Anda di halaman 1dari 31

MENINGKATKAN KEBOLEHAN MENOLAK 1-20 (DALAM BAHASA

INGGERIS) MURID TAHUN 2C DAN 3C KELAS PEMULIHAN KHAS


MELALUI KAEDAH PERMAINAN

ABSTRAK

Pelajaran matematik merupakan salah satu matapelajaran yang penting. Ramai


pelajar mendapat kegagalan kerana gagal dalam memahami konsep asas
matematik. Justeru itu, mereka menganggap mata pelajaran matematik itu sukar.
Oleh itu, satu kajian telah dijalankan dalam kelas pemulihan khas mengenai
konsep asas tolak sehingga 20 dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini dijalankan
untuk meningkatkan kemahiran asas tolak. Kajian telah dijalankan ke atas 24
orang murid kelas Pemulihan Khas, SK Pinang Tunggal, Kepala Batas, Pulau
Pinang. Ia melibatkan murid tahun 2C seramai 15 orang dan murid tahun 3C
seramai 9 orang. Dalam kajian ini data dipungut melalui latihan kerja murid,
latihan congak, ujian pra dan ujian pasca. Dapatan daripada ujian pra dan ujian
pasca menunjukkan peningkatan sebanyak 66.6 % bagi pelajar Tahun 2 dan 50
% bagi Tahun 3. Hasil soal selidik yang telah dijalankan menunjukkan murid
berminat terhadap pelajaran matematik dan telah memahami hasil tolak sehingga
20. Dalam kajian ini, murid telah didedahkan dengan latihan congak, latih tubi
dan kaedah permainan yang telah dijalankan oleh murid sendiri. Kajian ini
mengambil masa selama 3 minggu dan 3 sessi pengajaran (60 minit bagi setiap
pengajaran).

1.0 ISU KAJIAN / REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG


LALU

Sukatan pelajaran matematik Kelas Pemulihan Khas lebih memberi penekanan kepada 4
operasi fakta asas. Walau bagaimanapun murid pemulihan khas masih keliru untuk
menentukan operasi di dalam membuat latihan.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas didapati murid masih
lagi tidak dapat menjawab dengan betul fakta asas tolak. Masalah ini dikenalpasti melalui
latihan congak dan latihan kerja semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, ia
perlu diatasi kerana ia menjejaskan pembelajaran dan kegagalannya di dalam peperiksaan
yang dijalankan kelak.

1
2.0 REFLEKSI ISU KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Masalah ini timbul kerana guru kurang kepakaran dalam mengajar murid pemulihan
khas. Pendekatan secara individu juga kurang dijalankan. Oleh itu, guru perlu memainkan
peranan sebagai permudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut
pencapaian murid. Pelbagai teknik pengajaran perlu dilakukan serta alat bantu mengajar
perlu digunakan dan dipelbagaikan untuk membolehkan murid memahami dengan lebih
mendalam.

Melalui pemerhatian, latihan kerja dan ujian congak pengkaji mendapati murid masih
tidak mendapat konsep tolak dengan betul. Oleh itu, pengkaji cuba mengkaji masalah ini
agar kefahaman murid dalam masalah tolak dapat diatasi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:


i. Bagi meningkatkan kemahiran murid dalam menyebut dan mengenal serta
mengingati nombor 1-20;
ii. Bagi mempertingkatkan kemahiran menolak fakta asas sehingga 20;
iii. Bagi merancang tindakan dan menilai keberkesanan tindakan dalam menangani
masalah kemahiran menolak fakta asas sehingga 201-20;
iv. Bagi mempertingkatkan kemahiran menolak fakta asas sehingga 20; dan
v. Bagi merancang tindakan dan menilai keberkesanan tindakan dalam menangani
masalah kemahiran menolak fakta asas sehingga 20.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian ini melibatkan 24 orang murid Kelas Pemulihan Khas. Murid Tahun 2C seramai
15 orang, iaitu 12 lelaki dan 3 perempuan. Manakala murid Tahun 3C seramai 9 orang, 5
lelaki dan 4 perempuan. Jumlah keseluruhan murid adalah seramai 24 orang.

2
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Kaedah Temuramah

Pengkaji juga menemuramah pelajar dan didapati 90% tidak membuat kerja rumah serta
mengulang kaji pelajaran. Kebanyakan pelajar bermain dan menonton televisyen dengan
tidak terkawal. Ibu bapa juga tidak dapat memberi bimbingan kepada pelajar tersebut
kerana kesibukan bekerja dan tahap pendidikan yang rendah.

5.1.2 Latihan Congak


Semasa sesi latihan congak di dalam kelas penyelidik mendapati 90% pelajar Tahun 2
dan Tahun 3 tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh penyelidik. Ada
sebilangan kecil pelajar dapat menjawab soalan tetapi mengambil masa yang terlalu lama
untuk menyelesaikannya.

5.1.3 Latihan bertulis


Latihan bertulis di dalam lembaran kerja dan buku latihan juga telah menunjukkan
banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid. Daripada 10 soalan yang diberikan oleh
guru hanya 2 atau 3 soalan yang dapat dijawab oleh murid.

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN / PELAKSANAAN KAJIAN


Pengkaji telah merangka 3 tindakan yang dijalankan untuk mengatasi kelemahan ini.
Aktiviti-aktiviti bagi tindakan ini dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas pemulihan khas. Bagi setiap tindakan yang dijalankan, aktiviti-aktiviti yang
berlainan dibuat terhadap murid.

6.1 Tindakan 1 (Minggu 1, 6 waktu, 180 minit)


Aktiviti aktiviti yang dijalankan ialah:
i. Guru memperkenalkan nombor 1-20;
ii. Murid menyebut mengikut guru;
iii. Murid mengilang menyebut mengikut kelas, kumpulan dan individu;

3
iv. Murid menyebut nombor di awan;
v. Murid mengeja perkataan nombor dan menyebut;
vi. Murid mengeja perkataan nombor secara kelas, kumpulan dan individu;
vii. Guru menggantungkan kad nombor dan perkataan di papan pamer;
viii. Murid menyesuaikan nombor dan perkataan pada lembaran kerja yang
diberikan (rujuk Lampiran A1: Exercise 1);
ix. Aktiviti ini dijalankan pada minggu pertama selama 6 waktu (180 minit);
dan
x. Alatan yang digunakan ialah : a. Flash Card b. Kad Nombor dan Perkataan
c. Lembaran Kerja (Rujuk Lampiran A1: Exercise 1).

6.2 Refleksi Tindakan 1


Pengkaji mendapati 80 % murid dapat mengenal dan menyebut angka 1 hingga 20.
Mereka dapat membaca angka yang dipamerkan di papan kenyataan. Seramai 70 %
murid dapat mengeja perkataan yang diberikan pada kad perkataan sementara 80 %
murid dapat menjawab lembaran kerja sekurang-kurangnya 8 soalan dengan betul pada
Exercise 1. Hanya sedikit kesalahan terdapat pada ejaan.

6.3 Tindakan 2 ( Minggu 2, 6 waktu, 180 minit)


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:
i. Guru menjalankan permainan Pemburu Menembak Haiwan;
ii. Sediakan 20 ekor model haiwan di atas meja;
iii. Guru menembak seekor demi seekor model haiwan itu;
iv. Guru bertanya kepada murid ada berapa baki:
Contoh : 20 – 1 = _________
19 – 1 = _________
18 – 1 = _________
v. Selepas itu, guru memberi peluang kepada murid untuk menembak model
haiwan di dalam kumpulan masing-masing;
vi. Di samping menembak, murid hendaklah menjawab soalan yang diberikan
didalam lembaran kerja (rujuk Exercise 2):

4
Contoh soalan:

1. Ada 12 ekor haiwan, tembak 4, tinggal berapa?

12 – 4 =

2. Ada 10 ekor haiwan, 2 ekor kena tembak, tinggal berapa?

10 – 2 =

3. Ada 19 ekor haiwan, tembak 9 ekor, berapa bakinya?

19 – 9 =

vii. Aktiviti ini dijalankan dalam minggu kedua selama 6 waktu (180 minit);
dan
viii. Alatan yang digunakan ialah: a. Model haiwan (20 ekor) b. Senapang
mainan c. Lembaran kerja (rujuk Lampiran A2: Exercise 2).

6.4 Refleksi Tindakan 2


Seramai 90 % murid dapat menjawab sekurang-kurangnya 8 soalan dengan betul pada
lembaran kerja Execise 2 melalui aktiviti yang dijalankan.

6.5 Tindakan 3 ( Minggu 3, 6 waktu, 180 minit)


Aktiviti aktiviti yang dijalankan ialah:
i. Guru menjalankan Permainan Tikus Makan Kek;
ii. Papan dasar kek diletakkan di atas meja;
iii. Di atas papan diletakkan chip seekor tikus dan 20 chip kek bermagnet;
iv. Tikus akan memakan kek-kek tersebut dan guru bertanya kepada murid
berapa bakinya.

5
Contoh:

1. 18 ketul kek, dimakan tikus 6 ketul, tinggal berapa?

18 – 6 = ______

2. 12 ketul kek, dimakan tikus 4 ketul, tinggal berapa?

12 – 4 = ______

v. Murid akan menjalankan permainan ini sendiri.Disamping itu,mereka akan


menjawab soalan yang diberikan di dalam lembaran kerja (rujuk Exercise 3)
Contoh:

1. Letakkan 17 ketul kek. Makan 5 tinggal berapa?

17 – 5 = ______

2. Ada 11 ketul kek, dimakan 3 berapa bakinya?

11 – 3 = ______

vi. Aktiviti ini dijalan kan pada minggu ketiga selama 6 waktu (180 minit).

vii. Alatan yang digunakan ialah: a. Papan dasar kerja (1) b. Chip kek (20) c. Chip
tikus (1) d. Lembaran kerja (rujuk Lampiran A3: Execise 3).

6.6 Refleksi Tindakan 3


Pennyelidik mendapati 90 % murid telah fahamdan mereka dapat menjawab sekurang-
kurang 8 soalan dengan betul pada lembaran kerja(Execise 3) yang diberikan. Ini bererti
mereka telah faham operasi menolak 1 hingga 20.

7.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH


7.1 Analisis Keputusan Ujian
Melalui tindakan yang telah dijalankan, satu keputusan ujian pra dan pasca telah
diperolehi (rujuk Jadual 1- 4 dan Rajah 1 - 2). Berdasarkan keputusan tersebut pengkaji
telah membuat analisis seperti berikut (rujuk Lampiran B1:Ujian Pra dan Lampiran B2:
Ujian Pasca)

6
Jadual 1: Analisis Keputusan Pelajar bagi Ujian Pra dan Pasca Tahun 2

Bil Pelajar Pra Pasca +, -


1 Pelajar 1 10 E 60 B +50
2 Pelajar 2 0 E 15 E +15
3 Pelajar 3 30 D 75 B +45
4 Pelajar 4 15 E 40 C +35
5 Pelajar 5 30 D 30 D -
6 Pelajar 6 20 D 45 C +25
7 Pelajar 7 30 D 50 C +20
8 Pelajar 8 15 E 25 D +10
9 Pelajar 9 25 D 60 B +45
10 Pelajar 10 20 E 40 C +20
11 Pelajar 11 30 D 35 D +5
12 Pelajar 12 0 E 65 B +65
13 Pelajar 13 20 D 70 B +50
14 Pelajar 14 5 E 70 B +65
15 Pelajar 15 40 C 40 C -

ANALISIS
A - - - -
B - - 6 40%
C 1 6.7% 5 33.3%
% Lulus 1 6.7% 11 73.3%
D 7 46.7% 3 20%
E 7 46.7% 1 6.7%
% Gagal 14 46.7% 4 26.7%

Jadual 2: Analisis Keseluruhan Ujian Pra dan Pasca Tahun 2

Pra Pasca
Markah Gred Bil % Bil %
80 – 100 A 0 0% 0 0%

60 – 79 B 0 0% 6 40%

40 – 59 C 1 6.7% 5 33.3%

20 – 39 D 7 46.7% 3 20%

0 - 19 E 7 46.7% 1 6.7%

7
Daripada analisis di atas, didapati bilangan murid lulus telah meningkat dari seorang
murid (6.7%) kepada 11 orang murid (73.3%). Manakala bilangan murid yang gagal telah
dapat dikurangkan daripada 14 orang (93.3%) kepada 4 orang (26.7%).

50
45
40
35
30
25 Pra
20 Pasca
15
10
5
0
A B C D E

Rajah 1: Keputusan Pelajar Tahun 2 Dalam Bentuk Graf

Jadual 3: Analisis Keputusan Pelajar bagi Ujian Pra Dan Pasca Tahun 3

Bil Pelajar Pra Pasca +, -


1 Pelajar 1 10% E 60% C +50
2 Pelajar 2 10% E 40% C +30
3 Pelajar 3 15% E 50% C +45
4 Pelajar 4 65% B 100% A +35
5 Pelajar 5 55% C 40% C -15
6 Pelajar 6 5% E 55% C +50
7 Pelajar 7 30% D 45% C +15
8 Pelajar 8 20% D 30% D +10
9 Pelajar 9 85% A 100% A +15
10 Pelajar 10 90% A 100% A +10

ANALISIS
A 2 20% 3 30%
B 1 10% - -
C 1 10% 6 60%
% Lulus 4 40% 9 90%
D 2 20% 1 10%
E 4 40% - -
% Gagal 6 60% 1 10%

8
Jadual 4: Analisis Keseluruhan Ujian Pra dan Pasca Tahun 3

Pra Pasca
Markah Gred Bil % Bil %
80 – 100 A 2 20% 3 30 %

60 – 79 B 1 10% - -

40 – 59 C 1 10% 6 60%

20 – 39 D 2 20% 1 10%

0 - 19 E 4 40% - -

Daripada Jadual 4, data menunjukkan jumlah murid lulus telah meningkat daripada 4
orang (40%) kepada 9 orang (90%). Manakala jumlah murid yang gagal pula telah dapat
dikurangkan daripada enam orang (60%) kepada seorang murid (10%).

60

50

40

30 Pra
Pasca
20

10

0
A B C D E

Rajah 2: Keputusan Pelajar Tahun 3 dalam Bentuk Graf

9
7.2 Analisis Pemerhatian

Analisis pemerhatian mendapati aspek-aspek seperti berikut:

1. Pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diberikan guru;


2. Mereka lebih seronok untuk belajar dengan aktiviti yang diberikan oleh guru;
3. Kebanyakan pelajar menjawab dengan betul soalan-soalan yang diberikan secara
congak; dan
4. Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih menyeronokan dan memberangsang.

7.3 Analisis Soal Selidik


Penyelidik menyediakan borang soal selidik untuk dijawab oleh pelajar-pelajar Tahun 2C
dan Tahun 3C kelas pemulihan khas. Jadual 5 menunjukkan analisis daripada soal selidik
yang dijalankan terhadap 24 orang pelajar.

Jadual 5: Analisis Soal Selidik

Item Pernyataan Ya Tidak


1 Saya suka Matematik 20 4
2 Saya boleh menolak 1 hingga 5 24 0
3 Saya tidak suka aktiviti Matematik 2 22
4 Saya boleh menolak sehingga 10 18 6
5 Saya tidak suka buat aktiviti dalam kumpulan 4 20
6 Saya boleh menolak sehingga 20 16 8

Daripada soal selidik penyelidik mendapati pelajar sudah berminat terhadap pelajaran
matematik.Meraka lebih suka mempelajari matematik dalam bentuk permainan dan
belajar secara kumpulan. Hampir 80% murid faham apa yang dipelajari.

8.0 REFLEKSI KAJIAN KESELURUHAN


Ketika pengkaji menjalankan kajian ini pelbagai halangan dan masalah telah dihadapi
seperti kewangan, masa dan ketidak hadiran murid di dalam kelas. Tetapi penglibatan dan
komitmen daripada rakan dan pentadbir sekolah telah menjayakan kajian ini. Hasil kajian
ini menampakkan murid telah berminat terhadap matematik dan setiap hari bertanya guru
bila hendak ke Kelas Pendidikan Khas. Kemahiran menolak 1 – 20 juga telah
meningkatkan kefahaman murid.

10
9.0 CADANGAN UNTUK TINDAKAN SETERUSNYA
Kajian tindakan ini telah dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajarannya
seterusnya guru juga dapat menilai keberkesanan pengajaran dalam kelas. Di samping itu,
ia dapat mengatasi kelemahan murid seterusnya tidak ada murid yang ketinggalan dan
tercicir daripada arus perdana pendidikan negara. Guru hendaklah mengkaji masalah-
masalah lain yang dihadapi oleh murid seterusnya merancang kajian tindakan yang
sistematik.

RUJUKAN

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Panduan Pelaksanaan


Program Pemulihan Khas: Masalah Penguasaan 3M.

11
LAMPIRAN A1
Exercise 1

Name : ________________________________ Date : _______________

Year : ________________________________

Draw Lines to match.

4 eighteen
11 twenty
9 four
18 nine
7 eleven
20 fourteen
13 thirteen
16 fifteen
14 seven
6 sixteen
10 two
15 six
2 ten
19 twelve
17 nineteen
12 seventeen

12
Exercise 1
Name : ________________________________ Date : _______________
Year : ________________________________
Write in words.
Example :

5 = five
__________________________________

10 = __________________________________

3 = __________________________________

14 = _________________________________

2 = _________________________________

17 = _________________________________

4 = _________________________________

20 = _________________________________

18 = ___________________________________

9 = _________________________________

13
Exercise 1

Name : ________________________________ Date : _______________

Year : ________________________________

Fill in the blanks correctly.

1.

f __ u __

2.

s __ v __ n

14
3.

e __ e __ en
4.

f __ u __ te __n

5.

s i __ t __ __n 15
6.

n __ n __ t __e __

7.

t __ e __ t y
16
Lampiran A2
Exercise 2

Name : ________________________________ Date : _______________


Year : ________________________________

A. Count and answer.

1.

9
- 4
_______

2.

13
- 6
_______

17
B. Circle the correct answer.

3. 3–1 = 6 , 2 , 7

4. 7–2 = 6 , 9 , 5

5. 12 – 6 = 6 , 8 , 10

6. 19 – 10 = 16 , 9 , 20

C. Draw line to match.

7.
16 – 6 =
4
8. 9–5=

9.
20 – 10 = 10
10.
8–4=
18
Exercise 2
Name : ________________________________ Date : _______________

Year : ________________________________

Read the instructions. Answer the questions.

1. There are 6 tigers. 2 of them get shot. How many tigers are
there now ?

6–2=
2. There are 10 tigers. 6 of them get shot. How many tigers are
there now ?

10 – 6 =
19
3. Out of 12 tigers, 4 get shot. How many tigers are there now ?

12 – 4 =

4. There are 15 tigers. 7 of them get shot. How many tigers are
there now ?

15 – 7 =

20
5. Out of 19 tigers, 9 get shot. How many tigers are there left ?

19 – 9 =

5. Out of 11 tigers, 3 get shot. How many tigers are there left ?

11 – 3 =
21
Lampiran A3
Exercise 3

Name : ________________________________ Date : _______________


Year : ________________________________
A. Count and answers.

1.

12
- 6
_______

2.

14
- 4
_______

22
B. Tick “ √ ” the right answer.

10
3. 8–2=
6
4

10
4. 15 – 3 = 7
12

9
5. 17 – 8 = 6
4

23
C. Draw line to match.

6. 8
4–2=

11
7. 9–1=

8. 13 – 9 = 2

9. 16 – 5 = 3

10. 7–4= 4

24
Exercise 3

Name : ________________________________ Date : _______________

Year : ________________________________

Read the instructions. Answer the questions.

1. There are 5 pieces of cake. 2 pieces are eaten by a mouse.


How many pieces of cake are there altogether now ?

5–2=
2. Out of 9 pieces of cake, 6 are eaten by a mouse. How many
pieces of cake are left?

9–6= 25
3. Out of 11 pieces of cake, 8 are eaten by a mouse. How
many pieces of cake are left?

11 – 8 =
4. There are 13 pieces of cake. 10 pieces are eaten by a
mouse. How many pieces of cake are there altogether now ?

13 – 10 =

26
5. Out of 20 pieces of cake, 9 are eaten by a mouse. How
many pieces of cake are left?

20 – 9 =
5. Out of 17 pieces of cake, 7 are eaten by a mouse. How
many pieces of cake are left?

17 – 7 =
27
Lampiran B2
Ujian Pasca (Posttest)

Name : __________________________________ Date : ____________


Year : __________________________________

A. Write the difference.

1.

7–5=

2.

6–3= 28
B. Tick “ √ ” the right answer.

7
5. 11 – 4 =
9
4

7
6. 16 – 8 = 3
8

2
7. 9–3= 6
7

10
6. 20 – 10 = 9
8

29
C. Match

7. 15 – 10 = 9–5= 12.

8. 16 – 11 = 14 – 10 = 13.

9. 10 – 4 = 10 – 5 = 14.

10. 16 – 12 = 12 – 6 = 15.

11. 8–2= 8–4= 16.

30
D. Subtract and write the answers.

17. 11 – 2 =

18. 13 – 8 =

19. 16
- 9
_____

20. 18
- 8
_____
100
31

Anda mungkin juga menyukai