Anda di halaman 1dari 28

SEMESTER 1, 2023/2024

PUSAT PENGAJIAN:
SAINS MATEMATIK

HFF225 - FALSAFAH & ILMU SEMASA

TAJUK ESEI:

FAKTOR-FAKTOR KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 38

No. NAMA NO. KAD PENGENALAN NO. MATRIK

1. MUHAMMAD ‘AMMAR BIN KAMIL NASURUDDIN 040830-08-0035 22304007

2. OOI YUN RAN 020130-02-1140 22305423

3. NURUL YASMIN BINTI MOHD ARIF 010126-02-0736 22300401

4. NURHAFIZA SUHADA BINTI IDRIS 040122-08-0210 22303357

DISELIA OLEH:

DR. SYAKILA AHMAD


Kepupusan flora dan fauna telah menjadi satu cabaran serius yang mengancam kestabilan

ekosistem di seluruh dunia. Fenomena ini tidak hanya menjejaskan kepelbagaian biologi, tetapi

juga menyentuh aspek-aspek ekonomi, sosial, dan ekologi. Dalam beberapa dekad terakhir,

ketidakseimbangan manusia dengan alam semula jadi telah menyebabkan pelbagai jenis spesies

flora dan fauna berada dalam risiko kepupusan. International Union for Conservation of Nature

(IUCN Red List) mengklasifikasikan haiwan dan tumbuhan ini kepada beberapa status

konservasi seperti terdedah kepada ancaman (vulnerable, VU), hampir terancam (near

threatened, NT), terancam secara kritikal (critically endangered, CE), terancam (endangered,

EN), konservasi bersandar (conservation dependent, CD), pupus (extinct, E) dan kurang

dibimbangi (least concern, LC) (Universiti Putra Malaysia, 2022). Dalam esei ini, kami akan

mengkaji dengan lebih mendalam faktor-faktor yang menjadi pendorong utama kepada

kepupusan flora dan fauna, menggali akar masalah yang semakin mengancam warisan alam kita.

Pentingnya kepelbagaian biologi tidak dapat disangkal. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan

merupakan asas kepada keseimbangan ekosistem dan memberikan pelbagai manfaat kepada

manusia, termasuk penyediaan makanan, bahan mentah, dan keseimbangan udara yang kita

hirup. Namun begitu, kita berada dalam era di mana interaksi manusia dengan alam semula jadi

tidak lagi bersifat seimbang. Esei ini akan membongkar lapisan demi lapisan faktor-faktor

kepupusan flora dan fauna, menyelidiki kesan sampingan yang berpotensi merugikan dan

mencari solusi yang berkesan untuk menghadapi cabaran ini. Melalui pemahaman yang

mendalam tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada kepupusan, kita berharap dapat

membina jambatan ke arah pemuliharaan yang berkesan dan pemeliharaan warisan alam untuk

generasi-generasi akan datang.


Antara faktor yang menyebabkan kepupusan flora dan fauna ialah pencemaran. Hal ini

terjadi kerana pencemaran telah membawa kesan negatif kepada habitat. Pencemaran merupakan

ancaman serius terhadap kehidupan flora dan fauna, dan dapat menyebabkan kepupusan spesies.

Pencemaran lingkungan melibatkan pelepasan zat-zat berbahaya ke udara, air, dan tanah, yang

memiliki kesan negatif terhadap ekosistem. Salah satu impak pencemaran terbesar adalah

kerosakan habitat alami. Pencemaran air dapat mencemari perairan dan mengakibatkan kematian

ikan dan hidupan air lain. Tanah yang tercemar juga boleh mematikan tanaman dan

mikroorganisma penting tanah. Menurut seorang nelayan, Saiful Azam Mohd. Sapari, 36,

pencemaran itu dipercayai berlaku akibat pembuangan sisa industri dari kawasan perindustrian

yang terletak berdekatan Sungai Chikus, Batang Padang. Dia menyatakan bahawa masalah ini

menyebabkan banyak ikan mati sejak dua hari lalu, selain air sungai menjadi hitam dan berbau

busuk. Keadaan ini telah menjejaskan pendapatan golongan nelayan (Ain Safre Bidin, 2022).

Selain itu, pencemaran udara dapat merosak tumbuh-tumbuhan melalui penyerapan zat-zat

beracun. Pencemaran juga menyebabkan ketidakseimbangan rantai makanan. Spesies hidupan

yang lebih rendah dalam rantai makanan dapat menyerap zat-zat berbahaya, dan apabila dimakan

oleh spesies hidupan yang lebih tinggi dalam rantai makanan, zat beracun tersebut dapat

terakumulasi dalam jumlah yang lebih besar dan akan mengancam kelangsungan hidup spesies

tersebut. Selain itu, perubahan iklim yang disebabkan oleh pencemaran karbon dioksida (𝐶𝑂2)

yang dapat mengubah suhu dan pola cuaca akan mengancam spesies yang tidak dapat

beradaptasi dengan cepat. Perubahan iklim menyebabkan kerosakan yang teruk, meningkatkan

kehilangan kekal di darat, air dan laut serta ekosistem marin terbuka. Kebanyakan sistem semula

jadi sudah mencecah atau menghampiri batasan kemampuan untuk bertahan dengan kesan

pemanasan bumi. Tambahan pula, lautan menyerap jumlah karbon dioksida yang tinggi daripada
atmosfera hingga mengubah tahap asid laut yang menjejaskan hidupan laut, selain pemanasan

turut dikaitkan dengan peningkatan jumlah gelombang haba terhadap hidupan marin. Untuk

mencegah kepupusan flora dan fauna akibat pencemaran, penting untuk mengamalkan amalan

mesra alam, mengurangi pelepasan zat berbahaya, dan mendukung upaya konservasi dan

rehabilitasi habitat alami. Pendidikan dan kesedaran masyarakat juga memainkan peranan yang

penting dalam menggalakkan tingkah laku mampan untuk mengelakkan kepupusan flora dan

fauna.

Selain itu, keperluan barang berasaskan haiwan merupakan faktor lain yang

menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Keperluan barang berasaskan haiwan, seperti hasil

haiwan peliharaan, produk kulit, dan ubat-ubatan tradisional, dapat menyebabkan kepupusan

flora dan fauna jika tidak dikelola dengan bijaksana. Beberapa aspek telah menyumbang kepada

kesan negatif ini. Pertamanya ialah perburuan berlebihan. Hal ini berlaku disebabkan oleh

permintaan tinggi terhadap produk haiwan, seperti bulu, tanduk, atau kulit, yang menyebabkan

perburuan berlebihan dan eksploitasi. Keadaan ini dapat mengancam kelangsungan hidup spesies

tertentu, membawa mereka ke ambang kepupusan. Menurut Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri

Johor, Encik Salman Saaban, pemburu haram mampu mengaut untung besar sehingga

RM200,000 dengan menjual seekor harimau hidup kepada mana-mana restoran eksotik di negeri

Johor. Permintaan harimau sangat tinggi dalam kalangan penggemar daging haiwan eksotik

kerana mereka percaya ianya bagus untuk kesihatan termasuk menguatkan tenaga batin

walaupun tidak dapat dibuktikan secara saintifik (Hashim, M. F. , 2020). Aspek lain yang

menyebabkan kepupusan flora dan fauna ialah kehilangan habitat. Beberapa jenis spesies haiwan

menghadapi ancaman kerana perubahan habitat akibat pembangunan, perkebunan, atau

pertanian. Pembukaan tanah untuk memenuhi permintaan dalam bidang pertanian atau
penternakan dapat mengakibatkan kehilangan habitat flora dan fauna. Menurut pensyarah Fakulti

Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Maketab Mohamed, keadaan

ini berlaku kerana Sungai Pahang serta anak sungai utamanya iaitu Sungai Tembeling hampir

berada di ambang 'garisan kemusnahan' dan hampir kontang ekoran sikap rakus manusia

meneroka khazanah alam itu sehingga lupa kepada implikasinya (Noor Sharmsiah, M., 2016).

Selain itu, perubahan iklim akan menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Kegiatan pertanian

dan penternakan intensif dapat menyumbang kepada pelepasan gas rumah kaca dan perubahan

iklim. Perubahan iklim dapat mempengaruhi ekosistem alami dan menyebabkan kepupusan pada

spesies yang tidak dapat beradaptasi dengan cepat. Di samping itu, pencemaran lingkungan juga

menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Penggunaan bahan kimia dalam pertanian atau industri

dapat mencemari lingkungan, merosakkan ekosistem air dan tanah. Ini dapat memberi kesan

buruk pada flora dan fauna di sekitarnya, mengakibatkan kepupusan. Contohnya, pencemaran

plastik di laut berlaku di seluruh perairan dunia termasuk di wilayah paling terpencil seperti di

Antartika. Dianggarkan sekitar 710 juta tan metrik plastik bakal mencemarkan alam sekitar pada

tahun 2040, malah lautan dijangka mengandungi lebih banyak plastik daripada ikan menjelang

2050. Partikel plastik bukan sahaja membawa bahaya secara langsung apabila dimakan oleh

haiwan di lautan, malah bahan kimia yang terdapat dalam plastik juga akan menyerap ke dalam

tisu haiwan berkenaan. Ia memberi ancaman besar kepada kelangsungan hidupan marin dan

kesihatan manusia apabila memakan sumber makanan laut yang dicemari mikroplastik dan

nanoplastik (Dr Haliza Abdul Rahman, 2021). Perikanan yang tidak terkawal juga

menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Permintaan yang tinggi terhadap ikan dan hasil laut

lainnya menyebabkan aktiviti penangkapan ikan yang tidak terkawal dan merosak ekosistem

laut. Data terbaharu dalam senarai merah yang didedahkan oleh Kesatuan Antarabangsa,
populasi ikan jerung dan pari menurun sejak tahun 2014 dan kini diancam kepupusan.

Berdasarkan data yang diperoleh, terdapat juga 37% ikan jerung dan pari dianggap berada dalam

keadaan bahaya pada tahun 2021 dan parasnya meningkat daripada 33% sejak tahun 2014.

Keadaan ini berlaku kerana permintaan sirip ikan jerung untuk penyediaan sajian sup ikan jerung

dalam semua menu restoran. Ikan itu apabila ditangkap akan dipotong siripnya dan dicampak ke

laut tanpa mengira keadaan ikan sama ada masih hidup atau tidak (Astro Awani, 2021). Untuk

mengatasi impak negatif ini, kita perlu mempunyai usaha pemuliharaan, dasar pengurusan

sumber asli yang mampan, dan kesedaran awam tentang kesan penggunaan barangan berasaskan

haiwan terhadap kelestarian ekosistem global.

Tidak cukup dengan itu, penerokaan hutan secara haram juga merupakan salah satu punca

yang menyebabkan kepupusan spesies flora dan fauna. Penerokaan hutan merupakan aktiviti

manusia untuk mendapatkan hasil hutan bagi kepentingan sesebuah kawasan atau negara.

Penerokaan hutan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu, penebangan hutan, pembakaran

hutan dan pertanian. Sejak kebelakangan ini, penerokaan hutan semakin meningkat akibat

daripada kepadatan manusia yang semakin tinggi. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia

(JPM), populasi penduduk Malaysia semakin bertambah sebanyak 0.2 peratus dari tahun 1980

hingga 2022. Peningkatan ini menyebabkan hutan-hutan di sesuatu kawasan perlu menjadi

pembekal utama. Penerokaan hutan pada masa lalu dan sekarang telah mewujudkan perubahan

kepada ekologi ekosistem semulajadi negara. Kawasan hutan kini telah diganti menjadi kawasan

perumahan,kawasan pertanian seperti ladang getah dan kelapa sawit, kawasan perindustrian dan

kawasan pengangkutan seperti jalan raya dan kereta api. Aktiviti-aktiviti manusia yang agresif

terhadap penerokaan hutan telah menyebabkan keluasan hutan sedang mengecil menjadi lebih

kurang 55.5 peratus dan kebanyakannya adalah terletak di kawasan bukit bukau(Siti Paujiah
Yusri Ab. Malik(1995) , Hutan Hujan Tropika). Selain itu, terdapat manusia yang tidak

bermoral yang menjual hasil-hasil hutan dengan harga yang melambung tinggi. Pada tahun

2020, dianggarkan kira-kira 20 hektar tanah di kawasan hutan simpan kekal Relai, Ladang

Serasa, Kelantan telah diteroka secara haram sebelum ditanam dengan kelapa sawit. Menurut

Global Forest Watch (GWF) Malaysia telah melakukan penebangan hutan dengan keluasan

349,244 hektar dengan melibatkan kadar penebangan hutan yang tertinggi di kawasan Pahang

dan Sarawak pada tahun 2017 hingga 2021. Bukan itu sahaja, sepanjang 20 tahun yang lalu,

kehilangan penutup pokok berkaitan kebakaran di kawasan tropika meningkat pada kadar

kira-kira 36,000 hektar (sekitar 5 peratus) setahun dan menyumbang kira-kira 15 peratus

daripada jumlah peningkatan global kehilangan penutup pokok akibat kebakaran antara tahun

2001 dan 2022 (World Resources Institute). Peningkatan terhadap penerokaan hutan yang

berlebihan dapat menjejaskan haiwan dan tumbuhan di sekitar pokok yang ditebang. Hal ini

terjadi apabila pokok besar yang ditebang akan tumbang serta merosakkan tumbuhan di

sekelilingnya dan habitat haiwan-haiwan yang menetap berhampiran pokok itu akan

musnah(Mohamad Zaki Haji Mohd Isa(1995), Perhutanan dan Alam Sekitar). Oleh hal

yang demikian, kepadatan sesuatu kawasan di hutan akan meningkat ekoran daripada

kemusnahan habitat sesuatu spesies. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan bersaing dari aspek

tempat tinggal, makanan, pasangan dan lain-lain. Jelaslah bahawa, penerokaan hutan secara tidak

terkawal dapat mengancam kepupusan spesies flora dan fauna secara drastik.

Di samping itu, pemburuan haram merupakan salah satu sumbangan terbesar terhadap

kepupusan spesies flora dan fauna. Pemburuan haram didefinisikan sebagai penangkapan atau

pemburuan haiwan liar di sesuatu kawasan yang bertentangan dengan undang-undang atau tanpa

kebenaran undang-undang. Pemburuan haram lazimnya dilakukan kepada spesies haiwan yang
terancam. Antaranya ialah orang utan, harimau, gajah, tenggiling, pelanduk, tapir malaya dan

cencurut hitam. Aktiviti pemburuan haram ini merangkumi pelbagai aspek termasuklah

penganiayaan, pemerdagangan, dan penyeludupan spesies terancam(Haliza Abdul

Rahman(2020), Isu-Isu perundangan dan penguatkuasaan berkaitan Hidupan Liar di

Malaysia). Pemburuan haram merupakan salah satu penyumbang kepada kepupusan spesies

terancam di dunia yang sedang mengalami kadar kepupusan iaitu sebanyak 28 peratus

(International Union for Conservation of Nature). Sejak kebelakangan ini, terdapat

pemburu-pemburu yang tidak berperikemanusiaan telah melakukan aktiviti pemburuan haram

secara berleluasa untuk kepentingan sendiri tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang

kepada semua pihak. Seperti contoh, isu yang terkini mengenai sindiket pemburuan haram yang

terjadi di hutan simpan Ulu Muda, Sik, Kedah. Penjenayah pemburuan haram yang berusia

sekitar 40 hingga 63 tahun telah melakukan aktiviti pemburuan haram dengan menjual

bahagian-bahagian haiwan dengan harga lumayan kepada pelbagai pihak seperti tanduk, kulit,

daging dan sebagainya. Tidak lupa juga dengan kematian spesies gajah yang terancam iaitu gajah

pygmy akibat daripada pemburuan haram di sebuah ladang di Sukai, Kinabatangan, Sabah.

Pemburu-pemburu tersebut menyasarkan bahagian-bahagian gajah yang memberi pulangan yang

tinggi seperti kaki, ekor dan gading. Sehubungan dengan itu, spesies-spesies eksotik ini akan

semakin diburu kerana sikap daripada pemburu yang tamak. Hasil buruan akan diperdagangkan

kepada pelanggan kerana dianggap haiwan-haiwan eksotik mempunyai nilai komersial yang

tinggi. Lazimnya para pemburu akan menjual daging-daging haiwan eksotik ini kepada

restoran-restoran mewah. Hal ini kerana, terdapat restoran mewah yang sering menghidangkan

masakan haiwan eksotik kepada pelanggan-pelanggan VIP. Para pelanggan sanggup membayar

dengan harga yang tinggi kerana menganggap haiwan ini sukar didapati dan dimakan. Seperti
contoh, penjualan spesies katak demam iaitu spesies katak gergasi yang dijual mencecah ratusan

ringgit di sebuah restoran Bentong, Pahang. Katak ini dihidangkan dengan masakan goreng yang

mendapat permintaan tinggi daripada para pelanggan. Selain daripada sektor makanan,

bahagian-bahagian haiwan yang lain diperdagangkan menjadi hiasan eksotik di rumah-rumah

mewah. Hiasan ini dianggap sebagai azimat kepada pemilik. Antara hiasan eksotik yang hangat

dipasarkan ialah tanduk, kulit dan gading. Oleh itu, spesies-spesies yang terancam akan semakin

pupus kerana ekosistem sesuatu komuniti di sesebuah habitat terganggu menyebabkan pemangsa

tidak mempunyai sumber makanan akibat daripada kekurangan mangsa. Tegaslah bahawa,

pemburuan haram merupakan salah satu punca kepupusan spesies flora dan fauna.

Seterusnya, spesies flora dan fauna terkesan daripada pembukaan tanah baharu.

Pembukaan tanah baharu merupakan kawasan yang biasanya merujuk kepada proses menukar

tanah semulajadi atau belum dibangunkan kepada tanah yang boleh diakses, digunakan, atau

diubah suai untuk pelbagai kegunaan manusia. Aktiviti termasuk penebangan hutan,

perbandaran, peningkatan pengeluaran pertanian, dan pembangunan infrastruktur sering menjadi

sebahagian daripada proses ini. Walau bagaimanapun, pembukaan tanah yang berlebihan dapat

memberi kesan negatif kepada haiwan dan tumbuhan. Aktiviti pembukaan tanah yang tidak

terkawal akan mendorong kepada kerosakan ekosistem semulajadi yang berdekatan dengan

kawasan pembersihan. Hal ini terjadi kerana, habuk dan kayu-kayu yang kecil tidak dibersihkan

yang boleh tercemar ke kawasan semulajadi yang lain seperti sungai, lombong dan sebagainya.

Tamsilnya, kematian ikan di Sungai Kulim, Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor, Pulau Pinang

susulan daripada peningkatan kandungan pepejal yang terampai daripada aktiviti pembukaan

tanah baharu. Secara amnya, pembukaan kawasan yang baharu sering melibatkan penggunaan

bahan kimia, seperti racun perosak dan baja dalam pertanian. Kesihatan dan pembiakan flora dan
hidupan liar mungkin terjejas secara negatif oleh bahan pencemar ini. Pemendapan bahan kimia

seperti fosforus dan nitrat ke dalam sumber air akan merangsang pertumbuhan alga dengan pesat

sehingga menutup permukaan air. Keadaan ini disebut sebagai eutrofikasi, yang akan

mengurangkan oksigen kerana cahaya matahari dihalang oleh alga.(Jaliah binti

Khalib,(2021),biologi tingkatan 5). Selain itu, bangunan, jalan raya dan infrastruktur lain yang

berkaitan dengan pembukaan tanah tambahan boleh menyekat laluan penghijrahan hidupan liar

dan membina halangan yang menyekat pergerakan mereka. Perkara ini, mungkin menimbulkan

kepupusan tempatan dan mengasingkan populasi. Penghijrahan haiwan menjadi lebih berbahaya

kerana haiwan-haiwan tersebut terdedah kepada risiko untuk berlanggar dengan kenderaan yang

berhalaju tinggi. Contohnya, kereta, bas dan lori yang bermuatan besar. Menurut rekod

Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (PERHILITAN), tapir ialah haiwan yang paling

banyak terbunuh dan menunjukkan antara spesis yang sering terancam kerana terlibat dengan

kemalangan jalan raya dalam tempoh 2012 hingga 2016. Tanah baharu yang dibuka dengan

berlebihan dapat menyumbang kepada penyebaran penyakit dalam kalangan haiwan dan

tumbuhan. Hal ini kerana, apabila haiwan bermigrasi ke tempat yang baharu, ia akan berinteraksi

dengan haiwan yang tiada dalam habitat asal. Interaksi tersebut akan mempercepatkan

pemindahan penyakit dari satu haiwan ke haiwan yang lain. Sudah terang lagi bersuluh,

pembukaan tanah baharu merupakan punca kepupusan spesies flora dan fauna.

Pemanasan global juga menyumbang kepada kepupusan spesies flora dan fauna.

Pemanasan global merujuk kepada peningkatan suhu yang berterusan terhadap permukaan bumi.

Ia boleh memberi kesan ketara dan berkekalan terhadap ekosistem haiwan dan tumbuhan yang

mungkin mengakibatkan kepupusan beberapa spesies tumbuhan dan haiwan. Pemanasan global

boleh terjadi apabila gas-gas seperti karbon monoksida (CO), karbon dioksida (CO₂),
klorofluorokarbon (CFC), metana dan nitrogen dioksida menyerap sinaran matahari dan

memantulkan semula sinaran tersebut menyebabkan suhu purata atmosfera bumi akan

meningkat.(Norazian Mohamed Noor,(2012), Isu Pemanasan Global). Peningkatan suhu

dunia semakin membimbangkan kerana suhu bumi telah meningkat 1.2 darjah dan kadarnya

berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Peningkatan suhu yang ekstrem memberi kesan

kepada spesies tertentu kerana mereka lebih sukar untuk hidup di habitat sedia ada. Hal ini

kerana, peningkatan suhu yang tinggi dapat memusnahkan tempat pembiakan dan sarang di suatu

habitat. Tambahan pula, sumber makanan tertentu hanya boleh bertahan pada suhu persekitaran

tertentu. Tamsilnya, sumber makanan seperti ikan akan berkurang di suatu sumber air kerana

taburan dan tingkah laku spesies ikan yang berbeza boleh dipengaruhi oleh suhu air yang tinggi.

Suhu yang tinggi boleh menyebabkan beberapa ikan yang terdapat di perairan sejuk menjadi

kurang banyak atau mungkin memaksa mereka untuk berpindah ke perairan yang lebih sejuk,

yang akan memberi kesan kepada pemangsa. Oleh itu, populasi suatu spesies akan berkurangan

dan dalam situasi yang paling teruk, kepupusan berlaku. Tidak cukup dengan itu, hidupan

akuatik juga akan terkesan kerana paras air laut meningkat kerana glasier dan penutup ais

mencair akibat peningkatan suhu global. Menurut Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara

(NASA), pencairan ais di Greenland, yang juga kawasan ais kedua terbesar selepas Antartika,

dijangka meningkatkan paras air dunia sehingga 0.8 millimeter. Bagi beberapa spesies, seperti

burung laut dan penyu mungkin kehilangan habitat pantai dan tempat bersarang. Perkara ini

berlaku kerana, banyak spesies termasuk burung dan penyu, bergantung kepada kawasan pantai

tertentu untuk keperluan bersarang mereka. Kenaikan paras laut mungkin menenggelamkan

lokasi bersarang dan menjejaskan kualiti telur serta kemandirian anak-anak untuk menetas. Paras

air laut yang meningkat juga boleh membawa kepada kesan negatif terhadap kesihatan terumbu
karang. Memandangkan batu karang ialah komponen ekosistem yang mempunyai pelbagai

fungsi kepada hidupan akuatik, terumbu karang terdedah kepada variasi paras laut. Paras air laut

yang berbeza boleh menyebabkan pelunturan karang, kurang penembusan cahaya matahari dan

peningkatan pemendapan di permukaan terumbu karang. Tidak dapat diragukan lagi, pemanasan

global memberi impak negatif yang besar kepada kepupusan spesies flora dan fauna secara

global.

Pada era globalisasi kini, usaha untuk meningkatkan dan menggalakkan taraf hidup

sering dikaitkan dengan aktiviti ekonomi negara dan projek pembangunan. Keindahan flora dan

fauna adalah anugerah yang tidak boleh diukur dengan wang ringgit. Namun demikian, manusia

sering mengabaikan tanggungjawab mereka untuk menjaga hidupan flora dan fauna yang turut

akan memberi kesan negatif kepada pembangunan negara jika tercemar pada pencemaran sisa

toksik. Sisa toksik ditakrifkan sebagai sisa yang termasuk dalam Senarai Pertama (First

Schedule) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Sisa Terjadual) 1989 di Malaysia.

Menurut senarai ini, sisa toksik dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu sisa toksik

daripada sumber tertentu dan sisa toksik daripada sumber khusus lain. Contoh sisa toksik bukan

organik termasuk plumbum, merkuri, arsenik, asbestos, kuprum, kromium, selenium, perak,

nikel, antimoni dan kadmium. Pada masa ini, sisa toksik organik termasuk hidrokarbon, eter,

ester, keton, PAH, dioksin, furan, komponen fenolik, PCB, racun perosak, amina, dan nitrosamin.

Masalah pengurusan sisa toksik merupakan isu yang sering diperdebatkan dan terdapat banyak

definisi yang berbeza menurut sumber dan negara yang berlainan. Secara amnya, sisa toksik

boleh didefinisikan sebagai sisa dalam bentuk pepejal, cecair atau gas (selain daripada sisa

radioaktif dan sisa berjangkit) yang menunjukkan ciri-ciri ketoksikan yang membahayakan

kesihatan manusia dan alam sekeliling dalam jangka masa yang pendek atau panjang, sama ada
secara tersendiri atau bergabung dengan jenis sisa yang lain. Punca pembuangan sisa toksik

adalah sikap manusia yang membuang sisa berbahaya dari kilang. Hal ini kerana, banyak kilang

dibina di sepanjang sungai disebabkan oleh dapat memudahkan kilang untuk memastikan sisa

buangan kilang dibuang ke sungai. Oleh itu, bahan kimia yang tidak ditapis dan dirawat telah

mencemarkan air sungai dengan bahan berbahaya. Ini berikutan pembuangan sisa toksik secara

besar-besaran dari kilang ke dalam sungai telah meningkatkan pencemaran sungai di Malaysia

dan merosakkan ekosistem persekitaran. Pembuangan sisa toksik membawa kepada pencemaran

air. Hal ini akan berlakunya perubahan dari segi kandungan, keadaan dan warna. Bahan-bahan

pencemar yang mencemari air akan menyebabkan hidupan akuatik terancam. Pemprosesan sisa

kimia memerlukan kaedah dan kos yang sesuai. Pemilik kilang pada masa kini ingin mengaut

keuntungan dan menjimatkan kos mereka dengan menggadaikan sumber asli sungai. Sikap

mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan mengakibatkan hidupan akuatik sungai itu mati,

sekali gus membahayakan sumber air mentah kawasan itu. Justeru, pihak berkuasa harus

komited menjalankan tugas dengan penuh integriti bagi menjaga kebersihan sungai negara.

Tingkah laku seperti melepaskan batuk di tangga perlu dielakkan kerana ia merupakan budaya

tidak sihat untuk pembangunan masyarakat. Oleh itu, membuang sisa industri ke dalam sungai

adalah satu jenayah dan membawa kepada pencemaran terhadap flora dan fauna secara tidak

terkawal.

Pada akhir tahun 2000, bilangan lombong yang beroperasi ialah 40 pusat perlombongan.

Perlombongan bijih timah hanya tertumpu di Semenanjung Malaysia. Mineral terpenting yang

dilombong termasuk timah, emas, besi, arang batu, bauksit, dan kaolin. Sebaliknya, mineral

seperti zirkon, ilmenit, dan struvite adalah hasil sampingan perlombongan bijih timah. Terdapat

23 lombong di Perak, 11 di Selangor, dua di Johor dan Pahang, dan satu di Kedah dan
Terengganu. Namun begitu, perlombongan boleh menghasilkan sisa berbahaya dan toksik yang

boleh memberi kesan alam sekitar yang serius, termasuk kemerosotan tanah. Perlombongan

boleh menyebabkan hakisan tanah, terutamanya apabila perlombongan berlaku di kawasan

lapang. Perlombongan mineral memerlukan penyingkiran kawasan tanah yang luas, yang boleh

mengakibatkan pendedahan sejumlah besar tanah. Mengeluarkan penutup tumbuhan juga boleh

meningkatkan hakisan tanah, kerana akar tumbuhan membantu menahan tanah di tempatnya.

Hakisan tanah boleh menjejaskan kualiti tanah dan kesihatan tumbuhan secara negatif.

Kehilangan tanah yang drastik boleh menyebabkan kesuburan tanah berkurangan yang dapat

menjejaskan pertumbuhan tumbuhan dengan baik. Selain itu, hakisan tanah boleh mengakibatkan

pemendapan di sungai dan menjejaskan kualiti air secara negatif. Perlombongan juga boleh

menyebabkan pencemaran tanah. Pengekstrakan mineral mungkin menggunakan bahan kimia

toksik seperti sianida dan asid sulfurik untuk memisahkan mineral daripada batu. Bahan kimia

ini boleh meresap ke dalam tanah dan mencemarkannya. Pencemaran tanah boleh memberi

kesan negatif kepada kesihatan haiwan dan tumbuhan. Sesetengah logam berat, seperti plumbum

dan merkuri, adalah toksik dan boleh terkumpul dalam tisu tumbuhan dan haiwan. Ini boleh

membawa kepada masalah kesihatan seperti gangguan saraf dan kerosakan pada sistem

pembiakan. Syarikat perlombongan perlulah mengamalkan amalan mampan untuk

meminimumkan kesan negatif perlombongan ke atas tanah sebagai contoh, pemulihan kawasan

terdegradasi dan penggunaan teknik perlombongan yang lebih cekap dan kurang memudaratkan

flora dan fauna.

Terdapat pelbagai jenis populasi flora dan fauna di dunia ini. Semua spesies bergantung

kepada ekosistem atau sistem semula jadi untuk kehidupan dan kemandirian. Flora dan fauna

berinteraksi dengan unsur tidak bernyawa seperti cahaya, suhu, tanah, nutrien, dan air untuk
membiak dan menghasilkan keturunan bebas. Namun begitu, terdapat kajian saintifik yang

menunjukkan bilangan populasi flora dan fauna semakin hari semakin berkurangan, malah ada

yang telah pupus. Kadar kepupusan populasi ini semakin meningkat apabila habitat sedia ada

telah musnah. Kepupusan flora dan fauna berpunca daripada berlakunya kehilangan habitat.

Kehilangan habitat merupakan satu proses yang normal. Spesies flora dan fauna yang telah

pupus digantikan oleh spesies lain untuk memulihkan keseimbangan ekologi. Di bawah keadaan

lumrah semula jadi sesuatu populasi, kepupusan spesies berlaku dalam tempoh 10 tahun. Walau

bagaimanapun, pada zaman moden kini, kadar kepupusan semakin meningkat dengan pesat.

Kepupusan flora dan fauna disebabkan oleh beberapa faktor termasuk aktiviti manusia. Tingkah

laku manusia yang tamak dan tidak bertimbang rasa adalah punca utama kepupusan hidupan liar.

Ini termasuk pembukaan tanah berskala besar untuk pembangunan pertanian, perdagangan dan

perindustrian. Banyak kawasan hutan di negara kita telah dibangunkan untuk penanaman kelapa

sawit yang merupakan antara sumber utama ekonomi Malaysia. Malaysia adalah pengeluar

minyak sawit terbesar dunia selepas Indonesia, dengan tenaga kerja seramai 491,000 orang. Di

samping itu, banyak haiwan kehilangan habitat akibat pembangunan tidak terancang dan aktiviti

penebangan hutan secara haram seperti penebangan pokok yang sangat boleh dipasarkan seperti

jati dan cengal di hutan hujan. Apabila haiwan kehilangan habitat mereka, mereka kehilangan

faktor terpenting untuk terus hidup iaitu sumber makanan dan tempat tinggal. Selain itu, aktiviti

kebakaran yang kerap melanda Sumatera juga merupakan faktor penyumbang kepada banyak

spesies haiwan yang terancam. Keadaan ini diburukkan lagi dengan fakta bahawa spesies haiwan

hutan yang namanya kelihatan eksotik, seperti rusa sambar, harimau belang, seladang, dan

beruang matahari, membiak secara perlahan dan menghasilkan terlalu sedikit anak setiap tahun,

yang turut menjejaskan perkembangan populasi haiwan. Populasi mereka telah berubah
sehinggakan mereka kini berada di ambang kepupusan. Walaupun banyak usaha telah dilakukan,

seperti melindungi hutan simpan. Namun, masalah ini masih belum menemui jalan noktah. Ahli

biologi Edward O. Wilson menyatakan bahawa kepupusan flora dan fauna terjadi adalah akibat

daripada pemusnahan habitat, spesies invasif, pencemaran, pertumbuhan populasi, perubahan

iklim, dan eksploitasi sumber semula jadi secara berlebihan. Kesemua ini adalah hasil daripada

aktiviti manusia dan dirujuk sebagai HIPPCO (Penuaian Terlebih Dahulu akibat Kemusnahan

Habitat, Spesies Invasif, Pencemaran, Populasi, dan Perubahan Iklim) (Botkin & Keller, 2014).

Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk meramalkan penurunan populasi dengan tepat kerana

terdapat banyak spesies yang masih belum dikenal pasti.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai peristiwa berkaitan pencemaran alam terhadap flora dan

fauna telah berlaku di negara kita. Sikap segelintir masyarakat yang mengambil mudah seperti

membuang sisa sampah ke dalam sungai dan laut akan memusnahkan keseimbangan ekologi

flora dan fauna yang kita nikmati hari ini. Hal ini berlaku kerana kurangnya kesedaran dalam

diri tanpa memikirkan kesan yang bakal terjadi pada masa hadapan terhadap sikap pembuangan

sampah merata-rata. Pembuangan sampah yang tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan

pelbagai kesan negatif terhadap flora dan fauna atau biodiversiti. Hal ini akan berlakunya

pencemaran persekitaran. Jika sampah dibuang sembarangan di alam sekitar, seperti di sungai,

laut atau hutan, ia boleh mencemarkan air dan tanah. Ini boleh mengganggu ekosistem dan

merosakkan habitat semulajadi flora dan fauna. Selain itu, pembuangan sampah akan

menyebabkan berlakunya gangguan pada rantai makanan populasi haiwan. Pembuangan sampah

yang tidak diurus dengan baik juga boleh menyebabkan gangguan pada rantai makanan. Jika

fauna memakan sisa tercemar, mereka juga memperoleh bahan berbahaya ini. Bahan-bahan

berbahaya ini kemudiannya boleh terkumpul di dalam badan haiwan dan juga boleh dipindahkan
kepada pemangsa yang lebih tinggi dalam rantai makanan. Seterusnya, berlakunya perubahan

iklim yang berpunca daripada beberapa jenis sisa, seperti sisa organik, jika dikumpul dan direput

di tapak pelupusan sampah atau tapak pembakaran sisa ia boleh menghasilkan gas rumah hijau

seperti gas metana. Gas rumah hijau ini menyumbang kepada pemanasan global dan perubahan

iklim, yang juga boleh memberi kesan negatif kepada flora dan fauna. Bagi mengelakkan

kepupusan flora dan fauna akibat pembuangan sampah yang berleluasa, adalah penting untuk

kita semua menguruskan sisa dengan baik. Beberapa langkah yang boleh diambil ialah

melakukan kitar semula sampah, mengasingkan sisa organik dan bukan organik, menggunakan

produk mesra alam, dan mengikut dasar pengurusan sampah yang ditetapkan oleh kerajaan

tempatan.

Dalam pada itu, kejadian banjir juga merupakan salah satu faktor kepupusan flora dan

fauna. Banjir merupakan satu fenomena semula jadi yang seringkali membawa kesan mendalam

kepada alam sekitar serta menimbulkan ancaman besar kepada kemandirian flora dan fauna. Di

dunia ini, kejadian banjir bukan sahaja menjadi ancaman kepada manusia tetapi banjir juga

boleh memberi kesan besar kepada kepupusan flora dan fauna. Kejadian banjir yang semakin

kerap dan intensif memberikan tekanan besar kepada ekosistem yang ada. Belakangan ini,

bencana alam seperti fenomena banjir sering berlaku susulan negara memasuki fasa peralihan

monsun. Ketika bencana alam, banyak haiwan ternakan menjadi mangsa. Kejadian bencana alam

seperti kejadian banjir akan menjejaskan ekosistem flora dan fauna yang menjadi khazanah

negara. Situasi ini mengakibatkan banjir kilat, tanah runtuh, kepala air, panahan kilat dan

kerosakan struktur tidak kukuh. Fenomena banjir berpunca daripada pemusnahan kawasan hutan

tadahan. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara 2%

hingga 20%. Kemudian air yang diserap disalirkan ke anak-anak pokok melalui akar.
Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan

yang turun dengan lebat akan menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Oleh

itu, sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Limpahan air sungai

akan berlaku mengakibatkan banjir. Penyumbang banjir besar juga adalah akibat hakisan sungai,

kekurangan hutan sebagai kawasan tadahan hujan dan sistem perparitan tidak terancang.

Kehilangan hidupan tumbuhan mengganggu rantai makanan, menjejaskan herbivor dan

seterusnya, pemangsa mereka. Jalinan hubungan yang rumit dalam bioma ini terungkai apabila

banjir berterusan dan akhirnya menimbulkan ancaman teruk kepada keseluruhan biodiversiti

hutan hujan Amazon. Gangguan kepada satu bahagian dalam rantai makanan boleh memberikan

kesan kepada seluruh ekosistem. Sebagai contoh, banjir boleh menyebabkan kematian plankton

atau mikroorganisma kecil yang menjadi makanan kepada haiwan yang lebih besar. Hal ini

mengakibatkan kekurangan makanan untuk haiwan yang bergantung kepada plankton sebagai

sumber makanan utama. Peningkatan banjir juga boleh memberi kesan yang besar kepada flora.

Misalnya, apabila tumbuhan terendam dalam air untuk tempoh yang lama, tumbuhan tersebut

boleh mengalami pelbagai tekanan, termasuk kekurangan oksigen, kekurangan nutrien dan

kerosakan fizikal. Tekanan ini boleh membawa kepada beberapa akibat negatif untuk tumbuhan,

termasuk pertumbuhan berkurangan, pembiakan terjejas, dan juga kematian. Walau

bagaimanapun, kejadian banjir juga menyebabkan haiwan lemas, trauma, kejutan, patah anggota

badan, kehilangan darah dan seterusnya menyebabkan banyak spesies haiwan yang mati.

Misalnya, tapir adalah antara haiwan yang terancam dan akan mengalami kepupusan di

Malaysia. Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), populasi

tapir hanya tinggal antara 1,100 hingga 1,500 ekor. Hal ini terkesan apabila kawasan daratan

tenggelam kerana haiwan tersebut tidak mendapat makanan yang cukup dan terpaksa berpindah
ke lokasi yang tidak ditenggelami air untuk memudahkan mencari makanan. Oleh itu, banjir

akan memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan haiwan lemas atau berpindah jika spesies ini

melarikan diri daripada air yang yang naik. Terbuktilah, kejadian banjir mendorong kepupusan

spesies flora dan fauna tertentu.

Tambahan lagi, kekurangan penguatkuasaan undang-undang telah menjadi masalah

berterusan di banyak bahagian dunia, dan kesannya terhadap spesies flora dan fauna adalah

ketara. Undang-undang yang lemah dapat menjadi punca kepupusan flora dan fauna kerana

kurangnya perlindungan dan kawalan terhadap aktiviti manusia yang merosakkan habitat serta

memburu secara tidak terkawal. Hal ini boleh mengakibatkan ketidakseragaman ekosistem.

Kelemahan penguatkuasaan undang-undang berpunca daripada ketidakpatuhan masyarakat,

tekanan politik, ketidaksempurnaan sistem perundangan dan ketidakmampuan dalam

penyelidikan. Sejak akhir-akhir ini, kelemahan penguatkuasaan undang-undang mengundang

bencana alam sekitar. Hal ini terjadi kerana, isu perundangan dan penguatkuasaan berkaitan

hidupan liar semakin hari semakin mencabar dan usaha-usaha untuk menanganinya memerlukan

kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Walau bagaimanapun, kegagalan

agensi penguatkuasa undang-undang untuk menguatkuasakan undang-undang alam sekitar telah

membawa kepada pelbagai isu alam sekitar yang terus membelenggu kita hari ini. Antaranya,

tragedi tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali berlaku disebabkan air permukaan meresap ke

dalam cerun ketika hujan. Mengulas lanjut, pakar hutan yang juga bekas Ketua Pengarah Institut

Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor menyarankan agar

penguatkuasaan terhadap pembangunan tanah diberikan kepada kerajaan negeri. Perkara ini

terjadi kerana kerajaan tempatan adalah suatu entiti yang berasingan dari undang-undang dan

mempunyai bidang kuasanya sendiri. Namun, menurut beliau sekalipun negara mempunyai
undang-undang dan peraturan yang ketat khususnya bagi mengawal aktiviti di kawasan terlarang,

tahap pematuhan masih lemah. Hal ini demikian kerana, mereka mahu mengambil jalan pintas

demi kepentingan masing-masing. Sebagai contoh, terdapat segelintir pihak pemaju yang

bertindak mengambil jalan pintas dengan membina sebuah tembok yang tidak mengikut

piawaian terlebih dahulu sebelum ia diluluskan ataupun menebang pokok sebelum mendapatkan

kelulusan. Jabatan PERHILITAN merupakan pertubuhan kerajaan Malaysia yang

bertanggungjawab menjaga, mengurus dan memelihara hidupan liar dan taman negara di

Semenanjung Malaysia. Ia berfungsi memastikan hidupan liar di negara ini terpelihara dan

dilindungi agar tidak pupus dan dapat dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang. Selain itu,

jabatan PERHILITAN pada asalnya dikenali sebagai Jabatan Mergastua. Sejak tahun 1869 lagi,

usaha untuk merangka pembentukan undang-undang ke atas pemuliharaan hidupan liar di

Semenanjung Malaysia, telah bermula. Straits Settlement Ordinance No. 3 of 1894 merupakan

undang-undang pertama yang dirangka berkaitan perlindungan hidupan liar, namun ianya hanya

merangkumi beberapa spesis hidupan liar sahaja. Seterusnya pada 1896, undang-undang pertama

berkaitan hidupan liar telah diwujudkan dan pada tahun 1902 pula, Rezab Hidupan Liar Chior

telah diwartakan yang merupakan Rezab Hidupan Liar (RHL) yang pertama di negara ini.

Malah, ketiadaan undang-undang yang ketat dapat mengakibatkan perburuan dan penangkapan

haram yang mendorong kepupusan spesies tertentu. Tegasnya, ketidaktegakan undang-undang

negara dapat memberikan sumbangan besar kepada kepupusan flora dan fauna serta mengancam

kelestarian alam sekitar.

Sementara itu, eksploitasi berlebihan secara berterusan boleh membawa kepada

kemusnahan flora dan fauna. Eksploitasi berlebihan ekosistem menimbulkan ancaman besar

kepada biodiversiti dan keseimbangan alam sekitar. Sebagai contoh, aktiviti manusia seperti
penangkapan ikan berlebihan, penebangan hutan dan penggunaan sumber asli secara berlebihan

merosakkan ekosistem dan mengganggu hubungan ekologi yang halus. Hal ini tercetus apabila

penangkapan ikan yang berlebihan menyebabkan permintaan yang tinggi untuk makanan laut,

membawa kepada penangkapan ikan yang berlebihan, mengurangkan populasi ikan dan

mengganggu ekosistem marin. Aktiviti manusia seperti penebangan hutan adalah keperluan

untuk tanah untuk pertanian, pembalakan dan pembandaran mengakibatkan penebangan hutan

secara meluas menyebabkan habitat spesies flora dan fauna berkurangan. Kesan daripada

eksploitasi ini merosakkan habitat asli tumbuhan dan mengancam kepelbagaian biologi. Tanpa

kepelbagaian biologi yang mencukupi, ekosistem menjadi rapuh dan terdedah kepada risiko

kepupusan. Saintis menunjukkan penyebaran meluas spesies sebagai bukti kukuh bahawa

pengembangan pesat aktiviti manusia mengubah sistem semula jadi secara ketara sehingga

membawa ke zaman geologi baharu yang dipanggil Anthropocene atau 'era manusia'. Sejak

akhir-akhir ini, isu penempatan meletakkan semua kawasan penempatan dan rizab orang asli di

Johor di bawah 'Sultanate Land' dilihat dapat melindungi serta memelihara khazanah negara

sekaligus mengelakkan tanah berkenaan dieksploitasi oleh mana-mana pihak. Hal ini tercetus

apabila terdapat individu luar dan syarikat didapati melakukan pertanian secara haram dengan

membuka ladang sawit dan getah secara besar-besaran demi kepentingan peribadi. Walau

bagaimanapun, manusia memerlukan pembangunan untuk meneruskan kehidupan dan sudah

pasti ia memerlukan eksploitasi alam. Misalnya, produk makanan dominan kita daripada ladang

kelapa sawit, produk plastik dan keperluan rumah daripada petroleum, ubat-ubatan daripada

sumber alam, sumber elektrik daripada empangan yang menenggelamkan kawasan hutan dan

arang batu, kemudahan jalan raya daripada pembelahan koridor hutan dan wilayah hidupan liar,

teknologi dan gajet daripada perlombongan pelbagai mineral serta rumah kita daripada
pembukaan tanah-tanah baru dan perlombongan kuari. Semua aktiviti ini sudah tentu

memberikan impak kepada spesies flora dan fauna. Tegasnya, eksploitasi sumber alam secara

berlebihan dan tidak teratur adalah faktor kepupusan spesies flora dan fauna .

Faktor terakhir yang menjurus kepada kepupusan flora dan fauna adalah pembakaran

hutan. Pembakaran hutan merujuk kepada pembakaran sebarang bahan dalam cara yang hasil

pembakaran dari pembakaran tersebut dibebaskan secara langsung ke udara sekitar tanpa melalui

serombong, pendiang atau lohong. Pembakaran hutan yang dilakukan secara terbuka akan

menyebabkan spesies flora dan fauna pada kawasan tersebut akan terancam dan musnah.

Penyebab kebakaran hutan boleh dibahagikan kepada dua iaitu, alam dan ulah manusia. Alam

dapat memberikan risiko terjadinya kebakaran ketika musim kemarau yang panjang atau ketika

gunung berapi meletus. Sementara itu, ulah manusia menjadi penyebab kebakaran hutan kerana

kesalahan manusia dan faktor ekonomi. Misalnya, pembakaran hutan yang berlaku di

Kepulauan Sumatera, Indonesia dan Borneo telah menyebabkan hidupan liar khususnya orang

utan diancam kepupusan. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Penyelamatan Orang Utan Borneo

(BOSF), Dr. Ir. Jamartin Sihite berkata, pembakaran lebih daripada 10,000 hutan kecil di

Kepulauan Sumatera Indonesia dan Borneo itu memberi kesan kepada hidupan liar di mana

habitat mereka telah diceroboh dengan rakus oleh sikap pentingkan diri manusia. Hal ini

dikatakan demikian kerana gejala ini merupakan satu bencana yang dahsyat buat populasi orang

utan. Kebakaran tersebut menyebabkan tempat tinggal mereka musnah. Tambahan lagi,

kebanyakan insiden kebakaran difahamkan telah dilakukan secara sengaja oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab dengan tujuan mengosongkan tanah untuk meraih keuntungan. Statistik pada

tahun 2004 menunjukkan hampir 60,000 orang utan liar masih wujud dan jumlah itu berkurangan

sebanyak 15 hingga 20 peratus saban tahun. Hal ini terjadi apabila api dan asap yang dibebaskan
memberi ancaman kepada haiwan tersebut. Oleh itu, orang utan terpaksa bertarung nyawa

berhadapan dengan asap daripada pembakaran hutan berkenaan. Pelepasan gas karbon dioksida

antara 15 hingga 20 tan sehari dari rantau Indonesia itu telah mencipta kepulauan awan asap

yang menjadi punca kepada jerebu. Sebahagian daripada spesies tersebut menderita akibat

masalah saluran pernafasan yang boleh membawa maut manakala terdapat anak-anak orang utan

yang ditemui mengalami penyahidratan dan kekurangan zat kerana kekurangan sumber makanan

serta udara bersih. Pembakaran hutan telah menyebabkan spesies-spesies haiwan yang berada di

kawasan hutan tersebut mati dan terancam. Kehidupan binatang yang berada di kawasan

sekeliling tersebut akan kehilangan tempat tinggal kerana habitatnya telah musnah disebabkan

oleh pembakaran hutan. Oleh itu, dari perkembangan arus pemodenan menyebabkan banyak

berlaku di atas bumi ini untuk memenuhi permintaan manusia yang semakin tinggi yang

memerlukan banyak kawasan baru yang diterokai untuk membina penempatan baharu,

mewujudkan kawasan pertanian serta perindustrian. Menurut penulis artikel Utusan Malaysia,

Perindustrian, Haliza Abdurrahman menyatakan bahawa kebakaran hutan boleh berlaku

disebabkan oleh pencerobohan manusia antaranya membuang puntung rokok ke kawasan tanah

atau hutan selain memasang ubat nyamuk yang kemudian ditiup angin hingga mengakibatkan

kebakaran. Kebakaran di kawasan berkenaan berlarutan akibat cuaca panas dan kering. Hal ini

dikatakan demikian kerana, kekurangan tanah di wilayah itu kebanyakan adalah tanah gambut

yang amat sukar untuk dipadamkan. Tanah gambut mempunyai lapisan tumbuh-tumbuhan separa

reput dan bahan organik jauh di permukaan yang boleh terus membara selama berbulan-bulan

jika tidak dipadamkan dengan betul. Bukan itu sahaja, kebanyakan pihak di negara membangun

lebih gemar mengambil jalan mudah dan singkat seperti mengamalkan konsep "tebas dan bakar".

Pembakaran yang tidak terkawal dengan baik boleh menyebabkan api merebak dan
meningkatkan peratus kepupusan spesies flora dan fauna. Benarlah bahawa, pembakaran hutan

tidak hanya menyebabkan kerugian ekosistem, tetapi juga mengancam kelangsungan hidup

spesies flora dan fauna.

Dalam menutup tirai esei ini, kita terpaksa mengakui bahawa kepupusan flora dan fauna

bukan sekadar isu perubahan lingkungan semula jadi, tetapi juga akibat daripada aktiviti manusia

yang tidak selaras dengan keperluan ekosistem. Kita telah menyelidiki dengan mendalam

pelbagai punca yang menyumbang kepada kepupusan, daripada pemusnahan habitat hingga

pengenalan spesies asing. Kita menyedari bahawa tanggungjawab untuk menghadapi cabaran ini

melibatkan usaha kolektif daripada semua pihak. Kelestarian alam semula jadi bukan sekadar

untuk kebaikan flora dan fauna, tetapi juga untuk kesejahteraan manusia. Kita bergantung pada

biodiversiti untuk menyediakan makanan, perubatan, dan pelbagai sumber daya penting.

Kepupusan flora dan fauna boleh membawa impak serius kepada sistem makanan, kesihatan, dan

ekonomi kita. Oleh itu, keadaan ini amat mendesak untuk mengambil tindakan segera bagi

melindungi dan memulihara alam semula jadi. Jadi, kita perlu ada kesedaran yang lebih tinggi

terhadap hubungan yang rapat antara manusia dan alam, serta komitmen untuk mengubah cara

kita berinteraksi dengan ekosistem. Pemuliharaan habitat semulajadi, pengurangan jejak karbon,

dan pengurusan sumber daya yang mampan adalah langkah-langkah utama yang harus diambil

untuk membina dunia yang seimbang. Tambahan pula, pendidikan dan kesedaran masyarakat

sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Semua lapisan masyarakat perlu memahami impak

tindakan harian mereka terhadap alam sekitar dan mengambil langkah-langkah kecil untuk

mengurangkan kesan negatif. Sumbangan individu, bermula dari amalan kecil seperti

mengurangkan penggunaan plastik hingga penyertaan dalam projek pemuliharaan, boleh

memberi kesan yang besar apabila dipadukan. Kesimpulannya, kita harus menyedari bahawa
masa depan alam semula jadi merupakan tanggungjawab kita. Dengan tindakan kolektif dan

kesedaran, kita boleh memastikan bahawa warisan flora dan fauna yang kaya ini terus berkekalan

untuk generasi-generasi akan datang. Pemuliharaan dan pemeliharaan alam bukan pilihan, tetapi

suatu keharusan untuk memastikan kelestarian hidupan di bumi ini.


RUJUKAN

1. Malik, S.P. (1995). Hutan Hujan Tropika. Setiamas.

2. Isa, M.Z. (1995). Perhutanan dan Alam Sekitar. Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia.(FRIM)

3. Haliza, H.A. (2020). Isu-Isu Perundangan Dan Penguatkuasaan Berkaitan Hidupan Liar
Di Malaysia. Asian Journal of Environment, History and Heritage 4(2): 1-12 .

4. Noor, N., Yangman, N., Kamarudzaman, A., Azhari, A., Lutpi, N., Hussin, K., Abdullah,
M., & Ibrahim, A. (2012). Isu Pemanasan Global. . Universiti Malaysia Perlis.

5. Khalib, J., Wahid, R., & Sudin, S. (2020). Biologi Tingkatan 5. IMS Books Trading
Sdn.Bhd.

6. Universiti Putra Malaysia. (2022, July 28). Ancaman Kemusnahan Habitat Kepada
Hidupan Liar Dan Strategi Pemeliharaan | Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar.
Diakses pada 5 Disember 2023, daripada
https://forenv.upm.edu.my/artikel/ancaman_kemusnahan_habitat_kepada_hidupan_liar_d
an_strategi_pemeliharaan-67892
7. Ain Safre Bidin. (2022, September 26). Ribuan ikan mati akibat pencemaran sungai.
Kosmo Digital. Diakses pada 5 Disember 2023, daripada
https://www.kosmo.com.my/2022/09/26/ribuan-ikan-mati-akibat-pencemaran-sungai/
8. Hashim, M. F. (2020, November 4). Harga Mahal Punca Pemburuan Haiwan Eksotik.
Utusan Malaysia. Diakses pada 5 Disember 2023, daripada
https://www.utusan.com.my/berita/2020/11/harga-mahal-punca-pemburuan-haiwan-eksot
ik/
9. Noor Sharmsiah, M. (2016, May 21). Sungai Pahang di Ambang Kemusnahan - Pakar.
Berita Harian. Diakses pada 5 Disember 2023, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/05/155933/sungai-pahang-di-ambang-
kemusnahan-pakar#google_vignette
10. Dr Haliza Abdul Rahman. (2021, June 29). Plastik kini ancaman besar. Sinar Harian.
Diakses pada 5 Disember 2023, daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/146949/khas/pendapat/plastik-kini-ancaman-besa
r
11. Astro Awani. (2021, September 5). Lebih banyak ikan jerung, pari diancam kepupusan.
Astro Awani. Diakses pada 5 Disember 2023, daripada
https://www.astroawani.com/berita-dunia/lebih-banyak-ikan-jerung-pari-diancam-kepupu
san-317958
12. Yusof, A. (2023, February 2). Tanah Runtuh: Penguatkuasaan Undang-Undang Tidak
Ketat?. Harakahdaily.
https://harakahdaily.net/index.php/2023/02/02/tanah-runtuh-penguatkuasaan-undang-und
ang-tidak-ketat/
13. Hoe, T. E. (2015, December 15). Pembakaran hutan undang Kepupusan Orang Utan.

USM News Portal

https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/3146-pembakaran-hutan-undang-kepupu

san-orang-utan

14. Rosliza Mohamed (24 Januari 2022). 2 tahun ceroboh 20 hektar hutan simpan di

Kelantan. Utusan Malaysia.

https://www.utusan.com.my/terkini/2022/01/2-tahun-ceroboh-20-hektar-hutan-simpan-di-

kelantan/

15. Rahimah Abdullah ( Mac 9, 2021 ). Ikan mati di Sungai Kulim: Kawal aktiviti

pembukaan tanah dan hakisan. Astro Awani.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ikan-mati-di-sungai-kulim-kawal-aktiviti-pe

mbukaan-tanah-dan-hakisan-287072

16. Agensi (Disember 6, 2018). Pencairan ais di Greenland berlaku lebih pantas daripada

yang dijangka. Astro Awani.

https://www.astroawani.com/berita-dunia/pencairan-ais-di-greenland-berlaku-lebih-panta

s-daripada-yang-dijangka-192894
17. Mohd Jamilul Anbia MD Denin. (Julai 5, 2023). Jual hidangan katak Demam, restoran

diserbu Perhilitan. Harian Metro.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/07/984579/jual-hidangan-katak-demam-rest

oran-diserbu-perhilitan

18. Bah Ganggu habitat haiwan liar | Lain-lain (Hujung Minggu) | Berita Harian. (n.d.).

https://api.bharian.com.my/hujung-minggu/lain-lain/2022/01/915009/bah-ganggu-habitat

-haiwan-liar

19. Yasmin Yusof. (Disember 8,2019). Punca-punca Kepupusan Haiwan, Sebab Mengapa

Binatang Diancam Kepupusan. Majalah Sains.

https://www.majalahsains.com/punca-punca-kepupusan-haiwan/

20. Zuhairi. (Februari 3, 2020). PERLOMBONGAN DAN KESANNYA TERHADAP ALAM

SEKITAR. UKM.

https://www.ukm.my/zuhairi/Pengajaran/internet_projects/stag3042/sesi%202002_03/lo

mbong.htm

Anda mungkin juga menyukai