Anda di halaman 1dari 33

5.

0 DAPATAN KAJIAN

5.1 SUMBER IKLAN

Menurut Johannes Gutenberg (1455) sumber iklan media cetak merupakan media yang
ditampilkan dalam bentuk cetakan dalam kertas. Menurut Azhar Arsyad (2013) sumber
iklan media cetak dapat didefinisikan sebagai cara untuk menghasilkan atau
menyampaikan materi, misalnya buku dan materi visual statis. Ini dilakukan melalui
proses percetakan mekanis dan fotografis. Kebaikan media cetak ialah dapat dijadikan
rujukan semula, lebih mudah faham isi berita, menghasilkan analisis berita yang lebih
kritis dan sumber ilmu pengetahuan. Keburukan media cetak ialah lambat dari segi
waktu, tidak ada audio, visual yang terbatas dan kos yang agak tinggi. Menurut Ahmadi
dan Hermawan (2013) internet adalah komunikasi jaringan yang menghubungkan seluruh
komputer di dunia meskipun berbeda sistem operasi dan mesin. Menurut Allan (2005)
internet merupakan sekumpulan jaringan komputer yang saling terhubung antara satu
sama lain secara fisik dan juga memiliki kemampuan untuk membaca dan menguraikan
berbagai protokol komunikasi. Kebaikan internet ialah maklumat mudah didapati dan
mudah berkongsi maklumat, dapat mempromosikan produk dan perkhidmatan,
pendidikan atas talian dapat dijalankan dengan cara pantas, selamat, dan menyeronokkan
dalam memberi pendidikan kepada pelajar dan dapat menjimatkan masa kerana urusan
perniagaan dan perbankan semakin mudah dengan ‘e-banking’. Keburukan internet ialah
maklumat tidak tepat, melalaikan, maklumat peribadi akan didedahkan, membuang masa,
keselamatan data dan maklumat dan terdedah dengan budaya negatif.

ii
5.2 SPESIFIKASI KERJA

Menurut Hasibuan (2010) spesifikasi kerja adalah uraian persyaratan kualiti minimum
orang yang biasa diterima agar dapat menjalankan satu jabatan dengan baik dan
kompeten. Menurut Garry Dessler (2005) spesifikasi kerja didefinisikan sebagai satu
senarai keperluan pekerjaan yang diperlukan oleh seorang pemohon pekerjaan dengan
ciri – ciri yang dinyatakan seperti pendidikan, kemahiran, keperibadian, dan sebagainya
sebelum berjaya memperoleh jawatan yang dipohon. Menurutnya lagi, spesifikasi kerja
dibahagikan kepada dua iaitu pemohon yang terlatih dan pemohon yang tidak terlatih di
mana pemohon yang terlatih memfokuskan kepada perkhidmatan dalam pekerjaan yang
lepas, kualiti latihan yang relevan dan juga prestasi pekerjaan yang lepas manakala
pemohon yang tidak terlatih memfokuskan sifat fizikal, personaliti, minat serta
kemahiran yang berpotensi untuk dilatih sebelum bersedia memegang jawatan yang
disandang. Spesifikasi kerja mengandungi maklumat seperti identifikasi kerja, kelulusan,
pengalaman, kemahiran dan ciri – ciri peribadi pekerja. Dokumen ini perlu disimpan bagi
tujuan pengambilan, induksi, pemberian latihan dan pembangunan dan pemberian faedah,
ganjaran dan pampasan. Spesifikasi kerja memberikan uraian mengenai tingkat
pendidikan pekerja, jenis kelamin pekerja, keadaan fisik pekerja, pengetahuan dan
kecekapan pekerja, batas umur pekerja, nikah atau belum, minat pekerja, emosi dan
temperamen pekerja dan pengalaman pekerja. Tujuan spesifikasi kerja adalah untuk
membantu untuk memberikan pilihan calon yang paling tepat untuk pekerjaan tertentu
dan memberikan informasi terperinci tentang pekerjaan apa pun termasuk tanggungjawab
pekerjaan, keterampilan teknis dan fisik yang diinginkan dan kemampuan percakapan.

ii
5.3 PENGHURAIAN KERJA

Menurut Scott Snell dan George Bohlander (2013) penghuraian kerja merujuk kepada
satu pernyataan yang bertulis berkaitan apa yang dilakukan oleh pemegang jawatan,
bagaimana kerja yang dilakukan itu dan persekitaran kerja yang dilakukan serta
seharusnya mengandungi kandungan pekerjaan, persekitaran pekerjaan dan syarat
pekerjaan. Menurut Sacramento (2005) penghuraian kerja adalah satu senarai tugas,
tanggungjawab, hubungan pelaporan, keadaan kerja dan tanggungjawab penyelia
pekerjaan hasil daripada analisis pekerjaan. Penghuraian kerja mengandungi maklumat
seperti tajuk kerja, ringkasan kerja, tanggungjawab kerja, hubungan autoriti, hubungan
antara pekerja, suasana kerja dan keadaan fizikal tempat kerja. Penghuraian kerja
digunakan sebagai sumber rujukan semasa proses merancang dan mengambil pekerja,
menjalankan induksi untuk pekerja baharu dan memberikan faedah, ganjaran serta
pampasan kepada pekerja. Kepentingan penghuraian kerja ialah membolehkan pekerja
mempunyai satu gambaran yang umum tentang tugas – tugas yang harus dilakukan oleh
mereka dalam organisasi tersebut. Ini membolehkan mereka untuk mempertingkatkan
kemahiran mereka untuk menjayakan tugas mereka secara optimum.

ii
5.4 ASPEK PEMILIHAN

Menurut Twin Cities (2012) aspek pemilihan dapat ditakrifkan sebagai langkah –
langkah yang terlibat dalam memilih orang yang mempunyai kelayakan yang tepat untuk
mengisi pembukaan pekerjaan semasa atau masa depan. Menurut Johnson (2003) aspek
pemilihan dapat didefinisikan sebagai proses mengumpul dan menilai maklumat
mengenai individu dalam proses menawarkan pekerjaan. Biasanya, pengurus dan
penyelia akan bertanggungjawab untuk pengambilan individu tetapi peranan pengurusan
sumber manusia adalah untuk menentukan dan membimbing pengurus. Kaedah temu
duga adalah aspek pemilihan yang banyak digunakan. Aspek pemilihan memainkan
peranan yang sangat penting dalam produktiviti organisasi kerana pemilihan pekerja yang
sesuai dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi organisasi. Sebaliknya pemilihan
pekerja yang kurang sesuai dipilih maka akan menurunkan produktiviti dan prestasi
organisasi.

ii
5.5 FAKTOR PENENTU PAMPASAN

Menurut Martocchio (2006) faktor penentuan pampasan gaji dapat didefinisikan sebagai

mewakili kedua-dua intrinsik (monetari dan bukan monetari) dan ekstrinsik

(mencerminkan pemikiran psikologi) dengan memberi ganjaran kepada pekerja yang

melaksanakan pekerjaan mereka. Menurut Akta Pekerjaan 1955 (1955) faktor penentuan

pampasan gaji dapat ditakrifkan sebagai gaji asas dan semua pembayaran lain dalam

bentuk tunai yang perlu dibayar kepada pekerja untuk pekerjaan yang dilakukan

berkaitan dengan kontrak perkhidmatannya. Tujuan pemberian pampasan adalah untuk

mengiktiraf sumbangan pekerja terhadap organisasi seperti meningkatkan produktiviti

dan keuntungan organisasi dan membantu mencapai objektif, dapat memberi motivasi

kepada pekerja untuk bekerja dengan bersungguh – sungguh kerana peningkatan prestasi

kerja mereka akan dibalas dengan pemberian ganjaran, untuk menarik perhatian bakal

pekerja yang berkualiti untuk berkhidmat dalam organisasi tersebut dan mengekalkan

kesetiaan pekerja untuk kekal bekerja dan berkhidmat bagi meningkatkan prestasi

organisasi. Kepentingan pampasan ialah meningkatkan motivasi dan komitmen pekerja

untuk terus memberikan sumbangan kepada organisasi, meningkatkan kepuasan pekerja

agar mereka dapat menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, menggerakkan pekerja ke

arah mencapai objektif organisasi secara bersama, menarik pekerja yang berbakat dari
ii
pasaran buruh menyertai organisasi, mewujudkan hubungan yang harmoni dengan

kesatuan sekerja dengan pampasan yang kompetitif dan mengurangkan kadar lantik henti

pekerja.

5.6 PENGIKLANAN

Menurut Gilson dan Berkman (1980) pengiklanan merupakan media komunikasi


persuasif yang dirancang untuk menghasilkan respon dan membantu tercapainya objektif
atau tujuan pemasaran. Menurut William J. Stanton (2002) pengiklanan terdiri daripada
semua kegiatan yang terlibat dalam menyampaikan kepada khalayak sebuah pesan yang
tidak bersifat peribadi, penaja yang dikenali, dibayar untuk produk organisasi. Kebaikan
pengiklanan ialah dapat memberi maklumat dan penerangan dengan mudah kepada
pengguna, membolehkan pengguna membuat perbandingan terhadap sesuatu barang dan
perkhidmatan, pengguna dapat merancang perbelanjaan, pengguna akan sentiasa
mengetahui tentang sesuatu barang dan perkhidmatan yang terkini dan pengguna akan
sentiasa mengetahui peluang – peluang yang terbuka pada setiap masa. Keburukan
pengiklanan ialah menambahkan kos pengeluaran, membazirkan wang, terlalu
bergantung kepada promosi dan menggalakkan monopoli.

ii
5.0 DAPATAN KAJIAN

Menurut Gilson dan Berkman (1980) pengiklanan merupakan media


komunikasi persuasif yang dirancang untuk menghasilkan respon dan membantu
tercapainya objektif atau tujuan pemasaran. Menurut William J. Stanton (2002)
pengiklanan terdiri daripada semua kegiatan yang terlibat dalam menyampaikan kepada
khalayak sebuah pesan yang tidak bersifat peribadi, penaja yang dikenali, dibayar untuk
produk organisasi. Kebaikan pengiklanan ialah dapat memberi maklumat dan penerangan
dengan mudah kepada pengguna, membolehkan pengguna membuat perbandingan
terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan, pengguna dapat merancang perbelanjaan,
pengguna akan sentiasa mengetahui tentang sesuatu barang dan perkhidmatan yang
terkini dan pengguna akan sentiasa mengetahui peluang – peluang yang terbuka pada
setiap masa. Keburukan pengiklanan ialah menambahkan kos pengeluaran, membazirkan
wang, terlalu bergantung kepada promosi dan menggalakkan monopoli.

Kajian ini menganalisis pengiklanan jawatan pengurusan


pertengahan dan pengurusan bawahan. Menurut Karen Collins (2012) pengurus dibahagi
dalam bentuk piramid, iaitu pengurus peringkat atasan, pengurus peringkat pertengahan
dan pengurus peringkat bawahan. Pengurus peringkat pertengahan didefinisikan sebagai
mereka melapor kepada pengurusan atasan dan mengawasi aktiviti yang dilakukan oleh
pengurus bawahan. Bagi skop kerja pula yang dinyatakan oleh Stephen J. Skripak (2006)
skop kerja bagi peringkat pertengahan ini adalah mereka bertanggungjawab untuk
mengembangkan dan melaksanakan aktiviti dan memperuntukkan sumber yang
diperlukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan oleh pengurusan atasan. Contoh
jawatan bagi pengurusan pertengahan merangkumi pengurus operasi, pengurus bahagian,
pengurus kilang dan pengurus cawangan. Menurut Karen Collins (2012) pengurus
bawahan pula didefinisikan sebagai menyelia pekerja serta menyelaraskan aktiviti
mereka dan pada tahap inilah kebanyakan orang memperoleh pengalaman pengurusan
pertama mereka. Menurut Stephen J. Skripak (2016) bagi skop pengurusan bawahan,
pengurus ini akan memastikan bahawa kerja yang dilakukan dalam organisasi syarikat
selaras dengan rancangan pengurusan atasan dan pengurusan pertengahan. Antara contoh
ii
jawatan bagi pemgurusan bawahan merangkumi sebutan seperti pengurus, ketua
kumpulan, pengurus pejabat, mandor dan penyelia.

ii
5.1 PENELITIAN SUMBER IKLAN

Menurut Johannes Gutenberg (1455) sumber iklan media cetak


merupakan media yang ditampilkan dalam bentuk cetakan dalam kertas. Menurut Azhar
Arsyad (2013) sumber iklan media cetak dapat didefinisikan sebagai cara untuk
menghasilkan atau menyampaikan materi, misalnya buku dan materi visual statis. Ini
dilakukan melalui proses percetakan mekanis dan fotografis. Kebaikan media cetak ialah
dapat dijadikan rujukan semula, lebih mudah faham isi berita, menghasilkan analisis
berita yang lebih kritis dan sumber ilmu pengetahuan. Keburukan media cetak ialah
lambat dari segi waktu, tidak ada audio, visual yang terbatas dan kos yang agak tinggi.
Menurut Ahmadi dan Hermawan (2013) internet adalah komunikasi jaringan yang
menghubungkan seluruh komputer di dunia meskipun berbeda sistem operasi dan mesin.
Menurut Allan (2005) internet merupakan sekumpulan jaringan komputer yang saling
terhubung antara satu sama lain secara fisik dan juga memiliki kemampuan untuk
membaca dan menguraikan berbagai protokol komunikasi. Kebaikan internet ialah
maklumat mudah didapati dan mudah berkongsi maklumat, dapat mempromosikan
produk dan perkhidmatan, pendidikan atas talian dapat dijalankan dengan cara pantas,
selamat, dan menyeronokkan dalam memberi pendidikan kepada pelajar dan dapat
menjimatkan masa kerana urusan perniagaan dan perbankan semakin mudah dengan ‘e-
banking’. Keburukan internet ialah maklumat tidak tepat, melalaikan, maklumat peribadi
akan didedahkan, membuang masa, keselamatan data dan maklumat dan terdedah dengan
budaya negatif.

ii
Iklan Pengurus Pertengahan

Kajian ini dilakukan ke atas dua jawatan pengurus akaun dari


Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd dan jawatan pengurus kewangan dari Syarikat
Kumpulan Fima Berhad. Kedua – dua syarikat ini memaparkan iklan dalam talian agar
pemohon boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai jawatan yang
dipohon. Jawatan pengurus akaun dari Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd dipetik
daripada laman web Google manakala jawatan pengurus kewangan dari Syarikat
Kumpulan Fima Berhad dipetik daripada laman web Job Street. Kedua – dua laman web
ini adalah sangat terkenal, Hal ini memastikan agar kedua – dua syarikat ini memperoleh
pekerja yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan kepada pemohon yang layak untuk
memegang jawatan yang dinyatakan dalam iklan.

Iklan Pengurus Bawahan

Kajian ini dilakukan ke atas dua jawatan penyelia bahagian stor dari
Syarikat Pantai Timor Tumpat dan jawatan penyelia pengeluaran dari Syarikat NH
Foods. Kedua – dua syarikat ini memaparkan iklan dalam talian agar pemohon boleh
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai jawatan yang dipohon. Jawatan
penyelia bahagian stor dari Syarikat Pantai Timor Tumpat dipetik daripada laman web
Google manakala jawatan penyelia pengeluaran dari Syarikat NH Foods dipetik daripada
laman web Job Street. Kedua – kedua laman web ini adalah sangat terkenal. Hal ini
memastikan agar kedua – dua syarikat ini memperoleh pekerja yang sesuai dengan
jawatan yang ditawarkan kepada pemohon yang layak untuk memegang jawatan yang
dinyatakan dalam iklan.

ii
5.2 SPESIFIKASI KERJA

Menurut Hasibuan (2010) spesifikasi kerja adalah uraian persyaratan


kualiti minimum orang yang biasa diterima agar dapat menjalankan satu jabatan dengan
baik dan kompeten. Menurut Garry Dessler (2005) spesifikasi kerja didefinisikan sebagai
satu senarai keperluan pekerjaan yang diperlukan oleh seorang pemohon pekerjaan
dengan ciri – ciri yang dinyatakan seperti pendidikan, kemahiran, keperibadian, dan
sebagainya sebelum berjaya memperoleh jawatan yang dipohon. Menurutnya lagi,
spesifikasi kerja dibahagikan kepada dua iaitu pemohon yang terlatih dan pemohon yang
tidak terlatih di mana pemohon yang terlatih memfokuskan kepada perkhidmatan dalam
pekerjaan yang lepas, kualiti latihan yang relevan dan juga prestasi pekerjaan yang lepas
manakala pemohon yang tidak terlatih memfokuskan sifat fizikal, personaliti, minat serta
kemahiran yang berpotensi untuk dilatih sebelum bersedia memegang jawatan yang
disandang. Spesifikasi kerja mengandungi maklumat seperti identifikasi kerja, kelulusan,
pengalaman, kemahiran dan ciri – ciri peribadi pekerja. Dokumen ini perlu disimpan bagi
tujuan pengambilan, induksi, pemberian latihan dan pembangunan dan pemberian faedah,
ganjaran dan pampasan. Spesifikasi kerja memberikan uraian mengenai tingkat
pendidikan pekerja, jenis kelamin pekerja, keadaan fisik pekerja, pengetahuan dan
kecekapan pekerja, batas umur pekerja, nikah atau belum, minat pekerja, emosi dan
temperamen pekerja dan pengalaman pekerja. Tujuan spesifikasi kerja adalah untuk
membantu untuk memberikan pilihan calon yang paling tepat untuk pekerjaan tertentu
dan memberikan informasi terperinci tentang pekerjaan apa pun termasuk tanggungjawab
pekerjaan, keterampilan teknis dan fisik yang diinginkan dan kemampuan percakapan.

ii
Iklan Pengurus Pertengahan

Kajian ini dilakukan ke atas dua jawatan pengurus akaun dari


Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd dan jawatan pengurus kewangan dari Syarikat
Kumpulan Fima Berhad. Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd menyenaraikan spesifikasi
kerja bagi mencari pemohon yang layak dan mempunyai pengalaman bagi memegang
jawatan yang dinyatakan dalam iklan. Antaranya ialah berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda / Diploma, mempunyai pengalaman dalam bidang pengauditan adalah diutamakan
dan mempunyai pengalaman sekurang – kurangnya tiga tahun dalam bidang berkaitan.

Syarikat Kumpulan Fima Berhad menyenaraikan spesifikasi kerja


bagi mencari pemohon yang layak dan mempunyai pengalaman bagi memegang jawatan
yang dinyatakan dalam iklan. Antaranya ialah minimum lima tahun pengalaman kerja
yang relevan, lebih baik dengan kewangan dan akaun dan memiliki pengetahuan yang
kuat dalam bidang lain.

Iklan Pengurus Bawahan

Kajian ini dilakukan ke atas dua jawatan peyelia bahagian stor dari
Syarikat Pantai Timor Tumpat dan jawatan penyelia pengeluaran dari Syarikat NH
Foods. Syarikat Pantai Timor Tumpat menyenaraikan spesifikasi kerja bagi mencari
pemohon yang layak dan memegang jawatan yang dinyatakan dalam iklan. Antaranya
ialah kelayakan SPM dan ke atas.

Syarikat NH Foods menyenaraikan spesifikasi kerja bagi mencari


pemohon yang layak dan memegang jawatan yang dinyatakan dalam iklan. Antaranya
ialah pengalaman kerja selama tiga tahun.

ii
5.3 PENGHURAIAN KERJA

Menurut Scott Snell dan George Bohlander (2013) penghuraian


kerja merujuk kepada satu pernyataan yang bertulis berkaitan apa yang dilakukan oleh
pemegang jawatan, bagaimana kerja yang dilakukan itu dan persekitaran kerja yang
dilakukan serta seharusnya mengandungi kandungan pekerjaan, persekitaran pekerjaan
dan syarat pekerjaan. Menurut Sacramento (2005) penghuraian kerja adalah satu senarai
tugas, tanggungjawab, hubungan pelaporan, keadaan kerja dan tanggungjawab penyelia
pekerjaan hasil daripada analisis pekerjaan. Penghuraian kerja mengandungi maklumat
seperti tajuk kerja, ringkasan kerja, tanggungjawab kerja, hubungan autoriti, hubungan
antara pekerja, suasana kerja dan keadaan fizikal tempat kerja. Penghuraian kerja
digunakan sebagai sumber rujukan semasa proses merancang dan mengambil pekerja,
menjalankan induksi untuk pekerja baharu dan memberikan faedah, ganjaran serta
pampasan kepada pekerja. Kepentingan penghuraian kerja ialah membolehkan pekerja
mempunyai satu gambaran yang umum tentang tugas – tugas yang harus dilakukan oleh
mereka dalam organisasi tersebut. Ini membolehkan mereka untuk mempertingkatkan
kemahiran mereka untuk menjayakan tugas mereka secara optimum.

ii
Iklan Pengurus Pertengahan

Kajian ini dilakukan ke atas dua jawatan pengurus akaun dari


Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd dan jawatan pengurus kewangan dari Syarikat
Kumpulan Fima Berhad. Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd menggambarkan satu
penghuraian kerja yang memaparkan pemohon pekerja memohon jawatan yang
disandang iaitu pengurus akaun. Bagi memohon jawatan ini, pemohon perlu mempunyai
kriteria yang dinyatakan dalam penghuraian kerja. Antara contoh penghuraian kerja yang
dinyatakan dalam Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd ialah untuk menguruskan sistem
perakaunan yang lengkap, mengkaji dasar menyediakan laporan kewangan bulanan,
menganalisis dan menyediakan laporan untung rugi syarikat dan menguruskan cukai
pendapatan syarikat.

Syarikat Kumpulan Fima Berhad memaparkan satu jawatan kosong


yang disandang oleh pemohon kerja yang ingin bekerja di syarikat ini iaitu memegang
jawatan sebagai pengurus kewangan. Bagi memohon jawatan ini, pemohon perlu
mematuhi kriteria yang dinyatakan oleh syarikat ini sebelum berjaya menyandang
jawatan tersebut. Antara kriteria yang dinyatakan oleh Syarikat Kumpulan Fima
Berhad adalah membantu dalam pengembangan dan pelaksanaan tujuan, dasar,
keutamaan, dan prosedur yang berkaitan dengan pengurusan kewangan, anggaran dan
perakaunan dan untuk berkomunikasi dan berurusan dengan pihak berkuasa seperti bank,
juru audit, IRC dan lain – lain.

Iklan Pengurus Bawahan

Kajian ini dilakukan ke atas dua jawatan penyelia bahagian stor dari
Syarikat Pantai Timor Tumpat dan jawatan penyelia pegeluaran dari Syarikat NH Foods.
Syarikat Pantai Timor Tumpat memfokuskan kepada jawatan sebagai penyelia bahagian
stor. Untuk memohon jawatan tersebut, syarikat ini menyenaraikan sebanyak
penghuraian kerja bagi memenuhi pekerja yang berkualiti dalam organisasi. Antaranya
ialah menguruskan stok keluar, masuk dan menerima stok, mengendalikan audit stok dan
menyediakan laporan yang diperlukan dan memastikan kekemasan dan keselamatan stor.
ii
Sama seperti Syarikat Pantai Timor Tumpat, syarikat ini juga akan
memfokuskan berkenaan jawatan sebagai penyelia pengeluaran. Bagi pemohon yang
ingin memohon jawatan ini, pemohon seharusnya menepati kriteria penghuraian kerja
yang disenaraikan oleh organisasi bagi pengurusan peringkat bawahan. Antaranya ialah
melatih pekerja baharu mengenai cara menggunakan mesin dengan selamat dan ikut
prosedur, menguatkuasakan garis panduan keselamatan dan piawaian syarikat dan kenal
pasti masalah dalam kecekapan dan penambahbaikan.

ii
5.4 ASPEK PEMILIHAN

Menurut Twin Cities (2012) aspek pemilihan dapat ditakrifkan


sebagai langkah – langkah yang terlibat dalam memilih orang yang mempunyai
kelayakan yang tepat untuk mengisi pembukaan pekerjaan semasa atau masa depan.
Menurut Johnson (2003) aspek pemilihan dapat didefinisikan sebagai proses mengumpul
dan menilai maklumat mengenai individu dalam proses menawarkan pekerjaan.
Biasanya, pengurus dan penyelia akan bertanggungjawab untuk pengambilan individu
tetapi peranan pengurusan sumber manusia adalah untuk menentukan dan membimbing
pengurus. Kaedah temu duga adalah aspek pemilihan yang banyak digunakan. Aspek
pemilihan memainkan peranan yang sangat penting dalam produktiviti organisasi kerana
pemilihan pekerja yang sesuai dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi organisasi.
Sebaliknya pemilihan pekerja yang kurang sesuai dipilih maka akan menurunkan
produktiviti dan prestasi organisasi.

Iklan Pengurus Pertengahan

Kajian ini dilakukan ke atas dua jawatan pengurus akaun dari


Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd dan jawatan pengurus kewangan dari Syarikat
Kumpulan Fima Berhad. Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd tidak menunjukkan sebarang
aspek pemilihan dalam iklan tersebut.

Syarikat Kumpulan Fima Bhd juga tidak mempunyai sebarang aspek


pemilihan yang dinyatakan dalam iklan.

Iklan Pengurus Bawahan

Kajian ini dilakukan ke atas dua jawatan penyelia bahagian stor dari
Syarikat Pantai Timor Tumpat dan penyelia pengeluaran dari Syarikat NH Foods.
Syarikat Pantai Timor mempunyai aspek pemilihan iaitu berumur 30 tahun dan ke atas.

Syarikat NH Foods juga tidak mempunyai aspek pemilihan yang


dinyatakan dalam iklan.

ii
5.5 FAKTOR PENENTU PAMPASAN

Menurut Martocchio (2006) faktor penentuan pampasan gaji dapat


didefinisikan sebagai mewakili kedua-dua intrinsik (monetari dan bukan monetari) dan
ekstrinsik (mencerminkan pemikiran psikologi) dengan memberi ganjaran kepada pekerja
yang melaksanakan pekerjaan mereka. Menurut Akta Pekerjaan 1955 (1955) faktor
penentuan pampasan gaji dapat ditakrifkan sebagai gaji asas dan semua pembayaran lain
dalam bentuk tunai yang perlu dibayar kepada pekerja untuk pekerjaan yang dilakukan
berkaitan dengan kontrak perkhidmatannya. Tujuan pemberian pampasan adalah untuk
mengiktiraf sumbangan pekerja terhadap organisasi seperti meningkatkan produktiviti
dan keuntungan organisasi dan membantu mencapai objektif, dapat memberi motivasi
kepada pekerja untuk bekerja dengan bersungguh – sungguh kerana peningkatan prestasi
kerja mereka akan dibalas dengan pemberian ganjaran, untuk menarik perhatian bakal
pekerja yang berkualiti untuk berkhidmat dalam organisasi tersebut dan mengekalkan
kesetiaan pekerja untuk kekal bekerja dan berkhidmat bagi meningkatkan prestasi
organisasi. Kepentingan pampasan ialah meningkatkan motivasi dan komitmen pekerja
untuk terus memberikan sumbangan kepada organisasi, meningkatkan kepuasan pekerja
agar mereka dapat menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, menggerakkan pekerja ke
arah mencapai objektif organisasi secara bersama, menarik pekerja yang berbakat dari
pasaran buruh menyertai organisasi, mewujudkan hubungan yang harmoni dengan
kesatuan sekerja dengan pampasan yang kompetitif dan mengurangkan kadar lantik henti
pekerja.

ii
Iklan Pengurus Pertengahan

Kajian ini dilakukan ke atas dua jawatan pengurus akaun dari


Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd dan jawatan pengurus kewangan dari Syarikat
Kumpulan Fima Berhad. Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd menentukan pampasan
dengan faedah caruman KWSP dan elaun kedatangan dan cuti tahunan.

Syarikat Kumpulan Fima Berhad tidak mempunyai sebarang


pampasan.

Iklan Pengurus Bawahan

Kajian ini dilakukan ke atas dua jawatan penyelia bahagian stor dari
Syarikat Pantai Timor Tumpat dan penyelia pengeluaran dari Syarikat NH Foods.
Syarikat Pantai Timor tidak mempunyai sebarang elaun.

Syarikat NH Foods juga tidak mempunyai sebarang pampasan .

ii
1.0 PENGENALAN

Pengkaji membuat kajian mengenai empat syarikat yang terdiri


daripada dua syarikat pertengahan iaitu Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd dan
Kumpulan Fima Berhad serta syarikat peringkat bawahan, iaitu Syarikat Pantai Timor
Tumpat dan Syarikat NH Foods.

Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd (1163494-D) atau dahulunya


dikenali sebagai Nurraysa Beauty adalah sebuah syarikat produk kecantikan buatan
muslimah yang diasaskan oleh Puan Nur Aini Zolkepeli. Nurraysa mengeluarkan produk
kecantikan yang berasakan bahan – bahan halal dengan membawa tema MESRA
WUDUK. Semua produk keluaran NURRAYSA bebas daripada kimia merbahaya sesuai
dengan temanya yang MESRA WUDUK di mana ia mudah dicuci dan boleh dibawa
solat. Bermula hanya dengan modal RM500, kini jenama Nurraysa mempunyai beribu
ejen dengan lebih 100 bill board terpasang di sepanjang lebuhraya di seluruh
Semenanjung Malaysia. Dengan matlamat untuk mewujudkan peluang bisnes berjemaah,
pengasas Nurraysa, Puan Nor Aini Zolkepeli komited memberi bimbingan kepada stokes
dan ejen Nurraysa sehingga mereka mampu membuat jualan enam angka sebulan.

Kumpulan Fima Berhad diperbadankan oleh Kerajaan Malaysia pada


24 Februari 1972 dengan nama Fima Sdn Bhd. Perniagaan pertama KFima adalah
pengetinan nanas ketika Pineapple Cannery of Malaysia (PCM) dianjurkan sebagai anak
syarikat milik penuh KFima. KFima ditukarkan menjadi syarikat awam dan menukar
namanya menjadi Kumpulan Fima Berhad. Pada tahun 1981, KFima menjadi pemegang
saham pengendali Fima Metal Box Bhd yang kini dikenali sebagai Fima Corporation
Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL) yang kini dikenali sebagai Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia).
Satu dekad kemudian, KFima menjalani Pengurusan Pembelian (MBO) selaras dengan
Dasar Penswastaan Malaysia.

ii
Syarikat Pantai Timor Tumpat adalah sebuah pasar raya yang besar
dan menjual pelbagai produk dan perkhidmatan seperti sayur – sayuran dan buah –
buahan.

Syarikat NH Foods adalah syarikat usaha sama antara NH Foods of Japan yang
merupakan syarikat terbesar di Jepun dan kelima terbesar di dunia melalui penjualan dan
makanan yang diproses.

ii
RUJUKAN

1) https://pakarkomunikasi.com/pengertian-media-cetak-menurut-para-ahli

2) http://blogartikelilmiah.blogspot.com/2017/12/pengertian-job-description-
menurut-para.html

3) https://nurraysa.com/tentang/

4) http://jawatankosongkuantan.blogspot.com/2018/12/jawatan-kosong-nurraysa-sdn-
bhd-kuantan.html?m=1

5)

ii
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk mencapai 4 objektif berkaitan amalan pengambilan


sumber manusia oleh Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd, Syarikat Kumpulan Fima
Berhad, Syarikat Pantai Timor Tumpat dan Syarikat NH Foods.

1) Menganalisis Amalan Pengambilan Sumber Manusia di Syarikat Nurraysa Sdn


Bhd, Syarikat Kumpulan Fima Berhad, Syarikat Pantai Timor Tumpat dan
Syarikat NH Foods.

2) Menganalisis Amalan Pengambilan Sumber Manusia Peringkat Pengurusan


Pertengahan di Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd dan Syarikat Kumpulan Fima
Berhad.

3) Menganalisis Amalan Pengambilan Sumber Manusia Peringkat Pengurusan


Bawahan di Syarikat Pantai Timor Tumpat dan Syarikat NH Foods.

4) Menyediakan Resume Untuk Jawatan Guru di Syarikat Childcare Centre Bagi


Pemohon Lepasan STPM.

ii
4.0 KAEDAH KAJIAN

Menurut Ahmad Mazhab Ayob (1985) kaedah kajian ialah soal bagaimana tiap –
tiap suatu objektif atau penyelidikan itu hendak dicapai. Kaedah kajian merupakan
pengumpulan maklumat serta data terbaharu gang berkaitan tinjauan yang dilakukan.
Kaedah kajian biasanya mengambil kira aspek pemilihan kaedah kajian, teori
pembelajaran bahasa, prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data. Tujuan
kaedah kajian adalah untuk membantu memahami dengan luas atau lebih terperinci
tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. Kaedah
kajian dapat dibahagikan kepada dua iaitu data primer dan data sekunder. Data primer
adalah sumber data penelitian yang diperoleh secara langsung dari sumber aslinya seperti
melalui hasil pendapat dari individu, wawancara ataupun melalui kaedah pemerhatian.
Data sekunder pula merupakan sumber data penelitian yang diperoleh melalui media
massa atau secara tidak langsung melalui penulisan seperti melalui buku, jurnal, surat
khabar, internet dan sebagainya.

Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah melalui data sekunder. Hal
ini demikian kerana, pelaksanaan kajian melalui data sekunder merupakan salah satu
kaedah yang amat efektif pada zaman sekarang. Oleh itu, terdapat beberapa kelebihan
melalui kaedah ini. Kelebihan yang pertama ialah maklumat tentang sesuatu persoalan
dalam kajian mudah didapati dalam masa yang singkat dan ini juga dapat menjimatkan
masa serta kos semasa menjalankan kajian. Selain itu, data sekunder juga menjadi sumber
data perbandingan di mana sesuatu maklumat yang diperoleh dapat diinterpretasikan
secara lebih mendalam. Tambahan pula, kaedah kajian melalui data sekunder juga sangat
efektif kerana sesetengah maklumat hanya boleh diperoleh melalui data sekunder sahaja.
Namun demikian, terdapat juga kelemahan data sekunder seperti maklumat yang
dibekalkan mungkin tidak lengkap dan tidak tepat yang menimbulkan cabaran.

ii
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini menganalisis amalan pengambilan sumber manusia bagi jawatan


peringkat pengurus pertengahan di Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd dan Syarikat
Kumpulan Fima Berhad serta jawatan peringkat pengurus bawahan di Syarikat Pantai
Timor Tumpat dan Syarikat NH Foods. Kajian ini juga menganalisis Resume bagi Calon
Lepasan STPM untuk permohonan jawatan guru di ChildCare Centre. Kajian ini
dilaksanakan untuk mencapai beberapa objektif. Antaranya ialah menganalisis amalan
pengambilan sumber manusia oleh empat syarikat yang berbeza iaitu dua iklan pekerjaan
bagi peringkat pengurus pertengahan dan dua iklan pekerjaan bagi peringkat pengurus
bawahan. Kedua, mengkaji dan membandingkan cara pengambilan sumber manusia ba
antara dua syarikat bagi peringkat pengurus pertengahan dan juga perbandingan antara
dua syarikat untuk peringkat pengurus bawahan. Kemudian, mencari iklan pekerjaan bagi
graduan lepasan STPM demi menyediakan resume bagi memohon jawatan tersebut.

Kajian ini merupakan sebuah kajian yang asli iaitu dilaksanakan dalam tempoh
masa yang ditetapkan tanpa bantuan para ahli yang lain. Kajian ini merupakan kajian
yang pertama dihasilkan melalui analisis yang dilakukan iaitu dalam bentuk ilmiah.
Kajian ini dilaksanakan bagi memenuhi syarat Kerja Kursus (KK) mata pelajaran
Pengajian Perniagaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020.

ii
6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Kajian ini dilaksanakan untuk mencapai empat objektif mengenai amalan


pengambilan sumber manusia oleh empat syarikat yang berlainan. Objektif pertama ialah
menganalisis amalan pengambilan manusia di Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd,
Syarikat Kumpulan Fima Berhad, Syarikat Pantai Timor Tumpat dan Syarikat NH Foods.
Objektif kedua ialah menganalisis amalan pengambilan sumber manusia peringkat
pengurusan pertengahan di Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd dan Syarikat Kumpulan
Fima Berhad. Objektif yang ketiga ialah menganalisis amalan pengambilan sumber
manusia peringkat pengurusan bawahan di Syarikat Pantai Timor Tumpat dan Syarikat
NH Foods. Objektif terakhir ialah menyediakan resume untuk jawatan guru di Syarikat
ChildCare Centre bagi pemohon lepasan STPM. Keempat – empat objektif tersebut dapat
dianalisis dan mencapai peruntukkannya demi mewujudkan satu kajian yang sah dan
berguna.

Terdapat beberapa cadangan yang telah disenaraikan bagi menambahbaikan


amalan pengambilan sumber manusia oleh empat syarikat tersebut. Cadangan yang
pertama ialah menyatakan maklumat atau informasi mengenai aspek pemilihan secara
terperinci. Keempat – empat syarikat tersebut seharusnya memaparkan maklumat tentang
aspek pemilihan agar calon – calon yang memohon yang jawatan yang ditawarkan oleh
syarikat tersebut dapat memahami kehendak sesebuah syarikat. Cadangan yang kedua
ialah syarikat tersebut perlu menambahkan lagi maklumat mengenai penghuraian kerja
serta spesifikasi kerja agar calon – calon yang memohon sesuatu jawatan dapat
mengetahui kepentingan dan keutamaan sesuatu jawatan yang ditawarkan.

Kesimpulannya, maklum balas dan data daripada proses pengambilan sumber


manusia boleh diperbaiki agar sesebuah syarikat boleh mencapai visi dan matlamat yang
ditetapkan.

ii
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, setinggi – tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan
kepada Cik Corrinne Mah Yoke Yin kerana telah mengorbankan masa, memberikan
tunjuk ajar dan nasihat serta membantu dalam menyiapkan Kerja Kursus dalam tempoh
masa yang ditetapkan.

Seterusnya, kesempatan juga diambil untuk mengucapkan ribuan terima kasih


kepada Lee Chew Ling yang telah memberi sokongan dan dorongan sepanjang tempoh
pelaksanaan Kerja Kursus Pengajian Perniagaan ini.

Penghargaan yang tidak terhingga juga ingin diucapkan kepada rakan – rakan
yang terlibat dalam membantu menyiapkan Kerja Kursus Pengajian Perniagaan ini.

ii
ISI KANDUNGAN

Abstrak i

Isi Kandungan ii

Penghargaan iii

1.0 Pengenalan 1

2.0 Objektif Kajian 3

3.0 Latar Belakang Kajian 4

4.0 Kaedah Kajian 5

5.0 Dapatan Kajian 6

5.1 Sumber iklan 8

5.1.1 Iklan Peringkat Pengurusan Pertengahan

5.1.2 Iklan Peringkat Pengurusan Bawahan

5.2 Spesifikasi Kerja 10

5.2.1 Iklan Peringkat Pengurusan Pertengahan

5.2.2 Iklan Peringkat Pengurusan Bawahan

5.3 Penghuraian Kerja 12

5.3.1 Iklan Peringkat Pengurusan Pertengahan

5.3.2 Iklan Peringkat Pengurusan Bawahan

5.4 Aspek Pemilihan 15

5.4.1 Iklan Peringkat Pengurusan Pertengahan

5.4.2 Iklan Peringkat Pengurusan Bawahan

5.5 Faktor Penentu Pampasan 16

5.5.1 Iklan Peringkat Pengurusan Pertengahan

5.5.2 Iklan Peringkat Pengurusan Bawahan

6.0 Rumusan dan Kesimpulan 18

7.0 Rujukan 19

8.0 Lampiran 20

9.0 Iklan dan Resume 21

ii
ABSTRAK

Analisis Amalan Pengambilan Sumber Manusia Bagi Jawatan Pengurus Pertengahan di


Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd dan Syarikat Kumpulan Fima Berhad Serta Jawatan
Pengurus Bawahan di Syarikat Pantai Timor Tumoat dan Syarikat NH Foods

Dan

Resume bagi Calon Lepasan STPM Untuk Permohonan Jawatan Guru di Syarikat
ChildCare Centre, Taman Star.

Kajian ini dijalankan di bawah tajuk Analisis Amalan Pengambilan Sumber


Manusia Bagi Jawatan Pengurus Pertengahan di Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd dan
Syarikat Kumpulan Fima Berhad Serta Jawatan Pengurus Bawahan di Syarikat Pantai
Timor Tumoat dan Syarikat NH Foods dan Resume bagi Calon Lepasan STPM Untuk
Permohonan Jawatan Guru di Syarikat ChildCare Centre, Taman Star. Objektif kajian
pertama ialah menganalisis amalan pengambilan sumber manusia di Syarikat Nurraysa
Sdn Bhd, Syarikat Kumpulan Fima Berhad, Syarikat Pantai Timor Tumpat dan Syarikat
NH Foods. Objektif kajian kedua ialah menganalisis amalan pengambilan sumber
manusia peringkat pengurusan pertengahan di Syarikat Nurraysa Global Sdn Bhd dan
Syarikat Kumpulan Fima Berhad. Objektif kajian yang ketiga ialah menganalisis amalan
pengamnbilan sumber manusia peringkat pengurusan bawahan di Syarikat Pantai Timor
Tumpat dan Syarikat NH Foods. Objektif kajian yang terakhir ialah menyediakan resume
untuk jawatan guru di Syarikat ChildCare Centre bagi Pemohon Lepasan STPM.

ii
ii
ii
ii
ii
ii

Anda mungkin juga menyukai