Anda di halaman 1dari 3

BINA INSAN GURU

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


INSTITUT PENDIDIKAN
UNIVERITI ISLAM ANTARA BANGSA MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

• BIG PPG merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti
diikuti oleh semua pelajar PPG.
• Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini bertujuan membentuk dan memupuk insan guru yang
berkualiti serta berketrampilan melalui penampilan diri yang terpuji.
• Pelaksanaan BIG PPG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan
adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model
kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan
dan mampu menangani cabaran era globalisasi.
• Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri
sebagai insan guru secara berterusan.

2.0 RASIONAL
• Program Bina Insan Guru (BIG PPG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai
akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi
serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

3.0 OBJEKTIF KURIKULUM BIG PPG

Program BIG PPG ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar:
• Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan
persekitaran yang berbeza.
• Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau
aktiviti
• Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
• Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran
positif terhadap kerjaya keguruan.
• Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan
berdikari dan penampilan diri yang sesuai.
• Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah.
• Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual) dan sosial.
• Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas secara berkumpulan.
• Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan
diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan

4.0 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

Objektif pentaksiran
• Menilai pemikiran kreatif dan analitis pelajar di dalam penyelesaian masalah
• Menilai keupayaan pelajar membuat penilaian kendiri dan mencadangkan
penambahbaikan
• Menilai komitmen pelajar di dalam aktiviti-aktiviti BIG PPG yang dilaksanakan
• Menilai amalan nilai – nilai keguruan di kalangan pelajar

1
• Menilai kesesuaian kerjaya perguruan dengan perkembangan personaliti pelajar melalui
pra dan post ujian personaliti
• Menilai kemahiran merancang aktiviti menggunakan dapatan daripada pengalaman sedia
ada

Penilaian Berasaskan Program Pelajar di Sekolah

Arahan Tugasan

a. Pelajar PPG dikehendaki menjalankan satu program untuk pelajar di sekolah masing-
masing (contoh: kem motivasi, perkhemahan, lawatan sambil belajar dsb)
b. Masa yang diperuntukan adalah 30 jam yang merangkumi:
i. Perancangan
ii. Penyediaan kertas cadangan
iii. Mesyuarat/perbincangan bersama AJK
iv. Pelaksanaan program aktiviti - implementasi/intervensi
v. Penilaian (menggunakan borang penilaian)
vi. Dokumentasi dan penulisan laporan
c. Pelajar PPG boleh memilih aktiviti yang dirancang dalam kalendar program sekolah
(contoh: program ko-kurikulum, khidmat masyarakat)
d. Pelajar PPG mesti menjadi AJK penganjur utama dan mereka boleh melaksanakan
aktiviti secara bergabung dengan sekolah lain dan bagi mereka yang berkhidmat di
pejabat boleh bekerjasama dengan rakan yang berkhidmat di sekolah
e. Tugasan dan borang pentaksiran ini mesti dihantar ke Pejabat Penyelaras PPG selewat-
lewatnya pada 15 Mei 2014. Justeru, program sekolah yang dijalankan sebaik-baiknya
tidak lewat daripada April 2014).

Dokumentasi dan Laporan

Semua pelajar PPG dikehendaki menyediakan portfolio berdasarkan format berikut:


a. Muka depan diisikan dengan maklumat berikut:
 Nama Institut
 Tajuk program
 Tarikh program BIG PPG
 Lokasi pelaksanaan
 Nama pelajar
 Nombor Matrik
 Program
 Gambar pelajar

b. Isi Kandungan Folio (tidak melebihi 15 muka surat)

o Kertas kerja perkhemahan


o Surat panggilan mesyuarat
o Minit mesyuarat perkhemahan
o Perlantikan jawatankuasa dan agihan tugas
o Jadual program / perkhemahan
o Senarai nama pelajar / peserta program / perkhemahan
o Surat kebenaran waris
o Surat kepada pihak berkuasa tempatan (Polis/Pasukan Bomba dan
Penyelamat/ Hospital / jemputan pencermah dan sebagainya )
o Keputusan pertandingan (jika ada)
o Laporan kewangan
o Laporan keseluruhan program perkhemahan (berdasarkan penilaian guru dan
pelajar)
2
o Refleksi

 Lampiran (bahan sokongan)


o Brosur berkaitan program / perkhemahan
o Gambar ( statik )

Penyeliaan:
1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum/Hal Ehwal Akademik/Hal Ehwal Pelajar
2. Pengesahan oleh Guru Besar
.

Pentaksiran

Instrumen pentaksiran
Cadangan wajaran adalah seperti dalam jadual berikut:

Komponen Pentaksiran Wajaran


o Kertas kerja perkhemahan
o Surat panggilan mesyuarat
o Minit mesyuarat perkhemahan
o Perlantikan jawatankuasa dan
agihan tugas
o Jadual program / perkhemahan
o Senarai nama pelajar / peserta
Portfolio program / perkhemahan 50%
o Surat kebenaran waris
o Surat kepada pihak berkuasa
tempatan (Polis/Pasukan Bomba
dan Penyelamat/ Hospital /
jemputan penceramah dan
sebagainya )

o Laporan kewangan
o Laporan keseluruhan program
perkhemahan (berdasarkan 25%
penilaian guru dan pelajar)

o Refleksi Kendiri
 Menyatakan manfaat yang
diperolehi oleh pelajar hasil
15%
daripada program BIG PPG yang
telah dilaksanakan dan memberi
cadangan penambahbaikan.

o Brosur berkaitan program


Lampiran (bahan sokongan) o Gambar (statik) 10%

Jumlah 100%

Anda mungkin juga menyukai