Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Wanita yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan
mematuhi amalan semasa dalam pantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya mereka.

Kebanyakan budaya mengakui kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita ekoran
daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu diperbetul, dijaga dan dicegah supaya tubuh
dapat kembali kepada keadaan asal.
Ini termasuk proses pemulihan akibat :

 kehilangan darah semasa bersalin


 pengecutan rahim
 keseimbangan hormon
 ketegangan urat saraf semasa proses bersalin
 kehilangan tenaga semasa proses bersalin.
Tempoh berpantang dianggap sebagai masa bagi ibu lepas bersalin
untuk merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh selepas bersalin.
Pemakanan yang baik merupakan kunci utama untuk membolehkan wanita terus kekal sihat selepas
bersalin. Rehat yang cukup juga amat penting untuk proses pemulihan.
Pantang-larang makanan selepas bersalin merupakan suatu kepercayaan yang diamalkan oleh
sesebuah masyarakat yang mengaitkan sesuatu makanan dengan kemudarataan kepada ibu lepas
bersalin, dan harus dielak dalam satu tempoh yang dipanggil tempoh berpantang. Hampir semua
masyarakat di Malaysia mempunyai kepercayaan pantang-larang ini.

Walau bagaimanapun, daripada segi perubatan dan kajian saintifik, tiada yang membuktikan bahawa
makanan-makanan ini akan memberi kemudaratan kepada ibu lepas bersalin dan perlu dielakkan.
Oleh yang demikian, ia bergantung kepada kepercayaan ibu itu sendiri sama ada untuk
mengamalkan pantang-larang ini. Namun kunci utama iaitu pengambilan makanan yang seimbang
dan sihat perlulah dipatuhi untuk kekal sihat.

Berapa lamakah tempoh berpantang ?


Jangka masa yang diperuntukkan untuk wanita berada dalam pantang berbeza mengikut budaya,
adat dan tempat misalnya :

 wanita Melayu selama 40 hari (hingga 44 hari)


 dalam kalangan masyarakat Cina, lazimnya tempoh berpantang adalah 30 hari, manakala
 masyarakat India mengamalkan selama 30 hari.
Perlukah diet khusus semasa berpantang ?
Sebenarnya, tiada diet atau makanan yang khusus semasa ibu berpantang.
Lazimnya, pengambilan makanan ibu semasa berpantang banyak dipengaruhi oleh kepercayaan
pantang-larang yang diamalkan oleh masyarakat wanita tersebut.

Tiada halangan jika ibu ingin mengamalkan pantang-larang dalam pemakanan tetapi kunci utamanya
adalah diet yang seimbang dan makan secara sihat.
Semasa berpantang, ada sesetengah makanan yang dilarang diambil oleh ibu yang baru bersalin.
Namun, makanan tersebut perlulah diganti dengan makanan lain daripada kumpulan makanan yang
sama bagi memastikan zat makanan tersebut dapat diperoleh. Sebagai contoh, ada jenis ikan
tertentu yang dianggap boleh menyebabkan “gatal” dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang.
Namun, ibu boleh mengambil ikan jenis lain untuk memastikan sumber proteinnya dapat diperoleh.
Begitu juga dengan sumber bijirin, sayur dan buah.
Apakah makanan yang perlu diambil semasa tempoh berpantang ?
Adalah penting untuk ibu memastikan makanan yang diambil semasa tempoh berpantang terdiri
daripada pelbagai jenis dan seimbang mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
Keperluan pemakanan ibu boleh dirujuk kepada Diet Selepas Bersalin.
Perkara ini penting untuk memastikan semua keperluan nutrien yang diperlukan dapat diperoleh
untuk memulihkan kesihatan ibu serta menjayakan penyusuan susu ibu.
Mitos dan fakta dalam amalan pantang-larang pemakanan selepas bersalin
1. Jangan makan ubi-ubian ?
Ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan daripada
jenis ubi-ubian seperti keledek, keladi dan ubi kayu kerana makanan
Mitos
ini dipercayai mengganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu
kembung perut.

Ubi-ubian merupakan makanan bijirin yang


membekalkan karbohidrat sebagai sumber tenaga.
Fakta Jika ibu tidak boleh mengambil ubi-ubian semasa dalam pantang, ibu
boleh mengambil makanan gantian daripada kumpulan bijirin yang lain
seperti nasi sebagai sumber karbohidrat dalam diet ibu.
2. Mengelak makanan ‘sejuk’ ?
Sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, petola, terung,
timun, tembikai dan pisang dianggap ’sejuk’ dan tidak boleh diambil
oleh ibu dalam pantang.
Mitos
Mengelakkan makanan sejuk dikatakan dapat membantu melancarkan
pengaliran darah dan melambatkan proses pemulihan. Makanan sejuk
menyebabkan kembung perut, kejang otot dan sakit-sakit badan.

Tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan bahawa mengelak


makanan-makanan ini memberi sebarang faedah kepada kesihatan
ibu dalam pantang.

Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan amat


penting sebagai sumber:
1. vitamin
2. mineral
3. fitokimia
4. serat.
Fakta
Serat amat penting untuk melancarkan pembuangan najis bagi
mencegah masalah sembelit yang sering kali dialami oleh ibu yang
baru bersalin.
Malaysia kaya dengan kepelbagaian sayur dan buah. Oleh yang
demikian, ibu yang dalam berpantang boleh memilih sayur dan buah
yang tidak dianggap sebagai ’sejuk’ untuk memastikan keperluan
harian buah dan sayur dapat penuhi. Contohnya :

 sayur-sayuran : sawi hijau, bayam, kucai, ulam-ulaman


(contoh : pegaga, daun cekur dan ulam raja).
 buah-buahan : oren, betik dan pisang.
3. Ikan, ayam dan telur adalah ‘bisa’ ?
Beberapa jenis ikan, ayam, telur dan beberapa jenis buah-buahan
seperti nenas dianggap sebagai ’bisa’ dan ’tajam’. Makanan berbisa dikatakan
Mitos
boleh melambatkan penyembuhan luka bersalin serta boleh
menyebabkan pendarahan bagi ibu dalam pantang.

Fakta Makanan ini merupakan sumber baik bagi :

 protein
 vitamin
 garam mineral.
Ibu dalam pantang perlu mengambil secukupnya makanan sumber protein seperti ikan,
ayam, telur dan kekacang. Sumber protein amat penting untuk memulihkan luka akibat
bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan. Salah satu
fungsi protein adalah pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk
sembuh.
Selain itu, makanan ini juga membekalkan zat besi yang penting untuk pembentukan
sel darah merah bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran
dan dapat mencegah masalah anemia. Kekacang juga merupakan sumber serat yang
baik.
Ibu selepas bersalin memerlukan banyak protein. Oleh itu, elakkan amalan hanya
mengambil ikan kering semasa berpantang kerana ini boleh memudaratkan kesihatan.
Pastikan diet harian ibu mengandungi sumber makanan daripada kumpulan ini.
4. Ibu dalam pantang tidak boleh minum air ?
Ibu dalam pantang tidak boleh minum air dengan banyak kerana dipercayai boleh
Mitos
menyebabkan urat saraf menjadi kembang.

Ibu dalam pantang perlu minum air secukupnya iaitu 6-8 gelas sehari. Kepercayaan
ibu dalam pantang perlu mengehadkan pengambilan air adalah perlu dielakkan.
Pengambilan air yang mencukupi penting untuk :
1. memulihkan kecergasan badan
2. keseimbangan elektrolit
Fakta
3. mengawal suhu badan.
Pengambilan air secukupnya amat penting bagi ibu yang menyusukan bayi untuk
menggantikan air yang diguna untuk menghasilkan susu ibu. Seseorang ibu
menghasilkan anggaran 800ml atau 4 gelas susu ibu sehari.

Makanan khusus yang dipercayai memulihkan kesihatan ibu dalam pantang


Terdapat makanan khusus mengikut kepercayaan budaya sesuatu masyarakat yang mengaitkan
makanan dengan kesihatan ibu dalam pantang.

Sebagai contoh penggunaan HALIA sebagai ramuan di dalam masakan merupakan amalan tradisi
ibu berpantang dalam kebanyakan masyarakat. Halia dikatakan sebagai ’panas‘ atau makanan
yang memanaskan badan dan dipercayai boleh melancarkan pengaliran darah. Begitu juga
dengan akar-kayu, minuman herba dan lain-lain lagi.
Bagi masyarakat Cina, arak (wine) akan dicampurkan ke dalam makanan ibu lepas bersalin kerana
dikatakan boleh memanaskan badan. Pengambilan ikan haruan sebagai diet ibu lepas bersalin juga
agak popular dalam kebanyakan kaum sama ada Melayu, Cina atu India. Ikan haruan dipercayai
mempunyai kemampuan untuk memulihkan luka-luka akibat bersalin. Selain itu, pengambilan jamu
juga banyak diamalkan oleh ibu lepas bersalin untuk memulihkan kesihatan dan mengembalikan
kesegaran badan selepas bersalin.
Pengambilan makanan ini boleh diambil selagi ia tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayinya jika
ibu mengamalkan penyusuan susu ibu. Jika ibu menyusukan bayinya, ibu perlu lebih berhati-hati
semasa mengambil makanan seperti ubat-ubatan herba, jamu dan alkohol kerana ia akan menyerap
masuk ke dalam susu ibu. Kesan sampingan ini lebih berisiko kepada bayi pramasa atau bayi yang
berumur kurang dua bulan berbanding bayi yang lebih matang. Ibu perlu peka kepada tanda-tanda
atau perubahan yang berlaku kepada bayi seperti tidur yang tidak normal, tidak mahu menyusu,
gangguan perut dan jaundis. Jika ada kebimbangan, ibu perlu memberhentikan pengambilan
makanan-makanan ini dan dapatkan nasihat pegawai perubatan atau anggota klinik yang berdekatan.

Penutup
Ibu dalam pantang dinasihatkan agar tidak mengamalkan pantang-larang pemakanan
yang keterlaluan sehingga mengehadkan jumlah pengambilan makanan dan air atau tidak
mengambil sumber makanan daripada kumpulan makanan yang tertentu.
Prinsip makan secara sihat perlu diamalkan agar ibu sentiasa cergas, ceria dan sihat semasa dalam
pantang.

Rujukan
1. Eishah @ Eshah Haji Mohamed dan Abd Aziz Haji Bidin (2012), Penjagaan kesihatan
wanita semasa dalam pantang : Amalan dan kepercayaan
(Online). http://www.ukm.my/geografia/images/upload/3.geografia-okt 2012.
2. Duyff RL. American Dietetic Association Complete Food and Nutrition Guide. John Wiley
and Sons Ltd, 2006. [Online]. http://www.ajcn.org/content/85/3/926.full [cited Mar 22 2011].
3. Poh Bee Koon, Wong Yuen Peng & Norimah A.Karim (2005). Postpartum Dietary Intakes
and Food Taboos Among Chinese Attending Maternal and Child Health Clininc and
Maternity Hospital, Kuala Lumpur. Mal J Nutr 11 (1): 1-21, 2005.

Anda mungkin juga menyukai