Anda di halaman 1dari 1

Nurul Huda Binti Ahmad Fadzilah

Kampung Liang Batu Lenga


84040 Muar
Johor.

Tel : 011 - 73552463

Pengurus Ayu Homemade Bakery


1378, Felda Sri Jaya,
85210 Muar,
Johor. 15 Disember 2026

Puan,

PERMOHONAN BAGI JAWATAN “PEMBANTU CHEF PASTRI”

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pada 05 Disember 2026 lepas, saya telah dimaklumkan oleh salah seorang pekerja
bakery puan yang bekerja di bahagian pemasaran berkenaan kekosongan jawatan pembantu
chef pastri di bakery puan. Beliau mencadangkan agar saya menghantar resume bagi
memohon jawatan tersebut memandangkan saya baru menamatkan pengajian dalam bidang
Diploma Hospitaliti Bakeri & Pastri di Kolej Vokasional Pagoh.

3. Semasa pengajian dalam bidang tersebut, saya telah diajar untuk menjadi seorang chef
pastry bakeri dan ia sememangnya berkait rapat dengan pekerjaan pembantu chef pastri. Oleh
yang demikian, saya tahu mengenai bidang kerja jawatan tersebut. Di samping itu, semua
pengalaman kerja saya adalah berkenaan dengan melakukan kerja-kerja membantu chef dan
perlu untuk berinteraksi dengan baik dengan masyarakat luar atau pelanggan. Ini adalah amat
sesuai untuk jawatan tersebut yang memerlukan saya bekerja dengan pantas dan efisen dalam
menyiapkan produk dan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelanggan.

4. Akhir sekali, bersama surat ini, saya sertakan resume dan beberapa sijil yang
berkaitan bagi memperkukuhkan lagi surat ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………….
NURUL HUDA BINTI AHMAD FADZILAH
060808 - 01 - 1832

- resume dan sijil berkaitan dilampirkan bersama

Anda mungkin juga menyukai