Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Subjek Kelas Bilangan murid Masa Topik Sub-topik Objektif Pembelajaran : Matematik : 5 Bestari : 27 orang

: 8.30 9.30 pagi : Pecahan : Mendarab pecahan : Murid akan diajar untuk mendarab pecahan wajar dengan nombor bulat sehingga 1, 000 Hasil pembelajaran : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat i) ii) iii) Menukarkan ayat biasa kepada ayat matematik. Mendarabkan pecahan wajar dengan nombor bulat Mendarabkan pecahan wajar dengan nombor bulat dengan cara penambahan berulang. Pengalaman sedia ada murid : i) ii) iii) Kemahiran Berfikir Sumber Nilai : : : Murid sudah memahami konsep pecahan Murid sudah boleh menyebut pecahan Murid sudah memahami konsep pendaraban Hubungkait, analisis, membuat kesimpulan Kad pecahan, slaid, bulatan pecahan Bekerjasama, tolong-menolong, yakin

PROSEDUR/ MASA Set induksi (5 minit)

KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Guru menunjukkan slaid kepada murid. 2. Guru akan bertanya kepada murid konsep pecahan. 3. Guru membanding bezakan contoh ayat matematik yang diberikan.

CATATAN BBM:

Menunjukkan perbezaan dengan menggunakan ayat matematik.

Slaid Kad Pecahan

BBM: Langkah 1 (15 minit) Mendarab pecahan wajar dengan nombor bulat 1. Murid ditunjukkan beberapa contoh pecahan didarab dengan nombor bulat. 2. Pelajar dikehendaki menyebut nama pecahan yang ditunjukkan. 3. Guru menggunakan kumpulan bahan konkrit, gambar untuk menunjukkan pecahan adalah sebahagian satu set. 4. Guru menyediakan aktiviti membandingkan bahagian yang sama antara dua kumpulan objek. 5. Murid akan mencari perkaitan antara pecahan-pecahan yang ditunjukkan 6. Murid akan menyebut hasil pecahan. Slaid

BBM: Langkah 2 (15 minit) Mendarab pecahan dengan nombor bulat dengan cara penambahan berulang. 1. Guru menunjukkan beberapa contoh 2. Guru menyuruh murid membezakan cara penambahan berulang Slaid

dengan menggunakan soalan yang berbeza. 3. Murid akan mencari perkaitan antara pecahan-pecahan yang ditunjukkan 4. Murid akan menyebut hasil pecahan.

BBM: Langkah 3 (15 minit) Melorek pecahan mengikut nilai yang diberikan 1. Murid akan diberikan lembaran kerja 2. Murid dikehendaki melorek mengikut nilai pecahan yang diberikan 3. Murid akan menjawab soalan yang diberikan 4. Murid akan menggunakan kad pecahan untuk membantu dalam menyelesaikan masalah

Lembaran kerja Kad pecahan

BBM: Penutup (10 minutes) Mengukuhkan konsep pendaraban pecahan dengan nombor bulat. 1. Beberapa orang murid diminta ke hadapan untuk menyelesaikan masalah yang ditulis di papan putih. 2. Murid-murid lain memberikan cadangan jawapan. 3. Guru memberikan jawapan dan mengukuhkan konsep pendaraban pecahan dengan nombor bulat. Slaid Gambar

Anda mungkin juga menyukai