Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Pendahuluan
Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam
bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan
aspirasi negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi
atau dilatih. Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para
pendidik memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh
pelajar yang amat rencam dan kompleks. Para guru perlu lebih memiliki
ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu tradisional
dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap,
bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan
pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini. Guru hari ini perlu bergerak pantas
sepantas perkembangan dan kehendak dunia masa kini terutama di bidang
pendidikan selaras perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer,
zaman ledakan ilmu teknologi maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya.
Namun begitu aspek asas yang terpenting ialah guru-guru perlu memiliki,
memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika perkhidmatan yang
cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah pasti
menjamin pelajar, organisasi sekolah dan negara mencapai hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menyatakan:
…suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapi kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.
Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mematuhi aspirasi Negara
Malaysia.

1
Sesungguhnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diwujudkan di
Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting untuk mencerminkan dan
memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah, 2004).
Falsafah tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan
program dan aktiviti yang dipikul di bahu para guru di sekolah untuk menjamin jenis
insan yang akan dilahirkan melalui sistem pendidikan negara.

3.0 Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam


Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga;
Nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat ketinggian dalam
pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain.
Norma bermaksud ukuran untuk menentukan sesuatu atau peraturan atau
ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan
dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat.
Adab bermaksud tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan), berbudi
bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan.
Etika bermaksud prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai akhlak yang
menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan, persatuan atau
pekerjaan dan lain-lain .
Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam di Malaysia ialah dasar kerajaan
yang memberi panduan tingkah laku kepada penjawat awam berlandaskan nilai-nilai
akhlak yang mulia untuk mencapai matlamat sebuah negara yang bertamadun,
bermaruah dan berakhlak. Kefahaman dan penghayatan nilai dan etika ini akan
mengubah pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota perkhidmatan awam agar
bertanggung jawab dan amanah, membuat sumbangan kepada pembangunan
tamadun dan merealisasikan standard mutlak bagi mendorong anggota perkhidmatan
awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.

4.0 Tonggak Dua Belas


4.1 Latar belakang Tonggak Dua Belas
Tonggak Dua Belas lahir sebagai inovasi pelancaran Nilai dan Etika
Dalam Perkhidmatan Awam pada 16 Ogos 1991 dirasmikan oleh Tan Sri
Dato’ Seri Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Negara di
Seminar Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam di Hotel Pan Pasific, Kuala
Lumpur. Tonggak Dua Belas merangkumi dua belas nilai murni teras dalam
Etika Perkhidmatan Awam.(INTAN,1992)

2
4.2 Nilai Murni dalam Tonggak Dua Belas
4.2.1 Menghargai Masa (The Value of Time)
4.2.2 Ketekunan Membawa Kejayaan (The Success of
Perseverance)
4.2.3 Keseronokan Bekerja (The Pleasure of Working)
4.2.4 Kemuliaan Kesederhanaan (The Dignity of Simplicity)
4.2.5 Ketinggian Peribadi (The Worth of Character)
4.2.6 Kekuatan Sifat Baik Hati (The Power of Kindness)
4.2.7 Pengaruh Teladan (The Influence 0f Examples)
4.2.8 Kewajipan Menjalankan Tugas (The Obligation of Duty)
4.2.9 Kebijaksanaan Berhemat (The Wisdom of Economy)
4.2.10 Keutamaan Kesabaran (The Virtue of Patience)
4.2.11 Peningkatan Bakat (The Improvement of Talent)
4.2.12 Nikmat Mencipta (The Joy of Originating)

5.0 Kepentingan Tonggak Dua Belas


Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga;
“Tonggak membawa maksud asas, dasar, panduan
dan pokok kepercayaan“
Ini bermakna tonggak merupakan unsur, elemen atau ciri dalaman terpenting
untuk menguat atau mengukuhkan sesuatu bangunan atau binaan. Dalam erti
perkhidmatan, tonggak merupakan kekuatan dalaman yang meliputi nilai dan amalan
positif bagi menggerakkan individu, pasukan atau organisasi untuk mencapai sesuatu
hasrat dan tindakan.
5.1 Tonggak Dua Belas yang menjadi teras dalam Nilai dan Etika
Perkhidmatan Awam di Malaysia oleh semua penjawat awam di Malaysia
mampu menggerakkan secara dalaman dan luaran tindakan individu,
pasukan atau organisasi bagi mengwujudkan perkhidmatan awam yang
cekap, berdedikasi, produktif dan berkualiti. Amalan-amalan murni dalam
Tonggak Dua Belas menjadi pendorong dalaman dan benteng pertahanan
yang kuat bagi membina peribadi mulia dan terpuji dan seterusnya berupaya
mempengaruhi pembentukan dan perkembangan sesebuah organisasi.

5.2 Menerusi nilai Menghargai Masa, penjawat awam terutamanya guru


harus menyedari kepentingan masa dalam segala urusan perkhidmatan. Jika
cekap mengurus masa maka cekaplah sesuatu perkhidmatan.Guru
semestinya perlu sentiasa menepati masa, berperancangan, menyegerakan

3
tugas, kreatif, produktif dan berkualiti. Amalan menghargai masa ini juga dapat
membasmi sikap suka membuang masa, kurang perancangan, suka
bertangguh, tidak siap kerja dan memberi hasil yang tidak berkualiti.

5.3 Nilai Ketekunan Membawa Kejayaan pula berupaya membina tumpuan


atau fokus kerja yang berganda ke tahap kejayaan dan kesempurnaan dalam
perkhidmatan. Penerapan nilai usaha, gigih, sabar, tabah, berdisiplin,
berdedikasi, bersemangat waja, cekal dan sebagainya merupakan ramuan
terpenting bagi meletakkan pencapaian organisasi ke tahap yang terbaik.
Amalan Ketekunan Membawa Kejayaan akan melenyapkan budaya
bertangguh, cepat bosan, sentiasa ingin bertukar kerja, pasif, membazir dan
berpandangan negatif dalam kalangan penjawat awam.

5.4 Kerja sebagai ibadah. Inilah yang diharapkan menerusi nilai


Keseronokan Bekerja dalam Tonggak Dua Belas. Amalan positif nilai ini akan
melahirkan penjawat awam yang berdedikasi, ikhlas dan bertanggungjawab.
Mereka bangga dengan kerja berpasukan. Mereka menerima kejayaan dan
kegagalan secara bersama. Mereka mempunyai komitmen tinggi, semangat
berpasukan, mesra dan mementingkan organisasi daripada kepentingan
peribadi. Budaya seronok di tempat kerja akan mencetuskan idea yang kreatif
dan inovatif dalam kalangan pemimpin organisasi untuk merancang,
mengurus dan melaksanakan iklim yang kondusif di tempat kerja.

5.5 Bersederhana dalam semua perkara merupakan perbuatan terpuji.


Begitulah nilai Kemuliaan Kesederhanaan dalam Tonggak Dua Belas.
Kesederhanaaan dalam penampilan diri, pertuturan, pengurusan rumah
tangga, pengurusan tempat kerja, pergaulan dan sebagainya berupaya
menerapkan nilai budi pekerti mulia, jujur, disenangi, merendah diri dan
berhemah tinggi dalam kalangan penjawat awam. Kesederhanaan dalam
segala perkara akan mengelakkan penjawat awam bersikap sombong,
membazir, tidak amanah, cuai dan sebagainya.

5.6 Negara memerlukan penjawat awam yang beradab dan berbudi pekerti
tinggi. Nilai Ketinggian Peribadi dalam Tonggak Dua Belas menuntut individu
antara lain memiliki keperibadian yang mulia, luhur lagi terpuji dalam
menguruskan perkhidmatan. Keperibadian tinggi terserlah menerusi watak,
sikap, perilaku dan gaya. Penjawat awam yang memiliki Ketinggian Peribadi

4
akan membawa organisasinya kepada mesra pelanggan, peningkatan
motivasi berkerja dan peningkatan mutu kerja.

5.7 Sifat baik hati merupakan sifat terpuji dan disukai ramai. Nilai Kekuatan
Sifat Baik Hati dalam Tonggak Dua Belas menjamin penjawat awam bukan
sahaja memiliki peribadi terpuji malah mengawal sifat mementingkan diri
sendiri. Sifat ini mendorong individu menjalankan kewajipan dengan lebih adil,
saksama, waras, wajar dan bertimbang rasa. Menjadikan nilai ini sebagai
amalan dalam perkhidmatan awam akan mengwujudkan budaya saling
menghormati, menerima kritikan membina, amanah dan berjiwa murni.

5.8 Setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin mesti memberi contoh
atau teladan yang terpuji. Teladan yang baik akan mempengaruhi orang yang
dipimpin. Begitulah hasrat nilai Pengaruh Teladan dalam Tonggak Dua Belas.
Kejayaan organisasi dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai pengaruh yang
hebat. Pemimpin bukan sahaja mencorakkan organisasinya malah berganding
bahu bersama orang yang dipimpin menerusi ilmu, kemahiran dan
pengalaman pemimpin. Aspek ini lebih berkesan jika seseorang pemimpin
dapat memimpin menerusi teladan yang baik. Penjawat awam yang memiliki
nilai ini akan sentiasa menjauhi nilai negatif seperti hasad dengki, adu domba,
mencipta alasan, lupa budaya, pendek akal dan mementingkan emosi.

5.9 Menjalankan tugas merupakan amanah dan kewajipan yang mesti


dilakukan sebaik dan sesempurna mungkin oleh penjawat awam. Nilai ini
adalah Kewajipan Menjalankan Tugas dalam Tonggak Dua Belas. Menjiwai
nilai ini dalam kalangan penjawat awam akan membina gaya kerja yang lebih
cekap, cepat, berkesanan dan sempurna. Penjawat awam akan sentiasa
menambah ilmu dan kemahiran bagi mempertingkatkan mutu kerja masing-
masing. Amalan menjiwai nilai Kewajipan Menjalankan Tugas juga berupaya
mengelak penjawat awam bekerja sambil lewa, malas, ingkar perintah,
menyalahgunakan harta kerajaan, boros dan menunggu kerja .

5.10 Tabiat berhemat juga merupakan amalan mulia. Berhemat lawannya


boros. Orang yang boros selalu rugi dan susah dalam kehidupan. Inilah yang
disemai melalui nilai Kebijaksanaan Berhemat dalam Tonggak Dua Belas.
Nilai ini membawa mesej berhemat dari segi kewangan, masa, bahan
komunikasi, bekalan utiliti dan sebagainya. Pengamalan nilai ini merupakan

5
tindakan bijaksana bagi semua penjawat awam dalam memajukan kerjaya
dan matlamat organisasi. Oleh itu nilai tersebut meyakinkan bahawa sifat
boros, bermewah, berbelanja tanpa kawalan, bakhil, kurang peka, kurang
maklumat dan sebagainya merupakan amalan negatif yang menghalang
kecemerlangan kerjaya dan organisasi.

5.11 Sabda Rasulullah (s.a.w) bermaksud “ Sabar itu salah satu dari
cabang iman “ .
Sabar itu sifat terpuji yang tinggi kedudukannya. Menerusi nilai
Keutamaan Kesabaran dalam Tonggak Dua Belas dapat menjamin
keupayaan yang tinggi di kalangan penjawat awam agar sentiasa tabah,
bersemangat, cekal, berpandangan jauh, tenang, lapang dada, dan menerima
takdir dalam urusan menjalankan kewajipan. Kehebatan nilai ini juga
mengelak penjawat awam dari cepat berputus asa, mengalah, menyalahkan
orang lain, lemah daya tahan dan berpandangan sempit.

5.12 Bakat merupakan anugerah Tuhan yang perlu digilap dan


dipertingkatkan dari masa ke semasa. Bakat mendorong kepada penciptaan,
inovasi dan penyelesaian masalah. Pekerja yang berbakat menjadi aset
penting dalam sesebuah organisasi. Inilah yang dipentingkan oleh Nilai
Peningkatan Bakat dalam Tonggak Dua Belas. Organisasi yang sentiasa
berjaya selalu memberi tumpuan kepada pemikiran baru, cara baru, watak
baru dan kerja berbudaya.

5.13 Sudah menjadi lumrah bahawa manusia akan berasa puas jika segala
usaha yang dicurahkan mendatangkan kejayaan. Apatah lagi usaha itu
diperolehi melalui hasil cipta atau hasil reka sendiri. Oleh itu nilai Nikmat
Mencipta dalam Tonggak Dua Belas memberi ruang kepada penjawat awam
berkarya dan berinovasi mencabar keintelektualan dalam mencetus idea dan
kaedah baru dalam kerjaya. Nikmat mencipta ini bukan sahaja memberi impak
kepada pereka tetapi juga memberi kepuasan kepada pengguna atau
pelanggan. Nilai ini juga akan mengikis sifat cepat berpuas hati, tidak suka
pembaharuan, takut kepada perubahan dan sebagainya.

6
6.0 Pengamalan Tonggak Dua Belas di Sekolah
Memandangkan tugasan yang di beri kepada saya sebagai bakal guru untuk
memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas, maka saya memilih lima nilai yang
dikenalpasti. Berpandukan kepada pengalaman sebagai Guru GSTT di Sek
Menengah Kebangsaan Klebang Besar, Melaka dan mengajar di kelas Tingkatan
satu, Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat, yang mempunyai berbagai-bagai ragam
didalam sesi P&P. Untuk memantapkan lagi akauntabiliti saya sebagai guru GSTT
maka saya memilih lima nilai dalam Tonggak Dua Belas untuk penghuraian
bagaimana nilai ini diamalkan di sekolah ini. Nilai–nilai tersebut ialah:-
a. Menghargai Masa
b. Ketekunan Membawa Kejayaan
c. Keseronokan Bekerja
d. Pengaruh Teladan
e. Kewajipan Menjalankan tugas

6.1 Menghargai Masa


6.1.1 Menepati Masa
Budaya dan amalan menepati masa adalah budaya mulia.
Masa itu lebih berharga dari emas. Guru-guru diterapkan budaya
menepati masa melalui pengurusan berikut: -
a. Menepati masa persekolahan sekolah. Waktu persekolahan
bermula jam 7.30 pagi hingga jam 2.45 petang. Guru dan murid
dikehendaki datang awal ke sekolah dan mula diurus dengan mencatat
kehadiran mereka.
b. Sekolah dipasang dengan siren. Bunyi siren menandakan
waktu pembelajaran bermula, berakhir atau pertukaran mata pelajaran
seperti yang terdapat dalam jadual waktu persekolahan. Guru
mengamalkan budaya menepati masa apabila masuk dan keluar pada
waktu sesi pengajaran dan pembelajaran.
c. Budaya menepati masa juga meliputi aktiviti lain seperti
aktiviti kelas tambahan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti bina insan.
Guru diterapkan budaya “sense of emergency” dan “sense of urgency”.
Sebagai langkah kawalan senarai semak tugasan yang melibatkan
keakuran menepati masa disediakan seperti Buku Surat Masuk, Buku
Surat Keluar, Papan Kenyataan Pergerakan Guru dan sebagainya.

7
d. Sebagai membina watak sekolah, guru–guru dan
kakitangan sekolah dinasihati agar menepati masa semasa menghadiri
mesyuarat, kursus, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh
mana-mana pihak. Nasihat ini bertujuan agar warga sekolah ini
berketrampilan dalam menepati masa dan membina sifat terpuji
sebagai penjawat awam yang baik.

6.1.2 Merancang Pengurusan Masa


Sesi persekolahan setahun mengambil masa tidak kurang dari
205 hari. Masa yang diberi amat singkat untuk menguruskan
perancangan kerja tahunan. Masa yang diberi harus diurus dengan
baik agar sasaran kerja tahunan dan sasaran kerja tambahan dapat
dicapai. Langkah berikut diambil agar warga sekolah berjaya
mengamalkan budaya merancang pengurusan masa iaitu :
a. seseorang guru perlulah mengetahui secara
menyeluruh matlamat kerja, bidang kerja, dan jangka masa yang
diambil untuk menjalankan tugas-tugas P&P,terhadap anak pelajar
mereka.
b. Guru mesti “Tepat Pada Masa” adalah satu tabiat yang
mesti dibiasakan. Tabiat ini wujud hasil daripada ketinggian maruah
diri dan adanya rasa hormat kepada ketua sekolah, guru-guru yang
lain dan terutamanya pelajar. Contohnya, jikalau guru lewat ke sekolah
atau masuk ke kelas, bermakna kita sebagai guru tidak ada maruah
dan tidak menghormatinya. Untuk mengatasi masalah ini ,maka
penggunaan masa secara maksimum memerlukan disiplin yang tinggi
dan ketat. Caranya ialah dengan menggunakan catatan penggunaan
amsa (time log) setiap hari. Penggunaan kaedah ini haruslah
dikekalkan dan dibiasakan.
c. Unit-unit kecil di sekolah juga dibimbing untuk mengurus
masa dengan bijak melalui pendekatan “yang utama diutamakan
dahulu“, memiliki senarai semak, sentiasa peka kepada “target date“
dan sebagainya. Sebagai contoh guru mata pelajaran perlu melihat
kapasiti huraian sukatan pelajaran, kebolehan murid, jadual
peperiksaan dan masa yang diperuntukkan untuk menjamin hasil yang
cemerlang pada hujung tahun.

8
6.1.3 Menyegerakan tugas
Hari ini banyak tugasan perlu disiapkan segera dan mestilah
berkualiti. Sekolah mengambil langkah berikut agar budaya
menyegerakan tugas berjaya diamalkan di sekolah:
a. Menyediakan segala kemudahan asas komunikasi dan
alat bantu kerja yang secukupnya di sekolah seperti komputer, telefon,
mesin faks, internet., mesin pendua dan sebagainya sebagai
kemudahan asas untuk menyegerakan tugas.
b. Latihan dalaman juga dilakukan agar semua warga
sekolah mahir menggunakan segala kemudahan yang disediakan
untuk menyiap dan menyegerakan tugasan.
c. Warga sekolah juga dinasihati menyimpan segala rekod
atau maklumat pengurusan dalam sistem yang disediakan seperti
Sistem Fail, Rekod Panitia, Data EMIS, Data SSDM dan sebagainya
agar masa yang singkat diperlukan jika maklumat ini diperlukan
semula, ditambah dan untuk tindakan seterusnya.

6.2 Ketekunan Membawa Kejayaan


Kepimpinan, Keazaman dan kegigihan guru akan menjadikan segala
urusan pembelajaran yang sukar berjaya dilaksanakan dan ini mendatangkan
kepuasan jika guru yang cemerlang mempunyai keupayaan untuk
mempengaruhi guru-guru lain untuk melaksanakan tugas-tugas sekolah
secara suka rela. Kenyataan ini boleh direalisasikan menerusi nilai Ketekunan
Membawa Kejayaan dalam Tonggak Dua Belas melalui pendekatan aktivit
berikut di sekolah.
6.2.1 Menjayakan visi, misi , prinsip dan target sekolah.
a. Visi dan misi sekolah dibina bersama. Warga sekolah
bergerak bersama komuniti bagi merealisasikan misi dan visi ini
dengan tekun dan gigih.
b. Sekolah membina prinsip dan target agar hasrat visi
dan misi tercapai. Antaranya seperti prinsip semua murid berpotensi
lulus dalam peperiksaan, target pencapaian 100%, peningkatan
prestasi peperiksaan setiap tahun, kekuatan kerja berpasukan,
kehebatan karisma dan sebagainya mencetus situasi mencabar dalam
kalangan warga sekolah yang menuntut amalan gigih, tabah, berusaha
kuat, dedikasi, sanggup berkorban demi kejayaan sekolah.

9
c. Kejelasan dan penghayatan perkara di atas juga
menuntut warga sekolah menambah ilmu, kemahiran dan perubahan
sikap. Ketekunan warga sekolah memulakan proses dengan
pengumpulan segala data, menyusun maklumat, membina ilmu dan
kebijaksanaan, mengatur strategi, melaksana program dan melakukan
penilaian menjadi proses penting untuk mencapai visi, misi dan target
sekolah.
6.2.2 Membudayakan Pemuafakatan, Penglibatan dan
Kesepunyaan.
a. Ketekunan dan kegigihan melakukan sesuatu kerja
boleh membina pasukan kerja. Kehebatan pencapaian sekolah
terserlah jika memiliki pasukan kerja yang tekun dan gigih.
Permuafakatan bermakna melakukan kerja secara bersama-sama.
Penglibatan bermaksud semua individu terlibat dan penting.
Kesepunyaan bermaksud segala yang berlaku adalah milik bersama.
Semua warga sekolah disemai budaya ini. Warga sekolah begitu
tekun dan bersemangat melaksanakan sebarang aktiviti daripada
aktiviti kecil seperti menguruskan pertandingan sukan, sembahyang
Zohor berjemaah di surau sekolah, menubuhkan pasukan debat, hari
keluarga, sukan tahunan sekolah, mesyuarat agung PIBG hinggalah
aktiviti besar seperti program prestasi untuk PMR dan SPM, ,
pengurusan hal ehwal murid, program bersama PPD, JPN dan KPM.
6.2.3 Mencetuskan semangat “Tiada Kejayaan Tanpa
Pengorbanan“
a. Guru-guru baru dibimbing bersama guru lama dalam
berkongsi segala pengalaman, kepakaran dan komitmen kerja.
Sebagai contoh guru-guru baru dilantik sebagai pembantu kepada
guru lama dalam setiap program atau projek. Mereka bekerjasama
untuk mencapai target sekolah. Secara tidak langsung budaya kerja
ketekunan membawa kejayaan berjaya diterap kepada guru baru.
b. Budaya “in house training” turut diamalkan di sekolah.
Melalui pendekatan ini penyebaran dan perkongsian ilmu berlaku.
Guru perlu kaya dengan maklumat baru dan memiliki pelbagai
kemahiran dalam menangani masalah murid. Guru juga perlu memiliki
pelbagai pilihan proses untuk mencapai matlamat. Melalui usaha ini
diharap warga sekolah sentiasa mempertingkatkan ilmu dan
kemahiran serta berpeluang menggunakan berbagai–bagai cara

10
mengatasi masalah. Sebagai contoh guru tidak boleh patah semangat
andai usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid belum berjaya. Guru perlu tekun mencuba berbagai–
bagai kaedah dan pendekatan untuk memastikan matlamat tercapai.
Ketekunan dan kegigihan inilah yang menghasilkan mutu kerja
cemerlang selaras dengan hasrat pencapaian hari esok adalah lebih
baik daripada hari ini dan pencapaian hari ini adalah lebih baik
daripada hari semalam.

6.3 Keseronokan Bekerja


Menurut Ainon Mohd (2003) bagi menolong semangat kerja yang lebih
tinggi dan meningkatkan produktiviti pekerja, pihak pengurusan hendaklah
menjadikan kerja lebih menyeronokkan mereka yang menjalankan kerja-kerja
itu. Antara berikut beberapa contoh aktiviti yang diambil oleh pihak sekolah
untuk menerapkan amalan Keseronokan Bekerja.
6.3.1 Mengganggap Kerja Sebagai Ibadah
a. Warga sekolah disemai kesedaran dan kefahaman
menganggap kerja sebagai ibadah. Permulaan kerja mereka
dimulakan dengan niat. Niat itu adalah target (Hj Sobirin, 2002). Nilai
diterap melalui perjumpaan guru, mesyuarat, pembengkelan dan
majlis–majlis ilmu. Budaya membaca doa, bacaan Asma Al Husna,
bacaan Al Quran, sembahyang hajat, sembahyang berjemaah, majlis
membaca Yassin dan majlis-majlis kesyukuran yang diadakan di
sekolah antara lain bertujuan tidak memisahkan kerja dengan ibadah.
Warga sekolah menyedari bahawa mereka pasti berusaha
bersungguh-sungguh dan mereka redha dengan ketentuan Tuhan.

6.3.2 Mengwujudkan budaya berilmu dan berfikir


a. Warga sekolah digalakkan meneroka ilmu pendidikan
terkini melalui pembacaan, seminar, menghadiri kursus dan “in house
training”. Sekolah membeli buku–buku pendidikan, menyebar luas
naskah-naskah pendidikan, menghantar guru berkursus mengikut
agihan tugas dan mengadakan “in house training” pada hari Sabtu.
b. Menggalakkan perkongsian ilmu, kemahiran dan
pengalaman dalam aktiviti panitia melalui perbincangan, mesyuarat
dan kajian kes.

11
c. Menggalakkan guru-guru meyumbang idea dan
kepakaran melalui penulisan kertas kerja, laporan aktiviti, perkongsian
pintar dan lain-lain.
6.3.3 Mengwujudkan iklim kondusif
a. Membina kawasan sekolah yang kondusif seperti
selamat, bersih dan ceria.
b. Mengwujudkan komunikasi yang berkesan seperti
penyebaran maklumat dengan cepat, jelas dan mudah difahami.
Berlaku perkongsian maklumat dan penyegeraan kepada tindak balas
kepada maklumat.
6.3.4 Menyediakan kemudahan asas dan kebajikan
a. Meningkatkan kemudahan asas sekolah seperi padang
permainan, aktiviti sukan dan permainan, bilik komputer, bilik guru dan
kantin sekolah.
b. Kebajikan warga sekolah diberi perhatian seperti rumah
guru dan peningkatan kerjaya guru.
6.3.5 Menjadikan kerja sebagai cabaran
a. Memberi peluang dan kebebasan kepada guru untuk
membuktikan kebolehan seperti guru baru mengajar di kelas
peperiksaan, jurulatih baru olahraga, setiausaha PIBG dan
sebagainya.
b. Meningkatkan taraf profesionalisme guru-guru dengan
penggunaan maklumat yang berinovasi seperti analisis data, borang
potensi pencapaian murid, Folio A, Folio B, Target, Nilai Mula,
Program Utama, Program Sokongan, Program Sampingan, Gred
Purata, Pensijilan Terbuka dan sebagainya.
6.3.6 Menjadikan “Sekolah Ku Rumah Ku“
a. Mengadakan Hari Keluarga, Sambutan Hari Raya,
Majlis Korban, Majlis Perpisahan dan sebagainya di sekolah.
b. Mengadakan persatuan guru seperti Kelab Guru dan
Kakitangan Sekolah untuk aktiviti sosial, agama dan kebajikan.
c. Sekolah bersedia menjadi penganjur program PPD,
JPN, NGO dan sebagainya sebagai usaha promosi sekolah dan
membina watak sekolah.
d. Mengwujudkan hubungan yang akrab antara ibu bapa
dengan komuniti yang lain.

12
6.4 Pengaruh Teladan
6.4.1 Menerapkan Kepimpinan Melalui Teladan
a. Guru sebagai pemimpin sekolah menjadi contoh dan
teladan kepada anak pelajar dan warga sekolah yang lain. Guru
sekolah sebagai model penjawat awam yang baik dengan
mengamalkan nilai-nilai murni, berpegang teguh kepada agama,
berakhlak, beretika dan mendukung dasar-dasar negara. Sebagai
contoh guru sekolah sentiasa menepati masa, pembersih,
mementingkan perpaduan, mengutamakan pelanggan dan
mementingkan keselamatan.
b. Guru sekolah mengamalkan amalan-amalan murni
seperti yang tercatat dalam Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam dan
Tonggak Dua Belas dan berusaha menerapkannya dalam kalangan
warga sekolah.
c. Pemimpin sekolah sentiasa bersungguh-sungguh
mencapai visi dan misi sekolah. Usaha ini menggambarkan pihak
sekolah bercita-cita besar untuk menjadi sekolah cemerlang. Semua
warga sekolah digerakkan menuju visi dan misi sekolah. Warga
sekolah disemai kecenderungan meningkatkan standard prestasi yang
tinggi. Hasrat ini bertujuan melahirkan warga sekolah berprestasi
tinggi, berinspirasi dan berkualiti. Mereka merupakan pemimpin masa
depan.
d. Guru sekolah sentiasa menyokong dan turun padang
bersama anak pelajar, warga sekolah yang lain dalam melaksanakan
sebarang aktiviti seperti latihan sukan, perkhemahan unit pakaian
seragam, projek keceriaan sekolah dan sebagainya.
6.4.2 Menerapkan Kepimpinan Instruksional
Ishak (2003) menekankan kepimpinan intruksional ialah
memberi penekanan kepada keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Shimniok dan Schmoker (1992) mengatakan
kepimpinan instruksional masih dan tetap penting dalam organisasi
sekolah kerana “core busines“ sekolah ialah pengajaran dan
pembelajaran. Sehubungan itu guru sekolah bertindak memberi contoh
dan teladan kepada sekolah melalui kepimpinan intruksional guru
sekolah menerusi aktiviti berikut:-
a. Memberi bimbingan aspek pengajaran dan
pembelajaran melalui aktiviti didalam kelas.

13
b. Membantu anak pelajar didalam sesi p&p dan
menjalankan kajian terhadap potensi murid melalui siri ujian dan
peperiksaan yang dijalankan.
c. Berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman antara guru
sekolah dengan anak murid atau antara guru dengan guru serta
dengan pemimpin.
d. Sentiasa memupuk budaya membaca, belajar
sepanjang hayat dan perkongsian bijak dalam kalangan warga sekolah
serta meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru melalui kursus,
bengkel dan seminar yang dianjurkan oleh Panitia Daerah, PPD, JPN,
KPM dan sebagainya.
e. Sentiasa meniupkan semangat, motivasi dan galakan
kepada murid dengan mengadakan perbincangan didalam kelas.
f. Memupuk iklim sekolah yang kondusif untuk
keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti bilik
darjah kondusif, alat bantu mengajar, penggunaan komputer,
kelengkapan alatan sains dan kemahiran hidup, pusat sumber sekolah
dan sebagainya.

6.5 Kewajipan Menjalankan Tugas.


Mengikut Stenhouse dan Fink (1986), guru yang baik ialah guru yang
boleh membuat pertimbangan profesional tersendiri. Mereka tidak perlu
diberitahu apa yang perlu dilakukan. Mereka tidak menolak nasihat, sokongan
atau perundingan kerana mereka tahu bahawa idea ini menyerap dan menjadi
pertimbangan guru itu sendiri. Namun, di dalam bilik darjah hanya guru yang
boleh menentukan dan membentuk pengajaran yang baik.
6.5.1 Menyemai sikap professional dan cekap
a. Memupuk kesedaran memahami dasar melalui visi dan
misi sekolah. Sebagai contoh, hasrat sekolah mencapai target 100%
lulus dalam peperiksaan awam bertujuan menjamin semua pelajar
berpotensi lulus peperiksaan, tiada keciciran, tiada defisit
pembelajaran dan sebagainya.
b. Membina budaya kerja proaktif, kreatif dan inovatif.
Tindakan yang dibuat bukan berdasarkan andaian tetapi melalui
kajian, pemerhatian, penyelidikan dan sebagainya. Pembetulan segera
perlu dibuat di setiap proses. Sebagai contoh gejala ponteng sekolah
ditangani bermula dari maklumat amaran awal hinggalah kepada sifar

14
ponteng. Proses ini memerlukan kemahiran prosfesional yang tinggi
dan menuntut kecekapan individu-individu yang terlibat.
c. Menggalakkan cetusan idea dan membina keputuasan
bersama dalam kalangan warga sekolah. Kaedah ini akan memberi
kebebasan kepada warga sekolah memilih alternatif terbaik bagi
melaksanakan sesuatu kerja. Kefahaman yang jelas dan memahami
prosedur yang ditetapkan akan menimbulkan minat yang mendalam
untuk menjalankan kewajipan.
6.5.2 Mengagihkan tugas mengikut kecenderungan dan
kemahiran
a. Warga sekolah lebih selesa jika tugas yang diberi
bersesuaian dengan minat dan kemahiran. Tugasan diberi mengikut
opsyen, pengalaman, “track record”, kepakaran dan sebagainya bagi
menguruskan potensi pelajar disekolah
b. Pengagihan tugas ini juga berupaya membina pasukan
kerja yang berwibawa. Mereka bekerja dengan semangat
pemuafakatan, keterlibatan dan kesepunyaan. Sebagai contoh, Guru
Bahasa Melayu bertindak mengatasi masalah 3M dengan
menggembeleng semua ahli panitia bersama program yang telah
dipersetujui.
c. Sekolah mempamerkan hasil kerja dan pencapaian
semasa individu atau pasukan kerja sekolah. Langkah ini akan
memberi maklumat, berkongsi maklumat dan bertindak mengikut
maklumat. Individu atau pasukan yang belum mencapai prestasi yang
diharapkan akan terus berusaha meningkatkan kewajipan mereka.
Maklumat yang dipamerkan itu seperti prestasi ujian bulanan, senarai
murid cemerlang atau potensi cemerlang, rekod pencapaian atlit
olahraga sekolah, taburan murid ponteng mengikut kelas, lokasi dan
sebagainya.

15
7.0 Penutup
Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memastikan mutu
perkhidmatan awam berjawatan “GURU” berada pada tahap yang cemerlang. Usaha
ini bukan sahaja melibatkan penyediaan pelbagai prasarana bahkan pengenalan
pelbagai nilai dan etika perkhidmatan yang perlu dipatuhi dan disemai dalam diri
penjawat awam. Oleh yang demikian, Tonggak Dua Belas dilihat sebagai usaha
murni bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan anggota-anggota
perkhidmatan awam. Penjawat awam perlu menjadikan nilai-nilai yang dibincangkan
dalam kerja kursus ini sebagai pegangan asas bagi melahirkan budaya kerja yang
gemilang dan memastikan tahap perkhidmatan awam di negara ini setanding dengan
perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan-kakitangan sektor lain.
Sewajarnya tanggapan masyarakat bahawa mutu perkhidmatan awam di
negara ini yang masih lemah, tidak cekap dan sering lewat dengan karenah birokrasi
perlu diubah. Penjawat awam terutamanya Guru seharusnya memberikan usaha
yang terbaik dalam setiap pekhidmatan mereka dan bukan hanya sekadar
“melepaskan batuk di tangga” kerana berasa selesa dengan kedudukan mereka pada
hari ini. Mereka tidak boleh lagi bersikap sambil lewa kerana cabaran yang menanti
pada abad ke dua puluh satu ini semakin mencabar.
Hal ini juga tidak terkecuali bagi perkhidmatan pendidikan. Kecemerlangan
yang dicapai oleh para pelajar dalam semua bidang banyak bergantung kepada mutu
perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru. Seorang Guru, sewajarnya memastikan
pelajar-pelajar sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan dengan
mempersiapkan diri dengan ilmu dan mempunyai nilai keperibadian yang tinggi bagi
memastikan wadah pendidikan yang sempurna kepada pelajar supaya matlamat
sekolah dapat dicapai. Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.

Rujukan :
1. Akta Pendidikan Malaysia 1996.
2. TONGGAK DUA BELAS, INTAN .Edisi ke Empat 2005.
3. Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam , (1991). INTAN
4. Tonggak Dua Belas, (1992). INTAN
5. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia–Sekolah, (2003). Jemaah Nazir
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
6. PKKP, (2002 ). Jabatan Pelajaran Pahang.
7. Hasan Langgulung,(1997). Asas-asas Pendidikan Islam. KL:DBP

16
8. Ibrahim bin Mamat , (2001). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan
Cabaran Kepimpinan. KL: Kumpulan Budiman Sdn . Bhd.
9. Ainon Mohd, (2005 ).Teori dan Teknik KEPIMPINAN Panduan dan
Aplikasi di Tempat Kerja. Penang: PTS Proffesional.
10. Ainon Mohd,(2003). Bagaimana Hendak Mendorong Semangat
Kerja.Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
11. Md. Fiah bin Md Jamin, (2005). “Kepimpinan Berinspirasi” dalam Jurnal
Pendidikan PKPSM. Muka surat 6 – 24.
12. Hj Zakaria Awang, (2005). “Etika Kerja Guru Cemerlang” dalam Jurnal
Pendidikan PKPSM. Muka surat 42 – 54
13. Hjh.Norizan bt Abd Latif dan Hjh. Anisah bt Abdullah, (2005). “Guru
Efektif Penjana Kecemerlangan” dalam Jurnal Pendidikan PKPSM. Muka
surat 89 -100 .
14. Mohamad Yazam bin Sharif, (2001). Asas Pengurusan Sumber
Manusia. KL: Utusan Publications & Distributors Sdn . Bhd.
15. Robiah Sidin , ( 1994 ) . Pendidikan Di Malaysia. KL : PFB

17

Anda mungkin juga menyukai