PENDAHULUAN

Marcapada ini persoalan yang dihadapi oleh umat islam semakin merumitkan
kerana masyarakat ada masa kiri tidak seperti pada zaman dahulu. Dengan adanya
keesatan maklumat di dalam media sosial ada masa kini, semua maklumat
disalurkan dalam sekelip mata sahaja. Namun jika silap menerima maklumat,
menyelidinya maka ilmu yang salah akan diterima bulat-bulat oleh masyarakat
umum.

Islam adalah agama yang mengajarkan kepada umatnya mengenai


hubungan dengan manusia dan bermualamat sesama manusia. Semenjak
kedatangan Islam ada zaman Rasulullah s.a.w., martabat kaum wanita mendapat
tempat oleh agama Islam. Antaranya adalah kehormatan kaum wanita. Sebelum
kedatangan Islam lagi sudah ada seks bebas, maka perkara seks ini apabila tidak
diletakkan dalam tempatnya ia akan menjadi sesuatu yang terlarang.

Firman Allah s.w.t:

(٣٢) ‫ﺸﺔً َو َﺳﺎءَ َﺳﺒِ ًﻴﻼ‬ ِ َ‫اﻟﺰَ ۖ� إِﻧﱠﻪ َﻛﺎ َن ﻓ‬


َ ‫ﺎﺣ‬ ُ ِّ ‫َوَﻻ ﺗَـ ْﻘ َﺮﺑُﻮا‬

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. 1

Zina adalah satu perbuatan terkutuk dan sangat ditegah dengan jelas oleh
Allah di dalam Al-Quran. Hal ini adalah kerana erbuatan zina berkait raat dengan
asek keturunan seseorang. Bagi menjaga Hifz Nafs, maka dengan sebab itulah
erbuatan zina ini diharamkan. Antara lain bagi sebabnya adalah, anak yang
dilahirkan melalui erbuatan zina ini tidak jelas.

Maka penulis di dalam artikel ini, akan mengupas mengenai konsep zina,
dalil-dalil pengharaman zina, pendapat ulama dan seterusnya menjurus kepada
konsep pengguguran janin seperti yang dinyatakan dalam tajuk utama penulisan ini

1
Al Quran Al Karim

2
dibuat. Dalam ada itu, penulis akan terus menjurus kepada konsep penggugran
janin, dalil-dalil, pendapat ulama mengenai pengguguran janin ini, hukumnya
menurut syarak dan dan ‘urf pengguguran janin di Malaysia dibandingkan dengan
negara luar seperti Wales, Amerika dan sebagainya yang akan diterang kan di dalam
bab seterusnya dalam artikel ini.

2.KONSEP ZINA

Bagaimanakah hukum zina menurut ersektif syarak? Allah s.w.t. telah menjelaskan
di dalam Al Quran di dalam Surah Annur ayat 2 2 yang menyatakan:

ِ‫اﺣ ٍﺪ ِﻣ ْﻨـﻬﻤﺎ ِﻣﺎﺋَﺔَ ﺟﻠْ َﺪ ۖةٍ وَﻻ َﺄﺗْ ُﺧ ْﺬ ُﻛﻢ ﻬﺑِِﻤﺎ رأْﻓَﺔٌ ِﰲ ِدﻳ ِﻦ ﱠ‬
‫اﻪﻠﻟ إِن‬ ِ ِ َ‫اﻟ ﱠﺰاﻧِﻴﺔُ واﻟ ﱠﺰ ِاﱐ ﻓ‬
َ َ َ َ َ ُ ّ ‫ﺎﺟﻠ ُﺪوا ُﻛ ﱠﻞ َو‬
ْ َ َ
ِ ِ ِۖ ِ ِ ِ
َ ِ‫ُﻛﻨﺘُ ْﻢ ﺗُـ ْﺆﻣﻨُﻮ َن ِﺎﺑ ﱠﻪﻠﻟ َواﻟْﻴَـ ْﻮم ْاﻵﺧ ِﺮ َوﻟْﻴَ ْﺸ َﻬ ْﺪ َﻋ َﺬ َاﻬﺑُ َﻤﺎ ﻃَﺎﺋَِﻔﺔٌ ّﻣ َﻦ اﻟ ُْﻤ ْﺆﻣﻨ‬
(٢) ‫ﲔ‬

2. Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah


tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas
kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan)
agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan
hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh
sekumpulan orang-orang yang beriman.

Firman Allah lagi di dalam Surah Al A’raf ayat 81 :

(٨١) ‫ﺴ ِۚﺎء ﺑَ ْﻞ أَﻧﺘُ ْﻢ ﻗَـ ْﻮٌم ﱡﻣ ْﺴ ِﺮﻓُﻮ َن‬ ِ ِ ِ


َ ّ‫ﺎل َﺷ ْﻬ َﻮةً ّﻣﻦ ُدون اﻟﻨ‬ ِّ ‫إِﻧﱠ ُﻜ ْﻢ ﻟَﺘَﺄْﺗُﻮ َن‬
َ ‫اﻟﺮ َﺟ‬

81. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada


mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.

Surah Al A’raf ayat 84:

2
Al Quran Al Karim

3
ِ‫ﻒ َﻛﺎ َن ﻋﺎﻗِﺒﺔُ اﻟْﻤﺠ ِﺮ‬ ۖ
(٨٤) ‫ﲔ‬‫ﻣ‬
َ ُْ َ َ َ ‫ﻴ‬ ‫ﻛ‬
َ
ْ ْ ‫ﺮ‬ُ‫ﻈ‬ ‫ﺎﻧ‬‫ﻓ‬
َ ‫ا‬ ‫َوأ َْﻣﻄَ ْﺮَ� َﻋﻠَْﻴ ِﻬﻢ ﱠﻣﻄًَﺮ‬

84. Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah
bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu.

Maka sudah terang lagi bersuluh bahawa menurut Islam, Allah telah
melarang sekeraas, kerasnya erbuatan zina, homoseksual yang keji lagi mungkar
ini.

3.HUKUM ANAK ZINA 3

Penulis akan menerangkan dahulu hukum anak zina ini, barulah kita akan
melangkaui keada bab-bab yang seterusnya. Di dalam sistem perundangn
Malaysia, seperti yang diterangkan, anak zina diistilahkan sebagai anak luar nikah
atau anak tidak sah taraf.

Terdaat beberapa perbezaan antara hukum syarak dan perundangan hukum


syariah di Malaysia dalam menentukan nasab anak luar nikah (anak zina) ini. Dalam
hukum syarak, anak zina tersebut tidak boleh dinasabkan iaitu di “bin” kan atau di
“binti” kan keada bapa biologinya. 4 Manakala dari sudut undang-udnang di
Malaysia anak zina tersebut boleh dinasabkan keada nama Abdullah ataupun salah
satu nama Allah dalam Asma Ul-Husna. Namun, hak jagaan anak (hadhanah) teta
akan diserahkan keadaa ibu kerana ibu kandung bagi anak tersebut masuk lagi
memunyai hubungan dengan anak zina tersebut. Namun terdaat sebuah kes di
Terengganu, Zafrin Zulhilmi bin Pauzi v Noor Aini binti Nasron Kes No: 11300-
006-0033-2012 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu yang diputuskan

3
Terdapat 3 istilah yang digunakan dalam masalah ini iaitu, anak zina, anak tak sah taraf dan anak
luar nikah. Anak zina adalah istilah yang digunaan di dalam fiqh islam kerana ianya hasil daripada
perzinaan, manakala istilah anak tak sah taraf digunakan pada undang-undang di Malaysia bagi
anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2 saat daripada tarikh persetubuhan dan istilah anak luar
nikah ialah istilah yang biasa digunakan oleh masyarakat pada zaman ini.
4
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Bil. 2 yang
bersidang pada 31 Julai 2017 bersamaan 7 Zulkaedah 1438H. "Isu Penamaan “Bin/Binti
Abdullah” Kepada Anak Tidak Sah Taraf,." 2017. Diambil 1 Disember, 2019, from http://e-
smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/15534.

4
pada 7 Ogos 2012. Kes ini merujuk kepada permohonan oleh Zafrin Zulhilmi
bin Pauzi, pemohon, supaya Mahkamah membuat sabitan bahawa bayi
perempuan, Nur Damia Aqilla binti Abdullah adalah anak sah taraf mengikut
hukum syarak bagi pasangan Noor Aini binti Nasron dengan pemohon.

Merujuk kepada sijil kelahiran, bayi perempuan tersebut telah


dilahirkan pada 3 September 2010. Pemohon telah diakadnikahkan dengan
Noor Aini binti Nasron, Responden pada 16 April 2010. Responden tidak
pernah membantah permohonan pemohon, malah turut menyokong permohonan
supaya Nur Damia Aqilla disabitkan sebagai anak sah taraf mengikut hukum
syarak kepada Zafrin Zulhilmi bin Pauzi, Pemohon. Bayi perempuan tersebut,
Nur Damia Aqilla dilahirkan kurang dari enam bulan daripada tarikh akad
nikah perkahwinan iaitu hanya selama empat bulan dua puluh empat hari. Setelah
meneliti fakta dan keterangan, Mahkamah telah membuat keputusan bahawa
bayi bernama Nur Damia Aqilla binti Abdullah hendaklah dinasabkan kepada
kepada pemohon, Zafrin Zulhilmi bin Pauzi. Mahkamah berpandangan bahawa
anak tak sah taraf boleh dinasabkan kepada bapa walaupun anak tersebut
dilahirkan kurang daripada enam bulan tarikh akad nikah. Mahkamah walau
bagaimanapun memutuskan bahawa pemohon tidak boleh menjadi wali kepada
bayi tersebut dan juga tidak boleh saling mempusakai. 5

4. KONSEP PENGGUGURAN

Pengguguran adalah satu perkara yang dilarang untuk dilakukan. Isu pengguguran
kandungan merupakan suatu isu yang sering diperkatakan dalam masyarakat yang
mengamalkan gaya hidup serba moden kini. Media cetak dan elektronik kerap
melaporkan kes-kes berkaitan pengguguran haram dengan peningkatan
peratusannya. Pengguguran kandungan ini telah membarah dalam masyarakat,

5
Irwan Mohd Subri, Z. H., Lukman Abdul Mutalib, (2015). "Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah
Terengganu Tentang Nasab Anak Tak Sah Taraf: Krisis Perundangan?" Al-Qanatir International
Journal of Islamic Studies.

5
antara lainnya merupakan kesan daripada kecanggihan perubatan moden yang telah
berjaya mengurangkan kos dan kesakitan kepada wanita yang bertekad untuk
menggugurkan kandungan. Namun, dalam memahami konsep pengguguran itu,
boleh kiranya untuk memahami pengguguran secara literal.

Secara literalnya, pengguguran menurut Kamus Dewan (2007) berasal dari


perkataan “gugur” yang membawa kepada pelbagai maksud antaranya jatuh
sebelum masak, luruh, buang atau hilang. Manakala bagi tujuan definisi ‘gugur’
dalam konteks ini, ia lebih merujuk kepada isu bayi yang lahir sebelum cukup
bulan. Perkataan ‘menggugurkan’ pula membawa makna mengeluarkan anak
sebelum cukup bulan (dengan sengaja). Manakala kata terbitan daripada perkataan
gugur’ iaitu ‘pengguguran’ pula ditakrifkan sebagai perihal perbuatan atau tindakan
menggugurkan. Menurut Kamus Bahasa juga, perlu untuk kita klasifikasikan antara
keguguran dan pengguguran di mana kedua – dua mempunyai fungsi dan makna
yang berbeza. keguguran bermaksud melahirkan anak sebelum cukup bulan
(dengan tidak sengaja), sedangkan kalimah pengguguran pula membawa maksud
perbuatan menggugurkan iaitu mengeluarkan anak yang juga belum cukup bulan
tetapi dengan sengaja.

Pengguguran juga disebut sebagai al-Ijhad ‫اﻹﺟﻬﺎض‬dalam Bahasa Arab adalah


merupakan kata terbitan bagi perkataan ajhada yang bermaksud menggugurkan.
Kata-kata ajhadat al-mar’ah waladaha pula bermaksud perempuan itu telah
menggugurkan kandungannya yang tidak sempurna kejadiannya. Dalam Bahasa
Inggeris menurut Oxford Dictionary of Law, perkataan abortion digunakan dengan
maksud penamatan kehamilan, keguguran atau pembuangan janin dari rahim
sebelum tamat tempoh kehamilan yang normal. 6 5F

6
Siti Khatijah Ismail and Mohd Badrol Awang (2013). "Pengguguran dan Justifikasi Perundangan
Mengikut Undang-undang Islam dan Peruntukan Seksyen 312 Kanun Keseksaan." Jurnal Islam
dan Masyarakat Kontemporari 6: 13-24.

6
5.PENGGUGURAN DARI PELBAGAI PERSPEKTIF

Di sini kita dapat lihat pengguguran ini boleh dikaji dan diterokai dalam pelbagai
aspek mahupun perspektif iaitu melalui perspektif perubatan, melalui perspektif
undang – undang dan melalui perspektif Islam. Ketiga – tiga perspektif ini
menjanjikan kepada kita akan penguguran ini dapat difahami dalam pelbagai aspek
yang berbeza. Perspektif yang pertama ialah melalui aspek perubatan di mana
menurut ahli perubatan, pengguguran ini boleh dimaksudkan dengan penamatan
kandungan dalam uterus sebelum fetus mencapai tahap keboleh hidupan, iaitu
sebelum fetus itu mampu untuk hidup di luar rahim tanpa sebarang bentuk alat
bantuan.

Kebiasaanya, tahap kebolehhidupan itu bermula pada selepas minggu ke 28


di mana ia ini dikira bermula dari hari pertama kitaran haid yang terakhir. Selain
itu, dalam kalangan ahli perubatan juga, penggguguran ini biasanya dirujuk dengan
penamatan kehamilan (termination of pregnancy) yang mana ianya tidak
dikehendaki dengan sengaja. Dalam dunia perubatan, terdapat 3 jenis pengguguran
kandungan iaitu pengguguran kandungan spontan atau semulajadi, pengguguran
kandungan buztan atau sengaja dan pengguguran kandungan terapeutik atau
perubatan. Bagi konteks kertas kerja ini, penguguran dek kerana zina ini
dikategorikan dalam jenis penguguran kedua iaitu pengguguran buatan atau sengaja
yang mana ianya amat dilarang dalam konteks dunia perubatan di Malaysia.

Selain dari aspek perubatan, jika kita telusuri pengguguran dari aspek
undang – undang, pengguguran ini merupakan satu kesalahan yang diletakkan
dalam Seksyen 312 dan 313 Kanun Keseksaan. Namun begitu, peruntukan ini tidak
secara jelas menrangkan dengan ditil apa yang dimaksudkan dengan penggguguran.
Hal ini menyebabkan pengamal undang – undang mengalami kesukaran dalam
menafsirkan atau mengklasifikasikan satu perbuatan itu merujuk kepada
penggguguran ataupun tidak. Maka dengan itu, untuk mensabitkan sesaorang
dengan kesalahan ini, beban pembuktian yang maksimal untuk di nyatakan berada

7
di bawah tanggungjawab Pendakwaraya untuk memasitkan pendakwaannya itu
mencapai tahap prima facie. Jelaslah, dengan adanya peruntukan kesalahan
pengguguran ini dalam konteks undang – undang Malaysia ini, dapat diperlihatkan
bahawa negara ini sangat mengambil serius isu ini dan tindakan sewajarnya akan
diambil kepada sesiapa yang melakukan kesalahan ini,

Terakhir, penguguran menurut perspektif Islam pula merujuk kepada


definisi yang dinyatakan oleh ulama feqah iaitu pengguguran ini berasal dari

perkataan ‫اﻹﺟﻬﺎض‬iaitu jatuh janin yang telah sempurna dan telah ditiupkan roh,
tetapi belum hidup. Manakala pengertian al-ijhad menurut ulama ulama feqah juga
tidak melewati apa yang telah nyatakan dari segi bahasa. Imam al-Ghazali daripada
mazhab Syafi’e, menggunakan lafaz al-ijhad dalam kitabnya al-Ihya’. Penggunaan
lafaz al-ijhad ini kemudiannya diikuti oleh fuqaha’ mazhab Syafi’e seperti
pengarang Muhgni al-Muhtaj dan Nihayah al-Muhtaj. Bagi fuqaha’ mazhab Hanafi,
Maliki dan Hambali, mereka menggunakan lafaz al-isqat apabila membicarakan
berkenaan pengguguran. 7 6F

6.HUKUM PENGUGURAN AKIBAT ZINA

Secara umumnya, dalam isu penguguran janin ini, para ulama feqah berbeza
pendapat dalam membenarkan janin itu digugurkan ialah dengan melihat kepada
tempoh janin itu dikandungkan oleh ibunya samada sebelum tempoh 4 bulan iaitu
120 hari atau sebaliknya. Hal ini kerana pada saat itu roh untuk janin sedang ditiup
dan akan menyebabkan janin itu sudah dianggap sebagai satu nyawa yang berhak
hidup di dunia ini. Pertama, bagi janin yang sudah melebihi 4 bulan atau 120 hari,
hukum pengguguran jika dilakukan oleh ibunya itu adalah haram. Ini bersesuaian
dengan hadis dari Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud r.a yang
bermaksud:

7
Abdul Mukti Baharudin and Hisam Satari "Pengguguran Bayi Menurut Perspektif Islam dan
Perundangan di Malaysia." Global Journal Al-Thaqafah 2.

8
“Sesungguhnya setiap daripada kamu dihimpunkan penciptaannya di
dalam rahim perut ibunya selama 40 hari, kemudian jadilah (nutfah)
itu segumpal darah selama tempoh itu juga, kemudian jadilah
(‘alaqah) itu segumpal daging selama tempoh itu juga, kemudian
diutuskan malaikat dan ditiupkan ke dalamnya roh.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Adapun bagi janin yang belum mencapai tempoh 4 bulan atau kurang 120
hari, maka para ulama berselisih pendapat dalam soal ini. Pendapat pertama yang
dipelopori oleh Mazhab Hanafi di mana hukumnya harus untuk menggugurkan
janin itu. Hal ini dibolehkan sebagai contoh melibatkan suami isteri yang ingin
menggugurkan kandungan atas faktor keselamatan isteri atau ibu itu. Pendapat
kedua yang dipelopori oleh ulama dari Hanafi, Syafie dan Hanbali di mana
hukumnya adalah makruh yang boleh membawa kepada haram. Dan pandangan
ketiga yang dinyatakan oleh mazhab Syafie dan Maliki di mana mereka
berpendapat bahawa hukum menggugurkan janin itu adalah haram sama sekali.

Dalam soal hukum pengguguran janin akibat zina, para ulama pada masa
silam telah mempunyai pandangan yang berbeza dengan pandangan ulama zaman
kontemporari ini. Bagi pandangan ulama pada masa silam, ia telah dinyatakan oleh
ulama dari mazhab Maliki dan Syafie. Menurut pandangan mazhab Maliki,
penguguran adalah diharamkan jika dilakukan selepas ditiupkan roh ke atas janin
tersebut. Berdasarkan pendapat Al- Imam Khurasyi dan lain-lain ulama mazhab
Maliki mengharamkan secara mutlak pengguguran janin walaupun sebelum 40 hari
yang pertama di dalam rahim. Inilah pendapat muktamad di dalam mazhab Maliki.
Manakala menurut pandangan mazhab Syafie, pengguguran ini diharamkan jika
dilakukan selepas ditiupkan roh ke atas janin tersebut. Manakala jika sebelum
ditiupkan roh sebahagian ulama mazhab Syafie membenarkan pengguguran
dilakukan. Ini berdasarkan pendapat Imam Qarafi.

Adapun begitu, pandangan ulama masa silam ini kurang disenangi oleh para
ulama komtemporari ini dek kerana masalah pengguguran ini sentiasa berlaku
seolah – olah tiada halangan yang betul – betul kuat untuk menidakkan perkara ini

9
berlaku. Antara ulama yang berpendapat seperti ini ialah Dr. Misbah Mutawalli
Sayyid Hammad di mana beliau menyatakan tidak wujud seorang pun ulama yang
bersetuju untuk janin dek kerana zina dibenarkan untuk pengguguran. Pandangan
beliau ini selari dengan Dr. Abdul Fattah Idris dan Dr. Muhammad Said Ramadhan
al-Buti. Antara dalil yang menjadi sandaran kepada pandangan ini ialah Surah Al-
Najm ayat 38:

‫أ ﱠﻻ ﺗَ ِﺰُر َوا ِزَرةٌ ِوْزَر أُ ْﺧ َﺮى‬

“Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa
perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)”

Para ulama kontemporari agak rigid dan tegas dalam isu pengguguran janin dek
kerana zina ini. Hal ini disebabkan oleh tujuan pengguguran penzina itu adalah
untuk mengelakkan dirinya dicemuh oleh masyarakat walhal perbuatannya itu
dibuat berdasarkan kerelaan dan suka sama suka. Oleh hal demikian, dapat
disimpulkan bahawa haram melakukan pengguguran terhadap anak luar nikah.
Dalil-dalil yang digunakan oleh para ulama semasa lebih jelas dan kuat berkenaan
pengharaman perkara ini. 8

7. URF PENGGUGURAN JANIN DI MALAYSIA DAN NEGARA LUAR

Dalam Kanun Keseksaan ada menyatakan mengenai perbuatan yang


menyebabkan seseorang peremuan yang hamil gugur kandungannya sebagai satu
kesalahan jenayah walaupun tidak ada satu akta yag khusus mengawal jenayah
pengguguran ini. Seksyen 312 9 ini memperuntukkan seperti berikut,

8
Abdul Mukti Baharudin dan Hisam Satari "Pengguguran Bayi Menurut Perspektif Islam dan
Perundangan di Malaysia." Global Journal Al-Thaqafah 2. .
9
Kanun Keseksaan (Akta 574).

10
Barangsiapa dengan sengaja menyebabkan seorang perempuan yang hamil
gugur hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga
tahun, atau denda atau kedua-duanya; dan jika perempuan itu mengandung anak
yang telah bersifat, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang sampai
tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda.

Di negara Barat misalnya di United Kingdom, sudah ada Akta engguguran


1961 dan Medial Termination of Pregnancy Act 1971 yang berkuatkuasa ada 1
April 1972 di India. Di England, sebelum tahun 1803 undang-undang umum
England membenarkan pengguguran janin dengan syarat ia dilakukan sebelum
tahap yang diistilahkan sebagai ’quickening’ yang biasanya berlaku pada minggu
ke 20-24 tempoh mengandung. Dalam tempoh tersebut dipercayai roh akan masuk
ke dalam jasad janin. Pengguguran pada masa tersebut merupakan satu kesalahan
tetapi tiada hukuman khusus yang dikenakan. 10

Pada tahun 1861 Parlimen England meluluskan The Offences Against the
Persons Act (OAPA) 1861. Seksyen 58 akta tersebut menetapkan pengguguran
sebagai satu kesalahan jenayah dalam apa keadaan sekalipun yang boleh dihukum
dengan penjara sehingga seumur hidup walaupun pengguguran dilakukan atas
sebab-sebab perubatan (Mason 1990,10). Di Republik Ireland ula, dalam
perkembangan terbarunya telah meluluskan satu undang-undang, Protection of Life
During Pregnancy Act 2013 (Akta 2013) yang membenarkan pengguguran
dilakukan sekiranya melibatkan risiko kematian ibu yang mengandung dan juga
risiko membunuh diri sahaja.

Hal ini tidak bermaksud pengguguran itu suatu yang sah secara mutlak dari
segi perundangan tetapi ia tetap ditegah jika dilakukan secara melangkaui
peruntukan-peruntukan yang dinyatakan. Ketegasan dalam peruntukan akta ini
jelas kelihatan yang mana pengguguran hanya boleh dilakukan dengan mendapat
pengesahan daripada pegawai perubatan yang bertauliah dan pengesahan tersebut
hanya boleh diberi tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur yang telah
dinyatakan secara terperinci dalam akta itu. Namun dari segi perbandingannya,

Siti Khatijah Ismail, M. B. A. (2013). "Pengguguran dan Justifikasi Perundangan Mengikut


10

Undang-undang Islam dan Peruntukan Seksyen 312 Kanun Keseksaan." Jurnal Islam dan
Masyarakat Kontemporari 6: 13-24.

11
Akta 2013 telah memberi justifikasi perundangan yang lebih terhad berbanding
justifikasi yang dibenarkan dalam Akta `67, ini kerana Akta 2013 hanya
membenarkan satu justifikasi iaitu yang melibatkan risiko kematian kepada ibu
mengandung sama ada disebabkan oleh faktor faktor kesihatan akibat penerusan
kandungan atau risiko membunuh diri.(Siti Khatijah Ismail, 2013). 11

7.PENUTUP

Kesimpulannya, Islam telah menggariskan beberapa prinsip kehidupan kita sebagai


umat manusia lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Masyarakat bukan Islam di
negara lain seperti yang telah dinukilkan oleh penulis juga menegah pengguguran
janin ini.

Buktinya, hanya dengan pemberat bukti yang jelas iaitu bahawa


pengguguran hanya boleh dilakukan dengan mendapat pengesahan daripada
pegawai perubatan yang bertauliah setelah tertakluk kepada syarat-syarat dan
prosedur tertentu. Namun, di Malaysia, ia adalah satu perbuatan jenayah dalam
undang-undang sivil apatah lagi menurut hukum syarak sudah pastinya ditegah.

Pokok pangkalnya adalah janganlah kita menghampiri ke kancah perzinaan


kerana akan mengakibatkan pelbagai kesan berterusan kepada diri sendiri dan juga
keturunan.

11
Ibid

12
8. RUJUKAN

RUJUKAN UMUM

1. Al Quran Al Karim
2. Kanun Keseksaan (Akta 574).

JUDUL BUKU

BAHASA ARAB

3. Al Jarjani and Ali bin Muhammad (1413). Mu'jam al-Ta'rifat. . Kaherah,


Dar al Fadhilah.

4. Al-Shirazi and Abu Ishaq Ibrahim ibn 'Ali ibn Yusuf (1976). Al-Muhazzab
fi Fiqh Al-Imam As-Syafie. Mesir, Matba'ah Mustafa al-Bab.

5. Kementerian Wakaf dan Urusan Agama Kuwait (1983). Al-Mausu'ah Al-


Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah, Kementerian Wakaf dan Urusan Agama Kuwait.

6. Muhammad Zaidi Ghaim and Muhammad Abd Latif Al-Rasyidi (2019).


Qadhaya Fiqhiyyah Mu'assarah. Kaherah, Jami'ah Al-Azhar.

BAHASA MELAYU

7. Abdul Mukti Baharudin and Hisam Satari "Pengguguran Bayi Menurut


Perspektif Islam dan Perundangan di Malaysia." Global Journal Al-
Thaqafah 2.

8. Irwan Mohd Subri, et al. (2015). "Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah


Terengganu Tentang Nasab Anak Tak Sah Taraf: Krisis Perundangan?" Al-
Qanatir International Journal of Islamic Studies.

13
9. Mesyuarat Khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah
Persekutuan Bil. 2 yang bersidang pada 31 Julai 2017 bersamaan 7
Zulkaedah 1438H. "Isu Penamaan “Bin/Binti Abdullah” Kepada Anak
Tidak Sah Taraf,." 2017. Diambil 1 Disember, 2019, from http://e-
smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/15534.

10. Siti Khatijah Ismail and Mohd Badrol Awang (2013). "Pengguguran dan
Justifikasi Perundangan Mengikut Undang-undang Islam dan Peruntukan
Seksyen 312 Kanun Keseksaan." Jurnal Islam dan Masyarakat
Kontemporari 6: 13-24.

14
Scanned with CamScanner
Scanned with CamScanner
Scanned with CamScanner
Scanned with CamScanner
Scanned with CamScanner

Anda mungkin juga menyukai