Anda di halaman 1dari 2

Anggota Wajib Wudhu

1. Seluruh muka beserta niat.


Lafaz Niat

‫َن َو ْي ُت َر ْف َع اْلَح َدِث اَأْلْص َغ ِر ِهَّلِل َت َع اَلى‬

Lafaz niat: Nawaitu Rafaal Hadasi As-Ghori Lillahi Taala


Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala”

2. Membasuh tangan hingga ke siku.


3. Membasuh sebahagian daripada kepada sekurang-sekurangnya membasahkan tiga
helai rambut
4. Membasuh kaki sehingga ke buku lali.

Doa Selepas Berwudhu


Selepas selesai mengambil wudhu, disunatkan untuk membaca doa berikut:

‫ ُسْب َح اَن َك‬. ‫َأْش َه ُد َأْن ال ِإَلَه ِإاَّل ُهَّللا َو ْح َدُه اَل َش ِر يَك َلُه َو َأْش َه ُد َأَّن ُم َح َّم ًد ا َع ْبُدُه َو َر ُسْو ُلُه الَّلُهَّم اْج َع ْلِني ِمَن الَّت َّو اِبْي َن َو اْج َع ْلِنْي ِمَن اْلُم َت َط ِّه ِر ْي َن‬
‫ َأْس َتْغ ِفُر َك َو َأُتْو ُب ِإَلْي َك‬، ‫ َأْش َه ُد َأْن اَل ِإَلَه ِإاَّل َأْن َت‬، ‫الَّلُهَّم َو ِبَح ْم ِدَك‬.

Asy-hadu An Laa ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah Wa-asy-hadu Anna Muhammadan
‘Abduhu Warasuluh.Allahummaj-‘alni Minat Tauwabin, Waj-‘alni Minal Mutatahhirin Waj-‘alni
Min ‘ibadikas-solihin.

Maksudnya:

“Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu untuk
Nya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusan Nya. Ya Allah,
jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepada Mu. Dan jadikanlah aku
daripada golongan orang yang bersih. Dan jadikan aku daripada golongan hamba Mu yang
soleh.”

Syarat Sah Wudhu

 Islam.
 Mumaiyiz (kanak-kanak yang sudah pandai membezakan antara perkara yang baik dan
buruk).
 Suci daripada haid dan nifas.
 Menggunakan air mutlak.
 Tidak ada benda yang menghalang air sampai kepada anggota wuduk (contohnya seperti cat,
getah, pengilat kuku, lilin, kapur, minyak atau daki tebal yang melekat di celah jari, di bawah
kuku atau di celah rekahan pada tumit).
 Tidak berubah sifat air wudhu akibat benda asing yang melekat pada anggota wudhu.
(Contohnya sabun, bedak atau apa-apa sahaja yang melekat pada anggota wudhu. Sekiranya
ada, ia perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum berwudhu).
Perkara Membatalkan Wudhu
 Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur.
 Tidur tidak tetap kedudukan dua papan punggung.
 Hilang akal kerana mabuk, pengsan, gila, tidur, pitam dan lain-lain.
 Bersentuh kulit antara lelaki dan wanita yang halal nikah (ajnabi / bukan mahram) tanpa
berlapik.
 Menyentuh kemaluan hadapan atau belakang dengan perut tapak tangan atau perut anak
jari dengan tidak belapik. Kemaluan itu sama ada kepunyaan sendiri atau kepunyaan orang
lain, lelaki atau perempuan, yang hidup atau yang telah mati.

Anda mungkin juga menyukai