Anda di halaman 1dari 17

Fungsi Keluarga dalam Penjagaan: Isu dan Cabaran

Oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Abdullah Program Kerja Sosial Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengenalan

Fungsi Keluarga adalah melahirkan zuriat bagi kesinambungan generasi, sosialisasi anak, menyediakan keperluan ekonomi, perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan fizikal serta emosi ahli-ahlinya. Fungsi tradisi keluarga dimainkan oleh kedua ibu bapa. Dalam keluarga moden di bandar, fungsi keluarga makin terbatas.

Tujuan Kertas Kerja


2. 3. 4. 5.

membahaskan hal-hal berkaitan dengan: Apakah yang dimaksudkan dengan penjagaan? Bagaimana dan siapakah yang melaksanakan fungsi tersebut? Apakah masalah yang dihadapi oleh keluarga dalam melaksanakan fungsi tersebut? Apakah peranan komuniti setempat dalam membantu keluarga?

Makna Penjagaan

Kombinasi perasaan afeksi dan tanggung-jawab bagi menyediakan keperluan peribadi individu agar kesejahteraan mereka dapat ditingkatkan melalui interaksi semuka (Finch & Groves 1983 dalam Cancian 2000: 137). Sebagai satu amalan, penjagaan mestilah merangkumi etik berhubung dengan hal-hal mengenai memberi jagaan (caring about) dan aktiviti menjaga (care for).

Sambungan

Memberi jagaan melibatkan pemikiran dan perasaan tanggung-jawab untuk memenuhi keperluan orang lain. Menjaga merujuk kepada kepelbagaian aktiviti menyediakan keperluan atau kesejahteraan orang lain yang merangkumi penjagaan fizikal, emosi dan perkhidmatan langsung.

Sambungan

Sebagai satu amalan, penjagaan mempunyai tiga ciri (Glenn 2004: 04) iaitu; Mengiktiraf bahawa setiap orang perlukan penjagaan. Melihat penjagaan sebagai satu hubungan timbal balas di antara si penjaga (yang ada kuasa) dengan orang yang inginkan penjagaan (tidak berkuasa). Penjagaan sebagai tugas tabii dan sebagi kerja yang dibayar upah. Dalam keluarga, fungsi penjagaan hanya dicapai jika keperluan asas sudah dipenuhi

Kenapa Fungsi Penjagaan dalam Keluarga Bersifat Gender


Kaitan dengan mitos bahawa wanita ada keupayaan tabii dan naluri untuk menjaga. Kebanyakan kajian dapati wanitalah yang menjaga ibu mereka yang telah tua. Ini ada kaitan dengan pengetahuan yang diturunkan daripada ibu bapa kepada anak perempuan. Peranan wanita berkurangan akibat perkembangan dalam perubatan moden apabila ramai lelaki yang menjadi doktor.

sambungan

Kajian-kajian menunjukkan perkaitan antara peranan gender dan penjagaan di mana, wanita:
Menjaga lebih kerap dan lebih intensif kepada ibu bapa dan pasangan Lebih kerap melibatkan diri dalam aktiviti penjagaan harian. Berhadapan dengan konflik. Lebih komited Sukar mencari pengganti

sambungan

Sementara itu lelaki pula: - Hadapi lebih banyak masalah dalam memberikan sokongan emosi. - Bantuan yang diberi lebih berupa sokongan yang melibatkan kewangan, kesihatan dan perundangan. - Menyediakan pengangkutan, membaiki rumah dan kereta. Kajian di Korea (Lee & Sung dalam Galliano 2003) dapati anak sulong lelaki pikul tanggungjawab menjaga ibu bapa tapi lebih 55% tugas diserahkan kepada isteri mereka

Penjagaan dan Penjaga: Kes Keluarga Bandar dan Desa

Satu penyelidikan mengenai transformasi keluarga keluarga akibat urbanisasi telah dijalankan (Fatimah Abdullah 2005). Penemuan mendapati:
Di kedua-dua tempat wanita khasnya anak dan menantu perempuan menjadi penjaga yang penting kepada ibu bapa yang tua. Di bandar, kemudahan dalam khidmat penjagaan di institusi banyak membantu keluarga, khususnya wanita yang juga merupakan anak atau saudara mara perempuan.

Isu Penjagaan: Keperluan dan Harapan

Penjagaan adalah keperluan sepanjang hayat kerana ketidakupayaan pada satu-satu tahap dalam kehidupan. Dalam keluarga tradisional penjagaan disediakan oleh wanita yakni ibu dan saudara mara perempuan. Walaupun fungsi penjagaan masih disediakan oleh keluarga tetapi banyak keluarga, khasnya wanita tidak dapat menyediakannya lagi kerana sumber yang ada telah berubah malah berbeza.

Sambungan

Menurut Galliano (2003) meningkatnya masalah menyediakan penjagaan masakini adalah global sifatnya disebabkan:
Perubahan demografik: daripada baby boom kepada senior boom. Jangkahayat yang panjang mendedahkan warga tua kepada sakit kronik. Saiz keluarga yang makin kecil Bertambahnya penglibatan wanita dalam pekerjaan formal.

sambungan

Malaysia akan berhadapan dengan masalah penjagaan kerana:


Nisbah tanggungan penduduk muda ialah 53.0 sementara warta tua 6.2. Tetapi lebih 40% penduduk 15-47 tahun belum berkahwin dan 1.7% daripada kumpulan umur itu telah bercerai atau menjadi balu atau duda. Purata saiz isirumah turun daripada 5.5 orang (1980) kepada 4.3 orang (2000), menjadikan penanan penjagaan terbeban kepada beberapa orang sahaja. Beban penjagaan menjadi lebih berat kerana hampir 50% wanita dewasa terlibat dalam pekerjaan formal.

Fungsi Penjagaan: Strategi Memperkasa Keluarga dan Komuniti


Menyediakan penjagaan boleh menyebabkan konflik. Strong (2001) mencadangkan agar keluarga dapat:
Menyediakan ruang kepada ahlinya yang memerlukan, penjaga juga perlu ada kekuatan. Berkomunikasi secara terbuka. Perkembangkan hubungan yang baik dengan pakar perubatan Memberi sokongan emosi kepada penjaga utama (main carer)

Sambungan

Menurut Glenn (2003) masyarakat yang mengutamakan sifat penyayang haruslah:


Mengiktiraf peranan penjagaan sebagai kerja sebenar (real work), setanding dengan kerja lain. Pengiktirafan sosial dan sama seperti kerja makan gaji. Mengiktiraf mereka yang memerlukan penjagaan (termasuk mereka yang kurang upaya).

Sambungan

Glenn (2003) dan Cherlin (2005) sifat-sifat yang dinyatakan lebih awal hanya akan dicapai jika:
Penjagaan dilegetimasi sebagai perlakuan kolektif dan bukan tanggung-jawab keluarga semata-mata. Pemisahan antara kerja dan keluarga harus dihapuskan. Akses kepada penjagaan mesti diagih secara seimbang. Tanggung-jawab dan kerja penjagaan sebenar dikongsi sama rata dan tidak bertumpu kepada wanita sahaja.

Kesimpulan

Peranan penjagaan semakin penting kerana: Bilangan warga tua bertambah Penduduk kurang upaya meningkat Wanita keluar bekerja Sais keluarga mengecil Jadi peranan komuniti semakin penting kerana tidak semua orang mampu menggunakan khidmat penjagaan komersial.

Anda mungkin juga menyukai