Anda di halaman 1dari 20

KPP 4023 : APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

SEMESTER 2 SESI 2023/2024

MASALAH SOSIAL : KURANG YAKIN DIRI

KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN M

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

NUR FATHONAH BINTI MD BASRI L20222014552

AINI NADHIRAH BINTI AHMAD TAHAR L20222014556

NURUL FARIHA BINTI MOHD SHAZALI L20222013452

NOR HAFIZHOH BINTI AZIZAN L20222013386

MUHAMMAD AZRI ZAIDI BIN MOHD ZAMRI L20222014529

PENSYARAH : DR. MOHD RAZIMI BIN HUSIN

TARIKH : 28 OGOS 2023


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN.................................................................................................................. 2
2.0 DEFINISI ............................................................................................................................ 3
2.1 DEFINISI UMUM ....................................................................................................... 3
2.2 DEFINISI KHUSUS .................................................................................................... 3
3.0 BAHAN ILMIAH............................................................................................................... 4
4.0 CADANGAN MENGATASI KURANG KEYAKINAN DIRI DALAM KALANGAN
PELAJAR ................................................................................................................................. 8
4.1 PENGGUNAAN KAEDAH DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN................. 8
5.0 JUSTIFIKASI CADANGAN KAEDAH DIDIK HIBUR ............................................ 11
6.0 KESIMPULAN ................................................................................................................ 14
7.0 RUJUKAN ........................................................................................................................ 15
8.0 LAMPIRAN...................................................................................................................... 18

1
1.0 PENGENALAN

Kurang keyakinan diri adalah berbeza dengan tidak mampu atau kurang kapasiti
untuk melakukan sesuatu. Ramai pelajar yang mempunyai rasa ragu pada diri mempunyai
ciri-ciri seperti takut akan kegagalan, takut akan mendapat hasil yang tidak diingini,
bergantung kepada pendapat dan pandangan orang lain dan tidak pernah merasa yakin atau
selesa dengan keadaan sekeliling. Rasa tidak yakin pada diri untuk tempoh jangka panjang
boleh menyebabkan kemerosotan tahap kesihatan, yang akhirnya boleh mengakibatkan
kehilangan banyak peluang dan manfaat dalam kehidupan, seperti impian pekerjaan di masa
hadapan.

Kurang yakin diri dianggap penghalang kepada pembelajaran. Pelajar mungkin


mengalami pengalaman yang kurang selesa apabila guru mengarahkan pelajar berucap atau
membentang sesuatu tugasan. Apa yang ditekankan terhadap tahap-tahap kebangkitan
fisiologikal dan psikologikal yang disertai oleh kerisauan adalah untuk menyediakan pelajar
menghadapi situasi yang membahayakan atau merisaukan apabila guru mengarahkan pelajar
untuk menyelesaikan sesuatu tugasan, contohnya matematik di hadapan kelas sudah tentu
pelajar berasa risau sekiranya pelajar tidak tahu menyelesaikan masalah tersebut. Dalam
keadaan seperti ini, pelajar akan cuba mengelak diri dari dipanggil oleh guru untuk
menyelesaikan masalah matematik. Keadaan seumpama ini tidak akan memotivasikan pelajar
secara efektif dalam pembelajaran yang berkualiti.

Menurut Naveh-Benjamin, McKeachie dan Lin (1987), kerisauan boleh mengganggu


aspek penumpuan, pembelajaran dan pengujian. Kurang yakin diri hingga membawa kepada
kerisauan boleh mengganggu pembelajaran kerana kemungkinan besar pelajar mengalami
kegagalan.

Hubungan kurang yakin diri dan prestasi akademik adalah sesuatu yang komplek.
Kurang yakin diri jugak boleh mengakibatkan gangguan pada proses pengajaran walaupun
menghadapi sesuatu tugasan yang ringkas dan mudah. Pada dasarnya, kurang yakin diri yang
tinggi boleh menghalang pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai pelajar pada tahap
Kurang yakin diri yang tinggi perlu memberi tumpuan untuk mewujudkan hubungan yang
baik. Keadaan ini memberi ruang yang baik kepada pelajar agar tidak tertekan dalam
persekitaran pembelajaran, khususnya di sekolah.

2
2.0 DEFINISI

2.1 DEFINISI UMUM

Keyakinan diri merupakan suatu elemen penting yang harus ada dan dikuasai oleh
setiap pelajar, sama ada bagi memenuhi keperluan mereka ketika proses pelajaran, persiapan
menempuh alam pekerjaan ataupun dalam interaksi sosial. Bagi memastikan usaha ini
berjaya, guru sebagai agen perubahan dan perkembangan sahsiah diri pelajar terlebih dahulu
perlu menguasai setiap aspek bagi membina keyakinan diri ketika berhadapan dengan
pelbagai ragam pelajar mereka kelak. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti
tahap keyakinan diri dalam kalangan pelajar di dalam kelas. Kesimpulanya, keyakinan diri
tidak dipengaruhi oleh jantina tetapi ianya merupakan salah satu elemen bagi memperoleh
pencapaian akademik yang cemerlang. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu memberi
perhatian serius dalam usaha membina keyakinan diri pelajar terutamanya di dalam kelas.

2.2 DEFINISI KHUSUS

Menurut ewert (1986) dalam Rohani dan Fatimah (2006) menyatakan bahawa takut
merupakan satu bentuk emosi yang menjadi teman kepada manusia yang boleh mengganggu
kefungsian seharian individu. Melalui kajian yang dibuat pada salah seorang pelajar, didapati
pelajar ini kurang yakin di dalam kelas ketika sesi menjawab soalan di hadapan. Selain itu,
pelajar ini menjadi lebih tidak yakin jika guru menegur jawapannya dan secara spontan
pelajar ini akan memadamkan jawapannya kerana berasa ragu-ragu dan takut dengan
jawapannya.

Hubungan ketakutan dengan keyakinan diri turut dinyatakan oleh Lumpkin, A. (2006)
dalam Farahiyah Murni (2013) dari konteks bercakap dihadapan orang ramai. Hasil kajian
tersebut juga mendapati, pelajar tersebut tidak yakin untuk bercakap di hadapan dan bercakap
dengan nada yang perlahan sahaja apabila guru menegurnya dan cuba menggalakkannya
untuk bercakap. Menurut guru-gurunya juga, pelajar ini seorang yang pendiam di dalam
kelas.

3
3.0 BAHAN ILMIAH

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemerosotan pelajar. Antaranya adalah seperti
berikut:

1. Sikap Murid

Hurlock (1973), sikap murid sekolah tidak mampu mengawal emosi kerana masih
perlu bimbingan namun terserlah sifat kurang keyakinan diri yang dipamerkan. Ini
menyebabkan tahap keyakinan di kalangan murid tidak mampu untuk membuat penyelesaian
semasa di dalam kelas. Hal ini teori pembelajaran kognitif, dapat menjelaskan proses
pemikiran ialah satu aktiviti mental yang membantu untuk kebolehan murid secara berfikir
dengan baik. Teori ini menekankan kefahaman setiap murid lebih belajar berfikir untuk
melatih memahami bagi menguasai pembelajaran dan penguasaan untuk menyelesaikan suatu
perkara yang memuaskan antara individu dengan persekitaran.

Selain itu teori mentalis juga dapat menjelaskan bahawa murid yang memiliki
perwatakan berbeza boleh dilihat cara murid hadapi untuk mengawal serta mengatasi tingkah
laku mereka tersendiri. Ini menunjukkan bahawa murid yang kurang keyakinan memberi
kesan terhadap tingkah laku mereka, meskipun guru kaunseling memainkan peranan penting
dalam permasalahan ini. Menurut Cohen (1955), menjelaskan individu yang mempunyai
konsep kendiri yang tinggi dikategorikan sebagai orang yang menyukai ataupun menghargai
dirinya dengan melihat dirinya berkebolehan dalam hubungan dengan dunia luar.

2. Rakan sebaya

Rakan sebaya di alam persekolahan adalah tertumpu dalam menarik minat seronok
serta ingin memiliki kawan kerana murid di kalangan sekolah rendah menganggap sekolah
sebuah tempat hiburan sambil belajar secara bebas untuk mereka mengaptasikan kebolehan
dan kemahiran mereka apabila diberi peluang serta berani mencabar diri dalam setiap
percubaan yang ingin mereka lakukan. Hal ini yang memberikan seruan semangat ‘sokongan
moral’ dalam mencari identiti diri dan pembentukan imej (Mahmood,1991).

4
Tekanan rakan sebaya adalah pengaruh dan tekanan yang dirasai oleh murid daripada
rakannya (Artwater,1998). Ini kerana kawan adalah pengaruh yang paling kuat berbanding
dengan persekitaran yang dapat memberi pengikhtirafan dan sokongan.

Menurut Havighurst dan Neugarten dalam Manja (1990), kelompok sebaya adalah
satu kelompok yang khusus dan kanak-kanak berinteraksi seperti mana yang berlaku dalam
keluarga. Kelompok ini biasanya mempunyai dunia yang tersendiri dengan peraturan-
peraturan dan norma-norma tertentu. Keadaan yang sama diperolehi daripada kajian yang
dilakukan oleh Manja (1996), menyatakan bahawa apabila seseorang diperingkat kanak-
kanak belum tahu membuat keputusan dengan yakin tetapi keinginan untuk berkawan tiada
alasan untuk mencuba dalam pemilihan rakan sebaya yang mendorong ke arah minat yang
sama, maka hubungan mereka akan menjadi lebih erat. Apa dilihat rakannya lakukan maka
dia juga akan turut sama melakukannya.

Pendapat ini disokong oleh Maslow dalam Hazil (1990). Beliau menyatakan bahawa
anak-anak yang melibatkan secara berkumpulan atau yang akan mempunyai perasaan
kekitaan di dalam kumpulan tersebut. Dari segi emosi, mereka lebih bergantung kepada rakan
sebaya. Oleh itu, apa sahaja yang dilakukan akan cepat disanjungi dan mendapat pujian
terhadap mereka menyaingi apa yang diharapkan oleh ibu bapa.

3. Keluarga

Hurlock (1992), menyatakan bahawa bayi yang kurang kesempatan untuk


mendapatkan ungkapan kasih sayang atau untuk dicintai oleh orang lain akan menjadi
pendiam, lesu, tidak memberi senyuman dan tidak berusaha untuk memperoleh kasih sayang.
Selain itu, perhatian yang kurang daripada keluarga menyebabkan kanak-kanak menjadi lesu
dan pasif. Unsur kerapikan juga penting dalam keluarga. Kira-kira 70 peratus daripada bayi
yang berumur satu tahun yang dikaji menunjukkan jenis kerapikan selamat didapati bermain
dengan cergas aktif apabila ibu mereka berada dalam bilik. Namun apabila ditinggalkan oleh
ibu mereka, bayi tersebut menunjukkan kesedihan (Jas Laile Suzana, 2000).

Menurut Melson (1992), keluarga dianggap sebagai agen sosialisasi yang paling penting. Ini
bermaksud bahawa perubahan dalam masyarakat seolah-olah dicerminkan oleh perubahan
gaya pengasuhan anak-anak yang lebih disukai.

5
Menurut Razali (1994), menegaskan betapa pentingnya tanggungjawab ibu dalam
menentukan dan mencorakkan anak-anak mereka dengan asuhan yang positif, di samping
melahirkan suasana harmoni di kalangan anggota keluarga.

Pelajar daripada keluarga yang berpecah belah, ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya
mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat
di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keadaan seperti ini
boleh menjejaskan perkembangan murid-murid terutama dalam pencapaian akademik serta
proses pembentukan personaliti. Ini bersesuaian dengan salah satu keperluan iaitu keperluan
pemilik dan kasih sayang (Maslow,1954). Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih
sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif
dan anti sosial.

4. Suasana Sekolah

Faktor suasana sekolah dapat mempengaruhi masalah displin murid secara tidak
langsung. Suasana sekolah merangkumi bentuk bangunan sekolah, pokok-pokok dan bunga-
bunga yang ditanam dan kemudahan-kemudahan seperti tempat bermain dan perpustakaan
(Mok Soon Sang, 1992). Suasana sekolah merupakan satu faktor yang meyumbang ke arah
pelajar yang tidak berdisplin.

Menurut Omardin (1996), salah satu faktor yang menentukan kejayaan murid-murid
ialah melalui iklim dan budaya sekolah. Suasana dan persekitaran yang harmoni boleh
membangkitkan semangat dan akan melahirkan golongan murid yang mempunyai sikap
cintakan sekolah.

5. Guru

Dalam beberapa keadaan, guru-guru sendiri dianggap penyebab kepada kelakuan


tidak baik pelajar. Ramai guru yang mengambil bidang perguruan sebagai pilihan terakhir
dan mereka tidak mempunyai minat yang tulen hendak mengajar. Sama ada berkelakuan baik
ataupun tidak, ia tidak menjadi soal bagi mereka. Terdapat juga beberapa guru yang tidak
cekap dan menunjukkan sikap tidak acuh. Sumbangan mereka kepada pembentukan dan

6
pengawalan tatatertib yang baik di kalangan murid-murid boleh dikatakan tidak ada sama
sekali. Ini kerana mereka mempunyai sikap ‘tidak ambil tahu’. Ada pula guru-guru dikatakan
tidak mahu berbuat apa-apa bagi mencegah kelakuan tidak baik supaya mereka tidak dibenci
oleh murid kerana ingin menjadi popular di kalangan murid-murid. (A. Rajaguru, Mohd
Daud Saad dan Ibrahim Saad, 1982:263).

Profesion perguruan adalah profesion yang kompleks dan tugasan guru sangat luas
berbanding pekerjaan yang lain. (Logan & Logan,1974). Guru bertanggungjawab sebagai
pengasuh, kaunselor, pengadil, polis, hakim, pelakon, kerani, jururawat, pensyarah, penulis,
setiausaha, pekerja sosial dan lain-lain. Tugasan itu dilakukan secara langsung dan tidak
langsung di sekolah.

Tugas utama seseorang guru adalah memahami dalam proses pengajaran serta
mempunyai banyak pengetahuan. Guru perlu mempunyai banyak pengetahuan terutama
daripada segi latar belakang pelajar serta berkenaan pelajaran yang akan diajar (Logan &
Logan, 1974). Guru-guru adalah model menjadi contoh kepada semua murid.

7
4.0 CADANGAN MENGATASI KURANG KEYAKINAN DIRI DALAM KALANGAN
PELAJAR

Keyakinan diri merupakan aspek yang sangat penting. Hal ini dapat mengembangkan
potensi pelajar di dalam kelas mahupun di luar kelas. Jika pelajar yang dikaji ini memiliki
keyakinan diri yang tinggi, pelajar ini dapat mencapai prestasi dan hasil belajar yang lebih
baik lagi kerana menurut dapatan kajian dari guru-gurunya, pelajar ini bukanlah
dikategorikan dari pelajar lemah tetapi jika diajar dengan teknik Didik Hibur dapat membantu
pelajar tersebut untuk menjadi seorang yang cemerlang dalam kehidupan. Proses perubahan
dalam diri pelajar ini bukan hanya bergantung pada personal learning sahaja kerana pelajar
ini perlu didedahkan kepada masyarakat sekeliling. Jadi kaedah Didik Hibur yang berpusat
pelajar ini diharapkan dapat membantu agar pelajar tersebut tidak berasa takut kepada guru
dan selesa untuk berinteraksi sepanjang sesi pembelajaran dijalankan. Dari sini, pelajar
tersebut dapat menonjolkan sikap keberanian, keaktifan, dan aktualisasi diri. Oleh itu,
cadangan penggunaan teknik Didik Hibur ini sangat disarankan kepada pelajar tersebut.

4.1 PENGGUNAAN KAEDAH DIDIK HIBUR DALAM PENGAJARAN

Didik hibur bermaksud mendidik sambil menghibur, bersifat santai dan


menyeronokkan. Didik hibur ini diadaptasi daripada “Fun Learning”. Kaedah ini berlaku
dalam keadaan terkawal, disamping memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar
dalam keadaan yang menyeronokkan. Menurut (Ahmad, Norlela & Shamsudin Othman,
2020), unsur humor akan menjadikan hasil pembelajaran lebih bermakna kepada pelajar
kerana terkandung unsur kelakar, lakonan, permainan muzik, dan sebagainya. Guru perlu
menggunakan bahasa yang berupaya menzahirkan perasaan lucu, penggunaan grafik seperti
kartun dan bahasa tubuh yang boleh menimbulkan suasana yang menyeronokkan kepada
pelajar apabila mendengarnya. Sebagai contoh, guru meyelitkan cerita jenaka semasa
mengajar agar pelajar tidak berasa bosan sepanjang sesi pembelajaran. Ia juga dapat
mengurangkan ketakutan pelajar kepada guru.

Pendekatan didik hibur dalam sistem pendidikan dapat menjadikan proses pengajaran
dan pembelajran (PdP) lebih interaktif serta berpusatkan pelajar. Para pelajar akan mudah
menghayati dan memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru. Pendekatan didik hibur

8
ini juga merupakan satu kaedah Pedagogi dalam Pendidikan yang bersifat santai tetapi
terkawal. Oleh itu, kefahaman murid dalam mempelajari sesuatu subjek di sekolah dapat
direalisasikan secara terancang, bersistematik dan menyenangkan. Penggunaan kaedah lama
seperti chalk and talk tidak lagi sesuai digunakan oleh guru pada masa kini. Hal ini kerana
pelajar lebih cenderung kepada suasana pembelajaran yang menyeronokkan sambil
memahami sesuatu topik. Nor dan Rosli, 2023 berpendapat bahawa unsur kecindan (lawak)
yang diselitkan semasa proses pembelajaran mampu untuk meningkatkan kemahiran pelajar
menguasai isi kandungan pelajaran dan dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus
kekal hadir dan menuntut ilmu di sekolah.

Pelaksanaan kaedah didik hibur dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran


sekiranya elemen jenaka (didik hibur) diguna pakai ketika sesi PdP. Namun, guru perlu
memastikan terlebih dahulu bagaimana elemen tersebut diaplikasikan ke dalam PdP. Guru
boleh menggunakan pedagogi yang bersesuaian dan mengaplikasikan kaedah didik hibur
mengikut keperluan dan kategori tahap pelajar supaya objektif guru tercapai serta mendapat
hasil yang positif. Guru perlu menyediakan strategi dan teknik mengajar yang sesuai dan
menjadikan sesi PdP lebih menarik dan membawa kesan yang maksimum terhadap prestasi
pelajar. Para pelajar akan lebih berkeyakinan diri dalam berkomunikasi dan akan aktif dalam
kelas seperti tidak malu atau segan untuk bertanya kepada guru. Pemantapan peribadi dan
kekemasan diri dalam kalangan guru dijadikan sebagai idola dan panduan hidup pelajar. Oleh
itu, guru mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam perspektif hidup pelajar.

Proses komunikasi secara lisan ataupun bukan lisan di dalam bilik darjah yang
kondusif dan menyeronokan dapat membantu mengubah sikap pelajar yang kurang
berkeyakinan diri dalam pembelajaran agar lebih berkeyakinan. Pembelajaran dan pengajaran
interaktif menerusi multimedia, lagu dan visual animasi mudah menarik tumpuan serta minat
pelajar. Cara ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan memberi kesan positif pada
keyakinan pelajar untuk berkomunikasi. Disamping itu, mereka juga akan sentiasa dalam
keadaan bersedia, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui proses pembelajaran.
Hubungan mesra antara pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan guru dapat mewujudkan
suasana yang harmonis. Pelajar yang menyertai aktiviti belajar sambil bermain dengan rakan-
rakan akan merasakan suasana riang, bebas, tiada tekanan, cekal, bersaing dan berkeyakinan
melakukan aktiviti tanpa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap
dirinya.

9
Kaedah didik hibur dalam pengajaran amat sesuai untuk diaplikasikan oleh semua
guru mata pelajaran bagi membantu proses pengajaran berjalan lancar. Pengajaran
mengunakan kaedah didik hibur dapat menarik minat pelajar mengikuti pembelajaran kerana
murid tanpa sedar mempelajari sesuatu dengan cara bermain dalam suasana yang
menyeronokkan. Seterusnya, perkembangan diri pelajar dapat ditingkatkan secara aktif
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan baharu dengan menggunakan
kaedah didik hibur dalam pengajaran ini boleh membuahkan suatu usaha yang baik kerana
mampu menarik minat pelajar. Justeru, dapat memupuk tahap keyakinan diri dalam kalangan
pelajar dan pencapaian yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik. Pelajar akan lebih
yakin dalam menyuarakan sesuatu pendapat atau membuat sesuatu soalan yang diberi oleh
guru. Keyakinan diri pada pelajar perlu diasah oleh pihak guru bagi memastikan
kecemerlangan hidup dan masa depan yang cerah.

10
5.0 JUSTIFIKASI CADANGAN KAEDAH DIDIK HIBUR

Kaedah didik hibur telah aplikasikan di dalam bilik darjah bagi meningkatkan
keberkesanan pembelajaran yang dikaji pelajar tersebut. Pengkaji telah menggunakan kaedah
didik hibur bukan hanya bermaksud hiburan di dalam kelas kepada tersebut, tetapi juga dapat
memberikan impak yang positif kepada pelajar tersebut.

Dalam menggunakan kaedah didik hibur kepada pelajar tersebut, hasilnya dapat
meningkatkan tahap keyakinan diri beliau dan dapat mengurangkan tahap kebimbangan atau
ketakutan terhadap guru dan rakan-rakan. Bukan itu sahaja, setelah dikaji terhadap pelajar
tersebut menggunakan kaedah didik hibur, pelajar tersebut menjadi semakin berminat kepada
guru dan pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran dijalankan secara santai dan menarik
perhatian pelajar tersebut.

Seterusnya, pengkaji juga telah menggunakan kaedah yang menjurus mencari


penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tidak melibatkan sesuatu
pencapaian yang tiada ganjaran ataupun dendaan. Kaedah ini telah menekankan murid
tersebut melakukan aktiviti-aktiviti secara berkumpulan atau berpasang-pasangan, ini telah
mewujudkan semangat kerjasama berpasukan dan toleransi. Melalui kaedah ini murid
tersebut dapat mengeluarkan pendapat atau pandangan yang bernas dan munasabah di dalam
kelas.

Terdapat beberapa carian yang dapat membuktikan dengan menggunakan kaedah


didik hibur. Ini adalah hasil kajian yang dikaji terhadap pelajar tersebut mengenai
peningkatan tahap keyakinan di dalam diri murid tersebut. Kajian ini menjelaskan keputusan
yang dicapai seperti:

11
BORANG KAJI SELIDIK

Berdasarkan rajah di bawah, 16 orang responden iaitu guru bagi pelajar yang dikaji
telah dipilih untuk mengisi borang kaji selidik. Sampel kajian telah diklafikasikan mengikut
pandangan guru berkaitan tingkah laku pelajar tersebut sepanjang sesi pembelajaran di dalam
kelas.

Rajah 1

Rajah 2

12
Rajah 3

Rajah 4

Dapatan Soal Selidik:

Dapatan soal selidik terhadap responden iaitu guru-guru yang mengajar pelajar
tersebut dengan menggunakan kaedah didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran seperti
yang ditunjukkan pada rajah diatas. Item-item yang dibina menjurus kepada cara yang
digunakan oleh guru untuk mengubah tingkah laku pelajar tersebut untuk lebih yakin diri dan
berani

13
6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan carian dan dapatan yang dikemukakan. Kaedah didik hibur adalah di
antara kaedah yang paling berkesan untuk meningkatkan tahap keyakinan diri murid tersebut
melalui pelbagai cara dan aktiviti. Murid akan lebih yakin dan berani apabila mereka
mempunyai ruang dan peluang untuk mengemukakan pendapat atau pandangan mereka tanpa
ada rasa tekanan dari guru berpanjangan. Bukan itu sahaja, proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah lebih menyeronokan. Seterusnya kualiti pembelajaran yang akan
dapat dikeluarkan lebih tinggi.

14
7.0 RUJUKAN

Dazali, N. S. M., Awang, I. (2017), Tahap keyakinan diri dalam kalangan pelajar Sarjana
Muda Pendidikan, di Universiti Utara Malaysia, Journal of Social Sciences, Volume
3, No. 1, 2017, Pages 30 to 40, daripada
https://myjurnal.mohe.gov.my/public/browse-journal-view.php?id=458

Er, L. X, Zakaria, S. (2016), Meningkatkan Self-Esteem Murid Melalui Teknik Step By Step,
daripada
https://www.researchgate.net/publication/317075018_MENINGKATKAN_SELF-
ESTEEM_MURID_MELALUI_TEKNIK_STEP_BY_STEP

Hurlock, E.B., (1973).Adolescence Development. New York : Mc Graw-Hill Book Co.

Cohen, L. and Holliday, M. (1955). Statistics For Education and Physical Education. New
York: Harper and Rows Publisher.

Abdul Hamid Mahmood. (1991). Fenom dialek Kelantan: Satu tinjauan. Dewan Bahasa,
35(8): 697-710.

Artwater, D. (1981) Learning and earning. The value of working for urban student. (On
Line). Available.

Manja Mohd Ludin (1990). Psikologi sosiologi dan Falsafah Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hazil Abd. Hamid (1990). Sosiologi Pendidikan Dalam Perspektif Negara. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maslow, A.H. (1970). Motivation and Personality (2nd ed) New York: Harper & Row.
Jas Laile (2002). Psikologi Remaja. Universiti Malaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

15
Melson, G.F., (1992). Keluarga dan Persekitaran Perspektif Ekosistem. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.Razali Che Mat (1994). Remaja Lepak Semua Pihak
Perlu Campur Tangan dalam Dewan Siswa, April. Hlm 30-43.

Mok Soon Sang (1992). Pedagogi 2: Startegi Pengajaran-Pembelajaran. Pengajaran


Mikro dan Persediaan Untuk Pengajaran Praktik. Edisi Baru. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Omardin Ashaari (1996). Pengurusan Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Paublications Sdn.
Bhd.Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad. (1982). Pengamatan Terhadap
Masalah Displin. Isu Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: DEB.

Ahmad, Norlela, and Shamsudin Othman. (2020). "Penggunaan kaedah didik hibur dalam
pengajaran kemahiran membaca guru bahasa Melayu sekolah rendah." International
Journal of Education and Training (InjET) 6.2 (2020): 1-11.

Awi, N. A. L., & Zulkifli, H. (2021). Amalan kreativiti guru pendidikan Islam dalam
pembelajaran abad ke-21. Asean Comparative Education Research Journal On Islam
And Civilization (Acer-J). eISSN2600-769X, 4(1), 40-54.

Mahamod, Z., Said A. Johari, D., Yunus, N. M. (2023). Penggunaan Teknik Ganjaran dan
Keberkesanannya bagi Menarik Minat Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. “Melayu: Jurnal Antarabangsa
Dunia Melayu”. Doi: 10.37052/jm.16(2)no7

Muniksu, I. Made Sukma, and Ni Made Muliani. (2021). "Mengenal siswa disleksia sejak
sekolah dasar untuk meningkatkan motivasi belajar." Adi Widya: Jurnal Pendidikan
Dasar 6.1 (2021): 24-33.

Said, Ismail, et al. (2020). "Aplikasi 4K 1N dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad
21: Satu Kajian terhadap Pengajaran Guru Tingkatan Enam di Daerah Kubang Pasu:,
Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 19.1 (2020): 64-
79.

16
Norlela Ahmad, Shamsudin Othman, (November 1-11 2020), DAPATAN DAN
PERBINCANGAN, Penggunaan Kaedah Didik Hibur dalam Pengajaran Kemahiran
Membaca Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah, 23.8.2023, daripada
http://www.injet.upm.edu.my/images/volume/isunov6_2020/Penggunaan%20Kaedah
%20Didik%20Hibur%20dalam%20Pengajaran%20Kemahiran%20Membaca%20Gu
ru%20Bahasa%20Melayu%20Sekolah%20Rendah.pdf

Mohd Zahar bin Hj Kusnun, dan Affero bin Ismail, (September 2016), Analisis Data
Penerapan Didik Hibur dalam PdP, Penerapan Kaedah Didik Hibur Terhadap
Motivasi Belajar Di Kalangan Murid Di Sebuah Sekolah Rendah Daerah Kluang,
23.8.2023, daripada
https://www.researchgate.net/publication/313565217_Penerapan_Kaedah_Didik_Hib
ur_Terhadap_Motivasi_Belajar_Di_Kalangan_Murid_Di_Sebuah_Sekolah_Rendah_
Daerah_Kluang

17
8.0 LAMPIRAN

BORANG KAJI SELIDIK MASALAH KURANG YAKIN DIRI


TERHADAP MURID MUHAMMAD AMSYAR KELAS 3G

Tandakan ( / ) pada satu jawapan sahaja.

1 Cara untuk mengatasi masalah murid tersebut tidak yakin dengan jawapan
yang
dijawab.

Pembelajar secara ‘chalk and talk’

Pembelajaran secara individu

Pembelajaran secara pembentangan

2 Cara untuk mengatasi masalah murid tersebut takut dimarahi guru.

Latihan secara berkumpulan

Latihan secara individu

Latihan secaran atas talian

3 Cara mengatasi masalah murid tersebut seorang yang pendiam.

Pembelajaran teknik ganjaran

18
Pembelajaran secara fun learning

Pembelajaran secara dendaan

4 Adakah tempat duduk mempengaruhi tidak balas sesorang murid, jika ya.
Apakah tindakan yang perlu di ambil guru?

Perlu dikekalkan

Perlu di ubah berdekatan guru

Perlu di ubah berdekatan rakan karib

19

Anda mungkin juga menyukai