Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL

Bilangan Jurnal : 11

Minggu Praktikum : 11

Tarikh : 15.4.2024 hingga 19.4.2024

Tajuk Jurnal : Masalah Teknikal Semasa Sesi PdP Berlangsung

1.0 ISU MASALAH


Pada minggu ini, saya telah menjalankan sesi PdP bersama murid kelas 4 Kambar. Semasa
penyampaian PdP, saya telah mengalami masalah teknikal semasa ingin memaparkan slaid
pengajaran dan kuiz.

2.0 ANALISIS ISU


Isu ini timbul apabila talian internet di dalam kelas tidak begitu baik menyebabkan slaid dan
kuiz tidak dapat dipaparkan dengan jelas. Kesannya, masa pengajaran terbazir dan murid
menunggu lama untuk mengetahui isi pengajaran yang akan dipaparkan.

3.0 KAJIAN LAMPAU TERHADAP ISU

Menurut Mazlina Ahmad et. al. (2021), penggunaan TMK telah mewujudkan transformasi
dalam pedagogi pengajaran, iaitu daripada kaedah pengajaran tradisional kepada kaedah
pengajaran bersifat moden dan interaktif, di samping mengurangkan beban guru bagi
menghasilkan pengajaran yang menarik.

4.0 CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

i)Menyediakan pelan kedua atau pelan sandaran bagi menggantikan aktiviti yang tidak dapat
dijalankan akibat masalah teknikal.
ii)Memuat turun video, slaid atau soalan terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas.

5.0 TEMPOH MASA


1 minggu
6.0 TINDAKAN SUSULAN

Saya telah mengambil tindakan susulan dengan melakukan tindakan seperti yang telah
dicadangkan. Saya juga sentiasa memastikan bahawa semua slaid pengajaran dimuat turun
terlebih dahulu agar pengurusan masa lebih baik dan efisien semasa sesi PdP.

7.0 KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN

Secara keseluruhannya, tindakan yang telah dilaksanakan telah memberikan kesan yang
positif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya lebih lancar tanpa sebarang gangguan atau
masalah teknikal.

8.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, sebagai seorang guru kita mestilah sentiasa menyediakan perancangan
kedua bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menggantikan aktiviti sekiranya
terdapat masalah yang timbul. Oleh itu, aktiviti PdP dapat dijalankan dengan lancar dan baik.

9.0 RUJUKAN

Mazlina Ahmad, Roswati Abdul Rashid, Noor Rohana Mansor, Maryani Ahmad, Cho M.S.,

Eizah Mat Hussain & Nurul Ain Chua Abdullah. (2021). The Impact of Integrating ICT in

Malay Foreign Language Teaching and Learning. Journal of Physics: Conference


Series,1793(1),012070.https://iopscience.iop.org/article/10.1088/1742-

6596/1793/1/012070/pd

Tandatangan pelajar,

…………………………………………………
(THIVIYAH A/P RAJAH RETNAM)

Anda mungkin juga menyukai