Anda di halaman 1dari 10

Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tingkatan 1

Bahagian A ( 50 Markah)

Jawab Soalan-soalan berikut :

1. Yang manakah antara berikut merupakan komponen kecergasan fizikal


berasaskan kesihatan?
A. Daya tahan kardiovaskular dan kuasa
B. Daya tahan otot dan kelenturan
C. Kekuatan otot dan kelajuan
D. Kelajuan dan kuasa

2. Yang manakah antara berikut merupakan komponen kecergasan fizikal


berasaskan perlakuan atau kemahiran motor?
A. Daya tahan kardiovaskular dan kuasa
B. Daya tahan otot dan kelenturan
C. Kekuatan otot dan kelajuan
D. Kelajuan dan kuasa

3. Apakah aktiviti yang sesuai untuk membina kekuatan otot dibahagian kaki?
A. Naik turun bangku
B. Lari pecut 30 Meter
C. Meniarap, angkat tangan dan kaki secara bersilang
D. Lompat jauh berdiri

4. Berikut adalah aktiviti yang boleh dilakukan untuk membina kekuatan otot
KECUALI
A. Mendagu
B. Tekan tubi
C. Naik turun bangku dan bangkit tubi
D. Berlari

5. Antara berikut adalah faedah memiliki kelenturan yang baik KECUALI?


A. Mengurangkan risiko mendapat kecederaan
B. Mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan kerja
C. Meningkatkan prestasi dalam sukan
D. Kelihatan lebih muda

6. Kuasa bermaksud........
A. Kemampuan otot melakukan pergerakan yang pantas dalam masa yang
singkat dengan menggunakan daya yang maksimum
B. Kemampuan otot melakukan pergerakan dengan pantas dalam masa yang
lama
C. Kemampuan otot melakukan pergerakan dengan pantas tanpa mengira masa
D. Kemampuan otot melakukan pergerakan yang pantas tanpa menggunakan
daya yang maksimum.
Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tingkatan 1

7. Antara berikut yang manakah merupakan prinsip latihan?


A. Kekerapan
B. Kekejangan
C. Kelangsingan
D. Kekemasan

8. Allahyarham Mokhtar Dahari dan mendiang R. Arumugam merupakan pemain


yang terkenal dalam sukan apa?
A. Bola Baling
B. Bola Tampar
C. Bola Sepak
D. Bola Keranjang

9. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) menganjurkan pertandingan


bola sepak mengikut kumpulan umur iaitu
A. Bawah 13 tahun
B. Bawah 12 tahun
C. Bawah 15 tahun
D. Bawah 18 tahun

10. Terdapat 3 jenis tendangan dalam permainan bola sepak KECUALI


A. Tendangan voli
B. Tendangan lambung
C. Tendangan leret
D. Tendangan tengah

11. Pertandingan bola sepak yang biasa diadakan mengikut bilangan pemain
KECUALI
A. Lima sebelah
B. Sepuluh sebelah
C. Tujuh sebelah
D. Sembilan sebelah

12. Berapa orangkah pemain dalam permainan bola sepak ?


A. 12 orang
B. 11 orang
C. 10 orang
D. 9 orang

13. Berikut merupakan otot-otot utama yang telibat semasa bermain bola jaring
KECUALI
A. Otot bahu dan paha
B. Otot betis
C. Otot pangkal lengan
D. Otot kaki
Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tingkatan 1

14. Berikut adalah tujuan aktiviti memanaskan badan KECUALI


A. Mengikut suhu badan
B. Mengurangkan risiko otot-otot terkoyak atau kejang
C. Mengurangkan risiko kecederaan otot
D. Mengurangkan berat badan

15. Antara berikut merupakan pencipta rekod sukan Olimpik dalam acara 400 meter
lari pecut
A. Micheal Johnson
B. Micheal Jackson
C. Micheal Shumarker
D. Micheal Yeoh

16. Antara otot-otot utama yang terlibat semasa berlari KECUALI


A. Otot pangkal lengan
B. Otot pangkal paha
C. Otot betis
D. Otot dada

17.Teknik lontaran gaya O’ Brien terdiri daripada 4 fasa KECUALI


A. Fasa persediaan
B. Fasa Gelongsor
C. Fasa Terjah
D. Fasa lontaran

18.Berikut merupakan otot-otot utama yang terlibat semasa melakukan lontaran


KECUALI
A. Otot betis
B. Otot bahu
C. Otot pangkal lengan
D. Otot paha

19. Berapakah berat peluru berpandu dalam acara lontar peluru bagi kumpulan
umur bawah 18 tahun kategori lelaki?
A. 4.55 Kg
B. 2.72 Kg
C. 5.80 Kg
D. 5.45 Kg

20.Berikut adalah cara penyimpanan dan penyusunan alatan sukan KECUALI


A. Susun atur mengikut saiz
B. Susun atur mengikut bentuk
C. Susun atur mengikut ketinggian
D. Susun atur mengikut berat atau ringan
Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tingkatan 1

21. Antara berikut nyatakan kebaikan-kebaikan penyusunan peralatan alat sukan


KECUALI
A. Memudahkan pengambilan dan penyimpanan alatan
B. Menjimatkan ruang
C. Menjamin keselamatan pengguna
D. Supaya alat tidak rosak

22. Antara berikut menyebabkan kesan steroid terhadap individu (Perempuan)


yang manakah TIDAK BENAR?
A. Suara berubah
B. Bersifat kelelakian
C. Bulu roma menjadi lebat
D. Ketinggian luar biasa

23. Apakah peranan utama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia?


A. Memperjuangkan hak pengguna
B. Membantu mempercepatkan proses tuntutan terhadap peniaga
C. Mengawal cetak rompak
D. Menetapkan dan mengawal harga barangan keperluan harian

24. Antara berikut merupakan faktor yang menyumbang kepada kemakmuran


rumah tangga KECUALI
A. Bertanggungjawab
B. Kasih Sayang
C. Bertimbang rasa
D. Bertengkar

25. Terdapat 4 aras dalam piramid makanan yang manakah perlu diambil paling
banyak

A. Aras 1
B. Aras 2
C. Aras 3
D. Aras 4
Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tingkatan 1

Bahagian B ( 30 Markah)

1. Padankan pernyataan berikut dengan komponen kecergasan fizikal yang


sesuai

rgerak ke arah tertentu dengan pantas dengan masa yang singkat dengan mengurangkan daya yang maksimum
Kekuatan Otot

n otot menghasilkan daya maksimum semasa melakukan pergerakan dalam masa yang singkat
Kelenturan

mampuan otot melakukan pergerakan dalam jangkamasa yang panjang atau banyak kali
Daya Tahan Otot

mampuan sendi dan otot membenarkan pergerakan dilakukan pada julat yang maksimum
Daya Tahan Kardiovaskular

ampuan otot mengatasi rintangan atau beban dengan menggunakan daya yang maksimum
Kuasa

r darah dan sistem pernafasan membekalkan oksigen ke seluruh tubuh secara berterusan semasa melakukan aktiviti
Kelajuan

6 MARKAH
Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tingkatan 1

2. Padankan situasi permainan bola sepak di bawah dengan kemahiran asas


berikut

SITUASI KEMAHIRAN

Menendang bola yang masih belum mencecah tanah. Menanduk

b. Menahan bola menggunakan dada Tendangan Voli

c. Menjaringkan gol menggunakan kepala Mengelecek

d. Membawa bola melepasi pemain lawan


Tendangan lambung

e. Menyepak bola tinggi


Menyerkap

5 MARKAH

3. Padankan situasi dibawah dengan pendekatan pendidikan pergerakan

SITUASI KEMAHIRAN

Merangkak seperti kanggaru Gimnastik artistik

b. Melompat sambil mendakap kaki Pergerakan Kreatif

c. Melakukan imbangan sebelah kaki Gimnastik Pendidikan

d. Mengayunkan gelung mengikut ritma dan diiringi muzik


Gimnastik Irama
Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tingkatan 1

4 MARKAH
4. Padankan jenis penyakit berikut dengan keperluan nutrien yang sesuai.

Kwashiorkor Asid askorbik

Anemia Vitamin D

Beri-beri Vitamin B1

Skurvi Vitamin B12

Osteomalasia Protein dan Kalori

Marasmus Protein dan mineral

Tumbesaran terbantut Protein, karbohidrat, vitamin dan mineral

7 MARKAH

5. Nomborkan mengikut urutan yang betul


Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tingkatan 1

5 MARKAH

6. Isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang diberikan

Sumber air bersih

Tempat membuang sampah

Perhubungan jalan raya

Khemah induk
Tempat mandi dan tandas

a) Sediakan lubang untuk membuang sampah bagi memastikan kebersihan


tapak perkemahan.

b) Pastikan terdapat laluan keluar masuk selamat sekiranya berlalu kecemasan

c) Pastikan tapak perkemahan berhampiran dengan sungai atau sumber air lain
yang sihat untuk digunakan.

3 MARKAH
Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tingkatan 1

Bahagian C ( 20 Markah)

1. Namakan otot-otot utama yang terlibat semasa melakukan aktivit bangkit tubi
dan dekam lunjur.

I.

II.

2 MARKAH

2. Nyatakan 2 teknik menegang otot

I.

II.

2 MARKAH

3. Apakah tindakan yang perlu dijalankan bagi memastikan alatan yang diperbuat
daripada logam tidak mudah berkarat?

1 MARKAH

4. Senaraikan 3 isu dalam sukan

I.

II.

III.
3 MARKAH

5. Senaraikan 5 langkah proses bantuan kecemasan D.R.A.B.C

I. D=
Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tingkatan 1

II. R=

III. A=

IV. B=

V. C=

5 MARKAH
6. Berikan 3 kesan penyalahgunaan dadah terhadap individu

I.

II.

III.

3 MARKAH

7. Senaraikan 2 faktor yang menyebabkan malnutrisi disesebuah Negara

I.

II.

3 MARKAH

8. Berikan 2 faktor yang menyumbang kepada kerukunan rumah tangga?

I.

II.

3 MARKAH

Anda mungkin juga menyukai