Anda di halaman 1dari 2

Syarat wudhuk harus dipenuhi semuanya sebelum mengambil wuduk.

Terdapat dua
syarat dalam wudhuk iaitu syarat wajib dan syarat sah.

Syarat wajib:

1. Beragama Islam.
Tak sah wudhuknya dikalangan nonmuslim kerana menurut pendapat Imam
Nawawi, wudhuk adalah ibadah badaniyah, sehingga secara jasmani, orang yang
beragama Islamlah yang boleh dan sah melakukan wudhuk.
2. Baligh.
Wudhu tidak diwajibkan bagi anak-anak dan tidak wajib bagi seorang yang
mumayyiz (menjelang baligh).
3. Berakal.
Seseorang yang tidak berakal sehat (gila),
4. Mampu menggunakan air yang suci dan mencukupi.
Contohnya air mutlak. Tidak semua jenis air dapat digunakan untuk berwuduk. Air
yang menyucikan merupakan air yang bersumber dari air yang keluar dari bumi, dan
belum pernah digunakan untuk bersuci sebelumnya. Terdapat beberapa jenis air
yang boleh digunakan sebagai wudhuk adalah air hujan, air laut, air sungai, air
embun dan air telaga.
5. Berlakunya hadath.
Seseorang yang sedang dalam keadaan memiliki wudhu (sudah wudhu
sebelumnya), tidak diwajibkan mengulangi wudhu apabila belum batal.
6. Suci daripada haidh dan nifas.
Seorang wanita yang sedang haid atau nifas tidak perlu melakukan wudhuk.
Mereka juga dilarang solat dan membaca ayat Al-Quran.
7. Kesempitan waktu.
Wudhuk tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang tetapi diwajibkan ketika
kesempitan waktu atau kata lain berada dalam waktu yang singkat.
Manakala untuk Syarat sah Wudhuk
1. Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada
seluruh anggota yang dibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal.
2. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota
wudhuk.
Iaitu tidak ada benda yang menghalang air sampai kepada anggota wuduk seperti
pengilat kuku, daki tebal yang melekat di celah jari, atau di celah rekahan pada
tumit.
3. Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhuk seperti
darah haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya.
4. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berterusan dalam keadaan
hadath seperti orang yang menghidap kencing tidak lawas.

Selain itu, terdapat beberapa syarat wudhuk mengikut ulama’ mazhab Syafi‘I
sebagaimana syarat wajib begitu juga syarat sah seperti beragama islam, Suci
daripada haidh dan nifas, Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berhadath
berterusan.
Tetapi terdapat juga beberapa syarat yang membuatkan wudhuk itu sah iaitu
1. Mumayyiz,
2. Bersih daripada apa sahaja yang boleh menghalang sampainya air ke kulit.
3. Mengetahui kefardhuan wudhu’.
4. Tidak menganggap sesuatu yang fardhu di dalam wudhu’ sebagai sunat.
5. Menghilangkan najis ‘aini yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang
berwudhu’.
6. Tidak terdapat pada anggota wudhu’ bahan yang mengubahkan air.
7. Tidak mengaitkan (ta‘liq) niat berwudhu’ dengan sesuatu.
8. Mengalirkan air ke atas anggota wudhu’.
9. Muwalat, iaitu berturutan.

Anda mungkin juga menyukai