Anda di halaman 1dari 21

1 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

PEMARKAHAN
RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD AMUS

KAE 3013
ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN

Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan


proses pendidikan yang diterima sejak awal usia.

Bincang dan huraikan pernyataan tersebut bersertakan contoh-contoh aktiviti yang


boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

TEOH HOON SZE D20112053667

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-C03 (A122PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: PN.NORLY BINTI JAMIL

TARIKH SERAH: 3 MEI 2013

ISI KANDUNGAN

NO. PERKARA MUKA SURAT


2 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

1 Pengenalan
3

2 Definisi Kreativiti
3-5

3 Kepentingan Kreativiti
5-9

4 Kreativiti dan Kanak-kanak


9

5 Kreativiti Kanak-kanak
10

6 Seni Bahasa Pertama Kanak-kanak


11

7 Ciri-ciri Kanak-kanak Kreatif


11

8 Aktiviti
12 - 20

9 Rujukan
21

PENGENALAN
Setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi lebih kreatif dan produktif, tetapi
ia bukanlah merupakan hak mutlak akan terjadi kepada semua orang. Ia berkait rapat
dengan idea, perasaan, pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang.
3 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Bagi seseorang artis, pemikiran kreatif (pemikiran tampak) yang kadang kala
tidak menggunakan walau sepatah perkataan, merupakan satu prosedur atau kaedah
yang perlu digunakan apabila melihat, berfikir atau belajar bagi mewujudkan idea.

Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan secara langsung


tentang apa yang di lihat atau di alaminya. Ia mungkin menggunakan metafora dan
anologi memproses pengalaman tampak untuk dilahirkan ke dalam bentuk
tampak yang baru.

Menurut Helbert Read, kita tidak hanya mengajar kanak-kanak mengetahui, tetapi
juga pada masa yang sama, mengajar mereka mencipta. Untuk mengetahui fakta (otak
kiri) adalah suatu perkara dan menukarkan fakta kepada bentuk baru memerlukan
keupayaan membuat metafora (otak kanan) adalah suatu perkara lain, yang
merupakan fungsi pemikiran kreatif.

DEFINISI KREATIVITI DAN PEMIKIRAN KANAK-KANAK

Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring
something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah
kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan
difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia yang mempunyai sifat yang lemah
mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada tiada kepada ada. Definisi
ini seolah-olah melambangkan sesuatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang
hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan kritikal
sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya.

Kamus dewan (1993) memberikan maksud kreativiti sebagai kemampuan


(kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan. Terdapat beberapa pendapat yang
dikemukakan oleh pakar-pakar berhubung kreativiti. Mengikut Viktor Lowengfeld
(1975), kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semula jadi sejak lahir yang dimiliki oleh
setiap orang. Naluri itu adalah faktor pertama digunakan bagi menyelesaikan atau
membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan pula menjadi asas yang
4 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan
keinginan, manusia tidak akan bertindak.

Gilchrist menyatakan, kreativiti adalah keupayaan menghasilkan sesuatu yang


baru dan menilai sama ada maujud ataupun tidak. (Leonard Yong,1994). Manakala,
Paul Torrance (1974) memberikan definisi kreativiti sebagai proses yang mana
seseorang menjadi peka terhadap masalah kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-
unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebagainya; mengenal pasti perkara-perkara
yang sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang
kekurangan-kekurangan itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis ini dan
memungkinkan pengubahsuaian dan mengujinya semula dan akhir sekali
menyalurkan keputusannya kepada orang lain (Leonard Yong,1994).

Kajian Fryer dalam tahun 1989 (Fryer 1996) telah mendapat respons tentang
maksud kreativiti. Antara maksud yang diberi ialah kreativiti adalah sesuatu yang asli,
satu proses separa sedar, sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang
kreatif, kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan dan kreativiti adalah kebolehan
untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza, untuk mencari kepuasan dalam
membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya
suatu produk.

Viktor Lowenfeld dan Brittain (1982) menjelaskan, kreativiti berkait dengan


suatu garis panduan atau prinsip yang perlu diikuti oleh seseorang iaitu menghasilkan
atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan hasil yang unik, melalui proses
pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa mempunyai bentuk pemikiran
yang terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan memperkembangkan dan
meningkatkan idea sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian, berlaku proses
pemikiran kreatif, mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan pengetahuan dan
kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu mengkritik, menilai, idea dan subjek
dimanipulasikan serta dikaji, teliti menggunakan langkah-langkah perkembangan
5 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

kreatif : sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi,


penyusunan semula, pengunduran, membuat penyenaraian dandimensi lain (analogi).

Edward De Bono (1992), menyatakan bahawa menjadi kreatif bermaksud


mewujudkan sesuatu yang belum pernah ada iaitu sesuatu yang baru dan mempunyai
nilai. Sesuatu hasil yang kreatif sepatutnya tidaklah mudah atau merupakan sesuatu
yang biasa. Ianya mesti merupakan sesuatu yang unik dan jarang ditemui.

Dunn (1992), mengatakan bahawa kreativiti ialah keupayaan untuk menjana idea
baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba
sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan
pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan
sebagai penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.

KEPENTINGAN KRETIVITI

Pendidikan seni visual dianggap sebagai mata pelajaran sampingan oleh


sesetengah ibu bapa. Pandangan negatif ini sebenarnya adalah disebabkan oleh
pemahaman cetek daripada sumber rujukan dan maklumat yang tidak tetap terhadap
kepentingan mata Pelajaran Seni Visual. Kepentingan pendidikan seni adalah lebih
penting dalam merealisasikan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sempurna
sepertimana kepentingan mata pelajaran lain. Seni sebenarnya sudah lama memainkan
peranan penting dalam dunia pendidikan. Namun, kepentingan itu tidak disedari.
Sama ada disedari atau tidak, Pendidikan Seni Visual sudah disemai kepada semua
generasi sejak dari awal kanak-kanak lagi sehingga ke peringkat dewasa. Seni bukan
saja mengajar manusia menghayati keindahan, kecantikan atau sebagainya tetapi
memupuk nilai-nilai estetika dan nilai-nilai kemuliaan dalam diri manusia. Seni harus
dilihat sebagai subjek yang mampu ‘mengubati’ permasalahan yang berlaku dalam
jiwa manusia.
Seni memainkan peranan penting dalam pembangunan manusia dan perubahan
masyarakat. Seni wajar diletakkan pada landasan yang betul dalam arena
pembangunan manusiawi. Kefahaman yang cetek yang mengatakan seni tidak
6 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

menjanjikan kerjaya yang baik perlu dikikis. Pendidikan yang diterima oleh manusia
sama ada kita sedari atau tidak sebenarnya telah kita meletakkan seni di tempat yang
sewajarnya. Pendidikan seni itu sebenarnya telah bermula lebih awal lagi, iaitu di
zaman kanak-kanak. Pendidikan yang diberikan itu berlaku secara tidak lansung dan
tanpa disedari. Contohnya, ibu bapa telah mendidik anak-anak mereka mengenal alat-
alat permainan. Mereka menunjukkan bentuk-bentuk permainan kepada kanak-kanak.
Pada alatan permainan tadi, terdapat pelbagai warna dan bereneka jenis rupa
bentuknya. Apabila melihatnya, kanak-kanak itu akan meluahkan rasa hatinya.
Apakah warna yang disukainya. Jenis-jenis permainan serta apa yang disayanginya.
Selain gemar kepada barangan permainan, kanak-kanak juga suka menconteng. Apa
sahaja yang boleh digunakan atau yang difikirkan sesuai, akan digunakan untuk
menconteng. Kesempatan itu digunakan untuk melahirkan ideanya.
Antara peranan Seni Visual dalam pendidikan pertama ialah memupuk kreativiti
kanak-kanak. Sifat semula jadi bagi seseorang kanak-kanak ialah memerlukan
perhatian, belaian, sentuhan dan sebagainya. Tanpa kita sedari perkembangan seni
tampak minda kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali. Sebelum meningkat
remaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak. Peringkat
manipulatif sekitar umur 2 hingga 5 tahun. Peringkat melakar simbol-simbol berumur
5 hingga 9 tahun dan peringkat pra-remaja iaitu sekitar umur 10 tahun hingga 13
tahun. Berdasarkan kajian oleh ahli-ahli psikologi barat, perkembangan seni ini
berlaku pada setiap kanak-kanak. Perbezaan mungkin timbul ialah berdasarkan factor
persekitaran, bimbingan berterusan daripada keluarga atau latar belakang pendidikan.
Melalui proses membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina dengan
baik. (Laura Chapman, 1978)
Peranan kedua memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para
pelajar. Apabila mencapai umur remaja sekitar 10 hingga 15 tahun, tahap penguasaan
ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar itu
sudah mulai menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu bentuk dengan
lebih baik. Pada peringkat ini, sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan
7 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

yang betul mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang.
Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965) pada peringkat ini merupakan peringkat
yang paling konflik dan genting. Pelajar akan mengalami tekanan untuk memilih
bidang seni sebagai satu bidang utama dalam proses membesar mereka. Persaingan di
kalangan pelajar berlaku peringkat ini. Pelajar yang lemah akan mengalami masalah
yang dinyatakan tadi. Sekiranya dibimbing dan diberi penerangan yang betul,
kemungkinan minatnya terhadap seni akan terkabur. Berbanding dengan pelajar yang
diberi bimbingan atau nasihat yang positif. Mereka akan menjadi lebih berdisiplin,
cekal dan berminat dengan subjek seni itu.
Ketiga ialah melahirkan tenaga professional dalam pelbagai bidang. Sebagai sebuah
negara yang sedang membangun, kita amat memerlukan ramai tenaga professional.
Jurutera, arkitek, doktor, saintis dan penguam merupakan bidang kerjaya yang amat
diperlukan oleh negara. Akibat kekurangan itu, kita terpaksa mengimport dari luar
negara. Dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk
membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.
Selain untuk keperluan negara, pelajar yang memilih bidang ini boleh merancang
untuk membentuk satu profesion baru. Menjadi seniman sepenuh masa contohnya.
Walaupun negara kita masih baru dalam bidang ini, namun telah terdapat ramai artis
yang mampu hidup mewah dengan menjadikan seni sebagai satu profesion sepenuh
masa.
Keempat peranan seni visual dengan cara memupuk dan mendidik sifat kecintaan
pada seni dan estetika. Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan
bagaimana seni ini perlu dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat. Seni boleh
dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai
keindahan. Pada hari ini melalui sebuah agensi kerajaan, kita melihat beberapa agenda
penting disambut setiap tahun. Pelbagai aktiviti dan perayaan dianjurkan oleh
kerajaan dengan pelbagai bentuk kebudayaan. Antaranya program Tahun Melawat
Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Selain
daripada itu, ada pelbagai program lain yang dianjurkan bertujuan untuk menarik para
8 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

pelancong. Program seperti ini wajar diadakan dan dipergiatkan lagi. Namun apa yang
penting di sini ialah penglibatan masyarakat masih lagi tidak menyeluruh. Terutama
sekali ialah kesan penghayatan masyarakat terhadap aktiviti yang dijalankan itu.
Kelima memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat.
Masyarakat kita memang kaya dengan khazanah warisan budaya. Sebut sahaja
keperluan harian yang digunakan di rumah kita. Pinggan mangkuk, peralatan
memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunan atau tekstil, hamparan tikar mengkuang
atau pandan, anyaman kelarai, seni binaan rumah kayu atau kampung dan seterus seni
budaya sopan santun dan adat istiadat. Seni warisan ini sebenarnya semakin terpinggir
dan hamper dilupakan. Tidak banyak lagi generasi hari ini yang mengamalkan
menghulurkan tepak sirih apabila menyambut kedatangan tetamu. Kehidupan moden
yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan itu. Seni itu wajar
dipertahankan daripada hilang terus atau mengalami kepupusan. Terdapat banyak
contoh yang boleh dijadikan rujukan. Seni kraftangan umpamanya seperti seni
anyaman mengkuang dan seni anyaman kelerai. Seni tekat, tembikar dan banyak lagi
contoh yang bileh diketengahkan. Boleh dikatakan kepentingan barangan kraf ini
tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini.
Peranan keenam ialah melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri. Budaya
menunjukkan bangsa. Kata-kata ini jelas kepada kita bahawa sesebuah masyarakat itu
mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam
masyarakatnya. Mengekalkan kebudayaan mereka supaya ia dikenali dan dihormati
bukanlah satu tugas yang mudah. Kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui
perkembangan budayanya. Ada yang berpendapat, mengenali sesuatu bangsa itu lebih
mudah dari mengenali budayanya. Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan
berusaha untuk mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Kita mestilah meletakkan
tanggungjawab di bahu masyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika.
Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan
institusi pengajian tinggi merupakan tempat yang paling wajar. Peranan murid, guru
atau pendidik, pensyarah, dan pihak kementerian pendidikan amat penting untuk
9 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

merealisasikan perkara ini. Justeru, selain apa yang disebutkan tadi, semua
masyarakat juga boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada
kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan kea rah cita-
cita yang murni ini.

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK


Menurut kebanyakkan penyelidik berkenaan kreativiti, kreativiti seringkali
dikaitkan dengan kanak-kanak, hal ini kerana kanak-kanak biasanya bermain dengan
idea dan mempamerkan ciri-ciri kreatif secara berperingkat pada individu kanak-
kanak ini. Albert Einstien ( Schilpp 1949), pemikir sainstifik terkenal, menyatakan
perkara yang paling kreatif pada diri kanak-kanak adalah apabila mereka bermain
dengan fikiran.
E. Paul Torrance (1964) menyatakan pula, kanak-kanak menunjukkan tahap paling
kreatif pada usia empat tahun. Sekiranya perkara yang dinyatakan ini benar, perkara
ini mungkin menarik untuk kita mengklasfikasikan ciri-ciri kanak-kanak yang
menunjukan kreativiti yang ada pada diri mereka. Apakah sifat-sifat istimewa yang
mereka miliki yang boleh membantu kita memahami cara yang unik mereka
mengalami dunia? Kebanyakkan pada kanak-kanak yang berusia empat tahun;
a) Bebas
b) Seronok mempelajari perkara baru
c) Sifat ingin tahu
d) Suka bermain/ keseronokkan
e) Peserta yang aktif

Kebanyakkan kanak-kanak, yang baru mengenali dunia ciri-ciri kreativiti mereka


lebih terpengaruh dengan keaadaan sekeliling. Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini
bersifat, mengikut, meniru, apa yang mereka lihat dengan kerap kalinya, terutamanya
sifat orang dewasa. Dan sifat kreatif ini kemungkinan akan hilang sekiranya perkara
yang ditunjuk oleh ibu bapa berbeza.
Namun sekiranya kanak-kanak tersebut sememangnya kreatif, bagaimana dikatakan
10 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

persekitaran menyokong keupayaan kreativiti kanak-kanak tersebut? Dan bagaimana


kreativiti ini dipupuk agar kekal dalam diri kanak-kanak ? mungkin permulaan yang
baik untuk membangunkan kesedaran kompleks dalam proses pemikiran kreatif.
Kreativiti sangat susah untu kita fahami. Namun perkembangannya boleh dilihat dari
peringkat ke satu peringkat ketika usia kanak-kanak.

KREATIVITI KANAK-KANAK
Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan kreatif ( Lowenfeld 1975). Menurut
Guilford (1964) menerangkan bahawa intelektual atau minda mempunyai lima bentuk
operasi yang terdiri daripada;
a) kognitif, yang menerima dan memproses maklumat
b) memori, yang menerima dan menyimpan maklumat
c) pemikiran kovergen, keupayaan pemikiran penyelesaian masalah secara khusus
d) pemikiran divergen, kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai atu bercapah yang
selari dengan pemikiran kreatif
e) penilaian, yang merupakan hsil pertimbangan sesuatu tindakkan.

SENI BAHASA PERTAMA KANAK-KANAK


Kanak-kanak memerlukan peluang untuk mencipta seni kerana penting untuk
pertumbuhan minda mereka. Kanak-kanak in tidak boleh dipisahkan dari kesenian
terutama dalam kegiatan harian mereka. Ujian dengan menggunakan karayon
memaksa kanak-kanak untuk cuba naik ke satu peringkat ke satu peringkat, hasilnya
biasanya akan bertambah baik.
Hal ini boleh menjelaskan eksperimen yang menunjukan percubaan makanisme
dalaman yang ditunjukan oleh mereka.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERFIKIRAN KREATIF

Menurut Lowenfeld dan Brittain, kanak-kanak yang kreatif sentiasa bermotivasi,


ingin tahu dan berimaginasi untuk mencari dan menemui jawapan, menyoal
11 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

penyelesaian sedia ada kepada permasalahan, memikirkan semula, menstruktur dan


mencari perkaitan baru, menggunakan pemikiran bercapah.

Selain itu, kanak-kanak yang kreatif mempunyai kebolehan menyelesaikan


masalah yang praktikal yang mana mereka dapat melihat masalah dari pelbagai sudut,
memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka. Mereka lebih
berdikari, kadang-kadang tidak mematuhi arahan yang dirasanya tidak betul. Mereka
juga mempunyai ingatan yang baik dan suka pada kerja yang mencabar.

Daya kreatif paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka
segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan
fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka. Biasanya kanak-
kanak kreatif mempunyai ciri-ciri seperti perasaan ingin tahu yang tinggi (curios),
berdikari (independent), kebebasan bertindak tanpa rasa takut (uninhibited), suka
memanipilasikan bahasa (language explosion), suka bermain-main (playful), gemar
sesuatu yang mencabar (adventurous) dan suka terlibat secara aktif dalam apa jua
aktiviti (acti participants). Kesemua ciri ini memang dimiliki seorang kanak-kanak
yang pintar dan kreatif.

Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan
dipupuk di kalangan kanak-kanak. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original,
tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah
kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya.
Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza
seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MERANGSANG PEMIKIRAN


KREATIF KANAK-KANAK
Menurut Garder (1980), orang dewasa perlu menyediakan peluang kepada kanak-
kanak untuk melakukan aktiviti seni tanpa sekatan supaya kanak-kanak meluahkan
apa yang mereka rasai dan mempunyai cerita sendiri menerusi lukisan. Kepentingan
12 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

menggalakkan perkembangan kecerdasan visual ruang dari segi meningkatkan daya


upaya kognitif dan kreativiti kanak-kanak. Kecerdasan visual ruang banyak digunakan
dalam seni visual. Untuk meningkatkan kecerdasan ini ialah dengan mendedahkan
kanak-kanak kepada aktiviti-aktiviti seni visual atau pendidikan seni visual (Gardner
(1993).

Untuk memupuk kreativiti dan imaginasi kanak-kanak, kita boleh mengadakan


aktiviti menconteng, melukis, menyanyi, bermain, mewarna, menari dan permainan
kata-kata. Aktiviti drama, memasak, bercerita, pakaian beragam, aktiviti visualisasi,
numerasi dan literasi, aktiviti mendapat informasi, megenali mesin serta aktiviti
penulisan kreatif juga merupakan aktiviti yang sesuai bagi memupuk kreativiti dan
imaginasi kanak-kanak.

PENGAJARAN SENI LUKIS KANAK-KANAK

Kreatif kanak-kanak boleh dikenalpasti semasa mereka melaksanakan aktiviti


seni visual dan seni persembahan dengan mengambil kira sikap, motivasi,
kemampuan dan kemahiran mereka.

Seni lukis dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal juga dapat
mengembangkan bakat. Menerusi idea dan imaginasi kanak-kanak dapat
menghasilkan apa yang digambarkan dalam bentuk seni yang unik. Bidang seni lukis
dapat memperkembangkan kebolehan kreativiti kanak-kanak kerana proses
penghasilan lukisan misalnya dapat menggabungjalinkan emosi, sosial dan nilai
estetika. Lukisan merupakan simbolik grafik awal bagi kanak-kanak terhadap benda
yang terdapat di sekeliling mereka. Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak
boleh dibahagikan kepada empat, iaitu proses penajaman daya intuisi, persepsi
imaginasi dan konsepsi.

Lowenfeld (1947), sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak dibantu


dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta, gambar-gambar dan peralatan-
peralatan sains. Ini kerana pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah
13 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

sesuatu yang mudah untuk ditangani. Semakin kanak-kanak membesar, seni visual
semakin banyak membantu perkembangan minda yang lebih menyeluruh.

Lowenfeld juga menyatakan bahawa dalam bidang seni lukis, pengetahuan


teknik-teknik seni halus serta kemahiran memanipulasikan ciri-ciri lukisan dan seni
dpat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kemahiran seni melukis
serta imej artistik yang dihasilkan dlam kalangan kanak-kanak. Pengetahuan serta
lebih mendalam dan berstruktur dari segi konvensi-konvensi artistik mewujudkan
bahan perantara untuk kanak-kanak mengembangkan kreativiti. Pengetahuan ini
memerlukan penganalisisan, kemahiran pemikiran rasional dan pemprosesan
maklumat secara kognitif. Keupayaan kognitif dapat ditingkatkan melalui keupayaan
individu untuk membentuk dan mencipta, memahami dan menginterpretasikan hasil
atau karya seni.

Proses aktiviti seni dapat membantu kanak-kanak untuk mereka cipta sesuatu
dengan menggunakan idea. Kreativiti kanak-kanak bermula dengan berimaginasi,
mengeluarkan idea, menerokai dan membuat keputusan daripada proses aktiviti seni
yang dilaksanakan. Kanak-kanak menggunakan semua deria apabila belajar dan
menunjukkan ekspresi seni. Kanak-kanak meningkatkan sensitiviti terhadap dunia
fizikal untuk memberi makna dan meluahkan perasaan. Seni lukis jika diberikan
perhatian boleh memperkembangkan kebolehan kreativiti semulajadi kanak-kanak
kerana proses penghasilan lukisan misalnya dapat menggabung jalinkan emosi, sosial
dan nilai estetika. Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak boleh dibahagikan
kepada empat, iaitu proses penajaman daya intuisi, persepsi imaginasi dan konsepsi.

Lukisan teknik pensel boleh dilaksanakan dengan menggunakan teknik gosokan


dan teknik garisan selari. Garisan merupakan satu tanda jelas yang dibuat
menggunakan peralatan lukisan di atas satu permukaan. Aplikasi pelbagai jenis
garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk,
ruang dan gerakan dalam seni visual. Pelbagai teknik yang boleh dilakukan bagi
14 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

membantu kanak-kanak menghasilkan garisan yang baik seperti teknik koyakan,


tampalan, gosokkan dan kolaj.

June King McFee pula menyatakan bahawa kreativiti itu adalah sebgai satu
keupayaan seseroang mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru dan pada masa
yang sama mampu mengolah idea yang baru. Seni merupakan salah satu cara terbaik
untuk mengekspresi diri. Mengecat, melukis, mewarna dan menulis merupakan
bentuk-bentuk luahan yang kukuh untuk pelbagai emosi yang anak anda rasai atau
alami di dalam aktiviti hariannya. Membenarkan kanak-kanak mengecat atau melukis
secara bebas boleh membantu membuka mindanya. Ini adalah komponen penting
dalam perkembangan seorang kanak-kanak, dan kanak-kanak sering membentuk
fikiran dan idea menerusi lukisan mereka, walaupun hanya melukis objek atau
bentuk-bentuk yang tidak berkaitan.

PENGAJARAN MUZIK, LAGU DAN NYANYIAN SERTA PANTUN DAN SAJAK


KANAK-KANAK

Muzik ialah satu cabang seni dan aspek yang penting dan berkesan dalam
perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak. Muzik, lagu dan
nyanyian serta sajak dan pantun dapat mempertingkatkan kemahiran muzikal dan juga
kreativiti kanak-kanak. Setiap aktiviti muzik, lagu dan nyanyian serta sajak dan
pantun kanak-kanak memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara
kreatif dalam membuat pergerakan dan menyampaikan mengikut mud.

Oleh itu, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran lagu atau pantun
atau sajak untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar. Guru juga hendaklah
memberi insentif kepada pelajar terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan supaya daya
kreativiti pelajar dipelihara dan dikekalkan.

Pengajaran lagu, pantun atau sajak boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah
seperti:
a. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak fasa demi fasa.
15 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

b. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak lengkap


c. Kaedah pengajaran lagu, pantun atau sajak daripada rakaman.

PENGAJARAN KRAFTANGAN KANAK-KANAK

Apabila bermain kanak-kanak menggunakan daya imginasi mereka. Menurut


Piaget dan Vgotsky, imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak
memahami dunia persekitarannya. Mereka juga perlu diberi peluang untuk memilih
bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam aktiviti bermain. Sebagai contoh, guru
boleh menggalakkan murid-murid menjalankan aktiviti seperti melukis, menconteng,
membuat kolaj, 'sandplay' dan sebagainya

Aktiviti kraftangan juga memberi peluang kepada kanak-kanak mengaplikasikan


teknik aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan. Aktiviti
membuat corak dan rekaan untuk kanak-kanak adalah seperti ikatan dan celupan,
capan, titisan, renjisan, pericikan, lukisan, catan , cetakan, tiupan, resis, guntingan,
pualaman, lipatan dan kolaj. Aktiviti menggambar untuk kanak-kanak adalah seperti
lukisan, kolaj, stensilan, montaj, catan, resis, gosokan, cetakan, percikan, mozek,
gurisan dan capan. Aktiviti bentuk binaan kanak-kanak adalah seperti topeng, boneka,
origamni, mobail, stabil, model dan diorama.

Contohnya, kolaj adalah kraf 2D yang boleh dibuat dengan menggunakan perca
kain, kertas warna, keratin akhbar, kepingan besi, dan bahan-bahan alam seperti
rempah ratus, daun dan ranting. Kolaj mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada
tahun 1912. Membuat kolaj memerlukan kesabaran dan ketelitian serta memerlukan
kreativiti yang tinggi untuk menghasilkannya.

Boneka adalah objek-objek yang diukur untuk mewakili watak-watak cerita.


Aktiviti boneka boleh mempertingkatkan kemahiran intrapersonal, kreativiti, bahasa,
daya pemikiran dan kemahiran interpersonal kanak-kanak. Boneka boleh dibuat
16 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

dalam pelbagai cara dan kanak-kanak boleh melakonkan watak menggunakan hasil
karya masing-masing.

PENGAJARAN TARIAN DAN PERGERAKAN KREATIF KANAK-KANAK


Kreativiti semula jadi bagi kanak-kanak ialah bergerak mengikut kehendak dan
irama muzik. Aktiviti-aktiviti gerakan yang dilaksanakan oleh guru mewujudkan
bentuk pengalaman yang kreatif kepada kanak-kanak dan melatih mereka untuk
menilai estetika gerak dalam persembahan tarian dan pergerakan kreatif. Aktiviti
tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergerak
mengikut rentak dan irama muzik.
Aktiviti pergerakan kreatif menggabungkan elemen-elemen pergerakan seperti
tubuh badan, ruang, masa dan daya. Aktiviti pergerakan kreatif dapat meningkatkan
estetika, kreativiti dan imaginasi kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti gerakan,
menginterpretasikan idea dan mengapreasiasi estetika. Aktiviti-aktiviti pergerakan
kreatif dapat membantu kanak-kanak mengenal tiap-tiap bahagian tubuh badan
mereka sendiri. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kekuatan fizikal dan daya
ketahanan mereka, mengeksplorasi dan menggunakan ruang dengan bijak,
menghargai dan membahagikan masa mengikut keutamaan.

a) Elemen Tubuh Badan

Elemen tubuh badan merangkumi bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, kaki
dan tangan. Kanak-kanak boleh menggunakan imaginasi dan keativiti masing-masing
untuk mereka cipta gerak geri dengan menggunakan elemen tubuh badan.

Contoh gerak geri pusing kepala, turun naik bahu, berjalan dan melambai tangan.
Daripada gerak geri yang dihasilkan, kanak-kanak boleh meneka maksud gerakan
17 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

menilai estetika yang ada pada gerakan. Penggunaan tubuh badan adalah melatih
kanak-kanak menjelajahi ruang persembahan secara kreatif.

b) Elemen ruang

Elemen ruang dalam pergerakan kreatif merangkumi ruang diri, aras dan arah. Ruang
am dalam pergerakan kreatif untuk kanak-kanak merujuk kepada ruang pentas,
padang atau bilik untuk melakukan aktiviti pergerakan. Ruang diri dalam pergerakan
kreatif merujuk kepada ruang yang digunakan oleh kanak-kanak untuk melakukan
aktiviti pergerakan. Aras dalam pergerakan kreatif merangkumi aras rendah,
sederhana dan tinggi. Arah dalam pergerakan kreatif merangkumi arah ke depan, ke
belakang, ke sisi, ke bawah dan ke atas.

Proses pergerakan kreatif yang menggunakan elemen ruang dapat melatih imaginasi
dan kreativiti kanak-kanak terhadap elemen ruang dalam pergerakan dan mencipta
gambaran mental dan mengamati dunia visual secara kreatif.

c) Elemen masa

Elemen masa dalam pergerakan kreatif marangkumi tempo, rentak, pola beritma,
aksen dan jangka masa. Tempo merujuk kepada kalajuan muzik atau pergerakan yang
perlahan atau cepat; rentak merujuk kepada ukuran masa tanpa mengira masa dalam
pergerakan kreatif; pola ritma merujuk kepada kronologi pergerakan atau bunyi dalam
jangka masa yang berubah; aksen merujuk kepada suatu pergerakan yang lebih kuat
daripada pergerakan sebelum atau selepasnya manakala jangka masa merujuk kepada
pendek atau panjang setiap rentak pergerakan.

Pengiraan rentak dan tempo dalam pergerakan kreatif kanak-kanak dapat


mempertingkatkan kecerdasan logikal kanak-kanak. Kanak-kanak dapat memahami
kiraan rentak dan tempo dan seterusnya dapat membilang nombor dengan betul.

d) Elemen daya
18 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Elemen daya atau tenaga dalam pergerakan kreatif merangkumi pergerakan perkusif,
pergerakan pendular, pergerakan staccato, pergerakan bergetar, pergerak meruntuh
dan pergerakan kawal-lambat. Pergerakan perkusif dalam pergerakan kreatif merujuk
kepada pergerakan yang bertenaga kuat dilepaskan dalam satu tempoh yang singkat;
pergerakan pendular dalam pergerakan kreatif merujuk kepada pergerakan secara
berayun; pergerakan staccato merujuk kepada pergerakan yang bersifat terputus-
putus, cepat dan ringan; pergerakan bergetar dalam pergerakan kreatif merujuk
kepada pergerakan yang menggigil; pergerakan meruntuh dalam pergerakan kreatif
merujuk kepada pergerakan yang lemah dan tidak bertenaga manakala pergerakan
kawal-lambat merujuk kepada pergerakan yang dikekalkan dalam tempo yang
panjang dalam aktiviti pergerakan kreatif.

Menurut teori Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada kreativiti.
Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengunkapkan perasaan
melalui muzik. Kesemua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan tubuh badan.
Tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan.
Aktiviti tarian dan pergerakan kreati yang dilaksanakan oleh guru dapat
menggalakkan kanak-kanak menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota
tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Contohnya, kanak-
kanak dapat bergerak mengiringi muzik, sensitif dengan rentak muzik serta
kecerdasan kinestik kanak-kanak dapat dipertingkatkan.
Guru boleh melaksanakan aktiviti pergerakan kreatif kanak-kanak dengan
menggunakan pergerakan kreatif berdasarkan simbol dan teknik pergerakan kreatif
berdasarkan cerita. Muzik dan props dapat memberi rangsangan kepada kanak-kanak
dalam pergerakan kreatif. Muzik dapat memberi mood dan emosi seperti gembira,
sedih, marah dan takut semasa aktiviti pergerakan kreatif. Irama dan rentak muzik
yang pelbagai dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk melakukan aktiviti
pergerakan kreatif. Props yang boleh digunakan dalam aktiviti pergerakan kreatif
seperti reben, bola, dan gelung melatih kanak-kanak menumpukan perhatian dan
membentuk pola-pola pada pergerakan yang kreatif.
19 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Selain menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak,


tarian kebudayaan yang pelbagai di Malaysia seperti tarian kuda kepang, zapin, tarian
joget, tarian singa, tarian naga, tarian bharatna natyam, tarian buluh, tarian ngajat solo
dan sebagainya dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di
Malaysia.

AKTIVITI BERMAIN
Bermain ialah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak.
Mereka belajar dan meneroka melalui bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi
dan sejak mereka bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan anggota
badan mereka sendiri.

Bermain dapat membantu kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. kanak-


kanak dapat belajar pelbagai perkara dan isi dikenali sebagai pembelajaran tidak
formal. Melalui bermain, kanak-kanak dapat memupuk rasa kegembiraan di yang
boleh mempengaruhi kanak-kanak terbabit untuk berimaginasi, berkongsi, bergaul,
berfantasi, berkomunikasi, bersosial dan berfikir di dalam pembelajaran.

Satu permainan yang menyeronok dapat memupuk kreativiti dan imaginasi


kanak-kanak ialah permainan lego. Untuk menyiapkan sesuatu model lego, kita amat
memerlukan daya pemikiran dan imaginasi yang maksima. Secara jelasnya, kanak-
kanak akan cuba mengimaginasi bentuk model dengan idea mereka sendiri sebelum
membuatnya dengan sempurna. Dalam proses menyiapkan model ini keupayaan
kognitif yang digunakan oleh kanak-kanak ini amat tinggi. Ini kerana, jika kepingan
yang cuba dicantumkan atau bongkah yang cuba dibina tidak seperti yang mereka
mahu, mereka akan cuba lagi untuk membuatnya banyak kali sehingga mereka selesai
melengkapkan model tersebut dengan betul. Jelasnya melalui permainan lego, kanak-
kanak bukan sahaja dapat mencipta daya kreatif mereka sendiri tetapi juga dapat
memperkembangkan lagi kemahiran kognitif .
20 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

RUJUKAN

1. Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-kanak: Modul Pengajaran


dan Pembelajaran, Petaling Jaya: L.C. L.

2. Loy Chee Luen. (2010). Seni Visual Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan
Pembelajaran, Petaling Jaya: L.C. L.

3. AINON & ABDULLAH, (1994). PEMIKIRAN REKA CIPTA, PTS Consultants


Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

4. AINON MOHD ABDULLAH HASSAN,(1997). SENI BERFIKIR KREATIF,


PTS Consultants Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
21 KAE 3013 ESPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

5. LEONARD M S YONG, (1993). KREATIVITI KEARAH MEMBENTUK


MASYARAKAT KREATIF. arenabuku sdn bhd. Kuala Lumpur.

6. Joan Bouza koster, (2001). Growing Artists Teaching Art to Young Children
Maimunah Osman, ( 2005). PEMIKIRAN KREATIF. Institusi Tadbiran Awam
Negara (INTAN), Kuala Lumpur.

7. Mohd. Azhar Abd. Hamid Othman A. Kassim Muhammed Fauzi Othman, (2005).
CIPTAAN IDEA BARU, PTS Consultants Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

8. Rebecca T. Isbell & Shirley C. Raines, (2003). Creativity and the Arts with Young
Children.

9. ROBERT SCHIRRMACHER, (1998). ART AND CREATIVE DEVELOPMENT


FOR YOUNG CHILDREN, Delmar Publishers an internasional Thomsom
Publishing Compony.

10. Robert W. Olson , (1980) . Seni Berfikir Kreatif, P.T Gelora Aksara Pratama.

11. YEW KAM KEONG, (2002). Bebaskan Kreativiti Anda, Perpustakaan Negara
Malaysia, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai