Anda di halaman 1dari 21

KURSUS:

PPPY1242 METODOLOGI AL-QURAN DAN AL-HADITH


SEMESTER 1 SESI 2022/2023

KUMPULAN 2 SET 1

TAJUK:
ULUM QURAN I’JAZ AL-QURAN

PENSYARAH:
DR MOHD MANAWI BIN MOHD AKIB

NAMA AHLI KUMPULAN:


1. NORANIE BINTI FADILAH (A193631)
2. NURUL A’LIA BINTI ANUAR (A191822)
3. NOR IFFAH BINTI EDRUS (A193779)
4. FARAH SYAZWANI BINTI MOHD ZAIMI (A192769)
ABSTRAK
I'jaz al-Quran adalah nilai kemukjizatan yang terdapat dalam al-Quran, dimana ianya
membuktikan kebenaran kerasulan Nabi Muhammad swt sekaligus ketidakmampuan orang
arab untuk menandingi mukjizat Nabi swt yang abadi iaitu al-Quran. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti dengan lebih mendalam mengenai i’jaz al-Quran. Metodologi penelitian yang
digunakan dalam kajian ini adalah kajian kepustakaan dengan data analisis yang diperoleh
secara kualitatif. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk memperolehi
data-data secara mendalam mengenai kajian daripada pelbagai sumber rujukan seperti buku,
artikel, jurnal dan laman sesawang. Hasil kajian mendapati kemukjizatan al-Quran secara
umumnya ada beberapa perkara antaranya ialah susunan ayat dan bahasanya yang tinggi,
kandungan ilmu pengetahuan dan ramalan yang terbukti kebenarannya. Kesimpulannya, I’jaz
al-Quran sememangnya menzahirkan kebenaran kerasulan Nabi swt dengan melemahkan
orang arab dan generasi yang sesudahnya melalui ketidakmampuan mereka menentang
kemukjizatan al-Quran.

Kata Kunci: I’jaz, al-Quran, mukjizat, Rasulullah, Tabi’in

i
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1 ABSTRAK
i

2 ISI KANDUNGAN
ii

3 1.0 PENDAHULUAN
1

4 2.0 DEFINISI I’JAZ AL-QURAN


2-3

5 3.0 FAKTOR-FAKTOR AL-QURAN DIKATEGORIKAN


3-4
SEBAGAI MUKJIZAT

6 4.0 PENDAPAT ULAMA MENGENAI I’JAZ AL-QURAN


5-7

7 5.0 LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PERKEMBANGAN


I’JAZ AL-QURAN 7-10

8 6.0 ASPEK I’JAZ


11-15

9 7.0 KEPENTINGAN I’JAZ AL-QURAN


16

10 8.0 KESIMPULAN
17

11 RUJUKAN
18

ii
1.0 PENDAHULUAN
Pengajian yang melibatkan bidang I‟jaz al-Quran merupakan satu bidang ilmu yang
penting untuk membolehkan seseorang itu memahami menghurai seterusnya mentafsir tentang
sesuatu ilmu yang dibentangkan di dalam al-Quran dengan baik dan sempurna. Isi-isi al-Quran
terus menerus dikaji dan diteliti oleh para ilmuan al-Quran dengan baik dan sempurna untuk
mencari jawapan bagi sesuatu persoalan yang melibatkan bidang tarbawi, ilmi mahupun
tasyri‟I (Muhshoni, 2021)

Al-Quran merupakan kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Kitab ini yang menjadi mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW tidak mampu ditiru,
ditandingi dan disaingi oleh sesiapa pun. Sifat tidak mampu disaingi, ditiru, disamai ini
merupakan suatu I’jaz. Di antara cara Allah menjaganya adalah dengan menetapkan kepadanya
sifat melemahkan yang sering disebut dengan i‘jāz. Sifat i‘jāz ini berbentuk tentangan bagi
seluruh manusia untuk mendatangkan semisal dari al-Qur’an. Jika tentangan tersebut dapat
dijawab, tentu al-Qur’an bukan berasal dari Tuhan (Allah). Namun sebaliknya, jika tidak ada
yang mampu menjawabnya, jelas al-Qur’an merupakan mukjizat yang Allah turunkan sebagai
petunjuk bagi seluruh alam (Muhshoni, 2011).

Penurunan Al-Quran mencabar sasterawan Arab zaman Jahiliah dalam pelbagai aspek,
seperti dari segi aspek bahasa. Dimana mereka akur dengan kelemahan sendiri untuk
menandinginya. Bukan sahaja tidak dapat menandingi bahasa Al-Quran, bahkan mereka
tertarik pula dengannya. Justeru, para rasul datang beserta mukjizat masing-masing untuk
mencabar umat mereka mengikut ilmu yang muncul pada sesuatu zaman. Hal ini adalah salah
satu sebab utama Allah mendatangkan mukjizat kepada para rasul-Nya untuk melawan adat
kebiasaan hidup manusia (Anwar, Rosihon, 2008)

Disamping itu, mukjizat bertujuan membenarkan dakwah yang dibawa yang


menyebabkan manusia tidak mampu melawannya, bahkan lemah untuk menandinginya.
Kemukjizatan Al-Qur'an secara umumnya ada beberapa perkara, antaranya ialah dari segi
susunan ayat dan bahasanya yang mencapai puncak tertinggi, kandungan ilmu pengetahuan
dan ramalan yang diungkapkan telah terbukti kebenarannya. Oleh hal yang demikian, kajian
ini akan membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan dengan ilmu I’jaz al-Quran (Latif
Muda, Rosmawati, 2014).

1
2.0 DEFINISI I’JAZ AL-QURAN
Dari segi bahasa, I’jaz berasal daripada bahasa arab a’jaza yu’jizu I’jazan yang
membawa maksud melemahkan, memperlemah, atau menetapkan kelemahan. A’jaztu fulanan
ertinya aku melemahkan seseorang. Kata I’jaz sendiri awalnya berasal dari kata dasar a’jaza
ya’jizu (kata kerja intransitif) yang bermaksud lemah atau tidak mampu (Anwar, Rosihon,
2008) Pengertian ini merujuk kepada surah al-Maidah ayat 31:

‫س ْو َءةَ اَ ِخ ْي‬ َ ‫ب فَا ُ َو ِار‬


َ ‫ي‬ َ َ‫قَا َل ٰي َو ْيلَ ٰتٰٓى ا‬
ِ ‫ع َج ْزتُ اَ ْن اَك ُْو َن ِمثْ َل ٰهذَا ا ْلغُ َرا‬
Maksudnya: Berkata Qabil, Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat
seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini.

Pada sifat Mu'jiz yang menjadi pembeza antara al-Quran dengan kitab samawi yang
lain yang menyebabkan selain-nya lemah, sebagai bentuk penegasan kebenaran berita iaitu
betapa lemahnya orang-orang yang di datangi rasul untuk menentang mu'jiz tersebut. I'jaz yang
ditakrifkan oleh ulama daripada sudut istilah antaranya ialah I’jaz atau Mukjizat bermaksud
sebuah perkara luar biasa yang muncul pada diri seorang yang mengaku sebagai nabi dan rasul
yang tidak mampu dilakukan oleh siapapun yang mengingkarinya (Abd Aziz, 2010).

Seterusnya, menurut Al-zarqany mukjizat al- Qur’an ialah dengan suatu perkara bagi
manusia untuk mendatangkan semisal al-Qur’an baik secara individual mahupun secara
kelompok. Mukjizat juga dapat dimaksudkan dengan sesuatu yang keluar dari kebiasaan dan
ketentuan sebab-sebab yang diketahui serta diberikan kepada para nabi untuk memperkuat
dakwahnya dan menurut Manna’ Khalil al-Qathan yang dimaksudkan dengan mukjizat dalam
al-Qur’an adalah “suatu kejadian yang keluar dari kebiasaan, disertai dengan unsur tentangan
dan tidak dapat ditandingi” (al-Qathan, 2016)

Disamping itu, I'jaz menurut al-Suyuti ialah perkara yang menyalahi adat yang disertai
dengan mencabar beserta bebas daripada segala bentuk penentangan iaitu memperlihatkan
kelemahan orang arab terhadap mu'jizat al-Quran dan kelemahan orang-orang yang datang
sesudah mereka. Seterusnya, i'jaz al-Quran merupakan suatu ilmu yang membicarakan juga
membahaskan tentang kekuatan susunan lafaz juga kandungan al-Quran, dimana semua itu
mampu melemahkan dan mengalahkan pakar bahasa arab dan selainnya (Latif Muda,
Rosmawati, 2014)

Kesimpulannya, berdasarkan pengertian tersebut dapat difahami bahawa yang


dimaksud dengan I'jaz al-Quran adalah nilai kemukjizatan yang terdapat dalam al-Quran,

2
dimana ianya membuktikan kebenaran kerasulan Nabi Muhammad saw sekaligus
ketidakmampuan orang arab untuk menandingi mukjizat Nabi saw yang abadi iaitu al-Quran.

3.0 FAKTOR-FAKTOR AL-QURAN DIKATEGORIKAN SEBAGAI MUKJIZAT

Al-Quran adalah mukjizat agung yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw
sebagai utusan-nya dan kitab suci ini adalah sebahagian daripada mukjizat utusan Allah kepada
manusia. I’jaz al-Quran merupakan suatu kekuatan, keunggulan dan keistimewaan yang
dimiliki oleh al-Quran yang menetapkan kelemahan manusia, sama ada secara terpisah
mahupun berkumpulan. Seterusnya, al-Quran menurut al-Suyuti mempunyai dua aspek
kemukjizatan jaitu bersifat hissi dan maknawi. Selain mampu diketahui secara hissi, al-Quran
juga dapat difahami oleh akal dan ianya tidak dibatasi oleh suatu tempat atau masa tertentu
(Mahlil Al mudassa, 2018)

Selain itu, al-Quran dapat dikategorikan sebagai mukjizat kerana beberapa faktor,
antaranya ialah al-Quran membawa cabaran kepada manusia untuk membuktikan
kebenarannya, terdapat dua jenis cabaran yang dikemukakan oleh al-Quran yang pertama ialah
cabaran bersifat umum sebagaimana dalam firman Allah swt di dalam surah al-Isra’ ayat 88.

َ ُ ‫ان ََل يَأْت‬


‫ون ِب ِمثْ ِل ِهۦ‬ ۟ ُ ‫علَ ٰ ٰٓى أَن يَأْت‬
ِ ‫وا ِب ِمثْ ِل َه ٰـذَا ٱ ْلقُ ْر َء‬ َ ‫نس َوٱ ْل ِج ُّن‬ ِ َ‫قُل لَّئِ ِن ٱجْ تَ َمع‬
ِْ ‫ت‬
ُ ‫ٱْل‬
‫ض َظ ِه ًۭيرا‬ ُ ‫َولَ ْو كَا َن بَ ْع‬
ٍۢ ‫ض ُه ْم ِلبَ ْع‬

Maksudnya, katakanlah (wahai Muhammad) "Sesungguhnya jika sekalian


manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan
sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan
mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu
sesama sendiri".

Hal ini menunjukkan bahawa, cabaran ini bersifat kekal, semenjak zaman Nabi saw
hingga akhir nanti. Seterusnya, cabaran ini berlaku bagi semua manusia di setiap tempat iaitu
cabaran yang kedua ialah cabaran bersifat khusus, dalam firman Allah swt di dalam surah Tur
ayat 34.

َ ‫ص ٰـ ِد ِق‬
‫ين‬ ۟ ُ‫ِيث ِمثْ ِل ِٰٓۦه ِإن كَان‬
َ ‫وا‬ ٍۢ ‫وا ِب َحد‬
۟ ُ ‫فَ ْل َيأْت‬

3
Maksudnya, maka hendaklah mereka mendatangkan kalimat semisal al-Quran itu
jika mereka orang-orang yang benar.
Disamping itu, cabaran ini khusus ditujukan untuk golongan kafir dalam ayat yang lain.
Dalam firman Allah swt di dalam surah Hud ayat 13. Maksudnya: Bahkan mereka mengatakan
Muhammad telah membuat-buat al-Quran itu. Katakanlah (kalau demikian), maka datanglah
sepuluh surah-surah yang dibuat yang menyamainya dan panggillah orang yang kamu sanggup
(memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang yang benar (Latif Muda, Rosmawati,
2014).

Seterusnya, faktor al-Quran dikategorikan sebagai mukjizat adalah kelemahan manusia


membuktikan kebenaran al-Quran. Hal ini, jelaslah bahawa terdapat banyak pihak yang
berusaha untuk menyahut cabaran al-Quran. Bermula semenjak zaman Musailamah al-Kazzab
sehingga zaman Orientalis dan Atheis. Dimana mereka berusaha berbagai cara untuk
menentang cabaran Al-Qur'an. Sebagai contoh, membuat surah baharu, seperti yang dilakukan
oleh Musailamah al-Kazzab dengan mencipta surah Difda’ atau Katak yang ingin meniru surah
al-Fil atau Gajah. Selain itu, usaha mempropaganda bahawa al-Quran ciptaan Rasulullah swt
atau mengubah kandungan ayat al-Quran (Anwar, Rosihon, 2008)

Akhir sekali, faktor al-Quran dikategorikan sebagai mukjizat ialah tiada siapa yang
dapat menyahut cabaran al-Quran itu. Dimana sehingga kini al-Quran tetap seperti bentuknya
asal sebagaimana yang diterima oleh Rasulullah saw daripada malaikat Jibril. Selain daripada
itu, mengenai Qiraat Tujuh tentang bagaimana cara Nabi membaca al-Quran hingga kini tetap
terjaga dan diikuti oleh sebahagian kaum Muslimin dengan sanad cara membacanya yang
sampai kepada Rasulullah saw. Sehinggakan terdapat ramai kaum Muslim yang menghafaz al-
Quran di seluruh muka bumi ini. Sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Hijr ayat 9.
Maksudnya, sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Quran, dan kamilah yang memelihara
dan menjaganya (Anwar, Rosihon, 2008)

Kesimpulannya, ulama menjelaskan, sebahagian cabaran yang dikemukakan oleh Allah


di dalam al-Quran untuk membuktikan bahawa al-Quran sememangnya kitab suci daripada
Allah dan bukannya ciptaan manusia.

4
4.0 PENDAPAT ULAMA MENGENAI I’JAZ AL-QURAN

Para Ulama telah bersepakat bahawa tidak ada seorang manusia atau makhluk pun yang
dapat menandingi mukjizat al-Quran. Namun mereka juga berselisih pendapat dari segi
mukjizat itu. Oleh itu, dalam konteks umum i'jaz al-Quran mengemukakan tiga aspek utama
iaitu kemukjizatan al-Quran dari sudut fasahah dan balaghah susunan dan gaya bahasa serta isi
kandungannya.

Terdapat perselisihan pendapat dalam kalangan aliran pemikiran seperti muktazilah


serta jumhur ulama dalam hal kemukjizatan al-Quran. Pada sekitar awal abad ke 3 Hijrah,
lahirlah fahaman al-Sarfah yang dipelopori oleh golongan Muktazilah. Sebahagian ulama nya
seperti Abu Ishaq Ibrahim bin Sayyar al-Nazam dan pengikutnya dari kaum syiah berpendapat
bahawa kemukjizatan al-Quran disebabkan adanya sarfah atau pemalingan. Maksudnya ialah
bahawa Allah memalingkan orang-orang Arab yang menentang al-Quran, sedangkan
sebenarnya mereka mampu menghadapinya atau menyainginya, dalam maksud yang lain ialah
al-Nazzam juga menyatakan bahawa Allah telah memalingkan (manusia) untuk mencabar al-
Quran dengan cara menciptakan kelemahan padanya sehingga tidak dapat mendatangkan
sesuatu yang sama dengan al-Quran. Oleh hal yang demikian, seandainya Allah tidak
memalingkan manusia, tentunya mereka mampu menandingi al-Quran (Muhammad
Fathurrohman, 2012).

Selain itu, demikian juga Abu Hasan ‘Ali ibn Isa al-Rumani, yang juga tokoh besar
Muktazilah melihat lebih jauh lagi bahawa Allah swt mengalihkan perhatian manusia sehingga
mereka tidak mempunyai keinginan menyusun suatu karya untuk menandingi al-Quran.
dengan itu, pengalihan tersebut menyebabkan manusia tidak tertarik untuk melakukan saingan
juga bantahan terhadap kitab suci ini. Kesimpulannya, maksud al-sarfah ialah Allah
memalingkan para hambanya dengan menarik kehendak mereka dan mengelukan lidah-lidah
mereka untuk membuat yang serupa dengan al-Quran (Latif Muda, Rosmawati, 2014).

Seterusnya, Pendapat golongan Muktazilah berkaitan pemikiran al-Sarfah tersebut


adalah disebabkan oleh sikap mereka yang mengutamakan kemampuan akal manusia dan
logik. Dengan itu, pendapat mereka telah disanggah oleh ulama Ahli al-Sunnah yang melihat
kebenaran kemukjizatan al-Quran dari sudut kandungan, ilmu, ajarannya dan bahasanya.
Dengan itu, jumhur ulama berpendapat bahawa al-Quran sendiri merupakan mukjizat
maksudnya al-Quran dengan segala yang ada di dalamnya iaitu struktur kalimah, balaghah,
bayan, perundangan, berita ghaib dan seluruh persoalan lain merupakan mukjizat perkara ini

5
menvebabkan seluruh manusia dan jin tidak mampu membuat yang serupa dengannya. Hal ini
kerana, kelemahan diri mereka sendiri, bukan kerana sekatan daripada Allah swt (Latif Muda,
Rosmawati, 2014).

Disamping itu, jumhur ulama membantah fahaman sarfah tersebut, mereka


menjelaskan bahawa golongan atau fahaman itu seolah-olah menuduh Allah memberi
kemampuan seseorang hambaNya untuk berbicara, tetapi di dalam waktu yang sama pula
menyekat atau melemahkan lidah mereka terlebih dahulu. Oleh itu, sekiranya dikaji dan dirujuk
ayat-ayat cabaran al-Quran, jelaslah menunjukkan kaum kafir Quraisy pada waktu itu
merasakan yang mereka mampu mendatangkan kitab serupa al-Quran, walaupun sudut
kenyataannya mereka tidak mampu untuk melakukan perkara tersebut. Menyelami pandangan
sarfah ini, dapat disimpulkan bahawa menurut fahaman mereka kemukjizatan al-Quran bukan
kerana zatnya, tetapi kerana ada faktor lain iaitu pemalingan kemampuan manusia oleh Allah
(Latif Muda, Rosmawati, 2014).

Seterusnya, antara ulama Ahli al-Sunnah yang menentang pendapat golongan sarfah
tersebut ialah Abu Bakar al-Baqillani beliau menentang pendapat golongan sarfah dengan
mengatakan sekiranya menandingi al-Quran merupakan suatu kemungkinan, maka yang
menjadi mukjizat di sini adalah sarfahnya bukan al-Quran. Seperti yang semua sedia maklum,
bahawa semua manusia dan makhluk di dunia ini mengakui bahawa al-Quran adalah suatu
mukjizat yang mulia. Dalam maksud yang lainnya al-Baqillani mengatakan seandainya al-
Quran bukan mukjizat sudut struktur bahasanya yang tidak mungkin ditandingi, maka jika
dalam masa yang sama pula mereka dicegah untuk menentangnya serta mereka dipalingkan
daripadanya, tentu hal itu menunjukkan tidak perlunya al-Quran diturunkan dengan struktur
bahasa yang indah, fasih dan menakjubkan. Oleh hal yang demikian telah menjadi hujah dan
bukti bahawa apa yang dikemukakan oleh golongan yang meyakini adanya sarfah merupakan
suatu kesalahan sekaligus membatalkan pendapat mereka mengenai adanya sarfah tersebut
(Anwar, Rosihon, 2008).

Selain itu, menurut al-Zarkasyi beliau mengemukakan kelemahan hujah al-Nazzam dan
al-Rummani iaitu al-Quran sendiri secara tidak langsung telah menolak pendapat golongan ini.
Hal ini dinyatakan dalam al-Quran dalam surah al-Isra' ayat 88 maksudnya: katakanlah
sesungguhnya jika berkumpul jin dan manusia untuk mendatangkan yang seperti al-Quran ini,
pastilah mereka tidak dapat mendatangkan yang sepertinya, walaupun sebahagian dari mereka
menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. ayat tersebut memperlihatkan kelemahan bangsa

6
arab menyusun karya seumpama al-Quran. Sekiranya Allah yang melarang mereka, maka
kelemahan itu bukan al-Quran, tetapi Allah sendiri. Sedangkan ayat yang mencabar mereka
menghasilkan karya yang setaraf dengan al-Quran, bukan untuk menandingi kebesaran Allah
(Anwar, Rosihon, 2008).

Seterusnya, Ibn Atiyyah menyatakan dari aspek kemukjizatan al-Quran bukan terletak
pada susunan ayat, maknanya yang mendalam dan bahasanya yang fasih. Hal tersebut, kerana
al-Quran merupakan firman Allah Zat yang Maha Mengetahui. Oleh itu, apabila urutan ayatnya
diteliti, di sana jelas akan keserasian antara satu ayat dengan ayat yang mengiringinya. Seperti
itulah yang terdapat dalam al-Quran, bermula daripada pembuka sampai penutupnya.
Kenyataannya, manusia itu sendiri yang jahil dan lemah sehingga tidak mungkin dapat
melakukan usaha dan karya menyerupai al-Quran (Anwar, Rosihon, 2008).

Kesimpulannya, pendapat yang mengatakan kemukjizatan al-Quran itu adalah


pemalingan merupakan pendapat yang tidak boleh dijadikan sandaran dan seperti yang dilihat
cabaran tersebut tidak dapat dipenuhi, bukan sahaja oleh kaum Quraisy yang terkenal dengan
kemahiran mencipta Syair Jahiliah dan meskipun manusia dan jin sekiranya mereka
bekerjasama antara satu sama lain juga tetap tidak mampu menghasilkannya. Oleh itu, jelaslah
bahawa kemukjizatan al-Quran menunjukkan ketidakmampuan seluruh makhluk di alam
semesta ini untuk menandingi keunggulan al-Quran. Ketidakmampuan manusia dan jin
seluruhnya untuk menandingi al-Quran berlaku tidak mengenal batas waktu. Dengan itu,
jaminan pemeliharaan al-Quran menjadi salah satu bentuk kemukjizatan Al-Quran yang
membuktikan keistimewaannya apabila dibandingkan dengan kitab-kitab suci terdahulu.

5.0 LATAR BELAKANG & SEJARAH PERKEMBANGAN I’JAZ AL-QURAN

Sejarah telah membuktikan bahawa orang Arab yang pakar dalam bahasa juga sastera
gagal menandingi Al-quran. Antara tokoh yang dicatatkan dalam sejarah ialah Al-Walid bin
Al-Mughirah salah seorang sasterawan ulung pada zaman tersebut untuk menemui sekaligus
berunding dengan Nabi Muhammad SAW supaya baginda berhenti berdakwah. Dia berkata
kepada Nabi Muhammad SAW, kaum Arab mampu memberi Wanita dan harta. Lantaran itu,
baginda terus menjawab dengan mempersoalkan hanya itu sahaja yang mampu diberikan oleh
Kaum Arab lalu terus membacakan awal Surah Fussilat sehingga ayat 13. Setelah mendengar
ayat-ayat itu, lidah beliau menjadi kelu dan tercengang lalu terus bergegas pulang Kembali
kepada para pemimpin Quraisy dan menyatakan bahawa apa susunan kata dalam Al-quran

7
manis dan enak didengar dan mustahil ia ciptaan manusia kerana ia berlainan dengan syair,
sihir atau kata-kata tukang tenung. Beliau juga telah menyatakan Al-quran adalah tinggi dan
tidak ada yang mampu mengatasinya. Ini Membuktikan Al-quran tidak dapat dikarang oleh
Nabi Muhammad SAW sendiri dan memang wahyu dari Allah (Addin, 2012).

Selain itu, tokoh lain yang menolak kemukjizatan Al-quran ialah Musailmah Al-
Kazzab yang mengaku sebagai nabi juga pernah berusaha mencipta dan mengubah sesuatu
yang mirip dengan ayat Al-quran namun masih tidak mampu menandingi kehebatan aras
bahasa Al-quran. Antara yang diciptakan oleh Musailamah ialah gubahan ayat tentang katak,
tentang gajah dan juga permata yang mendapat kecaman beberapa sasterawan lain.
Sehubungan dengan itu, diriwayatkan bahawa selepas itu Musailamah mengoyak dan
melemparkan apa yang telah dia kumpulkan dan merasa malu untuk muncul di khalayak ramai.
Seterusnya. Sejarah juga mengemukakan kisah Abdullah Ibn Al-Muqaffa’ yang merupakan
salah seorang sasterawan terkenal di zamannya. Beliau pernah disuruh oleh kaum Zindik untuk
membuat sebuah karya dalam tempoh masa setahun agar dapat menandingi Al-quran. Tempoh
yang diberikan itu tidak dapat disempurnakan dan akhirnya beliau mengaku tidak mampu juga
tidak sanggup. Rumusannya, masih banyak kisah-kisah lain yang menunjukkan betapa
hebatnya Al-quran, sekaligus menunjukkan kelemahan manusia atau makhluk yang
menentangnya (Latif Muda, Rosmawati, 2014)

Ekoran kelemahan umat manusia dan golongan penentang Islam untuk mencipta karya
seumpama Al-quran khususnya, ilmu I’jaz Al-quran, pada abad sekitar kurun ke-3 Hijrah
munculnya aliran dan berbagai pendapat mengenai Al-quran sama ada ia makhluk atau Qadim.
Aliran pemikiran yang mencetuskan isu tersebut ialah golongan Muktazilah atau lebih dikenali
dengan Al-Sarfah. Orang pertama secara langsung membahaskan berkaitan I’jaz Al-quran pada
awal kurun ini khususnya pelopor kepada golongan Al-Sarfah iaitu Ibrahim bin Sayyar Al-
Nazzam, salah seorang tokoh Muktazilah. Golongan tersebut menyatakan serta berpendapat
bahawa kemukjizatan atau I’jaz Al-quran itu bukan dengan zatnya, bahkan sudut luaran atau
kerana perkara luar. Mereka berpendapat sebegitu kerana Allah lah yang memalingkan
kemampuan manusia untuk menandingi sekaligus mencabar Al-quran. Seandainya tidak
begitu, mereka mampu menandingi kemukjizatan Al-quran (Latif Muda, Rosmawati, 2014).

Pendapat ini disanggah sama sekali dengan pendapat jumhur ulama di mana Al-quran
itu mu’jiz atau dikira mukjizat dengan zatnya. Hal ini dikatakan demikian kerana ia merupakan
Kalam Allah, bahkan manusia yang bersifat lemah untuk mencabar dan bukan Allah yang

8
melemahkan atau memalingkan kemampuan mereka. Seterusnya, pada penghujung kurun ke-
3 Hijrah, ilmu I’jaz Al-quran dibahaskan secara lebih teratur oleh Muhammad bin Yazid Al-
Wasiti dimana beliau telah menghasilkan karya berjudul I’jaz Al-quran fi Nazmihi wa Ta’lifihi
(‫ ( إعجاز القرءان فى نظمة وتأليفه‬di mana dia merupakan orang pertama menghasilkan karya
berkenaan I’jaz Al-quran (Latif Muda, Rosmawati, 2014)

Pada kurun ke-4, ilmu I’jaz Al-quran atau kupasan berkaitan aspek kemukjizatan Al-
quran diteruskan pula oleh Ali bin Isa Al-Rummani di mana beliau juga telah menghasilkan
karya yang berkaitan secara khusus dengan kemukjizatan Al-quran iaitu Al-Nikat fi I’jaz Al-
quran (‫)النكت في إعجاز القرءان‬. Kitab tersebut membahaskan beberapa perkara tentang
kemukjizatan Al-quran antaranya balaghah Al-quran. Seterusnya, sezaman dengan Al-
Rummani muncul Abu Sulaiman Al-Khattabi yang turut menghasilkan karya berkaitan I’jaz
Al-quran iaitu bayan I’jaz Al-quran. Beliau juga menolak pandangan golongan Al-Sarfah sudut
I’jaz Al-quran. Selepas itu, perbahasan I’jaz Al-quran secara lebih mendalam dibahaskan pula
oleh Abu Bakar Al-Baqillani di dalam kitabnya I’jaz Al-quran. Antara yang dibahas dalam
kitab tersebut tentang Nazm Al-quran juga hukum Al-quran yang tidak mampu dicipta oleh
manusia (Ardzi, 2010)

Pada kurun ke-5 Hijrah, perbincangan mengenai ilmu I’jaz Al-quran diteruskan lagi
oleh Abd Al-Qahir Al-Jurjani yang menghasilkan beberapa karya antara yang utama Dalail Al-
I’jaz (‫ )دَلئل اْلعجاز‬juga Asrar Al-Balaghah (‫ )أسرار البالغة‬di mana kitab tersebut membicarakan
mengenai bahagian juga skop I’jaz Al-quran seperti balaghah atau fasahah. (Addin, 2012)
Beliau juga membahaskan dalam kitab tersebut sanggahan terhadap golongan Al-Sarfah.
Untuk itu, Al-Jurjani berpendapat bahawa Al-quran itu kitab mukjizat sudut Nazm iaitu
susunan Balaghah dan Fasahah )‫ (القران معجز بنظمه‬seperti lafaz dan kalimah yang halus, lembut
dan indah. Al-Jurjani dianggap sebagai tokoh unggul yang mengkaji berkaitan Nazm Al-quran
secara mendalam (Ardzi, 2010).

Selanjutnya, pada kurun ke-6 Hijrah pula lahir Al-Qadi I’yad dengan beberapa
perbahasan tentang kemukjizatan Al-quran di dalam karya beliau di mana antara perbahasan
I’jaz Al-quran dibincangkan dalam juzuk pertama karya beliau bertajuk Kitab Al-Syifa’bi
Ta’rif Huquq Al-Mustafa (‫ )كتاب الشفاء بتعريف حقوق المصطفى‬Seterusnya, pada kurun ke-7 Hijrah,
ilmu I’jaz Al-quran dibincangkan untuk perbahasan lebih lanjut oleh Al-Qurtubi iaitu
sebagaimana yang beliau kemukakan di dalam muqaddimah kitab tafsirnya Al-Jami’ li Ahkam
Al-quran (‫ )الجامع ألحكام القران‬di mana terdapat 10 aspek kemukjizatan Al-quran antaranya Al-

9
Nazm Al-Badi. Pada kurun ke-8 Hijrah pula, muncul tokoh Bernama Badar Al-Din Al-
Zakarsyi yang membicarakan I’jaz Al-quran menerusi karya beliau berjudul Al-Burhan fi
‘Ulum Al-quran (‫)البرهان فى علوم القران‬. Perbahasan utama dalam kitab tersebut berkaitan
kemukjizatan Al-quran antaranya berita ghaib atau kisah-kisah masa akan datang. Pada kurun
seterusnya, lahir tokoh Bernama Burhan Al-Din Ibrahim Al-Baqa’I yang menghasilkan karya
berkaitan I’jaz Al-quran iaitu Nazm Al-Durar fi Tanasub Al-Ayat wa Al-Suwar ( ‫نظم الدرر فى‬
‫)تناسب اآليات والسور‬. Perbahasan utama dalam kitab tersebut ialah munasabah di antara surah-
surah Al-quran juga kaitan antara ayat dan surah ( Ardzi, 2010).

Pada kurun ke-10 Hijrah, lahir tokoh ulama Bernama Jalal Al-Din Al-Suyuti yang
menghasilkan kitab Al-Itqan fi ‘Ulum Al-quran (‫)اْلتقان فى علوم القران‬. Beliau membahaskan di
dalam kitab tersebut hampir 80 aspek berkaitan Al-quran terutamanya I’jaz Al-quran.
Selanjutnya pula, pada kurun ke-13 Hijrah muncul ulama Bernama Syihab Al-Din Al-Alusi
yang menghasilkan kitab tafsir berjudul Ruh Al-Ma’ani fi Tafsir Al-quran Al-Azim wa Al-Sab
Al-Mathani (‫)روح المعاني فى تفسير القران العظيم والسبع المثاني‬. Di dalamnya beliau menyatakan dalam
muqaddimah tafsirnya tentang aspek I’jaz Al-quran ialah sudut nazm dan balaghah serta
perkara ghaib. Pada kurun ke-14 Hijrah, lahir golongan Orientalis berserta konco-konconya
kalangan Yahudi untuk menghentam serta mengkritik Al-quran serta hadith dengan tujuan
ingin merosakkan pemikiran umat Islam dan akidah mereka. (Dr. Ab. Latif Muda , Dr.
Rosmawati Ali@Mat Zin, 2014) Namun begitu, lahir ulama yang jujur dan begitu prihatin
untuk mempertahankan Islam juga umatnya. Antaranya ialah Mustafa Al-Rafi’I. Beliau telah
menghasilkan karya yang berjudul I’jaz Al-quran wa Al-Balaghah Al-Nabawiyah ( ‫إعجلز القران‬
‫)والبالغة النبوية‬. Kitab tersebut membahaskan mengenai Al-quran merupakan kitab mukjizat
semenjak awal penurunannya daripada Allah, Al-quran berbeza dengan mana-mana kitab lain
serta Al-quran merupakan kitab mukjizat yang membawa kesan kepada jiwa manusia (Ardzi,
2010).

10
6.0 ASPEK I’JAZ AL-QURAN

I’jaz Al-quran adalah nilai kemukjizatan yang terdapat dalam Al-quran dimana ia dapat
membuktikan kebenaran kerasulan Nabi Muhammad SAW. (Aspek 'Ijaz Al-quran, 2014)
Secara umumnya, aspek-aspek kemukjizatan Al-quran amat luas dan banyak antaranya:

A. Aspek Bahasa
Terdapat beberapa mukjizat Al-quran yang dapat dijelaskan antaranya
penggunaan perkataan. Kalimah yang digunakan adalah ringkas dan jelas maksudnya.
Perkataan yang digunakan adalah seimbang sebagai contoh pertama ialah seimbang
antara jumlah kalimah dengan antonimnya antaranya penggunaan kalimah al-Hayah
(kehidupan) dan al-Maut (kematian) adalah sebanyak 145 kali. Antara contoh lainnya
ialah penggunaan kalimah al-Har (panas) dan al-Bard (sejuk/dingin) adalah sebanyak
4 kali. Selain itu, seimbang antara jumlah kalimah dan sinonimnya dimana penggunaan
kalimah al-Harth (membajak sawah) dan al-Zira’ah (Bertani) sebanyak 14 kali atau
penggunaan kalimah al-Jahr (nyata) dan al- ‘Alaniyah (nyata) sebanyak 16 kali.
Seterusnya, keseimbangan lain bersifat khusus iaitu penggunaan kalimah Yaum (hari)
dalam bentuk mufrad sebanyak 365 kali sesuai dengan jumlah hari dalam setahun.
Penggunaan kalimah Ayyam /Yaum/ Yaumain (hari-hari) dalam bentuk jama’,
penggunaannya adalah sebanyak 30 kali iaitu sama bilangannya dengan hari dalam
sebulan. Tambahan lagi, Al-quran teliti dalam pemilihan kosa kata yang halus dan tepat.
Sebagai contoh, penggunaan perkataan ‫( طفل‬anak) dalam Surah Al-Hajj ayat 5. Apabila
diamati, ayat ini walaupun menggunakan bentuk tunggal, namun yang dimaksudkan
ialah anak-anak atau dalam bentuk jama’. Selain itu, struktur ayat dan makna.
Antaranya cirinya ialah singkat dan padat. Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah
Al-Baqarah ayat 212.
Ayat ini walaupun sangat singkat, namun begitu, sangat padatnya maknanya
dan membentuk makna yang lain antaranya ialah Allah memberi rezeki kepada sesiapa
sahaja yang dikehendaki-Nya tanpa ada sesiapa yang berhak untuk mempersoalkan
sebab dia memperluas rezeki seseorang dan mempersempitkan rezeki seseorang lain.
Selain itu, makna lain ialah, Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-
Nya tanpa mengira memperhitungkan pemberian itu kerana Allah Maha Kaya. Semua
makna ini akan mendorong umat Islam untuk bersangka baik dengan Allah. Ciri yang
seterusnya ialah keindahan dan ketepatan maknanya. Ini boleh dilihat dalam surah
Maryam ayat 4 iaitu ayat ini mempunyai kesyumulan atau makna yang sempurna di

11
mana ia menggambarkan bahawa kepalanya penuh dengan uban dan tidak ada
sedikitpun rambut yang berwarna hitam. Oleh itu, makna syumul seperti ayat itu tidak

akan dicapai jika menggunakan kalimah berikut:‫الرأس‬ ‫واشتعل شيب‬ atau ‫واشتعل‬

‫شيب فى الرأس‬.
Seterusnya, ciri ketiga ialah nada dan iramanya sangat indah dan unik.
Sungguhpun begitu, ayat Al-quran bukan syair atau puisi. Sebagai contoh, setiap ayat
dalam Surah Al- ‘Adiyaat diakhiri dengan bunyi vokal iaitu baris fathah dan kesamaan
bentuk kata yang mengakhiri setiap ayat. Dalam erti kata lain, Al-quran
mempelbagaikan nada serta iramanya agar pendengar mendapat nikmat sepenuhnya
dan terpesona. Akhir sekali, tidak ada percanggahan dan perbezaan di dalam Al-quran
contohnya dalam Surah An-Nisa’ ayat 82. Menerusi ayat ini, Allah menyatakan bahawa
perkataan manusia itu jika banyak, maka akan terjadi percanggahan di dalamnya dan
akan nampak pula kecelaruan. Uniknya struktur dan susunan Al-quran di mana ia tidak
ada sebarang kontra di dalamnya sedangkan terdapat pelbagai aspek yang dibincangkan
termasuklah cerita, hukum, ancaman, janji baik dan lain lagi. Tambahan lagi, balaghah.
Al-quran banyak menggunakan beberapa perkara yang berkaitan dengan Balaghah
sebagai contoh, terdapat banyak Tasybih iaitu ungkapan yang memperlihatkan sesuatu
itu sama dengan sesuatu yang lain dalam satu atau beberapa sifat atau ciri di dalam Al-
quran. Dalam firman Allah, surah Al-qariah ayat 5. Perumpamaan bulu berterbangan
digunakan dan disamakan dengan gunung-gunung yang telah hancur lebur berserakan
adalah merupakan contoh Tasybih di mana kedua-keduanya mempunyai sifat yang
disamakan sifat indrawinya; gunung dan bulu (Anwar, Rosihon. 2008)

Keistimewaan Bahasa Al-quran berbanding Bahasa Arab juga merupakan salah


satu aspek Bahasa. Bahasa Al-quran yang diturunkan merupakan mukjizat yang
terbesar dengan menggunakan susunan Bahasa yang sangat tinggi nilai
kesusasteraannya. Justeru, antara kemukjizatan dan keistimewaan Bahasa Al-quran
berbanding Bahasa Arab ialah mutu Bahasa Arab dalam semua aspeknya terlalu tinggi
dan sempurna seperti Balaghah dan tatabahasa. Kalimah di dalam Al-quran tidak boleh
digantikan dengan kalimah lain walaupun maksud yang sama. Selain itu, dari sudut
sastera dan Bahasa, Al-quran mempunyai gaya Bahasa khas yang jauh berbeza dengan
gaya Bahasa Arab terutamanya dalam aspek pemilihan huruf dan kalimah di mana
dalam Al-quran memiliki makna yang sangat mendalam. Oleh itu, penggunaan kalimah

12
di dalam Al-quran mampu mengeluarkan sesuatu yang abstrak kepada fenomena yang
konkrit sehingga dapat dirasakan ketenangan pada jiwa (Anwar, Rosihon. 2008).

Seterusnya, uslub atau gaya Bahasa Al-quran sangat halus yang dapat
dibuktikan dari segi balaghah dan fasahahnya. Berbeza dengan uslub Bahasa Arab yang
susah dan keras dari sudut pengucapannya. Di samping itu, Bahasa Al-quran dikira
mencakupi lafaz daripada seluruh suku dan kabilah bangsa Arab antaranya ialah Bahasa
Quraisy, Huzail, dan lain lagi. Tidak ada seorang Arab pun dapat menguasai seluruh
Bahasa daripada suku-suku dan kabilah-kabilah Arab, sama ada sudut lafaz mahupun
dialek sedangkan Al-quran mengandungi semua Bahasa tersebut. Tambahan pula, di
dalam Al-quran juga terkandung makna kalimah atau Bahasa Al-quran sangat luas sama
ada dalam skop berkaitan akidah, akhlak ataupun hukum dan semuanya sempurna tanpa
ada sebarang percanggahan sedikitpun. Hal ini dikatakan demikian kerana, ucapan
manusia yang biasa atau Bahasa Arab tetap ada kekurangan, ada percanggahan dan
tidak semuanya sesuai contohnya, hal berkaitan perkara ghaib sangat sedikit
ketepatannya dan tidak sesuai dengan kenyataan. Akhir sekali, Al-quran memiliki
kekuatan Ajaib terhadap jiwa pembaca serta pendengarnya misalnya ketenangan dan
ketenteraman manakala Bahasa Arab tidak mampu memberi perkara yang sama daya
tarik kekuatan Ajaib seperti Al-quran (Anwar, Rosihon. 2008)

B. Aspek ilmu
Al-quran memperlihatkan kemukjizatannya dengan memberi isyarat ke arah
pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi kerana Al-quran telah mengungkapkan
berbagai ilustrasi tentang alam yang kemudian dikaji oleh para ilmuan sebagai ilmu
pengetahuan. (Ardzi, 2010) Salah satu ungkapan Al-quran berkaitan dengan fizik ialah
proses kejadian alam semesta seperti mana firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat
30 di mana ayat ini menerangkan tentang terdapat isyarat ilmiah tentang sejarah langit
dan bumi serta asalnya yang padu, kemudiannya terpisah-pisahnya benda-benda langit
atau planet-planet. Begitu juga disebutkan tentang asal usul kehidupan iaitu air. Selain
itu ilmu biologi. Salah satu ilmu yang terkenal dan masyhur di mulut para pengkaji
adalah ilmu biologi di mana salah satu kekuatannya adalah ungkapan Al-quran tentang
penciptaan manusia. Allah menyatakan di dalam surah Al-Mukminun ayat 14 iaitu
manusia diciptakan bermula dengan segumpal darah, melalui beberapa proses
pembentukan seterusnya menjadi bayi yang sempurna dalam kandungan (Latif Muda,
Rosmawati, 2014)

13
Seterusnya, ilmu astronomi. Astronomi juga merupakan salah satu topik penting
yang dikemukakan oleh Al-quran. Antara contoh firman Allah dalam Surah Al-Jathiyah
ayat 13 di mana ayat ini menceritakan tentang benda-benda yang ada di langit serta
benda-benda di bumi untuk umat manusia. Yang keempat, ilmu geologi. Antara perkara
yang diberi perhatian oleh Al-quran ialah tentang gunung ganang yang merupakan
unsur penting dalam keseimbangan gerak alam semesta. Antara bukti penciptaan
gunung sebagai faktor keseimbangan bumi adalah berdasarkan firman Allah dalam
Surah An-Naba' ayat 6 dan 7. Berdasarkan ayat tersebut, Allah telah menyatakan
bahawa gunung adalah pasak yang memegang struktur bumi supaya kukuh dan tidak
goyah (Latif Muda, Rosmawati, 2014).
Kemudian, ilmu kesihatan. Salah satu yang menjadi perhatian serius Al-quran
adalah pembinaan budaya hidup sihat melalui pembinaan tradisi hidup bersih.
Sehubungan itu, Al-quran memerintahkan setiap muslim agar makan makanan halal
dan bersih serta suci sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 172 dan
173 di mana segala makanan yang dilarang itu seperti bangkai, daging babi dan
binatang yang tidak disembelih akan membawa kemudaratan kepada kesihatan badan
manusia. Selain itu, ilmu ekonomi. Ayat tentang ekonomi dan perdagangan dalam Al-
quran banyak bercorak pengaturan antara batas-batas yang dibenarkan dan yang tidak
dibenarkan (Latif Muda, Rosmawati, 2014).
Salah satu prinsip yang dikemukakan di dalam Al-quran ialah tentang
pengharaman riba sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 275 di mana
ayat ini menerangkan tentang pengharaman riba dalam system muamalat kerana ia
merupakan unsur penipuan dan menindas pihak lain. Selain itu, ilmu geografi.
Penjelasan ayat Al-quran berkaitan dengan teori ilmu geografi serta ilmu alam banyak
sekali antaranya cahaya matahari dan bulan di mana Al-quran menjelaskan bahawa
cahaya matahari bersumberkan daripada dirinya manakala cahaya bulan pula
merupakan pantulan daripada cahaya matahari. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah,
Surah Yunus ayat 5. Justeru, sebahagian besar kebenaran ilmiah yang dipaparkan oleh
Al-quran untuk membenarkan kebesaran Allah dan keunikan Al-quran itu sendiri (Latif
Muda, Rosmawati, 2014)

C. Aspek kandungan

14
Al-quran banyak mengungkap banyak sejarah dan berita ghaib seperti kejadian
masa lampau, peristiwa masa akan datang atau peristiwa masa kini yang belum
diketahui manusia. Selain itu, Al-quran juga banyak menerangkan tentang hukum
Syariat termasuklah hukum hudud, hukum qisas serta ayat -ayat berkaitan dengan
akidah islam. Terdapat banyak berita serta sejarah yang dinyatakan di dalam Al-
quran yang mana semuanya benar sebagai contoh antara peristiwa lampau yang
disebutkan dalam Al-quran ialah kisah Firaun. Pada 1907 Masihi, seorang ahli
pengkaji purba, Elliot Smith mendapat izin daripada pemerintah Mesir untuk
membuka balutan firaun dan melihat bahawa jasad firaun tersebut masih utuh
seperti yang disebutkan dalam firman Allah, Surah Yunus ayat 92. Antara contoh
peristiwa zaman kini ialah pendedahan niat golongan munafik Ketika hayat
Rasulullah SAW seperti yang disebutkan di dalam Surah Al-Baqarah ayat 204.
Seterusnya, peristiwa akan datang mempunyai contoh di dalam Al-quran antaranya
kemunculan binatang yang boleh bercakap Ketika hampir kiamat nanti seperti
dalam Surah Al-Naml ayat 82.
Seterusnya adalah syariat. Terdapat berbagai jenis hukum atau petunjuk
yang dibawa oleh Al-quran antaranya ialah hukum hudud contohnya hukuman zina.
Berikut merupakan ayat yang menunjukkan hukuman yang dikenakan kepada
penzina sebagaimana Surah An-Nur ayat 2. Al-quran juga mengemukakan
hukuman yang adil dan saksama berkaitan qisas antaranya hukuman terhadap orang
yang membunuh secara sengaja hukumannya ialah balas bunuh sebagaimana
firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 178. Selain itu, Al-quran
mengemukakan berbagai asas akidah, seperti iman di mana Al-quran mengajak
umat manusia berpegang dengan akidah yang suci iaitu beriman kepada Allah Yang
Maha Agung, para rasul utusan Allah, para malaikat dan juga kitab yang diturunkan.
Ini dapat dibuktikan dalam Al-quran antaranya tuntutan beriman kepada Allah
seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 136. Selain itu, Allah juga
menyatakan tentang kekufuran adalah sesuatu yang dikeji sekaligus diberi azab
yang pedih dan mendapat laknat Allah bagi orang yang kufur berdasarkan Surah
Al-Baqarah ayat 161.

15
7.0 KEPENTINGAN ‘IJAZ AL-QURAN

Ilmu berkenaan I’jaz al-Quran amat penting kerana dengan ilmu ini seorang pelajar
akan dapat memahami al-Quran dengan lebih dalam. Berikut merupakan antara kepentingan
I’jaz Al-quran iaitu membuktikan Nabi Muhammad SAW utusan dari Allah. Nabi Muhammad
adalah sebenar-benar utusan yang ditugaskan oleh Allah untuk membawa utusan kebenaran
dan menyampaikan ayat Al-quran kepada orang ramai agar ajaran Islam dapat disebarkan.
Selain itu, membuktikan Al-quran adalah wahyu daripada Allah. Al-quran adalah ciptaan Allah
dan bukannya ciptaan Malaikat Jibril dan tulisan Nabi Muhammad SAW dan hal ini adalah
mustahil kerana Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang buta huruf ( Latif Muda,
Rosmawati, 2014).

Seterusnya, mukjizat Al-quran bukti kelemahan daya usaha manusia. Al-quran


diturunkan kepada Nabi Muhammad namun selalu disalah anggap dan baginda dituduh
menulis kitab tersebut. Oleh itu, Al-quran diwahyukan khususnya untuk menghina golongan
yang angkuh dan menolak kitab suci itu. Di samping itu, ilmu I’jaz Al-quran menunjukkan
kelemahan mutu sastera dan Balaghah manusia. Kitab suci Al-quran diturunkan dalam Bahasa
Arab dapat memberi wawasan luas tentang nilai-nilai kemukjizatan Al-quran. Akhir sekali,
ilmu I’jaz Al-quran berfungsi sebagai pembantu mufassir dalam mentafsirkan Al-quran selain
ia dapat memantapkan lagi iman dan takwa seseorang serta dapat menambah lagi keyakinan
tentang kemukjizatan Al-quran yang tiada tandingan hebatnya (Latif Muda, Rosmawati, 2014)

16
8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebagai umat Islam, pengkaji dapat menguatkan pegangan dan


keyakinan umat islam terhadap mukjizat Allah setelah mempelajari ilmu I’jaz Al-quran. Selain
itu, pengkaji juga dapat memahami i'jaz dari aspek ilmu dan bahasa dengan lebih baik dan
tahap kefahaman yang lebih mendalam seterusnya meningkatkan keyakinan terhadap Al-
quran. Seterusnya, pengkaji dapat menolak segala tohmahan dan sangkaan buruk orang kafir
terhadap kalamullah Pengkaji berharap ilmu I’jaz Al-quran dapat menjamin kepercayaan dan
mengukuhkan lagi keimanan terhadap Allah dan akhirnya membawa kesejahteraan dalam
masyarakat Islam.

17
RUJUKAN

Dr. Ab. Latif Muda, Rosmawati Ali @ Mat Zin, 2014, Ulum Al-Quran, Batu Caves,

Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Manna’ al-Qathan, 2016, Mabahis fi Ulumil al-Quran, Mantsurat al-Ashr al-Hadits, Mesir

Anwar, Rosihon. 2008. Ulum Al-Quran. Bandung: Pustaka Setia.

Addin, Renzenalan, Wan Liar, 2012. Al-Quran.

http://ibnuwafi.blogspot.com/2012/03/pengenalan-ilmu-ijaz-al-quran.html

Ardzi, 2010, Ijaz Al-Quran- Istilah Yang Dikenali Setelah 6 Kurun Hijrah.

http://ahliquran.blogspot.com/2010/05/ijaz-al-quran-istilah-yang-dikenali.html

Mahlil Al mudassa, 2018, Pengertian I'jaz Al-Qur'an Serta Pandangan Para Ulama

https://www.mahlil.com/2017/05/pengertian-ijaz-al-quran.html

Muhammad Fathurrohman, 2012, Perspektif Ulama Mengenai I’jaz Al-Qur’an.

https://muhfathurrohman.wordpress.com/2012/12/11/perspektif-ulama-mengenai-ijaz-
al-quran-dan-macam-macamnya/

Muhammad Hafiz Badarulzaman, 2017, Al-Quran mukjizat agung tiada tandingan.

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017/06/294187/al-quran-mukjizat-
agung-tiada-tandingan

Muhsoni, 2011, Ilmu I’jaz Al-Quran

http://muhsoni-dzaki.blogspot.com/2011/01/ilmu-ijaz-al-quran.html

Ustaz Abd Aziz bin Harjin, 2010, Cara Hidup Islam.

http://benharjin.blogspot.com/2010/10/maksud-mukjizat.html

18

Anda mungkin juga menyukai