Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT KANTIN KALI PERTAMA 2023/2024

Tarikh : 23 Mac 2023 (Rabu)


Masa : 1310 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Kantin & RMTS kerana menghadiri
mensyuarat kantin kali pertama bagi tahun 2023/2024

2. Ucapan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)


2.1 Perancangan aktiviti untuk tahun 2023 mestilah disediakan dan disusun mengikut
kepentingan.
2.2 Mencatat kebersihan kantin di dalam buku kendiri dan penilaian bulanan setiap bulan seperti
tarikh yang ditetapkan.
2.3 Guru kantin mestilah mengemaskini maklumat pekerja jika ada perubahan.
(Tindakan:AJK
Kantin)

3. Pembahagian Tugas
3.1 Meminta setiausaha kantin sekolah menyiapkan fail, memastikan kantin ceria, mengekalkan
kebersihan di tahap yang paling maksimum.
3.2 Tugas AJK:
3.2.1 Puan Amuthavalli Kathirasan sebagai penyelaras kantin ditugaskan memastikan murid dan
pengusaha serta pekerja sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan semasa berada di kantin.
3.2.2 Beliau juga ditugaskan memastikan persekitaran dan keceriaan kantin sentiasa terjaga.
3.2. 3 Puan Thanaletchumy ditugaskan memastikan makanan yang dijual dan di makan oleh murid
makanan yang sihat dan berkhasiat.
(Tindakan:AJK
Kantin)
4. Hal-hal Lain
4.1 Puan Rohiza mencadangkan pengusaha kantin dapat menyediakan makanan yang lebih
berkhasiat kepada murid seperti tambahan sayur-sayuran ke dalam setiap pinggan murid. Tidak
dibenarkan sama sekali menjual makanan yang tidak sihat seperti nugget, air botol dan gula-gula.
4.2 Peruntukan keceriaan kantin ditanggung sendiri oleh pengusaha kantin tersebut.
4.3 Puan Komalah (GPK HEM) mencadangkan menu RMTS diubah suai mengikut selera murid.
Menu Kantin Tahun 2023

Hari Makanan Unit Harga


Isnin Mee Goreng 1 RM 1.50
Selasa Bihun Goreng 1 RM 1.50
Rabu Nasi Lemak 1 RM 1.50
Khamis Nasi Ayam 1 RM 2.00
Jumaat Roti Telur 1 RM 1.50

Penutup
Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam mesyuarat
tersebut. Semoga apa yang dibincangkan dapat sama-sama dilaksanakan dengan jayanya.
Mesyuarat ditangguh pada jam 1.50 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

……………… ...............…………………
(Amuthavalli a/p Kathirasan) (Komalah a/p Karthigesu)
Penyelaras Kantin PK HEM
SJKT Bayan Lepas SJKT Bayan Lepas

Anda mungkin juga menyukai